kemerdekaan 7

Embed Size (px)

DESCRIPTION

b

Citation preview

  • Khazanah Bendahara Seri MaharajaSejarah Perjuangan Kemerdekaan VII:Bangsa Melayu vs 'Bangsa Malayan'

    Kesultanan Melayu Melaka bukan sahaja bertanggungjawab dalam menggubal senarai tradi yang menjelmakan bentuknya dalam politik Tanah Melayu semenjak kurun ke 15 Masihi, malahan menyumbang dalam pembentukan sosio-budaya masyarakat tempatan yang legasinya masih berterusan sehingga hari ini walaupun telah melalui beberapa perubahan berikutan kemunculan penjajah Barat, khususnya British bermula pertengahan abad ke 18 Masihi.

    Hal ini dapat dilihat pertamanya dari sudut penganutan Agama Islam di Semenanjungelayu secara keseluruhannya, penggunaan Bahasa Melayu Melaka (kemudiannya Johor-Riau sebagai pewaris Melaka) yang berleluasa sehingga menjadi lingua franca di Alam Nusantara[1] serta pengamalan adat Melayu Melaka yang agak seragam walaupun diubah suai sedikit sebanyak dalam negeri-negeri lain.

    Malahan dari sudut perundangan, undang-undang Melaka telah juga dipakai di negeri- Melayu yang lain seperti Pahang, Riau, Pontianak dan Brunei. Undang-undang Melayu, Undang-undang Negeri, Undang-undang Johor, Undang-undang Pahang dan Undang-undang Kedah banyak menyerupai Undang-undang Melaka. Dan Undang-undang Johor adalah sebenarnya Undang-undang Melaka sedangkan Undang-undang Kedah adalah versi yang lain bagi Undang-undang Melaka.[2]

    Sejarahnya bermula dengan kewujudan masyarakat etnik Melayu pra- Islam di bawah satu kerajaan kecil berdekatan Sungai Melayu, daerah Bukit Siguntang dalam wilayah Palembang-Jambi di Sumatera bermula abad ke 4 Masihi. Kemudian menjadi jajahan pertama bagi empayar Srivijaya pada abad ke 7 Masihi kerana kerajaan Melayu waktu itu kaya dengan hasil emas sehingga pernah menjadi pusat pemerintahan empayar Srivijaya yang masyur. Apabila dikalahkan oleh kerajaan Majapahit, salah seorang puteranya telah lari ke Melaka lalu membentuk kerajaannya di situ.

    Sehinggalah muncul mubaligh-mubaligh agama dari Tanah Arab, datang di perairan Selat Melaka dengan satu misi khusus iaitu untuk mengIslamkan Raja Melaka atas kehendak Syarif Mekah, dari jurai ahlul-bait al-Hassani.

    Setelah misi tersebut diselesaikan, mereka tidak pulang ke Tanah Arab, malahan terenetap di Melaka. Kerana benih yang ditanam dari baka yang baik harus disuburkan mengikut teori pembentukan jatidiri menggunakan konsep Baka dan Persekitaran atau Nature and Nurture.

    Mubaligh-mubaligh ini kemudian memanggil rakan-rakan seperjuangan, khususnya yang kini sedang berdakwah, mendidik dan membimbing dalam Kesultanan Pasai sebagai pusat penyebaran dan pendidikan Islam yang terunggul waktu itu. Mereka semua berkongsi satu misi, iaitu untuk menanam benih Islam di rantau Nusantara ini.

    Dan benih Islam yang dimaksudkan ini mempunyai ciri-ciri khusus, iaitu mengikut alam pemikiran dan worldview alim-ulama ahlul-bait Rasulullah SAW, berbaka sufiisme dengan mengambil pentarbiyahan alim-ulama syariat dan sufi yang induk seperti Imam Syafiee, Imam Ghazali, Syeikh Abdul Qadir Jailani, Imam Abdullah al-Haddad, Imam Nawawi dan yang seumpamanya.

    Kedatangan Islam merubah segala-galanya dalam kehidupan masyarakat tempatan di Melaka. Konsep kekuasaan yang berpusat dan berpaksi pada Raja yang menjadi kepercayaan, pegangan dan amalan masyarakat tempatan dahulu kala menjadikan Institusi Raja-raja umpama pasar , apa yang dibelinya, itulah yang dibeli rakyat. Maka mudahlah membentuk rakyat yang sedemikian, dalam tangan Rajalah bentuk, corak dan perisian rakyat ditentukan.

