Upload
farid91firdaus
View
101
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
al-quran
Citation preview
1. 0 Pengenalan
Dalam tugasan Ulum Quran dan Hadis pada kali ini, kami telah diarahkan
oleh pensyarah kami untuk melaksanakan tiga jenis tugasan. Tugasan yang
pertama adalah berkaitan dengan penulisan esei yang berkaitan tentang
pandangan ulama’ mengenai kemukjizatan al-Quran dari sudut bahasa, ilmiah
(sains) dan juga tashri’ (perundangan)
Bahagian seterusnya yang terdapat dalam tugasan ini ialah berkiatan
dengan cara untuk mengelakkan seseorang daripada beramal dengan hadis
palsu dan cara untuk mmperkasakan kewibawaan dan fungsi Institusi hadis
sebagai sumber syariat Islam yang kedua.
Yang terakhir sekali, tugasan ini juga menyentuh berkaitan dengan
kaedah dan strategi yang digunakan oleh guru pendidikan Islam (GPI) di
sekolah dalam pengajaran bidang Ulum Hadis semasa saya menjalani program
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS).
1
2.0 KEMUKJIZATAN AL-QURAN
2.1 Pengertian Kemukjizatan Al-Quran
Menurut Ahmad Kamaruddin Bin Ibrahim, mukjizat Al-Quran
bermaksud semua makhluk lemah dan tidak berdaya untuk melakukan apa
yang dicabar oleh al-Quran.1 Ianya adalah bertujuan untuk membuktikan
bahawa al-Quran merupakan satu kebenaran serta Rasul yang membawanya
juga adalah benar.
1.2 Pembahagian Kemukjizatan Al-Quran
2.1 Kemukjizatan dari sudut bahasa
1 HBQE1103 Ulum Quran
2
Pembahagian Mukjizat Al-Quran
Bahasa Ilmiah (Sains) Tasyri' (Perundangan)
Penggunaan gaya bahasa al-Quran begitu canggih dan murni sehingga
pakar-pakar bahsa pun tidak dapat menandingi gaya bahasa yang terdapat
pada Al-Quran. Susunan huruf dalam al-Quran, kehalusan susun aturnya,
kemanisan urkibnya, penjelasan tuntutan semasa melalui jumlah ismiyah dan
fi’liyyah, ayat-ayatnya dalam bentuk penafian dan ithbat, al-zikr dan al-hazf,
ta’rif dan tankir, al-taqdim dan ta’khir, haqiqat dan majaz, itnab dan ijaz dan
lain-lain lagi telah meletakkan al-Quran merupakan yang tertinggi serta dapat
melemahkan manusia untuk mengatasinya.
Ianya telah dibuktikan dengan peristiwa di mana al-Walid al-Mughirah
datang kepada Nabi Muhammad s.a.w. Baginda s.a.w telah membacakan al-
Quran kepadanya. Bacaan Rasulullah s.a.w seakan melembutkan hati al-Walid.
Perkara ini telah sampai ke pengetahuan Abu Jahal dengan lantas Abu Jahal
pergi berjumpa dengan al-Walid.
Abu Jahal berkata “Wahai saudaraku, sesungguhnya kaum kamu hendak
mengumpul harta untuk member kepadamu kerana kamu telah pergi kepada
Muhammad dan seakan kamu menerima apa yang diucapnya”. Al-Walid
berkata, “Sesungguhnya kaum Quraisy mengetahui bahawa aku adalah orang
yang paling berharta”. Abu Jahal berkata, “Kalau begitu hendaklah kamu
berkata satu perkataan yang sampai ke pengetahuan kaummu bahawa kamu
mengingkari dan membencinya”. Al-Walid berkata, “Apa yang patut aku
katakan? Demi Allah, tidak ada seorang pun di kalangan kamu yang lebih arif
daripada ku berkaitan syair dan qasidah. Demi Allah tidak ada suatu pun yang
menyerupainya. Dan demi Alah, sesungguhnya perkataanya (al-Quran) begitu
manis dan bertenaga, sesungguhnya di atasnya mempunyai buah, di
bawahnya terdapat limpahan, sesungguhnya ia amat tinggi dan tidak ada yang
menandinginya. Ia akan menghancurkan apa yang ada di bawahnya”. Abu
Jahal berkata, “Demi Allah, kaum kamu tidak akan menyukai kamu sehingga
kamu berkata sesuatu kepadanya”. Al-Walid berkata, “Tinggallah aku sendirian
3
sehingga kau berfikir sesuatu dan selepas berfikir ia berkata, “Ini (al-Quran)
adalah sihir yang memberi kesan”.2
Peristiwa ini telah membuktikan bahawa Al-Quran mempunyai gaya
bahasa yang begitu indah sehingga tiada seorang manusia pun dapat
menandinginya. Ianya merupakan mukjizat daripada Allah s.w.t.
Mukjizat juga terdapat dalam susun atur suara yang menarik semasa
membaca huruf-huruf al-Quran. Ia membuatkan manusia tidak pernah jemu
untuk mendengarnya malah sentiasa berusaha untuk memperbaiki bacaan al-
Quran.
Mukjizat al-Quran juga terdapat pada lafaznya yang menyempurnakan
setiap makna. Tidak ada satu lafaz pun yang dikatakan sebagai penambah
kepada makna (za’id). Dan tidak ada seorang penyelidik pun terjumpa satu
tempat dalam al-Quran dan menyatakan bahawa tempat tersebut memerlukan
satu lafaz untuk menyempurnakan makna yang kurang.
2 Riwayat Ibn Abbas r.a
4
2.2 Kemukjizatan dari sudut ilmiah (sains)
Ramai dalam kalangan manusia telah tersasar dari kebenaran di mana
mereka bersungguh-sungguh menetapkan bahawa al-Quran mengandungi
semua teori sains. Menurut Ahmad Kamaruddin, orang yang menafsir al-Quran
mengikut aliran sains dan berusaha untuk mengeluarkan teori tersebut dari al-
Quran dalam setiap masalah yang lahir dalam kehidupan sains, sebenarnya
mereka telah melakukan sesuatu yang tidak elok terhadap al-Quran dalam
keadaan mereka merasakan mereka telah melakukan yang terbaik kepada al-
Quran.3
Mukjizat sains yang terdapat dalam al-Quran bukan sahaja mengandungi
teori-teori sains yang selalu berubah mengikut peredaran zaman, tetapi ia
menggalakkan manusia untuk berfikir. Ia menggalakkan manusia untuk berfikir
tentang kejadian Allah s.w.t sama ada di langit atau di bumi. Allah s.w.t
berfirman dalam Surah al-Imran ayat 190 hingga 191 yang bermaksud :
Maksudnya : Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada
pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan
keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang
yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk
semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang
kejadian langit dan bumi (sambil berkata) : “Wahai Tuhan kami! Tidalah Engkau
menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka
peliharalah kami dari azab neraka.
