27
KERATAN AKHBAR 24 hingga 28 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh Muka Surat 1. Sinar Harian Bukan sekadar laungan Merdeka. Rabu / 24 Ogos 2016 Online 2. Utusan Sarawak Tiga tentera disyaki dera rakan senior. Rabu / 24 Ogos 2016 Online 3. Utusan Malaysia Khidmat pesara terus ditagih. Rabu / 24 Ogos 2016 Online 4. Harian Metro Tiga tentera ditahan disyaki dera junior. Rabu / 24 Ogos 2016 Online 5. Harian Metro Air mata perwira. Khamis / 25 Ogos 2016 Online 6. Bernama Kerjasama MINDEF, BHIC Buka peluang Veteran TLDM jadi Tenaga Pengajar. Khamis / 25 Ogos 2016 Online 7. Berita Harian 53 bekas tentera dapat bantuan. Jumaat / 26 Ogos 2016 Online 8. Bernama Detik menaikkan bendera ketika kemerdekaan saat tidak dapat dilupakan. Jumaat / 26 Ogos 2016 Online 9. Perak Today Kenapa saya tinggalkan Al Qaeda. Ahad / 28 Ogos 2016 Online 10. Sinar Harian Sayangilah Negara, pertahankan kemerdekaan ini. Ahad / 28 Ogos 2016 Online 11. Utusan Malaysia Hargai jasa tentera. Ahad / 28 Ogos 2016 Online

KERATAN AKHBAR 24 hingga 28 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KERATAN AKHBAR 24 hingga 28 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh

KERATAN AKHBAR

24 hingga 28 Ogos 2016

Bil Akhbar Hari/Tarikh Muka Surat

1. Sinar Harian – Bukan sekadar

laungan Merdeka. Rabu / 24 Ogos 2016 Online

2. Utusan Sarawak – Tiga tentera

disyaki dera rakan senior. Rabu / 24 Ogos 2016 Online

3. Utusan Malaysia – Khidmat pesara

terus ditagih. Rabu / 24 Ogos 2016 Online

4. Harian Metro – Tiga tentera ditahan

disyaki dera junior. Rabu / 24 Ogos 2016 Online

5. Harian Metro – Air mata perwira. Khamis / 25 Ogos

2016 Online

6.

Bernama – Kerjasama MINDEF, BHIC

Buka peluang Veteran TLDM jadi

Tenaga Pengajar.

Khamis / 25 Ogos

2016 Online

7. Berita Harian – 53 bekas tentera

dapat bantuan. Jumaat / 26 Ogos

2016 Online

8.

Bernama – Detik menaikkan bendera

ketika kemerdekaan saat tidak dapat

dilupakan.

Jumaat / 26 Ogos

2016 Online

9. Perak Today – Kenapa saya

tinggalkan Al – Qaeda. Ahad / 28 Ogos 2016 Online

10. Sinar Harian – Sayangilah Negara,

pertahankan kemerdekaan ini. Ahad / 28 Ogos 2016 Online

11. Utusan Malaysia – Hargai jasa

tentera. Ahad / 28 Ogos 2016 Online

Page 2: KERATAN AKHBAR 24 hingga 28 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh

‘Bukan sekadar laung merdeka’

Nor Azam (dua, kanan) bersama rakan setugas

SEREMBAN - “Sebagai bekas anggota tentera, saya tak perlukan jasa dan

pengorbanan saya dinilai, tapi cukuplah rakyat tanpa mengira kaum jaga

kemerdekaan negara kita ini."

Itu harapan pesara tentera, Adnan Ahmad, 61, yang pernah berkhidmat selama 22

tahun dalam Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD).

Page 3: KERATAN AKHBAR 24 hingga 28 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh

Walaupun bukan sebagai pejuang merdeka, namun mengenang kembali jasa dan

pengorbanan pejuang terdahulu, ia menjadi sensitif buat dirinya apabila ada yang

sengaja mengundang tindakan boleh menjejaskan keamanan negara sedia ada.

Menurutnya, jika dahulu pejuang mengangkat senjata demi mempertahankan

maruah diri, keluarga, bangsa dan negara, tapi hari ini, ia sebenarnya lebih sukar.

“Penjajahan yang boleh berlaku hari ini lebih berbahaya kerana boleh berlaku

pelbagai cara.

“Jangan biar anasir jahat merosakkan apa kita kecapi dengan sekelip mata. Paling

penting, aspek perpaduan perlu diberi perhatian generasi pascamerdeka,” katanya.

Menceritakan pengalaman tidak dapat dilupakan ketika berkhidmat sebagai tentera,

Adnan berkata, sehingga kini dia masih terbayang bagaimana kaki rakan

seperjuangan putus selepas terpijak jerangkap samar dipasang musuh.

Malah katanya, perasaan takut itu lebih kuat terasa ketika buat persiapan pulang,

berbanding ketika mula-mula berada di medan pertempuran kerana bimbang jika

berlaku serang hendap daripada musuh.

“Memang kita gembira sebab operasi dah berakhir, tapi selagi tak keluar dari lokasi

perang, ia bukan penentu kami akan selamat pulang.

“Sebab itu saya cukup terasa jika ada yang memperlekehkan peranan tentera.

Hanya mereka yang pernah bergelar tentera dan berada di medan perang sahaja

tahu bagaimana susahnya berjuang memastikan keselamatan dan keamanan

negara.

“Kami bukan sahaja meninggalkan keluarga, tetapi juga ibarat memperjudikan

nyawa sendiri berdepan musuh kerana belum tentu lagi kami selamat pulang,”

katanya.

Adnan berkata, mungkin ramai selesa dengan kemajuan dicapai negara ketika ini

sehingga ada yang tidak mahu memikirkan soal merdeka.

Katanya, penghayatan kemerdekaan bukan sekadar melaungkan 'merdeka', tetapi

perlu diserap dalam jiwa dan kesedaran bukan sekadar tahu bila dan di mana

sambutan kemerdekaan diadakan, tetapi juga sedar kemerdekaan wajib

dipertahankan.

Page 4: KERATAN AKHBAR 24 hingga 28 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh

Pengalaman duduk atas jerangkap samar

“Jangan bangun!” tegah salah seorang rakan setugas kepada Koperal (B) Nor Azam

Saad, 46, selepas mengesan ancaman.

