Upload
lelien
View
269
Download
8
Embed Size (px)
Citation preview
KELESTARIAN PERNIAGAAN PRODUK BERASASKAN
KAYU DALAM KALANGAN USAHAWAN BUMIPUTERA
BERSAIZ MIKRO, KECIL DAN SEDERHANA DI KELANTAN:
KEMAHIRAN, STRATEGI DAN KELEBIHAN BERSAING
TUAN MOHD ROSLI BIN TUAN HASSAN
DOKTOR FALSAFAH
2014
Kelestarian Perniagaan Produk Berasaskan Kayu Dalam
Kalangan Usahawan Bumiputera Bersaiz Mikro, Kecil,
dan Sederhana Di Kelantan: Kemahiran, Strategi dan
Kelebihan Bersaing
oleh
Tuan Mohd Rosli Bin Tuan Hassan
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat memperolehi Ijazah
Doktor Falsafah
Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan
UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
2014
ii
PENGESAHAN TESIS
Saya dengan ini memperakukan bahawa kerja yang terkandung dalam tesis ini adalah hasil
penyelidikan yang asli dan tidak pernah dikemukakan untuk ijazah tinggi kepada mana-mana
Universiti atau Institusi.
/ TERBUKA Saya bersetuju bahawa tesis boleh didapati sebagai naskah keras
atau akses terbuka dalam talian (teks penuh)
SEKATAN Saya bersetuju bahawa tesis boleh didapati sebagai naskah keras
atau dalam talian (teks penuh) bagi tempoh yang diluluskan oleh
Jawatankuasa Pengajian Siswazah
Dari tarikh hingga
SULIT (Mengandungi maklumat sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972)*
TERHAD (Mengandungi maklumat terhad yang ditetapkan oleh organisasi di
mana penyelidikan dijalankan)*
Saya mengakui bahawa Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak berikut.
1. Tesis adalah hak milik Universiti Malaysia Kelantan.
2. Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak untuk membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian.
Tandatangan Tandatangan Penyelia Utama
591217035069 Prof Madya Dr Mohd Rafi Bin Yaacob
Tarikh : 1 September 2014 Tarikh : 1 September 2014
iii
PENGHARGAAN
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
SELAWAT DAN SALAM UNTUK JUNJUNGAN MULIA MUHAMMAD RASULULLAH S.A.W
Syukur kepada Allah kerana di atas rahmat dan hidayahNya saya berjaya menyiapkan
tesis ini. Seterusnya, saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada penyelia saya iaitu
Professor Madya Dr Mohd Rafi bin Yaacob. Keikhlasan, kesabaran, kesungguhan beliau
membimbing saya dalam mengatasi ranjau dalam penyelidikan ini cukup mengkagumkan
Semoga Allah akan memberkati dan merahmati beliau.Begitu juga dengan profesor dan
pensyarah-pensyarah UMK yang lain yang telah terlibat dalam memberikan tunjuk ajar kepada
saya melalui beberapa siri kolokium, seminar, bengkel dan lain-lain terutama kepada Professor
Dr Mohamad Dahlan Ibrahim (Mantan Dekan Fakulti Keusahwanan dan Perniagaan), Professor
Dr Mohd Rosli Muhamad (Dekan FKP), Professor Dr Ibrahim Su (Dekan Pusat Siswazah),
Professor Madya Dr Ghazali Ahmad, Professor Madya Dr Noraini Mustapha dan Professor
Madya Dr Wee Yu Ghee.
Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada penilai penyelidikan ini sama ada
dari UMK atau penilai luar UMK kerana sanggup menilai tesis ini dan memberikan buah fikiran
untuk penambahbaikan. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih ditujukan kepada para pakar
kualitatif yang saya rujuk bagi mendapatkan pandangan atau teguran iaitu Professor Dr
Rosmimah Mohd Roslin (UiTM),Professor Madya Dr Ramli Abdullah (UNISzA), Professor
Madya Dr Nasaruddin Husin (UiTM), Professor Madya Dr Saridan Abu Bakar (UiTM), dan
Professor Dr Suria Baba (Presiden Kualitatif Malaysia atau QRAM).
Tidak lupa terima kasih kepada pihak majikan saya iaitu UiTM kerana menyokong
usaha pembelajaran ini terutama kepada Professor Madya Dr Abdul Samad Nawi, Professor
Madya Dr Hj Nik Kamaruzaman Abd Latiff, Dr Mohd Nasir Ismail, Professor Madya Dr Hj
Mohamad Safri Ya, Professor Madya Hj Dr Asry Yusof, Dr Hj Ghazali Osman, Hj Nik
Abdullah Zawawi Che Mat dan lain-lain yang tidak disebut di sini. Penghargaan juga ditujukan
kepada Pn Ashiera Yusoff (QSR) kerana membantu saya dengan kepakaran NVIVOnya.
