Upload
buikhanh
View
368
Download
7
Embed Size (px)
Citation preview
KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEPASUKAN
SUKAN KERAJAAN TEMPATAN MALAYSIA, KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
(KSKTM KPKT) 2017
1. NAMA KEJOHANAN
Kejohanan Bolasepak 9 Sepasukan Sukan Kerajaan Tempatan Malaysia,
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
(KSKTM KPKT) 2017. Terbuka kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
di Malaysia sahaja.
2. PENGANJUR
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
MALA, ANULAE dan Majlis Perbandaran Kuantan selaku tuan rumah.
3. TARIKH PERTANDINGAN
Tarikh : 30 September & 1 Oktober 2017 (Sabtu & Ahad)
Masa : Bermula 8.00 pagi
4. TEMPAT
Padang MPK 1 (A) dan (B), Jalan Mahkota, Kuantan.
5. YURAN PENDAFTARAN
5.1 Ahli : RM 250.00
5.2 Bukan Ahli : RM 350.00
6. HADIAH
6.1 Johan : RM2000 + Piala Iringan + Medal
6.2 Naib Johan : RM1500 + Medal
6.3 Tempat Ke 3 : RM1000 + Medal
6.4 Tempat Ke 4 : RM 500 + Medal
7. SYARAT-SYARAT AM
7.1 Setiap Pihak Berkuasa Tempatan dibenarkan mendaftar hanya satu
pasukan sahaja dan penyertaan terhad kepada 24 pasukan.
7.2 Setiap pasukan perlu menghantar borang pendaftaran pasukan, pemain
dan pegawai selewat-lewatnya sebelum/pada 25 September 2017 (Isnin).
7.3 Pendaftaran pasukan seramai 3 orang pegawai beserta 15 orang pemain
hendaklah dilengkapkan melalui borang yang disediakan dan sebarang
pertukaran hendaklah dimaklumkan dalam mesyuarat pengurus-pengurus
pasukan yang akan diadakan pada 29 September 2017 (Jumaat) jam 5.00
petang bertempat di Wisma Belia, Indera Mahkota, Kuantan.
7.4 Pendaftaran pegawai dan pemain hendaklah disertakan satu salinan kad
pengenalan, slip gaji beserta kad pekerja (jika ada).
7.5 Tarikh tutup penyertaan pada 25 September 2017 (Isnin) jam 5.00
petang.
7.6 Jawatankuasa Pertandingan berhak meminda jadual pertandingan yang
melibatkan masa dan tempat bergantung kepada situasi semasa atau
yang difikirkan perlu bagi melancarkan perjalanan kejohanan tersebut
dengan memaklumkan kepada pengurus-pengurus yang terlibat.
8. PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PESERTA
8.1 Pegawai dan kakitangan yang berkhidmat sama ada bertaraf tetap,
kontrak yang telah berkhidmat selama enam (6) bulan di sesebuah Pihak
Berkuasa Tempatan sahaja dibenarkan menyertai kejohanan ini. Sila
kemukakan Salinan penyata KWSP bersama borang penyertaan
8.2 Setiap pemain juga diminta untuk menyediakan salinan kad pengenalan
dan tiga (3) bulan slip gaji mulai bulan Jun-Ogos 2017 yang disahkan oleh
Datuk Bandar/Yang Dipertua/Setiausaha.
8.1 Setiap pasukan diwajibkan untuk mendaftar sekurang-kurangnya minima
dua orang pemain veteran dalam setiap pasukan.
8.2 Umur bagi setiap pemain-pemain veteran yang didaftarkan mestilah
berumur 45 tahun dan ke atas pada tahun 2017.
8.3 Seorang pemain veteran yang didaftarkan untuk bermain wajib berada
dalam padang sehingga tamat permainan dan akan dipakaikan
tanda@handband (disediakan oleh urusetia).
8.4 Setiap pegawai pasukan yang juga bertindak sebagai pemain dikehendaki
mendaftar sebagai pemain sesebuah pasukan yang diwakilinya.