  • Raja Melaka yang telah ditakdirkan masuk Islam lalu diubah pinda, ditulenkan dan diwarnai jatidirinya dengan pentarbiyahan alim-ulama sufi dari atas angin (bumi Arab)[3] sehingga Institusi Raja-raja Melayu Melaka dapat dijadikan instrumen atau alat untuk membentuk bangsa Melayu yang baru dengan ciri khusus, iaitu yang mengambil politi-sosio-budaya bergagasan MELAYU-ISLAM-BERAJA dari induk Kesultanan Melayu Melaka yang cemerlang .

    Apatah lagi dengan takdir perkahwinan Raja Melaka dan puteri Pasai, malahan perkahwinan kerabat Raja Melaka yang teraula, iaitu Bendahara, juga dengan puteri Pasai[4], sehingga Melaka dan Pasai menjadi kerabat yang erat, langsung memudahkan tugas membaja, mengairi dan menyuburi benih Islam berciri khusus ini yang telah ditanam dalam bumi Pasai dan Melaka yang bertuah.

    Dan sebagaimana perkahwinan Raja dan Bendahara Melaka dengan puteri-puteri Pasai, begitulah juga apabila ajaran Agama Islam dikahwinkan dengan adat Melaka[5] dan Pasai sehingga menerbitkan suatu wajah bangsa yang dinamakan BANGSA MELAYU dengan corak politi-sosio-budaya yang khusus sebagai pakaian bangsa ini, iaitu gagasan MELAYU ISLAM BERAJA mengikut perundangan HUKUM ADAT dan HUKUM SYARIAT.

    Perkahwinan penuh barakah ini dilanjutkan pula dengan perkahwinan alim-ulama sufi dengan keluarga diraja, termasuklah perkahwinan alim-ulama bertitisan ahlul-bait Rasulullah SAW sehingga penggabungan-penggabungan sedemikian menjadi darah daging, roh dan kejiwaan kaum bangsawan Melayu Melaka, yang dapat diambil faedahnya oleh sekelian umat Melayu.

    Natijahnya tumbuhlah pohon besar yang rendang namun kuat dahannya, merimbun daunnya, tegap dan teguh akarnya, molek dan berseri bunganya, harum dan manis buahnya, itulah pohon Kesultanan Melayu Melaka yang redup memayungi rakyat jelata[6].

    Kemudian Melaka ditakdirkan mendapat kekuatan sebagai kuasa maritim yang hebat sehingga pernah dibandingkan dengan pusat pelabuhan dunia yang masyur di Venice. Maka dengan kelebihan tersebut dapat diambil faedahnya bukan sahaja oleh masyarakat tempatan di seluruh Semenanjung Tanah Melayu, malahan menjangkaui ke alam Sumatera, Kepulauan Jawa (Indonesia Lama) dan Kalimantan (Borneo).

    Dengan kekuatan dan kekuasaan Kesultanan Melayu Melaka serta cita-cita besar raja-nya untuk mengembangkan sayap Islam dalam empayarnya, maka berjangkitlah ke tempat-tempat lain, diambil benih dari pohon kesultanan tersebut, dibawa dan ditanam di tempat-tempat lain sehingga menumbuhkan pohon-pohon tegap yang sama bentuk, ciri, kekuatan, keteguhan, kemolekan dan kesedapan buahnya, sehingga dapatlah disebarkan faedahnya sebagaimana hal yang terjadi pada masyarakat tempatan dalam Kesultanan Melayu Melaka. Natijahnya terbit pula RUMPUN MELAYU NUSANTARA seperti Melayu-Bugis, Melayu-Acheh, Melayu-Minang, Melayu-Brunei, Melayu-Mindanao, Melayu- Pattani dan sebagainya[7] .

    Rumpun Melayu ini umumnya seragam dalam mengambil model politi-sosio-budaya Kesultanan Melayu Melaka yang bergagasan MELAYU-ISLAM-BERAJA sehingga menerbitkan kesultanan-kesultanan Melayu yang lain. Kini bangsa Melayu tidak lagi disempitkan semata-mata pada ciri etnik berasal dari Melayu-Palembang (dekat Bukit Siguntang), tetapi telah bertukar menjadi suatu rumpun Melayu dari etnik Nusantara yang berteraskan ciri KEROHANIYAN ISLAM YANG KENTAL kerana telah disuntik dari mula dengan pentarbiyahan alim-ulama sufi khususnya yang berasal-usul dari Tanah Arab.

