10
KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDI DIKA N TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN MENGENAI PENAMBAHB AIKA N PENTAKSIRAN B ERASASKAN SEKOLAH (PBS) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat prihatin terhadap isu pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah dibangkitkan oleh guru-guru. PBS merupakan dasar yang melibatkan pentaksiran secara menyeluruh (holistik) terhadap pencapaian murid yang terangkum menerusi empat komponen pentaksiran iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran  Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Pusat (PP). Selain itu PBS merupakan sistem pentaksiran yang akan digunakan bagi menjamin pencapaian seseorang murid supaya tidak lagi dinilai berasaskan peperiksaan semata-mata. Jemaah Menteri pada Disember 17, 2010 telah bersetuju supaya PBS dilaksanakan sebagai sebahagian daripada program transformasi pendidikan. Pengoperasian PBS mula dilaksanakan di sekolah rendah pada sesi persekolahan tahun 2011 dan sekolah menengah pada sesi persekolahan tahun 2012. Walaubagaimanapun, pada 11 Februari tahun ini, KPM telah membuat keputusan untuk menangguhkan PBS dan mengkaji semula pelaksanaannya. Ini adalah kerana guru-guru menyatakan bahawa mereka dibebankan dengan kesibukan mengisi dan merekodkan penilaian pelajar ke dalam sistem komputer berpusat yang menjadi bebanan kepada mereka, manakala ibubapa pula tidak pasti bagaimana murid dinilai terutama

Kenyataan Media Yab Menteri - Penambahbaikan Pbs

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kenyataan Media Yab Menteri - Penambahbaikan Pbs

7/27/2019 Kenyataan Media Yab Menteri - Penambahbaikan Pbs

http://slidepdf.com/reader/full/kenyataan-media-yab-menteri-penambahbaikan-pbs 1/10

KENYATAAN MEDIA

YAB MENTERI PENDIDIKAN TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN

MENGENAI PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN

SEKOLAH (PBS)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat prihatin terhadap isu

pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah

dibangkitkan oleh guru-guru.

PBS merupakan dasar yang melibatkan pentaksiran secara menyeluruh

(holistik) terhadap pencapaian murid yang terangkum menerusi empatkomponen pentaksiran iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran

 Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran

Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Pusat (PP).

Selain itu PBS merupakan sistem pentaksiran yang akan digunakanbagi menjamin pencapaian seseorang murid supaya tidak lagi dinilai

berasaskan peperiksaan semata-mata.

Jemaah Menteri pada Disember 17, 2010 telah bersetuju supaya PBS

dilaksanakan sebagai sebahagian daripada program transformasipendidikan. Pengoperasian PBS mula dilaksanakan di sekolah rendah

pada sesi persekolahan tahun 2011 dan sekolah menengah pada sesi

persekolahan tahun 2012.

Page 2: Kenyataan Media Yab Menteri - Penambahbaikan Pbs

7/27/2019 Kenyataan Media Yab Menteri - Penambahbaikan Pbs

http://slidepdf.com/reader/full/kenyataan-media-yab-menteri-penambahbaikan-pbs 2/10

pelajar tingkatan 3 tahun ini yang merupakan kohort pertama melalui

PBS.Penangguhan ini adalah untuk mengenalpasti permasalahan yang

ditimbulkan ekoran daripada rungutan guru-guru dan ibu-bapa dan

mengambil langkah-langkah yang perlu dan segera dalam

penambahbaikan PBS.

Ekoran dari kajian semula PBS, KPM telah mengambil langkah proaktif

dengan mengadakan beberapa siri perbincangan dan pertemuan

dengan kesatuan-kesatuan guru serta beberapa kelompok guru-guru

untuk mendapatkan maklum balas dan membantu dalam memberi input

kepada penambahbaikan PBS.

Isu-isu pelaksanaan PBS

Berdasarkan kajian KPM dan input daripada guru-guru dan kesatuan-kesatuan guru, didapati terdapat tiga isu utama berkaitan perlaksanaan

pentaksiran sekolah.

Pertama, ialah penggunaan Dokumen Standard Prestasi (DSP) yang

menyebabkan guru terikat dengan bilangan pernyataan deskriptordan pernyataan evidens yang banyak.