9. FORMAT PERTANDINGAN
9.1 Liga Kumpulan
i. Pertandingan akan dijalankan secara liga satu pusingan di mana setiap
pasukan akan dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu Kumpulan A - 4
pasukan, kumpulan B - 4 pasukan, kumpulan C - 4 pasukan dan kumpulan
D - 4 pasukan. (Tertakluk kepada penyertaan pasukan)
ii. Semua pasukan akan ditentukan kedudukan melalui undian.
iii. Johan dan Naib Johan setiap Kumpulan akan layak bermain di pusingan
peringkat seterusnya.
iv. Sekiranya terdapat persamaan dalam kutipan mata, kaedah yang
digunakan adalah seperti berikut:-
(a) Perbezaan Gol
(b) Jumlah Jaringan
(c) Head to head
v. Sekiranya mata masih lagi sama, penentuan akan ditentukan secara 'toss
coin'.
9.2 Masa Permainan
i. Masa permainan adalah 10+1+10 minit untuk setiap perlawanan.
ii. Setiap pasukan dikehendaki hadir ke padang sekurang-kurangnya 30
minit sebelum sepak mula sesuatu perlawanan. Jika mana-mana pasukan
gagal hadir pada masa yang ditetapkan, pihak penganjur berhak untuk
memberikan kemenangan 3-0 kepada pihak lawan.
iii. Bagi peringkat pusingan kedua dan seterusnya tiada tambahan masa
diperuntukan sekiranya keputusan masih seri sehingga tamat permainan.
iv. Lima (5) sepakan dari tanda penalti akan diadakan bagi menentukan
pemenang bagi perlawanan tersebut tersebut. Jika masih seri tendangan
penalti sudden death akan diadakan sehingga habis pemain yang berada
di atas padang semasa tamat perlawanan. Jika masih seri penentuan
dibuat secara 'toss coin' sebanyak 3 kali.
v. Sepakan dari tanda penalti bagi penentuan pemenang akan dijalankan
mengikut Undang- Undang FAM.
9.3 Mata
Pasukan menang - 3 mata
Pasukan Seri - 1 mata
Pasukan kalah - 0 mata
10. PERATURAN PERTANDINGAN
10.1 Pegawai pasukan diminta untuk menghantar borang (Startlist) kepada
urusetia pertandingan 10 minit sebelum sepak mula dijalankan.
10.2 Pemain yang GAGAL menunjukkan DOKUMEN PENGENALAN (kad
akreditasi/kad pengenalan) sekiranya diminta oleh Jawatankuasa
Pertandingan dan teknikal tidak akan dibenarkan bermain.
10.3 Setiap pasukan hendaklah menyediakan sekurang-kurangnya 2 (dua) set
jersi yang berlainan warna.
10.4 Setiap pemain dikehendaki menggunakan nombor yang sama sepanjang
kejohanan berlangsung dengan nombor jersi yang jelas.
10.5 Penjaga gol mestilah menggunakan warna jersi yang berlainan dari
kedua- dua pasukan dan pengadil.
10.6 Jika terdapat persamaan warna jersi, pasukan pelawat perlu menukarkan
jersi yang berlainan warna. Pasukan Tuan Rumah adalah pasukan yang
disebut dahulu pada jadual perlawanan.
10.7 Sebarang perubahan nombor jersi hendaklah dimaklumkan kepada pihak
Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal.
10.8 Ketua pasukan hendaklah memakai lilitan lengan disebelah kiri lengan
jersi.
10.9 Minimun bagi memulakan perlawanan adalah 7 orang pemain bagi
pasukan yang berkenaan.
10.10 Pasukan yang GAGAL hadir pada perlawanan seperti yang dijadualkan
kemenangan 3-0 akan diberikan kepada pasukan yang menunggu dan
pasukan yang GAGAL hadir tersebut akan dikenakan tindakan TEGAS
oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal.
10.11 Pemain-pemain wajib memakai alas kaki yang sesuai serta pelapik tulang
(shin pads) pada masa perlawanan.
10.12 Pertukaran pemain boleh dilakukan sebanyak 5 kali dalam sesuatu
perlawanan dan pemain yang keluar tidak dibenarkan untuk masuk
semula pada perlawanan tersebut.
10.13 Peraturan pertandingan adalah mengikut peraturan yang berkuatkuasa
sebagaimana yang diputuskan dan disiarkan oleh Jawatankuasa
Pertandingan dan Teknikal.
