keje kayu

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/22/2019 keje kayu

    1/32

    PENGHARGAANAssalamualaikum....

    Pertamanya saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat ilahi kerana tanpa

    dengan izinNya saya pasti tidak mampu menyiapkan tugasan ini dengan baik dan

    sempurna.

    Setinggi penghargaan juga diucapkan kepada En Abdul Sukur iaitu pensyarah

    saya kerana beliau banyak memberikan bimbingan serta tunjuk ajar kepada saya

    dalam menyiapkan tugasan ini.

    Selain itu, jutaan terima kasih juga diucapkan buat rakan-rakan saya terutama

    sekali rakan sekelas saya yang telah banyak memberikan pandangan serta

    pendapat mereka mengenai tugasan terbabit. Juga kerana mereka turut membantu

    menyumbangkan idea-idea bernas mereka kepada saya ketika penghasilan tugasan

    ini. Tidak lupa juga penghargaan ditujukan kepada kedua ibubapa dan keluarga

    kerana berkat doa serta semangat yang diberikan kepada saya dapat saya siapkan

    tugasan ini dengan jayanya.

    Akhir kata dari saya semoga Allah dapat membalas segala bantuan dan tunjuk

    ajar yang diberikan kepada saya sama ada secara langsung ataupun tidak langsung

    sepanjang perlaksanaan tugasan ini. Saya amat menghargai segala bantuan yang

    diberikan sehingga saya mampu menyiapkan tugasan yang saya anggap susah ini

    dengan jayanya.

    Sekian terima kasih.

  • 8/22/2019 keje kayu

    2/32

    PENGENALANSubjek Teknologi Bahan dan Pembuatan dalam kursus RBT 3102 memberi

    pendedahan kepada guru pelatih mengenai perkembangan teknologi dan pembuatan

    bahan, jenis-jenis bahan mentah, sifat bahan mentah, asas pembinaan produk,

    barangan logam dan kelengkapan, bahan hiasan dalaman dan luaran,

    perkembangan industri pembuatan tempatan, penggunaan bahan kitar semula dan

    penerapan unsur pedagogi dan pentaksiran.

    Saya diberikan tugasan untuk menyiapkan satu projek iaitu projek rak kasut.Projek rak kasut ini merupakan tugasan saya bagi subjek teknologi bahan dan

    pembuatan. Rak kasut ini dapat menyelesaikan masalah bagi pengguna yang

    mempunyai masalah untuk meletakkan kasut-kasut mereka.

    Oleh itu, saya mencipta rak kasut yang sederhana kecil,mudah dialihkan,

    mudah digunakan, menarik serta mempunyai pelbagai kegunaan. Selain itu, rak

    kasut yang saya cipta ini ringan dan dapat memuatkan beberapa pasang kasut. Oleh

    itu, pengguna mudah untuk mengalihkan rak kasut itu serta dapat menggunakan

    ruang untuk kasut itu sepenuhnya.

    Melalui projek rak kasut ini dapat memberi peluang kepada pelajar untuk

    menjanakan idea serta membolehkan pelajar untuk menggunakan peralatan secara

    amali. Selain itu, pelajar dapat menggunakan meningkatkan kemahiran dan

    pengalaman kepada pelajar. Disamping itu, para pelajar dapat meningkatkan

    keberanian dan keupayaan diri mereka dengan membuat projek ini secara individu.

    Kerja kursus ini juga menguji nilai kretif dan kesungguhan yang ada dalam diri

    pelajar.

  • 8/22/2019 keje kayu

    3/32

    RASIONAL PROJEKProjek rak kasut ini dilaksanakan untuk:

    1. Memudahkan pengguna untuk meletakkan kasut-kasut mereka.

    2. Rak kasut yang mudah dipindahkan atau dibawa kemana sahaja kerana

    saiznya yang sederhana besar dan tidak terlalu berat.

    3. Projek yang dapat menjimatkan penggunaan ruang dan menjadikan susunan

    ruang lebih kemas.