Bagi menangani isu ini KPM telah menetapkan DSP dipermudahkan

Page 3: Kenyataan Media Yab Menteri - Penambahbaikan Pbs

7/27/2019 Kenyataan Media Yab Menteri - Penambahbaikan Pbs

http://slidepdf.com/reader/full/kenyataan-media-yab-menteri-penambahbaikan-pbs 3/10

Guru boleh merekodkan tahap penguasaan murid mengikut kesesuaian

masa dan kaedah mereka sendiri. Perekodan ini menggambarkanperkembangan pembelajaran murid semasa proses pengajaran dan

pembelajaran yang boleh dimaklumkan kepada ibu bapa. Dengan yang

demikian, guru tidak lagi dibebankan dengan pengumpulan data dan

evidens hasil kerja murid melalui pernyataan evidens yang terlalu

kompleks.

Bagi ibu bapa yang ingin mengetahui tahap pencapaian anak-anak

mereka, pihak sekolah boleh menyediakan pelaporan pencapaian

dengan mengadakan ujian bulanan, peperiksaan pertengahan tahun

atau peperiksaan akhir tahun sekolah.

LAMPIRAN 1 DAN 2

Isu kedua ialah pengurusan fail yang rencam meliputi Fail

Perkembangan Murid (FPM) dan Rekod Transi t.

Bagi menangani masalah ini, guru tidak perlu lagi menyediakan FPM

dan melengkapkan Rekod Transit. Perekodan perkembangan

pembelajaran murid boleh dilakukan mengikut kesesuaian masa guru.

LAMPIRAN 3

Ketiga perekodan prestasi murid melalui Sistem Pengurusan PBS

Page 4: Kenyataan Media Yab Menteri - Penambahbaikan Pbs

7/27/2019 Kenyataan Media Yab Menteri - Penambahbaikan Pbs

http://slidepdf.com/reader/full/kenyataan-media-yab-menteri-penambahbaikan-pbs 4/10

 

Bagi memastikan guru memberi fokus terhadap pengajaran danpembelajaran, guru tidak perlu lagi mengisi data penguasaan murid

menerusi SPPBS secara online seperti sebelum ini. Guru boleh

merekodkan perkembangan pembelajaran murid secara offline.

Menerusi PBS juga, peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di

Tingkatan 3 akan digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Ini

bermakna tiada peperiksaan berpusat untuk pelajar Tingkatan 3 yang

akan dilaksanakan di peringkat sekolah.

PT3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan

dilaksanakan dengan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis

dan ujian lisan. Manakala mata pelajaran Science, Mathematics,

Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Bahasa Cina,

Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun akan

menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis sahaja. Matapelajaran Sejarah dan Geografi pula akan ditaksir menggunakan

pelbagai instrumen seperti tugasan bertulis (assignment), ujian amali

(practical test), projek, kajian lapangan (field study) atau kajian kes

(case study).

Melalui PT3, pihak sekolah akan mentadbir, mentaksir dan memberi

skor terhadap pentaksiran tersebut berpandukan instrumen dan

panduan peraturan penskoran yang setara (standardised) yang

di di k l h ih k L b P ik (LP) LP d t k i l

Page 5: Kenyataan Media Yab Menteri - Penambahbaikan Pbs

7/27/2019 Kenyataan Media Yab Menteri - Penambahbaikan Pbs

http://slidepdf.com/reader/full/kenyataan-media-yab-menteri-penambahbaikan-pbs 5/10

prosedur untuk memastikan ketekalan (konsistensi) pemberian markah

antara pemeriksa. Verifikasi pula ialah proses menentusahkan markahyang diperoleh murid adalah markah yang selayaknya diterima.

LAMPIRAN 4

PT3 ini juga akan digunakan sebagai asas untuk menentukan

kemasukan murid-murid ke tingkatan 4 sama ada di Sekolah Berasrama

Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab

Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk Sekolah Menengah Teknik(SMT) dan Kolej Vokasional. Di samping PT3, kemasukan ke sekolah-

sekolah tersebut juga menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan

pemilihan dan penempatan murid bersesuaian dengan kemampuan dan

minat mereka.

