12
KELEBIHAN SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN. Pengenalan Sistem pemerintahan demokrasi amat bermakna bagi sesebuah negara yang mendaulatkan kebebasan rakyat. Ianya menggambarkan suatu sistem yang memberi keutamaan kepada suara dan kehendak majoriti rakyat. Istilah popular demokrasi ialah “ kerajaan rakyat, dari rakyat untuk rakyat.” Dalam sistem demokrasi yang berkuasa ialah rakyat. Rakyat yang akan menentukan siapakah yang akan membentuk dan menerajui kerajaan. Demokrasi mempunyai makna yang bertentangan dengan autokrasi. Sepanjang sejarah dunia telah wujud pelbagai doktrin demokrasi yang diamalkan oleh masyarakat dunia. Walaupun diketahui secara hakikatnya demokrasi bukanlah jenis pemerintahan yang dominan dalam sejarah dunia tetapi sejak kebelakangan ini, pemerintahan berbentuk demokrasi adalah yang paling dominan. 3 klasifikasi utama demokrasi yang wujud atau pernah wujud ialah natural right democracy, democratic liberalism, dan contemporary demokrasi. Demokrasi adalah merupakan satu struktur atau cara masyarakat disusun, selain itu juga corak

Kelebihan Sistem Demokrasi Berparlimen

  • Upload
    may-win

  • View
    3.261

  • Download
    74

Embed Size (px)

DESCRIPTION

hope it helps

Citation preview

Page 1: Kelebihan Sistem Demokrasi Berparlimen

KELEBIHAN SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN.

Pengenalan Sistem pemerintahan demokrasi amat bermakna bagi sesebuah negara yang mendaulatkan kebebasan rakyat. Ianya menggambarkan suatu sistem yang memberi keutamaan kepada suara dan kehendak majoriti rakyat. Istilah popular demokrasi ialah “ kerajaan rakyat, dari rakyat untuk rakyat.”

Dalam sistem demokrasi yang berkuasa ialah rakyat. Rakyat yang akan menentukan siapakah yang akan membentuk dan menerajui kerajaan. Demokrasi mempunyai makna yang bertentangan dengan autokrasi.

Sepanjang sejarah dunia telah wujud pelbagai doktrin demokrasi yang diamalkan oleh masyarakat dunia. Walaupun diketahui secara hakikatnya demokrasi bukanlah jenis pemerintahan yang dominan dalam sejarah dunia tetapi sejak kebelakangan ini, pemerintahan berbentuk demokrasi adalah yang paling dominan.

3 klasifikasi utama demokrasi yang wujud atau pernah wujud ialah natural right democracy, democratic liberalism, dan contemporary demokrasi. Demokrasi adalah merupakan satu struktur atau cara masyarakat disusun, selain itu juga corak pemerintahan sebuah negara adalah ditentukan oleh rakyat atau lebih dikenali sebagai pemerintahan rakyat. Sepertimana dikatakan oleh Abrahim Lincoln bahawa demokrasi adalah sebuah pemerintahan rakyat, yang berfungsi untuk rakyat.

Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara

Page 2: Kelebihan Sistem Demokrasi Berparlimen

manakala rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya. Mereka berhak menyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya.

Selepas Perang Dunia Kedua, banyak negara telah mengatakan sebagai sebuah negara demokrasi yang mengamalkan demokrasi rakyat serta menjunjung kepentingan rakyat semasa memperkenalkan dasar mahupun pelbagai amalan,termasuk menindas rakyat. Pada dasarnya tidak semua negara demokrasi yang mengamalkan pemerintahan rakyat mendatangkan kebaikan seperti suasana aman atau harmoni dalam kehidupan rakyat.

Demokrasi prihatin atau peka kepada kepentingan rakyat.

