18
NO.17 KEMISKINAN BANDAR DALAM KALANGAN ORANG MELAYU DI KUALALUMPUR (D20081032682) ( D20081032710 ) PROGRAM : PENDIDIKAN SEJARAH (AT32) Abstrak Kemiskinan bandar merupakan masalah yang dihadapi oleh Negara Sedang Membangun. Malaysia juga tidak terkecuali dalam isu kemiskinan bandar. Kuala Lumpur merupakan ibu negara Malaysia sebelum merdeka lagi. Pembangunan ekonomi yang pesat telah menggamit para imigran tempatan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur. Dalam 53 tahun merdeka, kadar kemiskinan bandar masih lagi membelenggu segelintir orang Melayu. Pembangunan ekonomi yang tidak seimbang sejak zaman penjajahan menjadikan taraf hidup orang Melayu sukar di bandar. Tugasan ini akan mengupas mengenai faktor yang membawa kepada kadar kemiskinan di Kuala Lumpur. Seterusnya penulisan ini akan membicarakan mengenai kesan dan langkah yang harus diambil oleh kerajaan dalam membasmi kadar kemiskinan dalam mencapai status negara maju pada 2020. 1.0 Pendahuluan Saw (2007) dalam buku Population of Malaysia menyatakan jumlah penduduk di Malaysia pada tahun 2005 ialah 26 127.7 juta orang. Berdasarkan Kualiti Hidup Malaysia (2002), penduduk bandar pada tahun 2000 ialah 61.8 peratus. Pertambahan penduduk sebanyak 2 853 010. Dalam banci tahun 2000, jumlah penduduk pada tahun 2000 iaitu 23 274 690 juta orang. Masyarakat Melayu pada tahun tersebut berjumlah 16 060 400 orang. Pada tahun 2004 kadar kemiskinan keseluruhan ialah 4.1 peratus iaitu pengurangan 1.0 dalam tempoh 5 tahun. Kemiskinan bandar pula pada tahun 2004 ialah 2.5 peratus berbanding 3.3. peratus pada tahun 1999. 1

kemiskinan bandar

  • Upload
    syishi

  • View
    4.329

  • Download
    2

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: kemiskinan bandar

NO.17 KEMISKINAN BANDAR DALAM KALANGAN ORANG MELAYU DI

KUALALUMPUR

(D20081032682)

( D20081032710 )

PROGRAM : PENDIDIKAN SEJARAH (AT32)

Abstrak

Kemiskinan bandar merupakan masalah yang dihadapi oleh Negara Sedang Membangun. Malaysia juga tidak terkecuali dalam isu kemiskinan bandar. Kuala Lumpur merupakan ibu negara Malaysia sebelum merdeka lagi. Pembangunan ekonomi yang pesat telah menggamit para imigran tempatan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur. Dalam 53 tahun merdeka, kadar kemiskinan bandar masih lagi membelenggu segelintir orang Melayu. Pembangunan ekonomi yang tidak seimbang sejak zaman penjajahan menjadikan taraf hidup orang Melayu sukar di bandar. Tugasan ini akan mengupas mengenai faktor yang membawa kepada kadar kemiskinan di Kuala Lumpur. Seterusnya penulisan ini akan membicarakan mengenai kesan dan langkah yang harus diambil oleh kerajaan dalam membasmi kadar kemiskinan dalam mencapai status negara maju pada 2020.

1.0 Pendahuluan

Saw (2007) dalam buku Population of Malaysia menyatakan jumlah penduduk di

Malaysia pada tahun 2005 ialah 26 127.7 juta orang. Berdasarkan Kualiti Hidup Malaysia

(2002), penduduk bandar pada tahun 2000 ialah 61.8 peratus. Pertambahan penduduk sebanyak 2

853 010. Dalam banci tahun 2000, jumlah penduduk pada tahun 2000 iaitu 23 274 690 juta

orang. Masyarakat Melayu pada tahun tersebut berjumlah 16 060 400 orang. Pada tahun 2004

kadar kemiskinan keseluruhan ialah 4.1 peratus iaitu pengurangan 1.0 dalam tempoh 5 tahun.

Kemiskinan bandar pula pada tahun 2004 ialah 2.5 peratus berbanding 3.3. peratus pada tahun

1999.

