18
SULIT 2 011 Soalan 1 hingga Soalan 22 Pilih jawapan yang betul. 1. “Ampunkanlah ______________,tuanku,” kata Laksamana Hang Jebat kepada Sultan Ahmad. A beta B patik C hamba D baginda 2. Kemalangan jalan raya itu berpunca _______________ sikap pemandu yang cuai. A di B dari C pada D daripada 3. Seorang lelaki __________________ di luar kedai itu sementara menunggu pintunya dibuka. A bolak-balik B lalu-lalang C ulang-alik D mundar-mandir 4. Posmen telah menghantar sebuah _________________ kepada abang. BM1/T4 [Lihat halaman sebelah

kertas 1 bm

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pemahaman tahun 4

Citation preview

Page 1: kertas 1 bm

SULIT 2 011

Soalan 1 hingga Soalan 22

Pilih jawapan yang betul.

1. “Ampunkanlah ______________,tuanku,” kata Laksamana Hang Jebat kepada Sultan Ahmad.

A beta

B patik

C hamba

D baginda

2. Kemalangan jalan raya itu berpunca _______________ sikap pemandu yang cuai.

A di

B dari

C pada

D daripada

3. Seorang lelaki __________________ di luar kedai itu sementara menunggu pintunya dibuka.

A bolak-balik

B lalu-lalang

C ulang-alik

D mundar-mandir

4. Posmen telah menghantar sebuah _________________ kepada abang.

A bungkusan

B dibungkus

C terbungkus

D membungkus

BM1/T4 [Lihat halaman sebelah

Page 2: kertas 1 bm

SULIT 3 011

5. Hazizah terlupa untuk membubuh gula ke dalam air kopi itu menyebabkan rasanya _______________.

A manis

B pahit

C masam

D payau

6. _________________ biji cawan kaca tersusun di meja makan itu.

A Berapa

B Setiap

C Beberapa

D Setengah

7. Kerja-kerja pembersihan longkang itu diteruskan ________________ hujan lebat.

A sementara

B walaupun

C hingga

D jika

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

8. Gadis-gadis yang _____________ itu memperagakan baju kebaya moden di atas pentas.

A malu

B lembut

C kacak

D cantik

BM1/T4 [Lihat halaman sebelah

Page 3: kertas 1 bm

SULIT 4 011

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

9. “Zaiton,tambahkan dua ________________ garam lagi ke dalam gulai itu,”kata ibu kepada kakak.

A ketul

B butir

C cubit

D genggam

10. Majlis Perasmian Kempen Antidadah itu juga dihadiri oleh beberapa orang ________________.

A dinamakan

B penamaan

C kenamaan

D bernama

11. Sesiapa yang berminat menjadi penyanyi mesti menjalani ______________ terlebih dahulu.

A temu ramah

B temu duga

C soal jawab

D uji bakat

BM1/T4 [Lihat halaman sebelah

Page 4: kertas 1 bm

SULIT 5 011

Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.

12. Semasa tersesat di dalam hutan, kami terpaksa __________________ dua batang anak sungai.

A meredah

B mengikuti

C mengharungi

D menyeberangi

13. Amalan membaca dapat _____________________ilmu pengetahuaan.

A memperkaya

B memperelok

C memperindah

D memperkemas

14. Pelayan itu berjalan ke meja pelanggan sambil __________________ sedulang air minuman.

A menjinjing

B menatang

C mengangkat

BM1/T4 [Lihat halaman sebelah

Page 5: kertas 1 bm

SULIT 6 011

D mengandar

Soalan15 berdasarkan gambar di bawah.

15. Kulit buah oren itu perlulah ___________________ terlebih dahulu sebelum dimakan.

A dikupas

B dibuka

C dikoyak

D dipotong

16. Murid itu sering dimarahi oleh guru kerana tulisannya seperti ________________.

A kaki ayam

B tidur ayam

C cakar ayam

D ajak-ajak ayam

17. Pekerja di ladang kelapa sawit itu masih _______________ pulang walaupun telah lewat petang.

A telah

B akan

C pernah

BM1/T4 [Lihat halaman sebelah

Page 6: kertas 1 bm

SULIT 7 011

D belum

Soalan 18 berdasarkan gambar di bawah.