Tidak seperti corak pemerintahan seperti monarki, diktator dan autokrasi yang memberi keutamaan kepada golongan minoriti yang memegang kuasa atau memerintah. Demokrasi tidak mengambil kira kepentingan golongan tertentu kerana ia mengganggap semua lapisan masyarakat adalah sama dan layan sama harus diberikan. Selain itu rakyat biasa dianggap sebagai golongan yang hadrus diberi keutamaan dalam segala lapangan pemerintahan supaya rakyat tidak merasakan diri mereka rasa tertindas. Sebagai contoh rakyat digalakan untuk terlibat sama dalam menenetukan apa dasar atau polisi kerajaan, bahkan juga rakyat berhak untuk untuk membantah segala cadangan kerajaan jika

Page 3: Kelebihan Sistem Demokrasi Berparlimen

kerajaan tidak dapat memenuhi kehendak rakykmatat atau menyeleweng daripada dasar yang telah dipersetujui.

Demokrasi diasaskan atas prinsip kesamaan Dari aspek hak, setiap rakyat dianggap

mempunyai hak yang sama serta berhak untuk menikmati kemudahan dan perkhidmatan yang sama dan oleh itu di negara demokrasi bagi rakyat yang masih mundur maka disediakan keistimewaan seperti pembangunan supaya jurang dapat di kurangkan. Ada penyokong demokrasi menentang pendapat yang menyatakan bahawa demokrasi memberi keistemewaan kedudukan individu kerana asas kebebasan adalah hak manusia adalah sama rata.Disamping itu demokrasi menolak pendapat bahawa terdapat manusia dilahirkan sebagai hamba dan kaum elit memiliki hak kebebasan. Semua rakyat bebas bertindak dalam proses kerajaan. Penglibatan dalam kerajaan demokrasi boleh membangunkan pemikiran seseorang dalam tindak-tanduknya dan boleh mengelakkan rakyat merasa rendah diri. Kerajaan demokrasi mengambil kira kebajikan awam serta dibenarkan untuk bertindak terhadap kerajaan seperti pemilihan dalam pengundian awam.

Demokrasi menjaminkan kebebasan sebagai hak asasi.

Corak pemerintahan, demokrasi lebih terbuka dari segi memberi hak kebebasan kepada rakyat berbanding pemerintahan yang lain. Kebebasana yang diberikan bukanlah kebebasan mutlak serta

Page 4: Kelebihan Sistem Demokrasi Berparlimen

boleh melakukan sewenang-wenangnya dalam setiap aspek. Bagaimanapun kebebasan merupakan asas yang paling utama dalam segala hak yang lazim kerana tidak semua manusia dapat memilih dan menentukan sendiri cara yang baik dan buruk bagi diri mereka.

Demokrasi memberi hak untuk memilih pemerintah

Dalam Declaration Of Independence of 1776 , Jefferson menegaskan bahawa rakyat mempunyai hak untuk memilih bentuk kerajaan yang disukai dan membaikinya apabila pemerintah tersebut tidak lagi mendapat menjamin keselamatan. Tindakan demokrasi memberi ruang kepada orang awam dalam memilih kerajaan adalah kerana sejarah mendedahkan bahawa kerajaan yang diperintah oleh minoriti telah banyak menimbulkan masalah seperti melakukan penindasan.

Demokrasi menggalakkan pembangunan diri rakyat.

Tingkah laku individu bukan sahaja boleh mempengaruhi bentuk kerajaan malahan juga pemerintahan rakyat dianggap lebih baik dalam membangunkan sifat-sifat yang dikehendaki. Demokrasi bertindak ke atas individu supaya menjadikan mereka berfikiran masyarakat dan berinisiatif untuk menyelesaikan masalah rakyat serta menjadikan rakyat yang aktif menjadi pasif. Pendapat yang mengatakan bahawa golongan elit bersikap lebih rasional daripada kebanyakan manusia lain telah ditolak berasaskan sejarah , ini

Page 5: Kelebihan Sistem Demokrasi Berparlimen

kerana fikiran yang waras yang menentukan sikap seseorang sedangkan bijak pandai lebih bertindak tidak rasional. Bagaimanapun ada juga berpendapat bahawa rakyat biasa yang memerintah telalu banyak berpersangka serta menimbulkan dan bertindak secara tidak rasional berbanding kaum elit. Bagi penyokong demokrasi mereka berpendapat sebaliknya kerana mereka yang dipilih sebagai wakil adalah yang terbaik.

