28
KEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN (I-KIT) TERHADAP IBU TUNGGAL DI JPW NEGERI JOHOR ZANALISA BINTI MGT MAT ISA Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia JANUARI 2012

KEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN · PDF fileKEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN ... * ini disimpan di Perpustakaan Universiti ... No. 5 Kampung Tiang Bertarah,

  • Upload
    vodang

  • View
    249

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN · PDF fileKEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN ... * ini disimpan di Perpustakaan Universiti ... No. 5 Kampung Tiang Bertarah,

KEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN

(I-KIT) TERHADAP IBU TUNGGAL DI JPW NEGERI JOHOR

ZANALISA BINTI MGT MAT ISA

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan

Mekanikal)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

JANUARI 2012

Page 2: KEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN · PDF fileKEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN ... * ini disimpan di Perpustakaan Universiti ... No. 5 Kampung Tiang Bertarah,

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL :KEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN

KEMAHIRAN (I-KIT) TERHADAP IBU TUNGGAL DI JPW

NEGERI JOHOR

SESI PENGAJIAN : 2011/2012

Saya ZANALISA BINTI MGT MAT ISA

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti

Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran

antara institusi pengajian tinggi.

4. ** Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan

atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di

dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972).

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap :

Tarikh: Tarikh:

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan

** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau

TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan

atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan PSM.

(HURUF BESAR)

EN. MOHD RIZAL BIN MOHD SAID

(NAMA PENYELIA)

No. 5 Kampung Tiang Bertarah,

35600 Sungkai, Perak Darul

Ridzuan.

PSZ 19:16(Pind. 1/97)

Page 3: KEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN · PDF fileKEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN ... * ini disimpan di Perpustakaan Universiti ... No. 5 Kampung Tiang Bertarah,

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

Saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan

Mekanikal)

Tandatangan : ....................................................

Nama Penyelia :En.Mohd Rizal Bin Mohd Said

Tarikh:

Page 4: KEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN · PDF fileKEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN ... * ini disimpan di Perpustakaan Universiti ... No. 5 Kampung Tiang Bertarah,

KEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN

(I-KIT) TERHADAP IBU TUNGGAL DI JPW NEGERI JOHOR

ZANALISA BINTI MGT MAT ISA

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan

Mekanikal)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

JANUARI 2012

Page 5: KEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN · PDF fileKEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN ... * ini disimpan di Perpustakaan Universiti ... No. 5 Kampung Tiang Bertarah,

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ....................................................

Nama Penulis :ZANALISA BINTI MGT MAT ISA

Tarikh: 12 JANUARI 2012

Page 6: KEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN · PDF fileKEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN ... * ini disimpan di Perpustakaan Universiti ... No. 5 Kampung Tiang Bertarah,

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang mahapemurahlagimahamengasihani.

Segalapujianataslimpahdankurnia Allah S.W.T

tuhanseluruhalam.SelawatdansalamkeatasjunjunganNabi Muhammad S.A.W.

Buatayahandatersayang,

Mgt Mat Isa Bin MgtTalib

Apa yang telahdiberikan, akuhargai. Apa yang telah di ucapakankuingati.

Terimakasihatassegalanya.

Buat bonda tercinta

HalijahBintiRamly

Engkau penguat semangatku..

Buat saudaraku yang teristimewa

MgtMuhdIskandar Bin Mgt Mat Isa

PuteriSuhaina Aida BintiMgt Mat Isa

Sesungguhnya aku bahagia memiliki silaturahim dengan kalian. Semoga kukuhnya

ikatan persaudaraan ini setanding dengan kukuhnya kasih sayang antara kita

Buat teman teristimewa

Fazli Bin Mustapha

Sesungguhnya kehadiranmu menambah semangat perjuanganku. Semoga hubungan kita

kekal ke akhir hayat.Terima kasih sentiasa disisiku..

Buat sahabat-sahabatku

Najiha, Shamsila, Iswa,Jaja,Maiza

Pengorbanan dan keperitan dalam menghadapi dugaan hidup selama ini tetap menjadi

teladan dan kenangan kitabersama.Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu

rahmatNya

Terimakasihuntuksegalakenangan yang terindahini.

Page 7: KEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN · PDF fileKEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN ... * ini disimpan di Perpustakaan Universiti ... No. 5 Kampung Tiang Bertarah,

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi maha penyayang. Segala tasbih

dan tahmid hanya kepada Allah S.W.T selawat dan salam untuk junjungan kita Nabi

Muhammad S.A.W serta keluarga, para sahabat dan pengikut-pengikut baginda hingga

ke hari kemudian.