2.0 Definisi Kemiskinan Bandar

Bandar ialah merupakan kawasan petempatan yang mempunyai ciri-ciri tertentu

berbeza dari kawasan desa (Katiman Rostam, 2002). Kemiskinan dapat dibahagikan kepada

dua iaitu kemiskinan mutlak dan kemiskinan berbanding (Osman Rani Hassan dan Abdul

Majid Salleh, 1988). Manakala kemiskinan berbanding dapat diindikatorkan oleh satu

sempadan normatif yang menyebabkan timbulnya perasaan kekurangan berbanding dan

menyebabkan pembahagian kepada golongan miskin dan kaya (Chamhuri Siwar dan Mohd,

1

Page 2: kemiskinan bandar

Haflah Piei, 1988). Manakala di Malaysia, jumlah penduduk berjumlah 10 000 orang

dianggap sebagai bandar (Jabatan Perangkaan Malaysia, 1970). Secara ringkasnya, definisi

bandar bergantung kepada saiz penduduk dalam sesuatu penempatan yang mempunyai

sempadan tertentu yang menjalankan perniagaan, perdagangan, perkhidmatan dan

perindustrian.

Kemiskinan bandar terbahagi kepada kemiskinan mutlak, kemiskinan relatif dan

kemiskinan tegar. Kemiskinan mutlak merupakan satu keadaan isi rumah yang tidak

berupaya mencapai pendapatan yang boleh menampung keperluan. Kemiskinan relatif pula

ketidakseimbangan pendapatan satu kumpulan dalam sesuatu masyarakat. Manakala

kemiskinan tegar merupakan isi rumah yang tidak berupaya mencapai sekurang-kurangnya

separuh daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) bagi menampung kehidupan asas.

PGK ditetapkan oleh kerajaan iaitu sebanyak RM 350 pada tahun 1989 dan RM405 pada

tahun 1993 yang tidak membezakan kawasan bandar dan luar bandar. Hal ini disebabkan

kawasan ini mempunyai kos sara hidup yang berlainan (Mohd Taib Dora, 2000; Ragayah, 2006).

Garis kemiskinan dalam negara pada ketika ini ditetapkan pada tahap pendapatan bawah RM720

sebulan (Borneo Post, 2010). Kemiskinan tegar bandar berada pada paras yang rendah

iaitu 2.4 % pada tahun 1985 dan berkurang kepada 0.3 % pada tahun 2002 (Chamhuri Siwar

dan rakan, 2005).

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, kadar

kemiskinan dalam kalangan penduduk yang tinggal di kawasan bandar di negara ialah sekitar 2%

peratus dan kemiskinan tegar pula 0.3 %. Statistik menunjukkan 7% daripada penduduk negara

ini tinggal di kawasan bandar (Utusan Malaysia, 2010). Kemiskinan bandar merupakan

masalah serius dengan bilangan isi rumah miskin bandar sebagai peratus jumlah isi rumah

semakin meningkat (Chamhuri Siwar dan rakan, 2005). Kawasan bandar khususnya masalah

perumahan terutamanya masalah perumahan di kawasan setinggan dan penghuni rumah

kos rendah merupakan masalah yang sering dihadapi oleh golongan miskin dan

berpendapatan rendah di bandar. Kuala Lumpur, bandaraya utama di Malaysia

menghadapi masalah kemiskinan bandar yang paling serius berbanding pusat bandar

yang lain (Ishak Shaari, 1977). Kenyataan ini disokong oleh perangkaan pemerintah yang

menunjukkan bahawa kemiskinan Melayu di Kuala Lumpur semakin membimbangkan.

Pada tahun 1987, daripada 82, 600 isi rumah miskin bandar di Semenanjung Malaysia, 15

2

Page 3: kemiskinan bandar

% iaitu 12, 200 berada di Kuala Lumpur. Sebagai perbandingan hampir dua dekad yang

lalu iaitu pada tahun 1976, terdapat hanya 7.4 % iaitu 6,300 isi rumah miskin di Kuala

Lumpur. Daripada jumlah tersebut iaitu 6,300, 36 % atau 3,400 isi rumah miskin adalah

terdiri daripada orang Melayu (Rancangan Ekonomi Malaysia, 1981). Di Kuala Lumpur,

kadar kemiskinan pada tahun 1995 ialah 0.5 % menurun kepada 0.1 % pada tahun 1997,

dan meningkat kepada 2.3 % pada tahun 1999 dan menurun semula kepada 0.5 % pada

tahun 2002 (Malaysia, 2003).

