Upload
tan-chian-yee
View
2.149
Download
27
Embed Size (px)
DESCRIPTION
adat resam
Citation preview
Kepentingan adat resam di dalam hidup masyarakat tidak kira apa bangsa sekalipun tidak dapat dinafikan.
Adat tersebut bermula dari dalam perut ibu, kelahiran, perkahwinan sehinggalah kematian terdapat di
dalam hidup semua masyarakat di Malaysia. Adat resam merupakan kebiasaan cara hidup yang diamalkan
oleh sesuatu masyarakat yang dapat menggambarkan corak budaya masyarakat tersebut.
PengenalanSebingkas madah
Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang indah itu bahasa. Tingkap papan kayu bersegi, sampan sakat di Pulau Angsa, indah tampan kerana budi, tinggi darjat kerana bahasa. Bahasa boleh meninggikan darjat manakala indah bahasa sedap didengar. Resam diertikan kebiasaan manakala Melayu ialah bangsa atau rumpun.
Seuntai kata
Bicara tentang resam Melayu akan membawa para pembaca menimba ilmu dalam pelbagai aspek yang meliputi kehidupan harian, asal-usul, hidup bermasyarakat, sosio budaya dan ekonomi, adab dan tingkah laku, pakaian serta perhiasan, peralatan, permainan, dan perubatan tradisional, senjata, tarian, silat, seni reka dan segenap aspek yang terkandung dalam erti kata resam itu sendiri. Penulis menulisberdasarkan pengalaman, artikel kualiti, fakta sejarah yang ingin dikongsi bersama pembaca yang menjurus kepada pengayaan bangsa/rumpun Melayu itu sendiri.
Di samping itu, blog ini juga memuatkan barangan jualan seperti keris, kompang, dan tanjak, bengkung serta sampin. Keris dijual daripada bilah lama atau baru, bergantung kepada bilah yang boleh didapati pada satu-satu masa justeru jualan keris akan dibuat berdasarkan permintaan sahabat handai yang ingin menjual atau menambah koleksi keris mereka.
Wassalam.
Lain-lain
ADAT MERISIKDalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat beberapa peringkat penting. Pertama sekali
adalah peringkatmerisik.
Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Dalam budaya Melayu, adat ini merupakan tahap
awal menjodohkanteruna dan dara, yang melibatkan pertemuan antara wakil keluarga teruna
dengan orang tua pihak dara. Pertemuan tersebut dianggap penting untuk menghormati keluarga
pihak dara, sebagaimana ungkapan dalam adat Melayu kalau hendak meminang anaknya,
pinanglah ibu bapaknya terlebih dahulu. Ungkapan tersebut menjelaskan bahwa pandangan dan
restu orang tua perlu diperoleh terlebih dahulu dalam membuat keputusan yang besar seperti
perkawinan. Tujuanadat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadisyang dihajati oleh
seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang
meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untukmenyelidik latar belakang
si gadis. Lazimnya adat ini akandijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau
bapa saudaranya. Prosesi merisik dilakukan dengan tertib dan sopan untuk menjaga dan
memelihara nama baik kedua belah pihak.
Bagi pihak si gadis, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum menerima
lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar belakang
agama serta mempunyai pekerjaan yang baik.
Apabila wakil pihak lelaki sampai di rumah si dara, para wakil keluarga lelaki akan bercakap-cakap
mengenai keadaan kehidupan, pekerjaan, maupun isu-isu terkini sembil menikmati jamuan yang
dihidangkan dan dihantarkan sendiri oleh si dara. Pada saat si dara menghidangkan jamuan itulah
para wakil dari pihak lelaki berkesempatan untuk melihat wajah si dara. Setelah
itu, topik pembicaraan mulai difokuskan untukmenyampaikan maksud kedatangan pihak teruna,
dan pantununtuk merisik mulai diperdengarkan oleh juru cakap mereka. Pada tahap ini, pihak
teruna menyatakan kehendak hati untuk “memetik bunga yang sedang menguntum” apabila si
dara belum memiliki pasangan.
Pantun merisik ini diawali oleh pihak keluarga teruna yang kemudian akan dibalas oleh pihak
keluarga dara yang menanyakan maksud kedatangan keluarga teruna.
Sudah lama langsatnya condong
Barulah kini batangnya rebah
Sudah lama niat dikandung
Baru sekarang diizinkan Allah
Dari Pauh singgah Permatang
Singgah merapat papan kemudi
Dari jauh saya datang
Karena tuan yang baik budi
Kalau gugur buah setandan
Sampai ke tanah baru tergolek
Kami bersyukur kepada Tuhan
Datang kami disambut baik
Berapa tinggi pucuk pisang
Tinggi lagi asap api
Berapa tinggi Gunung Ledang
Tinggi lagi harapan hati
Kabung enau tebang satu
Tebang sekali dengan sigainya
Tinggi gunung tinggi lagi harapanku
Harapan dalam tutur katanya
Besar api Teluk Gadung
Anak buaya mengonggong bangkai
Niat hati nak peluk gunung
Apakan daya tangan tak sampai
Sudah lama langsatnya condong
Dahannya rebah ke ampaian
Sudah lama niat dikandung
Baru sekarang disampaikan
Setelah pihak teruna selesai melantunkan pantun yang mengungkapkan maksud hati mereka,
maka pihak dara akan membalas pantun sebagaimana berikut ini:
Perahu kolek ke hilir tanjung
Sarat bermuat tali temali
Salam tersusun sirih junjung
Apa hajat sampai kemari?
Malam-malam pasang pelita
Pelita dipasang atas peti
Kalau sudah bagai dikata
Sila terangkan hajat di hati
Tidak pernah rotan merentang
Kayu cendana dijilat api
Tidak pernah tuan bertandang
Tentu ada maksud di hati
Tumbuk lada di atas para
Ada kasut simpan di hati
Tepuk dada tanya selera
Apa maksud di dalam hati
Kemudian, pihak lelaki akan membalas pantun tersebut dengan lantunan pantun yang menyiratkan
kehendak untuk ”memetik bunga di taman”.
Daun raya di atas bukit
Tempat raja menanam pala
Harap kami bukan sedikit
Sebanyak rambut di atas kepala
Sudah lama kami ke tasik
Tali perahu terap belaka
Sudah lama kami merisik
Baru kini bertatap muka
Tinggi-tinggi si matahari
Anak kerbau mati tertambat
Sekian lama kami mencari
Baru sekarang kami mendapat
Raja Hindu raja di Sailan
Singgah berenang di persiraman
Bagai pungguk rindukan bulan
Kumbang merindu bunga di taman
Cendrawasih burung yang sakti
Singgah hinggap di atas karang
Kasih berputik di dalam hati
Dari dahulu sampai sekarang
Singgah berenang di persiraman
Mayang terendam di dalam tasik
Kumbang merindu bunga di taman
Bintang merindu cendrawasih
Dalam adat Melayu, pihak si dara biasanya tidak langsung menjawab apa yang menjadi kehendak
pihak lelaki. Sesudah berpantun wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk
cincin tanya berupa cincin belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan
tarikh untuk peminangan. Walau bagaimanapun adat merisik jarang dilakukan lagi kerana
pasangan tersebut telah berkenalan terlebih dahulu, justeru itu mereka akan terus menjalankan
adat meminang untuk menjimatkan kos dan masa.