Syukur Alhamdulillah dengan limpah dan kurnia-Nya, maka saya telah

menyiapkan projek ini bagi memenuhi syarat untuk mendapat Sarjana Muda Teknologi

serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal).

Pertama sekali, setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada penyelia thesis

En.Rizal Bin Mohd Said di atas bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang

tempoh penyelidikan.Tidak lupa buat semua tenaga pengajar di Jabatan Pendidikan

Teknik dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, UTM Skudai atas segala bantuan yang

diberikan.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Puan Rosmawati dan Puan Farah

Dilla dari JPW negeri Johor kerana memberi sepenuh kerjasama semasa menjalankan

kajian ini.

Akhir sekali, tidak lupa juga ribuan terima kasih ditujukan kepada rakan-rakan

yang banyak memberi tunjuk ajar, nasihat serta sokongan moral.

Page 8: KEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN · PDF fileKEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN ... * ini disimpan di Perpustakaan Universiti ... No. 5 Kampung Tiang Bertarah,

v

ABSTRAK

Penyelidikan ini bertujuan mengenalpasti keberkesanan pelaksanaan program

latihan kemahiran (I-KIT) terhadap ibu tunggal di JPW negeri Johor berdasarkan model

Kirkpatrick. Empat aspek utama dilihat dalam mengenalpasti keberkesanan program

iaitu aspek reaksi, aspek pembelajaran, aspek tingkah laku serta aspek hasil.Responden

kajian terdiri daripada 49 orang ibu tunggal yang telah tamat mengikuti latihan

kemahiran bagi sesi 2011. Rekabentuk kajian adalah menggunakan kedah campuran atau

‘mix method’. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik dan protokol temubual.Bagi

dapatan soal selidik data dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan perisian SPSS

16 (Statistic Package for the Social Science Versi 16).Manakala dapatan temubual

dianalisis secara secara manual melibatkan pengkodan dan interpritasi atau tafsiran

data.Kebolehpercayaan soal selidik telah diuji melalui kajian rintis yang dijalankan

menggunakan Alpha Croanbach, dimana nilai kebolehpercayaannya ialah 0.788.Bagi

mengenalpasti keberkesanan pelaksanaan program, pembolehubah bebas yang

digunakan adalah kepuasan peserta terhadap latihan kemahiran, perolehan pengetahuan

serta peningkatan kemahiran, perubahan tingkah laku dan manfaat atau faedah yang

diperolehi daripada latihan kemahiran yang diikuti.Hasil dapatan menunjukkan keempat-

empat aspek yang dikaji menunjukkan reaksi positif dimana peserta berpuas hati dengan

latihan yang diikuti, mendapat pengetahuan serta dapat meningkatkan kemahiran,

berlakunya perubahan tingkah laku serta mendapat manfaat berupa peningkatan

pendapatan serta peluang pekerjaan.Maka, dapat dirumuskan secara keseluruhannya

program I-KIT yang dianjurkan oleh JPW negeri Johor adalah berkesan kepada ibu

tunggal dalam usaha meningkatkan kualiti hidup serta tahap sosioekonomi mereka.

Page 9: KEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN · PDF fileKEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN ... * ini disimpan di Perpustakaan Universiti ... No. 5 Kampung Tiang Bertarah,

vi

ABSTRACT

This research aims to identify the effectiveness of training programs (I-KIT) for

single mothers in Johor based on Kirkpatrick model. The effectiveness of the programs

concern four main areas namely which is aspect of reaction, aspect of learning,

behavioral aspect and aspect of the results.This research involved 49 single mothers who

have completedskills training for the 2011 session. Research methodology used the mix

method. The instruments of this research are interview protocol and questionnaires.Data

collected were analyzed using manual qualitative data coding and interpretations code

for interview and also were analyzed using SPSS 16 software (Statistic Package for

the Social Science Version 16) for questionnaires. Reliability of the questionnaire was

tested through a pilot study conducted using the Alpha Croanbach, where the value of its

reliability is 0.788. The independent variables used are satisfaction of

participants of training, knowledge acquisition and upgrading of skills, behavioral

change and the benefits from the training that followed. The result of the research

showed a positive reaction in which participants were satisfied

with training courses, gain knowledge and improve skill, behavior change and attained

benefit in the increased income and job opportunities. Thus, it can be concluded that

entirety of I-KIT program organized by JPW is effective for single mothers in an effort

to improve the quality of life and their socioeconomic level.

