10
1 MAC 2020 CANANG ااااااااا چاااااااااKEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN سوكن دانان بلياين كبوداي كمنTercatat sejarah laila berkesan, Atas pembawaan laila ihsan, Inilah nasihat dalang berpesan, Menghubungkan kebaikan janganlah bosan . Perlu diingat, hasil pendapatan yang banyak daklah semesnya mampu untuk menjamin kestabilan dan kekukuhan kewangan, andainya hasil itu dak diurus dengan betul dan cekap. Tetapi dengan adanya amalan berhemah dan usaha-usaha mempelbagaikan ekonomi, maka in sya Allah kita akan dapat mengukuhkan kestabilan makroekonomi dan kedudukan kewangan negara. Dalam pada itu, sangatlah penng diingat mengenai cara penggunaan wang kerajaan. Cara ini mes benar-benar telus dan amanah. Jangan mentang-mentang wang kerajaan, kitapun secara sewenang-wenang membuat projek, walaupun projek itu kurang penng. Atau memang ada kecenderungan berbelanja besar, sebab peruntukan dari kerajaan. Atau mungkin juga di sebalik peruntukan besar itu berlaku sandiwara pintu belakangdengan pihak-pihak tertentu di luar kerajaan. Dan lebih malang lagi, kalau hanya pandai membuat projek, sedang pengawasan terhadap kerja-kerja projek sangat lemah, sehingga apabila siap projek itu, didapa banyak kerosakan atau kekurangan berlaku. Mengapa ini terjadi? Pertama kerana pengawasan lemah, dan kedua, apabila pengawasan lemah, maka mudahlah berlakunya penyelewengan seper penyelewengan menggunakan bahan-bahan yang murah atau rendah kuali. Di sini, Beta ingin menyeru, khasnya kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang dilank, supaya menyuarakan pandangan-pandangan mereka tanpa ragu-ragu. Suara mereka adalah diperlukan untuk kebaikan. Pekan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Saadul Khairi Waddien, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sempena PEMBUKAAN PERSIDANGAN MUSIM PERMESYUARATAN KE-ENAM BELAS (16) MAJLIS MESYUARAT NEGARA (MMN) 2020 HARI ISNIN, 14HB. REJAB 1440 BERSAMAAN 09HB MAC 2020 SYAIR ASLI RAJANG HA RI, MUDA OMAR ALI SAIFUDDIEN Hubungkan kebaikan seberapa daya, Buatlah kebajikan seberapa upaya, Dengan jalan ini laila gaya, Aman tenteram laila kaya . Aman tenteram subur kekayaan, Atas keadilan laila pembawaan, Ibadah berjalan bukan pitraan, Harum termashur bentuk kerajaan. Sambutan Hari Puisi Sedunia seap 21 Mac.

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN اااااااااا ااااااااااچ Turun Penerbitan/CanangMac2020.pdf · KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN ... (Tahun 2014)

  • Upload
    others

  • View
    17

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN اااااااااا ااااااااااچ Turun Penerbitan/CanangMac2020.pdf · KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN ... (Tahun 2014)

1

MAC 2020

C A N A N G

چاااااااااا اااااااااا

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

كمنرتين كبودايان بليا دان سوكن

Tercatat sejarah laila berkesan,

Atas pembawaan laila ihsan,

Inilah nasihat dalang berpesan,

Menghubungkan kebaikan janganlah bosan.

Perlu diingat, hasil pendapatan yang banyak tidaklah semestinya mampu untuk menjamin kestabilan dan kekukuhan kewangan,

andainya hasil itu tidak diurus dengan betul dan cekap.

Tetapi dengan adanya amalan berhemah dan usaha-usaha mempelbagaikan ekonomi, maka in sya Allah kita akan dapat

mengukuhkan kestabilan makroekonomi dan kedudukan kewangan negara.

Dalam pada itu, sangatlah penting diingat mengenai cara penggunaan wang kerajaan. Cara ini mesti benar-benar telus dan amanah.