MEMINANG & BERTUNANGSetelah kata persetujuan dicapai oleh keluarga di pihak lelaki, wakil dari pihak lelaki yang
biasanya dipilih dari kalangan orang tua-tua akan diutuskan oleh ibu bapa lelaki tersebut untuk
mewakili mereka meminang anak dara yang telah dipilih. Biasanya, ibu bapa kepada anak dara
tersebut tidak akan memberi jawapan yang muktamad kepada pihak yang datang meminang
kerana mengikut adat, mereka sepatutnya diberi tempoh untuk memberi jawapan atau dipanggil
bertangguh. Ini kononnya kerana hendak berpakat dengan ahli-ahli keluarga dan waris yang rapat,
walaupun sebenarnya mereka memang sudah bersedia untuk menerima pinangan itu.
Sebenarnya, adat bertangguh ini mencerminkan budaya Melayu yang amat berhati-hati
dalam menentukan jodoh dan menunjukkan kesopanan dalam setiap tingkahlaku. Sudah
menjadi rutin dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu untuk tidak tergopoh-gapah dalam
mengendalikan apa sahaja dan adalah menjadi pegangan bahawa setiap hal yang dilaksanakan
perlu dijalankan dengan rapi dan tersusun mengikut adat yang ditetapkan.
Setelah tamat tempoh yang diberikan, biasanya 2 hari, ada juga yang sampai seminggu, pihak
perempuan akan menghantar rombongan yang dihadiri oleh orang tua-tua yang mewakili pihak
mereka untuk memberikan jawapan. Sekiranyapinangan diterima, pada pertemuan itu mereka
akan berbincang tentang segala syarat berkenaan mas kahwin dan hantaran perbelanjaan
majlis perkahwinan. Tarikhyang sesuai juga akan dipilih untuk melangsungkanperkahwinan.
Sekiranya perkahwinan itu agak lambat dijalankan, pihak lelaki biasanya akan Menghantar
Tanda terlebih dahulu kepada pihak perempuan.
Konsep Menghantar Tanda adalah diertikan sebagai “putus cakap”. Ini bermaksud pinangan dari
pihak lelaki sudah pun diterima oleh pihak perempuan. Oleh yang demikian, maka penghantaran
tanda daripada lelaki kepada anak dara yang bakal dikahwininya akan dilakukan melalui upacara
bertunang. Upacara ini membawa pengertian bahawa anak dara tersebut sudah pun dimiliki dan
kini dipanggil tunangan orang. Tanda yang dihantar oleh lelaki tersebut mengikut adat lazimnya
adalah sebentuk cincin sahaja, iaitu cincin berbatu intan atau berlian, besarnya mengikut
citarasa dan kemampuan ibu bapa lelaki tersebut.
Namun begitu, bagi masyarakat Melayu, selain
cincin, beberapa barangan lain turut diberikan seperti sepasang kain dan selendang, selipar atau
sepatu, kuih-muih, manisan, dan yang paling utama dan dianggap sakral, sirih junjung.
Semuahantaran akan dihias dengan cantik dan menarik serta akan dibalas oleh pihak
perempuan sebagai tanda setuju menerima pinangan. Jumlah hantaran yang dihantar oleh pihak
lelaki akan dibuat dalam angka ganjil dan dibalas lebih oleh pihak perempuan, selalunya
sebanyak dua dulang. Contohnya, jika pihak lelaki memberikan 7 hantaran dulang, biasanya
pihak perempuan akan membalas 9 dulang. Hantaran dari pihak perempuan biasanya berupa sirih
junjung, sepersalinan baju melayu, capal dan kuih-muih.
Sekiranya dalam tempoh menunggu diijabkabulkan, ikatan pertunangan diputuskan oleh
pihak lelaki, maka cincin dan segala barang hantaran tidak boleh diminta semula dari
pihak perempuan. Berbeza pula halnya jika ikatan pertunangan diputuskan oleh pihak
perempuan. Jika ia diputuskan tanpa sebarang sebab yang dapat diterima umum, maka pihak
perempuan hendaklah mengembalikan semula segala hantaran yang telah diberikan
oleh pihak lelaki itu dalam nilai sekali ganda banyaknya atau harganya.
Selain dari adat pertunangan yang disebutkan di atas, terdapat 2 lagi cara pertunangan yang
juga wujud dalam adat resam Melayu, iaitu :
• Pertunangan yang dilakukan oleh ibu bapa kedua-dua pihak sewaktu anak mereka masih
kecil lagi, dan ini tidak memerlukan penghantaran tanda. Hal ini berlaku mungkin kerana ikatan
persahabatan yang erat dan mesra di antara ibu bapa kedua belah pihak dan ikatan itu diharapkan
dapat merapatkan lagi ikatan silaturrahim antara mereka. Pertunangan yang demikian biasanya
dihormati dan dilangsungkan sehingga kedua-dua anak itu berkahwin.
• Pertunangan mengikut wasiat salah seorang daripada ibu bapa yang telah meninggal
dunia di antara dua buah keluarga. Ini juga tidak memerlukan penghantaran tanda dan biasanya
diakhiri dengan ikatan perkahwinan.
Mengikut adatnya juga, sekiranya pihak gadis rupawan mempunyai kakak yang masih belum
berkahwin, hantaran untuknya juga turut diberikan. Adat ini dipanggillangkah
bendul. Alangkah bagusnya nasib sang putera bahawa si gadis rupawan tidak mempunyai
kakak. Bilangan hantaran agak unik kerana jumlahnya ganjil iaitu samada lima, tujuh,
sembilan, sebelas atau tiga belas, kerana jumlah genap dikatakan memberi implikasi yang
tidak baik.Jumlah hantaran yang diberi oleh pihak gadis rupawan pula akan melebihi jumlah
hantaran pihak sang putera. Adat menghantar belanja turut diadakan semasa adat bertunang ini
dijalankan. Namun begitu ada juga yang menjalankannya secara berasingan daripada adat
bertunang iaitu mengadakannya beberapa minggu sebelum majlis persandingan dijalankan.
*PERTUNANGAN DI SISI SYARAK*
Terbahagi kepada lima cara:
- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada seorang perempuan secara langsung.
- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada wali perempuan.
- Menggunakan pihak ketiga untuk meminang.
- Wali menawarkan anak perempuannya kepada seorang lelaki soleh.
- Perempuan menawarkan dirinya sendiri kepada seorang lelaki soleh.
Sekiranya kedua-dua pihak telah bersetuju dan menerima (menggunakan salah satu cara di atas)
maka ini adalah sudah dikira bertunang di sisi syarak.
*PERTUNANGAN DI SISI ADAT*
Kebiasaannya pihak lelaki akan memberikan barang-barang hantaran ke rumah pihak perempuan
pada majlis pertunangan yang telah ditetapkan. Kemudian perempuan akan disarungkan cincin di
jari manisnya sebagai tanda sudah bertunang oleh ibu/saudara pihak lelaki . Maka pihak
perempuan akan menetapkan dan membincangkan hantaran untuk perkahwinan berdasarkan
status seseorang perempuan itu. Dan diakhiri dengan bacaan doa dan sedikit jamuan ringan. Majlis
pertunangan ini diadakan selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk bertunang selepas adat
merisik.
