24
KEMUNCULAN TAMADUN MANUSIA AHLI KUMPULAN: MALARVILEE A/P ELAMKHOVAN NILAWU KARASI A/P SUBRAMANIAM

KEMUNCULAN TAMADUN MANUSIA

Embed Size (px)

DESCRIPTION

nota

Citation preview

KEMUNCULAN TAMADUN MANUSIA

KEMUNCULAN TAMADUN MANUSIAAHLI KUMPULAN:MALARVILEE A/P ELAMKHOVANNILAWU KARASI A/P SUBRAMANIAM

KEMUNCULAN TAMADUN INDUS

LOKASI TAMADUN INDUSTamadun terawal di India terletak di Sg. Lembah Indus (barat laut India).Sungai ini berpunca dari pergunungan Himalaya mengalir menuju ke laut Arab .Tamadun ini juga di kenali sebagai tamadun Harappa .Ia di kelilingi Bandaran Makran , Pergunungan Baluchisan , Punjab dan Rajasthan ( timur ), serta Kathiawar dan Gujerat ( tengara ) .

BILAKAH TAMADUN INDUS BERLAKUMuncul 2500 S.M. dan merosot 1800 S.M.Kemorosotannya disebabkan serangan orang Aryan , banjir , kemarau dan gempa bumi .

PROSES PEMBENTUKAN TAMADUN INDUS Bermula di barat laut India yang didiami oleh orang nomad yang memburu dan mengumpul makanan.Kemudian wujud petempatan kekal kerana sumber air dan tanah yang subur di Lembah Indus.Seterusnya hasil pertanian dan penduduk bertambah menyebabkan perkembangan Bandar seperti Mohenjo Daro dan Harappa, serta pelabuhan Lothal dan Sutkagen Dor.

CIRI- CIRI TAMADUN INDUS1. Bandar terancang :Terbahagi kepada dua bahagian iaitu:Bahagian utama mempunyai pusat pentadbiran dan keagamaan, bangunan pentadbiran, tempat mandi awam, dan tempat menyimbah kawasan pertanian .Bahagian kedua kawasan perumahan.Kemajuan Bandar ini dibantu oleh kemajuan ilmu geometri dan pembinaan. Ia juga hasil sumbangan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba.Bandar di sini berasaskan blok blok segi empat yang dipisahkan antara blok oleh jalan raya lurus yang bersambung antara satu sama lainBandar ini lengkap dengan sistem kumbahan.Bandar ini dihubungkan dengan sungai sebagai jalan perhubungan.

2. Organisasi sosial :Terbahagi dua golongan, atasan dan bawahan.Golongan atasan ialah pendeta, pedagang.Pendeta berkuasa berkaitan hal keagamaan menyebabkan golongan bawahan taat kepadanya.Pendeta dianggap pemerintah kerana tiada bukti wujudnya raja di sini.Golongan bawahan ialah petani dan buruh.Petani menyerahkan sebahagian hasil kepada pihak berkuasa.Buruh menjalankan kerja buruh seperti menjaga kebersihan Bandar, membina tembok dan terusan.

3. Pengkhususan pekerjaan :Kegiatan ekonomi mereka ialah perdagangan, pertanian,pertukangan , dan pembuatan .Perdangangan luar sehingga ke Mesopotamia, buktinya cap mohor masyarakat Indus ada di Mesopotamia.Hasil dagang seperti emas, gading, manik dan pertanian.Petani menanam barli dan kacang.Artisan menghasilkan barang logam dan tembikar.

4. Amalan agama :Patung proto Siva (seseorang yang duduk bersila dan ada tiga tanduk di kepala) melambangkan dewa Brahma, Siva dan Vishnu. Patung ini berkaitan dengan agama Hindu.Mereka juga percaya Tuhan ibu sebagaimana masyarakat Mesopotamia, Syria, Palestin.5. Sistem tulisan :Sistem tulisan mereka berbentuk piktograf tetapi ia masih misteri dan belum dapat ditafsirkan.

SUMBANGAN TAMADUN INDUS1. Perancangan Bandar :Kepakaran mereka ialah menentukan letakan bandar.Merancang Bandar memerlukan kemahiran ilmu geometri, kesenian, matematik dan pembinaan.Mereka mempunyai bahan binaan bermutu, di mana batu bata daripada tanah liat dibakar pada suhu tinggi.

