Kelebihan Perniagaan Internet Smartusaha

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/18/2019 Kelebihan Perniagaan Internet Smartusaha

    1/5

    Modul Perniagaan dan Pemasaran Internet 

    Special Report

    Kelebihan

    Perniagaan Internet

    Oleh:

    Mohd Zulfadli @ SmartZul

    SmartUsaha.Com

    Hakcipta 2006 SmartUsaha.Com

    Hakcipta laporan ini adalah sepenuhnya milik smartusaha.com. Tidak bolehdiperjual-belikan atau disebarkan tanpa kebenaran pihak smartusaha.com

    terlebih dahulu. 

    Hakcipta Terpelihara © SmartUsaha.Com. Mohd Zulfadli.  v15Write text here

  • 8/18/2019 Kelebihan Perniagaan Internet Smartusaha

    2/5

    Modul Perniagaan dan Pemasaran Internet 

    Kelebihan Perniagaan Internet

    Anda mungkin sudah mengeluh atau sedikit lemah semangat dengan huraian

    ringkas mengenai pemikiran dan kepercayaan terhadap mitos yang telah saya

    dedahkan. Usah gelisah, mari kita fahami apakah kelebihan dan peluang yang

    disediakan oleh perniagaan internet yang sebenar.

    1. Tidak memerlukan ruang pejabat dan modal yang besar

    Untuk memiliki ruang pejabat yang besar dan mempunyai kelengkapan perabot

    dan pelbagai alat elektrik, anda memerlukan modal berpuluh ribu ringgit. Tetapi

    satu berita baik untuk anda, perniagaan internet tidak memerlukan modal

    sebesar itu. Paling tinggi hanya bawah RM500 atau paling murah bawah RM100.Salah satu perniagaan internet saya bermula dengan modal bawah RM100

    sahaja.

    Dalam perniagaan internet, anda hanya perlu laman web yang simple tetapi

    berkesan, hosting (tapak web) dan talian internet. Sudah tentu perlu memiliki

    komputer atau komputer riba. Anda tidak perlu memilik ruang pejabat rasmi,

    sebaliknya anda boleh melakukan di mana sahaja selagi ada sambungan ke

    internet.

    Tips:  Di internet, anda boleh mendapatkan diskaun-diskaun bagi barangan /

    produk tertentu seperti domain name dan hosting. Caranya, anda mencari di

    google dengan menaip seperti “domain name coupon” atau “hosting coupon”.

    Gunakan peluang yang ada ini di permulaan bisnes anda, dan inilah antara yang

    saya lakukan untuk menjimatkan kos.

    2. Tidak perlu ramai pekerja dan membayar gaji bulanan mereka

    Tidak seperti perniagaan konvensional, jika anda melakukan perniagaan ini maka

    sudah semestinya anda perlu mempunyai beberapa orang pekerja tetap. Maka

    sudah pasti anda perlu membayar gaji bulanan atau harian kepada mereka.

    Sebaliknya, tidak untuk perniagaan internet, anda boleh melakukan bisnes

    berseorangan atau bersama isteri atau suami tersayang hanya di rumah. Juga,

    anda mampu memiliki beberapa perniagaan internet dalam satu masa.

    Hakcipta Terpelihara © SmartUsaha.Com. Mohd Zulfadli.  vi25Write text here

  • 8/18/2019 Kelebihan Perniagaan Internet Smartusaha

    3/5

    Modul Perniagaan dan Pemasaran Internet 

    3. Boleh diautomasikan

    Perniagaan internet membolehkan beberapa kerja diautomasikan, bermaksud

    anda boleh meninggalkan perniagaan anda semasa anda sedang bercuti.

    Walaupun anda tidak masuk ke internet selama seminggu pun semasa sedang

    bercuti, internet atau sistem akan melakukan segalanya untuk anda. Bagi kes ini,

    ia berlaku kepada produk jenis digital yang menggunakan sistem pembayaran

    kad kredit atau seperti program google adsense dan affiliate.

    Namun, jika tidak diautomasikan sepenuhnya, sekurang-kurangnya sebahagian

    daripada kerja dapat dilakukan secara automatik tanpa perlu kita melakukannya.

    Sebagai contoh seperti pembayaran online menggunakan kad kredit. Kita hanya

    menerima bayaran, tetapi pihak lain yang akan menguruskan pembelian kad

    kredit tersebut.