Jangan mentang-mentang wang kerajaan, kitapun secara sewenang-wenang membuat projek, walaupun projek itu kurang penting.

Atau memang ada kecenderungan berbelanja besar, sebab peruntukan dari kerajaan.

Atau mungkin juga di sebalik peruntukan besar itu berlaku sandiwara ‘pintu belakang’ dengan pihak-pihak tertentu di luar kerajaan.

Dan lebih malang lagi, kalau hanya pandai membuat projek, sedang pengawasan terhadap kerja-kerja projek sangat lemah,

sehingga apabila siap projek itu, didapati banyak kerosakan atau kekurangan berlaku.

Mengapa ini terjadi? Pertama kerana pengawasan lemah, dan kedua, apabila pengawasan lemah, maka mudahlah berlakunya

penyelewengan seperti penyelewengan menggunakan bahan-bahan yang murah atau rendah kualiti.

Di sini, Beta ingin menyeru, khasnya kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang dilantik, supaya menyuarakan pandangan-pandangan mereka

tanpa ragu-ragu. Suara mereka adalah diperlukan untuk kebaikan.

Petikan Titah

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda

Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah

Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien,

Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

Sempena

PEMBUKAAN PERSIDANGAN MUSIM PERMESYUARATAN KE-ENAM BELAS (16)

MAJLIS MESYUARAT NEGARA (MMN) 2020

HARI ISNIN, 14HB. REJAB 1440 BERSAMAAN 09HB MAC 2020

SYAIR ASLI RAJANG HARI, MUDA OMAR ALI SAIFUDDIEN

Hubungkan kebaikan seberapa daya,

Buatlah kebajikan seberapa upaya,

Dengan jalan ini laila gaya,

Aman tenteram laila kaya.

Aman tenteram subur kekayaan,

Atas keadilan laila pembawaan,

Ibadah berjalan bukan pitraan,

Harum termashur bentuk kerajaan.

Sambutan Hari Puisi Sedunia setiap 21 Mac.

Page 2: KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN اااااااااا ااااااااااچ Turun Penerbitan/CanangMac2020.pdf · KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN ... (Tahun 2014)

2

Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 3 Mac -

Pengiran Haji Redzaini bin Pengiran Haji Ahmad yang berlepas pada 27 Februari lalu bagi

perjalanan Saddlesore Solo Ride 2020 sejauh 3,200 kilometer telah diberikan Lencana

Blowpipe Run dan Borneo Ironman setelah menamatkan ekspedisi tersebut .

Ekspedisi solo tanpa henti bermula dari Negara Brunei Darussalam merentasi Sarawak dan

Sabah dan adalah antara promosi oleh Persatuan PEMODA bagi 'Festival Antarabangsa

Motosikal Berkuasa Tinggi Kepulauan Borneo (BIIBBF) Ke-21' yang akan berlangsung pada

26 hingga 28 Jun 2020, di mana Negara Brunei Darussalam akan menjadi tuan rumah bagi

acara berkenaan.

PENYAMPAIAN LENCANA BLOWPIPE RUN DAN BORNEO IRONMAN

Hadir selaku tetamu kehormat bagi mengucapkan selamat kembali, Yang Mulia SUT (Pentadbiran, Kewangan dan Estet), KKBS, Pengiran Mohd. Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud.

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 36 KALI

SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN

HARI KEBANGSAAN

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

KE-36 TAHUN 2020

Rabu, 4 Mac 2020

Daerah Brunei dan Muara - Masjid Jubli Perak Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Kampung Jangsak.

Tetamu kehormat: Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin,

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Daerah Temburong - Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar.

Tetamu Kehormat: Yang Mulia Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Irwan bin Haji Hambali, Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei.

Daerah Tutong - Masjid Ar-Rahim, Kampung Bukit Panggal.

Tetamu kehormat: Yang Mulia Awang Haji Abdul Manap bin Othman, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan.

Daerah Belait - Masjid Muhammad Jamalul Alam.