Akhir sekali saya juga mengucapkan terima kasih kepada bonda saya YM Hajah Tn
Bidah, isteri saya iaitu Hajah Noora dan kelima-lima anak saya (tg nurliana, tn ahmad syahmi,
tn ahmad syahir, tg nur athirah dan tg nur amalin) kerana sentiasa sabar dan tidak jemu-jemu
menyokong saya berjuang untuk mengikuti program pengajian ini. Semoga usaha ini akan
menjadi motivasi untuk anak-anak saya meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
iv
ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT
PENGESAHAN TESIS ii
PENGHARGAAN iii
ISI KANDUNGAN iv
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI RAJAH xvi
SENARAI SINGKATAN KATA xvii
ABSTRAK xix
ABSTRACT xx
BAB 1 PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Skop Penyelidikan 2
1.3 Kelestarian Perniagaan dan Usahawan 2
1.4 Latar Belakang Penyelidikan 7
1.5 Perindustrian Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia 10
1.5.1 Pengkelasan PKS 11
1.5.2 Sektor Pembuatan Mengikut Sub-Sektor 13
1.5.3 Sektor Pembuatan Produk Berasaskan Kayu di Malaysia 15
1.5.4 Pencapaian Bumiputera dalam Industri Berasaskan Kayu 18
1.5.4.1 Sektor Eksport 19
1.5.4.2 Kemerosotan Bilangan Usahawan Perabot 21
Bumiputera
1.5.4.3 Bilangan Usahawan Perabot Bumiputera Mengikut 22
Negeri
1.5.4.4 Bilangan Pengeluar Produk Berasaskan Kayu di 23
Kelantan
1.6 Pernyataan Masalah 24
1.7 Persoalan Penyelidikan 29
v
1.8 Objektif Penyelidikan 30
1.9 Kepentingan Penyelidikan 31
1.9.1 Untuk Mengisi Jurang Literatur Akademik 31
1.9.2 Kepentingan daripada Perspektif Ekonomi 32
1.9.3 Kepentingan kepada Komuniti Setempat 34
1.9.4 Kepentingan Kepada Sektor Pengeluar Produk Berasaskan 34
Kayu
1.10 Definisi Operasi Penyelidikan 35
1.11 Organisasi Tesis 37
1.12 Kesimpulan 38
BAB 2 KEUSAHAWANAN DAN INDUSTRI BERASASKAN KAYU DI 40
MALAYSIA
2.1 Pengenalan 40
2.2 Konsep Keusahawanan 40
2.2.1 Keusahawanan Mengikut Jujukan Masa 42
2.2.2 Kepentingan Keusahawanan 47
2.2.2.1 Individu usahawan. 48
2.2.2.2 Masyarakat. 49
2.2.2.3 Negara 50
2.3 Sejarah Keusahawanan di Malaysia 50
2.4 Masalah yang Dihadapi oleh PKS di Malaysia 54
2.5 Keusahawanan Produk Berasaskan Kayu di Malaysia 57
2.5.1 Perkembangan Industri Perabot kayu 57
2.5.2 Dasar Kerajaan dalam Industri Perabot 65
2.5.3 Rangsangan Pertumbuhan Industri Perabot Malaysia 67
2.6 Produk Perabot Kayu 69
2.6.1 Bahan Mentah: Jenis-jenis Kayu dalam Pembuatan Perabot 69
2.7 Keusahawanan di Kelantan 72
2.8 Keusahawanan Industri Perabot di Kelantan 73
2.9 Isu-isu Usahawan Perabot Kayu Bumiputera 75
vi
2.10 Kesimpulan 76
BAB 3 STRATEGI KELESTARIAN PERNIAGAAN 79
3.1 Pendahuluan 79
3.2 Makna Kelestarian Perniagaan 79
3.3 Kepentingan Kelestarian Perniagaan 81
3.4 Faktor-faktor Kelestarian Perniagaan 82
3.4.1 Pandangan Klasik Praag 82
3.4.2 Faktor Kelestarian Mengikut Jujukan Masa 85
3.5 Faktor Kegagalan Usahawan 91