Selain itu, ia juga menggalakkan manusia untuk berfikir tentang kejadian
diri sendiri. Banyak ayat al-Quran yang menceritakan tentang kejadian diri
manusia. Antaranya ialah :
3 HBQE1103 Ulum Quran
5
a. Surah al-Rum, ayat 8 :
Maksudnya : Patutkah mereka mearsa cukup dengan mengetahui yang
demikian sahaja, dan tidak memikirkan dalam hati mereka, (supaya mereka
dapat mengetahui), bahawa Allah tidak menciptakan langit dan bumi serta
segala yang ada di antara keduanya itu melainkan dengan ada gunanya yang
sebenar, dan dengan ada masa penghujungnya yang tertentu, (juga untuk
kembali menemui Penciptanya)/ Dan sebenarnya banyak di antara manusia,
orang-orang yang sungguh ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya.
b. Surah al-Ghasyiah, ayat 17-20 :
Maksudnya : (Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah
mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan? Dan keadaan
langit bagaimana ia ditinggikan binaanya? Dan keadaan gunung-ganang
bagaimana ia ditegakkan? Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?
2.3 Kemukjizatan dari sudut Tasyri’ (Perundangan)
6
Ahmad Kamarudin Bin Ibrahim (2006) menyatakan, manusia memerlukan
satu sistem yang memandu mereka dan menentukan keadilan dalam setiap
individu.4 Terdapat banyak mazhab, teori, sistem, perundangan yang dicipta
untuk memandu manusia kea rah kebahagiaan, tetapi semuanya tidak
mencapai matlamat sebagaimana yang terdapat dalam al-Quran melalui I’jaz
perundangannya.
Al-Quran bermula dengan mendidik individu kerana ia merupakan satu
juzuk masyarakat. Ia mendidik dengan membebaskan perasaan sanggup
memikul tanggungjawab. Apabila aqidah muslim itu betul dan tepat ia
hendaklah mengikut perundangan al-Quran dalam perkara berkaitan
kefardhuan dan ibadat. Setiap ibadah yang difardhukan adalah untuk kebaikan
individu dan disamping itu mempunyai hubungan dengan kebaikan masyarakat.
Contohnya adalah seperti ibadah solat. Solat dapat mencegah dari
maksiat dan kemungkaran dan solat adalah diwajibkan kecuali bagi yang uzur.
Orang yang solat akan merasakan hubungan yang kuat dengan saudaranya di
seluruh muka bumi kerana mereka merasakan semua umat Islam di muka bumi
ini menghadapkan muka ke arah yang Maha Esa. Ini merupakan I’jaz dari segi
Tashri’ solat.
Ibadat zakat juga mempunyai mukjizat dari segi Tashri’nya kerana ia
mempunyai hikmah yang tertentu, antaranya ialah :
a. Mengikis manusia daripada sifat kedekut, perhambaan, kepada harta
dan mencintai manusia.
b. Ia merupakan satu kebaikan untuk masyarakat dan menghapuskan
jurang antara golongan yang berada dengan yang miskin. Dengan ini
4 HBQE1103 Ulum Quran
7
jiwa setiap masyarakat berasa terjamin serta amalan zakat dpat
menjauhkan diri daripaa kesempitan hidup.
Ibadah haji pun mempunyai hikmah-hikmah yang dikatakan Mukjizat
Tasyri’ antaranya ialah :
a. Haji adalah satu pelancongan yang mendidik jiwa ketika menghadapi
kesukaran.
b. Haji juga membuka penglihatan manusia terhadap rahsia-rahsia Allah
dalam penciptaannya.
c. Perhimpunan manusia dalam menunaikan ibadat haji adalah satu
muktamar antarabangsa yang mana mereka dapat mengenali antara
satu sama lain dn saling bertukar-tukar fikiran.
Selepas tarbiyah individu ianya diteruskan dengan membina institusi
keluarga. Oleh itu, Al-Quran mensyariatkan perkahwinan bagi memenuhi
tuntutan nafsu dan mengenal zuriat manusia secara halal dan bersih.
Hubungan kekeluargaan terbina dengan kemesraan, kasih saying, jiwa yang
tenang, sikap menghoramti sumai isteri dan tanggungjawab yang bersesuaian
dengan mereka. Ianya diperkuatkan dengan firman Allah yang terdapat dalam
Surah al-Rum ayat 21 yang bermaksud :
Maksudnya : “ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya
dan RahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki),
isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, suapay kamu bersenang hati dan hidup
mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan
kasih saying dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandung
keterangan-keterangan ( yang menimbulkan kesedaran ) bagi orang-orang
yang berfikir.
8
Setelah itu, datang pula sistem perundangan yang memacu masyarakat
muslim. Al-Quran mengandungi sistem perundangan terbaik berasas kepada
masyarakat, persamaan dan melarang penguasaan individu. Firman Allah s.w.t
dalam surah al-Imran ayat 159 yang bermaksud :
Maksudnya : “ Maka dengan sebab rahmat ( yang melimpah-limpah ) dari Allah
( kepadamu wahai Muhammad ), engkau telah bersikap lemah lembut kepada
mereka ( sahabat-sahabat dan pengikutmu ), dan kalaulah engkau bersikap
kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu, maafkanlah
mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu ), dan
pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka
dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila
engkau telah berazam ( sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu ),
maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengasihi orang-
orang yang bertawakal kepadaNya.
Al-Quran telah menjaga lima prinsip kehidupan manusia iaitu jiwa, agama,
maruah, harta dan akal. Firman Allah yang terdapat dalam surah al-Baqarah
ayat 179 yang berbunyi :
Maksudnya : “ Dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu,
wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa”.
Firman Allah s.w.t lagi :
Maksudnya : “ Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah
kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat, dan janganlah
kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam
menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan
9
hari akhirat, dan hendaklah kamu disaksikan hukuman seksa yang dikenakan
kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman”.
( Surah al-Nur, ayat 2 )
Firman Allah s.w.t lagi :
Maksudnya : “ Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada
perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak
membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali
sebat, dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya,
kerana mereka adalah orang-orang yang fasik.
( Surah al-Nur ayat 4 )
Firman Allah s.w.t lagi :
Maksudnya : “ Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang
mencuri maka ( hukumnya ) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan
dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, ( juga sebagai ) suatu
hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha
Bijaksana.
(Surah al-Maidah, ayat 38)
Kesimpulannya, Al-Quran adalah perundangan yang sempurna untuk
melangsungkan kehidupan manusia dalam sebaik-baik keadaan. Ijaz
perundangan akan kekal selari dengan ijaz sains dan bahasa.
3.0 Hadis Palsu dan Implikasinya
10
3.1 Pengertian Hadis Palsu
Hadis palsu juga dikenali sebagai hadis maudu’. Hadis palsu bermaksud
hadis yang sengaja direka-reka atau diada-adakan dan dinisbahkan kepada
Rasulullah s.a.w. Ia di namakan hadis hanya berdasarkan dakwaan orang yang
mengada-adakannya sahaja.