Mendengar amaran diberikan, dia memahami bahaya yang menanti, lantas segera

membatukan diri.

Dia yang ketika itu sedang mengikuti operasi memburu komunis dan mengawal

sempadan di Gubir, Kedah, rupa-rupanya sedang duduk di atas jerangkap samar.

Tatkala itu kata Nor Azam, dengan peluh menitik, situasinya tidak ubah seperti telur

di hujung tanduk, lantas bayangan kematian serta-merta menerpa dalam kotak

fikirannya.

“Kejadian tu berlaku sekitar 1992. Saya dengan seorang lagi rakan yang terkena.

Namanya Alias, tapi alhamdulillah, umur kami berdua masih panjang.

“Perangkap tu dapat dimusnahkan dalam tempoh lebih kurang setengah jam.

Seingat saya, Koperal Zainuddin yang bantu,” katanya.

Itulah pengalaman paling tidak dapat dilupakan Nor Azam sepanjang 22 tahun

berkhidmat dalam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).

Walaupun sudah lama berlalu, katanya, bulu romanya pasti akan meremang setiap

kali mengenang kembali insiden terbabit.

Page 5: KERATAN AKHBAR 24 hingga 28 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh
Page 6: KERATAN AKHBAR 24 hingga 28 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh

Khidmat pesara terus ditagih

Abdul Rahman Abdul Karim (tengah) bergambar bersama anggota TLDM dan bakal pesara TLDM ketika majlis Fair Wind AND Following Sea di KD Sri Gombak di Kuala Lumpur, baru-

baru ini.

SEBANYAK 99 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Tentera Laut Diraja

Malaysia (TLDM) yang akan menamatkan perkhidmatan diraikan dalam Majlis Fair

Wind and Following Sea di KD Sri Gombak, di Jalan Padang Tembak, Kuala

Lumpur, baru-baru ini.

Majlis yang julung kali diadakan itu merupakan simbolik ucapan terima kasih kepada

pegawai dan anggota LLP yang bakal bersara selepas berkhidmat lebih 20 tahun

dengan TLDM.

Asisten Ketua Staf Sumber Manusia TLDM, Laksamana Muda Datuk Abdul

Rahman Abdul Karim ketika berucap dalam majlis tersebut, berharap semua

pegawai dan anggota LLP yang bakal menamatkan perkhidmatan akan terus

membantu TLDM dalam mencapai misi dan visinya terutama menerusi sumbangan

idea dan perkongsian pengalaman.

Beliau berkata, pegawai dan anggota LLP yang akan menamatkan perkhidmatan

masih boleh menyumbang secara berterusan kepada kemajuan pertahanan negara

walaupun selepas bersara.

Page 7: KERATAN AKHBAR 24 hingga 28 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh

“Latihan dan pengalaman yang diperoleh mereka selama berkhidmat dalam TLDM

boleh digunakan sebaik mungkin dalam bidang yang diceburi selepas menamatkan

perkhidmatan.

“Persaraan pegawai dan anggota ini bukan penamat kepada mereka untuk

memajukan pertahanan negara dan saya percaya pegawai dan anggota berkenaan

masih boleh menyumbang secara berterusan dalam pertahanan negara,” katanya.

Abdul Rahman turut menyifatkan kemajuan yang dicapai TLDM pada ketika ini

adalah hasil daripada sumbangan bakti yang dicurahkan pegawai TLDM selama ini.

“Kedudukan TLDM yang berdiri megah pada hari ini, telah dimungkinkan oleh

peranan dan pengorbanan yang dicurahkan semua anggota, dan sesungguhnya

jasa tersebut tiada tukar gantinya,” jelasnya.

Sementara itu, Abdul Rahman menambah, TLDM akan menjalankan pemilihan dari

semasa ke semasa bagi mengisi kekurangan sebanyak sembilan peratus kekuatan

anggota dalam perkhidmatan tersebut pada ketika ini.

Beliau berkata, berdasarkan statistik sehingga 30 Jun lalu, kekuatan anggota TLDM

pada peringkat 91 peratus daripada keseluruhan 20,000 anggota.

“Setiap tahun seramai 600 hingga 700 anggota lain-lain pangkat (LLP) akan

menamatkan perkhidmatan manakala dianggarkan 60 pegawai TLDM akan bersara.

“Jadi, kita mempunyai dasar tertentu dan pemilihan akan dilakukan TLDM dari

semasa ke semasa bagi memilih mereka yang layak untuk berkhidmat dalam

perkhidmatan ini,” katanya.

Page 8: KERATAN AKHBAR 24 hingga 28 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh

Tiga tentera ditahan disyaki dera junior

Sibu: Tiga anggota tentera dari sebuah kem tentera di sini, ditahan reman kerana

disyaki melakukan penderaan hingga menyebabkan kecederaan seorang anggota

junior kira-kira 12.30 tengah hari, Ahad lalu.

Kejadian ini terbongkar apabila mangsa berusia 20 tahun menceritakan kejadian

berkenaan kepada bapanya, semalam.

Bapanya yang merupakan bekas tentera berusia 70 tahun dari Rawang, Selangor,

kemudian membuat laporan polis.

Bekas tentera itu tiba di bandar ini untuk menziarah anaknya semalam, dan pulang

petang ini.

Mangsa dikatakan dipukul di berek bujang kem kerana gagal membekalkan

makanan kepada ketiga-tiga rakan seniornya.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Saiful Bahari Abdullah ketika dihubungi

berkata, mangsa dimasukkan ke Hospital Sibu kerana mengalami kecederaan limpa

namun dilaporkan stabil,

Beliau berkata ketiga-tiga suspek berusia antara 21 hingga 31 tahun itu ditahan

reman tiga hari mulai hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun

Keseksaan.

Page 9: KERATAN AKHBAR 24 hingga 28 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh

Air mata perwira

JEREMY melawat pesakit Veteran ATM.

Kuala Lumpur: Bergenang air mata beberapa bekas anggota tentera tatkala

dimaklumkan Pegawai Memerintah Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Brig

Jeneral Dr Md Amin Muslan mengenai kedatangan rombongan petang semalam

bertujuan menyampaikan sumbangan penghargaan atas pengorbanan dan

perjuangan mereka sebagai perwira yang berjasa kepada negara.