3.6 Keupayaan Kemahiran Usahawan 92
3.6.1 Pendekatan Tentang Keupayaan Kemahiran Usahawan 93
3.6.2 Keupayaan Kemahiran 97
3.7 Strategi Persaingan 99
3.7.1 Strategi Generik dalam Perniagaan 99
3.7.2 Strategi dalam PKS 103
3.7.3 Strategi Kelestarian dalam Industri Pembuatan 106
3.7.4 Kelebihan bersaing 112
3.8 Pengukuran Kelestarian Perniagaan 115
3.9 Kesimpulan 117
BAB 4 TEORI, MODEL DAN KERANGKA KONSEP 119
4.1 Pengenalan 119
4.2 Latar Belakang Sebelum Teori Pandangan Berasaskan Sumber 119
4.3 Teori Pandangan Berasaskan Sumber (RBV) 121
4.3.1 Konsep Meneruskan Kelebihan Bersaing dalam Teori RBV 123
4.3.2 Kesesuaian Teori RBV 126
4.4 Model-model Penyelidikan 128
4.4.1 Model Lussier (1996) 128
4.4.2 Model Porter Lima Daya Gerak Kompetitif (1980) 130
4.4.3 Model Galbreath (2005) 134
4.5 Pembentukan Kerangka Konsep Penyelidikan 136
vii
4.5.1 Dimensi 1: Keupayaan Kemahiran 137
4.5.1.1 Kemahiran Teknikal 140
4.5.1.2 Kemahiran mengurus 142
4.5.2 Dimensi Strategi 148
4.5.2.1 Sumber sebagai strategi 149
4.5.2.2 Strategi persaingan 150
4.5.3 Dimensi 3: Kelebihan Bersaing 155
4.5.4 Dimensi 4: Indikator Kelestarian Perniagaan 156
4.6 Kesimpulan 158
BAB 5 METODOLOGI PENYELIDIKAN 160
5.1 Pendahuluan 160
5.2 Justifikasi Paradigma Penyelidikan 160
5.3 Justifikasi Penggunaan Metod Kualitatif 162
5.4 Strategi Penyelidikan 164
5.5 Pendekatan Kajian Kes 165
5.6 Unit Analisis 167
5.7 Pemilihan Kawasan Penyelidikan 167
5.8 Kriteria Persampelan 168
5.9 Bilangan Responden 170
5.10 Teknik Pengumpulan Data 171
5.10.1 Temu Bual 172
5.10.2 Temu bual Formal 172
5.10.3 Temu bual Bersemuka 172
5.10.4 Temu bual Separa Tersusun 173
5.11 Protokol Temu Bual 174
5.12 Siasatan (Probing) 178
5.13 Teknik Pemerhatian (Persekitaran) 179
5.14 Bahasa 180
5.15 Penyelidikan Rintis 181
5.16 Penganalisisan Transkrip Temu Bual 183
viii
5.17 Analisis Mengikut Kes dan Analisis Silang 187
5.18 Kesahan dan Kebolehpercayaan 188
5.18.1 Kesahan 188
5.18.1.1 Kesahan Dalaman 189
5.18.1.2 Kesahan Luaran 190
5.18.2 Kebolehpercayaan 191
5.19 Kesimpulan 193
BAB 6 PENEMUAN PENYELIDIKAN 195
6.1 Pendahuluan 195
6.2 Demografi Responden 195
6.2.1 Gender 196
6.2.2 Umur 197
6.2.3 Pendidikan Formal 197
6.2.4 Latihan Kemahiran 197
6.2.5 Pengalaman 199
6.3 Demografi Perniagaan Mengikut Saiz 201
6.3.1 Demografi Perniagaan Saiz Mikro 202
6.3.2 Perniagaan Bersaiz Kecil 204
6.3.3 Perniagaan Bersaiz Sederhana 205
6.4 Pembentukan Tema 206
6.5 Kategori Tema 207
6.6 Analisis Mengikut Kes 209
6.6.1 Kes 1: Responden 1/Perniagaan A 209
6.6.2 Kes 2: Responden 2/Perniagaan B 217
6.6.3 Kes 3: Responden 3/Perniagaan C 222
6.6.4 Kes 4: Responden 4/Perniagaan D 227
6.6.5 Kes 5: Responden 5/Perniagaan E 231
6.6.6 Kes 6: Responden 6/Perniagaan F 238
6.6.7 Kes 7: Responden 7/Perniagaan G 243
6.6.8 Kes 8: Responden 8/Perniagaan H 249
ix
