5
Kek perigi biru Bahan-bahan: 16 oz mentega (454 gram - saya guna 2 buku mentega Anchor) 10 biji telur gred A 250 gram gula halus 1 tin kecil susu manis (300 gram) 1 tin kecil seri kaya (170 - 180 gram) 1 sudu makan ovallate 310 gram tepung gandum * 1 sudu teh baking powder * (*campurkan dan ayak) 1 botol kecil horlicks (200 gram) pewarna kuning dan biru Cara-cara membuatnya: 1. Panaskan oven pada suhu 175 C api atas dan bawah. 2. Gris loyang dengan mentega dan alaskan dengan baking paper. 3. Pukul mentega dengan gula hingga putih, baru masukkan ovallate. Gaul lagi. 4. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang. 5. Perlahankan mixer, masukkan susu manis dan serikaya. Gaul hingga sebati.

Kek perigi biru

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kek perigi biru

Kek perigi biru

Bahan-bahan: 16 oz mentega (454 gram - saya guna 2 buku mentega Anchor)

10 biji telur gred A 250 gram gula halus 1 tin kecil susu manis (300 gram)

1 tin kecil seri kaya (170 - 180 gram) 1 sudu makan ovallate

310 gram tepung gandum * 1 sudu teh baking powder * (*campurkan dan ayak) 1 botol kecil horlicks (200 gram)

pewarna kuning dan biru

Cara-cara membuatnya:

1. Panaskan oven pada suhu 175 C api atas dan bawah.

2. Gris loyang dengan mentega dan alaskan dengan baking paper. 3. Pukul mentega dengan gula hingga putih, baru masukkan ovallate. Gaul lagi. 4. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang.

5. Perlahankan mixer, masukkan susu manis dan serikaya. Gaul hingga sebati.

Page 2: Kek perigi biru

6. Kemudian masukkan tepung gandum, baking powder dan horlicks, gaul dengan kelajuan paling rendah hingga rata.

7. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan warna biru dan kuning. 8. Bakar 5 sudu makan lapisan kuning pada suhu 175 C menggunakan api atas dan

bawah hingga permukaan lapisan keperangan. 9. Tukar api atas. Lapis lagi warna kuning hingga 6 lapisan, biru 6 lapisan, kemudian

kuning 6 lapisan, akhir sekali biru 6 lapisan.

10. Untuk lapisan terakhir, bila permukaan kek telah keperangan, tukar api atas dan bawah pada suhu 150 C selama 10 minit.

11. Bila kek dah masak, biarkan sejuk di atas relai, sebelum dibalut dengan aluminium foil untuk disimpan dalam peti ais.

Kek lapis M&M

Bahan-bahan:

10 biji telur ayam gred A 500 gram mentega 200 gram gula halus/kastor

300 gram susu pekat manis 1 sudu besar ovallate

1 sudu teh esen vanilla 250 gram tepung Hong Kong 100 gram Horlicks

coklat M&M secukupnya

Page 3: Kek perigi biru

Cara-cara membuatnya:

1. Pukul mentega dengan gula sampai putih. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang dan sebati.

2. Masukkan esen vanilla dan ovallate. Gaul rata dan masukkan susu pekat manis. Pukul dengan kelajuan perlahan hingga adunan sebati.

3. Masukkan tepung dan Horlicks sedikit demi sedikit sambil dipukul lagi dengan

kelajuan paling rendah hingga adunan bergaul sebati.

Cara-cara membakar:

1. Griskan dasar loyang dengan mentega dan alaskan dengan baking paper. 2. Panaskan oven pada suhu 175 - 200 'C mengikut kepanasan oven masing-masing.

3. Bakar 5 sudu makan adunan untuk lapisan pertama dengan menggunakan api atas dan bawah. Bila dah keperangan, bakar 5 sudu makan adunan untuk lapisan kedua dengan menggunakan api atas sahaja. Untuk lapisan ketiga, susun coklat M&M di atas lapisan

tersebut sebelum dimasukkan ke dalam oven dan bakar hingga keperangan. Ulang sampai habis.