10.14 Pihak urusetia akan menjalankan kawad cam sebelum perlawanan
bermula.
11. KESALAHAN DAN PENGGANTUNGAN
11.1 Peraturan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pertandingan adalah
muktamad.
11.2 Pemain yang menerima 2 (dua) kad kuning di dalam perlawanan liga akan
dikenakan penggantungan secara automatik 1 (satu) perlawanan
berikutnya.
11.3 Pemain yang menerima 2 (dua) kad kuning di dalam satu perlawanan (1
kad merah) akan dikenakan penggantungan secara automatik 1 (satu)
perlawanan berikutnya. Sekiranya pemain mendapat kad merah atas
kesalahan pergaduhan, pemain tersebut akan disingkirkan daripada
pertandingan berdasarkan laporan pengadil.
11.4 Pemain yang menerima 1 (satu) kad merah di dalam perlawanan semasa
akan dikenakan penggantungan secara automatik 2 (dua) perlawanan
berikutnya.
11.5 Pasukan yang menurunkan pemain yang masih di dalam tempoh
penggantungan dan jika terdapat bantahan oleh pasukan lawan atau
dikenalpasti oleh Jawatankuasa Pertandingan dan teknikal, kemenangan
3-0 akan diberikan kepada pasukan yang berkenaan.
11.6 Setiap bantahan hendaklah dengan mengisi borang Bantahan berserta
Wang Tunai sebanyak RM 500.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ratus Sahaja)
secara tunai dan wang tidak akan dikembalikan.
12. PERKARA-PERKARA LAIN
12.1 Keputusan yang telah diputuskan semasa mesyuarat pengurus-pengurus
pasukan adalah muktamad.
12.2 Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang
kemalangan, kecederaan, kematian atau sebarang bentuk kesakitan serta
segala kerugian ke atas pasukan yang bertanding dan segala risiko
tersebut adalah tanggungjawab pengurusan masing-masing.
12.3 Pihak penganjur berhak untuk meminda mana-mana jadual pertandingan
atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan atau difikirkan perlu.
12.4 Sebarang keputusan oleh Jawatankuasa Pertandingan dan teknikal atas
apa syarat-syarat dan peraturan pertandingan adalah MUKTAMAD dan
boleh dipinda atau digubal mengikut kesesuaian Jawatankuasa
Pertandingan.
13. PENGESAHAN DAN PENDAFTARAN PASUKAN
13.1 Pihak penganjur menerima pendaftaran pasukan melalui faks, emel atau
hadir sendiri ke Sekretariat.
13.2 Borang penyertaan boleh juga dimuat turun di laman sesawang atau portal
MPK di alamat www.mpk.gov.my.
13.3 Bayaran secara tunai @ cek atas nama TABUNG PINJAMAN DAN
EKONOMI KESUMBA MPK, nombor akaun 06019010002028 (BIMB)
atau boleh hadir ke pihak sekretariat. Pendaftaran lengkap hendaklah
dihantar ke:
Sekretariat Kejohanan Sukan Kerajaan Tempatan
Majlis Perbandaran Kuantan
Wisma Belia Indera Mahkota
25200 Bandar Indera Mahkota
Telefon: 09-5735239
Faks: 09-5735381
TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 25 SEPTEMBER 2017 (ISNIN)
Untuk sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan:
Pn. Haslinda binti Hassan (Sekretariat) H/p: 013-9321495
Emel: [email protected]
En. Ashari bin Yakub (Sekretariat) H/p: 0 17-972 1351
Emel: [email protected]
En. Yusoff bin Husain (Penyelaras Bolasepak) H/p: 013-9319731 Emel: [email protected]
En. Muhamad Hafiz bin Abdul Rahim (Penolong Penyelaras) H/p: 012-9093240
Emel: [email protected]
KEJOHANAN BOLASEPAK 9 SEPASUKAN SUKAN KERAJAAN TEMPATAN MALAYSIA, KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN
BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN (KSKTM KPKT) 2017
NAMA PBT/PASUKAN : _______________________________________________
ALAMAT : _______________________________________________
_______________________________________________
NAMA PENGURUS : _______________________________________________
NO. H/P PENGURUS : _______________________________________________
BIL. NAMA PEGAWAI JAWATAN NO. KAD PENGENALAN
JURULATIH
FISIOTERAPI
BIL. NAMA PEMAIN NO. KAD PENGENALAN
NO. KWSP NO. JERSI
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
Pengurus Pasukan Datuk Bandar/Yang Dipertua/Setiausaha
…............................................. …....................................................................................... Tandatangan & Cop Tandatangan & Cop
KEJOHANAN KAROM
SUKAN KERAJAAN TEMPATAN MALAYSIA, KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
(KSKTM KPKT) 2017
1. NAMA DAN PENGANJUR KEJOHANAN
Kejohanan Karom Sukan Kerajaan Tempatan Malaysia, Kementerian Kesejahteraan
Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KSKTM KPKT) 2017 anjuran
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
MALA, ANULAE dan Majlis Perbandaran Kuantan selaku tuan rumah.