18. Afiq ternampak dua ekor burung murai bertenggek di _____________ dahan pokok itu.

A sisi

B atas

C dalam

D belakang

19. ___________________, merdu sungguh suara penyanyi wanita itu!

A Nah

B Wah

C Eh

D Oh

20. Senyuman kakak ______________ manis sekali apabila menerima sebuah computer

riba baharu.

A nian

B benar

C sekali

D sungguh

BM1/T4 [Lihat halaman sebelah

Page 7: kertas 1 bm

SULIT 8 011

21. Walaupun sudah berumur, penglihatan datuk masih terang.

Perkataan seerti bagi terang ialah…

A teliti.

B jelas.

C kabur.

D segar.

22. Pak Jalil sedang menimbus lubang yang terdapat di belakang rumahnya.

Perkataan lawan bagi menimbus ialah…

A menanam

B mengorek

C mencabut

D menutup

Soalan 23 hingga Soalan24

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

23. ”Yani yang memasang langsir itu,bukan saya,” kata Intan kepada Sarah.

A Intan dan Sarah menolong Yani memasang langsir itu.

B Intan dan Sarah memberitahu saya bahawa Yani yang memasang langsir itu.

C Intan memberitahu Sarah bahawa Yani yang memasang langsir itu, bukan dia.

D Intan memberitahu Yani bahawa Sarah yang memasang langsir itu bukan saya.

24. Pakaian-pakaian di dalam bakul itu telah saya lipat tadi.

A Pakaian-pakaian di dalam bakul itu telah dilipat.

B Pakaian-pakaian saya di dalam bakul itu telah dilipat tadi.

BM1/T4 [Lihat halaman sebelah

Page 8: kertas 1 bm

SULIT 9 011

C Saya dan pakaian-pakaian di dalam bakul tadi telah dilipat.

D Saya telah melipat pakaian-pakaian di dalam bakul itu tadi.

Soalan 25

Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan.

25. Pernahkah kamu ke Pulau Tioman?

A Ya, saya akan ke Pulau Tioman dengan keluarga.

B Tidak, inilah kali pertama saya akan ke Pulau Tioman.

C Sudah tentu, tetapi Pulau Tioman sangat indah.

D Saya tinggal beberapa kilometer dari Pulau Tioman.

Soalan 26

Pilih soalan yang sesuai bagi jawapan di bawah.

26. Harga sepasang baju kebaya yang dijual di Butik Nadia itu ialah RM200.

A Siapakah yang memperkenalkan baju kebaya di Negara kita?

B Bagaimanakah cara pemakaian baju kebaya?

C Berapakah harga sepasang baju kebaya yang dijual di Butik Nadia itu?

D Pernahkah kamu membeli sepasang baju kebaya di Butik Nadia?

Soalan 27 hingga Soalan 28

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris yang betul.

27. I

II

III

IV

Dia memikul dua bekas kayu api untuk dibawa pulang.

Ayahnya ialah bekas anggota tentera yang menentang tentera Jepun dahulu.

“Bekas kuih itu hendaklah ditutup ketat-ketat,” kata kakak.

Tali itu diikat dengan kuat sehingga bekas.

A I dan II

B I dan III

C II dan III

BM1/T4 [Lihat halaman sebelah

Page 9: kertas 1 bm

SULIT 10 011

D III dan IV

28. I

II

III

IV

Ahli-ahli pengakap itu berdiri tegak semasa dalam perbarisan.

Kita perlu berpendirian tegak untuk mencapai sesuatu kejayaan.

Tegak bulu roma saya mendengar cerita seram itu.

Ahli sukan itu berbadan tegak sekali.