    4. Mampu memiliki banyak perniagaan dalam satu masa

    Seperti diterangkan di atas, perniagaan internet memberikan kelebihan kepada

    anda untuk memiliki laman web perniagaan internet lebih daripada satu seperti 3,

    5, 7 atau lebih daripada itu dalam satu masa. Bahkan, anda masih mampu

    menguruskan semua laman web perniagaan tersebut berseorangan.

    Memiliki banyak laman web adalah perlu agar wujudnya multiple sources ofincome. Dengan adanya beberapa laman web, maka pendapatan harian dan

    bulanan anda adalah hasil jumlah kesemua dari laman web anda tersebut. Contoh

    pendapatan bagi setiap laman web bagi setiap bulan:

    Laman web 1 = RM1000

    Laman web 2 = RM1500

    Laman web 3 = RM700

    Laman web 3 = RM2000TOTAL = RM RM5200 ☺ 

    5. Tiada tekanan fizikal dan mental

    Anda tidak perlu bersesak-sesak di jalan raya dan tidak akan ada sesiapa yang

    boleh menekan perasaan dan mental anda seperti di pejabat yang sentiasa

    dimarahi oleh bos, serta gosip-gosip negatif di tempat kerja. Di dalam perniagaan

    internet, andalah yang menentukan segalanya. Masa kerja, cuti, rehat dan

    sebagainya, semuanya di tangan anda!

    Hakcipta Terpelihara © SmartUsaha.Com. Mohd Zulfadli.  vii35Write text here

  • 8/18/2019 Kelebihan Perniagaan Internet Smartusaha

    4/5

    Modul Perniagaan dan Pemasaran Internet 

    6. Tiada lagi istilah buka kedai 9 – 6

    Perniagaan konvensional biasanya bermula dari jam seawal 9 pagi dan berakhir

     jam 6 petang, tidak termasuk waktu tambahan. Para pelanggan biasanya hanya

    akan datang pada waktu tersebut sahaja. Tidak lagi bagi perniagaan internet,

    semuanya akan berlaku 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun.

    Bahkan, pelanggan anda adalah dari seluruh dunia termasuk dari negara sendiri.

    Kedai anda iaitu laman web perniagaan anda akan tetap dibuka 24 jam tanpa

    henti melainkan anda menutup laman web tersebut. ☺ 

    7. Prospek begitu besar dan meluas

    Prospek atau bakal pelanggan anda adalah dari seluruh dunia. Sehingga kini

    dianggarkan pengguna internet sedunia adalah sebanyak 1.04 billion orang.

    Manakala pengguna internet di Malaysia pula adalah dianggarkan seramai 10 juta

    orang, manakala di Asia adalah dianggar sebanyak 380 juta orang iaitu paling

    ramai di dunia.

    Sila rujuk http://www.internetworldstats.com/stats.htm untuk statistik

    pengguna internet sedunia.

    8. Mudah dimulakan dan rendah risiko

    Sesiapa yang pandai membaca dan mengira, maka mereka boleh melakukan

    perniagaan internet. Tiada pilih kasih dan sesiapa sahaja boleh melakukannya,

    malah risiko yang mungkin dihadapi atau ditanggung tidaklah sebesar perniagaan

    konvensional.

    Hakcipta Terpelihara © SmartUsaha.Com. Mohd Zulfadli.  viii45Write text here

  • 8/18/2019 Kelebihan Perniagaan Internet Smartusaha

    5/5

    Modul Perniagaan dan Pemasaran Internet 

    BENGKEL ASAS PERNIAGAAN INTERNET

    Laporan ini adalah sebahagian di dalam modul bengkel perniagaan internet saya

    yang dianjurkan oleh pihak ebizmalaysia.com. Lawati laman web tersebut untuk

    maklumat lanjut mengenai bengkel perniagaan internet yang dijalankan.

    Di bengkel ini, saya mengajar peserta dengan langkah demi langkah  dan

    secara praktikal, dari proses mengkaji pasaran sehinggalah membina laman

    web, serta cara promosi dan pemasaran yang berkesan.

    http://ebizmalaysia.com/bengkel 

    Hakcipta Terpelihara © SmartUsaha.Com. Mohd Zulfadli.  ix55Write text here