Kadar kemiskinan di kalangan orang Melayu adalah lebih daripada 20 %

berbanding hanya lebih kurang 10 % kaum bukan Melayu (Fong, 1984). Laporan Pelan

Struktur Kuala Lumpur pula menyatakan bahawa pada tahun 1980, sebanyak 19 % kaum

Melayu di Kuala Lumpur adalah miskin diikuti dengan 15.7 % kaum India dan 7.8 %

peratus kaum Cina. (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, 1984). Data kemiskinan

menunjukkan kaum Melayu merupakan golongan miskin yang terbesar berbanding kaum

lain. Terdapat tiga kelompok yang boleh dikategorikan dalam kelompok Melayu termiskin

di Kuala Lumpur. Kelompok aktif dianggarkan berjumlah 47.7 % iaitu 35.0 % lelaki dan

12.7 % wanita daripada 158 ketua keluarga termiskin di Kuala Lumpur (Mohd. Taib

Dora, 2000). Kebanyakan mereka dipinggir kerana tidak diberikan bantuan dalam bentuk

latihan atau kursus kemahiran. Selain itu, kelompok kekal yang dikategorikan sebagai

golongan yang cacat anggota, tua dan mengalami uzur yang berpanjangan. Faktor kecacatan

merupakan salah satu sebab daripada kemiskinan (Townsend, 1979). Kajian menunjukkan

10.8 % iaitu terdiri daripada 7 % lelaki dan 3.8 % wanita yang tidak mempunyai

keupayaan normal. Kebiasaanya, kelompok ini mendapat bantuan daripada Jabatan

Kebajikan Masyarakat. Mereka dilayan seumpama pekerja yang tidak berkelayakan langsung

(Prescott- Clarke, 1990). Akhirnya, kelompok ini mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk

mengalami kemiskinan. Manakala kelompok pasif yang terdiri daripada 41.5 % yang terdiri

daripada 18.8 % wanita dan 22.7 % lelaki. Mereka selalu putus asa dan sering mengeluh

kerana tidak dapat menyertai peluang ekonomi yang bandar. Kawasan Sungai Besi (33.8%),

Batu (20.6 %), Lembah Pantai (19.9%) dan Titiwangsa (16.4%). Jadual 1 menunjukkan kadar

kemiskinan mengikut etnik dari tahun 1970 hingga tahun 2002.

3

Page 4: kemiskinan bandar

Jadual 1: Kadar Kemiskinan Mengikut Etnik dari tahun 1970 hingga tahun

2002.

Etnik 1970 1976 1984 1987 1990 1999 2002

Bumiputera 64.8 56.4 25.8 23.8 20.4 10.2 7.3

Cina 26.0 19.2 7.8 7.1 5.4 2.6 1.5

India 39.2 28.3 10.1 9.7 7.6 1.9 1.9

Lain-lain 44.8 44.6 22.0 24.3 22.8 13.0 13.0

Keseluruhan 49.3 35.1 18.4 17.3 16.5 7.5 5.1

Sumber: Unit Perancang Ekonomi (EPU)

Nota: Data bagi 1970 hingga 1987 adalah untuk Semenanjung Malaysia. Data bagi 1990

hingga 1997 adalah untuk Malaysia. Bumiputera merangkumi kaum Melayu, Orang Asli dan

suku kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak.

3.0 Faktor yang mempengaruhi kemiskinan bandar

Dasar ekonomi baru (DEB) adalah sebuah dasar yang digubal oleh kerajaan setelah

peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969 (Abdul Rahman, 2007). Akibat ketidaksamarataan dalam

ekonomi telah menyebabkan peristiwa ini terjadi. Oleh yang demikian, dasar ekonomi baru

adalah satu landasan yang dijalankan oleh kerajaan dalam merapatkan jurang yang terdapat

dalam kaum di Malaysia. Pemilikan saham 30 peratus milik bumiputera adalah langkah untuk

merapatkan jurang ekonomi dalam kaum Cina, India dan Melayu (Faalant dan rakan, 1991).

