Upload
builien
View
228
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
KEBERKESANAN PENGURUSAN PANITIA
MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
ZON KERAMAT, KUALA LUMPUR
HAIRUDDIN BIN HADZRI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
ii
KEBERKESANAN PENGURUSAN PANITIA
MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
ZON KERAMAT, KUALA LUMPUR
HAIRUDDIN BIN HADZRI
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2004
iv
DEDIKASI
Segala Puji Bagi Allah
Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Jutaan Terima Kasih
Buat Isteri Tersayang, Meryam Che Ahmad
Jua Anak-anakku
Siti NurHasanah, Nurhadifah dan Nurhadirah
Yang Banyak Berkorban Dan Bersabar……
Yang Tabah Menghadapi Perpisahan Buat Seketika……
Untukku Menimba Ilmu Di Muka Bumi Allah ini
Jua Buat Semua Ahli Keluarga
Dan
Keluarga Mentua
Yang Banyak Memberi Sokongan Moral……
Buat Ayah Ibu, Haji Hadzri Bin Mat Yasin dan
Hajjah Habibah Binti Haji Abd Wadud
Jasa Dan Pengorbanan Ayahanda Bonda
Tak Terbalas Anakanda……
Terima Kasih Buat Semua……
v
PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Allah s.w.t. atas taufik dan hidayahNya maka dapat
menyempurnakan penyelidikan ini. Penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas dan
ucapan terima kasih kepada pensyarah pembimbing, Tuan Haji Mohd Anuar bin Abdul
Rahman atas bimbingan dan dorongan sepanjang tempoh menyiapkan penyelidikan ini.
Ucapan Penghargaan ini juga ditujukan kepada Encik Selamon bin Kosrin
daripada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan (JPWP) yang telah memberi input-
input dalam menyiapkan penyelidikan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan
seperjuangan yang telah sama-sama membantu memberikan pendapat dan berkongsi
pengetahuan untuk menghasilkan projek ini.
Penghargaan juga ditujukan kepada responden-responden dan semua yang
terlibat secara langsung atau tidak membantu menjayakan projek penyelidikan saya ini.
vi
ABSTRAK
Kajian deskriptif berbentuk tinjauan ini bertujuan untuk melihat tahap
pengurusan panitia mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu daripada aspek
organisasi, kurikulum dan kokurikulum di samping aspek perancangan, pengelolaan,
kepimpinan dan kawalan. Maklumat diperoleh daripada soal selidik yang diedar kepada
80 orang guru-guru panitia mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah-
sekolah menengah zon Keramat, Kuala Lumpur. Sebelum digunakan, soal selidik telah
diuji kebolehpercayaannya melalui kajian rintis. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ini
adalah 0.9199. Data-data yang diperoleh melalui soal selidik diproses bagi mendapatkan
kekerapan, peratus dan min. Hasil kajian menunjukkan aspek organisasi, kurikulum,
perancangan dan kawalan berada pada tahap tinggi. Manakala aspek kokurikulum,
pengelolaan dan kepimpinan berada pada tahap sederhana. Sehubungan dari itu
diharapkan pihak-pihak yang terlibat seperti pihak sekolah, guru-guru dan bahagian
kurikulum Jabatan Pendidikan Negeri membuat tindakan seperti dicadangkan.
vii
ABSTRACT
The purpose of this descriptive research is to find out the management
effectiveness of living skills (KHB) subject committee in organization, curriculum and
cocurriculum aspects beside planning, organising, leading and controlling aspects. Data
was collected using questionnaire that was distributed to 80 living skills teachers from the
secondary school of Keramat Zone, Kuala Lumpur. The validity of this questionnaire was
tested by pilot test. The validity was 0.9199. The data was processed to get the
frequencies, percentages and mean. The finding showed that administration, curriculum,
planning and controlling aspects were at higher level while co curriculum, organising and
controlling were at average level. Regarding the matter, it is hope that concern parties
such as school, teachers and curriculum unit of State Education Department will consider
the action that suggested.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS
PENGESAHAN PENYELIA i
JUDUL ii
PENGAKUAN iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI ISTILAH xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian 6
ix
1.7 Batasan Kajian 6
1.8 Definisi Kajian 7
1.9 Penutup 9
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 11
2.2 Pendekatan-Pendekatan Dalam Pengurusan 11
a. Pendekatan Klasikal 12
b. Pendekatan Tingkah Laku 12
c. Pendekatan Sains Pengurusan 13
2.3 Fungsi Dan Peranan Panitia Mata Pelajaran 13
2.4 Konsep Pengurusan Berkesan 18
2.5 Keberkesanan Pengurusan Panitia 19
2.6 Penutup 20
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 21
3.2 Reka Bentuk Kajian 21
3.3 Populasi Dan Persampelan 22
3.4 Instrumen Kajian 23
3.5 Kajian Rintis 26
3.6 Prosedur Kajian 27
3.7 Analisis Data 27
x
BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 30
4.2 Analisis Data dan Keputusan Kajian Bahagian A 31
4.3 Keputusan dan Analisis Bahagian B 32
4.3.1 Persoalan Kajian Satu : Keberkesanan 32
Pengurusan Panitia Mata Pelajaran
Kemahiran Hidup Bersepadu di Sekolah
4.3.2 Persoalan Kajian Dua : Keberkesanan 33
Pengurusan Panitia Mata Pelajaran
Kemahiran Hidup Bersepadu Mengikut
Aspek Pengurusan (organisasi, kurikulum,
kokurikulum).