    Malahan di zaman-zaman belakangan, ciri etnik Nusantara juga telah dihilangkan, namun takrifan bangsa Melayu tetap terus diikat pada ciri Beragama Islam, Beradat Istiadat dan Berbahasa Melayu sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Negara Malaysia

    Menarik untuk memetik pengkisahan pengIslaman Raja Melaka seperti yang tertera dalam penulisan Bendahara Paduka Raja Tun Seri Lanang[8] dalam kitab Sulalatus Sa

  • latin atau lebih terkenal dengan nama Sejarah Melayu :

    .Setelah berapa lamanya baginda di atas kerajaan, maka baginda bermimpi pada suat berpandangan dengan keelokan Hadrat Nabi Mustafa Rasulullah SAW. Maka sabda Rasulullah SAW pada Raja Kecil Besar: Ucap olehmu Asyhadu alla ilaha iLallah wa asyhadu anna Muhammadar Rasulullah

    Maka oleh Raja Kecil Besar seperti sabda Rasulullah SAW itu diturutnya. Maka sabda Rasulullah SAW kepada Raja Kecil Besar: Adapun namamu Sultan Muhammad Syah. Esok hari apabila asar matahari, datanglah sebuah kapal dari Jeddah, turun orangnya sembahyang di pantai Melaka ini, hendaklah engkau ikut barang katanya. Maka sembah Raja Kecil Besar: Baiklah Tuanku, yang mana sabda junjungan itu tiada hamba lalui. Maka Nabi SAW pun ghaiblah.

    Setelah hari siang, maka Raja Kecil Besar pun terkejut dari beradu, maka dicium baginda tubuhnya bau narawastu dan dilihat baginda kalamnya pun seperti sudah dikhatankan. Pada hati Raja Kecil Besar: Bahawa mimpi aku ini Asyhadu alla ilaha iLallah wa asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Maka segala orang pun datanglah ke dalam istana baginda; sekeliannya pun hairan mendengar yang disebut Raja itu. Maka kata Raja Perempuan: Entah kena syaitankah Raja ini, atau gilakah Raja ini gerangan? Baik segera memberitahu Bendahara.

    Maka dayang-dayang pun pergi memberitahu Bendahara. Maka Bendahara pun segera datang lalu masuk ke dalam istana. Maka dilihat Bendahara Raja tiada berhenti-henti daripada La ilaha iLallah Muhammadar Rasulullah. Maka kata Bendahara: Bahasa mana yang disebut Raja ini? Titah Raja: Semalam Beta mimpi berpandangan dengan keelokan Hadrat junjungan Rasulullah SAW. Maka segala mimpi baginda itu semuanya dikatakannya pada Bendahara.

    Maka kata Bendahara: Jikalau benar mimpi Raja itu apa alamatnya? Maka titah Raja Besar: Alamatnya kalam Beta dikhatankan orang, iaitu tanda sah hamba bertemu dengan Rasulullah SAW, dan sabda Rasulullah pada hamba, asar nanti akan datang sebuah kapal dari Jedah, turun orangnya di pantai Melaka itu sembahyang; hendaklah turut olehmu barang katanya. Maka Bendahara pun hairanlah melihat kalam baginda seperti dikhatankan orang. Maka kata Bendahara: Jikalau sungguh datang kapal asar ini, benarlah mimpi Raja itu. Jikalau tiada, bahawa syaitanlah mengharu Raja ini. Maka titah baginda: Benar seperti kata bapa hamba, Bendahara itu. Maka Bendahara pun kembali ke rumahnya.

    Setelah hari pun asarlah, maka datanglah sebuah kapal dari Jedah, serta ia datang berlabuhlah; maka turunlah Makhdum dari dalam kapal itu, Sayyid Abdul Aziz namanya, lalu ia sembahyang di pantai Melaka itu. Maka hairanlah segala orang Melaka melihat dia. Maka kata segala orang itu: mengapa orang itu tonggang tonggik? Maka berebutlah orang yang melihat itu; sesak, penuh tiada bersela lagi, dan haru biru bunyinya sampai ke dalam. Maka Raja pun segeralah naik gajah, lalu berangkat keluar diiringkan oleh segala Orang Besar-Besar. Maka dilihat Raja kelakuan Makhdum sembahyang itu nyatalah seperti yang di dalam mimpinya itu. Maka titah Raja kepada Bendahara dan pada segala Orang Besar-Besar: Nyatalah demikian seperti dalam mimpi kita.