Pemberian cincin semasa pertunangan adalah suatu adat yang diamalkan di Malaysia
(mungkin diambil dari warisan orang bukan Islam) dan ia bukanlah satu syariat yang telah
ditetapkan oleh Islam. Namun ia tidaklah menjadi satu kesalahan sekiranya pemberian cincin itu
diberikan sekadar tanda pertunangan selagimana tidak menyalahi syariat. Perlu diketahui bahawa
menganggap perbuatan menanggalkan cincin sebagai tanda pertunangan diputuskan
maka ia adalah bercanggah dengan Islam.
HEBAHAN PERTUNANGAN
Tidaklah digalakkan menghebahkan pertunangan sepertimana perkahwinan. Pada pendapat saya
bahawa hebahan pertunangan sekadar perlu adalah terletak di atas budi bicara keluarga masing-
masing. Adapun hebahan tentang perkahwinan adalah digalakkan (sunat) oleh Islam dan
menghadirinya adalah wajib.
WAKTU PERTUNANGAN
Berkaitan dengan pertunangan yang lama - terletak di atas diri kedua-dua pihak yang bertunang
untuk menentukannya. Sekiranya kedua-dua (peminang lelaki dan perempuan) mampu melaluinya
dan bersedia dalam tempoh masa pertunangan yang panjang maka tidaklah mengapa. Namun
pertunangan yang panjang mungkin membawa sedikit masalah.
Hakikatnya, pertunangan dalam Islam membawa seribu satu hikmah. Selain dapat
mengenali pasangan dengan lebih dekat, hubungan keluarga 2 hala dapat dibina ketika ini.
Kebolehterimaan, tolak-ansur dan saling memahami adalah kunci kepada kukuhnya ikatan yang
terpatri. Kekuatan iman juga sering teruji ketika di alam pertunangan..Justeru, alam pertunangan
juga boleh dijadikan kayu ukur terhadap rumahtangga yang bakal dibina..Moga Allah sentiasa
memberi hidayah dan membimbing hambaNYA ke jalan yang benar..
'RAHSIAKAN PERTUNANGAN SEBARKAN PERKAHWINAN'
ADAT BERINAIMajlis berinai di dalam masyarakat Melayu dijalankan secara berperingkat. Terdapat 3
peringkat berinai iaitu berinai curi,berinai kecil dan berinai besar. Pengantin perempuan akan
memakai inai pada kesemua jari tangan dan kaki termasuklah pada tapak tangan.
Sebaliknya, pengantin lelaki hanya memakai inai pada jari kelingking, jari manis dan jari
hantupada sebelah tangan sahaja. Namun kini, masyarakat hanya membuat majlis berinai secara
kecil-kecilan kerana faktor kos yang tinggi jika mahu melaksanakan adat berinai besar.
BERINAI CURI
Berinai curi biasanya diadakan pada waktu petang hari selepas hari yang tangan dan tapak kaki
bakal pengantin perempuan diinai. Bakal pengantin perempuan dihiasi dan didudukkan di
atas pelamin. Ia juga dikatakan diadakan tiga malam sebelum hari langsung dan hanya untuk
tatapan saudara mara terdekat sahaja.
BERINAI KECIL
Berinai kecil juga diadakan pada waktu petang seperti berinai curi. Namun ia dilakukan selepas hari
berinai curi. Adat ini diadakan dua malam sebelum hari langsung untuk saudara mara, jiran
tetangga dan sahabat handai.
BERINAI BESAR
Istiadat ini dijalankan pada malam sebelum majlis langsung atau selepas majlis akad nikah untuk
para jemputan khas daripada kedua-dua belah pihak pengantin. Pada majlis tersebut, pengantin
lelaki akan diinaikan terlebih dahulu di atas pelamin diikuti pengantin perempuan. Istiadat berinai
besar bermula dengan para tetamu lelaki naik ke pelaminuntuk membuang sedikit nasi kunyit pada
sebelah kiri kanan pengantin lelaki. Kemudian dilakukan dengan bertih, diikuti oleh tangkai daun
wangi yang dicelupkan ke dalam air daun setawar dan kemudian digunakan untuk menyentuh
kedua-dua belakang tangan pengantin lelaki. Akhirnya, tetamu akan mengambil sedikit pes
inai dari longgok di tengah dulang dan selepas meletakkannya pada daun sirih yang disediakan
oleh emak pengantin, akan meletakkannya pada tapak tangan pengantin lelaki. Daun sirih itu
bertujuan untuk mengelakkan mengotorkan tangan pengantin. Sejurus selepas ini, emak pengantin
akan merapatkan kedua-dua tangan pengantin dan menaikkannya pada aras dada sebagai tanda
menyembah kepada tetamu yang melakukan istiadat ini. Istiadat ini biasanya dilakukan oleh semua
tetamu yang minat, tetapi bilangan mereka harus merupakan bilangan ganjil dan bukannya genap.
Ketika tetamu lelaki telah siap, para tetamu perempuan akan turut menjalankan istiadat ini dengan
cara yang sama. Selepas semua tetamu yang minat telah menjalankan istiadat ini, seorang wakil
daripada kalangan tetamu lelaki akan ke depan untuk membaca doa selamat. Pengantin
lelakikemudian akan pulang ke rumah sendiri, dan pengantin perempuan turut didudukkan di atas
pelamin untuk menjalankan istiadat yang sama. Istidat ini diakhiri seperti biasa dengan jamuan kari
dan nasi.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Adat_resam_kahwin_Melayu#Berinai
http://www.ashtech.com.my/adat/berinai.html
AKAD NIKAHUpacara akad nikah merupakan kemuncak kepada kesahihansesebuah ikatan perkahwinan dalam
ajaran Islam. Akad nikah boleh dilakukan di masjid, di pejabat kadi atau pun di rumah pengantin
perempuan dan dijalankan oleh tok kadi atau imam. Di dalam upacara akad nikah, bapa pengantin
perempuan perlu menjadi wali untuk menikahkan anaknya. Walau bagaimanapun, dia juga
boleh mewakilkannya kepada tok kadi atau imam.
bapa pengantin perempuan mewakil wali kepada imam
Majlis ini kebiasaannya akan dijalankan sehari sebelum majlis perkahwinan diadakan. Lazimnya
sementara menanti kedatangan rombongan pengantin lelaki, majlis
berzanji ataupukulan kompang diadakan. Sebelum upacara dijalankan,wang belanja, mas kahwin
dan lain-lain hantaran akan diperiksa oleh tuan kadi dan dua orang saksi bagi pihak perempuan.
Seterusnya pengantin lelaki akan duduk di atas sebidang tikar di tengah-tengah majlis. Tok imam
atau tok kadi akanmenemui pengantin perempuan di dalam bilik untuk bertanyakan samada
dia bersetuju atau tidak dengan pernikahan itu. Tok kadi juga akan membacakan khutbah
nikah dan menerangkan secara umum akan tanggung jawab suami isteri dan lain-lain hal berkaitan
rumahtangga dari sudut agama.