Tetamu Kehormat: Yang Mulia Awang Haji Azhar bin Haji Yahya, Setiausaha Tetap Kementerian Tenaga.

Yang Mulia TSUT (Kebeliaan dan Kesukanan), KKBS, Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said hadir

melancarkan Borneo Kustoms Show kali ke-5.

PELANCARAN BORNEO KUSTOM SHOW KE-5

Page 3: KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN اااااااااا ااااااااااچ Turun Penerbitan/CanangMac2020.pdf · KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN ... (Tahun 2014)

3

Yang Mulia SUT KKBS, Pengiran Haji Mohd Hasnan bin

Pengiran Haji Ali Hassan hadir menyampaikan sumbangan derma

menangani wabak Covid-19 kepada Republik Rakyat China

Antara pencapaian yang telah menjadi kebanggaan negara pada tahun 2019:

Menjadi Tuan Rumah Mesyuarat Komiti ASEAN mengenai Wanita (ACW) dan Mesyuarat-mesyuarat Berkaitan ke-18.

Menjadi Tuan Rumah Forum Serantau “Regional Forum on Social Protection Policy Focusing on Elderly Women and Ageing”.

5 pengusaha wanita tempatan menerima Anugerah Usahawan Wanita ASEAN Cemerlang semasa Persidangan Perniagaan Wanita ASEAN di Bangkok, Thailand.

2 wanita Brunei menerima Anugerah Masa Depan Wanita Asia Tenggara atas pencapaian masing-masing.

2 pengusaha menerima anugerah di Women 2020 Entrepreneurship Summit : Perspectives of the Global Woman of Impact, Republik Filipina.

“Negara Brunei Darussalam memang komited dalam membincangkan isu semasa wanita di arena antarabangsa. Pada 7hb hingga 12hb Oktober 2019 yang lalu, Negara Brunei Darussalam telah menjadi tuan rumah dan

pengerusi Mesyuarat Komiti ASEAN mengenai Wanita (ACW) dan Mesyuarat-mesyuarat Berkaitan ke-18 dengan tema mesyuarat "Enriching Resilience of Young Women as Agents of Change".

Tema ini dipilih bagi menunjukkan komitmen negara ke arah memperkasakan kedayatahanan belia wanita sebagai agen perubahan dalam membantu pembangunan keluarga, masyarakat, negara dan seterusnya

Komuniti ASEAN yang lebih kuat”

Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan

HARI WANITA ANTARABANGSA 2020

Yang Mulia SUT (Pentadbiran, Kewangan dan Estet), KKBS,

Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud

merasmikan Kejohanan Liga Bola Keranjang Kebangsaan 5.11.

Gelanggang Persatuan Bola Keranjang Brunei, Jalan Batu Bersurat, GADONG, Ahad, 8 Mac – Persatuan Bola Keranjang Brunei dengan kerjasama Persatuan Bola Keranjang Daerah Belait dan Tutong telah menganjurkan Kejohanan Liga Bola Keranjang Kebangsaan 5.11, dimana sebanyak 6 pasukan mengambil bahagian dalam Kategori Lelaki (Brunei Muara 'A', Brunei Muara 'B', Temburong, Tutong, Belait dan Belait 'B'), dan 4 pasukan mengambil bahagian dalam Kategori Wanita (Brunei Muara, Temburong, Tutong dan Belait). Antara lain tujuan Liga Kebangsaan ini dianjurkan ialah sebagai platfom untuk memilih wakil Brunei dalam kejohanan 'Borneo Intercity' yang akan datang pada bulan Jun nanti. Liga ini ditaja oleh 5.11 bersama You-C1000 sebagai minuman sukan rasmi.

LIGA BOLA KERANJANG KEBANGSAAN 5.11

Restoran Emperor's Court, Bangunan Hua Ho Manggis Mall, BERAKAS, Sabtu, 7 Mac - To'kong Cina BSB telah mengadakan acara tahunan iaitu Majlis Penyampaian Sumbangan Derma bagi beberapa tabung dan badan kebajikan di negara ini, yang bertujuan meringankan beban keperluan harian anak-anak yatim dan mereka yang memerlukan, lebih-lebih lagi dalam keadaan negara yang turut terjejas oleh wabak penyakit COVID-19 .