2. Sifat keterbukaan :Sikap terbuka menyebabkan mereka berhubung dengan masyarakat Mesopotamia dan Mesir Purba.Hubungan ini membawa kepada pertukaran teknologi yang disesuaikan dengan keadaan tempatan

9

KEMUNCULAN TAMADUN CHINA

DIMANAKAH LOKASI TAMADUN HWANG HO

Muncul di Sg. Hwang Ho yang subur (utara China dari tanah tinggi di barat hingga ke Teluk Bo Hai di timur)

Bersifat setempat kerana keadaannya bergunung ganang dan padang pasir.

Bilakah tamadun Hwang Ho berlaku.Bermula pada zaman paleolitik (jumpaan Peking Men).Kemudian zaman Neolitik bertani dan menternak.Seterusnya Dinasti Hsia (dinasti pertama/belum dipastikan).Selepas itu Dinasti Shang dan diganti pula oleh Dinasti Chao kerana kezaliman pemerintahan.

Proses pembentukan tamadun Hwang Ho.Kesuburan Hwang Ho menyebabkan nomad menetap di sini.Tapak Banpo berdekatan Badar Sian adalah petempatan awal penduduk Hwang Ho.Mereka bertani, menternak dan berburu.Kemudiannya muncul bandar seperti Anyang di Sg. Huan.Ketika disnati Shang berlaku perluasan wilayah dan penyebaran budaya di Lembah Hwang Ho.Ketika Dinasti Chao- meluas ke selatan Sg. Yangtze.

CIRI- CIRI TAMADUN HWANG HO.1. Negara Kota :Perkembangan pertanian membawa kepada kemunculan Bandar seperti negara kota Anyang di Sg. Huan.Di sini terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran.Raja, pembesar dan golongan agama tinggal di Bandar ini.Bandar Anyang lengkap dengan tembok penghalang musuh dan dikelilingi perkampungan petani.

2. Organisasi sosial :Lapisan atas raja (teraju) dan pembesarLapisan bawah petani (luar Bandar disekelilingi kota), dan artisan (mahir teknologi gangsa seperti membuat senjata, perisai dan hiasan).Lapisan paling bawah hamba.

3.Pengkhususan pekerjaan :Pembesar mempunyai tentera kereta kuda dan berjalan kaki.Petani memenuhi keperluan golongan atasan.Golongan artisan mencipta tembaga (bekas minuman dan makanan), senjata dan tembikar.Hamba sebagai tentera paksaan dan buruh upacara korban dan penyembahan.

4. Sistem pemerintahan Dinasti Shang :Pengganti raja ialah saudara lelaki lebih muda atau anak lelaki raja.Raja berkuasa di pusat pentadbiran.Raja mendapat mandat daripada tuhan dan tidak perlu pengesahan politik.Raja dibantu oleh golongan bangsawan dan pegawai kerajaan.Bagi wilayah diluar pusat pentadbiran, raja dibantu oleh golongan bangsawan yang mentadbir wilayah. Maka bangsawan berhak memungut cukai, mengurus pertahanan dan undang undang.Sistem ini diasimilasikan oleh Dinasti Chao.

5. Sistem pemerintahan Dinasti Chao :Membahagikan pemilikan tanah kepada wilayah wilayah.Setiap wilayah dilantik pembesar tempatan.Pembesar ini berikrar taat setia kepada raja dan diberi hadiah kereta kuda, senjata gangsa, hamba dan binatang.Mereka juga melindungi raja dan menyediakan tentera ketika perang.Pembesar ini juga menjadi ketua agama.

6. Keagamaan :Mereka mengamalkan kepercayaan animisme, politeisme.Maka mereka menyembah roh nenek moyang, tuhan syurga, tuhan bumi, sungai, bukit dan gunung.Upacara agama menggunakan muzik, tarian dan upacara korban yang diketuai oleh bomoh.Mereka juga percaya tulang oracle yang boleh meramal sesuatu keadaan.Bomoh akan meletakkan tulang ini di atas unggun api hingga timbul rekahan yang boleh ditafsir olehnya.

7. Sistem Tulisan :Rekahan tulang oracle telah memberi idea tulisan di negeri China yang berbentuk ideogram (tulisan simbol)Pada mulanya tulisan ini berbentuk gambar seperti bulan, matahari dan sungai. Kemudian berubah seperti tulisan hari ini.