6.6.9 Kes 9: Responden 9/Perniagaan H 256
6.6.10 Kes 10: Responden 10/Perniagaan I 257
6.6.11 Kes 11: Responden 11/Perniagaan J 265
6.6.12 Kes 12: Usahawan 12 (Perniagaan J) 270
6.7 Analisis Kes Secara Silang 272
6.7.1 Profil Perniagaan Usahawan Mengikut Saiz 272
6.7.1.1 Profil Perniagaan Usahawan Bersaiz Mikro 273
6.7.1.2 Profil Perniagaan Usahawan Bersaiz Kecil 274
6.7.1.3 Profil PerniagaanUsahawan Bersaiz Sederhana 275
6.7.2 Lokasi Perniagaan 277
6.7.3 Kemahiran Usahawan 278
6.7.3.1 Kemahiran Teknikal Pertukangan 279
6.7.3.2 Kemahiran Pengurusan 279
6.7.3.2 Kemahiran Nilai 281
6.7.4 Strategi Persaingan 282
6.7.4.1 Produk Berkualiti 283
6.7.4.2 Layanan Terhadap Pelanggan 286
6.7.4.3 Harga 287
6.7.4.4 Penghantaran 289
6.7.4.5 Kerjasama 291
6.7.5 Kelebihan Bersaing 292
6.7.6 Tahap Pencapaian Perniagaan Usahawan 296
6.7.6.1 Tahap Pencapaian Usahawan Bersaiz Mikro 297
6.7.6.2 Tahap Pencapaian Usahawan Bersaiz Kecil 299
6.7.6.3 Pencapaian Usahawan Kategori Perniagaan Bersaiz 306
Sederhana
6.7.6.4 Petunjuk bukan kewangan perniagaan sederhana 307
6.7.6.5 Jangka Masa Berada Dalam Pasaran dan Perubahan 309
Saiz
6.8 Kesimpulan 311
x
BAB 7 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 312
7. 1 Pendahuluan 312
7.2 Penjelasan Terhadap Soalan Penyelidikan 312
7.2.1 Soalan Penyelidikan 1:Apakah jenis kemahiran yang 313
diperlukan oleh usahawan Bumiputera bagi memastikan
kelestarian perniagaan
dalam pengeluaran produk berasaskan kayu negeri Kelantan?
7.2.1.1 KemahiranTeknikal (Pertukangan) 313
7.2.1.2 Kemahiran Pengurusan 318
7.2.1.3 Kemahiran Nilai 321
7.2.2 Soalan Penyelidikan 2: Bagaimanakah Pengurusan Sumber 324
dilakukan oleh usahawan bagi Memastikan Kelestarian
Perniagaan Dalam Pengeluaran Produk Berasaskan Kayu di
Negeri Kelantan?
7.2.2.1 Pengurusan Sumber Manusia 325
7.2.2.2 Pengurusan Teknologi 328
7.2.2.3 Pengurusan Kewangan 330
7.2.2.4 Pengurusan Pemasaran 332
7.2.3 Persoalan Penyelidikan 3: Apakah Strategi dan 333
Bagaimanakah Strategi Tersebut Dipraktiskan oleh
Usahawan Bumiputera bagi Memastikan Kelestarian
Perniagaan dalam Pengeluaran Produk Berasaskan
Kayu di Kelantan?
7.2.3.1 Penghasilan Produk Berkualiti 334
7.2.3.2 Layanan Terhadap Pelanggan 338
7.2.3.3 Harga 340
7.2.3.4 Penghantaran 343
7.2.3.5 Kerjasama 345
7.2.3.6 Strategi Mendapatkan Bantuan dan Tender kerajaan 347
xi
7.2.4 Soalan Penyelidikan 4: Apakah dan Bagaimanakah 348
Usahawan Menangani Masalah dalam Industri
Berasaskan Kayu di Negeri Kelantan?
7.2.4.1 Ancaman Sesama Pengeluar 349
7.2.4.2 Ancaman dari Pesaing Baharu 349
7.2.4.3 Ancaman Bahan Gantian 350
7.2.4.4 Masalah Kewangan dan Kos yang Meningkat 351
7.2.4.5 Masalah Pekerja 353
7.2.5 Soalan Penyelidikan 5: Apakah Elemen yang 354
Membawa kepada Kelebihan Bersaing dalam
Pengeluaran Produk yang Berasaskan Kayu di
Negeri Kelantan?