Namun di sebalik pemilikan 30 peratus saham dalam syarikat hanya menguntungkan golongan

aristokrat dan golongan Melayu yang sudah sedia kaya. Golongan pertengahan dan golongan

miskin tidak dapat mengecap nikmat DEB kerana golongan elitisme ini Melayu turut sama

meminggirkan mereka dari sudut pembangunan sosioekonomi. Peminggiran sosial daripada

sudut ekonomi menyebabkan masyarakat Melayu di bandar Kuala Lumpur masih jauh

ketinggalan dalam bidang ekonomi. Yusof Suratman (1979) menyatakan bahawa kemiskinan

orang Melayu bandar adalah hasil kemiskinan daripada luar bandar.

3.1 Pendapatan isi rumah

4

Page 5: kemiskinan bandar

Bapa adalah penyumbang utama dalam pendapatan isi rumah kerana mereka merupakan

ketua keluarga. Pendapatan purata bapa RM 1093 berbanding dengan si ibu hanya RM 751.

Jika dibandingkan dengan purata pendapatan isi rumah pendapatan purata bagi bapa kaum

Melayu masih lagi rendah (Zalilah, 2002). Pendapatan isi rumah secara purata ialah RM 2593

(Jabatan Perangkaan Malaysia, 1997). Perbezaan sebanyak RM 1500 cukup dijadikan faktor

kemiskinan dalam kalangan orang Melayu di Kuala Lumpur. Kebanyakan orang Melayu di

Kuala Lumpur bekerja dalam sektor separa professional. Keadaan ini disebabkan tahap

pendidikan mereka yang kebanyakannya berasal daripada desa. Mentaliti ibu bapa di kampung

kurang mementingkan pendidikan anak-anak kerana inginkan anak-anak membantu mereka

dalam menampung kehidupan seharian dengan mengerjakan sawah, menangkap ikan dan

pelbagai ekonomi sekunder yang lain. Pendapatan yang mereka perolehi hanya mampu untuk

menampung perbelanjaan asas mereka. Hasil daripada kajian oleh Zalilah (2002) menyatakan

bahawa min pendapatan bagi bapa ialah RM 1093 dan mediannya ialah RM 913. Manakala

pendapatan isi rumah purata ialah RM 2593.

Migrasi ke bandar mengakibatkan golongan yang yang berpendapatan tidak menentu di

kampung mengambil keputusan untuk berhijrah ke bandar bersama keluarga. Namun dek

desakan hidup serta kos hidup yang tinggi di bandar Kuala Lumpur institusi keluargaan mula

goyah dan berlaku penceraian dalam kalangan masyarakat Melayu di bandar. Kadar penceraian

yang meningkat telah menjadi wanita yang bercerai menjadi ketua dalam rumah tersebut. Oleh

yang demikian, segala keputusan ditentukan oleh wanita tersebut. Perbelanjaan dan pendapatan

adalah seratus peratus dalam kawalan wanita yang bercerai. Zalilah (2002) mennyatakan bahawa

pekerjaan ibu dan pendapatan akan memepengaruhi status ekonomi dalam keluarga mereka.

Penglibatan Melayu dalam bidang pendidikan tidaklah ramai menjadikan mereka antara keluarga

termiskin bandar (Ungku Aziz, 1975). Mereka hanya didedahkan dengan pengetahuan asas dan

dilatih untuk menguruskan rumah tangga. Jadi tidak hairan jika kadar kemiskinan bandar dalam

kalangan masyarakat Melayu berleluasa. Rasionalnya di sini, masyarakat Melayu pada asalnya

penduduk desa. Apabila Dasar Ekonomi Baru 1970 dilancarkan, kerajaan menggalakkan

masyarakat Melayu untuk berhijrah ke bandar. Namun begitu, tahap pendidikan yang rendah

telah membawa permasalahan kepada masyarakat melayu kerana kepakaran dan kemahiran yang

terhad (Mohd. Taib Dora, 2000). Hasil kajian Penyertaan wanita dalam keputusan isi rumah

dan perlaksanaannya telah menunjukkan bahawa hanya 69 peratus sahaja wanita isi

pendapatan rendah mempunyai pendidikan sekolah menengah. Oleh itu, mereka hanya menyertai