    Setelah sudah Makhdum itu sembahyang, maka Raja pun menderumkan gajahnya. Makhdum dibawa baginda naik gajah, lalu dibawa baginda masuk ke dalam negeri. Maka segala Orang-Orang Besar semuanya masuk Islam; sekelian isi negeri lelaki perempuan, tua muda, kecil besar sekeliannya masuk Islam dititahkan baginda. Maka Raja pun bergurulah pada Makhdum akan tertib sembahyang, baginda digelarnya seperti sabda Nabi SAW-Sultan Muhammad Syah. Adapun Bendahara bergelar Seri Wak Raja, yakni bapa tua Raja, kerana Bendahara itu ayah-yang salah tak menjadikan-kepada baginda.

    Di Sebalik Cita-Cita British Membentuk Bangsa Malayan

  • Kesimpulannya, penjelmaan rupa wajah bangsa Melayu telah melalui suatu evolusi panja yang asalnya dikaitkan dengan suatu kerajaan etnik pra-Islam dari Bukit Siguntang di Palembang, Sumatera, kemudian berubah bentuk, ciri, malah perisiannya setelah ditulenkan kepercayaan, peradaban dan adat budayanya dengan roh serta perisian Islam dengan intisari rohaniyyat kental atas jasa besar daripada mubaligh-mubaligh sufi khususnya dari Tanah Arab.

    Bandingkannya dengan impian pembentukan suatu rupa wajah bangsa Malayan yang diangankan oleh penjajah British bermula era Perang Dunia Kedua apabila kuasa tersebut mula mencari-cari idea tentang bentuk pentadbiran baru yang ingin dilaksanakan dalam negeri-negeri di Tanah Melayu yang masa itu terbahagi kepada Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat.

    Walaupun pada asalnya, gagasan bangsa Malayan bersatu adalah konsep yang diilhamkan oleh para pentadbir British khususnya yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu, bagaimanapun identiti, pembentukan rupa wajah serta perisiannya adalah persoalan-persoalan yang tidak mampu ditangani mereka untuk beberapa tahun lamanya. Sehinggalah terbentuknya Jawatankuasa Perhubungan Kaum pada 1949 selepas terdirinya Persekutuan Tanah Melayu dari runtuhan Malayan Union.

    Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum yang dibentuk untuk memberi cadangan dan input-input yang sesuai dalam perkara menangani isu-isu kaum yang waktu itu selalu berkonflik, adalah terdiri daripada perwakilan-perwakilan Melayu, Cina, Eropah, Ceylon, Serani dan India.

    Jika dilihat daripada komposisi keanggotaan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum[9], ternyata perwakilan Melayu (yang seharusnya mewakili kepentingan Islam juga) ternyata lebih sedikit bilangannya daripada perwakilan bukan Melayu (bukan Islam), iaitu 6 orang berbanding 9 orang.

    Dalam hal ini, walaupun tidak diketahui secara tepat tentang latarbelakang dan pendidikan setiap anggota perwakilan Melayu dalam Jawatankuasa tersebut, kecuali Dato Onn Jaafar sendiri, namun apabila dilihat pada dasar kerajaan British yang bersedia untuk memberikan kemerdekaan kepada kesemua jajahannya selepas wujudnya suatu generasi yang mengamalkan budaya Inggeris (sekular dan liberal) , maka bolehlah diandaikan bahawa mereka adalah golongan birokrasi Melayu pilihan kuasa British yang telah mendapat pentarbiyahan Barat, yang termasuk antaranya konsep humanisme, demokrasi sekular dan liberalisme.

    Sedangkan kefahaman aspek-aspek serta cabangan-cabangan Ilmu Syariat dan Tasawuf yang mendalam dan meluas dalam ajaran Islam sudah tentu tidak dikuasai oleh perwakilan Melayu ini secara mendalam, kerana mereka sudah tentu bukan alim-ulama, dan kelemahan ini memberi kesan negatif dalam input-input mereka pada Jawatankuasa tersebut.

    Dengan komposisi Jawatankuasa Hubungan Kaum yang majoritinya bukan orang-orang Melmahupun Islam, sedangkan perwakilan Melayu bukanlah termasuk antaranya tokoh-tokoh agama yang mampu menjaga hal-ehwal dan kepentingan umat Islam secara menyeluruh, adakah cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa tersebut terjamin dapat menjaga kepentingan umat Melayu dan umat Islam dalam Persekutuan Tanah Melayu?