Antara penerima derma sebanyak BND2,000 setiap sumbangan ialah Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim; Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam; Tabung Anak-Anak Yatim Daerah Brunei Muara BND2,000; Tabung Amal Anak-Anak Yatim Daerah Belait; Tabung Kebajikan Anak-Anak Yatim Daerah Tutong; Tabung Derma Anak-Anak Yatim Daerah Temburong; dan Sekolah Menengah Chung Hwa. Manakala Rumah Orang-Orang Tua Pekan Seria menerima BND10,800. Sementara sumbangan untuk menangani wabak COVID-19 kepada Republik Rakyat China adalah sebanyak BND20,200.

#EACH FOR EQUAL

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN DERMA

AN EQUAL WORLD IS AN ENABLED WORLD.

#IWD2020 #EachforEqual

Women’s rights have made significant progress in recent decades, from the abolition of discriminatory laws to increased numbers of girls in school. But we now face a powerful pushback. Legal protections against rape and domestic abuse

are being diluted in some countries; women’s sexual and reproductive rights are under threat.

- António Guterres, Secretary-General's of the United Nations on International Women’s Day

- Wanita merangkumi 42% jumlah tenaga kerja. Setakat November 2019, dalam sektor awam - 55% daripada 50,768 jumlah penjawat perkhidmatan awam dan 38% dalam sektor swasta.

- Peningkatan daripada 87% (Tahun 2014) ke 89% (2018) bagi wanita yang berumur diantara 25 ke 64 tahun.

Sumber: Kajian Tenaga Buruh 2018 Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi

Foto: Dk Nur Hafilah - Penerangan

Page 4: KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN اااااااااا ااااااااااچ Turun Penerbitan/CanangMac2020.pdf · KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN ... (Tahun 2014)

4

Pejabat Menteri, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 9 Mac - Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin menerima kunjungan hormat dari Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK), Sarawak, Yang Berhormat Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah berserta rombongan yang dalam rangka lawatan kerja rasmi di negara ini selama 5 hari bermula 8 hingga 12 Mac 2020. Yang Berhormat Dato Sri Hajah Fatimah serta rombongan juga berkesempatan mendengarkan taklimat mengenai Pusat Bahagia dan seterusnya membuat lawatan ke kelas – kelas kemahiran dan latihan di pusat berkenaan. Para rombongan juga menyaksikan Pameran Keusaha-wanan yang mempamerkan produk-produk daripada Warga emas, Orang Kelainan Upaya (OKU), ibu-ibu tunggal, Program Pengupayaan Asnaf Zakat, 1 Kampong 1 Produk (1K1P) dan Program Curahan Ilmu.

Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampung Madang/Manggis, BERAKAS, Ahad, 8 Mac – Seramai 700 orang warga emas menyampaikan junjungan rasa kasih dan taat setia melalui 'Pesambah Istimewa' kehadapan majlis KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Hari Keputeraan ke-74 baginda pada tahun ini dengan menyertai pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran bagi Majlis 74 kali Khatam Al-Quran.

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin selaku tetamu kehormat menyempurnakan Pelancaran Majlis 74 Kali Khatam.

MAJLIS 74 KALI KHATAM AL-QURAN

LAWATAN KE MUZIUM ALAT KEBESARAN DIRAJA KHAMIS, 12 MAC 2020

LAWATAN KERJA RASMI MENTERI KEBAJIKAN, KESEJAHTERAAN KOMUNITI, WANITA, KELUARGA DAN PEMBANGUNAN

KANAK-KANAK (KWKPK), SARAWAK, YANG BERHORMAT DATO SRI HAJAH FATIMAH ABDULLAH

Page 5: KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN اااااااااا ااااااااااچ Turun Penerbitan/CanangMac2020.pdf · KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN ... (Tahun 2014)

5

Beta difahamkan, bahawa lebih 65 peratus lepasan PKBN telah berjaya mendapat pekerjaan atau melanjutkan pelajaran. Ini menunjukkan PKBN adalah mampu untuk mencorakkan para belia menjadi

modal insan yang berguna malah berkualiti.