Ada dalam kalangan bekas perajurit yang menerima rawatan di hospital itu tidak

mampu menahan rasa terharu sehingga menitiskan air mata sebaik buah tangan

yang dibawa rombongan Malaysia Airports Holding Berhad diserahkan kepada

mereka.

Rombongan berkenaan yang diketuai Ahli Lembaga Pengarah Malaysia Airports,

Jeremy Nasrulhaq tiba di Wad Bunga Raya iaitu wad khas yang menempatkan dan

memberi rawatan kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) jam 3 petang.

Page 10: KERATAN AKHBAR 24 hingga 28 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh

Kunjungan berkenaan adalah inisiatif tanggungjawab sosial syarikat itu menerusi

Program Sokongan Komuniti (PSK) sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-59

yang disambut Rabu depan.

Bagi Prebet (B) Ujang Mormin, 95, veteran Perang Dunia Kedua yang juga rakan

seperjuangan ikon penting dalam perjuangan menentang kemaraan tentera Jepun,

Leftenan Adnan Saidi, penghargaan itu amat bermakna buat mereka apatah lagi dia

satu-satunya yang masih hidup dan berkesempatan berkongsi pahit getir zaman

berkenaan.

“Tidak tahu bagaimana mahu diungkapkan dengan kata-kata segala penyeksaan

dan kepayahan yang kami lalui pada masa itu, namun hari ini kita sepatutnya

bersyukur dan berbangga kerana Malaysia mampu mengecapi kemerdekaan dan

hidup aman damai,” katanya yang baru berusia 20 tahun ketika ditugaskan di Bukit

Candu, Singapura.

Ujang yang berasal dari Kampung Kundor, Rembau, Negeri Sembilan adalah bekas

anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu.

Menyingkap kembali pengalaman menentang tentera Jepun pada 1942, Ujang

berkata, tidur beratapkan langit dan beralaskan bumi serta mengisi perut dengan

apa saja makanan yang ada di dalam hutan menjadi saat paling tidak dapat

dilupakan.

“Ramai yang gugur termasuk Adnan manakala kumpulan saya terdiri daripada tujuh

orang terselamat tetapi gagal menyekat kemaraan tentera Jepun yang akhirnya

berjaya menawan Singapura. Oleh itu, kumpulan kami diberi kata dua sama ada

memilih untuk menjadi tawanan perang atau berundur.

“Keputusan itu sukar dibuat kerana kedua-duanya tidak memihak kepada kami

malah mengancam nyawa, namun kami sepakat untuk berundur dan menyorok

dalam hutan di Singapura,” katanya yang mempunya tiga anak.

Menurutnya, mereka mendapatkan perlindungan daripada sebuah keluarga angkat

di Jalan Serangoon sebelum menyusup keluar dari Singapura dengan menaiki

kereta api di Tanjung Pagar.

Dalam program berkenaan, Malaysia Airports menyampaikan sumbangan 10 kerusi

roda dan lima set televisyen bernilai RM20,000 untuk dimanfaatkan pesakit veteran

yang menerima rawatan di hospital berkenaan.

Menurut Jeremy, pengalaman bertemu dengan Ujang dan veteran yang lain adalah

satu pengalaman yang semestinya terkesan di hati mereka.

“Sesungguhnya jasa dan pengorbanan veteran ATM dalam mempertahankan

kedaulatan negara kita amatlah kami sanjungi dan hargai,” katanya.

Page 11: KERATAN AKHBAR 24 hingga 28 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh

Kerjasama MINDEF, BHIC Buka Peluang

Veteran TLDM Jadi Tenaga Pengajar

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan

Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) hari ini menandatangani

memorandum persefahaman (Mou) yang membuka peluang kepada veteran Tentera

Laut Diraja Malaysia (TLDM) menjadi tenaga pengajar dalam latihan kejuruteraan

kapal TLDM.

Panglima TLDM Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata

perjanjian yang ditandatangani itu memberi ruang kepada veteran yang

berkemahiran tinggi mengajar warga TLDM yang lain dalam kejuruteraan kapal

TLDM.

"Pesara TLDM yang telah bersara dan berpengalaman digalakkan untuk menyertai

latihan berkenaan kerana ia memberi peluang kepada mereka sebagai kerjaya

tambahan selepas mereka bersara dalam perkhidmatan TLDM," katanya kepada

pemberita selepas majlis tandatangan MoU itu di sini

Sementara itu, Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Seri Abdul Rahim

Mohamad Radzi berkata MoU berkenaan merupakan satu kerjasama untuk

menambah baik struktur latihan bagi memenuhi keperluan latihan perolehan kapal-

kapal baharu TLDM.....

Page 12: KERATAN AKHBAR 24 hingga 28 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh

53 bekas tentera dapat bantuan

YANG Dipertua Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia, Mejar Jeneral (B) Datuk

Mohamad Zaki Hamzah.- Foto Mohd Syafiq Ridzuan Ambak

KUALA TERENGGANU: Seramai 53 bekas tentera di negeri ini memperoleh

bantuan secukupnya hasil daripada sumbangan Kerajaan Pusat dan negeri, badan

bukan kerajaan (NGO) dan orang persendirian. Yang Dipertua Persatuan Veteran

Angkatan Malaysia Negeri, Mejar Jeneral (B) Datuk Mohamad Zaki Hamzah, berkata

kerajaan negeri menyumbang sebanyak RM75,000 pada tahun ini bagi membantu

keperluan veteran tentera di negeri ini. "Setiap tahun, kita memperoleh sumbangan

yang cukup baik daripada pelbagai pihak malah sehingga kini kita tidak menerima

rungutan daripada veteran tentera yang berdaftar dengan kita berhubung masalah

tidak menerima bantuan. "Malah, pihak kami sentiasa bertemu dengan veteran

kurang upaya (VKU) bagi melihat keperluan mereka. "Alhamdulillah, hasil

sumbangan ramai termasuk daripada syarikat persendirian, kita dapat memberi

sumbangan tambahan kepada mereka seperti bantuan sara hidup, kewangan dan

barang keperluan harian," katanya yang ditemui BH di Pejabat Persatuan Veteran

Tentera negeri di Kampung Bukit Kecil, di sini, hari ini. Mohamad Zaki berkata,

bilangan ahli veteran yang tidak ramai, memudahkan urusan pihaknya membuat

pemantauan berbanding jumlah veteran tentera di negeri lain. "Sebenarnya, masih

ada veteran yang tidak berdaftar dengan kami, tetapi mereka yang tidak berdaftar ini

Page 13: KERATAN AKHBAR 24 hingga 28 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh

masih mendapat bantuan daripada kami jika ada orang memberi maklumat

mengenai mereka. "Sehubungan itu, kami berharap mana-mana veteran yang

mengalami kesusahan dan terlepas pandang oleh pihak kami, segeralah datang

membuat laporan kepada kami agar bantuan dapat disalurkan segera," katanya.