LAMPIRAN 5

Untuk memastikan PBS yand telah di tambahbaik ini dapat dilaksanakan

dengan berkesan dan seperti yang dihasratkan, KPM akan mengadakan

taklimat secara terperinci tentang konsep dan pelaksanaannya kepadapegawai-pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan

Daerah, pentadbir dan guru-guru.

Latihan adalah satu aspek utama dalam memastikan guru dapat

Page 6: Kenyataan Media Yab Menteri - Penambahbaikan Pbs

7/27/2019 Kenyataan Media Yab Menteri - Penambahbaikan Pbs

http://slidepdf.com/reader/full/kenyataan-media-yab-menteri-penambahbaikan-pbs 6/10

Lampiran 1 DSP Sedia Ada BAND  PERNYATAAN 

STANDARD  DESKRIPTOR  EVIDENS 

Tahu B1 Mengetahui asas kemahiran geografi dan geografi negara Malaysia 

B1D1 Mengetahui asas kemahiran geografi 

B1D1E1 Menyatakan kedudukan relatif  sesuatu B1D1E2 Menyatakan arah mata angin B1D1E3 Menyatakan  jarak mutlak dan  jarak relatif  B1D1E4 Mengenal pasti skala lurus B1D1E5

 Mengenal simbol peta lakar 

B1D2 Mengetahui pelbagai bentuk muka bumi 

B1D2E1 Menamakan pelbagai bentuk muka bumi di Malaysia 

B1D3 Mengetahui  jenis cuaca dan iklim 

B1D3E1 Menamakan  jenis iklim di Malaysia 

B1D4 Mengetahui  jenis tumbuhan semula  jadi dan hidupan liar 

B1D4E1 Menamakan tumbuhan semula  jadi B1D4E2 Menamakan hidupan liar 

Dipermudahkan kepada Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid TEMA

 BAND

 DESKRIPTOR

 

Kemahiran Geografi   Kedudukan   Arah   Jarak dan skala   Simbol peta   Peta topo   Graf  bar mudah 

1 Menyatakan asas kemahiran geografi yang berkaitan perkara berikut dengan betul: 

  Kedudukan   Arah   Jarak dan skala 

2 Menjelaskan kemahiran geografi yang berkaitan perkara berikut dengan  jelas. 

  Kedudukan   Arah   Jarak dan skala   Simbol peta 

3 Mengaplikasi kemahiran geografi melibatkan perkara berikut dengan betul dan tepat. 

  Mengorientasi  kompas   Mengukur  jarak menggunakan skala   Membina graf  

4  Mengaplikasikan dan menghubungkait kemahiran geografi dalam organisasi ruang atau lapangan mengikut prosedur yang betul dan tepat. 

5 Mentafsir dan menjelaskan maklumat dalam peta lakar dan bahan grafik dengan tepat relevan/sesuai dan terperinci 

6 Mengemukakan dan mempersembahkan idea / pendapat / cadangan  yang bernas tentang kesejahteraan persekitaran menggunakan kemahiran geogarafi yang relevan dan  jelas 

Page 7: Kenyataan Media Yab Menteri - Penambahbaikan Pbs

7/27/2019 Kenyataan Media Yab Menteri - Penambahbaikan Pbs

http://slidepdf.com/reader/full/kenyataan-media-yab-menteri-penambahbaikan-pbs 7/10

Lampiran 2 Perbandingan Bilangan Pernyataan Deskriptor dan Evidens dalam DSP dengan Bilangan Pernyataan Deskriptor dalam Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid 

Jumlah Bilangan Pernyataan Deskriptor dan Pernyataan Evidens Tingkatan 1  Tingkatan 2  Tingkatan 3 

Mata pelajaran DSP  Panduan 

Perkembangan Pembelajaran 

DSP  Panduan Perkembangan Pembelajaran 

DSP  Panduan Perkembangan Pembelajaran 

Bahasa Melayu  46  18  46  18  50  18 Bahasa Inggeris  48  18  46  18  42  18 Matematik  125  18  195  18  151  12 Sains  129  24  160  30  178  24 