7.2.5.1 Sumber Utama Produk 354
7.2.5.2 Kemahiran Usahawan 356
7.2.5.3 Penggunaan Teknologi 358
7.2.5.4 Panel Pembekal Produk Kerajaan 360
7.3 Perbincangan ke atas Penemuan Kajian 360
7.3.1 Pengaruh Demografi Usahawan 361
7.3.2 Perwatakan Usahawan 364
7.3.3 Kemahiran Usahawan 365
7.3.3.1 Kemahiran Teknikal 366
7.3.3.2 Kemahiran Pengurusan 367
7.3.3.3 Kemahiran Nilai 372
7.3.4 Strategi Kelestarian Perniagaan 373
7.3.5 Ancaman dalam Perniagaan 375
7.3.6 Peranan Kerajaan 376
7.4 Implikasi Penyelidikan ke atas Teori RBV 377
7.4.1 Menjelaskan Proses Pengurusan Sumber 377
7.4.2 Keupayaan Kemahiran Usahawan 382
7.4.3 Mempertahankan Kelebihan Bersaing 383
xii
7.5 Implikasi Terhadap Dasar Kerajaan 387
7.5.1 Dasar Latihan Kemahiran Usahawan 387
7.5.2 Bekalan Kayu Balak untuk Dijadikan Perabot 388
7.6 Sumbangan Penyelidikan 389
7.6.1 Mengembangkan Teori RBV 389
7.6.1.1 Peranan Kerajaan 391
7.6.1.2 Kerjasama dalam Persaingan 392
7.6.1.3 Amalan Nilai Positif 392
7.6.2 Aplikasi Teori RBV dalam Industri Berasaskan 393
Kayu di Malaysia.
7.6.3 Cadangan Kerangka Konsep Kelestarian Usahawan 395
(Pindaan)
7.7 Kekangan Penyelidikan 414
7.8 Cadangan Penyelidikan 415
7.8.1 Cadangan Penyelidikan akan Datang 415
7.8.2 Cadangan Kepada Usahawan 416
7.8.4 Persatuan Pengeluar Perabot Bumiputera 421
7.9 Kesimpulan 421
RUJUKAN 426
LAMPIRAN A 460
LAMPIRAN B 463
LAMPIRAN C 468
LAMPIRAN D 469
LAMPIRAN E1 470
LAMPIRAN E2 474
LAMPIRAN E3 478
LAMPIRAN E4 481
LAMPIRAN E5 483
LAMPIRAN E6 486
LAMPIRAN E7 489
xiii
LAMPIRAN E8 492
LAMPIRAN E9 495
LAMPIRAN E10 497
LAMPIRAN F 500
LAMPIRAN G 504
LAMPIRAN H 509
LAMPIRAN I 533
SENARAI PENERBITAN 538
xiv
SENARAI JADUAL
NO. MUKA SURAT
1.1 Perbezaan di antara perusahaan mikro, kecil dan sederhana 11
1.2 Profil PKS di Malaysia 13
1.3 Agihan PKS mengikut sub-sektor pembuatan dan saiz 14
1.4 Jumlah pengekspot perabot Bumiputera pada tahun 1997-2009 20
1.5 Bilangan usahawan pengeluar perabot kayu di Semenanjung 21
Malaysia mengikut negeri tahun 2009-2010
1.6 Pecahan bilangan pengeluar perabot kayu Bumiputera mengikut 22
negeri di Semenanjung Malaysia tahun 2009-2010
1.7 Bilangan usahawan perabot (termasuk produk BJC) Bumiputera 23
Kelantan 2004-2009
2.1 Perincian eksport perabot Malaysia 59
2.2 Perincian import perabot Malaysia 60
3.1 Faktor kejayaan Praag (1999) 84
3.2 Ringkasan penyelidikan perabot /produk berasaskan kayu 110
3.3 Pengukuran keberkesanan organisasi 117
4.1 Faktor kegagalan lawan kelestarian (Lussier,1996) 129
4.2 Model Galbreath (2005) - Faktor-faktor kelestarian 135
berdasarkan aspek fizikal dan bukan fizikal
4.3 Perbandingan aspek ciri usahawan teori dan model 139
4.4 Perbandingan aspek sumber di antara teori dan model 150
4.5 Perbandingan aspek strategi persaingan teori dan model 154
4.6 Analisis Porter Lima Gerak Kuasa dan ancaman-ancamannya 155
5.1 Jenis kajian kes 166
5.2 Bilangan sampel dan jawatan 171
6.1 Demografi usahawan yang ditemu bual 196
6.2 Institusi latihan yang dihadiri responden 199
xv
6.3 Pengalaman pertukangan sebelum usahawan membuka
operasi perniagaan
200
6.4 Perubahan saiz perniagaan 201
6.5 Maklumat perniagaan bersaiz mikro 203
6.6 Maklumat perniagaan bersaiz kecil 205
6.7 Demografi usahawan dari perniagaan bersaiz sederhana 206
6.8 Demografi perniagaan bersaiz mikro 273
6.9 Demografi perniagaan bersaiz kecil 275
6.10 Demografi usahawan perniagaan bersaiz sederhana 276
6.11 Pengkelasan prestasi kewangan perniagaan usahawan 296
6.12 Nilai jualan Perniagaan J (Mikro) 297
6.13 Nilai jualan perniagaan usahawan kategori bersaiz kecil 299
6.14 Petunjuk bukan kewangan perniagaan usahawan bersaiz kecil 300
6.15 Nilai jualan perniagaan usahawan bersaiz sederhana 307
6.16 Indikator bukan kewangan perniagaan usahawan bersaiz