Page 10: KEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN · PDF fileKEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN ... * ini disimpan di Perpustakaan Universiti ... No. 5 Kampung Tiang Bertarah,

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SIMBOL xv

SENARAI SINGKATAN xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Penyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

Page 11: KEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN · PDF fileKEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN ... * ini disimpan di Perpustakaan Universiti ... No. 5 Kampung Tiang Bertarah,

viii

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.6.1 Ibu Tunggal 9

1.6.2 Jabatan Pembangunan Wanita 9

1.7 Skop Kajian 9

1.8 Batas Kajian 10

1.9 Definisi Istilah 11

1.9.1 Ibu Tunggal 11

1.9.2 Keberkesanan Latihan 11

1.9.3 Kemahiran 12

1.9.4 Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (I-KIT) 12

1.10 Kesimpulan 13

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 14

2.2 Latar Belakang Program I-KIT 18

2.3 Model atau Teori Penilaian Program 21

2.4 Keberkesanan dari Aspek Reaksi 24

2.4.1 Kepuasan Pelanggan 25

2.4.1.1 Kandungan Latihan 26

2.4.1.2 Tenaga Pengajar 28

2.4.1.3 Persekitaran Pembelajaran 29

2.5 Keberkesanan dari Aspek Pembelajaran 31

2.6 Keberkesanan dari Aspek Tingkah Laku 34

2.7 Keberkesanan dari Aspek Hasil 37

2.8 Kesimpulan 40

Page 12: KEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN · PDF fileKEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN ... * ini disimpan di Perpustakaan Universiti ... No. 5 Kampung Tiang Bertarah,

ix

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 41

3.2 Reka Bentuk Kajian 41

3.3 Populasi Kajian 43

3.4 Sampel Kajian 44

3.5 Kaedah Persampelan 44

3.6 Instrumen Kajian 45

3.6.1 Instrumen Soal Selidik 45

3.6.1.1 Bahagian A 46

3.6.1.2 Bahagian B 47

3.6.2 Protokan Temubual 47

3.7 Kajian Rintis 48

3.8 Kesahan Kandungan 49

3.9 Kebolehpercayaan Soal Selidik 50

3.10 Pengumpulan dan Analisis Data 51

3.11 Prosedur Kajian 53

3.12 Kesimpulan 54

BAB 4

ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 55

4.2 Maklumat Demografi Responden 56

4.3 Analisis Persoalan kajian 59

4.3.1 Analisis Soal Selidik Keberkesanan Program

dari Aspek Reaksi iaitu Kepuasan Ibu Tunggal Terhadap

Latihan Kemahiran Yang Diikuti 60

4.3.2 Analisis Temubual Keberkesanan Program dari

4.3.3 Aspek Reaksi iaitu Kepuasan Ibu Tunggal Terhadap

Latihan Kemahiran Yang diikuti 62

Page 13: KEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN · PDF fileKEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN ... * ini disimpan di Perpustakaan Universiti ... No. 5 Kampung Tiang Bertarah,

x

4.3.2.1 Pemilihan tempat 63

4.3.2.2 Prasarana dan kemudahan 64

4.3.2.3 Kandungan Latihan 64

4.3.2.4 Pengalaman Tenaga Pengajar 65

4.3.3 Analisis soal selidik Keberkesanan Program

dari Aspek Pembelajaran iaitu Perolehan Pengetahuan

serta Peningkatan Pengetahuan 66

4.3.4 Analisis Temubual Keberkesanan Program dari

AspekPembelajaran iaitu Perolehan Pengetahuan serta

Peningkatan Kemahiran 69

4.3.4.1 Penambahan Ilmu 69

4.3.4.2 Peningkatan Bakat dan Kebolehan 70

4.3.4.3 Memperolehi Pengetahuan

serta Peningkatan Kemahiran 71

4.3.5 Analisis Soal Selidik Keberkesanan Program

dari Aspek Tingkah iaitu Perubahan Tingkah

Laku Ibu Tunggal 73

4.3.6 Analisis Temubual Keberkesanan Program

dari Aspek Tingkah iaitu Perubahan Tingkah

Laku Ibu Tunggal 75

4.3.7 Analisis Soal Selidik Keberkesanan Program

dari Aspek Hasil iaitu Manfaat Yang Diperolehi

Selepas Tamat Latihan 79

4.3.8 Analisis Temubual Keberkesanan Program

dari Aspek Tingkah Iaitu Perubahan Tingkah Laku

Ibu Tunggal 81

4.3.8.1 Aplikasi 82

4.3.8.2 Jana Pendapatan 83

4.3.8.3 Tempahan Produk/Perkhidmatan 84

4.4 Rumusan Keseluruhan Analisis 85

4.5 Kesimpulan 86

Page 14: KEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN · PDF fileKEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN ... * ini disimpan di Perpustakaan Universiti ... No. 5 Kampung Tiang Bertarah,