Page 8: Kenyataan Media Yab Menteri - Penambahbaikan Pbs

7/27/2019 Kenyataan Media Yab Menteri - Penambahbaikan Pbs

http://slidepdf.com/reader/full/kenyataan-media-yab-menteri-penambahbaikan-pbs 8/10

Lampiran 3 

PELAPORAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENTAKSIRAN SEKOLAH 

GEOGRAFI TINGKATAN 1 NAMA MURID: ALI BIN AHMAD 

TEMA  BAND 1 BAND 2  BAND 3 BAND 4 BAND 5 BAND 6KEMAHIRAN GEOGRAFI  12 Mac  BENTUK MUKA BUMI DAN POTENSINYA  29 Mei  CUACA DAN IKLIM  8 Ogos TUMBUHAN SEMULA JADI DAN HIDUPAN LIAR   24 Okt  

Page 9: Kenyataan Media Yab Menteri - Penambahbaikan Pbs

7/27/2019 Kenyataan Media Yab Menteri - Penambahbaikan Pbs

http://slidepdf.com/reader/full/kenyataan-media-yab-menteri-penambahbaikan-pbs 9/10

Lampiran 4

PMR merupakan Peperiksaan Pusat

Mata pelajaran dalam PMR 1. Bahasa Melayu2. Bahasa Inggeris3. Science 4. Mathematics 

5. Sejarah6. Geografi7. Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB)8. Pendidikan Islam9. Bahasa Tambahan

• Bahasa Cina• Bahasa Tamil• Bahasa Iban

• Bahasa Kadazandusun• Bahasa Arab• Bahasa Punjabi

Lembaga Peperiksaan  Menyediakan instrumen  Menyediakan Peraturan Penskoran  Melaksanakan penjaminan kualiti  Melaksanakan verifikasi dan moderasi  Mentadbir peperiksaan  Memeriksan skrip jawapan calon  Menguruskan penskoran  Mengeluarkan keputusan

Pentaksiran Tingkatan 3

Mata pelajaran Jenis instrumen1. Bahasa Melayu2. Bahasa Inggeris 

Ujian Lisan & Ujian Bertulis 

3. Science

4. Mathematics

5. Kemahiran HidupBersepadu (KHB)

6. Pendidikan Islam7. Bahasa Tambahan• Bahasa Cina• Bahasa Tamil• Bahasa Iban• BahasaKadazandusun• Bahasa Arab 

Ujian Bertulis 

8. Sejarah9. Geografi

Pelbagai instrumen

Pihak sekolah  Mentadbir peperiksaan  Memeriksan skrip jawapan calon  Menguruskan penskoran  Mengeluarkan keputusan

Lembaga Peperiksaan  Menyediakan instrumen  Menyediakan Peraturan Penskoran  Melaksanakan penjaminan kualiti  Melaksanakan verifikasi dan moderasi

Page 10: Kenyataan Media Yab Menteri - Penambahbaikan Pbs

7/27/2019 Kenyataan Media Yab Menteri - Penambahbaikan Pbs

http://slidepdf.com/reader/full/kenyataan-media-yab-menteri-penambahbaikan-pbs 10/10

Lampiran 5

KRITERIA KEMASUKAN MURID KE PELBAGAI ALIRAN TINGKATAN 4 

Pelaporan PentaksiranTingkatan 3

PentaksiranPsikometrik

Pentaksiran Akti viti Jasmani,Sukan dan Kokurikulum

Pentaksiran Sekolah(Pilihan)

Sekolah BerasramaPenuh

Gred A bagi semuamata pelajaran

• Inventori MinatKerjaya (IMK)

• Ujian AptitudKhusus (UAK)

•  Peratus

•  CGPA

•  Band

(Pelaporan Perkembangan

Pembelajaran)•  Gred

(Pelaporan Pencapaian Akademik)

Sekolah MenengahKebangsaan Agama

Gred A bagiPendidikan Islam danBahasa Arab

Sekolah MenengahTeknik dan KolejVokasional

Gred A/B bagiScience, Maths atauKHB

 Aliran menengah atas Minimum gred B bagiScience danMathematics (STEM)