sederhana
308
6.17 Jangka masa dalam perniagaan 310
6.18 Perubahan saiz perniagaan 310
B.1 Ringkasan literatur 463
xvi
SENARAI RAJAH
NO. MUKA SURAT
4.1 Model Porter Lima Daya Gerak Kompetitif (Sumber: Porter, 1980) 131
4.2 Kerangka konsep penyelidikan 137
4.3 Hubungan antara sumber perniagaan, keupayaan dan nilai teras
kecekapan(Sumber : Prahalad dan Hamel (1990)
138
7.1 Kerangka Konsep Usahawan Lestari (Kerangka KUL) 397
G.1 Nodes Utama Kajian 504
G.2 Nodes (Kategori) 505
G.3 Nodes Utama, Nodes Kategori dan Kod Terbuka 508
I.1 Kerangka Kelestarian Usahawan 533
I.2 Kemahiran nilai 534
I.3 Kemahiran teknikal 535
I.4 Pengurusan organisasi 536
I.5 Strategi persaingan dan Kelebihan Bersaing 537
xvii
SENARAI SINGKATAN KATA
AFTA Asean Free Trade Area
ASEAN Association of Southeast Asian Nation Countries
CIAST Centre For Instructor & Advanced Skills Training
DEB Dasar Eknomi Baru
DPN Dasar Pembangunan Nasional
FITEC Furniture Industry Technology Centre
FRIM Forest Research Institute of Malaysia
IKM Institut Kemahiran Mara
ILP Institut Latihan Perindustrian
MARA Majlis Amanah Rakyat
MATRADE Malaysia External Trade Development Corporation
MBE Model Baru Ekonomi
MFIC Malaysia Furniture Industry Council
MIDA Malaysian Investment Development Authority
MPC Malaysia Productivity Corporation
MTIB Lembaga Perkayuan Malaysia
NATIP National Timber Industrypolicy
PKS Perindustrian Kecil Dan Sederhana
PUTEK Program Usahawan Teknikal (Mara)
RMK10 Rancangan Malaysia Ke 10
SIRIM Standand Industrial Research Institute Of Malaysia
SMIDEC The Small And Medium Industries Development Corporation
SSM Suruhanjaya Syarikat Malaysia
xviii
UDA Urban Development Authority
UiTM Universiti Teknologi Mara
UNDP United Nations Development Programme
xix
Kelestarian Perniagaan Produk Berasaskan Kayu Dalam Kalangan Usahawan
Mikro, Kecil dan Sederhana Bumiputera Di Kelantan: Kemahiran, Strategi dan
Kelebihan Bersaing
ABSTRAK
Malaysia adalah salah sebuah negara pengeksport perabot terbesar di dunia, tetapi
penyertaan kaum Bumiputera dalam sektor ini amatlah kecil berbanding kaum lain, sedangkan
mereka merupakan kaum majoriti di negara ini. Ini merupakan satu kerugian kerana industri ini
merupakan salah satu sasaran ekonomi negara dan penjana tukaran wang asing. Isu utama
adalah berkait dengan soal ketidakupayaan usahawan Bumiputera untuk meneruskan kelestarian
yang akhirnya menyebabkan bilangan usahawan terbabit telah merosot. Justeru, isu ini serius
dan perlu diteliti kerana ia penting untuk kelangsungan ekonomi Bumiputera. Oleh itu,
penyelidikan ini diadakan untuk meneliti tentang apa dan bagaimana usahawan mampu
memastikan kelestarian perniagaan mereka di samping mengurangkan jurang akademik yang
melibatkan Teori Pandangan Berasaskan Sumber (RBV), isu kekurangan model tempatan dan
strategi PKS Bumiputera dalam memastikan kelestarian perniagaan. Dalam melaksanakan
penyelidikan ini, penyelidik telah menggunakan metod kualitatif untuk mengumpul data kerana
ianya bersifat induktif dan holistik. Data transkrip telah diproses dengan menggunakan perisian
nvivo dan kemudiannya ia dianalisis berdasarkan kes yang dikaji dan kemudiannya dibuat
analisis silang. Penemuan penyelidikan ini telah digunakan untuk menjawab dua perkara utama
iaitu persoalan penyelidikan dan untuk menghasilkan satu kerangka Konsep Usahawan Lestari
atau Kerangka KUL. Kerangka ini berpaksikan sumber ilmu, pengalaman, nilai dan kemahiran
usahawan yang dijadikan asas strategi untuk mencapai kelestarian perniagaan. Seorang
usahawan yang lestari bukan sahaja mahir dalam ilmu pertukangan, malahan menguasai
kemahiran pengurusan dan strategi persaingan. Dalam masa yang sama, mereka perlu