    Apakah dalam tangan mereka ciri-ciri suatu rupa wajah bangsa baru, iaitu bangsa Malan dapat dikonsepsualisasikan tanpa mengkompromi intisari peradaban dan budaya Melayu-Islam tradisional yang dicipta atas asas pentarbiyahan mubaligh-mubaligh sufi dari atas angin beratus-tahun dahulu dalam Kesultanan Melayu Melaka?

    Contohnya, cogankata yang dipilih oleh Jawatankuasa Hubungan Kaum ini adalah Persaan dan Keadilan untuk semua orang di Tanah Melayu, suatu cogankata yang nampak mul

  • uk dan murni secara zahirnya, tetapi hakikatnya mempunyai tafsiran yang cukup berbeza dari sudut pandangan Islam berbanding takrifan humanisme Barat.

    Jelas di sini bahawa dari proses awal gerak kerja British untuk mencari suatu senar formula yang dapat dijadikan perlembagaan serta identiti yang membentuk bangsa Malayan bersatu telah mengenepikan pandangan-pandangan dan hukum-hakam Islam. Walhal selama pemerintahan Raja-raja Melayu tradisional, perundangan Islam akan sentiasa diambil kira, ketuanan Islam sentiasa dipelihara walaupun kadangkala realitinya sekadar idealismenya sahaja. Namun idealisme Islam adalah suatu cita-cita murni yang sentiasa diusahakan untuk mencapainya.

    Bermakna dari masa inilah kuasa British telah mula menjinak-jinakkan semua pihak di Tanah Melayu untuk mengasingkan pandangan-pandangan, hukum-hakam mahupun semangat Islam dari urusan kehidupan mereka. Kini dasar SEKULARISME telah menjelmakan rupanya yang hodoh dalam politik Tanah Melayu.

    Seperti yang dijangkakan, dua cadangan besar yang terhasil daripada rundingan-rundingan yang dibuat oleh Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum berpotensi memberikan anjakan paradigma yang besar terhadap lanskap politik Persekutuan Tanah Melayu dan memberikan impak negatif yang cukup besar kepada nasib serta masa hadapan umat Melayu di tanah air ini. Cadangan yang dimaksudkan itu adalah;

    Pertama : Pembentukan suatu bangsa Malayan berasaskan ciri kewarganegara Persekutuanah Melayu yang merdeka nanti, berteraskan kesetiaan kepada tanah air Malaya.

    Kedua : Pelaksanaan sistem demokrasi sekular (pilihan majoriti rakyat yang berdaftesebagai pengundi) bagi menggantikan cara lama iaitu sistem perlantikan melalui pilihan pemerintah (antaranya berdasarkan sistem warisan seperti dalam jawatan Bendahara, Temenggong, Orang-orang Kaya dsbnya).

    Anggota Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum juga mencadangkan supaya ciri kelayakan warganegara Persekutuan diperluaskan lagi dari yang sedia ada bagi membuka peluang kepada lebih ramai kaum-kaum bukan Melayu untuk menjadi rakyat Persekutuan.

    Jawatankuasa tersebut menegaskan: Yang ingin kami lakukan adalah untuk membawa oryang akan membentuk bangsa Malayan ke dalam kelompok Kerakyatan Persekutuan dan semakin ramai mereka, semakin baik. (CO 717/183)

    Cadangan Jawatankuasa untuk melonggarkan syarat kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu telah diterima oleh kuasa British sehingga memperkenalkan Undang-undang Perjanjian Persekutuan (Pindaan) pada tahun 1952. Kesan darinya dapat dilihat dalam dua pilihanraya umum yang diadakan untuk mencorakkan sistem kerajaan Persekutuan yang baru berdasarkan prinsip demokrasi sekular. Dalam pilihanraya 1955, jumlah pengundi Melayu adalah 84% tetapi dalam pilihanraya 1959, jumlah tersebut berkurangan kepada 56.8%. Dalam masa yang sama, pengundi bukan Melayu telah meningkat daripada 16% kepada 43.2%[10].

    Bermakna buat pertama kalinya dalam sejarah orang-orang Melayu, kaum pendatang mem hak politik yang sama dengan orang-orang Melayu, pandangan-pandangan mereka mesti diambil kira dalam menentukan dasar dan halatuju negeri-negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu.