Demokrasi Membaiki Taraf Hidup Tuduhan yang mengatakan bahawa demokrasi

sebagai penghalang kemajuan sebuah negara telah menerima reaksi yang negatif, ini kerana demokrasi berparlimen telah membuktikan bahawa banyak perubahan pembangunan dalam sebuah negara dan kemajuan hidup masyarakat masa kini telah berubah melalui pembangunan yang berterusan ternyata menguntungkan rakyat dan kini rakyat boleh berbangga dengan kemajuan yang telah dicapai. Rakyat telah mendapat faedah yang besar kerana membuat pilihan yang bijak dalam menentukan kerajaan yang memerintah dalam negara demokrasi. Kerajaan yang dibentuk oleh rakyat boleh menjamin kehidupan dan impian mereka yang tercapai dalam pelbagai aspek, kemajuan ekonomi, sosial, politik, pentadbiran, komunikasi, dan pendidikan merupakan asas yang penting dalam landasan sebenar menuju kearah kejayaan dan kecemerlangan hidup dan terus menerus menikmati kualiti hidup yang semakin tinggi.

Page 6: Kelebihan Sistem Demokrasi Berparlimen

Demokrasi merupakan corak pemerintahan yang cekap dan berkesan

Walaupun ada beranggapan kemungkinan demokrasi tidak cekap dalam pentadbiran pemerintahan namun demokrasi mensyaratkan sesiapa sahaja yang mempunyai keupayaan dan kecekapan boleh melibatkan diri dalam politik. Persetujuan asas perlu ada dalam setiap peraturan yang dikeluarkan oleh masyarakat dan kerajaan Perhubungan politik dalam institusi kerajaan perlu adil dan rakyat berhak untuk membantah cadangan kerajaan jika kerajaan tidak dapat memenuhi kehendak rakyat. Dalam demokrasi, yang orang aktif akan dipilih dari semasa ke semasa dan rakyat berpeluang mengikuti proses ini melalui pemilihan. Peluang ini merupakan platform kebebasan dan kebebasan yang dimaksudkan adalah hak politik yang membolehkan rakyat menentukan pemerintah dalam pilihanraya

Demokrasi Menggalakkan Semangat Berkerjasama

Salah satu cara yang terbaik untuk menyatupadukan rakyat melalui demokrasi dengan menghubungkaitkan individu dengan kumpulan untuk tujuan sosial. Proses amalan serta yang dipratikkan seperti pungutan suara ramai serta bentuk perundangan dibuat oleh perwakilan. Rakyat diberi kuasa untuk memiliki pertubuhan dan pertubuhan boleh melibatkan diri dalam kerajaan melalui harapan rakyat bagi memastikan rakyat dan pendapat diterima

Page 7: Kelebihan Sistem Demokrasi Berparlimen

Perubahan sosial, politik dan ekonomi melalui demokrasi

Jika ada apa-apa perubahan yang ingin dilakukan mesti mendapat sokongan daripada rakyat. Pemimpin yang bijak menggunakan peluang ini akan lebih berjaya dalam membangunkan negara dan memajukan rakyat. Namun jika ada penghalang yang boleh mengagalkan hasrat ini maka ia perlu disingkirkan demi kepentingan rakyat dan seorang pemimpin yang berwibawa pasti dapat menggalakkan rakyat untuk menerima pandangannya mengenai perubahan sosial, politik serta ekonomi denemi kepentingan rakyat dan negara. Apa pun bentuk demokrasi yang diamalkan oleh dalam pemerintah sebuah negara yang penting ialah terpulang kepada rakyat untuk menerima dan mengikuti dasar kerajaan dalam menjalankan tugas dan berfungsi sebagai kerajaan.