mengamalkan nilai-nilai positif seperti jujur, tekun, komited, mesra pelanggan, yang selari
dengan ajaran Islam. Penyelidikan ini juga telah mengenal pasti ciri kelebihan bersaing dalam
sektor produk berasaskan kayu adalah sifat semula jadi kayu seperti urat kayu, ketahanan, dan
reka bentuk produk, kemahiran usahawan dan penggunaan teknologi yang bersesuaian.
Penyelidikan ini juga mendapati hanya ciri „tiada pengganti‟ lebih realistik dalam
mempertahankan kelebihan bersaing. Akhirnya, penyelidikan ini diharap dapat menyumbang ke
arah peningkatan pengetahuan berkaitan keupayaan usahawan dan strategi persaingan kepada
dunia akademik dan juga kepada pengamal dalam bidang berkenaan.
xx
Business Sustainability of Wood-Based Product Among
Micro, Small and Medium Sized Bumiputera Entrepreneurs in Kelantan:
Skills, Strategies and Competitive Advantages
ABSTRACT
Malaysia is one of the largest furniture exporters in the world, however despite being
the majority group in the country, the participation of Bumiputeras in this sector is very small
compared to the other races. This is quite a loss since this industry is one of the targets of the
country‟s new economic policy, and is a contributor to the country‟s foreign exchange. The
main issue that seems to be the stumbling block here is the Bumiputeras‟ inability to sustain
their enterprise. As such, this is a serious issue needing attention as it is important for the
survival of the Bumiputeras‟ economy. Therefore, this study has been undertaken as an
endeavour to investigate as to how these Bumiputera entrepreneurs can ascertain the
sustainability of their enterprise. In doing so, issues of the academic gap involving Resource
Based View Theory, insufficient local models and the small and medium enterprise strategies
are discussed. The method chosen for data collection, is the qualitative method because it is
inductive and holistic. The data collected are processed using nvivo software and analysed
according to the cases studied, after which a cross-analysis is done. The findings of this research
are used to answer the research question brought up in this study, as well as to develop a
conceptual model of a sustainable entrepreneur or Konsep Usahawan Lestari (Revised). This
model is built up based upon the entrepreneur‟s source of knowledge, experience and
entrepreneurial values and skills, which are the foundations needed to achieve sustainability.
Sustainable furniture entrepreneurs should not only be skilled in carpentry, but they also need to
master administrative skills as well as competitive strategies. In the meantime, they also need to
practise values in line with Islamic teachings like honesty, diligence, committedness and
customer-friendliness. This study has also identified competitive advantages in this sector such
as wood grain, wood lines and durability, plus product design, carpentry skill and use of
appropriate technology. This study also found that only the characteristic of “no other
substitute” will ensure an entrepreneur‟s competitive advantage. Finally, it is hoped that this
study will be able to contribute to the wealth of knowledge regarding entrepreneurial
competitive abilities and strategies not only to the entrepreneurs themselves but also to the
members of the academic world.
1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Bab ini membentangkan penjelasan tentang asas-asas penting dalam
perlaksanaan penyelidikan ini. Ia disusun dalam beberapa tajuk kecil, yang
dimulai dengan tajuk skop penyelidikan, makna kelestarian perniagaan, latar
belakang penyelidikan, sektor perindustrian di Malaysia, Perindustrian Kecil dan
Sederhana (PKS) dan perindustrian produk berasaskan kayu di Malaysia.