Page 14: KERATAN AKHBAR 24 hingga 28 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh

Detik Menaikkan Bendera Ketika Kemerdekaan Saat Tidak Dapat Dilupakan

Pesara TLDM Mohd Sarif Kalam, 79, menunjukkan potretnya menerima pingat kebesaran semasa berkhidmat dengan TLDM, di kediamannya hari ini, Beliau merupakan veteran yang telah menaikkan bendera Malaysia secara rasmi buat pertama kali pada tanggal 31 Ogos 1957Oleh Lucia Terey Anak

John

JOHOR BAHARU, 26 Ogos (Bernama) -- Sebahagian daripada tugas hakiki Mohd

Sarif Kalam memerlukan beliau menaikkan bendera Tentera Laut Diraja Malaysia

(TLDM) tatkala adanya majlis rasmi.

Bersama rakan setugas lain, beliau akan sentiasa memastikan tidak berlakunya

sebarang 'kecacatan' yang akan merosakkan upacara yang sedang berlangsung.

Namun, pada tanggal 31 Ogos 1957 apabila Persekutuan Tanah Melayu

diisytiharkan mencapai kemerdekaan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, pesara

tentera laut berusia 79 tahun itu merasa sedikit kelainan.

Keseluruhan tubuhnya gemuruh malah hampir menangis kerana terlalu sayu

menyedari dirinya berada di tengah lautan manusia untuk melaksanakan satu-

satunya tanggungjawab yang baginya tidak akan berulang, katanya dalam temu bual

di kediamannya di sini baru-baru ini.

Page 15: KERATAN AKHBAR 24 hingga 28 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh

Katanya, tugas itu lebih berat berbanding hari biasa kerana perlu menaikkan

bendera Persekutuan Tanah Melayu (yang kini dikenali sebagai Malaysia dan

bendera dikenali sebagai Jalur Gemilang) secara rasmi buat pertama kali untuk

dipersembahkan kepada orang ramai.

Sebelum itu, Mohd Sarif hanya melihat proses-proses pembuatan bendera itu dari

jauh sewaktu menjalani latihan menaikkan bendera berkenaan di Depoh Latihan

Polis (kini Pusat Latihan Polis) di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

"Pakcik berkampung empat hari tiga malam di Depoh itu untuk memastikan latihan

menaikkan bendera Malaysia berjalan lancar dan pada kesempatan itu, pakcik

melihat bagaimana ia (bendera) dibuat.

"Memang rasa bangga kerana menjadi antara orang yang pertama melihatnya,

namun pakcik rasa pelik kerana perasaan (bangga) itu belum cukup menyengat.

"Sampailah bila tiba detik bersejarah, perasaan semangat itu lain, tambahan lagi bila

kedudukan kita berada di tengah padang, dikelilingi orang-orang kenamaan

termasuk Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

"Ia menjadikan detik itu lebih bermakna kerana semua orang tertumpu kepada arah

bendera Malaysia," kata Mohd Sarif.

Katanya, beliau bertuah kerana diberi kepercayaan yang tinggi oleh ketua unitnya

untuk melaksanakan tanggungjawab itu, walaupun pada hakikatnya beliau hanyalah

seorang laskar biasa di bahagian komunikasi TLDM ketika itu.

"Pakcik dipilih melakukan tugas itu ketika baru berusia 20 tahun dan sudah dua

tahun bekerja.

"Mujur, pakcik dibantu dua lagi individu bersama pakcik ketika itu iaitu pegawai

bentara kanan (Awang Mohd Salleh) dan laskar kanan TLDM (Oliver Culvelt

Samuel) dan kami melakukannya dengan sempurna sekali sambil diiringi nyanyian

lagu Negaraku," kata beliau yang berasal dari Batu Pahat itu.

Mohd Sarif berkata setelah beliau menamatkan perkhidmatan dengan TLDM pada

16 April 1987, beliau kerap menceritakan kembali detik-detik berkenaan dengan

masyarakat sekeliling termasuk anaknya serta saudara-mara.

Page 16: KERATAN AKHBAR 24 hingga 28 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh

Menurutnya, perkongsian beliau itu sebagai mengingatkan golongan muda agar

lebih menghargai dan memahami sebaiknya erti kemerdekaan setelah pejuang

negara bertungkus-lumus menghadapi pelbagai konflik ketika menghadapi

penjajahan asing dan konfrontasi bermula era 1940-an hingga 1960-an.

"Fahaman (merdeka) kita dahulu baik kerana masing-masing mempunyai tujuan dan

arah sama iaitu mahu menentang penjajahan melalui penyatuan pelbagai bangsa

dan kaum.

"Kita tidak berasa cemburu sesama sendiri dan oleh sebab itu, kita perlu berbangga

akan kelebihan itu," katanya yang mempunyai seorang cahaya mata iaitu Abu Bakar

Mohamad Sarif, 45, hasil perkahwinan bersama Allahyarham isteri, Kaltum Ahmad.

Sepanjang kira-kira 30 tahun perkhidmatannya bersama TLDM, Mohd Sarif pernah

menjawat beberapa jawatan termasuk pegawai laksana berek sebelum bersara

sebagai leftenan komander.

Atas usaha dan jasanya kepada TLDM, beliau turut dianugerahkan beberapa pingat

oleh kerajaan dan yang paling tertinggi adalah pingat Ahli Mangku Negara daripada

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Iskandar Al-Haj Almarhum Sultan Ismail Al-Khalidi

pada 1986.