5

Page 6: kemiskinan bandar

pekerjaan tidak professional sepeti pekerja kilang dan separa professional misalnya pembantu

makmal (Zalilah, 2002). Oleh yang demikian, pendapatan bulanan yang diperolehi hanya mampu

untuk menampung keperluan asas mereka sekeluarga sepeti bil air, bil elektrik, pengangkutan,

sewa rumah dan makanan harian. Hasil daripada kajian oleh Zalilah (2002) mendapati daripada

300 responden yang di kaji, 54.4 peratus wanita adalah surirumah dan 45.6 peratus atau 141

orang responden lagi bekerja sama ada di rumah atau pun diluar rumah. Pendapatan isi rumah

wanita dari golongan berpendapatan rendah ialah RM 751 dan perbezaan sebanyak RM 442.

Justeru, tidak hairan jika penyumbang kepada kemiskinan bandar orang Melayu dipengaruhi

juga oleh penglibatan wanita dalam keputusan isi rumah dan perlaksanaanya.

3.2 Migrasi dari Desa ke Bandar

Kemiskinan bandar di Kuala Lumpur juga disebabkan faktor migrasi dari desa ke

bandar. Pada tahun 1960-an dan 1970-an, telah berlaku penghijrahan secara besar-besaran ke

Kuala Lumpur. Migrasi merupakan satu proses demografi yang melibatkan perpindahan

penduduk daripada satu kawasan ke satu kawasan yang lain. Migrasi desa ke bandar meningkat

dari 28.4 peratus pada tahun 1970 kepada 61.8 peratus pada tahun 2000 ( Jabatan Perangkaan

Malaysia, 2001). Pada tahun 2000 migrasi desa ke bandar adalah 17.6 peratus yang mewakili

585813 orang. Shamsul Amri Baharuddin (1980) menyatakan bahawa faktor kesempitan hidup

di kampung menyebabkan penduduk desa menyebabkan mereka berhijrah ke bandar yang

menjanjikan kehidupan yang lebih menarik. Namun begitu kebanyakan mereka yang berhijrah ke

bandar hanya terlibat daam sektor tidak professional dan semi professional. Pekerjaan yang tidak

professional ialah pekerja kilang, penjaja, dan buruh binaan. Manakala semi professional pula

terdiri daripada mereka yang bekerja sebagai penyelia kilang, pembantu makmal dan pekerja

salon (Zalilah, 2002).

Berdasarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (2007) dalam Ekonomi Malaysia

Sepintas Lalu, penganggur adalah berjumlah 365 400 orang. Pada suku tahun pertama 2009

bilangan penganggur di Kuala Lumpur ialah 22 800 orang dan kadar pengangguran ialah 3.4

peratus (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2007 ). Kadar pengangguran ini adalah kerana ketiadaan

kepakaran dan kemahiran menyebabkan mereka tercicir dalam arus pembangunan perdana.

Selain itu, sistem pendidikan negara yang hanya mementingkan sistem peperiksaan telah

memberi kesan kepada golongan yang kurang berkemampuan untuk membiayai persekolahan

6

Page 7: kemiskinan bandar

anak mereka. Justeru, tidak hairan jika kemiskinan akan diwarisi kerana kekurangan dari segi

kemahiran dan kepakaran.

4.0 Kesan kemiskinan bandar

4.1 Penempatan Setinggan

Kesan yang paling jelas dapat dilihat akibat daripada kemiskinan bandar ialah

penempatan setinggan. Setinggan ialah sebuah kawasan kediaman yang dibangunkan tanpa

kelulusan pihak berkuasa tempatan sebagai tempat kediaman manusia atau selainnya. Setinggan

biasanya diduduki oleh golongan miskin bandar yang tinggal dalam kawasan yang kotor, sesak

dan kemudahan asas yang tidak disediakan (Mohd. Fauzi Yaacob, 2009). Setinggan seringkali

dikaitkan dengan kadar kemiskinan bandar orang Melayu di Kuala Lumpur (Mohd Taib Dora,

2000). Ishak Shari (1979) mengatakan bahawa golongan setinggan di Kuala Lumpur

digambarkan sebagai terperangkap dalam kemiskinan bandar.

