Kepentingan Model Ekonomi Baru Kepada Rakyat

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/27/2019 Kepentingan Model Ekonomi Baru Kepada Rakyat

    1/2

    KEPENTINGAN MODEL EKONOMI BARU KEPADA RAKYAT & NEGARA

    ekonomi maju dan berdaya saing, dengan rakyatnya menikmati kualiti hidup yangtinggi serta perpendapatan tinggi hasil daripada pertumbuhan yang inklusif dan

    mampan. Menjelang 2020, sektor minyak, gas dan tenaga masih akan kekal sebagaisektor terbesar dalam ekonomi Malaysia, tetapi sumbangan kepada dalam ekonomiakan jatuh disebabkan oleh pertumbuhan pesat dalam sektor seperti perkhidmatan

    kewangan dan minyak sawit. Sektor pemborongan dan peruncitan juga akan

    berkembang dengan ketara untuk menjadi sektor keempat terbesar dalam ekonomi

    MEB akan menyediakan kerangka kerja dan persekitaran yang merangsangsemangat keusahawanan untuk merebut peluang pertumbuhan menggunakan

    pembiayaan yang tersedia.

    pertumbuhan yang menyokong golongan miskin dan akan memastikan bahawa tiadakumpulan masyarakat yang dipinggirkan serta keperluan asas rakyat akan dipenuhi.

    pengurangan dalam kadar kemiskinan tegar yang hampir mencecah tahappembasmian

    menggalakkan pertumbuhan peluang pekerjaan yang dapat mewujudkan kerja-kerjaberpendapatan tinggi yang baru. Peluang perniagaan mengambil kira potensi sektoruntuk berkembang secara organik. Ini mewakili peluang perniagaan yang mantap.

    Beberapa peluang perniagaan akan dicetuskan dengan kejayaan pelaksanaan ETP.Contohnya, pembangunan tempat peranginan bersepadu dan hotel merentasi

    Malaysia akan mewujudkan peluang perniagaan untuk operator pelancongan danperniagaan pengangkutan darat di seluruh Malaysia.Kerajaan juga akan melabur

    dalam pendidikan dan latihan untuk memastikan bahawa lebih ramai rakyat Malaysia

    dapat mengambil bahagian dalam peluang pekerjaan berpendapatan tinggi

    ini.Apabila satu sektor berkembang, ia akan mewujudkan permintaan untuk barangandan perkhidmatan yang disediakan oleh sektor lain. Contohnya, apabila sektor

    pelancongan membangun,ia akan mewujudkan permintaan tambahan untuk

    perkhidmatan kewangan yang akan menghasilkan tambahan kepada PNK. PNK tambahan

    ini diliputi melalui pengiraan penggandaan.

    memanfaatkan golongan isi rumah yang berpendapatan paling rendah.

    Pertumbuhan mampan yang diaspirasikan bukan sahaja dari sudut prestasi ekonomi,tetapi juga turut mengambilkira kesan pembangunan ekonomi ke atas persekitaran

    dan sumber asli. Langkah yang dilaksanakan untuk mencapai status berpendapatan

    tinggi perlu mampan dari segi ekonomi dan alam sekitar serta memenuhi kehendaksemasa tanpa menjejaskan keperluan generasi masa hadapan.MEB berusahamewujudkan pertumbuhan mampan yang memenuhi keperluan berterusanpenduduk tanpa menjejaskan generasi akan datang melalui pengawasan danpemuliharaan alam semulajadi dan sumber mudah lupus secara berkesan.

    Dari aspek alam sekitar, Kerajaan komited terhadap pemuliharaan alam semula jadidan sumber yang tidak boleh diperbaharui. Kerajaan akan memastikan bahawa

  • 7/27/2019 Kepentingan Model Ekonomi Baru Kepada Rakyat

    2/2

    sumber alam sekitar dinilai sewajarnya dan kos penuh pembangunan difahami

    sebelum keputusan pelaburan dilaksanakan.

    Sektor swasta akan memainkan peranan utama dalam membuat keputusanmengenai pelaburan dan pekerjaan. Projek dan peluang perniagaan yang dikenal

    pasti dalam ETP telah diwujudkan bersama oleh sektor awam dan swasta. Yangpenting adalah kebanyakan daripada projek dan peluang perniagaan ini akan dibiayai

    sebahagian besarnya daripada pihak swasta. Peranan Kerajaan adalah sebagaipemudahcara aktif bagi sektor swasta dengan memberikan sokongan dari segi

    sumber dan dasar, berbeza dengan peranan sebelum ini yang bertindak sebagai

    peneraju utama. Justeru itu, Malaysia akan menjadi sebuah Negara ekonomi maju dimana sektor swasta merupakan pemacu pertumbuhan negara.

    Tahap pelaburan perniagaan swasta perlu ditingkatkan dengan ketara. Pelaburanswasta hanya meningkat 2 peratus setiap tahun semenjak lima tahun yang lepas

    berbanding dengan tahap 10 peratus yang diunjurkan dalam Rancangan Malaysia

    Kesembilan. Berdasarkan unjuran Rancangan Malaysia Kesepuluh yang menjangkabahawa kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 6 peratus pertumbuhan tahunan

    pelaburan swasta yang diperlukan adalah sebanyak 12.8 peratus sehingga 2015 bagimencapai status negara berpendapatan tinggi

    Peranan Kerajaan adalah untuk memudahkan pertumbuhan ekonomi ini denganmenyampaikan pembaharuan, memberikan insentif untuk pelaburan dan

    memastikan pembiayaan awam disasarkan ke bidang di mana ia akan memberikanimpak yang paling besar

    Melalui ETP, lebih daripada 3 juta pekerjaan baru akan diwujudkan, di mana majoritiadalah pekerjaan berpendapatan sederhana atau tinggi.