    MATLAMAT1. Melahirkan pelajar yang dapat menjana idea secara kreatif dan kritis dengan

    baik.

    2. Mewujudkan daya cipta dan daya saing dalam diri pelajar.

    3. Memberi pengalaman dan kemahiran kepada pelajar untuk belajar prosedur

    untuk mencipta.

    4. Melahirkan pelajar yang cekap, berpegetahuan dan pakar dalam bidang yang

    diceburi.

    OBJEKTIFObjektif projek rak kasut ini dilaksanakan adalah untuk :

    1. Membolehkan pelajar menggunakan kemahiran mengendalikan mesin dan

    alatan di bengkel.

    2. Mewujudkan sifat daya cipta dalam kalangan pelajar.

    3. Membolehkan pelajar menimba pengalaman serta kefahaman yang berguna

    kepada pelajar.

    4. Melahirkan pelajar yang berpengetahuan dan pakar dalam bidang kursus

    yang dipelajari.

  • 8/22/2019 keje kayu

    4/32

    PENYATAAN MASALAHMelalui pemerhatian dan pengamatan yang saya lakukan, saya dapat

    mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pengguna atau pembeli rak kasut. Dari

    pemerhatian saya, pengguna amat mementingkan kekemasan, keringanan,

    kegunaan, kecantikan, kelasakan, harga, dan ketahanan.

    Masalah yang sering menimpa para pengguna ialah:

    Bentuk yang tidak menarik.

    Tidak tahan lasak.

    Berat dan banyak memakan ruang.

    Harga yang tidak berpatutan.

    Oleh itu,bagi projek saya kali ini saya akan mencipta sebuah rak kasut yang

    memenuhi ciri-ciri rak kasut yang diingini pengguna seperti:

    Rak kasut yang mempunyai reka bentuk yang menarik serta mempunyai

    nilai estatika.

    Tahan lasak dan kukuh.

    Saiz yang sederhana besar dan ringan.

    Harga yang berpatutan dengan kualiti mutu yang tinggi.

  • 8/22/2019 keje kayu

    5/32

    MENGUMPUL MAKLUMATSumber yang digunakan untuk mendapatkan maklumat melalui:

    1. Pemerhatian

    Membuat pemerhatian terhadap rak kasut yang berada di persekitaran

    tempat kediaman.

    Membuat pemantaun dipasaraya-pasaraya untuk mengetahui mutu,kualiti

    dan harga.

    2. Internet

    Melihat reka bentuk yang terdapat di laman web.

    3. Rujukan buku dan majalah.

    Melihat reka bentuk rak kasut yang ada di dalam majalah dan buku.

    4. Bimbingan pensyarah dan rakan

    Meminta pendapat dan pandangan daripada mereka.

    Meminta bantuan untuk mendapatkan reka bentuk rak kasut yang baik.

  • 8/22/2019 keje kayu

    6/32

    PROSES PEMBINAAN PROJEK

    PROSES PROSES KERJA

    Pengukuran

    Dan

    Penandaan

    Pemotongan

    Bahan

    Pemasangan

    Bahan

    Membuat

    Kemasan

  • 8/22/2019 keje kayu

    7/32

    Perbincangan

    Pensyarah -

    ela ar

    Mengenal pasti

    masalah

    Perkembangan

    idea

    Pemilihan

    idea

    Pemilihan

    idea

    terbaik

    Menyediakan

    lukisan kerja

    menggunakan

    erisian CAD

    Susunatur &

    merancang

    kerja.

    Penyediaan

    bahan

    Penyediaan

    tanggam

    yang sesuai

    Pembinaan &

    pemasangan

    ro ek

    Kemasan

    PROSES

    PEMBUATAN

    RAK KASUT

    Pengujian

    projek

    persembahanMenyediakan

    folio

  • 8/22/2019 keje kayu

    8/32

    BAHAN YANG DIGUNAKAN.

