5
KELIM Definisi Kelim Kelim ialah cara menyambungkan/mencantumkan dua atau lebih kepingan fabrik. Ia juga digunakan untuk memberi bentuk dan stail pada pakaian. Kegunaan Kelim Untuk menyambungkan dua atau lebih kepingan fabrik. Untuk mengukuh dan mengemaskan tepi fabrik Untuk memberi bentuk pada pakaian supaya lebih padan Untuk perhiasan. Pemilihan Kelim - Pemilihan Kelim yang dibuat bergantung kepada: Kesesuaian - Kelim yang hendak dijahit mestilah sesuai dengan jenis fabrik. Contohnya fabrik yang mudah berbulu, nipis dan halus sesuai dijahit dengan Kelim Betawi. Jenis pakaian - Pakaian yang kerap dipakai dan selalu didobi memerlukan kelim yang lebih kukuh. Contohnya pakaian kanan- kanak. Selain daripada itu kelim papan mesin sesuai untuk jean tetapi tidak sesuai untuk gaun fabrik kapas. Gaya dan kedudukan kelim - Sesuaikan jenis kelim dengan kedudukan kelim pada pakaian. Contohnya Kelim Betawi sesuai dijahit pada rusuk skirt atau blaus yang lurus tetapi tidak sesuai dan sukar untuk dijahit pada kelim yang melengkung. Peraturan Am untuk menjahit Kelim. 1. Pilih kelim yang sesuai untuk pakaian yang hendak dijahit supaya ia tahan lasak. 2. Sebaik-baiknya gunakan hanya satu jenis kelim pada seluruh pakaian 3. yang dijahit. 4. Basi kelim mestilah sama lebar dan cukup di seluruh pakaian semasa memotong fabrik mengikut jenis pakaian dan jenis fabrik yang digunakannya. 5. Kelim hendaklah dijahit dengan baik dan tepat pada garis pemadan untuk menjaga bentuk dan rupa yang elok. 6. Tegangan jahitan mesin mestilah betul untuk mengelakkan kelim daripada berkedut.

Kelim

  • Upload
    tini

  • View
    255

  • Download
    8

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kelim

Citation preview

KELIMDefinisi KelimKelim ialah cara menyambungkan/mencantumkan dua atau lebih kepingan fabrik. Ia juga digunakan untuk memberi bentuk dan stail pada pakaian.Kegunaan Kelim Untuk menyambungkan dua atau lebih kepingan fabrik. Untuk mengukuh dan mengemaskan tepi fabrik Untuk memberi bentuk pada pakaian supaya lebih padan Untuk perhiasan.

Pemilihan Kelim - Pemilihan Kelim yang dibuat bergantung kepada: Kesesuaian - Kelim yang hendak dijahit mestilah sesuai dengan jenis fabrik. Contohnya fabrik yang mudah berbulu, nipis dan halus sesuai dijahit dengan Kelim Betawi. Jenis pakaian - Pakaian yang kerap dipakai dan selalu didobi memerlukan kelim yang lebih kukuh. Contohnya pakaian kanan-kanak. Selain daripada itu kelim papan mesin sesuai untuk jean tetapi tidak sesuai untuk gaun fabrik kapas. Gaya dan kedudukan kelim - Sesuaikan jenis kelim dengan kedudukan kelim pada pakaian. Contohnya Kelim Betawi sesuai dijahit pada rusuk skirt atau blaus yang lurus tetapi tidak sesuai dan sukar untuk dijahit pada kelim yang melengkung. Peraturan Am untuk menjahit Kelim.1. Pilih kelim yang sesuai untuk pakaian yang hendak dijahit supaya ia tahan lasak.2. Sebaik-baiknya gunakan hanya satu jenis kelim pada seluruh pakaian 3. yang dijahit.4. Basi kelim mestilah sama lebar dan cukup di seluruh pakaian semasa memotong fabrik mengikut jenis pakaian dan jenis fabrik yang digunakannya.5. Kelim hendaklah dijahit dengan baik dan tepat pada garis pemadan untuk menjaga bentuk dan rupa yang elok.6. Tegangan jahitan mesin mestilah betul untuk mengelakkan kelim daripada berkedut. 7. Kelim hendaklah ditekan dengan baik supaya kelihatan kemas di sebelah luar dan dalam pakaian.8. Ia mestilah rata supaya mudah didobi dan kukuh supaya tahan lasak9. Lebar kelim mestilah sekata disepanjang pakaian.10. Gunting (snip) semua kelim yang berbentuk melengkung sebelum ia ditekan buka.11. Kemaskan kelim selepas dijahit dan susupkan semua benang. Jenis-jenis Kelim Kelim belah kangkung. Kelim betawi. Kelim papan mesin. Kelim papan tangan. Kelim lipat tindih. KELIM BELAH KANGKUNG Kelim ini rata dan tidak tebal. Ia dijahit dengan satu baris jahitan di sebelah dalam (S.D) pakaian/fabrik. Kelim belah kangkung ini mudah dibuat dan ia sesuai untuk semua jenis pakaian dan fabrik. Apabila kelim ini dibuka dan ditekan dengan seterika ia tidak boleh nampak di sebelah luar. Lebar siap kelim ini ialah di antara 2 cm hingga 2.5 cm. Kelim belah kangkung ini boleh dikemaskan dengan beberapa cara seperti Jahit lilit ubi, jahit lilit kemas, jahit insang pari, jahit mesin, jahit zig-zag, menggunakan kedua-dua tepi kain, menggunakan kun dan menggunakan gunting pucuk rebung/zig-zag.Proses menjahit Kelim belah kangkung Langkah 1 Temukan fabrik dengan sebelah luar berhadapan Semat dengan peniti dan jelujur Cabut peniti dan jahit mesin di atas garisan pemadan.

Peniti

Langkah 2 Cabut benang jelujur. Susup benang jahit mesin yang lebih. Kemaskan tepi kelim (contoh jahit mesin/insang pari). Buka kelim dan tekan dengan seterika di sepanjang kelim di sebelah dalam dan luar kelim.

Kebaikan dan kelemahan Kelim belah kangkung

BilSifatnyaKebaikanKelemahan

1Kelim yang paling mudah dijahit dan mudah di dobi. Ia rataKelim mestilah ditekan setiap kali selepas didobi

2Ia terdiri daripada sebaris jahitan pada sebelah dalam pakaianJahitannya tidak kelihatan di sebelah luar pakainTidak begitu kukuh kerana mempunyai sebaris jahitan sahaja.

3Lebar siap Kelim belah kangkung 2 cm hingga 2.5 cmKelim belah kangkung tidak tebal oleh itu ia sesuai untuk kain yang tebal Kelim belah kangkung tidak sesuai untuk kain yang jarang kerana kelim boleh dilihat pada sebelah luar pakaian.

Kelim betawi.