Selepas itu, tok kadi atau imam akan membacakan lafaz nikahsambil berjabat tangan dengan
pengantin lelaki dan pengantin lelaki dikehendaki mengulangnya sebaik sahaja tok imam
menggoncangkan tangannya. Lafaz nikah berbunyi "Aku nikahkan dikau�.(nama pengantin
perempuan) dengan mas kahwin sebanyak �..(mengikut negeri) tunai" dan disambut
oleh pengantin lelaki dengan lafaz berbunyi "Aku terima nikahnya..(sama seperti yang dilafazkan
oleh tok kadi). Saksi akan mengesahkan samada lafaz tersebut jelas didengar atau tidak, sekiranya
tidak jelas, pengantin lelaki tersebut akan mengulangnya sehingga saksi tersebut berpuas hati.
ijab dan kabul sedang berlangsung
Doa selamat akan dibaca sejurus selepas itu sebagai tanda kesyukuran kerana kedua-dua
mempelai telah selamat diijabkabul. Selepas akad nikah, pengantin lelaki akan melakukan upacara
membatalkan air sembahyang. Si suami akan menyarungkan cincin atau memakaikan rantai
kepada isterinya yang menanti di dalam bilik yang dihias indah sambil keduanya bersalaman. Adat
ini dilakukan sebagai satu simbolbahawa pasangan tersebut telah sah diijabkabulkan.
http://www.ashtech.com.my/adat/belanja_akadnikah.html
P O S T E D B Y H T T P : / / T I T A S S E M T W O . B L O G S P O T . C O M A T 1 2 : 0 4 A M
MAJLIS PERSANDINGAN
Sebelum majlis persandingan
dijalankan, pelamin akan disiapkan terlebih dahulu. Pelamin adalah berbentuk seperti
suatu singgahsanayang dilengkapi dengan bangku atau kaus atau dua buah kerusi yang dipanggil
peterakna sebagai tempat duduk kedua-dua pengantin tersebut semasa bersanding. Di hadapan
pelamin tersebut diletakkan satu pahar yang berisi nasi kunyityang dihiasi dengan bunga-bunga
telur dan di kemuncak gubahan nasi kunyit itu dicacakkan sejambak karangan bunga.
Pengantin lelaki yang juga sudah siap berpakaian selengkap pakaian cara Melayu asli
iaitubertengkolok, berbengkong dan berkeris, akan mula dibawa berarak dengan berjalan kaki.
Pengantin lelaki serta rombongannya yang diarak
akan diiringi dengan selawat danpukulan rebana dari rumahnya atau tempat persinggahannya ke
rumah pengantin perempuan. Hantaran akan dibawa bersama jika ia belum dihantar terlebih
dahulu.
Di hadapan halaman rumah pengantin pula adalah tempat untuk orang-orang lelaki berhimpun
untuk menyambut ketibaan mempelai. Mereka turut bersedia dengan paluan
kompang dan rebana. Marhaban dan zikir turut dialunkan bagi memeriahkan suasana.
Apabila rombongan mempelai telahtiba, mereka akan berhenti pada jarak lebih kurang sepuluh ela
dari rumah pengantin. Pertunjukan silat akan dijalankan dalam masa beberapa minit.
Mempelai kemudiannya akan dipimpin ke pintu rumah dan sebelum masuk, salah
seorang wakilnya akan membacakan selawat sebanyak tiga kali dengan alunan yang sedap dan
kuat sebagai tanda memberi selamat kepada mempelaisebelum masuk ke rumah. Kedua-dua
pengantin akan duduk bersanding di hadapan kesemua tetamu dan keadaan inilah yang
disinonimkan dengan istilah raja sehari.
Semasa bersanding, emak pengantin akan menjalankan adat bersuap-suapan di antara kedua-dua
pengantin. Emak pengantin akan menjemput sedikit nasi kunyit daripada pahar astakona dan
diletakkannya ke tangan pengantin perempuan. Dengan memegang nasi itu menggunakan dua jari,
tangan pengantin perempuan akan diangkat oleh emak pengantin laludisuapkan ke mulut
mempelai itu. Setelah itu, giliran pengantin lelaki pula.
Setelah itu majlis diteru skan dengan adat
merenjis atau menepung tawar pengantin. Adat ini merupakan simbolik kepada penyucian diri
pengantintersebut. Antara bahanyang digunakan untuk upacara ini adalah air mawar, bunga
rampai serta beras kunyit. Upacara ini biasanyadimulakan oleh kedua ibu bapa pengantin,
kemudian diikuti oleh saudara-mara serta para tetamu yang lain. Bagi upacara ini, kedua-dua
mempelai akan direnjis terlebih dahulu dengan air mawar. Kemudian,beras
kunyit akan ditabur pada pengantin dan diakhiri dengan meletakkan bunga rampai di atas kedua-
dua tapak tanganpengantin. Setelah selesai merenjis pengantin, perenjis akan diberi bunga
telur sebagai penghargaan terima kasih.
KENDURI KAHWIN (WALIMATUL URUS)Menurut kamus dewan, adat bermaksud peraturan yang lazimnya dijalankan sejak dahulu kala.
Manakala istiadat pula bermaksud berbagai-bagai adat diikuti. Antara adat perkahwinan yang
lazimnya dilakukan oleh masyarakat Melayu ialah walimatul urus iaitu majlis perkahwinan. Tujuan
diadakan kenduri perkahwinan atau walimatul urus ini adalah untuk memberitahu kepada
masyarakat bahawa pasangan tersebut telah pun berkahwin seterusnya mengelakan fitnah.
Terdapat beberapa adat yang dijalankan sebelum dan semasa walimatulurus, iaitu rewang, mandi
limau, menyambut menantu, cukai pintu dan makan beradap.
Rewang (GOTONG ROYONG)
Rewang adalah acara persiapan yang dijalankan sebelum majlis walimatul urus. Rewang atau
gotong-royong kebiasannya dilakukan oleh penduduk kampung atau jiran tetangga untuk
membantu tuan rumah menyediakan persiapan ketika atau sebelum kenduri perkahwinan. Selain
itu, penanggah juga bertanggungjawab menghidangkan makanan atau juadah kepada para tetamu.
Kebiasaanya tuan rumah akan memberi upah kepada jiran tetangga yang membantu dalam bentuk
wang atau hadiah. Walau bagaimanapun, adat rewang ini semakin pudar dikalangan masyarakat
Melayu kerana budaya ‘buffet’ atau ‘katering’ kian popular dan sering diamalkan oleh masyarakat
kita.
Mandi Limau
Terdapat satu lagi adat yang penting namun masyarakat pada zaman ini tidak ramai
mengamalkannya . Adat yang dimaksudkan ialah mandi limau. Ketika adat ini dijalankan, pengantin
akan duduk diatas pelamin dalam pakaian terbaik dihadapan para tetamu. Untuk istiadat ini,
mereka tidak berpakaian pengantin tetapi memakai pakaian Melayu yang biasa. Selepas itu, emak
pengantin akan memercikkan air sintuk atau limau purut pada pasangan pengantin. Tujuan adat ini
dijalankan adalah untuk membuang sial pada pasangan pengantin. Adat ini dijalankan sebelum
kenduri kahwin dijalankan.