A I dan II

B I dan III

C II dan III

D III dan IV

Soalan 29 hingga Soalan 30

Pilih ayat yang betul.

29. A Aizat rindu pada neneknya di kampung.

B Perlawanan itu akan ditangguhkan pada minggu lepas.

C Ibu berasa bimbang kerana abang belum lagi pulang ke rumah.

D Bakul yang dijual di kedai itu diperbuat dari rotan.

30. I

II

III

IV

Encik Hashim membawa keluarganya makan angin ke Pulau Pinang.

Langkawi terkenal sebagai salah sebuah tempat pelancongan di Malaysia.

Buah mangga yang belum masak itu paling masam sekali.

Rajendren tidak hadir ke sekolah semalam walaupun dia demam.

A I dan II

B I dan III

C II dan III

D III dan IV

BM1/T4 [Lihat halaman sebelah

Page 10: kertas 1 bm

SULIT 11 011

Soalan 31 hingga Soalan 35

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

6 Mac 2011(Ahad)

6:00 pagi:Aku bangun awal pagi seperti biasa. Aku terfikir-fikir aktiviti yang akan aku lakukan padahari ini. Aku pergi ke dapur. Rupa-rupanya ibu lebih awal bangun daripadaku. Aku melihat ibu memasak sambal tumis ikan bilis untuk menyediakan nasi lemak. Harum sungguh masakan ibu.

7:00 pagiSelepas sarapan, aku membantu ibu mengemas rumah. Sebagai anak tunggal, aku tidak berasakekok untuk mengemas rumah. Selepas mengemas rumah, aku membersihkan halaman rumah dan mencabut rumput di tepi longkang.

12:30 tengah hari Selepas makan tengah hari, aku menonton televisyen. Teringat pula tugasan yang perlu dihantaresok. Aku mengambil buku lalu menyiapkan yang diberi oleh cikgu.

4:30 petang Azman mengajak aku bermain bola. Aku mencapai kasut bola yang sudah lama tidak akusentuh. Lama juga aku tidak bermain bola sepak. Selalunya, petang-petang begini aku pergimenolong ayah di kebun. Hari ini ayah tidak ke kebun kerana kurang sihat. Kasihan juga akumelihat ayah, bertungkus-lumus mencari rezeki untuk menyara kami sekeluarga.

7:30 petang Selepas makan malam, aku memasukkan buku-buku yang akan dibawa ke sekolah esok. Aku menelaah pelajaran yang akan diajar oleh cikgu supaya aku lebih faham. Jam sudah menunjukkan pukul 10:30 malam. Mataku terasa mengantuk. Aku ke bilik air untuk membasuhkaki sebelum tidur.

31. Mengapakah ibu penulis bangun awal pagi?

A Menyediakan kuih-muih untuk dijual.B Untuk mengejutkan penulis.C Menyediakan sarapan.

BM1/T4 [Lihat halaman sebelah

Page 11: kertas 1 bm

SULIT 12 011

D Sudah menjadi aktiviti hariannya.

32. Penulis tidak berasa kekok melakukan kerja-kerja rumah di rumah kerana dia ...

A ingin menarik perhatian ibu dan ayahnya.B memang suka melakukan kerja-kerja itu.C akan dimarahi jika tidak melakukannya.D sudah biasa melakukannya.

33. Maksud simpulan bahasa anak tunggal ialah ...A satu-satunya anak yang dimiliki.B anak sulung dalam keluarga.C anak bongsu dalam keluarga.D anak yang sangat manja.

34. Penulis sudah lama tidak bermain bola kerana kebiasaannya dia ...

A membuat ulang kaji di rumah.B menolong ayahnya di kebun.C lebih suka duduk bersendirian.D menolong ibunya menjual nasi lemak.

35. Pilih pernyataan yang tidak benar dalam petikan.

A Aku menelaah pelajaran yang belum diajar oleh guru.B Aku bangun awal setiap pagi.C Aku membasuh kaki sebelum tidur.D Aku mencabut rumput di tepi pagar.