    Kayu

    Kayu sesuai dijadikan bahan untuk binaan disebabkan oleh sifat kekuatannya

    dalam menanggung beban. Kekuatan kayu ini adalah berbeza mengikut jenis

    pembebanan dan tidak boleh dikelaskan kepada beberapa iaitu kekuatan tegangan,

    kekuatan mampatan, kekuatan ricih, kekuatan lenturan, kekerasan dan ubah bentuk

    serta penekanan mendalam. Dalam projek rak kasut saya ini, kekuatan struktur kayu

    ricihan dan tegangan struktur sambungan jejari diberi penekanan.

    Kekuatan tegangan kayu ialah kebolehan struktur kayu dalam menahan daya

    yang meregangkan dari kedua-dua arah. Kekuatan tegangan kayu yang selari

    dengan ira merupakan kekuatan tertinggi kayu. Kekuatan ini bergantung kepada

    kekuatan serat,panjang dan tentu-arah tersebut.

    Kekuatan tegangan dikaitkan dengan sifat mekanik struktur kayu yang meliputi

    tiga keadaan iaitu rintangan terhadap ubah bentuk dan sifat kenyal, sifat kekuatan

    dan sifat prestasi yang lain.

    Sebelum menggunakan struktur kayu sebagai bahan binaan, beberapa faktor

    yang perlu dipertimbangkan dari segi kekuatan struktur kayu. Antara faktor-faktoryang mempengaruhi nilai kekuatan kayu ialah sudut kecondorongan ira, ketumpatan,

    kandungan lembapan, buku, cerun ira, ciri ortotropik, dan saiz kayu yang digunakan.

    Kesemua faktor tersebut memainkan peranan penting dalam penentuan kekuatan

    dan ketegangan sesuatu kayu.

  • 8/22/2019 keje kayu

    9/32

    A. Jenis Kayu

    Kayu Keras Kayu Lembut

    1) Cengal

    2) Sepetir

    3) Kapur

    1) Kayu Getah

    2) Jelutung

    3) Meranti

    B. Saiz Kayu

    1. Papan Tebal

    Tebal 38 mm - 100 mm

    Lebar 150 mm ke atas

    Panjang 3 m - 6 m

    2. Papan Nipis

    Tebal 10 mm - 38 mm

    Lebar 76 mm ke atas

    Panjang 3 m - 6 m

    3. Kayu Beroti

    Tebal 38 mm - 100 mm

    Lebar 75 mm - 150 mm

    Panjang 3 m - 4 m

    4. Kayu Jerjak

    Tebal 20 mm - 38 mm

    Lebar 25 mm - 76 mm Panjang 3 m - 6 m

  • 8/22/2019 keje kayu

    10/32

    C. Kecacatan Kayu

    I. Meleding II. Berspring

    III. Berpiuh IV. Berpintal

    V. Berpusar VI. Merekah

    D. Ciri-ciri kayu

    1) Boleh di dapati dalam pelbagai saiz

    2) Mempunyai ira dan urat kayu yang menarik

    3) Boleh dibina dengan pelbagai jenis tanggam

    4) Boleh mengecut jika tidak dikeringkan dengan betul5) Mudah diserang serangga perosak

  • 8/22/2019 keje kayu

    11/32

    PAPAN LAPIS

    Papan Lapis terdiri beberapa lapisan kayu yang dipotong nipis disusun secara

    berselang-seli dan diglu dan dimampatkan bersama-sama melalui proses kilang.

    Papan lapis dijual dalam saiz yang besar seperti 4' x 8' dan digredkan berdasarkan

    ketebalan

    Jenis:

    Kalis air

    Tidak kalis air

    Kegunaan : Untuk membuat dinding bilik, perabot, pintu, rak dan kotak

    Kelebihan :

    Mudah dipotong

    Tidak retak dan meleding

    Kukuh dan tahan

    Keburukan :

    Mudah lekang apabila terkena air

    Hanya boleh digunakan di dalam rumah

  • 8/22/2019 keje kayu

    12/32

    MDF

    Medium Density Fibreboard (MDF) ialah bahan komposit yang berasaskan serat

    kayu lembut dan kayu terbuang.