KEMUNCULAN TAMADUN MELAYU

KONSEP TAMADUN MELAYU

Tamadun Melayu boleh dilihat melalui dua dimensi utama iaitu yang berdasarkan; i.rumpun bahasa bangsa ii.kawasan-wilayah

Berdasarkandimensi (i)rumpun bahasa bangsa, Melayu terangkum dalam kelompok Austronesia-NusantaraBerdasarkan dimensi (ii)kawasan-wilayah, Tamadun Melayu merangkumi kawasan Kampuchea, Myanmar, Pattani, Semenanjung Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Sulawesi, Maluku, Sulu, Mindanao dan beberapa kepulauan lain.

2. KEMUNCULAN PUSAT-PUSAT TAMADUN MELAYU SEBELUM

KEDATANGAN ISLAMKemunculan pusat-pusat Tamadun Melayu pada masa ini kebanyakannya berasaskan dua ciri yang utama iaitu; i. agraria ii. Maritim

Antara kerajaan-kerajaan Melayu tersebut ialah Sriwijaya, Funan, Angkor, Lembah Bujang dan Majapahit.Pembinaan negara-negara kota tersebut merupakan asas pembentukan Tamadun Melayu yang kemudiannya.

2.1 SRIWIJAYA (650 - 1200 T.M)Merupakan pusat kebudayaan Melayu yang tertua.Pusat pemerintahannya terletak di tepi Sungai Musi (Kota Palembang sekarang). Empayarnya merangkumi Sumatera, Jawa, Semenanjung Tanah Melayu, Sri Lanka dan Tanah Segenting Kra.Sumbangannya yang terpenting dapat dilihat melalui 2 aspek; i)keintelektualan Melayu ii)perkembangan Bahasa Melayu

Daridimensi (i), Sriwijaya telah memainkan peranan sebagai pusat kegiatan ilmu pengetahuan yang terpenting di Kepulauan Melayu. Menurut catatan seorang pengembara dari China, I-Tsing, Sriwijaya pada abad ke-7 giat menjalankan kerja-kerja akademik seperti menterjemahkan bahan-bahan berbahasa Sanskrit ke dalam Bahasa Cina dan juga bahasa-bahasa tempatan yang lain.

Selain daripada menjalankan kerja-kerja penterjemahan, Sriwijaya juga merupakan pusat pembelajaran tata bahasa Sanskrit yang terpenting di Alam Melayu ketika itu.

Pada tahun 711, Sriwijaya muncul sebagai pusat pembelajaran agama Buddha. Terdapat lebih seribu pendita Buddha di ibu negerinya. Karya-karya agama dan pelbagai aliran kepercayaan Buddha, falsafah, logika, tatabahasa, kesusasteraan Sanskrit Klasik dan sebagainya berkembang dengan giatnya.

Perkembangan Sriwijaya melalui dimensi tersebut mencerminkan tahap pemikiran, keintelektualan dan ketamadunan yang tinggi bagi Tamadun Melayu.

Melaluidimensi (ii)pula, zaman Sriwijaya merupakan penyingkapan kegemilangan Bahasa Melayu (BM) memandangkan Sriwijaya telah menjadikan BM sebagai bahasa pentadbiran dan perantaraan.

Memandangkan Sriwijaya menjadi pusat kegiatan ekonomi, sudah pasti ia menjadi tumpuan bagi segala bangsa menjalankan aktiviti perdagangan. Oleh itu untuk tujuan berkomunikasi, pedagang-pedagang asing terpaksa menggunakan bahasa tempatan iaitu BM Kuno. Dengan secara tak langsung, BM telah berkembang dengan pesatnya.

Penemuan 4 batu bersurat pula membuktikan Sriwijaya telah menjadikan BM sebagai bahasa pentadbiran iaitu;

i. Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M)ii. Batu Bersurat Talang Tuwo (684 M)iii. Batu Bersurat Kota Kapor (686 M)iv. Batu Bersurat Karang Brahi (690 M)

Kesimpulannya, Kerajaan Sriwijaya telahmemberikan sumbangan yang besar kepadaTamadun Melayu khususnya kepada perkembanganintelektual bangsa Melayu serta perkembangan BM.

TTERIMA KASIH