2. PERATURAN AM
2.1 Permainan akan diputuskan berasaskan kepada peraturan Am Kejohanan Sukan
Kerajaan Tempatan Malaysia 2017.
2.2 Mana-mana peraturan dan syarat-syarat yang tidak tercatat, jawatan kuasa
Penganjur Sukan Karom adalah berhak meminda atau menambah peraturan-
peraturan yang difikirkan perlu. Sebarang keputusan adalah muktamad.
3. TEMPAT DAN TARIKH PERTANDINGAN
3.1 Dewan Pameran Wisma Belia, Indera Mahkota, Kuantan
3.2 30 September hingga 1 Oktober 2017 (Sabtu dan Ahad)
4. KELAYAKAN PESERTA
4.1 Seperti yang telah ditetapkan di dalam syarat induk.
5. YURAN PENYERTAAN
5.1 Ahli MALA : RM250.00
5.2 Bukan ahli MALA : RM350.00
6. HADIAH
6.1 Johan : RM2000+ Piala Iringan + Medal
6.2 Naib Johan : RM1500 + Medal
6.3 Tempat Ke 3 : RM1000 + Medal
6.4 Tempat Ke 4 : RM 500 + Medal
7. PENDAFTARAN PENYERTAAN
7.1 Setiap Pihak Berkuasa Tempatan dibenarkan mendaftar hanya satu pasukan
sahaja.
7.2 Setiap pasukan terdiri daripada seorang (1) pengurus, seorang (1) jurulatih, lapan
(8) orang pemain dan dua (2) orang pemain simpanan. Pengurus dan jurulatih
dibenarkan bermain dengan syarat didaftarkan sebagai pemain.
7.3 Pegawai dan kakitangan yang berkhidmat sama ada bertaraf tetap, kontrak yang
telah berkhidmat selama enam (6) bulan di sesebuah Pihak Berkuasa Tempatan
sahaja dibenarkan menyertai kejohanan ini. Sila kemukakan Salinan penyata
KWSP bersama borang penyertaan.
7.4 Setiap pemain juga diminta untuk menyediakan salinan kad pengenalan dan tiga
(3) bulan slip gaji mulai bulan Jun-Ogos 2017 yang disahkan oleh Datuk
Bandar/Yang Dipertua/Setiausaha.
8. ACARA-ACARA YANG AKAN DIPERTANDINGKAN
8.1 Pertandingan karom akan dijalankan seperti berikut:-
8.1.1 Perseorangan Lelaki
8.1.2 Beregu Lelaki
8.1.3 Perseorangan Wanita
8.1.4 Beregu Wanita
8.1.5 Beregu Campuran (Lelaki + Wanita)
8.2 Setiap pemain hanya dibenarkan menyertai satu (1) acara sahaja.
9. FORMAT PERTANDINGAN
9.1 Pertandingan akan dijalankan secara liga dalam kumpulan pada peringkat awal
dan kalah keluar pada peringkat seterusnya.
9.2 Untuk memulakan perlawanan, undian akan dijalankan bagi pemain pertama
membuat jentikan bagi set pertama dan set kedua. Jika pemain tersebut ada
memasukkan buah karomnya, beliau boleh meneruskan gilirannya.
9.3 Buah merah akan dikeluarkan sejurus selepas pemain pertama membuat
jentikan bagi set pertama dan set kedua. Jika pemain tersebut ada memasukkan
buah karomnya, beliau boleh meneruskan gilirannya.