    MDF ialah papan gentian yang dikeringkan dan dimampatkan bersama glu

    urea.

    Mempunyai sifat fizikal yang lebih baik daripada papan yang lain.

    Mempunyai permukaan yang licin dan sesuai untuk pembinaan perabot dan

    pembinaan am.

    Kegunaan : digunakan dengan meluas dalam industri perabot dan perumahan

    moden.

    Kelebihan :

    i. Tahan haba

    ii. Tidak retak

    iii. Tidak mudah bengkok dan meleding

    iv. Permukaannya lebar dan rata

  • 8/22/2019 keje kayu

    13/32

    PROSES MENANDA

    Alatan Menanda

    Pembaris Keluli.

    Diperbuat daripada keluli kalis karat atau keluli alat.Skalanya ialah dalam unit

    inci dan metrik.

    Digunakan untuk mengukur jarak lurus, menguji keratan permukaan benda

    kerja, dan membuat garisan lurus.

    Pensil Penanda

    Mata dan badan pensil ini lebih tebal dan lebar dan permukaanya berbentuk

    segi empat tepat.

    Pensil ini khas untuk kerja kasar sahaja seperti menanda dan merancang

    tanda.

    Ciri-cirinya lasak dan tidak mudah patah seperti pensil biasa.

  • 8/22/2019 keje kayu

    14/32

    Sesiku L.

    Merupakan satu tolok yang digunakan untuk memasang dan mengukur sudut

    90sama ada bahagian luar ataupun dalam.

    Digunakan untuk menguji ketepatan sudut dan menanda garisan bersudut

    tepat dengan sesuatu permukaan yang lurus.

    Pita Ukur Keluli.

    Digunakan untuk mengukur jarak.

    Pembaris keluli, pensil penanda, dan pita pengukur untuk melakukan proses

    menanda bagi projek rak kasut saya. MDF dan kayu diukur menggunakan pembaris

    keluli dan pita pengukur. Setelah mengukur, saya menandakan ukuran saya dengan

    menggunakan pensil penanda, sesiku L dan pembaris keluli.

  • 8/22/2019 keje kayu

    15/32

    PROSES MEMOTONG

    ALATAN MEMOTONG

    Mesin Gergaji Lengan.

    Digunakan untuk mengerat lurus atau serong, membuat tetingkat dan parit.

    Digunakan untuk mengerat lurus atau serong bahan kerja.

    Juga digunakan untuk membuat tetingkat dan parit.

    Memotong kayu yang tebal seperti MDF.

    Mesin ini juga dapat menghasilkan pemotongan yang licin dan berketepatanyang jitu.

  • 8/22/2019 keje kayu

    16/32

    Mesin Gergaji Bulat.

    Digunakan untuk membelah kayu, membuat lurah dan membuat tetingkat.

    Gergaji Jig.

    Gergaji ini antara lain digunakan untuk membuat potongan dalam yang

    beraneka bentuk bagi bahan kayu atau logam yang nipis.

    Berbagai-bagai jenis mata gergaji boleh di dapati untuk memotong bahan

    bahan yang berlainan.

    Kayu keras hingga 50 mm tebal boleh dibelah ataupun dikerat dengan gergaji

    ini.

  • 8/22/2019 keje kayu

    17/32

    PENCANAI (GRINDER)

    Mesin ini terdiri daripada satu motor dipasakkan di atas meja. Pada

    pengumpar motor dipasangkan roda canai yang diperbuat daripada batu

    karborundum. Biasanya satu pengumpar dipasangkan dengan rob canai gred halus

    dan satu lagi dipasangkan dengan rob canai gred kasar. Alat-alat tangan sepertipahat, mata ketam, mata gerudi dan sebagainya ditajamkan dengan mesin pencanai.