Menyambut Menantu dan Cukai Pintu
Adat atau acara yang popular ketika walimatul urus dijalankan ialah adat menyambut menantu.
Ketika ini, suami atau isteri dan keluarganya akan membawa pengantin perempuan atau lelaki
bertandang ke rumah mereka. Sebelum pengantin lelaki dibenarkan masuk ke rumah pengantin
perempuan, adat cukai pintu dikenakan ke atas pengantin lelaki. Pengantin lelaki akan memberi
wang kepada pengapitdan kaum keluarga terdekat si pengantin perempuan. Kebiasaanya, wang
yang diberi bergantung kepada si pengantin lelaki. Selepas selesai upacara tersebut, barulah si
pengantin lelaki di banarkan masuk dan melihat si pengantin perempuan .
Kompang, Silat dan Tarian
Sepanjang kenduri dijalankan , terdapat juga beberapa hiburan di jalankan. Iringan paluan
kompang berkumandang mengiringi mempelai memeriahkan lagi majlis perkahwinan. Selain itu,
seni silat turut dipersembahkan dihadapan pengantin di tambah dengan tarian yang
dipersembahkan untuk menghiburkan pengantin dan para tetamu. Adat istiadat ini masih
diamalkan oleh masyarakat Melayu sehingga ke hari ini. Namun, pada zaman sekarang, beberapa
bentuk hiburan yang moden dipersembahkan seperti nyanyian karaoke dan ditambah dengan
celoteh deejay yang dijemput khas bagi memeriahkan majlis perkahwinan.
Makan Beradap
Di samping itu, terdapat satu lagi adat yang wajib dilakukan ketika kenduri perkahwinan dijalankan,
iaitu makan beradap. Makan beradap kebiasaanya dijalankan untuk pasangan pengantin dan
turut ditemani oleh ibu bapa kedua-dua mempelai. Hidangan yamg disediakan untuk adat makan
beradap lebih istimewa berbanding makanan yang lain. Kemuncak untuk adat ini ialah pengantin
lelaki dan perempuan akan menyuapkan makanan kepada pasangan mereka. Adat makan beradap
diakhiri dengan upacara memotong kek ataupulut kuning. Kemudian dihidangkan kepada para
tetamu yang dijemput.
ADAT PERKAHWINAN MELAYU MENGIKUT NEGERI
Istiadat negeri Melaka
Unsur-unsur kebudayaan dalam perkahwinan orang Melayu Melaka, berjalan berperingkat
mengikut tertib dan menjadikan warisan adat resam ini sesuatu yang unik. Masyarakat di pinggir
pantai Melaka mengamalkan unsur adat yang berlainan dengan masyarakat di bahagian barat.
Terdapat dua cara digunakan bagi amalan dalam menentukan jodoh atau mencari jodoh iaitu
berdasarkan kesanggupan kedua belah pihak lelaki dan perempuan. Kaedah pertama adalah
pemilihan pihak lelaki itu sendiri dan kaedah keduanya melalui pilihan ibu bapanya. Kaedah kedua
pula, pemilihan dibuat oleh ibu bapa si teruna setelah berkenan akan seseorang gadis yang dipilih
untuk menjadi bakal menantunya dan diberitahu kepada anak terunanya.
Merisik ialah cara untuk mengetahui sama ada si gadis sudah berpunya atau belum. Rombongan
merisik biasanya dibuat oleh saudara atau keluarga terdekat.
Upacara meminang si gadis akan dibuat hanya setelah keluarga gadis itu memberi persetujuan.
Kerja meminang dilakukan oleh wakil kedua-dua belah pihak.
Semasa upacara menghantar tanda, sebentuk cincin akan dihantar untuk disarungkan ke jari
tunangannya. Adat menyampai dan menerima cincin dilakukan di rumah gadis tersebut..
Upacara hantar belanja dijalankan pada tarikh yang telah dipersetujui dan sekali lagi rombongan
pihak lelaki datang ke rumah pihak perempuan. Mereka akan saling bertukar hantaran serta
iringan setelah kedua pihak menghuraikan janji dan menyelesaikan masalah yang bersangkutan.
Jika dijalankan upacara menghantar belanja pada siang hari, maka malamnya pula diadakan
majlis 'menyerambi bertunang'. Adat ini dilakukan di serambi rumah.
Pihak ibu bapa pengantin lelaki akan membuat acaramenjemput tetamu iaitu menjemput orang-
orang tua kampung untuk memberitahu majlis perkahwinan yang akan diadakan. Mereka akan
membuat tepak sirih dan meminta sanak saudara serta sahabat handai datang ke rumahnya untuk
bersama-sama meraikan majlis itu.
Majlis berinai curi diadakan pada waktu malam di rumah pengantin perempuan. Mulai malam
tersebut, jari-jari dan tapak tangan serta keliling tapak kaki pengantin perempuan diinai. Berinai
curi biasanya diadakan sekurang-kurangnya satu malam tapi biasanya ia diadakan tiga malam.
Malam berikutnya majlis berinai kecil diadakan. Ianya disertai oleh pengantin lelaki.
Keesokan harinya diadakan istiadat berandam di mana upacara memotong rambut di bahagian
depan kepala dijalankan oleh tukang andam. Pengantin perempuan biasanya dicukur anak rambut
di dahi serta di pelipisnya. Pada petang itu juga diadakan upacara mandi berhias. Biasanya
upacara ini memerlukan sebiji kelapa muda ditebuk berbentuk pucuk rebung, beras basuh, sirih
berkapur, gunting, kain putih, tepung tawar dan ikatan dua sepilih dan daun ribu-ribu. Mandi
berhias dijalankan ke atas kedua pasangan pengantin dan biasanya dibuat di serambi atau
pelantar tengah berhadapan dengan pintu luar rumah didahului oleh pengantin lelaki dan diikuti
oleh pengantin perempuan.
Upacara akad nikah dijalankan pada malam selepas mandi berhias dan sebelum majlis berinai.
Pakaian pengantin lelaki serba putih kecuali songkok dan kasut.
Setelah selesai upacara akad nikah, majlis berinai besardilakukan di atas pelamin dengan
dimulai oleh pengantin lelaki. Ahli-ahli keluarga akan bergilir-gilir menjalankan upacara itu.
Hari persandingan juga disebut hari langsung yang diadakan pada hari esoknya. Jamuan di
rumah pengantin perempuan akan diadakan secara besar-besaran. Pengantin lelaki akan menuju
ke rumah pengantin perempuan dengan diiringi dengan pukulan rebana dan sanak saudaranya
untuk upacara persandingan.
Makanan disediakan di bilik pengantin di mana peneman-peneman pengantin lelaki turut bersama
dan mereka akan dilayan oleh pengantin perempuan. Mak Andam merupakan orang utama di
dalam majlis itu (makan damai). Pada malamnya pula, sekali lagi diadakan majlis makan yang
dihadiri oleh waris dari kedua belah pihak. Di dalam majlis ini, besan dengan besan akan duduk
bersama dan kedua pengantin akan berkenalan dengan waris dan sanak saudara dari kedua belah
pihak.