BM1/T4 [Lihat halaman sebelah

Page 12: kertas 1 bm

SULIT 13 011

Soalan 36 hingga Soalan 40

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pegaga atau nama saintifiknya Hydrocotyle Asiatica merupakan sejenis tumbuhan herba yang berkhasiat. Pegaga mempunyai batang berwarna hijau dan lembut. Daun pegaga juga berwarna hijau, tetapi berbentuk agak bulat dan permukaannya licin. Buahnya pula kecil, bergugus, dan berwarna perang tua apabila masak. Biasanya pokok pegaga tumbuh meliar. Pokok yang hidup secara menjalar ini dapat ditemukan di tepi sungai, tanah berpasir, dan di kawasan lapang yang redup dan lembap.

Khasiat pegaga telah diperakui oleh masyarakat berbilang bangsa di Malaysia. Misalnya, masyarakat India percaya bahawa pegaga dapat menyembuhkan pelbagai penyakit kulit seperti kusta, kudis, ulser, dan luka-luka kecil. Cara untuk mengubati penyakit ini adalah dengan menyapukan air ramasan daun pegaga pada bahagian kulit yang berpenyakit atau luka itu.

Bagi masyarakat Cina pula, pegaga digunakan untuk mengubati gangguan emosi atau tekanan perasaan. Caranya adalah dengan minum jus pegaga. Jus ini dapat dihasilkan dengan mengisar atau menumbuk daun dan batang pegaga. Jus pegaga dikatakan dapat meningkatkan tahap tenaga dengan melancarkan peredaran darah. Oleh itu, tekanan yang dialami oleh individu dapat dikurangkan.

Masyarakat Melayu pula sering menjadikan pegaga sebagai ulam walaupun rasanya agak pahit. Hal ini demikian kerana mereka percaya bahawa pegaga dapat mengubati penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi. Malah masyarakat Melayu juga gemar minum air rebusan daun pegaga untuk melawaskan pembuangan air kecil.

Khasiat pegaga memang telah terbukti. Pegaga dapat juga membantu dalam pembentukan tisu seperti menghilangkan parut, membina kolagen, dan merangsang pembentukan rambut dan kuku. Oleh itu, banyak produk kecantikan berasaskan pegaga telah dihasilkan.

36. Bagaimanakah rupa daun pegaga?

A berwarna hijau, berbentuk agak bulat dan permukaannya licin. B berwarna hijau dan lembut.C berwarna hijau, kecil dan berbentuk bulat.D kecil, bergugus, dan berwarna perang tua apabila dimasak.

37. Frasa berbilang bangsa dalam petikan bermaksud…A pelbagai suku kaum.B beraneka kaum kerabat.C bermacam-macam keturunan.

BM1/T4 [Lihat halaman sebelah

Page 13: kertas 1 bm

SULIT 14 011

D berbagai-bagai kaum.

38. Apakah kepercayaan masyarakat India terhadap tumbuhan herba pegaga ini?

A dapat menyembuhkan pelbagai penyakit kulit seperti kusta, kudis, ulser dan luka-luka kecil.

B dapat mengubati gangguan emosi atau tekanan perasaan.C dapat membantu pembentukan tisu.D dapat melawaskan pembuangan air kecil.

39. Berdasarkan petikan, pilih pernyataan yang benar tentang pegaga.

A Pokok pegaga tidak tumbuh secara meliar.B Masyarakat India sering mejadikan pegaga sebagai ulam.C Banyak produk kecantikan berasaskan pegaga telah dihasilkan.D Pegaga dapat menyembuhkan penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi

dan strok.

40. Bahagian pokok pegaga yang manakah yang paling banyak kegunaannya?

A daun.B batang.C akar. D buah.

KERTAS SOALAN TAMAT

BM1/T4 [Lihat halaman sebelah