9.4 Sekiranya berlaku seri, perlawanan akan diteruskan ke set ketiga bagi
menentukan pemenangnya. Di dalam set penentuan ini, undian akan dibuat oleh
pengadil bagi menentukan tempat duduk dan pihak yang akan memulakan
jentikan. Pemenang undian akan diberi keutamaan untuk membuat pilihan. Jika
pemenang undian memilih untuk memulakan pukulan, pihak lawan berhak
memilih tempat duduk.
10. MATA PENENTUAN KEMENANGAN
10.1 Di peringkat kumpulan pasukan yang menang diambil kira melalui 'set' yang
dimenangi dalam satu-satu perlawanan (3) set pertandingan kemenangan
mestilah 3-0 dan 2-1 sahaja.
10.2 Setiap set perlawanan akan dimainkan selama 20 minit. Jika masa yang
diberikan berakhir, penentu kemenangan pemain yang mempunyai buah yang
kurang jumlahnya di atas meja dianggap pemenang.
10.3 Jika jumlah buah sama bilangannya. Pemain akan diberi peluang memasukkan
buah secara penalti sebanyak tiga biji. Buah tersebut mestilah diletak di tengah
bulatan merah papan. Pemain yang berjaya memasuki buah yang banyak akan
dikira pemenang.
10.4 Jika didapati pemain masih gagal untuk memasuki buah ataupun kedudukan seri
maka lambungan duit akan dilaksanakan untuk penentu kemenangan.
10.5 Jika terdapat persamaan mata bagi penentu tempat ke separuh akhir perbezaan
jumlah set yang dimenangi akan diambilkira.
10.6 Jika masih terdapat persamaan, jawatankuasa akan menentukan cara bagi
menentukan pemenang.
11. UNDANG-UNDANG
11.1 Papan karom jenis poket luar
11.2 Buah 9 biji (kuning), 9 biji (hitam) dan 1 merah
11.3 Striker mestilah boleh masuk ke dalam ke empat-empat poke papan karom.
11.4 Tidak boleh diletak atau dilekatkan sebarang benda di atas striker.
12. MEMBUAT PUKULAN (JENTIKAN)
12.1 Hanya pergelangan tangan dibenarkan berada di atas bingkai tetapi tidak memasuki permukaan papan.
12.2 Siku atau badan tidak boleh melebihi garisan anak panah (arrow) ketika
membuat pukulan. 12.3 Striker mestilah menyentuh dua garisan UFUK ketika membuat pukulan
(jentikan). 12.4 Apabila menggunakan bulatan (moon), striker pemain mestilah menutupi
bulatan penuh (full moon) dan tidak menyentuh garisan anak panah (arrow). 12.5 Kerusi tempat duduk tidak boleh dialihkan semasa membuat pukulan. 12.6 Pemain diberi masa 15 saat untuk membuat pukulan dan jika melebihi masa
tersebut, pemain akan hilang giliran. 12.7 Keluarkan buah merah selepas pukulan pertama.
13. BUAH KAROM TERPELANTING KELUAR
13.1 Sekiranya terdapat buah karom yang terpelanting keluar semasa permainan,
buah tersebut diletakkan di bulatan tengah (merah). Jika terdapat buah lain di
bulatan tengah pada ketika itu, buah yang terpelanting mestilah diletakkan di
atas buah sedia ada.
13.2 Jika buah koram terkeluar dan meniti di atas bingkai lalu masuk semula ke
dalam di atas permukaan papan, ia dikira dalam permainan.
13.3 Buah karom yang keluar dan meniti di atas bingkai lalu masuk ke dalam
poket ia dikira masuk.
13.4 Bila mana buah terpelanting keluar, pemain (pada masa yang sama) dapat
memasukkan buahnya, beliau boleh meneruskan gilirannya selepas buah
terpelanting itu diletakkan di bulatan tengah.
13.5 Buah yang terpelanting terkena tangan/badan lalu masuk semula ke dalam
papan adalah dikira keluar dan perlu diletakkan di bulatan tengah.
14. DENDA
14.1 Denda satu (1) biji dan hilang giliran sekiranya melanggar peraturan sewaktu
membuat pukulan (10.1 hingga 10.5) selepas diberi amaran sekali oleh
pengadil.