    Setelah lama digunakan, roda canal perlu dibersihkan dengan salah satu cara

    berikut:

    (a) Rola canai ini perlu dikisarkan dengan kikir yang dikerah sebagai alat dressing.

    (b) Ia hendaklah direndamkan dalam minyak tanah.

    (c) Ia hendaklah dipanaskan dalam dapur.

  • 8/22/2019 keje kayu

    18/32

    PROSES MENYAMBUNG, MENGAPIT DAN MENYANGGA

    ALATAN MENYAMBUNG

    Mesin Gerudi Tangan

    Digunakan bagi kerja menebuk kayu, keluli, tembok bata dan struktur konkrit.

    Gerudi merupakan alat mudah alih yang paling banyak digunakan. Ada tiga

    kategori gerudi iaitu: ring an, am dan k erja beratyang dihasilkan dalam

    beberapa saiz dan julat laju. Gerudi ini direkabentuk untuk menebuk lubang

    yang berlainan saiznya pada sebarang bahan: kayu. konkrit, keluli, plastik dan

    lain-lain lagi

  • 8/22/2019 keje kayu

    19/32

    Skru

    Digunakan untuk memegang dan merapatkan kepingan-kepingan kayu dan

    juga untuk memasang engsel dan kunci.

    Glu

    Glu ialah bahan pengikat untuk melekatkan dua bahan supaya kukuh.

    Digunakan untuk melekatkan dua bahan yang berlainan seperti plastik dengan

    kayu.

    Gandin Kayu

    Digunakan untuk mengetuk pahat dan kerja pemasangan tanggam.

  • 8/22/2019 keje kayu

    20/32

    Gergaji Puting

    Digunakan untuk membuat puting dalam kerja membuat tanggam.

    Apit G

    Digunakan untuk mengapit dua keping kayu yang bercantum pada

    permukaannya.

    Apit ini diperbuat daripada besi tuangan berbentuk G dalam beberapa saiz.

    Apit ini digunakan untuk mengapit bahagian kerja muka ke muka dan kerja-kerja am.

  • 8/22/2019 keje kayu

    21/32

    Pahat Peraut

    Digunakan untuk mengemas potongan kerja tanggam.

    Mesin Router

    Digunakan untuk kerja-kerja membentuk (kumai) sisi dan kayu.

    Kikir

    Digunakan untuk memotong, menipiskan atau melicinkan permukaan sesuatu

    komponen atau benda kerja. Proses memotong, menipiskan dan melicinkan

    dinamakan mengikir.

  • 8/22/2019 keje kayu

    22/32

    JENIS TANGGAM YANG DIGUNAKAN

    Tanggam Parit Terus.

    Proses membina tanggam parit terus:

    a) Ketam papan ke ukuran yang diperlukan.

    b) Pertapakan tanggam.

    c) Potong papan untuk dijadikan bahagian-bahagian tanggam.

    d) Surih garisan pertapakan dengan menggunakan pisau penanda dan

    sesiku L serta tandakan bahan buangan.

    e) Gergaji di sebelah dalam bahan buangan sehingga sampai ke had

    dalam parit.

    f) Tarah bahan buangan dengan menggunakan pahat.

    g) Ratakan dasar parit dengan menggunakan ketam gigi.

    h) Pasangkan bahagian-bahagian tanggam.

    Tanggam Puting.

    Proses membina tanggam puting biasa:

    a) Merancang tanda puting pada hujung dan lubang pada tengah

    pemidang kayu. Ketebalan puting adalah 1/3 daripada tebal kayu dan

    ditanda menggunakan tolok penanda.

    b) Menggergaji hujung kayu bagi menghasilkan puting.

    c) Memahat bagi menghasilkan lubang.

    d) Tanggam dicantum dengan memasukkan puting ke dalam lubang.

  • 8/22/2019 keje kayu

    23/32

    e) Uji ketetapan dengan sesiku L.

    f) Tanggam lubang dan puting biasa yang telah siap dipasang.