Menurut Rosmawati Ali, hadis palsu ialah hadis yang dicipta sendiri tetapi
ia telah berbohong dengan menisbahkannya kepada Nabi sama ada dilakukan
pendustaan itu dengan sengaja atau tersalah.5
Hukum yang berpegang dengan hadis palsu adalah tidak harus. Tidak
harus berpegang dengan hadis palsu bagi sesiapa yang mengetahui bahawa ia
adalah hadis palsu. Tidak harus juga meriwayatkan tanpa menyatakan bahawa
hadis tersebut adalah hadis palsu, sama ada yang berkaitan dengan perkara
halal dan haram. Hal tersebut berdasarkan dalil sebagaimana hadis yang
diriwayatkan oleh Muslim :
Terjemahan : Sesiapa yang meriwayatkan daripadaku dengan sesuatu hadis
yang didapati ia palsu maka ia adalah salah seorang daripada orang yang
berbohong.
3.2 Sejarah dan Sebab-sebab Timbul Hadis Palsu
5 Pengantar Ulum Hadis
11
Menurut pendapat ahli sejarah, bermulanyakelahiran hadis palsu ialah
setelah tercetusnya fitnah ataupunpertelingkahan di antara Saidina Ali dan
Muawiyah. Mereka yang mula-mula melibatkan diri secara langsung dengan
mereka-reka hadis palsu ialah golongan syiah. Ianya diperkukuhkan melalui
pengakuan Ibn Abi al-Hadid yang merupakan seorang ahli Syiah yang terkenal.
Beliau berkata, “Bermulanya pendustaan terhadap hadis-hadis Nabi ialah
golongan Syiah”.
Terdapat beberapa factor yang menyebabkan lahirnya hadis palsu.
Antaranya ialah pertelingkahan politik. Golongan lain yang terlibat secara
langsung dengan pemalsuan hadis nabi ialah al-Rafidah sebagaimana yang
telah dinyatakan oleh Ibn Hajar, “Tentang hadis dalam bab “Fad ail” banyak
hadis tentang kelebihan Ahli al-Bait, mereka juga mencipta hadis tentang
kejahilan Ahl al-Sunnah.6
Kemunculan golongan al-Rafidah, iaitu golongan yang menentang para
sahabat yang member bai’ah kepada Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar
sebagai khalifah. Golongan ini telah berkembang dan berpecah menjadi 300
kumpulan. Golongan ini telah mencipta dan mereka-reka hadis untuk
kepentingan mereka sendiri. Sebagaimana yang telah diungkapkan oleh Imam
Malik apabila beliau ditanya mengenai golongan al-Rafidah. Beliau berkata,
“Jangan kamu meminta pendapat daripada mereka, kerana mereka itu adalah
golongan pendusta”.7
Pendapat Imam Syafie tentang golongan al-Rafidah katanya, “Aku tidak
dapati satu golongan pun yang mengikut hawa nafsu dengan memberi saksi
bohong kecuali golngan al-Rafidah”.8
6 Ibid7 Ibid8 Ibid
12
Di antara hadis yang direka oleh golngan al-Rafidah antaranya ialah hadis
yang mencela dan mencaci Muawiyah yang bermaksud :
Maksudnya : Apabila kamu melihat Muawiyah berada di atas mimbarku
hendaklah kamu membunuh dia.
Faktor lain yang menyebabkan kemunculan hadis palsu ialah disebabkan
oleh golongan zindiq. Golongan ini ialah golongan yang membenci ajaran Islam
dan orang Islam terutamanya apabila jajahan Islam dan agama Islam itu
tersebar ke luar negara dan golongan bukan arab menerima Islam secara
beramai-ramai. Mereka telah kehilangan kuasa dalam pemerintahan mereka.
Di antara hadis palsu yang dicipta oleh mereka ialah untuk memburukkan
agama Islam dan kesuciannya. Mereka telah berusaha memburukkan Islam
demi mengembalikan kuasa dan kedudukan mereka. Antara lain juga, mereka
cuba memesongkan akidah umat Islam dan menimbulkan huru-hara dalam
masyarakat Islam dengan cara mencipta hadis palsu kemudian dinisbahkan
kepada Nabi. Antara contoh hadis yang direka oleh golongan zindiq ialah :
Maksudnya : Allah menjadikan malaikat dari bulu lengan dan bulu dada-Nya.
Maksudnya : Memandang ke wajah yang cantik itu adalah dikira sebagai
ibadat.
Maksudnya : Buah terung itu ubat segala penyakit.
Antara lain ialah, disebabkan oleh sifat ta’sub kepada kabilah, puak,
bangsa, negeri, bahasa, dan jemaah tertentu. Oleh itu, mereka sengaja
mencipta Hadis Palsu untuk memenuhi nafsu dan kehendak mereka.
Contohnya hadis yang dicipta oleh golongan yang taasub kepada bahasa arab.
13
Terjemhannya : Sesungguhnya Allah apabial ia marah, Ia akan menurunkan
wahyu dengan bahasa Parsi dan apabila Ia reda, Ia akan menurunkan wahyu
dalam bahasa Arab.
Contoh hadis lain bagi golngan yang taasub kepada bahasa Parsi ialah :
Terjemahannya : Sesungguhnya Allah apabila Ia marah, Ia akan menurunkan
wahyu dengan bahasa Arab dan apabila Ia reda Ia akan menurunkan wahyu
dalam bahasa Parsi.
Terdapat juga golongan yang taasub terhadap Imam tertentu. Antara
hadis yang telah dicipta oleh golongan ini ialah :
Terjemahannya : Akan lahir seorang lelaki dari kalangan umat-Ku yang
dikenali dengannya sebagai Abu Hanifah al-Nu’man, ia adalah penyuluh umat-
Ku.
Faktor lain yang menyebabkan munculnya hadis palsu ialah disebabkan
oleh penciptaan kisah dan riwayat yang dibuat oleh tukang cerita, yang mana
mereka tidak rasa segan menyandarkan kepada yang mereka bawa.
Contohnya sebagaimana yang berlaku ketika Imam Ahmad Ibn Hanbal dan
Yahya Ibn Ma’in menunaikan sembahyang di masjid al-Rafasah. Tiba-tiba
bangun dari kalangan ahli masjid itu membuat cerita, katanya, “Ahmad Ibn
Hanbal dan Yahya Ibn Ma’in telah menceritakan, “Abd Razak meriwayatkan
hadis dari Qatadah dari Anas katanya, Rasulullah s.a.w bersabda :
Terjemahannya : Sesiapa yang mengucapkan La Ilaha Illa Allah, Allah akan
menjadikan daripada setiap kalimahtersebut seekor burung paruhnya daripada
emas dan bulunya daripada marjan.9
9 Pengantar Ulum Quran
14
Antara lain ialah disebabkan oleh berlakunya pertelingkahan antara
mazhab dan fahaman. Pertelingkahan ini disebabkan oleh pertelingkahan
pendapat dalam sesuatu masalah Fekah dan juga Ilmu kalam. Pengikut-
pengikut mazhab ini telah mencipta hadis untuk menyokong mazhab mereka
contohnya :
Terjemahan : Sesiapa yang mengangkat dua tangannya ketika sembahyang,
batal sembahyangnya.