Sehubungan ini, Beta melihat, Jawatankuasa Lembaga dan Jawatankuasa Kerja Khidmat Bakti Negara, sewajarnya patut turut memastikan, yang para alumni PKBN sentiasa terlibat dengan khidmat bakti

terhadap masyarakat. Kerana matlamat latihan bukan hanya setakat ‘membangun’ belia, tetapi belia dibangun itu adalah juga ‘wira’ yang sanggup turun ke gelanggang bersama masyarakat.

10 tahun melangkah, sejak projek rintis pertama, PKBN sudahpun boleh dianggap matang untuk membangun sebuah masyarakat belia yang progresif, yang mampu untuk menyumbang kepada

pertumbuhan dan pembangunan sosio-ekonomi negara serta membantu memperkukuh ketahanan nasional, selaras dengan matlamatnya.

PETIKAN TITAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN

WADDAULAH IBNI AL-MARHUM SULTAN HAJI OMAR 'ALI SAIFUDDIEN SA'ADUL KHAIRI WADDIEN, SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

BERSEMPENA

UPACARA PERBARISAN TAMAT LATIHAN PROGRAM KHIDMAT BAKTI NEGARA PENGAMBILAN KE-SEMBILAN

KEM LATIHAN PROGRAM KHIDMAT BAKTI NEGARA,

KAMPONG BATU APOI, DAERAH TEMBURONG

HARI KHAMIS 17HB REJAB 1441/12HB MAC 2020

Sejak ditubuhkan, PKBN telah mengeluarkan seramai 2,930 orang alumni PKBN dan ini adalah termasuk jumlah alumni PKBN bagi Pengambilan Ke-9 (393 pelatih) yang bermula 1 Disember 2019 dan berakhir pada 12 Mac 2020.

Pelatih Terbaik Keseluruhan : Lelaki - 12554 Mohammad Wafiy Mustaqim bin Bahrin (Platun 2) / Perempuan - 12345 Nurul Maziah binti Abdullah Kamarul Sarip (Platun 2) Pelatih Terbaik Kawad : Lelaki - 12417 Amirul Afizan bin Moksin (Platun 2) / Perempuan - 12269 Nur Munawarah binti Haji Ismail (Platun 7) Pelatih Terbaik Latihan Jasmani: Lelaki - 12305 Kasyful Asymawi bin Haji Khairul Ariffin (Platun 6) / Perempuan - 12324 Nur Hernna Syafiqah binti Abdullah Hirman (Platun 5)

Page 6: KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN اااااااااا ااااااااااچ Turun Penerbitan/CanangMac2020.pdf · KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN ... (Tahun 2014)

6

Dewan Al-'Afiah, Kementerian Kesihatan BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 18 Mac - Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin hadir pada Sidang Media mengenai Tindakan Terhadap Perkembangan Terkini Wabak COVID-19.

Dalam sidang tersebut Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan sukan memaklumkan kepada orang ramai mengenai langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan berdasarkan nasihat Kementerian Kesihatan dalam menangani perkembangan terkini wabak COVID-19 dalam tiga perkara:

Pertama, kaedah pembayaran Pencen Umur Tua, pencen dan elaun lain, dan Bantuan Kebajikan Bulanan: Atas perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan mengambil kira keadaan pada masa ini, pihak Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) telah mengambil langkah bagi pembayaran Pencen Umur Tua untuk dilaksanakan melalui dua tatacara iaitu melalui bank sebagai pilihan tambahan di samping kaedah pembayaran yang dilaksanakan pada masa ini melalui penghulu dan ketua kampung.

Kedua, penutupan kompleks dan fasiliti sukan serta fasiliti–fasiliti lain; dan

Ketiga, kesukarelawanan bagi membantu menangani wabak COVID-19.