Kebanyakan golongan setinggan ini berdasarkan bancian yang dibuat oleh Universiti

Sains Malaysia tahun 2000 mempunyai pendapatan kurang daripada RM 460 sebulan (garis

kemiskinan) dan golongan termiskin yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM 300

sebulan. Sehingga 31 Disember 2009, Malaysia mempunyai 114 944 unit kediaman setinggan

dan anggaran penduduk seramai 557 679 orang. Kuala Lumpur berada di tempat kedua selepas

negeri Selangor. Gaji yang rendah tidak dapat memberi kehidupan yang mewah kepada golongan

Melayu. Kebanyakan masyarakat melayu yang mendiami kawasan setinggan mempunyai

pendapatan isi rumah RM300-RM700 sebulan (Zalilah, 2002). Keadaan ini disebabkan orang

Melayu kebanyakkan mempunyai tahap pendidikan yang sederhana dan hanya bekerja dalam

sektor separa formal dan tidak formal. Oleh yang demikian, kos yang tinggi di bandar akhirnya

memaksa mereka untuk meneroka tanah tanah haram untuk mendirikan kawasan kediaman

mereka Kuala Lumpur (Shamsul Amri Baharuddin, 1980). Kampung Kerinchi merupakan salah

satu penempatan setinggan di Kuala Lumpur. Jumlah penduduk kaum Melayu di Kampung

setinggan seramai 3 327 orang bersamaan dengan 962 buah keluarga (Direktorat Penguatkuasaan

DBKL, 1990).

4.2 Penurunan Kualiti Hidup

Kemiskinan bandar juga turut dijadikan sebab kepada penurunan kualiti hidup

masyarakat Melayu di bandar (Weinberg, 1970). Kajian yang dilakukan oleh Wan Sulaiman

(1994) menyatakan bahawa kebanyakan suami isteri Melayu yang bercerai terdiri daripada

7

Page 8: kemiskinan bandar

golongan berpendapatan rendah. Selain itu, kes dera semakin berleluasa dalam kalangan

masyarakat Melayu. Pada tahun 1993, data yang diperolehi daripada Hospital Universiti Kuala

Lumpur berkenaan dengan kes dera kanak-kanak. 45 kes daripada 59 kes dera kanak kanak

adalah dalam kalangan orang Melayu. 72 peratus kes pada tahun tersebut melibatkan golongan

Melayu dan kebanyakan mangsa terdiri daripada mereka yang tinggal di kawasan setinggan

ataupun rumah pangsa. Persekitaran yang sempit dan ruang yang terbatas menyebabkan kanak

kanak yang aktif menggunakan ruang yang ada untuk bermain akan tetapi mengundang

kemarahan kepada ibu bapa. Jenayah ragut juga semakin berleluasa dan purata jenayah ragut

adalah 26.33 kes sehari.

5.0 Langkah-langkah mengatasi kemiskinan bandar

5.1 Dasar Kerajaan

Kadar kemiskinan Melayu telah menurun kepada 20.8 % pada tahun 1990 (Yahaya

Ahmad, 2000). Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan kadar kemiskinan yang

rendah iaitu 0.5 %. Kemiskinan di bandar akan meningkat kadarnya lantaran penghijrahan

Melayu secara besar-besaran dari luar bandar ke bandar. Ramai yang berhijrah ke bandar tanpa

mempunyai tahap pendidikan yang mencukupi (Mohd Taib Dora, 2000). Pihak kerajaan

komited untuk menghapuskan pembangunan kemiskinan tegar menjelang 2010. Selaras

dengan itu, sejumlah RM 214 juta diperuntukkan bagi perlaksanaan Skim Pembangunan

Kesejahteraan Rakyat untuk membasmi kemiskinan (Kementerian Kewangan Malaysia, 2008).

Sejumlah RM 117 juta diperuntukkan bagi melaksanakan Program Pengurangan Mega.

Program ini adalah pembangunan bersepadu untuk menjana pendapatan penduduk di

kawasan kurang maju dan terpencil. Kerajaan juga turut menekankan meningkatkan

pendapatan isi rumah, memperkukuh pembangunan modal insan dan memberi bantuan

perumahan kepada golongan miskin tegar. Selain itu, pemberian latihan kemahiran kepada

golongan wanita dalam bidang jahitan di Institut Latihan MARA (Razali Agus, 1994). Langkah

akan terus diambil dan untuk mengatasi kemiskinan bandar termasuk pembinaan rumah kos

rendah dengan bilangan yang mencukupi, penyediaan peluang pekerjaan serta pembaikan