Contoh hadis lain ialah :
Terjemahan : Berkumur-kumur dan memasukkan air ke hidung sebanyak tiga
kali bagi orang yang berjunub adalah wajib.
Contoh hadis lain pula ialah :
Terjemahan : Sesiapa yang berkata “al-Quran itu makhluk, maka kafir”.10
Di samping itu, faktor yang menyebabkan kemuunculan hadis palsu ialah
akibat kejahilan dan kurangnya ilmu pengetahuan tentang Islam, namun niat
dan tujuan mereka adalah benar dan baik untuk agama. Contohnya seperti Ahli
Sufi dan Tasawwuf. Disebabkan kejahilan itu menyebabkan mereka mencipta
hadis palsu mengenai kelebihan sesuatu amalan, sesebuah surah al-Quran
dan lain-lain. Faktor yang terakhir sekali adaah disebabkan tindakan
mengampu untuk mendapat nama dan pangkat di sisi raja dan sesetengah
golongan tertentu menyebabkan mereka mencipta hadis palsu.
10 Ibid
15
Implikasi Hadis Palsu terhadap Umat Islam
Hadis palsu memberikan kesan yang buruk kepada umat Islam
sekiranyan kita beramal dengannya. Antara kesan buruk mengamalkan hadis
palsu ialah dapat merosakkan akidah umat Islam itu sendiri. Unsur-unsur yang
terdapat di dalam hadis palsu dapat mencemarkan kesucian agama Islam.
Contohnya seperti :
Terjemahannya : “Jika seseorang kamu bersangka baik dengan batu nescaya
ia akan memberi manfaat kepadanya”.
Ibn Qayyim al-jauziyah berpendapat bahawa hadis ini merupakan
pemalsuan daripada golongan musyrik yang menyembah berhala.
Kesan yang kedua ialah dapat menjatuhkan nilai kewibawaan agama. Hal
ini disebabkan oleh kandungan dalam hadis palsu menjadikan Islam sebagai
bahan untuk dipersendakan dan direka dengan rekaan semata-mata. Ianya
berlaku apabila rekaan hadith palsu dengan wahyu yang sebenar. Mana
mungkin rekaan manusia dapat diletakkan setaraf dengan wahyu yang telah
diciptakan oleh Allah s.w.t. Contonya adalah seperti hadis ini :
Maksudnya : “ Sesiapa yang solat dhuha sekian rakaat, maka ia akan diberi
pahala sebanyak 70 para nabi.”
Hadis ini umpama telah merendahkan dan menjatuhkan martabat
ketinggian para nabi kerana telah menyamakan pahala sekalian para nabi
dengan hanya solat beberapa rakaat sahaja. Menurut Ibnu Qayyim Al-
Jauziyanh di dalam bukunya yang bertajuk “ Al-Manar al-Munif “ telah
mengulas hadis ini dan menyebut, “ Seolah-olah pendusta yang keji ini tidak
16
mengetahui bahawa selain nabi, sekalipun bersolat selama umur Nabi Nuh, ia
tidak akan diberikan pahala standing seorang nabi.”11
Hadis ini menyebabkan manusia beranggapan pahala mereka sudah
banyak kerana sudah dapat menyamai pahala para nabi dan sudah tentu
mereka akan masuk syurga dengan hanya mendirikan beberapa rakaat soalt
sahaja. Selain itu, ia juga akan membuatkan umat Islam lupa untuk
melaksanakan ibadah yang lain.
Antara kesan negatif hadis palsu ini juga ialah hadis ini telah dapat
membuatkan umat Islam beramal dengan hadis yang bercanggah dengan nas-
nas yang terdapat di dalam al-Quran. Hadis palsu bukanlah berasal dari
Rasulullah s.a.w, jadi seringkali ia bercanggah dengan isi kandungan al-Quran
dan hadis-hadis sahih yang lain. Ianya secara tidak langsung telah
mencemarkan imej Islam sebagai agama yang sempurna kerana telah
timbulnya pandangan daripada orientalis barat yang menyatakan bahawa
agama Islam merupakan agama yang tidak tetap dengan syariat kerana
berlakunya perbezaan di antara ayat al-Quran dan hadis nabi.
Menurut Imam al-Sayuti dalam bukunya yang bertajuk Tadrib al-Rawi
menukilkan kata-kata dari Ibnu Jauzi yang bermaksud :
Maksudnya : “ Jika engkau melihat sebuah hadis menyanggahi lgik, menyalahi
al-Quran dan bertentangan dengan prinsip-prinsip asas Islam, maka ketahuilah
bahawa ia adalah hadis palsu”.12
Contoh :
“ Anak zina tidak akan masuk syurga”.
11 Ibn Qayyim al-Jauziyah, al-Manar al-Munif12 Ustaz Amran, Pilihan Ustaz
17
Hadis ini secara terang-terangan adalah bercanggah dengan firman Allah
s.w.t yang terdapat dalam surah al-Isra’ ayat 15 yang bermaksud :
Maksudnya : “ Barang sesiapa yang berbuat sesuai dengan hidayah (Allah),
Maka sesungguhnya dia berbuat itu untuk (keselatan) dirinya sendiri, dan
barangsiapa yang sesat Maka sesungguhnya dia tersesat bagi (kerugian)
dirinya sendiri. Dan seseorang yang berdosa tidak dapat memkul dosa orang
lain, dan kami tidak akan mengazab sebelum kami mengutus seorang rasul.”
Ayat ini menerangkan idaka mungkin anak yang lahir daripada hasil zina
akan dihukum disebabkan oleh perbuatan kedua ibu bapanya. Ayat ini
merupakan penegasan al-Quran tentang keadilan dan rahmat Allah yang tidak
menghukum seseorang disebabkan oleh kesalahan orang lain.
Beramal dengan hadis palsu juga akan menyebabkan kesesatan dalam
kalangan umat islam. Banyak hadis palsu diwujudkan demi penyokong aliran,
peganga, pemimpin dan mazhab seperti golongan syiah. Golongan syiah
sangat terkenal dengan ciptaan hadis palsu yang sering memuji-muji
kehebatan Saidina Ali. Antara contoh hadis tersebut ialah:
Maksudnya : “ Sesiapa yang suka hidup seperti hidupku,, mati seperti matiku
dan tinggal di syurga ‘And yang ditanam oleh Tuhanku, maka hendaklah
mengangkat Ali selepasku. Juga mengangkat penggantinya. Hendaklah dia
mengikut para Imam selepasku kerana sesungguhnya asal-usulku, direzekikan
kefahaman dan ilmu. Celakalah dan memutuskan hubungan denganku.
Semoga Allah tidak member mereka syafaat”.
18
Menurut Ustaz Amran, kitab Silsilah al-Ahadith al-Daifah wa al-Maudhu’ah
menyatakan hadis ini palsu lagi dusta. Semua perawinya tidak dikenalai kecuali
seorang sahaja iaitu Ibn Ab Rawwad. Hadis seperti ini hanya untuk
mengembangkan fahaman syiah semata-mata.