Majlis jemput menantu ini diadakan untuk pengantin perempuan yang dijemput ke rumah
pengantin lelaki berserta pengiring-pengiringnya. Rombongan pengantin perempuan tidak akan
ke rumah bapa mertuanya selagi pengantin lelaki dan pengiring-pengiringnya tidak datang
menjemput . Kedatangan pengantin lelaki digelar sebagai 'balik minum air'.
Setelah pengantin perempuan pulang ke rumahnya, pengantin lelaki akan tidur di rumah isterinya
pula. Pengantin lelaki akan menyembahkan tepak sirih ketika menjelang subuh kepada bapa
mertuanya. Acara ini dipanggil malam satu.
sumber rujukan: http://www.pengantin.com.my
Istiadat perkahwinan diraja Perak
Istiadat pernikahan kerabat diraja negeri Perak sepenuhnya, sepatutnya membabitkan lima peringkat iaitu meminang, akad nikah, berlimau, bersanding dan bersiram sampat.
Upacara perkahwinan Diraja Perak bermula dengan adat istiadat meminang, bagaimanapun sebelum istiadat ini disempurnakan, seorang wakil ditugaskan untuk merisik kedua-dua belah pihak. Selepas diketahui pinangan itu diterima, sirih peminangan dihantar sebagai tanda. Peralatan sirih peminang bergantung kepada kemampuan seseorang, tetapi lazimnya tidak melebihi 16 bingkisan, iaitu lapan puan (bekas) keemasan yang bertetampan berisi sirih dan lapan bundi keemasan yang bertetampan berisi selengkap persalinan. Sekiranya peralatan sirih peminang itu memuaskan hati waris perempuan, maka peminangan itu diterima sebagai meletak tanda atau bertaruh kata.
Istiadat Akad Nikah akan berlangsung pada tarikh yang ditetap dan dipersetujui kedua-dua belah pihak. Pada hari berkenaan, pengantin lelaki berpakaian sederhana dan dipersilakan
bersemayam di atas coir keemasan yang disediakan di hadapan petarakna diiringi oleh pengapit yang membawa mahar atau mas kahwin.
Istiadat Berlimau ini terbahagi kepada dua peringkat, iaituIstiadat Berlimau Besar (atau dikenali sebagai istiadat bersiram khutbah) dan Istiadat Berlimau Kerana Hendak Menampal Inai. Kedua-dua istiadat ini biasanya dijalankan pawang darat dan pawang jahir mengikut jawatan dan kuasanya didahului oleh Raja Cik Muda. Air yang digunakan untuk istiadat ini diambil daripada tujuh kuala sungai dan diisikan ke dalam geluk emas atau perak mengikut taraf masing-masing.
Apabila tiba hari yang ditetapkan, kedua pengantin berpakaian istiadat dan diarak hingga ke istana lalu disambut waris pengantin dengan penuh istiadat. Kedua pengantin akan dipimpin dan disemayamkan di atas petarakna untuk Istiadat Bersanding.Ketika bersanding, istiadat menepung tawar dijalankan oleh beberapa orang Raja dan Orang Besar-Besar yang diikuti dengan melayani santap nasi adap-adapan dan bersuap-suapan oleh isteri Raja-raja yang berusia.
Selepas tiga hari tiga malam istiadat bersanding, kedua-dua pengantin dipersalinkan dengan selengkap pakaian kerajaan dan diarakkan dengan jawat nobat ke Balai Panca Persada untuk menyempurnakan Istiadat Bersiram Sampat. Selesai bersantap, mereka dibawa menyembah atau memberi hormat kepada mentua dan ayahanda bonda kedua. Setelah selesai, dikurniakan sembah itu dengan wang emas dan lain-lain dinamakan lapik sembah oleh orang yang terkena sembah.
sumber rujukan: http://intim.wordpress.com
Istiadat negeri Kedah
Tahap-tahap istiadat yang hendak dijalankan perlulah mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan. Istiadat-istiadat yang berlangsung dalamIstiadat Perkahwinan adalah Merisik, Meminang, Meletak Kerja, Berinai (besar dan kecil), Menerima Hantaran, Bersanding/Merenjis dan Bersiram.
Tahap pertama merupakan istiadat merisik dengan disusuli Istiadat Meminang. Setelah selesai Istiadat Meminang dan setelah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah, Istiadat Meletak Kerja disempurnakan. Dalam Istiadat ini, warkah peminangan dan segala
hantaran dipersembahkan. Istiadat Meletak Kerja berikutnya didahului dengan paluan Nobat dan tembakan meriam sembilan das.Istiadat Berandam dilangsungkan selepas Istiadat Meletak Kerja dan dijalankan oleh Mak Andam dengan menggunakan peralatan istiadat yang diwarisi sejak dahulu. Pengantin Puteri ditepung tawar dan disintuk limau sebelum dimandikan.
Istiadat Berinai Kecil dilangsungkan selepas Istiadat Berandam. Istiadat Berinai Kecil
hanya melibatkan kaum wanita sahaja. Kerja memetik inai di tambak inai disempurnakan
oleh pawai perermpuan dengan iringan muzik tradisional. Tahap seterusnya
merupakan Istiadat Hantaran dan Penerimaan Mas Kahwin serta Akad Nikah. Tempatnya
berlangsung di Dewan Penghadapan.
Istiadat Berinai Besar diadakan pada sebelah malam pada hari yang sama dengan Istiadat Penerimaan Mas Kahwin dan Akad Nikah. Dalam Istiadat Berinai Besar, Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan ahli-ahli Kerabat DiRaja yang kanan merenjis dan
menepung tawar Pengantin DiRaja Putera. Manakala Pengantin DiRaja Puteri pula direnjis
dan ditepung tawar oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah dan ahli-ahli
Kerabat DiRaja yang lain.
Kemuncak Istiadat Perkahwinan ialah Istiadat Persandingan yang berlangsung serentak
dengan Majlis Santapan Malam. Kedua-dua pasangan mempelai bersanding di atas
peterana, dan kemudiannya dibawa pula ke Geta Kirana. Duli-Duli Yang Maha Mulia Sultan-
Sultan dan Permaisuri-Permaisuri negeri-negeri turut merenjis dan menepung tawar kedua
pasangan mempelai.
Selang beberapa hari diadakan pula Istiadat Berlimauyang berlangsung di panca persada.
Kedua-dua mempelai dirinig ke panca persada dengan iringan paluan Nobat.Istiadat Menyambut menjadi istiadat yang terakhir di dalam Istiadat Perkahwinan DiRaja. Istiadat ini
diadakan di Dewan Penghadapan dengan dihadiri oleh Kebawah Duli-Duli Yang Maha Mulia
Tuanku Sultan dan Sultanah, kaum Kerabat, pembesar-pembesar negeri serta dif-dif
jemputan.
sumber rujukan: http://www.mykedah2.com
Istiadat negeri Sabah
Mengikut tradisi masyarakat Murut, anak-anak mereka berkahwin dalam usia yang masih muda iaitu sekitar 13 tahun bagi anak perempuan dan 15
hingga 18 tahun bagi anak lelaki. Ibu bapa bertanggungjawab dalam memilih pasangan hidup anak-anak mereka Dalam adat perkahwinan masyarakat Murut, sistem barian iaitu hantaran sampai mati atau barian kahwin seumur hidup diamalkan. Sistem ini dianggap sebagai tunjang adat bagi mengukuhkan tali persaudaraan antara ibu bapa dan anak perempuan yang telah berkahwin. Pada asasnya, adat perkahwinan masyarakat Murut merangkumi peringkatmerisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan. Merisik Adat ini sama seperti adat merisik yang diamalkan oleh masyarakat lain. Ia bertujuan untuk mempastikan perempuan yang dihajati oleh seseorang lelaki itu masih belum berpunya atau belum dirisik oleh orang lain. Ibu bapa pihak lelaki terlebih dahulu akan menyampaikan hasrat mereka kepada keluarga perempuan. Dalam hal ini keluarga pihak perempuan akan memutuskan samada risikan itu diterima atau sebaliknya berdasarkan kepada persetujuan anak perempuan mereka. Seterusnya adat meminang dan bertunang pula akan menyusul.