14.2 Denda satu (1) biji dan hilang giliran sekiranya melanggar peraturan di para
seperti berikut:-
14.2.1 Jika striker masuk poket sedangkan buah karom masih penuh
maksima (9 biji) tiada denda dikenakan.
14.2.2 Denda satu (1) biji dan hilang sekiranya memasukkan buah dan
striker dengan satu pukulan kecuali buah terakhir. Buah karom
yang masuk tidak perlu dikeluarkan, sekiranya buah terakhir
pemain tersebut dikira menang.
14.2.3 Denda satu (1) biji dan hilang giliran jika pemain melanggar buah
karom di atas papan semasa pertandingan sedang berlangsung.
14.2.4 Buah denda hendaklah diletakkan oleh pihak lawan dalam bulatan
besar tetapi tidak ditengah bulatan pusat merah, jarak meletak
buah denda adalah sekadar tidak menyentuh buah lain yang
sediada di ruang bulatan besar.
15. HAL-HAL LAIN
15.1 Gundu (striker) dengan berat 15 gram dan garis pusat tidak melebihi 4.13
cm sahaja dibenar digunakan. Sementara serbuk pelicin akan disediakan
oleh pihak penganjur (Swasik's Wintex Disco Carrom Powder).
15.2 Ujian striker tidak dibenarkan semasa perlawanan sedang berlangsung.
15.3 Pemain tidak dibenarkan meniup buah semasa permainan sedang
berlangsung.
15.4 Buah karom yang berdiri, bersandar ke bingkai atau buah karom yang lain
bertindih dengan sebab pukulan tidak perlu dibetulkan kedudukannya.
15.5 Ketika pemain membuat pukulan, striker terlepas tetapi tidak melepasi
dua garisan ufuk, ia diberi peluang sekali lagi untuk meneruskan giliran.
15.6 Pemain tidak dibenarkan menukar buah kecuali buah itu terpelanting
keluar daripada permukaan papan.
15.7 Sekiranya sesorang pemain memasukkan buah karomnya diikuti dengan
buah lawan (tetapi bukan buah yang terakhir) atau sebaliknya. Beliau
boleh meneruskan gilirannya.
15.8 Jawatankuasa pertandingan berhak menentu dan meminta sebarang
syarat atau undang- undang serta peraturan apabila difikirkan perlu
berbuat demikian.
15.9 Jika terdapat satu kejadian yang mana tidak tertakluk di bawah peraturan
atau undang-undang permainan karom, maka keputusan akan dirujuk
kepada jawatankuasa adalah muktamad.
16. BANTAHAN
16.1 Bantahan seperti yang telah ditetapkan peraturan induk.
16.2 Sebarang keputusan yang dibuat oleh Lembaga Rayuan dan Bantahan
adalah muktamad.
16.3 Setiap bantahan hendaklah dengan mengisi borang Bantahan beserta
Wang Tunai sebanyak RM500.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ratus Sahaja)
secara tunai dan wang tidak akan dikembalikan.
17. PENGESAHAN DAN PENDAFTARAN PASUKAN
17.1 Pihak penganjur menerima pendaftaran pasukan melalui faks, emel atau
hadir sendiri ke Sekretariat. Borang penyertaan boleh dimuat turun di laman
sesawang atau portal MPK di alamat www.mpk.gov.my.
17.2 Bayaran secara tunai @ cek atas nama TABUNG PINJAMAN DAN
EKONOMI KESUMBA MPK, nombor akaun 06019010002028 (BIMB) atau
boleh hadir ke pihak sekretariat. Pendaftaran lengkap hendaklah dihantar ke:
Sekretariat Kejohanan Sukan Kerajaan Tempatan
Majlis Perbandaran Kuantan
Wisma Belia Indera Mahkota
25200 Bandar Indera Mahkota
Telefon : 09-5735239
Faks: 09-573538
TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 25 SEPTEMBER 2017 (ISNIN)
Untuk sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan:
Pn. Haslinda binti Hassan (Sekretariat)
H/p: 013-9321495
Emel: [email protected]
En. Ashari bin Yakub (Sekretariat)
H/p: 0 17-972 1351
Emel: [email protected]
Encik Tahir @ Tony bin Abu Bakar (Penyelaras Karom)
H/p: 013-3332855
Emel: [email protected]
Encik Saipudin bin Pauzi (Penolong Penyelaras)
H/p: 014-2160191 / 013-9687837
Emel: [email protected]
KEJOHANAN KAROM
SUKAN KERAJAAN TEMPATAN MALAYSIA, KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
(KSKTM KPKT) 2017
PIHAK BERKUASA TEMPATAN : ______________________________________________
PENGURUS PASUKAN : _______________________________________________
JURULATIH : ______________________________________________
NO. TELEFON : ______________________________________________
BIL NAMA PEMAIN NO. KAD PENGENALAN NO. PEKERJA
NO. KWSP
1
2
3
4
5
6
7
8
PEMAIN SIMPANAN
9
10
Pengurus Pasukan Datuk Bandar/Yang Dipertua/Setiausaha
.............................. .............................................................