Hadis palsu turut memberi kemudaratan dan menyusahkan umat Islam.
Hadis palsu mempunyai nilai-nilai kezuhudan yang melampau, unsur-unsur
khurafat dan kepercayaan yang tidak berasas. Contohnya seperti hadis berikut:
Maksudnya : “ Dunia itu haram untuk ahli akhirat. Akhirat itu haram untuk ahli
dunia. Dunia dan akhirat itu haram untuk ahli Allah”.
Hadis ini hanayalah rekaan kaum Sufi yang melampau. Hadis seperti ini
boleh menyebabkan umat Islam tidak berdaya saing serta meninggalkan
urusan dunia yang merupakan jambatan untuk ke akhirat. Mana mungkin hadis
ini benar, sedangkan Allah telah menyebut dalam firman-Nya yang terdapat
pada Surah al-A’raf ayat 32 yang bermaksud :
Maksudnya : “ Siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah
dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya dan (siapa pulakah yang
mengharamkan) rezeki yang baik? “katakanlah : “ Semuanya itu (disediakan)
bagi orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia, khusus (untuk mereka
sahaja) di hari kiamat. Demikianlah kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi orang
yang mengetahui”.
Hadis palsu ini juga dapat menjatuhkan imej-imej tokoh Islam. Hadis palsu
dicipta bertujuan untuk menghina aliran atau tokoh-tokoh lain. Syiah
merupakan salah satu golongan yang banyak menghina para sahabat serta
19
menghina tokoh-tokoh lain seperti Imam al-Syafie. Antara hadis yang telah
direka oleh mereka ialah :
“ Akan datang dikalangan umatku, seorang lelaki yang dipenggil Muhammad
bin Idris ( nama sebenar Imam al-Syafie ). Dia memberi mudarat kepada
umatku lebih daripada Iblis. Akan datang pula seorang lelaki dikalangan
umatku dipanggil Abu Hanifah. Dia adalah lampu yang menerangi umatku, dia
adalah lampu umatku”.
Hadis ini telah direka oleh Makmum bin Ahmad al-Harawi yang cemburu
dengan perkembangan pengikut Imam al-Syafie. Menurut Ustaz Amran. Al-
Jahari di dalam kitabnya Kashf al-Khafa’ ada menyatakan : “ Tiada suatu hadis
sahih pun mengenai pujian atau celaan terhadap Abu Hanifah dan As-Syafie.
Semua yang disebut mengenai hal itu adalah palsu dan dusta.
Kesan yang terakhir beramal dengan hadis palsu terhadap umat islam
ialah dapat memalingkan manusia daripada pelbagai sunnah yang sahih.
Sekiranya umat islam beramal dengan hadis palsu, maka secara tidak
langsung hadis sahih dan sunnah nabi akan mereka tinggalkan. Ianya
diibaratkan seperti mengajar doa-doa palsu yang kononnya datang daripada
Nabi yang menjanjikan pelbagai kelebihan yang sebenarnya tidak terdapat
dalam hadis sahih.
3.3 Cara Mengelakkan Beramal dengan Hadis Palsu
Beramal dengan hadis palsu adalah dilarang sama sekali di dalam agama
Islam. Justeru itu, adalah penting bagi umat Islam untuk mengelakkan diri
daripada beramal dengan hadis palsu agar tidak tersesat. Kita sebagai umat
Islam khusunya perlu lebih mengetahui tentang hadis palsu. Ianya bertujuan
20
agar umat Islam tidak terus hanyut beramal dengan hadis tanpa mengetahui
kesahihannya.
Pelbagai cara boleh dilaksanakan untuk mengelakan umat Islam beramal
dengan hadis palsu. Antaranya ialah :
a. Pusat Islam dan Majlis Agama Islam Negeri serta mufti-mufti hendaklah
berkolaborasi untuk mengenal pasti hadis-hadis palsu serta
mengharamkan penyebaran hadis-hadis palsu serta buku-buku yang
mengandungi hadis palsu. Menghapuskan bahan-bahan bacaan seperti
ini akan membantu mengelakkan umat islam agar beramal dengan hadis
yang palsu. Seseorang yang tidak mempunyai ilmu tentang hadis,
mungkin boleh menjadikan seratus peratus hadis palsu tersebut sebagai
rujukan dan panduan tanpa mengetahui tentang kesahihan hadis
tersebut.
Pusat Islam atau majlis Agama Islam Negeri dicadangkan agar
menerbitkan sendiri buku-buku yang mengandngi hadis-hadis yang
sahih sebagi rujukan dan panduan masyarakat. Ianya akan menjadikan
masyarakat lebih yakin dengan kesahihan hadis serta mengambil hadis
tersebut sebagai panduan hidup mereka.
b. Selain itu, pendakwah dan penceramah juga memainkan peranan
penting dalam mengkaji sesuatu hadis sama ada hadis tersebut diterima
atau ditolak. Secara logiknya, masyarakat lebih mempercayai kata-kata
pendakwah dan penceramah kerana masyarakat beranggapan
pendakwah dan penceramah mempunyai ilmu yang tinggi dan
mendalam mengenai hadis.
c. Individu muslim juga seharusnya berusaha untuk menguasai dan
meningkatkan ilmu yang berkaitan dengan hadis. Ianya bertujuan agar
21
mereka tidak mudah terpedaya dengan hadis palsu dan mengambil ia
sebagai rujukan secara bulat-bulat serta beramal dengannya. Terdapat
beberapa perkara yang perlu diambil kira dalam menilai sesebuah hadis.
Ia mesti disandarkan kepada Rasulullah s.a.w, sanadnya mestilah tepat,
kewibawaan perawi hendaklah diperiksa terlebih dahulu sama ada
perawi tersebut seorang yang jujur atau pembohong untuk menentukan
sama ada hadis yang diriwayatkannya sahih ataupun tidak
.
Sebagai contoh, ada perawi hadis yang mengaku hadis yang
diriwayatkannya adalah ciptaan sendiri seperti Abu Isma’ Nuh bin Abi
Maryam yang mengaku mencipta hadis yang disandarkan pada Ibn
Abbas tentang kelebihan surah-surah dalam al-Quran.
Kandungan matan hadis tersebut juga hendaklah diperiksa terlebih
dahulu bagi memastikan ia selaras dengan ayat al-Quran dan hadis lain
yang bersesuaian dengan syariat Islam. Sekiranya ianya bercanggah,
hadis tersebut perlulah diketepikan dan sekiranya hadis tersebut
menepati prinsip-prinsip Islam, perawi hadis tersebut perlu dinilai untuk
menentukan sama ada hadis tersebut sahih atau tidak.
d. Pihak universiti juga memainkan penting dengan membuat kajian
mengenai hadis-hadis palsu yang tersebar dalam masyarakat sebagai
rujukan agar umat islam tidak keliru dan mengguna pakai hadis-hadis
tersebut. Contohnya daripada pihak USIM sendiri menerusi Jabatan al-
Quran dan As-Sunnah telah membuat kajian mengenai hadis-hadis.