GARISMASA JANGKITAN WABAK COVID-19 DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

09 Mac - Kementerian Kesihatan mengesahkan kes pertama positif jangkitan.

10 Mac - Kementerian Pendidikan menukar tarikh cuti sekolah penggal pertama dari 16 Mac kepada 11 Mac.

12 Mac - Talian Khidmat Kesihatan 148 dibukakan.

16 Mac -

Jabatan Perdana Menteri menegah semua rakyat Brunei daripada keluar dari negara melainkan sebab-sebab tertentu dengan kebenaran.

Kementerian Hal Ehwal Ugama mengumumkan penutupan semua masjid di negara itu selama seminggu hingga 23 Mac termasuk pembatalan solat

Jumaat, meskipun azan, zikir dan doa-doa masih dikumandang. Beberapa buah masjid dibersihkan untuk mengekang penularan wabak.

17 Mac - Jambatan Penghubung Daerah Brunei Muara dan Daerah Temburong mula dibuka untuk penggunaan sementara.

20 Mac - Brunei mencatatkan kes sembuh pertama, pesakit tersebut dinasihatkan untuk mengasingkan diri selama tujuh hari.

21 Mac

Titah Perutusan Khas KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddien Waddaulah ibni Almarhum Sultan Haji Omar Ali

Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenaan Jangkitan Wabak Covid-19.

Pembukaan akaun COVID-19 RELIEF FUND untuk menerima sumbangan dari orang awam.

22 Mac - Pembinaan Makmal Viralogy Tambahan.

24 Mac - Pihak kerajaan menutup semua sempadan, dan semua orang asing tidak dibenarkan memasuki Brunei sama ada secara terus atau transit.

27 Mac - Pembinaan Bangunan Pusat Pengasingan Baru Di Daerah Tutong.

28 Mac - Brunei telah mengesahkan kematian pertama, (kes ke-25).

SIDANG MEDIA MENGENAI TINDAKAN TERHADAP PERKEMBANGAN TERKINI WABAK COVID-19

Foto: Mohd. Zul-Izzi - Penerangan

Foto

: Mo

hd. Z

ul-

Izzi

- P

ener

anga

n

Page 7: KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN اااااااااا ااااااااااچ Turun Penerbitan/CanangMac2020.pdf · KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN ... (Tahun 2014)

7

# W O R L D D O W N S Y N D R O M E D A Y

# W D S D 2 0

# L O T S O F S O C K S

Dari perkembangan yang berlaku di seluruh dunia, semua orang boleh menjangkakan, bahawa wabak ini mungkin menjadi ancaman bagi jangka masa yang panjang.

Kerana itu, Brunei mesti bersedia secara bersepadu untuk membentengi diri daripada wabak ini. Secara fizikal, kita didorong untuk mengutamakan kebersihan, menggunakan topeng muka dan hand sanitizer.

Tetapi ini saja belum memadai, melainkan mesti juga komited dengan faktor psikologi, iaitu bersabar dan bertenang serta yakin kepada pertolongan Allah.

Perlu diingat, ancaman sekarang bukan datang daripada angin ribut atau api atau banjir besar. Kalau ancaman itu datangnya daripada anasir-anasir ini, maka kita masih saja boleh mengarah unit-unit keselamatan untuk membantu. Tetapi ini COVID-19, seperti juga wabak-wabak yang lain misalnya SARS, kita sesungguhnya tidak dapat bergantung sepenuhnya kepada

unit-unit tersebut untuk membantu.

Tetapi apa yang sebenar-benarnya diperlukan ialah, rawatan dan pencegahan melalui pelbagai cara, seperti menghindari perkumpulan ramai, memakai penutup muka, menggunakan cecair pembunuh kuman,

mengadakan sekatan-sekatan keluar dan masuk apabila diperlukan dan membanyakkan do’a.