-- BERNAMA

Page 17: KERATAN AKHBAR 24 hingga 28 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh

Kenapa Saya Tinggalkan al-Qaeda – Bekas Tentera

PUTRAJAYA: Abdul Manaf Kasmuri mendedahkan punca dia membuat perjanjian

kesetiaan kepada al-Qaeda adalah untuk membantu umat Islam yang tertindas di

zon konflik di seluruh dunia.

Namun, keganasan yang semakin meningkat dan tidak masuk akal dilakukan oleh

kumpulan pengganas itu telah memaksa bekas kolonel tentera ini untuk menarik

balik sokongannya.

“Ketika itu, jihad (perjuangan) adalah sangat „bersih dan cantik‟, jihad hanya

untuk membantu sesama muslim tanpa perlu bertindak.

“Pada mulanya, mereka mendapat sokongan saya. Tetapi ideologi mereka mula

berubah dan sebaliknya,” katanya ketika ditemui selepas sidang media tentang

penjelasan bahaya pelampau Islam, pada Sabtu.

Majlis tersebut turut dihadiri beberapa ulama agama negara, termasuk mufti

Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman dan bekas mufti Kuala Lumpur

Datuk Wan Zahidi Wan Teh.

Page 18: KERATAN AKHBAR 24 hingga 28 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh

Abdul Manaf, yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri kerana

aktiviti militan, memberitahu dia dibesarkan dengan pendidikan agama

berdasarkan ajaran Sunni.

Ajaran tersebut telah membantunya untuk menarik balik sokongan terhadap al-

Qaeda dan kumpulan-kumpulan militan Islam lain kerana ianya terlalu melampau

dan radikal.

“Penyokong mereka mula mempercayai bahawa satu tindakan betul dan wajar

untuk menggunakan keganasan dalam perjuangan tanpa mengira akibatnya.

“Mereka juga mula mempercayai bahawa jika tidak dapat menjatuhkan hukuman

kepada seseorang yang mempunyai pandangan berbeza, mereka akan

membunuh rakan anda atau keluarga.

“Tidak ada had bagi mereka. Sesiapa yang menentang mereka, ia adalah halal

(dibenarkan) untuk membunuhnya,” katanya.

Ideologi terlampau tersebut adalah sama seperti yang digunakan kumpulan

pengganas masa kini, Negara Islam (IS).

Menurut Abdul Manaf, kepercayaan jihad untuk membantu orang lain mula timbul

ketika dia dihantar ke Bosnia untuk misi pengaman pada awal tahun 1990-an.

“Nasib umat Islam di sana telah membuka mata dan membuatkan saya ingin

membantu dalam apa sahaja caranya.

“Saya tidak menolak bahawa terdapat beberapa orang yang menyertai kerana

mereka benar-benar mahu membantu saudara Islam yang ditindas. Tetapi ada

juga yang berfikir bahawa menggunakan senjata adalah satu-satunya jalan untuk

berjuang,” katanya.

Abdul Manaf telah ditangkap pada Februari 2003 kerana dikaitkan dengan al -

Qaeda dan satu lagi kumpulan militan iaitu Jemaah Islamiyah (JI).

Jelasnya, perjuangan untuk menentang aktiviti keganasan, terutamanya terhadap

IS perlu „banyak lapisan‟.

“Pihak berkuasa perlu mencari satu jalan untuk memerangi versi Islam yang telah

diubah oleh golongan yang membawa keganasan ini.

“Mereka juga perlu menangani penyokong perjuangan sesat di Malaysia,”

jelasnya.

Page 19: KERATAN AKHBAR 24 hingga 28 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh

Berhubung tentangan Malaysia terhadap IS, Abdul Manaf berkata, pihak

berkuasa masih boleh berjuang walaupun terpaksa berdepan dengan beberapa

aspek, termasuk „hak asasi manusia‟.

“Pihak berkuasa mempunyai pertimbangan yang teliti untuk memastikan hak

asasi manusia dikekalkan dalam memburu militan IS.

“Saya hanya memberi pandangan diri sendiri, tetapi apa yang saya nampak

terdapat masalah kerana tindakan yang diambil oleh agensi-agensi

penguatkuasaan agak terhad,” katanya.

Abdul Manaf merupakan seorang veteran tentera yang dipaksa untuk bersara

pada tahun 1995 selepas mendapati dia menyokong perjuangan mujahidin

Bosnia secara rahsia.

Malah Abdul Manaf yang berpangkat tinggi dalam sebuah organisasi belia Islam

di Kuala Lumpur serta pengarah di sebuah syarikat didakwa menjadi individu

penting untuk al-Qaeda dan JI ketika dia ditangkap.-mstar

Page 20: KERATAN AKHBAR 24 hingga 28 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh

Sayangilah negara, pertahankan kemerdekaan ini

Para Pengunjung memenuhi ruang menonton ketika raptai sambutan Hari Kemerdekaan Ke-59

bertemakan 'Sehati Sejiwa' di Dataran Merdeka hari ini. - Foto Bernama

KUALA NERUS - Lagu nyanyian wanita komunis semasa mendodoikan anaknya

yang bagaikan menanam semangat agar negara ini dirampas meskipun telah

mencapai kemerdekaan, benar-benar merobek hati dan jiwa bekas komando

Rejimen Gerak Khas Zainal Ariffin Mamat.

Hampir 40 tahun telah berlalu namun nyanyian dan lirik lagu itu masih terngiang-

ngiang serta menjadi igauan ngeri buat Zainal Ariffin, 61, yang pernah menyertai

gerakan menjejak komunis di beberapa negeri termasuk Perak dan Kedah.

"Pernah satu ketika dalam operasi menentang komunis pada 1975 di Air Kala,

Lenggong, Perak, terdengar seorang perempuan menyanyi ketika mendodoi

anaknya di dalam buaian dengan kata-kata 'tidurlah wahai anakku, satu hari besok,

Malaysia kita punya'.

"Komunis telah menanam semangat untuk merampas negara ini daripada

pemerintah sejak dari buaian lagi dan kini jika anak itu masih hidup, dia sudah

berumur kira-kira 40 tahun," katanya ketika ditemui Bernama di sini.