    Suatu masa dahulu orang-orang Melayu hidup sebumbung dengan kaum-kaum lain atas naajuan ekonomi kapitalis yang tidak pun menguntungkan mereka, namun keadaan ini tidaklah menggusarkan orang-orang Melayu kerana kaum pendatang ini hanya menumpang atas budi bicara Raja-raja Melayu semata-mata dan mereka bukan rakyat Raja.

    Kemudian dengan terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu di atas runtuhan Malayan Union, maka buat pertama kalinya Tanah Melayu tidak lagi menjadi milik tunggal orang-orang Melayu, orang-orang bukan Melayu dan bukanpun Islam kini tidak lagi berstat

  • us menumpang, tetapi adalah ahli sebumbung, walaupun bukan keluarga bagi bangsa Melayu. Keadaan yang agak janggal ini tetap juga diterima mereka, mungkin kerana syarat kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu adalah ketat sehingga ramai kaum pendatang ini tiada peluang menjadi rakyat.

    Namun cadangan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum untuk melonggarkan syarat kerakyatan Persekutuan sehingga berlaku pindaan pada Perlembagaan Persekutuan tahun 1952 telah menyebabkan orang-orang Melayu terpaksa menerima kaum pendatang ekonomi yang cukup besar bilangannya ini menjadi ahli sebumbung.

    Jika ditinjau pada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948, seramai 2,294,000 orang Melayu menjadi rakyat Persekutuan secara otomatik. Sedangkan daripada jumlah 2, 011,000 penduduk bukan Melayu, hanya 320,000 sahaja diterima sebagai rakyat. Namun pindaan Perlembagaan Persekutuan 1952 telah menyebabkan penerimaan kerakyatan bukan Melayu dalam jumlah yang cukup besar. Parti MCA yang menjalankan kempen citizenship drive selama setahun[11] telah meningkatkan jumlah kaum Cina sebagai warganegara sebanyak 822,567 orang, iaitu suatu jumlah yang dapat memberikan mereka kuasa tawar-menawar politik jikalaulah sistem politik tradisional Melayu (sistem Raja Mutlak) diubah kepada demokrasi sekular.

    Dan yang paling tragis, itulah yang kemudiannya terjadi dengan pelaksanaan sistem demokrasi sekular yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum juga, yang memasukkan kaum bukan Melayu dan bukanpun Islam sebagai pengundi melalui pilihanraya umum bermula tahun 1955. Kini kuasa politik orang-orang Melayu pula yang menjadi barang agihan.

    Semenjak itu sistem politik tradisional Melayu bukan sahaja bertukar kepada sistem baru yang sebenarnya tidak ada justifikasi dari sudut syariat Islam, malahan sistem baru ini telah membuka ruang seluas-luasnya untuk campurtangan kaum bukan Melayu dan bukanpun Islam, malahan jauh berbeza dari segi latarbelakang sejarah, kepercayaan dan adat budaya, dalam pemerintahan serta pentadbiran Tanah Melayu,

    Peningkatan bilangan rakyat Persekutuan dari kaum-kaum lain dengan jumlah yang besar memberikan mereka banyak kelebihan dalam sistem politik berwajah baru di Tanah Melayu, ditambah pula dengan kedudukan ekonomi mereka yang kukuh, jauh berbeza daripada tahap ekonomi orang-orang Melayu. Kini buat pertama kalinya kaum bukan Melayu menjadi RELEVAN, suara mereka tidak lagi boleh dipinggirkan, tuntutan-tuntutan mereka perlu diambil perhatian.

    Gabungan sistem politik demokrasi sekular sebagai menggantikan sistem pemerintahan Raja-raja mutlak dan kemasukan kaum bukan Melayu yang ramai sebagai warganegara Persekutuan yang mempunyai persamaan hak politik dalam sistem baru ini telah menurunkan status Melayu daripada bangsa kepada hanya bertaraf komuniti sahaja.

    Keadaan ini menimbulkan dilema kepada Institusi Raja-raja Melayu yang sebelumnya bukan sahaja berperanan untuk MENGGANTI Rasulullah SAW bagi melindungi agama serta mentadbir keduniaan (al-siyasah al-duniya), iaitu dalam fungsi sebagai pemerintah umat Melayu (ULIL AMRI) yang sudah tentunya beragama Islam, malahan fungsinya sebagai tonggak pemelihara kepentingan bangsa (Melayu) dan agama kini menjadi tandatanya.