Tandatangan Tandatangan & Cop
KEJOHANAN GOLF SUKAN KERAJAAN TEMPATAN MALAYSIA, KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN
BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN (KSKTM KPKT) 2017
1. NAMA KEJOHANAN
Kejohanan Golf Sukan Kerajaan Tempatan Malaysia, Kementerian Kesejahteraan
Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KSKTM KPKT) 2017 terbuka kepada
semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Malaysia sahaja.
2. PENGANJUR
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
MALA, ANULAE dan Majlis Perbandaran Kuantan selaku tuan rumah.
3. TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN
3.1 Mahkota Golf and Country Club (MGCC), Indera Mahkota, Kuantan
3.3 1 Oktober 2017 (Ahad)
4. KATEGORI PERTANDINGAN
4.1 Kategori Berpasukan
5. PENYERTAAN DAN YURAN PENYERTAAN
5.1 Setiap PBT hanya boleh menghantar satu pasukan sahaja yang terdiri daripada
empat (4) orang pemain.
5.2 Pendaftaran pemain boleh terdiri daripada Ahli Majlis dan pegawai/kakitangan
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Pertandingan ini TERHAD kepada 20
pasukan bagi kategori berpasukan yang terawal mendaftar dan membuat
bayaran sahaja.
5.3 Pegawai dan kakitangan yang berkhidmat sama ada bertaraf tetap, kontrak yang
telah berkhidmat selama enam (6) bulan di sesebuah Pihak Berkuasa Tempatan
sahaja dibenarkan menyertai kejohanan ini.
5.4 Setiap pemain juga diminta untuk menyediakan salinan kad pengenalan dan tiga
(3) bulan slip gaji mulai bulan Jun-Ogos 2017 yang disahkan oleh Datuk
Bandar/Yang Dipertua/Setiausaha.
5.5 Yuran penyertaan sepasukan adalah seperti berikut:
5.5.1 Ahli MALA : RM1500.00
5.5.2 Bukan ahli MALA : RM2000.00
5.6 Pendaftaran hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 25 September 2017
secara tunai atau cek atas nama TABUNG PINJAMAN DAN EKONOMI
KESUMBA MPK, nombor akaun 06019010002028 (BIMB).
6. FORMAT DAN MAKLUMAT PERMAINAN
6.1 Sistem permainan yang digunakan dalam kejohanan ini adalah System 36
Stableford.
6.2 Susunan “flight” pemain-pemain di hari pertandingan akan ditentukan oleh
Jawatankuasa Penganjur.
6.3 Undang-undang permainan akan dijalankan mengikut peraturan-peraturan yang
ditetapkan oleh MGA.
6.4 'Practise Round” boleh dibuat sendiri sebelum hari pertandingan dan bayaran
adalah di bawah tanggungan pemain sendiri.
6.5 Kelayakan untuk kategori berpasukan (hanya untuk pasukan yang menghantar
sekurang-kurangnya tiga (3) orang pemain sahaja layak memenangi kategori
berpasukan berdasarkan keputusan terbaik). Tiga (3) dimestikan dikalangan
pegawai bergred 41 dan ke atas manakala baki seorang lagi adalah dairpada
mana-mana gred.
6.6 Kelayakan untuk kategori individu (semua pemain yang bertanding layak untuk
memenangi kategori ini).