kemudahan dan pengangkutan awam. Jawatankuasa Kabinet Kemiskinan Bandar telah

ditubuhkan pada tahun 2001 bagi menangani kemiskinan bandar dan isi rumah berpendapatan

rendah yang mudah terjejas kepada sebarang kesan kemerosotan ekonomi. Kerajaan juga

telah membangunkan pangkalan data bagi mewujudkan peta kemiskinan bandar bagi

8

Page 9: kemiskinan bandar

menangani kemiskinan kelompok kecil miskin di kalangan isi rumah di pusat bandar dan

kawasan pinggir bandar. Sektor swasta turut melaksanakan Amanah Ikhtiar Malaysia

(AIM) dengan mengeluarkan pinjaman kredit mikro berjumlah RM 358 juta menerusi tujuh

skim kepada 148 000 keluarga termiskin. Program Pembangunan Bersepadu seperti Skim

Kesihatan Ibu Tunggal, Projek HARAPAN, Pusat RAHMAT dirangka bagi meningkatkan

taraf hidup.

5.2 Pembinaan Rumah Kos Rendah

Melalui pembinaan rumah kos rendah yang mencukupi, kadar kemiskinan bandar

dapat dikurangkan. Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), setiap keluarga

haruslah memberi maklumat mengenai nama ketua keluarga, kad pengenalan, pekerjaan,

pendapatan, bilangan anak, kemahiran, ahli keluarga yang cacat dan sebagainya (Mohd Taib

Dora, 2000; Yogi, 2009). PPRT merangkumi Baitulmal, Kemajuan Masyarakat (KEMAS),

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merupakan badan kerajaan yang dapat membantu

masalah kemiskinan bandar. Dari segi peruntukan, Baitulmal memperuntukkan RM 5, 898,

301 untuk diagihkan kepada golongan fakir miskin. Daripada jumlah itu, sebanyak RM 5,

830, 351 (98%) diperuntukkan di Kuala Lumpur dan selebihnya diberikan kepada Labuan.

Pembinaan kos rendah dapat mengatasi masalah setinggan bagi golongan yang

berpendapatan rendah. Program Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) bertujuan untuk

menyediakan kemudahan perumahan yang sempurna kepada golongan berpendapatan rendah di

luar bandar dan pinggir bandar di samping kemudahan-kemudahan asas dan sosial. Pembinaan

rumah pangsa DBKL yang mempunyai kemudahan asas yang lengkap dihuni oleh

kebanyakan keluarga termiskin Kuala Lumpur (Mohd. Taib Dora, 2000). Kajian menunjukkan

setiap isi rumah dilengkapi dengan air paip, elektrik, tandas moden dan tiga bilik agar

semua penghuni rumah dapat hidup dengan selesa (Wagelin, 1977). Skim Pinjaman

Perumahan bertujuan untuk memberi pinjaman perumahan kepada golongan berpendapatan

rendah yang tidak mendapat punca pinjaman lain untuk membina atau membeli rumah kos

rendah yang siap dalam usaha meningkatkan taraf kehidupan mereka. adar pinjaman maksimum

ialah sebanyak RM20,000.00 dengan RM10,000.00 pertama dikecualikan daripada bayaran

perkhidmatan manakala baki sebanyak RM10,000.00 kedua dikenakan bayaran perkhidmatan

sebanyak 4%. Golongan sasaran skim ini adalah isirumah yang berpendapatan di antara

RM500.00 hingga RM1,200.00 sebulan yang tidak mendapat punca pinjaman lain untuk

membina rumah sendiri atau membeli rumah kos rendah yang telah siap. Secara tidak langsung,

9

Page 10: kemiskinan bandar

kadar kemiskinan bandar dalam kalangan orang Melayu dapat diturunkan melalui pembinaan

rumah kos rendah dengan bilangan yang mencukupi.