3.4 Institusi Hadis sebagai sumber syariat Islam kedua
Umat Islam telah bersepakat dan bersetuju bahawa hadis adalah sumber
ajaran Islam kedua setelah Al-Quran. Kesepakatan mereka adalah
berdasarkan nas, baik yang terdapat dalam al-Quran mahupun yang terdapat
22
dalam hadis. Telah disebutkan di dalam al-Qran yang menunjukkan hadis
adalah sumber hukum kedua selepas al-Quran. Ianya terdapat pada surah an-
Nisa’ ayat 59, surah al-Maidah ayat 92, dan surah an-Nur ayat 54.
Dalam salah satu pesanan Rasulullah s.a.w yang berkenaan dengan
hadis sebagai sumber hukum yang kedua, dalam sabdanya :
Maksudnya : “ Aku tinggalkan dua pusaka untukmu sekalian, dan kalian tidak
akan tersesat selama-lamanya, selama sekalian selalu berpegang teguh
kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.13
Hadis di atas telah membuktikan bahawa kita wajib berpegang teguh
kepada hadis dan menjadikan hadis sebagai pegangan dan pedoman hidup
adalah wajb, sebagaimana wajibnya kita berpegang teguh kepada al-Quran.
Banyak peristiwa menunjukkan adanya kesepakatan menggunakan hadis
sebagai sumber hukum Islam yang kedua, antaranya ialah :
i. Ketika Abu Bakar menjadi khalifah, beliau pernah berkata, “ Saya tidak
akan meninggalkan sedikitpun sesuatu yang diamalkan oleh Rasulullah,
sesungguhnya saya takut tersesat bila meninggalkannya”.
ii. Saat Umar al-Khattab berada di hadapan Hajarul Aswad lalu beliau
berkata, “ Saya tahu bahawa engkau adalah batu. Seandainya saya
tidak melihat Rasulullah s.a.w menciummu, saya tidak akan
menciummu”.
13 Riwayat Hakim dari Abu Hurairah
23
iii. Pernah ditanyakan kepada Adullah bin Umar tetang ketentuan solat
safar dalam al-Quran. Ibn Umar menjawab, “ Allah s.w.t telah mengutus
Nabi Muhammad s.a.w kepada kita dan tidak mengetahui sesuatu. Maka
sesungguhnya kami berbuat sebagaimana kami melihat Rasul berbuat.
iv. Diceritakan dari Sa’id bin Musayab bahawa Usman bin Affan berkata, “
Saya duduk sebagaimana duduknya Rasulullah s.a.w. Saya makan
sebagaimana makan Rasulullah s.a.w”.
Masih banyak lagi contoh yang menunjukan bahawa apa yang
diperintahkan, dilakukan dan diseru oleh Rasulullah s.a.w.
Di dalam al-Quran, terdapat beberapa kandungan yang bersifat ijmal
( global) dan umum, namun terdapat juga kandungan al-Quran yang bersifat
tafshili ( terperinci ). Perkara-perkara yang bersifat global dan umum, sudah
tentu memerlukan penjelasan-penjelasan yang lebih jelas dan terperinci dalam
setiap penerangannya untuk dijadikan pedoman hidup. Nabi Muhammad s.a.w
telah diberikan tugas dan autoriti untuk menjelaskan isi kandungan al-Quran.
Fungsi atau peranan hadis di samping al-Quran adalah :
i. Menegaskan atau memperkuatkan hukum-hukum yang telah disebutkan
dalam al-Quran ( bayan at-taqriri atau at-ta’kid ).
ii. Menjelaskan, menafsirkan, dan memperinci ayat al-Quran yang masih
umum dan samar-samar. ( bayan at-tafsir ).
24
iii. Mewujudkan suatu hukum atau ajaran yang tidak tercantum dengan al-
Quran ( bayan at-tasyri’ , yang mana pada prinsipnya tidak bertentangan
dengan al-Quran ).
Dari segi dilalah al-ahkam, hadis mempunyai 4 fungsi terhadap al-Quran :
1. Hadis sebagai penjelas terhadap apa-apa yang dimaksudkan al-Quran.
Penjelasan tersebut mempunyai 4mpat jenis, iaitu :
a. Penjelasan terhadap perkara yang umum, seperti perintah solat
dalam al-Quran tidak diiringi penjelasan mengenai rukuk, syarat
dan ketentuan-ketentuan lain. Oleh itu, hadis telah
memperjelaskan perintah solat yang berbunyi :
Maksudnya : “ Solat kamu semua sebagaimana kamu semua
melihat aku solat “.
b. Mentaqyid yang mutlak. Contohnya hadis-hadis yang
menjelaskan pengertian dari kata dalam firman Allah اليد yang
terdapat dalam Surah al-Maidah ayat 38 yang bermaksud :
Maksudnya : “Adapun orang-orang lelaki maupun perempuan
yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) balasan atas
perbuatan yang mereka lakukan dan sebagai siksaan dari Allah.
Dan Allah Maha Perkasa Maha Bijaksana.”
Ayat tersebut menjelaskan maksud dari kata adalah tangan اليد
kanak, dan pemotongannya dari pergelangan tangan bukan dari
siku.
25
c. Mengkhususkan ( mentakhsis ) yang umum, contohnya seperti
hadis yang menerangkan maksud dari kata الظلم dalam surah Al-
An’am ayat 82 yang bermaksud :
Maksudnya : “ Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur
adukkan iman mereka dengan syirik, mereka itulah orang-orang
yang mendapat rasa aman dan mereka mendapat petunjuk”.
Yang dimaksudkan dengan adalah الظلم syirik. Terdapat
sebahagian sahabat yang memahaminya secara umum sehingga
mereka berkata, “Siapa dari kita yang tidak dizalimi”. Kemudian,
Rasulullah s.a.w bersabda:
الشرك هو انما ذلك “14" ليس
d. Menjelaskan sesuatu yang samar.
2. Hadis adalah sebagai petunjuk atas suatu hukum yang tidak ada dalam
al-Quran. Contohnya seperti hadis yang melarang berpoligami antara
wanita dengan bibirnya baik dari ibu atau ayah.
3. Hadis sebagai penghapus (nasikh ) hukum yang ditetapkan al-Quran.
Kesimpulannya, kita sebagai umat Islam hendaklah mempelajari dan
menguasai ilmu hadis. Selain itu, kita juga hendaklah berusaha untuk
memartabatkan ilmu hadis serta menjadikan hadis sebagai panduan dan
rujukan dalam kehidupan kita seharian selaras dengan hadis yang dijadikan
sumber yang kedua selepas al-Quran dalam Islam.
14 Riwayat Ahmad Bukhari
26
4.0 Laporan Pengalaman Berasaskan Sekolah
Laporan Kaedah Pengajaran Ulum Hadis di Sekolah Rendah
27
Pada 19 Ogos 2013 yang lepas, saya telah menjalani Program
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Stapok.