    Tanggam ini adalah tanggam yang paling kuat dalam kategori tanggam

    pemidang.

    Ia mempunyai berbagai-bagai bentuk dan tiap-tiap bentuk ini pula mempunyai

    fungsi yang tertentu.

    Tanggam ini boleh dipasakkan dengan menembuskan muka pemidang tegak

    dan puting untuk menguatkannya.

    KEMASAN.

    kkh

    ALATAN UNTUK KEKEMASAN

    Mesin Pelelas (Pemasir)

    Digunakan untuk melicinkan permukaan kayu.

  • 8/22/2019 keje kayu

    24/32

    Syelek

    Berfungsi untuk melindungi dan mencantikkan permukaan projek.

    Syelek disapu ketika cuaca kering menggunakan berus syelek atau disembur

    menggunakan penyembur dan mesin pemampat udara.

    Berus Syelek

    Digunakan untuk menyapu syelek atau lekar.

    Tepung Penyumbat

    Tepung penyumbat digunakan untuk menyumbat liang atau ira kayu dan juga

    menyumbat tanggam yang terlalu besar untuk mengukuhkannya.

    Tepung penyumbat dibancuh menggunakan pewarna atau air dan adunan

    tersebut disapukan pada permukaan kayu menggunakan pengikis atau kain.

    Setelah tepung penyumbat kering, barulah permukaan tersebut digosok

    menggunakan kertas las.

  • 8/22/2019 keje kayu

    25/32

    Kertas Las

    Digunakan untuk membersih, melicinkan, dan menghilangkan kesan cacat

    atau tanda kecil pada permukaan kayu.

    Dibuat daripada bahan jati seperti, kayu api, garnet, kaca, atau bahan tiruan,

    iaitu silikon karbida dan aluminium oksida.

    Penggunaan kertas las:

    a) Gosok permukaan kayu menggunakan kertas las yang dibalutkan pada

    bongkah kayu atau gabus.

    b) Naikkan urat kayu dengan membasahkan permukaanya menggunakan

    kain reja basah.

    c) Arah menggosok mestilah mengikut urat kayu.

    d) Bersihkan permukaan kayu menggunakan berus atau kain.

    Lekar

    i. Mengandungi resin yang akan mengeraskan melalui tindak balas kimia.

    ii. Lekar ini juga bertujuan untuk mengilatkan dan melicinkan permukaan rak

    kasut.

  • 8/22/2019 keje kayu

    26/32

    Carta Gantt

  • 8/22/2019 keje kayu

    27/32

    BULAN JAN FEB MAC

    MINGGU M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4

    Perbincangan denganpensyarah- pelajar.

    Mengenal pastimasalah.

    Perkembangan idea.

    Pemilihan idea terbaik.

    Menyediakan lukisankerja menggunakanperisian CAD.

    Susun atur danmerancang kerja.

    Penyediaan,memotong, menandabahan.

    Pembinaan tanggamyang sesuai.

    Pembinaan,pemasangan projek.

    Kemasan.

    Pengujian projek.

    Persembahan.

    Menyediakan folio.

  • 8/22/2019 keje kayu

    28/32

    NILAI- NILAI ESTETIKA

    Rak kasut yang saya hasilkan mestilah mempunyai nilai estatika dan ergonamik yang

    sesuai mengikut pasaran.

    1. Rupa Bentuk Yang Menarik.

    Rak kasut saya mempunyai rupa bentuk yang menarik kerana reka

    bentuknya yang ringkas dan tidak terlalu sarat dengan corak-corak.

    2. Tahan Kelasakan.

    Rak kasut saya mempunyai ketahanan yang kukuh kerana saya

    menggunakan kayu beroti untuk menyokong MDF. Selain itu, ianya

    juga tahan lasak kerana rak kasut saya seimbang dan tidak mudah

    goyang dan menggunakan tanggam putting.

    3. Kestabilan Rak Kasut.

    Rak kasut yang saya hasilkan ini ringan dan mudah dialihkan. Ianya

    adalah sederhana besar dan tidak terlalu memakan ruang.