4.3.3 Persoalan Kajian Tiga : Keberkesanan 42
Pengurusan Mengikut Fungsi Perancangan,
Pengelolaan, Kepimpinan dan Kawalan.
4.3.4 Persoalan Kajian Empat : Cadangan-Cadangan 53
Bagi Memantapkan Lagi Pengurusan Panitia
Kemahiran Hidup Bersepadu Di Sekolah
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 56
5.2 Rumusan Kajian 56
5.3 Perbincangan dan Kesimpulan 57
5.3.1 Keberkesanan Pengurusan Panitia 58
KHB Di Sekolah
5.3.2 Keberkesan Pengurusan Panitia KHB 59
Berdasarkan Aspek Pengurusan
Organisasi, Pengurusan Kurikulum dan
xi
Pengurusan Kokurikulum
5.3.3 Keberkesanan Fungsi (POLC) Pengurusan 59
Di Dalam Mata Pelajaran KHB Di Sekolah
5.3.4 Cadangan-Cadangan Bagi Memantapkan 60
Lagi Pengurusan Panitia KHB
5.4 Kesimpulan 61
5.5 Cadangan 63
5.5.1 Cadangan Lanjutan 64
5.5.4 Cadangan Penyelidikan Lanjutan 65
5.6 Penutup 66
BIBLIOGRAFI 70
LAMPIRAN 72
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Taburan Item Mengikut Aspek Pengurusan 24
3.2 Jadual Spesifikasi Membina Gagasan-
Gagasan Item
25
3.3 Pengkelasan Skala Likert 28
3.4 Markat Untuk Tahap Penilaian Dan Min 28
3.5 Perubahan Skala dan Markat 29
4.1 Bilangan dan Peratus Responden Mengikut
Jantina
31
4.2 Taburan Item dan Min Keberkesanan
Pengurusan Panitia Mengikut Gagasan
33
4.3 Kekerapan, Peratus, Min dan Sisihan Piawai
Pengurusan Organisasi Panitia KHB
34
4.4 Kekerapan, Peratus, Min dan Sisihan Piawai
Pengurusan Kurikulum Panitia KHB
38
4.5 Kekerapan, Peratus, Min dan Sisihan Piawai
Pengurusan Kokurikulum Panitia KHB
40
4.6 Min Bagi Keberkesanan Pengurusan Panitia
Mengikut Fungsi Pengurusan (POLC)
43
4.7 Kekerapan, Peratus, Min dan Sisihan Piawai
Pengurusan Panitia Mengikut Fungsi
Perancangan
44
xiii
4.8 Kekerapan, Peratus, Min dan Sisihan Piawai
Pengurusan Panitia Mengikut Fungsi
Pengelolaan
46
4.9 Kekerapan, Peratus, Min dan Sisihan Piawai
Pengurusan Panitia Mengikut Fungsi
Kepimpinan
49
4.10 Kekerapan, Peratus, Min dan Sisihan Piawai
Pengurusan Panitia Mengikut Fungsi
Kawalan
51
4.11 Cadangan Responden Bagi Memantapkan
Lagi Pengurusan Panitia KHB
55
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Carta Organisasi Panitia Kemahiran Hidup
Bersepadu Di Sekolah
16
2.2 Carta Organisasi Panitia Kemahiran Hidup
Bersepadu
17
xv
SENARAI ISTILAH
BBM - Bahan Bantu Mengajar
BPPDP - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan
ERT - Ekonomi Rumah Tangga
FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan
JPN - Jabatan Pendidikan Negeri
JPU - Jadual Penentu Ujian
KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu
PCG - Per Capita Grant
SP - Sisihan Piawai
SPSS - Statistical Packages for Social Science
WPM - Waktu Penyelenggaraan Makmal
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Surat Akuan Pelajar
B Surat Kebenaran Daripada Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan, Kementerian Pendidikan
C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian
Daripada Jabatan Pendidikan Wilayah
Persekutuan
D Borang Soal Selidik
E Nilai Alpha Kajian Rintis
F Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4 / 1986
G Senarai Semak Pengurusan Panitia
Mata Pelajaran
H Deraf Penetapan / Penentuan Tugas-Tugas
Guru
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan di negara ini telah mengalami perkembangan yang pesat selepas
kemerdekaan. Perkembangan yang berlaku dengan begitu pantas menuntut setiap
individu memperkemaskan pengetahuan dan ketrampilan masing-masing. Menurut Wan
Mohd Zahid (1994), di samping ilmu, guru juga perlu memiliki kemahiran dan
ketrampilan dalam bidang pengurusan lebih-lebih lagi pengurusan hari ini sudah menjadi
semakin kompleks. Tugas guru masa kini bukan sahaja terhad mengajar di dalam bilik
darjah bahkan mempunyai peranan untuk merealisasikan Wawasan 2020. Sehubungan
dengan itu, penekanan perlu diberikan kepada sekolah-sekolah seterusnya kepada
pelaksana-pelaksana dasar iaitu guru-guru.