6.7 Tiga (3) acara “Novelties” juga dipertandingan iaitu “Longest Drive”, “Nearest To
The Line” dan “Nearest To The Pin”. Acara Novelties ini akan dijalankan di
enam (6) laluan yang berbeza.
6.8 Setiap pemain akan menggunakan sebuah “buggy” secara berkongsi (2
orang/buggy). Caddie tidak disediakan.
7. PEMBERIAN MATA DAN PENENTUAN KEMENANGAN
7.1 Pengiraan mata kemenangan bagi acara berpasukan adalah berdasarkan “score”
terbaik oleh tiga (3) orang pemain terbaik dari PBT yang sama.
7.2 Pengiraan mata kemenangan bagi acara individu adalah berdasarkan “score”
terbaik setiap pemain yang bertanding.
7.3 Pemain boleh memenangi acara individu @ berkumpulan.
8. BANTAHAN
8.1 Sebarang bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan disertakan dengan
wang tunai sebanyak RM500.00 kepada Jawatankuasa Penganjur. Wang tunai
tersebut tidak akan dipulangkan sama ada bantahan diterima atau ditolak.
9. HADIAH
10. PENGANGKUTAN DAN PENGINAPAN
10.1 Pihak Jawatankuasa Penganjur tidak menyediakan penginapan dan
pengangkutan. Hanya PBT dari luar Semenanjung sahaja iaitu Sabah,
Sarawak dan WP Labuan akan disediakan pengangkutan.
TEMPAT BERPASUKAN INDIVIDU + MEDAL VIP + MEDAL
Johan + Medal RM2,000.00 RM500.00 (baucer) RM300.00 (baucer)
Naib Johan + Medal
RM1,500.00 RM450.00 (baucer) RM200.00 (baucer)
Ketiga + Medal RM1,000.00 RM400.00 (baucer) RM100.00 (baucer)
Keempat + Medal
RM500.00 RM350.00 (baucer) -
Kelima + Medal - RM300.00 (baucer) -
Keenam - RM250.00 (baucer) -
Ketujuh - RM200.00 (baucer) -
Kelapan - RM150.00 (baucer) -
Kesembilan - RM100.00 (baucer) -
Kesepuluh - RM50.00 (baucer) -
11. TENTATIF / PROGRAM KEJOHANAN
01 OKTOBER 2017 (AHAD)
7.00 pagi - Pendaftaran peserta
- Sarapan
7.45 pagi - Sesi bergambar
- Taklimat pertandingan
7.55 pagi - Bergerak ke tee-box
8.00 pagi - Tee-Off (Short gun start)
1.00 petang - Tamat pertandingan
- Jamuan tengahari
- Bersurai
TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 25 SEPTEMBER 2017 (ISNIN)
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :-
Sekretariat Kejohanan Sukan Kerajaan Tempatan
Majlis Perbandaran Kuantan
Wisma Belia Indera Mahkota
25200 Bandar Indera Mahkota
Telefon : 09-5735239
Faks: 09-5735381
Untuk sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan:
Pn. Haslinda binti Hassan (Sekretariat) H/p: 013-9321495 Emel: [email protected]
En. Ashari bin Yakub (Sekretariat) H/p: 0 17-972 1351
Emel: [email protected]
Tuan Haji Mohd. Fauzee bin Muhammad (Penyelaras Golf) H/p: 019-9897365
Emel: [email protected]
En. Rahimi bin Abdul Rahman (Penolong Penyelaras) H/p: 013-922 4469 Emel: [email protected]
KEJOHANAN GOLF
SUKAN KERAJAAN TEMPATAN MALAYSIA, KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
(KSKTM KPKT) 2017
Tarikh : _________________________________________
Tempat : _________________________________________
MAKLUMAT PESERTA
PBT
ALAMAT
NAMA PENGURUS
SAIZ BAJU
NO. TELEFON (PEJ) E-MEL H/FON
SENARAI NAMA PEMAIN
Nota: Saiz T-Shirt Europe
Pengurus Pasukan Datuk Bandar/Yang Dipertua/Setiausaha
................................ .............................................................
Tandatangan & Cop Tandatangan & Cop
BIL
NAMA NO. K/PENGENALAN
JAWATAN GRED HANDICAP SAIZ T-SHIRT
NO. KWSP
1
2
3
4