    4. Nilai Komersial di pasaran

    Rak kasut saya dihasilkan sesuai dengan kehendak pasaran kerana

    reka bentuk yang ringkas, mempunyai sifat tahan lasak dan mempunyai

    kestabilan yang tinggi. Di samping itu, harga yang saya tawarkan juga

    berpatutan dan tidak membebankan pengguna.

  • 8/22/2019 keje kayu

    29/32

    Anggaran kos

    BAHAN HARGA

    SEUNIT(RM)

    KUANTITI HARGA(RM)

    KAYU MEDIUM DESNITY BOARD(MDF)

    800mmX300mm (200mm)

    10.00 1 keping 10.00

    KAYU

    Kayu Beroti (600mmX40mm)

    Kayu Jerjak 2.00

    0.70

    4 batang

    3 batang

    8.00

    2.10

    Gam PVA

    4.00 1/8 tin 0.50

    Wood Filler

    3.50 1/8 tin 0.50

    Kertas Las

    0.50 2keping 1.00

    Syelek10.00 1/4 Tin 2.50

    Jumlah 24.60

  • 8/22/2019 keje kayu

    30/32

    Kos tenaga kerja = 1 orang = 1.30 x 6 jam

    = RM 7.80

    Kos elektrik = 0.30 x 6jam

    = RM 1.80

    Jumlah Keseluruhan = kos bahan + kos tenaga kerja + kos elektrik

    = RM 24.60 + RM 7.80+ RM 1.80

    = RM 34.2

    Keputusan harga pasaran = 35.00

  • 8/22/2019 keje kayu

    31/32

    Rujukan

    Abd. Azis Bin Samad, Subri Bin Abu Kassim, Mohd Sukri Yasin (2005) Teknologi

    Binaan Tingkatan 4 dan 5 : Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Mohd Noh bin Sarip, Azman bin Mohamed Dum (2003) Lukisan Kejuruteraan

    Tingkatan 5: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    http://www.slideshare.net/zaxx/bab-2-3-alatan-tangan-dan-mesin

    http://pertukangan.blogspot.com/2009_04_01_archive.html

    http://www.freewebs.com/khbsatu/rbt.htm

    Asnull Dahar Minghat(2005). Teknologi Kayu, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan

    Pustaka.

  • 8/22/2019 keje kayu

    32/32

    RefleksiAlhamdulillah, akhirnya saya telah berjaya menyiapkan tugasan KKP ini

    mengikut masa yang telah ditetapkan. Pelbagai cabaran dan dugaan yang terpaksa

    saya hadapi untuk menjayakan tugasan ini dengan sempurna.

    Dalam tempoh saya melakukan tugasan ini saya telah mengalami beberapa

    masalah dalam usaha saya untuk memastikan tugasan ini dapat disiapkan mengikut

    kehendak soalan.

    Saya mencari maklumat yang berkaitan melalui media cetak, internet dan juga

    daripada rakan-rakan. Pada mulanya saya mencari maklumat yang berkaitan dengan

    tajuk ini di Pustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn.

    Kemudiannya mencari maklumat tambahan melalui teknologi yang ada kini iaitu

    internet.

    Selain itu juga rakan-rakan terutama sekali rakan yang banyak membantu

    saya dalam pencarian maklumat dan mereka tidak lokek untuk berkongsi ilmu

    mereka bersama saya.

    Melalui tugasan ini dapat membuatkan saya lebih memahami mengenai

    bidang ini. Berdasarkan apa yang telah saya kaji dan teliti dalam usaha saya untuk

    menyiapkan tugasan ini, saya telah mengetahui cara-cara untuk menghasilkan

    tanggam dan juga cara-cara untuk membina rak kasut. Melalui tugasan ini juga, akan

    dapat memupuk dan juga mengasah bakat para guru pelatih supaya menjadi

    seorang yang lebih kreatif.