5.3 Pendidikan

Selain itu dalam memperkukuh pembangunan modal insan, kerajaan akan

menyediakan peruntukan berjumlah RM30 juta untuk Badan Bukan Kerajaan (NGO)

mengadakan program latihan yang bersesuaian bagi golongan pelajar tercicir serta

memperluaskan program Kolej Komuniti dan GiatMARA ke kawasan bandar. Bagi

menggalakkan lebih ramai individu memulakan perniagaan sendiri, pelbagai program

keusahawanan dan latihan kemahiran telah disediakan. Golongan miskin dan berpendapatan

rendah dan golongan kurang upaya ditambah bagi menggalakkan penyertaan mereka secara aktif

golongan ini dalam ekonomi. Bagi tujuan ini, kemudahan sedia ada di kawasan bandar akan

ditambah untuk menyediakan latihan bagi pelajar yang tercicir untuk membolehkan

mendapatkan pekerjaan khasnya mereka yang tidak menamatkan persekolahan di peringkat

Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Khususnya, program

pendidikan dan latihan telah diberi penekanan bagi meningkatkan bilangan dan peratusan

professional dan pengurus Bumiputera dalam sektor korporat. Peratusan Bumiputera telah

telah meningkat daripada 51.4 % pada tahun 1995 dan 51.5 % pada tahun 2000 (Malaysia,

2001). Hal ini selaras dengan sumber tenaga manusia yang diperlukan haruslah mempunyai

kemahiran, daya saing yang tinggi dan produktif untuk menjana ekonomi. Sektor swasta pulak

dikehendaki mengambil lebih banyak eksekutif dan professional Bumiputera dalam syarikat

mereka (Malaysia, 2001). Lebih banyak peluang disediakan kepada siswazah Bumiputera

yang berkebolahan untuk memulakan perniagaan mereka sendiri menerusi Skim Usahawan

Siswazah dan Projek Usahawan Bumiputera dalam Bidang Peruncitan (PROSPER) terutama di

kawasan bandar dan perumahan baru (Chamhuri Siwar dan rakan, 2005). Kemunduran

pendidikan orang Melayu telah menjejaskan dan melambatkan peningkatan taraf sosio ekonomi

yang dapat membantu mengurangkan masalah pembaziran reproduktif (Mohd Asri Hj. Abdullah,

1997). Kegagalan membasmi kemiskinan akan melambatkan pencapaian Wawasan 2020 yang

meletakkan pendidikan sebagai cabaran utama menjadi sebuah negara maju (Lee,1999).

Perkembangan pendidikan sekarang menunjukkan bagaimana tahap kelulusan pendidikan untuk

semua pekerjaan menjadi semakin tinggi dan memerlukan persaingan daripada semua pelajar

(Wan Mohd Nor Wan Daud, 2005). Secara tidak langsung, orang Melayu dapat mengatasi

10

Page 11: kemiskinan bandar

kemiskinan bandar dengan mempunyai tahap pendidikan yang tinggi dan seterusnya

mendapat peluang pekerjaan.

Melalui pembaikan kemudahan dan pengangkutan awam, kerajaan menyediakan

bekalan air bersih, elektrik, kesihatan dan komunikasi (Chamhuri Siwar dan rakan, 2005).

Melalui perlaksanaan DEB, lahirnya generasi muda Melayu yang berpendidikan tinggi yang

sanggup menghadapi cabaran dengan kaum lain untuk bersaing di bandar (Yahaya

Ismail,1986). Melalui Struktur Pelan Kuala Lumpur 2010, pelbagai program penempatan

semula setinggan dibina. Jelaslah, pihak kerajaan dan NGO sanggup berganding bahu untuk

membasmi kemiskinan di Kuala Lumpur dalam kalangan orang Melayu.

6.0 Penutup

Sebagai penutup kalam kadar kemiskinan perlu ditangani segera dalam usaha mencapai

status negara maju. Walaupun mengalami transformasi sosial selama 5 dekad dalam memajukan

negara, isu kemiskinan tidak harus dibiarkan menjadi bara api dalam keamanan Malaysia.

Pembangunan yang dijalankan kerajaan haruslah melibatkan kesemua kaum di Malaysia bagi

mengelakkan peminggiran sosial yang serius. Peminggiran sosial ini akan menerbitkan perasaan

tidak puas hati dan sejarah 13 Mei 1969 akan berlaku lagi. Polisi kependudukan 70 juta

penduduk Malaysia pada 2100 tidak akan mampu dicapai jika terdapat ketidakseimbangan

ekonomi di Malaysia. Badan bukan kerajaan juga harus bekerjasama untuk membasmi kadar

kemiskinan bandar agar kemajuan yang dicapai dapat dikongsi oleh semua warganegara dari

pelbagai lapisan masyarakat.

11