Walaupun tidak dinyatakan adat meminangyang khusus, namun pada dasarnya adat meminang yang diamalkan oleh Masyarakat Murut menyerupai adat meminang yang dijalankan oleh masyarakat lain. Ini termasuklah dari segi penghantaran wakil sebagai meminang dan barangan tertentu yang dibawa semasa meminang.
Setelah kedua-dua pihak bersetuju dengan peminangan tersebut, adat pertunangan akan dijalankan. Upacara pertunangan biasanya berlangsung selama sepuluh hari. Semasa perbincangan dijalankan, beberapa orang saudara daripada pihak lelaki akan dijemput di samping ketua kampungnya dan ketua kampung daripada pihak isteri sebagai saksi utama. Perbincangan akan berkisar tentang mas kahwin dan hal-hal lain berkaitan perkahwinan.
Majlis perkahwinan lazimnya akan dijalankan dengan meriah dan penuh adat istiadat. Kelazimannya upacara perkahwinan dilangsungkan selama lima hari berturut-turut. Tiga hari yang pertama dijalankan di rumah pengantin perempuan manakala hari selebihnya dilangsungkan di rumah pengantin lelaki. Pengantin perempuan akan memakai pakaian asli gadis Murut dan berhias cantik pada hari tersebut.
sumber rujukan: http://malaysiana.pnm.my
Istiadat negeri Sarawak
Perkahwinan dalam masyarakat Melayu Sarawakmempunyai banyak persamaan dengan adat perkahwinan masyarakat Melayu di Semenanjung. Ia merangkumiadat merasi, merisik dan majlis perkahwinan.
Apabila seseorang pemuda berkeinginan untuk berkahwin, dia akan meminta ibu
bapa untuk mencari pasangan untuknya. Ibu bapa pula akan menyerahkan tugas kepada
pencari jodoh untuk mendapatkan calon yang sesuai sebagai menantu mereka. Pencari
jodoh akan menjadi perantara bagi keluarga lelaki dan akan memberikan pendapatnya
tentang seseorang gadis itu sama ada sesuai atau tidak. Adat ini di panggil merasi.
Selepas merasi, ngangin pula di buat iaitu wakil pihak lelaki akan membuat
pertanyaan secara formal kepada keluarga pihak perempuan (kerisik kerimun) sama ada
perempuan itu sudah berpunya ataupun tidak. Pihak perempuan akan meminta tempoh
untuk membuat persetujuan.
Bertekul membawa makna yang sama dengan merisik dalam masyarakat Melayu
sebelum majlis bertunang diadakan. Ia bergantung kepada kesediaan bakal pengantin untuk
ditunangkan. Semasa adat bertekul ini, hantaran wang atau barang kemas seperti cincin
emas atau berlian akan diberi kepada si gadis yang menandakan acara pertunangan akan
diadakan (mereya).
Semasa upacara pertunangan dilangsungkan, hantaran akan diberi oleh pihak lelaki
melalui satu rombongan yang terdiri daripada sekumpulan ahli keluarga pihak lelaki.
Persediaan bagi majlis perkahwinanbiasanya mengambil masa yang lama. Ia termasuk persediaan menempah kad jemputan, mencari mak andam dan sebagainya. Bagi majlis perkahwinan, mak andam adalah antara orang yang penting dalam menghias pengantin dan persediaan pelamin. Dalam masyarakat Melayu Sarawak, upacara yang melibatkan agama adalah acara akad nikah, sementara yang bukan bersifat agama adalah acara bersanding, tepung tawar, berlulut dan makan nasi temuan. Bergendang adalah acara keraian secara beramai-ramai yang mengambil masa selama tujuh hari tujuh malam.
Jenis-jenis nikah:
1. Nikah benar ialah perkahwinan yang mengikut lunas-lunas Islam atau mengikut adat
seperti merisik dan bertunang dan ianya direstui oleh kedua-dua belah pihak.
2. Nikah salah berlaku apabila pasangan didapati berkelakuan sumbang dan mereka akan
dipaksa untuk berkahwin. Upacara perkahwinan akan dijalankan dengan ringkas dan
sederhana.
3. Nyerah diri berlaku apabila lelaki menyerah diri kepada keluarga perempuan kerana tidak
mempunyai wang untuk menanggung perbelanjaan perkahwinan. Ianya melibatkan
perempuan dari golongan berada dan lelaki yang tidak berkemampuan. Mereka akan
dinikahkan secara sederhana dan perbuatan ini akan memalukan keluarga perempuan.
4. Ngekot berlaku apabila perempuan menyerah diri kepada keluarga lelaki dan mereka akan dikahwinkan. Ini bukan kerana masalah yang melibatkan wang tetapi kerana keluarga perempuan tidak merestui atau menerima pilihan anaknya.
Pada waktu malam hari, iaitu sehari sebelum berlangsungnya majlis persandingan, upacara menepung tawar (berlulut) pengantin diadakan. Upacara berlulut ini juga adakalanya akan diikuti dengan upacara berpacar (berinai). Acara ini dimeriahkan lagi dengan acara pencak silat, gendang Melayu dan andai-andai atau tandak. Pengantin juga akan dimandikan oleh mak andam dalam acara mandi perantan yang diakhiri dengan berwudhu’. Sebelum majlis persandingan diadakan, pengantin perempuan akan didandan dan dihias oleh mak andam yang dipilih untuk kelihatan cantik dan berseri. Pengantin dilarang melihat cermin semasa sedang diandam kerana dikhuatiri akan hilang seri pengantin.Penghantaran tikar mengkuang ini menandakan bahawa pihak perempuan sudah bersedia menerima kedatangan rombongan dari pihak lelaki. Setibanya di rumah pengantin perempuan, mereka akan disambut dengan acara pencak silat (silat kapak) sebagai pembuka pintu. Pengantin lelaki akan dibawa masuk ke rumah dan didudukkan di samping pengantin perempuan yang sedia menanti di atas pelamin yang telah dihias indah. Semasa majlis persandingan, upacara berjembakdijalankan di mana pengantin lelaki akan menyentuh dahi pengantin perempuan dengan ibu jarinya dan jejambak (tuala kecil yang wangi dan dilipat berbentuk bunga). Ianya bersamaan dengan adat membatalkan air sembahyang. Doa selamat dan selawat dibacakan untuk kedua-dua mempelai. Pengantin kemudiannya melakukan upacara turun naik tangga sebanyak tujuh kali. Pada sebelah petang atau malam, makan nasi temuan diadakan. Ini bagi membiasakan pengantin dengan kehidupan berkeluarga dan sekaligus untuk menghilangkan rasa malu. Majlis makan nasi temuan ini dilakukan bersama ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai.