Dalam program Pengalaman Berasaskan Sekolah pada kali ini, kami telah
diberikan tugasan untuk melihat kaedah dan strategi yang digunakan oleh guru
Pendidikan Islam ( GPI ) untuk melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkaitan dengan pengajaran Hadis dan Tilawah al-Quran.
Pengajaran hadis pada peringkat sekolah rendah hanya terdapat pada
Tahun 3 KSSR. Ianya juga baru diperkenalkan. Dalam Tahun 3, terdapat satu
sahaja tajuk yang berkaitan dengan bidang hadis yang bertajuk “Nabi
Muhammad Ikutanku”. Pengajaran hadis pada peringkat ini lebih berfokuskan
kepada amalan.
Pelbagai kaedah boleh digunakan untuk melaksanakan pengajaran hadis.
Antaranya ialah kaedah hafazan. Menurut Ustaz Rifaaida, kaedah hafazan
boleh digunakan untuk mengajar tajuk hadis. Guru meminta murid untuk
menghafal hadis yang terdapat di dalam buku teks. Menurut beliau juga, murid-
murid pada tahap atau peringkat ini sudah mampu untuk mengahafal.
Sedangkan murid-murd di pra sekolah sudah mampu menghafal, apatah lagi
murid-murid yang berada di Tahun 3.
Bagi melaksanakan kaedah hafazan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran, ianya bukanlah dengan menghafaz hadis tersebut semata-mata.
Guru-guru boleh menggunakan pelbagai teknik atau strategi agar murid-murid
senang untuk menghafal hadis. Contohnya seperti permainan. Guru meminta
seorang murid untuk membaca sepotong hadis, kemudian di sambung oleh
rakan-rakan yang lain dan seterusnya. Selain itu, kaedah nyanyian juga boleh
digunakan semasa guru mengguna pakai kaedah hafazan dalam mengajar.
Sebagai contoh, guru mengubah hadis tersebut menjadi sebuah nyanyian yang
menarik. Dengan ini, murid akan lebih senang mengingati hadis yang di ajar
oleh guru.
28
Menurut Al-Na’miy dan Abdullah al-Amin (1994 ), pada peringkat hafalan,
guru tidak perlu menghuraikan maksud kerana murid masih belum mampu
untuk memahaminya.15 Kaedah hafalan merupakan kaedah pembelajaran yang
sangat penting dalam Pendidikan Islam. Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w
menerima wahyu, Baginda segera dan bersungguh-sungguh menghafal wahyu
tersebut kerana bimbang wahyu tersebut akan hilang daripada ingatannya.
Ianya menunjukkan bahawa kaedah hafalan ini memerlukan kesungguhan dan
ketekunan murid-murid untuk mengingati hadis yang telah mereka pelajari
melalui lisan dan bertulis.
Kaedah kedua yang selalu digunakan semasa proses pengajaran hadis
ialah kaedah penerangan atau turut juga dikenali sebagai kaedah syarahan.
Menurut Ustaz Rifaaida yang telah ditemu bual, kaedah penerangan atau
kaedah syarahan ini boleh digabung bersama kaedah talaqqi musyafahah.
Mula-mula, guru menyebut potongan hadis yang hendak dipelajari. Kemudian,
guru meminta murid untuk menyebut potongan hadis tadi mengikut sebutan
15 Ahmad Mohd Salleh, Kurikulum, Metadologi dan Pedagogi Pengajian Islam
29
guru. Guru meminta murid untuk mengulang pembacaan beberapa kali. Guru
akan memperbetulkan sebutan bacaan murid.
Kemudian guru menggunakan kaedah penerangan atau syarahan.
Kaedah penerangan ini dilaksanakan dengan guru mengajar tentang maksud
hadis. Guru hendaklah memfokuskan isi kandungan hadis, intisari hadis dan isi
pengajaran yang terdapat pada hadis tersebut untuk dijadikan amalan dalam
kehidupan seharian pelajar.
Menurut Musa Daia (1992),16 tujuan kaedah syarahan atau penerangan
adalah untuk meyampaikan sesuatu pengajaran kepada murid-murid supaya :
a. Merangsang minat murid.
b. Menjelaskan dan membuat rumusan pelajaran.
c. Membuat penelitian dan ulang kaji.
d. Mengembangkan isi pelajaran.
e. Menyampaikan maklumat yang telah dirancang.
Menurut Rashidi Azizan dan Ahmad Razak Habib (1995),17 menegaskan
terdapat pelbagai cara untuk menjadikan kaedah penerangan menjadi lebih
menarik dan berkesan. Guru boleh menggunakan pelbagai bentuk bahan bantu
mengajar contohnya seperti slaid, papan hitam, projektor dan poster ). Guru
juga boleh menggunakan teknik-teknik yang pelbagai untuk
mempersembahkan idea yang terkandung dalam isi pelajaran.
Seorang guru juga mesti mengenal pasti aras atau tahap kognitif setiap
pelajarnya. Guru disarankan menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh
murid, bertutur dengan jelas agar apa yang disampaikan oleh guru dapat
diterima oleh setiap pelajar.
Menurut Ahmad Mohd Salleh dalam buku yang bertajuk Metadologi,
Kurikulum dan Pengajaran Pengajian Islam, terdapat beberapa panduan untuk
16 Ahmad Mohd Salleh, Metadologi, Kurikulum, Pengajaran Pengajian Islam17 Ibid
30
menggunakan kaedah penerangan agar ia menjadi lebih menarik dan
berkesan, antaranya ialah :
i. Penerangan hendaklah diberikan pada masa yang sesuai. Contohnya
seperti ketika hendak mengajar tajuk yang baru.
ii. Guru hendaklah menyediakan sinopsis penerangan yang bernas.
iii. Guru hendaklah berhati-hati semasa menyampaikan penerangan. Guru
hendaklah bercakap dengan sederhana dan jelas agar pelajar dapat
mendengar dengan mudah.
iv. Penerangan hendaklah diikuti dengan ujian secara lisan atau bertulis
untuk melihat sejauh mana penerangan guru tersebut berjaya.
Contohnya seperti soal jawab.
Kaedah lain yang sering digunakan untuk pengajaran hadis ialah kaedah
latih tubi. Kaedah latih tubi dilaksanakan dengan meminta murid untuk
membaca potongan hadis dengan berulang kali. Contohnya, guru meminta
murid untuk membaca potongan hadis tersebut dengan mengulang sebanyak
tiga kali.
Kelebihan kaedah latih tubi ini ialah guru dapat melatih pelajar untuk
menyebut potongan hadis dengan sebutan yang betul dan lancar. Selain itu,
murid akan mudah hafal sekiranya murid membaca hadis tersebut dengan
berulang kali. Bagi membantu murid untuk menghafal dengan mudah, guru
hendaklah memberitahu kepada murid maksud potongan hadis yang dipelajari
dan meminta murid untuk memahaminya.
Dalam Islam, kaedah latih tubi mempunyai sejarah yang tersendiri.