Page 21: KERATAN AKHBAR 24 hingga 28 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh

Mengimbas semula perjuangannya menentang komunis, Zainal Ariffin yang lebih

mesra dipanggil Pak Zainal, berkata semasa operasi di hutan Gubir, Kedah yang

merupakan lubuk komunis, dua daripada 30 anggotanya telah terkena jerangkap

samar dan terpaksa dihantar ke Hospital Alor Setar.

"Sepatutnya kita hantar mereka mendapat rawatan di Hospital Pulau Pinang, namun

risikan mendapati di hospital itu ada pegawai perubatan yang prokomunis.

"Jika ada anggota tentera yang cedera perlu dipotong sedikit anggota badan, tetapi

pegawai itu akan memotong lebih daripada yang sepatutnya. Jadi kita hantar ke

Hospital Alor Setar," katanya yang berkhidmat sebagai komando selama 19 tahun.

Pak Zainal berkata pada mulanya beliau menyertai Rejimen Askar Melayu Diraja

(RAMD) kerana terpengaruh dengan bapa kemerdekaan Tunku Abdul Rahman

Putera Al-Haj yang berusaha berjuang memerdekakan negara ini dan selepas itu

bertukar kepada pasukan komando dalam unit tempur.

Katanya ketika pilihan raya umum diadakan pada 1965, Parti Perikatan (sekarang

Barisan Nasional) menjadi tunjang pemerintahan ketika itu dan beliau menjadi

seorang daripada penyokong tanpa dipaksa.

"Suatu hari saya melihat sebuah helikopter berlegar-legar di kawasan kampung

Seberang Takir dengan membuang poster parti yang berlambangkan perahu layar

itu dari udara sebagai kempen pilihan raya.

"Saya pergi memungut poster yang dibuang itu dan mengumpulnya sehingga seguni

dan poster-poster itu saya tampal di segenap dinding rumah nenek," kata Pak

Zainal, yang semasa kecil tinggal bersama neneknya di rumah berdindingkan buluh

di kampung nelayan Seberang Takir.

Bersempena Hari Kemerdekaan ke-59 yang akan tiba beberapa hari lagi, Pak Zainal

berharap golongan muda yang menjadi pewaris negara mampu memelihara dan

menjaga keamanan yang telah dikecapi selama ini.

"Ini negara tanah tumpah darah...saya sedia berjuang jika dikerah demi

mempertahankan tanah pusaka yang tercinta ini. Rakyat Malaysia seharusnya

berasa bangga kerana kebijaksanaan pemimpin kerajaan mentadbir.

"Negara ini berada dalam keadaan aman dan harmoni berbanding negara lain yang

sama usia kemerdekaannya tetapi masih berada dalam keadaan tidak membangun,"

katanya. – Bernama

Page 22: KERATAN AKHBAR 24 hingga 28 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh

Hargailah jasa tentera

MUKADIMAH

"Bantulah ikut kemampuan." Begitulah harapan Panglima Tentera Darat (TD), Tan

Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor apabila Tabung Hari Pahlawan tidak

mendapat sambutan daripada masyarakat dan syarikat perniagaan.

Beliau yang bakal dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera baharu berkuat

kuasa 16 Disember ini berkata, bekas anggota keselamatan yang cedera dan

kurang upaya serta waris mereka yang terkorban masih memerlukan bantuan dan

sokongan daripada masyarakat.

Ujarnya, mungkin juga kempen tersebut tidak mendapat sambutan yang sepatutnya

kerana medium penyampaian yang digunakan kurang berkesan dan tidak sampai

kepada kumpulan sasaran.

Dalam wawancara khas dengan Mingguan Malaysia, HAFIZAHRIL HAMID dan

AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI di Kuala Lumpur Jumaat lalu, Raja Mohamed

Affandi turut mengulas tentang program kebajikan Angkatan Tentera Malaysia

Page 23: KERATAN AKHBAR 24 hingga 28 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh

(ATM) dan program transformasi TD khususnya modal insan bagi meningkatkan

kemahiran serta kepakaran anggota.

Beliau juga menjelaskan tentang beberapa strategi dan pendekatan proaktif yang

diambil oleh TD bagi membantu pihak berkuasa mengekang ancaman kumpulan

militan Daesh di negara ini.

Ini termasuk menambah kekuatan serta meningkatkan dan mengetatkan kawalan di

kawasan sempadan negara khususnya di Pantai Timur Sabah.

Pada masa sama, TD memberikan tumpuan memastikan anggotanya tidak

terpengaruh dengan propaganda kumpulan pengganas itu.

"Saya amat terharu dengan titah Tuanku Sultan Perak. Ia sesuatu yang amat

menyentuh perasaan saya dan saya yakin ia turut menyentuh perasaan ratusan ribu

warga veteran mahupun mereka dalam perkhidmatan. Kami sanjung dan

menjunjung setinggi-tinggi kasih." kata Raja Mohamed Affandi.

Ikuti wawancara Mingguan Malaysia dengan Raja Mohamed Affandi.

Mingguan: MinDef telah menetapkan hala tuju yang jelas, antaranya adalah

melestarikan kebajikan anggota, veteran dan rakyat keseluruhannya. Sebagai

Pengerusi Bersama Teras Kebajikan, apakah tumpuan Tan Sri dalam memastikan

hala tuju ini tercapai?

RAJA MOHAMED AFFANDI: Pelaksanaan melalui pendekatan teras adalah satu

gagasan besar YB Menteri Pertahanan. Untuk memacu kelestarian ATM dan

khususnya TD mulai tahun 2016 dengan lebih terarah dan terancang, lima teras

telah diperakukan sebagai pacuan kecemerlangan organisasi dan keberkesanan

menyempurnakan tanggungjawab. Kebajikan adalah salah satu teras yang

diperakukan oleh YB Menteri sebagai kaedah penting bagi memenuhi gagasan.