Seterusnya, bab ini memuatkan pernyataan masalah, persoalan penyelidikan,
objektif penyelidikan, kepentingan penyelidikan, definisi operasi penyelidikan,
organisasi tesis dan diakhiri dengan kesimpulan. Fokus utama bab ini adalah
tertumpu kepada penerangan tentang kerangka kasar dan asas-asas keseluruhan
penyelidikan ini yang berpaksikan kepada mencari jawapan tentang apa dan
bagaimana usahawan Bumiputera yang mengeluarkan produk berasaskan kayu
di negeri Kelantan memastikan kelestarian perniagaan. Secara lebih khusus,
penyelidikan ini meneliti aspek keupayaan kemahiran usahawan, strategi
persaingan dan kelebihan bersaing dalam kalangan usahawan Bumiputera
terbabit.
2
1.2 Skop Penyelidikan
Skop penyelidikan ini melibatkan keupayaan usahawan meneruskan
kelestarian perniagaan pengeluaran produk berasaskan kayu iaitu (i) perabot
kayu seperti katil, meja, kerusi, kabinet dapur, kabinet pejabat, meja mesyuarat,
dan (ii) produk bahan binaan dan acuan (BJC) seperti kerangka pintu, kerangka
jendela, pintu, jendela, dan kayu kumai. Usahawan yang dikaji adalah terdiri
daripada kaum Bumiputera dalam kategori bersaiz mikro, kecil, dan sederhana
di negeri Kelantan.
1.3 Kelestarian Perniagaan dan Usahawan
Kelestarian perniagaan merujuk kepada keupayaan para usahawan
meneruskan aktiviti perniagaan mereka. Ia didasarkan kepada pendapat Watson,
Horgath-Scott, dan Wilson (1998) serta Dafna (2008) yang menyatakan
kelestarian dalam perniagaan adalah keupayaan meneruskan transaksi
perdagangan. Kenyataan ini disokong oleh Briiderl dan Preisendörfer (1998),
Brüderl dan Schüssler (1990), Putri Rozita, Diya‟udden dan Hassan (2011) yang
menganggap kemampuan meneruskan transaksi dalam perniagaan atau survival
dalam jangka masa tertentu adalah salah satu indikator kelestarian perniagaan.
Pandangan ini, bagaimanapun bertentangan dengan pendapat Stafford,
Bhargava, Danes, Haynes dan Brewton (2010) yang menyatakan kelangsungan
dalam perniagaan tidak semestinya dianggap berjaya, bahkan non-survival pula
3
bukanlah indikator kegagalan dalam sesuatu perniagaan. Ini bermakna
kelestarian perniagaan adalah sesuatu yang kompleks kerana ia mempunyai
pelbagai dimensi (Nor Hasni, 2011). Sebagai contoh, Solymossy (1988) dalam
hal ini membahagikannya kepada dua dimensi iaitu ekonomi dan kepuasan diri
usahawan, manakala ada pula yang mengkategorikannya kepada ekonomi atau
kewangan dan kategori lain-lain (Cooper & Arts, 1995; Md Aminul Islam
Mohamad Aktaruzzaman Khan, Abu Zafar Muhammad Obaidullah & Syed
Alam, 2011), bahkan usahawan sendiri dikatakan mempunyai persepsi tersendiri
tentang kejayaan dalam perniagaan (Simpson, Tuck & Bellamy, 2004). Justeru,
untuk mengharmonikan pendapat mereka, penyelidikan ini menganggap elemen
survival dan elemen kejayaan merupakan dimensi kelestarian perniagaan kerana
terdapat high-coincidence antara kedua-duanya (Cochran, 1981). Hal ini sesuai
dengan pendapat O‟Gorman, Mann dan Gazrin (2001) menganggap kelestarian
perniagaan melibatkan dua perkara utama iaitu keupayaan meneruskan
perniagaan jenis yang sama, dan keupayaan untuk kekal sehingga ke generasi
akan datang (Perbincangan lanjut tentang hal ini, sila lihat Bab 3).
Pengkajian tentang peranan usahawan dalam mencapai kelestarian
perniagaan pernah mendapat perhatian para penyelidik terdahulu kerana ia
berupaya membuktikan keupayaan seseorang usahawan meneruskan perniagaan
mereka (Saridan, 2007). Sebagai contoh, seseorang usahawan boleh dianggap
sebagai aktor ekonomi (Schumpeter, 1934), usahawan juga mestilah memiliki
kualiti terutama dalam membuat keputusan (Say, 1855). McClleland (1961)
pula mendapati usahawan mencapai kelestarian perniagaan kerana mereka