4. Untuk lapisan terakhir, bila da keperangan, tukar api atas dan bawah pada suhu 150 'C dan bakar lagi selama 10 minit.

Cara-cara penyimpanan:

1. Bila kek dah sejuk, keluarkan dari loyang dan balut dengan aluminium foil. 2. Masukkan dalam peti ais dan keluarkan untuk dipotong serta dihidang bila perlu.

KEK LAPIS 16 SEPTEMBER

Bahan-bahan: 500 gm mentega

150 gm gula 1 sudu besar ovellatte

10 biji telur gred A 1 tin susu pekat manis 260 gm tepung Hong Kong

100 gm horlicks 50 gram jem blueberry

50 gram jem strawberry 1 sudu teh perisa blueberry

Page 4: Kek perigi biru

1 sudu teh perisa strawberry 1 sudu teh perisa pisang/mangga/nenas

1 suduh teh perisa vanilla pewarna biru, merah, dan kuning

Cara-cara Membuatnya:

1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang dan putih. Masukkan telur sebiji-sebiji dan terus pukul.

2. Masukkan pula susu pekat manis dan ovellate, lalu dipukul dengan speed perlahan.

3. Seterusnya, masukkan horlicks dan tepung lalu dipukul terus dengan kelajuan yang rendah sehingga menjadi adunan yang licin dan sebati.

4. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. (1) Biar warna plain dan dimasukkan perisa vanilla. (2) Letak pewarna merah, jem strawberry dan perisa strawberry. (3) Letak pewarna kuning dan perisa pisang/mangga/nenas. (4) Letak pewarna biru, jem

blueberry dan perisa blueberry. 5. Panaskan oven pada suhu antara 175-200 C (ikut kepanasan oven masing-masing).

6. Dengan menggunakan loyang 8" x 8" yang telah disapu mentega pada dasarnya sahaja dan dialas baking paper, mulakan proses membakar.

7. Bakar adunan biru selapis-selapis hingga habis, diikuti dengan adunan kuning juga

selapis-selapis hingga habis. Kemudian, bakar adunan merah berselang-seli dengan adunan plain selapis-selapis juga hingga habis.

Page 5: Kek perigi biru

Setiap lapisan menggunakan 5 sudu besar. Untuk mendapatkan lapisan yang sama tebal dan teratur, kita harus menepati sukatannya. Kalau pun ada lebih adunan,

biarkan dan jangan digunakan. Tekan-tekan setiap lapisan yang telah masak dengan sudu atau penekan kek untuk

hilangkan ruang udara. Pastikan hanya dasar loyang yang disapu dengan mentega (jangan sapu di sisi-sisi

loyang) untuk mengelakkan pembentukan ruang udara yang menyebabkan kek

beralun dan tidak sekata. Untuk lapisan pertama, gunakan api atas dan bawah. Manakala lapisan seterusnya

hingga lapisan terakhir guna api atas sahaja. Untuk lapisan terakhir, bila dah keperangan, tukar api atas dan bawah dan bakar lagi

selama 10 minit untuk memastikan kek benar-benar masak.

Kek Lapis Cinta Kirana Bahan2:

340g mentega 170g gula halus 6 biji telur ayam(gred A)

10 sudu makan susu manis 1 sudu teh esen vanilla 170g tepung hong kong/gandum

180g seri kaya(tin kecil) Pewarna hijau, kuning dan merah

Asam manis secukupnya

Cara2:

1. Mentega dipukul dengan gula halus sampai kembang. 2. Masukkan telur satu persatu sampai habis sambil terus dipukul dengan kelajuan

perlahan.

3. Masukkan esen vanila,susu manis, serikaya dan kacau sebati. 4. Masukkan tepung(yg sudah diayak) sedikit demi sedikit ke dalam adunan dan adun

rata 5. Bahagikan kepada 3 bahagian: (i) warnakan kuning (ii)warnakan hijau (iii)warnakan

merah

6. Pastikan air kukusan sudah mendidih sebelum mula mengukus. 7. Kukuskan 3/4 cawan adunan berwarna merah dahulu..setelah masak,kukus pula

adunan hijau. Susunkan asam manis barulah masukkan adunan kuning. 8. Ulangi langkah 7 sehingga adunan habis 9. Kukus sekurang2nya satu jam selepas lapisan terakhir. Selamat mencuba