Malaikat Jibril sendiri telah menggunakan kaedah ini sewaktu mengajar
Rasulullah s.a.w membaca ayat yang pertama turun (Iqra’). Baginda diajar
membaca berulang kali.
Menurut Ahmad Mohd Salleh, membaca berulang kali merupakan prinsip
utama dalam latih tubi. Ianya merupakan corak pengajaran bagi memberikan
kemahiran dan kecekapan dalam pengajaran yang melibatkan lisan. Begitu
31
juga dengan kemahiran pergerakan otot. Kaedah ini telah diperkembangkan
dari zaman ke zaman. Contohnya adalah seperti menggunakan kaedah latih
tubi semasa kaedah pengajaran Tilawah al-Quran.
Menurut Ustaz Rifaaida, pengajaran hadis yang baru diperkenalkan ini
menimbulkan sedikit masalah buat mereka. Hal ini disebabkan oleh mereka
kekurangan kaedah yang hendak digunakan semasa melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran hadis. Mereka merasa sedikit kekurangan untuk
mencari kaedah untuk mempelbagaikan lagi aktiviti yang hendak mereka
laksanakan semasa mengajar di dalam kelas.
Selain itu, menurut beliau juga, pengajaran hadis ini memakan masa yang
lama untuk di ajar kepada murid kerana ia hendaklah bersesuaian dengan aras
atau tahap pelajar tersebut.
Ustaz Rifaaida telah mencadangkan beberapa cari untuk memastikan
objektif yang disarankan akan tercapai. Antaranya ialah, semasa guru memilih
objektif atau hasil pembelajaran yang hendak dicapai, guru mestilah memilih
objektif yang sesuai dengan tahap atau aras murid. Hal ini disebabkan, asa
32
untuk pengajran hadis adalah singkat, jadi amat mustahil untuk guru mencapai
objektif yang sukar sekiranya guru tersebut mengajar di kelas yang paling
lemah.
Kesimpulannya, apa yang saya dapat sepanjang pemerhatian saya
mengenai kaedah pengajaran hadis di sekolah, seseorang guru hendaklah
bijaksana dalam memilih kaedah dan strategi yang sesuai untuk menarik minat
murid untuk mempelajari hadis. Apa yang penting sekali dalam pengajaran
hadis, muri faham intisari atau isi kandungan yang terdapat dalam hadis
tersebut serta dapat mengambil pengajaran daripada hadis yang telah mereka
pelajari dan seterusnya di amalkan di dalam kehidupan seharian mereka.
33
REFLEKSI
NUR SHAKINAH BINTI MOHAMAD
PENGAJIAN AGAMA DUA
34
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Saya panjatkan
kesyukuran ke hadrat Illahi kerana telah mempermudahkan urusan saya dalam
melaksanakan tugasan ini. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima
kasih kepada Ustaz Firdaus Bin Abdullah kerana telah banyak memberi tunjuk ajar
serta bimbingan dalam melaksanakan kerja kursus pendek yang telah diberikan.
Terima kasih juga buat ahli kumpulan saya kerana telah banyak memberikan
kerjasama yang baik sepanjang melaksanakan tugasan ini.
Melalui tugasan ini, saya telah mempelajari banyak ilmu baru. Antaranya saya
telah mempelajari tentang kemukjizatan Al-Quran. Al-Quran merupakan sebah
anugerah daripada Allah s.w.t yang cukup berharga buat hambanya. Al-Quran
mempunyai gaya bahasa yang tersendiri. Ianya unik berbanding dengan buku-buku
yang terdapat di pasaran pada masa kini.
Selain itu, al-Quran turut mempunyai mukjizat dari segi sains dan dari segi
perundangan. Mukjizat al-Quran dari segi sains menceritakan tentang teori-teori
sains yang kita sangkakan merupakan hasil kajian daripada orang Barat, tetapi ia
terdapat di dalam al-Quran. Setiap penciptaan langit dan bumi, penciptaan manusia,
dan banyak lagi telah dicertitakan di dalam al-Quran. Teori-teori sains yang terdapat
dalam al-Quran tidak akan berubah mengikut peredaran zaman.
Di samping itu, dalam tugasan ini, saya juga mempelajari tentang hadis palsu
yang juga lebih dikenali sebagai hadis maudu’. Pada pendapat saya, sebagai
seorang individu muslim, amat digalakkan atau diharuskan kepada kita untuk
mempelajari ilmu berkaitan dengan hadis serta menguasainya. Dengan berbekalkan
ilmu yang sedikit berkaitan dengan hadis, tidak mustahi, kita akan beramal dengan
hadis yang palsu kerana kita sendiri tidak tahu sejauh mana kesahihan hadis
tersebut sama ada hadis tersebut boleh dijadikan panduan atau sebaliknya.
35
Tugasan yang terakhir yang telah saya jalankan untuk menyiapkan tugasan ini
ialah dengan membuat pemerhatian terhadap kaedah dan strategi yang digunakan
oleh guru pendidikan Islam untuk mengajar bidang hadis di sekolah rendah. Pada
pendapat saya, seseorang guru hendaklah bijak untuk memilih kaedah dan strategi
yang hendak digunakan semasa mengajar terutamanya bidang hadis yang
memerlukan murid untuk mengingati potongan hadis, memahami maksud hadis
serta dapat mengambil iktibar daripada hadis tersebut.
Kaedah dan strategi yang sesuai digunakan dapat menarik minat pelajar untuk
belajar. Apa yang difokuskan dalam pengajaran hadis pada peringkat ini, bukanlah
dengan mengingati potongan hadis yang dipelajari, tetapi isi kandungan atau intisari
yang terdapat di dalam hadis tersebut yang boleh dijadikan amalan dalam kehidupan
seharian pelajar.
.
Kesimpulannya, saya telah memperolehi banyak ilmu yang berguna serta
bermanfaat melalui tugasan ini. Jika saya telah bertugas di sekolah kelak, saya akan
berusaha untuk mempraktikkan apa yang telah saya pelajari melalui tugasan ini. Kita
hendaklah sentiasa berusaha memperbaiki diri agar menjadi guru yang cemerlang
serta mampu mendidik murid-murid menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di
akhirat.
Bibliografi
Buku
36
1. Ibrahim, E.A (2006). HBQE1103 Ulum Quran. Kuala Lumpur : Meteor Doc
Sdn. Bhd
2. Zin, R.A (1997) . Pengantar Ulum Hadis. Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn.
Bhd.
3. Salleh, A.M. (2011). Kurikulum, Metadologi, Pedadogi Pengajian Islam.
Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Internet
4. http://el-unsa.blogspot.com/2013/01/msi-hadist-sebagai-sumber-ajaran-islam.html. Dilayari
pada 9 September 2013
5. http://dunia-sarjana.blogspot.com/2012/10/kedudukan-hadis-sebagai-sumber-hukum.html.
Dilayari pada 9 September 2013.
6. http://pustaka.abatasa.co.id/pustaka/detail/ulumul-hadits/hadist/849/hadits-adalah-
sumber-hukum-islam-kedua.html. Dilayari pada 9 September 2013
37
LAMPIRAN
38