Pencapaian matlamat Wawasan 2020, antara lain bergantung kepada pelaksanaan
sesuatu dasar dalam pendidikan negara. Jadi sebelum sesuatu dasar dapat dilaksanakan,
maka ia perlu difahami dan diterjemahkan.. Menurut Nik Azis (1994), jika Wawasan
2020 tidak diterjemahkan ke dalam program-program yang tertentu, perancangan yang
teliti, kaedah latihan kakitangan organisasi yang baik, kaedah barisan pelapis yang akan
meneruskan usaha yang dilakukan ini dengan lengkap dan kaedah pengurusan organisasi
yang cukup berkesan maka Wawasan itu akan tinggal sebagai satu penyataan gagasan
masa depan yang tersirat sahaja.
2
Dalam organisasi pendidikan seperti sekolah, pentadbir hendaklah memahami
prinsip-prinsip pengurusan demi meningkatkan lagi kualiti pengurusan. Salah satu
daripada organisasi yang terdapat di sekolah ialah panitia mata pelajaran. Keberkesanan
pengurusan dalam panitia mata pelajaran sangat mempengaruhi pencapaian akademik
pelajar. Hakikat ini dinyatakan oleh Yin (1996),
“... until the eighties when there was succesful development of
modern manegement in industrial and commercial organization, that
people began to believe that to improve education quality, it is
necessary to jump from the class room teaching level to school
organization level, and reform the structural system and management
style of school”.
(School Effectiveness And School-Based Management, 1996)
Sementara Robiah (1994), menyatakan kajian menunjukkan bahawa perubahan
ke atas sistem pendidikan yang dibuat secara kecil-kecilan tidak boleh menimbulkan
pembaharuan, perubahan mestilah dibuat secara besar-besaran dan menyeluruh. Oleh itu
setiap perubahan pengurusan dalam sekolah mestilah dibuat secara besar-besaran dan
menyeluruh.
Walaupun sekolah berada di peringkat terbawah dalam hierarki pengurusan
pendidikan, kesan pengurusan di peringkat ini sangat menyeluruh dan berkekalan (Esah,
2002). Dalam hal ini, pengurusan pendidikan di sekolah yang disokong oleh struktur
pentadbiran yang lengkap dan mempunyai fungsi-fungsi yang tertentu di mana setiap
fungsi itu saling melengkapi kepada fungsi yang lain akan membawa sistem pendidikan
mencapai matlamat yang dicita-citakan, (Ahmad Kilani, 2003).
Dalam keadaan sekarang ini, guru adalah dalam organisasi. Menurut Ab. Rahim
(1989), staf dalam organisasi pendidikan tidak boleh dibiarkan bahkan ia perlu terus
3
dimajukan supaya potensi mereka terus digembleng demi keberkesanan pengurusan.
Pengetahuan, pemikiran, sikap dan nilai mereka perlu dibangunkan atau dimajukan
secara bersepadu dan terus menerus untuk menangani keperluan, perubahan dan cabaran
semasa. (Wan Rahimah, 1995)
1.2 Latar Belakang Masalah
Akibat daripada perkembangan teknologi dan globalisasi, pengetahuan dan
kemahiran baru kian bertambah dengan pesat menjadikan kaedah, teknik dan sebahagian
besar pengetahuan guru tidak lagi sesuai. (Bell & Gilbert, 1994). Guru-guru perlu
mempunyai kesanggupan untuk terus membangunkan kecekapan profesion masing-
masing. (Al Ramaiah, 1992).