Saya sendiri berasa bangga dan puas bila diberikan amanah ini. Apabila kita

memperkatakan soal kebajikan, ia mencakupi ruang dan bidang yang luas. Selaku

Pengerusi Bersama, saya beriltizam untuk meningkatkan kualiti hidup dan secara

berterusan membantu warga ATM dan keluarga mereka, juga veteran ATM serta

rakyat keseluruhannya. Fokus Teras Kebajikan adalah untuk memastikan kumpulan

yang dinyatakan menikmati keselesaan, kesejahteraan dan peningkatan kualiti

hidup. Bagi tujuan ini, pelbagai inisiatif dan program yang telah dan akan

dilaksanakan untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan terhadap jasa dan

pengorbanan yang telah mereka curahkan. Saya penuh yakin dengan fokus yang

diberi dalam Teras Kebajikan, secara langsung dapat menjamin keselamatan secara

keseluruhannya.

Apakah limpahan yang akan dinikmati oleh rakyat keseluruhannya?

RAJA MOHAMED AFFANDI: Di samping warga, keluarga dan veteran, kami juga

melihat peri penting rakyat negara ini juga mendapat limpahan manfaatnya. Oleh itu,

kita ketengahkan elemen rakyat. Teras Kebajikan telah menetapkan dua inisiatif

Page 24: KERATAN AKHBAR 24 hingga 28 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh

khusus untuk rakyat iaitu Program Jiwa Murni dan inisiatif-inisiatif di bawah NBOS

ATM. Melalui Program Jiwa Murni ATM, selain daripada bantuan yang lazim diberi,

beberapa program yang memerlukan kepakaran tertentu ATM telah dilaksanakan di

kawasan pedalaman di seluruh negara seperti menyediakan bekalan air bersih,

membina jalan raya, jambatan, membaik pulih rumah dan menyediakan

perkhidmatan kesihatan dan pergigian kepada masyarakat. Program-program ini

telah memberi impak yang besar terhadap kelangsungan hidup rakyat terutama

kepada masyarakat luar bandar.

Manakala melalui inisiatif NBOS, ATM telah memberi sumbangan yang besar dalam

mentransformasikan masyarakat menerusi kolaborasi dengan pelbagai agensi

kerajaan yang lain. Antara inisiatif yang telah dilaksanakan yang memberi manfaat

besar kepada rakyat adalah program rondaan bersama ATM – PDRM bagi

mewujudkan persekitaran yang selamat, program pemulihan dan kemahiran kepada

banduan (ODS) melalui Pusat Pemulihan Pemasyarakatan di enam kem TD,

memperkasakan akhlak melalui Program Remaja Berwawasan dan memberi latihan

kemahiran kepada belia menerusi Mobile Youth Transformation Vocational (MyTV).

MyTV adalah satu inisiatif yang baik. Belia-beliawanis akan mampu menggunakan

kemahiran untuk menambah pendapatan. Kami amat bangga dengan program ini.

Sewaktu sambutan Hari TD yang ke-83, Tan Sri telah menyebut mengenai

transformasi TD, bolehkah Tan Sri mengulas mengenai pembangunan TD

khususnya dalam aspek pembangunan modal insan?

RAJA MOHAMED AFFANDI: Sebagaimana yang telah saya sebutkan semasa

sambutan Hari TD awal tahun ini, transformasi TD dibuat berlandaskan acuan yang

telah ditetapkan oleh YB Menteri Pertahanan dan ATM. Rancangan pembangunan

jangka panjang TD telah dirangka di bawah Army 2 10 Plus 10. Saya berpuas hati

dengan kemajuan yang dicapai setakat ini. Sebagai kesinambungan kepada

rancangan pembangunan ini, kita sedang membuat penilaian semula dengan pelan

yang saya panggil Army 4 Next G bagi menyesuaikandengan perubahan landskap

geo-strategik dan keperluan untuk menangani isu-isu keselamatan di bawah 5th

Generation Warfare. Army 4 Next G mengambil kira aspek tangible dan

intangible.Dalam aspek tangible kita memberi tumpuan kepada penggantian aset-

aset yang telah lama dan menentukan kesiagaan aset-aset sedia ada.

Dalam pembangunan modal insan iaitu aspek intangible, pembangunan yang seiring

dan lebih terarah terhadap man, machine and method telah dirangka. Tumpuan

diberi kepada latihan dan pembangunan agar TD mampu melahirkan pegawai dan

anggota yang mempunyai kompetensi tinggi, memiliki kemahiran dan kepakaran

sebagaimana yang dikehendaki. Bagi tujuan ini transformasi latihan dan

pembangunan telah dilakukan dengan mewujudkan Akademi Tentera Darat (ATD) di

Page 25: KERATAN AKHBAR 24 hingga 28 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh

mana pembangunan dan latihan untuk anggota LLP diletakkan di bawah Kolej LLP

manakala untuk pegawai di bawah Kolej Pegawai.

Adalah menjadi harapan saya melalui transformasi ini akan membolehkan kursus-

kursus yang dilaksanakan di ATD khususnya Kolej LLP akan mendapat

pengiktirafan dari universiti-universiti tempatan. Dengan kelayakan akademi dan

pengalaman kerja yang mereka miliki ini akan membolehkan mereka mendapat

peluang pekerjaan sama ada dalam sektor awam atau swasta apabila tamat

perkhidmatan kelak. TD juga sedang dalam perancangan untuk meningkatkan tahap

akademik dalam kalangan pegawai sehingga ke peringkat doktor falsafah. Sekiranya

tiada aral melintang, saya menjangkakan program Ph.D dengan kolaborasi dengan

Universiti Malaya dapat dimulakan pada tahun pengajian 2017.

Apakah peranan TD dalam OP Daratan selepas tindakan mahkamah diambil

terhadap penceroboh Lahad Datu?

RAJA MOHAMED AFFANDI: Beberapa strategi telah dibuat oleh YB Menteri

mengenai keselamatan di Sabah. Bagi tujuan ini, TD telah meneliti dan mengambil

tindakan susulan. TD sentiasa memastikan trup dan aset yang diatur gerak untuk

tugas operasi berada pada tahap kesiagaan yang tinggi pada sebilang masa.

Pelaksanaan operasi di Pantai Timur Sabah akan diteruskan demi memastikan

keselamatan dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara. Aturgerak TD di Pantai

Timur Sabah ini akan meningkatkan keyakinan rakyat bahawa keselamatan mereka

sentiasa diberi keutamaan oleh kerajaan.