Pada kebiasaannya, selepas tujuh hari majlis perkahwinan berlangsung, adat menziarah ke rumah mentua oleh pengantin perempuan dilakukan. Adat ini juga dikenali sebagai mengundang menantu. Dalam majlis ini, ibu mentua akan menghadiahkan lapit kaki atau hadiah perkahwinan seperti rantai emas atau berlian bagi menunjukkan penerimaan dan kegembiraannya kerana mendapat menantu perempuan yang baru.
sumber rujukan: http://malaysiana.pnm.my
Istiadat negeri pulau pinang
Biasanya mereka akan pegang pada adat resam dan semua sanak-saudara akan berkumpul lebih awal sebelum kenduri perkahwinan kaum kerabat mereka. Mengenai adat perkahwinan, beliau menyatakan terdapat adat 'suap gula' yang diamalkan dalam masyarakat Melayu Pulau Pinang. Berdasarkan adat ini, ahli keluarga akan menyuapkan gula dan juga susu ke mulut pengantin. Justeru, beliau berpendapat adat ini merupakan adat yang diamalkan di kalangan India Muslim di Pulau Pinang. Adat ini dianggap sebagai sesuatu yang unik yang terdapat dalam acara perkahwinan masyarakat Melayu Pulau Pinang, kerana di negeri-negeri lain adat seumpama ini tidak dilakukan.
MAS KAHWIN MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA1.JOHORANAK DARARM 22.50JANDARM 22.50
2.MELAKAANAK DARARM 40JANDARM 40
3.NEGERI SEMBILAN-BUKAN WARISANAK DARARM 24JANDARM 12
-AHLI WARISANAK DARARM 48JANDARM 24
-KERABAT DIRAJA
RM 725
4.SELANGOR
-PUTERI SULTANANAK DARARM 2500JANDARM 625
-PUTERI RAJA MUDA ATAU PUTERI KEPADA PUTERA SULTANANAK DARARM 2000JANDARM 500
-PUTERI KERABAT DIRAJAANAK DARARM 1000JANDARM 250
-PUTERI ANAK RAJA (WARIS)ANAK DARARM 550JANDARM 137.50
-PUTERI ANAK RAJA (YANG LAIN)ANAK DARARM 300JANDARM 75
-ANAK PEREMPUAN ORANG-ORANG BESARANAK DARARM 300JANDARM 75
-CUCU ORANG-ORANG BESARANAK DARARM 200JANDARM 50
-ORANG KEBANYAKKANANAK DARARM 80JANDA
RM40
5.KUALA LUMPURANAK DARARM 80JANDARM 40
6.PERAKANAK DARARM 101
7.PULAU PINANGANAK DARARM 24JANDARM 24
8.PAHANGANAK DARARM 22.50JANDARM 22.50
9.KEDAH-TIDAK DITETAPKAN
10.PERLIS-TIDAK DITETAPKAN
11.TERENGGANU-TIDAK DITETAPKAN
12.KELANTAN-TIDAK DITETAPKAN
13.SABAHANAK DARARM 100JANDARM 80
14.SARAWAKANAK DARARM 120
JANDARM 120
15.WILAYAH PERSEKUTUANANAK DARARM 80JANDARM 80
Mas kahwin dan hantaran adalah dua perkara yang berbeza. Mas kahwin telah ditetapkan mengikut negeri seperti yg ditunjukkan di atas
tetapi hantaran pula terpulang kepadapersetujuan kedua-dua belah pihak pengantin. kebiasaannyajumlah hantaran dihantar dengan nombor yang ganjil seperti lima, tujuh,sembilan dan sebelas. Jumlah hantaran daripada
pihak pengantin lelaki adalah lebih kecil daripada jumlah hantaran pengantin perempuan. contohnya, jika pihak pengantin lelaki menghantar
hantaran sebanyak tujuh dulang hantaran maka pihak pengantin perempuan akan membalasnya dengan sembilan dulang hantaran.
Gambar di bawah merupakan hantaran-hantaran yang selalunya dihantar.
al-Quran
perfume set
Alat penjagaan diri
Jam tangan
Make up
Chocolate
cake
AKAD NIKAHUpacara akad nikah merupakan kemuncak kepada kesahihansesebuah ikatan perkahwinan dalam ajaran Islam. Akad nikah boleh dilakukan di masjid, di pejabat kadi atau pun di rumah pengantin perempuan dan dijalankan oleh tok kadi atau imam. Di dalam upacara akad nikah, bapa pengantin perempuan perlu menjadi wali untuk menikahkan anaknya. Walau bagaimanapun, dia juga boleh mewakilkannya kepada tok kadi atau imam.
bapa pengantin perempuan mewakil wali kepada imam
Majlis ini kebiasaannya akan dijalankan sehari sebelum majlis perkahwinan diadakan. Lazimnya sementara menanti kedatangan rombongan pengantin lelaki, majlis berzanji ataupukulan kompang diadakan. Sebelum upacara dijalankan,wang belanja, mas kahwin dan lain-lain hantaran akan diperiksa oleh tuan kadi dan dua orang saksi bagi pihak perempuan.Seterusnya pengantin lelaki akan duduk di atas sebidang tikar di tengah-tengah majlis. Tok imam atau tok kadi akanmenemui pengantin perempuan di dalam bilik untuk bertanyakan samada dia bersetuju atau tidak dengan pernikahan itu. Tok kadi juga akan membacakan khutbah nikah dan menerangkan secara umum akan tanggung jawab suami isteri dan lain-lain hal berkaitan rumahtangga dari sudut agama.
Selepas itu, tok kadi atau imam akan membacakan lafaz nikahsambil berjabat tangan dengan pengantin lelaki dan pengantin lelaki dikehendaki mengulangnya sebaik sahaja tok imam menggoncangkan tangannya. Lafaz nikah berbunyi "Aku nikahkan dikau�.(nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak �..(mengikut negeri) tunai" dan disambut oleh pengantin lelaki dengan lafaz berbunyi "Aku terima nikahnya..(sama seperti yang dilafazkan oleh tok kadi). Saksi akan mengesahkan samada lafaz tersebut jelas didengar atau tidak, sekiranya tidak jelas, pengantin lelaki tersebut akan mengulangnya sehingga saksi tersebut berpuas hati.
ijab dan kabul sedang berlangsung
Doa selamat akan dibaca sejurus selepas itu sebagai tanda kesyukuran kerana kedua-dua mempelai telah selamat diijabkabul. Selepas akad nikah, pengantin lelaki akan melakukan upacara membatalkan air sembahyang. Si suami akan menyarungkan cincin atau memakaikan rantai kepada isterinya yang menanti di dalam bilik yang dihias indah sambil keduanya bersalaman. Adat ini dilakukan sebagai satu simbolbahawa pasangan tersebut telah sah diijabkabulkan.http://www.ashtech.com.my/adat/belanja_akadnikah.html