    Sebelum Persekutuan Tanah Melayu menerima kerakyatan kaum bukan Melayu, ianya adalah eksklusif kepada bangsa Melayu sahaja, sehingga tidak wujud dilema Raja Melayu dalam hal menjaga kepentingan bangsa dan agama. Bagaimanapun dengan pemberian kerakyatan kepada kaum-kaum lain dengan jumlah yang agak besar sehingga Melayu kini bertaraf komuniti semata-mata, ditambah dengan kuasa campurtangan politik orang-orang asing ini, apakah fungsi Institusi Raja-raja Melayu perlu diubah? Ringkasnya siapa kini yang benar-benar dapat menjaga kepentingan orang-orang Melayu dan Agama Islam tanpa perlu membuat tawar-menawar politik?

  • Peratusan komposisi pengundi bukan Melayu yang besar sehingga hampir menyamai pengelayu menjadi titik tolak kepada keputusan kepimpinan atasan UMNO untuk bersikap pragmatik dengan mengadakan kerjasama perikatan dalam menghadapi pilihanraya-pilihanraya umum dari tahun 1955 sehingga hari ini, mulanya dengan parti MCA yang mewakili masyarakat Cina, kemudian dilanjutkan dengan MIC yang mewakili rakyat India.

    Tunku Abdul Rahman menyatakan : Apabila saya hanya sebagai Presiden UMNO, saya hanya perlu mengambil kira mengenai masyarakat Melayu sahaja. Tetapi apabila diakui sebagai pemimpin Parti Perikatan, saya perlu juga mengambil kira mengenai orang Cina, India dan semua bangsa di Tanah Melayu[12].

    Walaupun formula perikatan UMNO-MCA-MIC ini menjadi suatu formula yang berjaya dalghadapi realiti kehidupan masyarakat majmuk, iaitu masyarakat berbilang kaum semenjak orang-orang bukan Melayu diterima sebagai rakyat Persekutuan, namun apa jua kepentingan orang-orang Melayu yang berkonflik dengan kepentingan kaum-kaum lain terpaksa dikompromi termasuklah kepentingan Islam.

    Hal ini telah disedari dari awal lagi, sehingga membangkitkan bantahan-bantahan da orang-orang UMNO sendiri yang menyuarakan bantahan-bantahan tersebut samada secara langsung kepada kepimpinan atasan UMNO[13], melalui kritikan-kritikan kepada Suruhanjaya Reid, mesyuarat-mesyuarat cawangan dan pada Perhimpunan Agung Khas UMNO pada 28 March 1957 dan Perhimpunan Agung UMNO yang ke-11 pada 29-30 Jun 1957.

    Antara topik-topik yang hangat dibincangkan adalah tentang pemeliharaan status istimewa orang Melayu, penentangan prinsip kerakyatan jus soli, cadangan supaya jawatan penting seperti Perdana Menteri dan Menteri Besar dikhaskan kepada orang-orang Melayu sahaja.

    Contohnya, UMNO Seberang Perai menegaskan bahawa berpanjang atau runtuhnya kerajkatan yang sekarang dikuasai UMNO bergantung kepada ketat atau longgarnya undang-undang taraf kerakyatan. Mereka juga mengsyorkan UMNO agar berhati-hati kerana MCA danMIC hanya ingin mendapat kekuatan dari bilangan pengundi Cina dan India yang menyebabkan sedang bekerja dengan giat menggalakkan orang Cina menjadi rakyat Malaysia melalui pintu syarat yang sehabis-habis longgar bagi mendapatkan kerakyatan negara[14].

    UMNO cawangan Sg Tengar/Sg Air Tawar menegaskan dengan lantang bahawa di Maladibangunkan satu rupa bangsa Malayan, sudah barang tentu Melayu hapus di tanah air sendiri.[15]

    Dalam memorandum yang dikemukakan oleh UMNO Terengganu terhadap laporan Suruhanja16], ia menegaskan bahawa Kami berpendapat iaitu setelah mengkaji lunas besar dalam Penyata dan Rang Perlembagaan itu maka sebagaimana yang disyorkan oleh Suruhanjaya Reid hak yang sedang dimiliki oleh orang Melayu pada masa sekarang tidak akan bertambah ataupun terjamin kedudukannya, bahkan sebaliknya atau berkurangan dan akan menempuh ancaman yang hebat.

    UMNO Terengganu juga berpendapat bahawa jikalau sistem demokrasi yang menjadi ranglembagaan itu dilaksanakan terus menerus akan menjahanamkan bangsa kami[17].