Ini semua menjadi tanggungjawab kita bersama. Jangan siapa yang lari dari tanggungjawab ini. Contoh orang lari dari tanggungjawab ialah, seperti tidak mengikuti peraturan atau enggan untuk mematuhi arahan.

Semua orang tidak wajar mengambil sikap yang bercanggah dengan etika dan ugama, seperti enggan untuk menjalani ujian atau rawatan, dengan alasan-alasan yang mengelirukan, seperti semata-mata ingin bertawakal.

Setahu Beta, tawakal itu paksinya ialah ikhtiar atau usaha, bukannya dengan melulu begitu sahaja.

take the moon

nd make it talk

take your soul out

make it walk

paint the picture in your hand

nd roll on home

- From “Howlin at the Moon” by Wayne Keon

Poetry, in all its forms, is a powerful tool for dialogue and rapprochement. An intimate expression that opens

doors to others, it enriches the dialogue that catalyzes all human progress and weaves cultures together.

Today, on the 20th anniversary of World Poetry Day, UNESCO is putting the spotlight on indigenous poetry, to celebrate the unique and powerful role of poetry in standing against marginalization and injustice, and in uniting cultures in the spirit of solidarity.

Message from Ms Audrey Azoulay, Director-General of UNESCO on the occasion of the World Poetry Day

Page 8: KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN اااااااااا ااااااااااچ Turun Penerbitan/CanangMac2020.pdf · KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN ... (Tahun 2014)

8

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MAC 2020 – Sukarelawan belia Brunei tampil bersatu berganding bahu menyumbangkan bakti kepada rakyat dan negara dengan memberikan sokongan kepada Kementerian Kesihatan. Sukarelawan belia ditubuhkan bagi Operasi Sukarelawan COVID-19 di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) beroperasi selama 24 jam dan berpusat di Dewan Darul Imtiyaz Pusat Bahagia, Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Pulaie.

Terdapat 2 kumpulan sukarelawan dalam operasi sukarelawan berkenaan iaitu: 1) Sukarelawan berisiko tinggi—sukarelawan dalam kumpulan berisiko tinggi mempunyai latar belakang perubatan dan lebih cenderung untuk memberi

bantuan di bahagian hospital, lapangan terbang, pusat pengasingan dan lainnya. 2) Sukarelawan berisiko rendah—diberikan tugas untuk menghantar barang, logistik dan lain-lain. Dengan adanya pusat berkenaan, sukarelawan belia akan cuba menyediakan apa yang diperlukan untuk meringankan beban kakitangan Kementerian Kesihatan, kakitangan perubatan, jururawat dan frontliner lain yang sibuk merawat pesakit dan mengawal virus.

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN MICRO GRANT KEPADA 7 PELADANG –PELADANG MUDA

25.03.2020

Setakat 31 Mac 2020 seramai 714 orang sukarelawan telah berdaftar di bawah Belia Sukarelawan termasuk alumni Program Khidmat Bakti Negara (PKBN).

PENGAGIHAN PENCEN DAN BANTUAN JAPEM DI DEWAN KEEMPAT-EMPAT DAERAH 28 MAC 2020

BELIA SUMBANGKAN BAKTI BANTU TANGANI COVID-19

Foto: Salawati - Media Permata

Page 9: KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN اااااااااا ااااااااااچ Turun Penerbitan/CanangMac2020.pdf · KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN ... (Tahun 2014)

9

Sum

ber

: htt

ps:

//m

s.w

ikip

edia

.org

/wik

i/P

an

dem

ik_C

OV

ID-1

9_d

i_B

run

ei

Page 10: KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN اااااااااا ااااااااااچ Turun Penerbitan/CanangMac2020.pdf · KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN ... (Tahun 2014)

10

Tim Penerbitan Unit Perhubungan Awam Penyunting & Penyemak, Unit Perhubungan Awam Perwajahan dan Aturhuruf Unit Perhubungan Awam

Jurufoto Hajah Ajijah binti Haji Ali, Pg Suhaimi bin Pg Haji Othman, Haji Norfaisal bin Haji Mohd Salleh.