Demokrasi di Malaysia menyebabkan pelbagai agama dan kepercayaan boleh dianuti oleh rakyatnya. Keadaan ini telah lama berlaku sebelum merdeka sehinggalah zaman pasca merdeka pada ketika ini. Negara kita masih mengekalkan kebebasan untuk menganut agama dan kepercayaan masing-masing. Namun, perlu diambil perhatian bahawa agama Islam adalah agama rasmi di negara ini. Hal ini kerana sebelum kedatangan Inggeris lagi, agama tidaklah dipisahkan dari sistem politik Melayu. Dalam Undang-Undang Melayu Lama atau Hukum Kanun terdapat hukum-hukum Islam yang dipakai, seperti

Page 8: Kelebihan Sistem Demokrasi Berparlimen

hukuman potong tangan untuk kesalahan mencuri, hukuman sebat atau rotan untuk kesalahan berzina dan sebagainya. Namun, dalam hubungan ini orang bukan Islam tidak boleh diganggu kebebasan agama mereka. Mereka dibenarkan mengamalkan amal ibadat dan adat resam mereka. Begitu juga dengan makanan harian mereka, walaupun perkara-perkara tersebut berlawanan dengan cara hidup orang Islam. Bagaimanapun, cara hidup dalam mana-mana agama adalah tertakluk kepada undang-undang negara: iaitu kebebasan itu hendaklah tidak mengganggu ketenteraman awam. Ini ada dinyatakan dalam Perkara 11 Fasal(5) Perlembagaan Persekutuan. Golongan bukan Islam perlu memahami bahawa kebebasan yang dijamin oleh perlembagaan berbeza huraiannya dengan kebebasan yang didapati dalam Islam. Islam memberi jaminan, tanpa batasan umum untuk menukar agama mereka. Islam meletakkan kebebasan beragama sebagai asas dalam perlembagaan. Hari ini kebebasan beragama telah dijadikan sebagai hak asasi manusia. Ini terdapat dalam Perisytiharaan Hak Asasi Manusia sejagat. Dalam konteks Malaysia, setiap kumpulan agama bebas mengembangkan kepercayaan mereka di kalangan mereka dan menguruskan hal ehwal agama mereka. Begitu juga dengan menubuh dan menyelenggara yayasan-yayasan bagi tujuan agama yang mereka anuti. Mereka juga tidak boleh diwajibkan membayar apa-apa cukai jika pendapatan dari cukai itu dikhaskan untuk maksud sesuatu agama yang lain daripada agamanya sendiri. Kebebasan beragama adalah di antara

Page 9: Kelebihan Sistem Demokrasi Berparlimen

kebebasan yang dianggap mutlak yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia

Melindungi kebebasan individu Kebebasan merupakan perkara penting yang

sangat diperlukan oleh semua pihak. Tanpa kebebasan, sesebuah kehidupan akan menjadi tidak sempurna. Demokrasi adalah suatu bentuk pemerintahan yang menjamin kebebasan individu. Didalam negara demokrasi kebebasan berfikir, beragama dan kebebasan bersuara adalah terjamin. Falsafah demokrasi menegaskan bahawa kepentingan individu adalah tujuan utama dan kekayaan merupakan tujuan akhir dalam sesuatu pemerintahan demokrasi . Selain itu, Demokrasi bertujuan menjamin setiap keinginan individu didalam sesebuah masyarakat didengari dan diselesaikan dengan baik. Didalam Negara demokrasi juga tidak menolak pandangan yang diatarakan secara individu kerana seluruh rakyat berhak memberi pandangan dan menyuarakan pendapat masing-masing.

Menjamin persamaan hak Demokrasi juga bertujuan untuk memperjuangkan

persamaan hak seluruh rakyat. Sistem pemerintahan demokrasi juga turut menitikberatkan persamaan hak untuk setiap individu dan golongan masyarakat. Demokrasi juga memberikan persamaan hak atas segala jenis aspek kehidupan meliputi ras, agama dan lain- lain. Demokrasi juga tidak mengakui keistimewa khusus kepada sesetengah pihak sahaja . Didalam Negara demokrasi seluruh rakyat

Page 10: Kelebihan Sistem Demokrasi Berparlimen

adalah tidak terkecuali berdepan dengan apa jua hukuman jika disabitkan dengan kesalahan tertentu dan seluruh rakyat juga memiliki persamaan hak dalam berpolitik. Rakyat miskin juga memiliki persamaan hak dalam mengusulkan pendapat mereka.