Selain daripada itu dan selaras dengan rancangan pembangunan TD, penubuhan 13

Briged ESSCOM di Cenderawasih, Lahad Datu telah direalisasikan bagi

mengukuhkan lagi pertahanan Pantai Timur Sabah. Saya percaya penubuhan

Briged ini dengan dibantu oleh pasukan tempur dan bantuan tempur lain yang

dilengkapi sistem persenjataan terkini mampu memberi nilai tambah dari segi kuasa

tempur sekali gus meningkatkan keupayaan TD di kawasan tersebut.

Aset udara PUTD yang terdiri daripada helikopter yang dilengkapi dengan senjata-

senjata terkini juga telah ditempatkan bersama-sama dengan kenderaan berperisai

termasuk GEMPITA khusus untuk digunakan di kawasan berkenaan.

Bagaimana Tan Sri melihat ancaman Daesh di negara ini. Apakah persediaan dan

peranan yang perlu dilakukan segera oleh TD dan ATM dalam membantu

menangani masalah ini?

RAJA MOHAMED AFFANDI: Saya melihat ancaman Daesh ini merupakan satu

ancaman nyata yang turut memberi kesan kepada negara-negara lain di rantau ini.

Daesh dilihat lebih berbahaya kerana mereka mampu dan berupaya mempengaruhi

dan merekrut ahli-ahli baru dengan memperalatkan ajaran Islam demi kepentingan

mereka. Antara kelebihan kumpulan ini adalah mereka dapat menggunakan media

sosial sebagai medium untuk propaganda mereka.

Page 26: KERATAN AKHBAR 24 hingga 28 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh

TD telah mengambil langkah-langkah proaktif dalam membantu pihak berkuasa

menangani isu Daesh. Langkah utama TD adalah memastikan warga TD itu sendiri

tidak terlibat dan terpengaruh dengan propaganda Daesh. Langkah ini adalah

penting kerana anggota TD merupakan mereka yang terlatih dan sentiasa menjadi

focal point kepada kumpulan ini.

Dalam usaha menangani ancaman Daesh, TD dan PDRM sering bekerjasama

dalam pelbagai aspek. Antara aspek yang diberikan keutamaan adalah pertukaran

maklumat perisikan, rondaan bersama di KLIA, kawasan-kawasan hotspot yang

menjadi hub aktiviti ekonomi negara, pusat tumpuan orang ramai dan kawasan-

kawasan tempat ibadat. Langkah ini dibuat bagi memberikan keyakinan kepada

masyarakat bahawa keselamatan negara sentiasa terpelihara.

Selain itu, TD juga telah meningkatkan kesiagaan dan kawalan di kawasan-kawasan

operasi di sepanjang sempadan negara bagi memastikan sempadan negara tidak

dibolosi oleh kumpulan ini. Tindakan ini termasuklah menambah paras kekuatan

anggota dan aset secara berkala di sempadan untuk mengetatkan kawalan. TD juga

sentiasa membuat penilaian dari semasa ke semasa mengenai potensi ancaman

dan tindakan korektif akan segera dilaksanakan sekiranya situasi memerlukan.

Bagi tujuan ini, kita sentiasa mengkaji kaedah pelaksanaan agar kebarangkalian

dapat dikurangi. TD bertekad menjaga keselamatan persempadanan negara dengan

baik dan penuh tanggungjawab. Saya menaruh keyakinan dan tidak ragu bahawa

warga TD memegang teguh sumpah, ikrar dan taat setia mereka untuk

mempertahankan pertiwi dan bumi berdaulat ini. Dengan itu saya menyeru seluruh

warga TD untuk mengelakkan diri daripada terjebak fahaman yang jika dilihat dari

pelbagai sudut agama kita pun adalah tersasar dari ajarannya yang sebenar.

Baru-baru ini Sultan Perak menyatakan dukacita kerana Tabung Hari Pahlawan

tidak mendapat sambutan sepatutnya dalam masyarakat dan juga swasta dan GLC.

Di mana silapnya dan apa yang perlu dilakukan supaya pengorbanan ATM tidak

dilupa?

RAJA MOHAMED AFFANDI: Saya amat terharu dengan titah Tuanku Sultan Perak.

Ia sesuatu yang amat menyentuh perasaan saya dan saya yakin ia turut menyentuh

perasaan ratusan ribu warga veteran mahupun mereka dalam perkhidmatan. Kami

sanjung dan menjunjung setinggi-tinggi kasih.

Saya melihat pelbagai inisiatif telah dilaksanakan untuk menguar-uarkan Kempen

Hari Pahlawan sejak sekian lama. Namun begitu, inisiatif ini dilihat kurang berkesan

berkemungkinan medium penyampaian yang digunakan tidak sampai kepada

kumpulan sasaran. Ada juga kemungkinan GLC dan masyarakat tidak menyedari

kewujudan kempen ini. Saya percaya dan penuh yakin masyarakat Malaysia

sebenarnya prihatin kepada jasa dan pengorbanan pahlawan yang telah banyak

berkorban jiwa dan raga untuk tanah air tercinta. Pengorbanan dan jasa mereka

Page 27: KERATAN AKHBAR 24 hingga 28 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh

sewajarnya diingati dan diberikan penghargaan. Dalam hal ini bukan sahaja GLC

malahan rakyat negara ini juga harus ada di sudut hati kecil mereka perasaan

bangga dan ungkapan terima kasih di atas penyertaan pasukan keselamatan

khususnya TD.

Pada kesempatan ini saya menyeru semua pihak agar dapat menghayati dan

menyemarakkan kempen Hari Pahlawan yang diadakan pada setiap tahun. Waris

mereka yang terkorban serta mereka yang cedera dan kurang upaya masih

memerlukan bantuan dan sokongan dari masyarakat. Justeru berikanlah sokongan

dengan menghulurkan bantuan mengikut kemampuan masing-masing. Sekecil mana

pun bantuan yang kita hulurkan, pastinya dapat meringankan beban yang mereka

tanggung.

Sekiranya kita tidak mampu memberi bantuan dalam bentuk material, panjatkanlah

doa untuk mereka. Sokonglah mereka kerana mereka telah mengorbankan nyawa

dan raga sebagai galang ganti agar nikmat keamanan dirasai oleh rakyat dan juga

untuk generasi akan datang.