Pengurusan yang berkesan di setiap peringkat organisasi harus sentiasa diberi
tumpuan utama kerana keberkesanan sekolah adalah berpaksi kepada keberkesanan
pengurusan (Ali, 1999). Pengurusan yang berkesan di peringkat sekolah menitikberatkan
kerjasama semua pihak seperti panitia mata pelajaran (Syed Arabi, 1998). Menurut Tuan
Yacob (1999), sesuatu dikatakan berkesan apabila ia mempunyai hasil yang kita ingini
atau kita iktiraf. Bahkan pengikut melakukan sesuatu secara rela setelah mendapat
motivasi selain ganjaran dari pemimpinnya (Ahmad Tajuddin, 1997). Untuk mencapai
perkara yang disebutkan tadi, pemimpin berkewajipan untuk memperbaiki dan
memperbetulkan cara bekerja. Ahmad Kilani (2003).
Pengurusan panitia perlulah mengadakan berbagai-bagai aktiviti dan
mempelbagaikan kaedah dalam usaha untuk mencapai matlamatnya. Oleh itu,
penyusunan struktur pengurusan perlu dirancang dengan baik. Namun menurut Hussein
(1991), struktur pengurusan dalam institusi pendidikan kini sedang berhadapan dengan
beberapa masalah yang agak unik, khususnya daripada segi kecenderungan nilai pihak
pemimpin. Menurut Wan Mohd Zahid (1994), pengurusan yang baik, cekap dan
berkesan mencerminkan kualiti kepimpinan, dan sebaliknya juga.
4
Dalam laporan Bengkel Pengurusan Sekolah Berkesan oleh Jemaah Nazir
sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia mendapati bahawa Ketua Panitia tidak tahu /
tidak ada kemahiran dan pengetahuan prinsip-prinsip pengurusan dan merancang
program panitia, tiada perancangan staf serta kurang berfungsi sebagi badan profesional.
Laporan tersebut menyatakan, daripada 207 orang guru sekolah menengah yang
mengajar Kemahiran Hidup Bersepadu seramai 77 orang guru telah diberi nasihat dan
bimbingan. Ini menggambarkan terdapat masalah dalam pengurusan panitia Kemahiran
Hidup Bersepadu di sekolah. Selain daripada itu, ketua panitia tiada kepakaran dan
pengalaman melaksanakan pengurusan yang berkesan, tidak peka kepada keperluan
senarai semak pengurusan panitia mengikut Operasi Cerdik Jabatan Pendidikan Wilayah
Persekutuan (JPWP), kerja-kerja profesional tidak dirancang dan dimasukkan jadual
waktu kerja, pengurusan fail panitia belum mantap dan tidak selaras dengan Arahan
Perkhidmatan Bab 4: Fail-Memfail.
Berdasarkan kenyataan yang disebutkan, jelas menggambarkan terdapat beberapa
kelemahan dalam sistem pengurusan panitia mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu
di sekolah. Tegasnya, pengurusan yang berkesan adalah mustahak untuk menggerakkan
sesuatu organisasi atau kumpulan dalam melaksanakan tugas bagi mencapai matlamat
dan objektif.
1.3 Penyataan Masalah
Berdasarkan daripada kenyataan di atas dapatlah dirumuskan bahawa wujud
permasalahan dalam pengurusan Panitia Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah.
Oleh yanag demikian, kajian ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan pengurusan
Panitia Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah di samping melihat cadangan untuk
memantapkan lagi pengurusan panitia.
5
1.4 Objektif kajian
Berdasarkan masalah yang telah dikemukakan, objektif kajian ini ialah:
a. Mengenalpasti tahap keberkesanan pengurusan Panitia Kemahiran Hidup
di sekolah.
b. Melihat keberkesanan pengurusan Panitia berdasarkan tiga aspek
(kurikulum, pengurusan dan ko-kurikulum).
c. Melihat sejauhmanakah keberkesanan fungsi perancangan, pengelolaan,
kepimpinan dan kawalan (POLC) di dalam ketiga-tiga aspek.
d. Mengenalpasti cadangan-cadangan yang boleh dilakukan bagi
memantapkan pengurusan Panitia Kemahiran Hidup Bersepadu.
1.5 Persoalan Kajian
Antara persoalan yang perlu dijawab melalui kajian ini:
a. Apakah tahap keberkesanan pengurusan Panitia Kemahiran Hidup
Bersepadu di sekolah-sekolah menengah kebangsaan Zon Keramat
Kuala Lumpur.
b. Apakah aspek yang paling berkesan dilaksanakan oleh pengurusan
Panitia Kemahiran Hidup di sekolah-sekolah menengah kebangsaan Zon
Keramat, Kuala Lumpur.
c. Sejauhmanakah keberkesanan fungsi pengurusan dalam aspek-aspek
perancangan, pengelolaan, kepimpinan dan kawalan (POLC).
d. Apakah cadangan-cadangan yang boleh memantapkan lagi pengurusan
Panitia Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah-sekolah menengah
kebangsaan Zon Keramat.