    Bagaimanapun UMNO yang waktu itu telahpun menyetujui dasar mewujudkan bangsa Malayan bersatu dengan sistem politik demokrasi sekular sebagaimana parti MCA dan MIC terpaksa menolak sebarang tuntutan kepada penguasaan tunggal orang-orang Melayu dalam bidang politik Persekutuan Tanah Melayu.

    Apa yang menarik tentang hal ini adalah arahan yang diterima daripada Presiden UMNda semua cawangannya untuk tidak membincangkan persoalan jus soli secara terbuka serta memberi sepenuh kepercayaan kepada pucuk pimpinan tertinggi UMNO untuk me

  • nangani hal ini[18], memandangkan waktu itu telah wujud banyak ketegangan bukan sahaja dari kalangan masyarakat Melayu, mahupun daripada ahli-ahli UMNO sendiri yang melihat dasar baru UMNO sebagai meletakkan kembali parti itu kepada era percubaan Dato Onn suatu masa dahulu dengan politik berbilang kaum yang ditolak bulat-bulat oleh mereka.

    Bagaimanapun disebalik protes oleh ahli-ahli UMNO, sebagai menunjukkan ketaatan darcayaan kepada pucuk pimpinan, mereka bersikap akur dengan arahan tersebut yang membantu meredakan protes-protes terbuka. Sikap ini sebenarnya dapat difahami dari sudut sejarah, iaitu tentang sifat kesetiaan umat Melayu kepada raja yang kemudian telah diterjemahkan pula kepada kesetiaan kepada pucuk pimpinan parti.

    Kerjasama perikatan ketiga-tiga parti politik ini dilanjutkan melalui cadangan-cadangan yang dikemukakan dalam Testamen Amanah Politik Parti Perikatan kepada Suruhanjaya Reid yang dipertanggungjawabkan untuk menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka nanti[19].

    Keahlian Suruhanjaya Reid adalah seperti berikut ;

    1. Lord William Reid sebagai Pengerusi

    2. Sir William Mckell (Australia)

    3. B.Malik (Ketua Hakim-India)

    4. Abdul Hamid (Hakim-Pakistan)

    5. Sir Ivor Jenning (Britain)

    6. H.P Hall (Setiausaha)

    7. K.J Henderson (Penolong Setiausaha)

    Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 adalah menifestasi daripada dasar bangsa Malayan bersatu yang mulanya dipeloporkan oleh kuasa British, kemudian didokong oleh masyarakat bukan Melayu sehingga akhirnya dijinak-jinakkan agenda tersebut kepada kepimpinan atasan parti-parti politik Melayu khususnya UMNO.

    Dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 ini, tiket kemasukan menjadi keluarga bangsa Malayan adalah taraf kerakyatan umum, dan perkara paling menonjol dalam perlembagaan adalah eleman jus soli, iaitu : Telah dinyatakan di dalam perlembagaan bahawa setiap orang yang dilahirkan dalam persekutuan pada atau selepas hari kemerdekaan akan menjadi warganegara melalui operasi undang-undang.[20]

    Persekutuan Tanah Melayu yang memayungi sembilan kesultanan-kesultanan Melayu juga telah dicadangkan melalui memorandum Parti Perikatan untuk bersifat negara sekular, walaupun tidak diperlembagakan secara jelas bagi menjaga sensitiviti orang-orang Melayu walaupun hal ini menjadi dasar Britih dari awal lagi.

    Fasal 3(1) menyatakan bahawa Islam adalah agama untuk Persekutuan tetapi agama laih diamalkan secara aman dan harmoni di sebarang tempat dalam Persekutuan. Fasal 11 menyatakan bahawa setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agamanya.

    Dalam konteks pembentukan bangsa Malayan, hal tersebut memberikan implikasi taraf Agama Islam telah dijatuhkan daripada syarat utama untuk menjadi keluarga bangsa Melayu (yang semestinya Islam) dalam kesultanan-kesultanan tradisional Tanah Melayu, kepada status dihilangkan terus daripada senarai syarat menjadi keluarga bangsa Malayan dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.

  • Bagaimanapun kerajaan British mendapat halangan besar dalam usaha melanjutkan senarai ciri-ciri kelayakan menjadi keluarga bangsa Malayan, khususnya dari aspek asimilasi bahasa dan sosio-budaya antara kaum. Hal ini disedari dengan kekalahan Parti Malaya Merdeka (IMP) yang d