xi

BAB 5

RUMUSAN PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 87

5.2 Rumusan Kajian 88

5.2.1 Rumusan Demografi 88

5.2.2 Rumusan Persoalan Kajian 89

5.3 Keberkesanan Program dari Aspek Reaksi

iaitu Kepuasan Ibu Tunggal Terhadap Latihan

Kemahiran Yang Diikuti 91

5.3.1 Isi Kandungan latihan 92

5.3.2 Tenaga pengajar 93

5.3.3 Persekitaran Pembelajaran 94

5.4 Keberkesanan Program dari Aspek

Pembelajaran iaitu Perolehan Pengetahuan

dan Peningkatan Kemahiran Setelah Tamat Latihan 96

5.5 Keberkesanan Program dari Aspek tingkah

Laku iaitu Perubahan Tingkah Laku

Selepas Tamat Latihan 99

5.6 Keberkesanan Program dari Aspek Hasil iaitu

Manfaat Yang Diperolehi Selepas Tamat Latihan 103

5.3 Cadangan Penambahbaikan 106

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 107

5.4 Kesimpulan 109

BIBILIOGRAFI 110

LAMPIRAN 116

Page 15: KEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN · PDF fileKEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN ... * ini disimpan di Perpustakaan Universiti ... No. 5 Kampung Tiang Bertarah,

xii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Perbandingan jangka hayat mengikut jantina 116

2.2 Perceraian orang Islam mengikut negeri, 2000-2008 116

2.3 Perceraian orang bukan Islam mengikut

negeri, 2000 – 2008 116

2.4 Kursus yang ditawarkan setiap tahun 117

3.1 Taburan soalan mengikut persoalan kajian 47

3.2 Pekali alpha croanbach 50

4.1 Taburan responden mengikut bangsa 56

4.2 Taburan responden mengikut umur 57

4.3 Taburan responden mengikut bidang 57

4.4 Taburan responden mengikut bilangan

anak/tanggungan 58

4.5 Taburan responden mengikuttahap pendidikan tertinggi 58

4.6 Taburan responden mengikut jumlah pendapatan bulanan 59

4.7 Taburan responden mengikut peratusan dan frekuensi

bagi aspek reaksi 60

4.8 Peratusan perasaan puas hati ibu tunggal terhadap

latihan kemahiran yang diikuti 61

4.9 Taburan kekerapan jawapan responden mengikut

aspek reaksi iaitu kepuasan ibu tunggal

terhadap latihan kemahiran 63

4.10 Taburan Responden mengikut peratusan dan frekuensi

Page 16: KEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN · PDF fileKEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN ... * ini disimpan di Perpustakaan Universiti ... No. 5 Kampung Tiang Bertarah,

xiii

bagi aspek pembelajaran 67

4.11 Peratusan perolehan pengetahuan serta peningkatan

kemahiran ibu tunggal setelah menyertai program

latihan kemahiran 67

4.12 Taburan kekerapan jawapan responden mengikut

aspek pembelajaran iaitu perolehan pengetahuan dan

serta peningkatan kemahiran ibu tunggal 69

4.13 Taburan responden mengikut peratusan dan frekuensi

bagi aspek tingkah laku 73

4.14 Peratusan perubahan tingkah laku ibu tunggal

setelah menyertai program latihan kemahiran 74

4.15 Taburan kekerapan jawapan responden mengikut

aspek tingkah laku iaitu perubahan tingkah laku

kepada ibu tunggal setelah tamat latihan kemahiran 75

4.16 Taburan responden mengikut peratusan dan frekuensi

bagi aspek hasil 79

4.17 Peratusan ibu tunggal yang memperolehi manfaat

daripada menyertai program 80

4.18 Taburan kekerapan jawapan responden mengikut

aspek hasil iaitu manfaat daripada menyertai program 82

4.19 Pernyataan responden terhadap keberkesanan program 85

4.20 Rumusan keseluruhan soal selidik

terhadap keberkesanan program 86

5.1 Pengelasan skor dapatan soal selidik 108

Page 17: KEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN · PDF fileKEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN ... * ini disimpan di Perpustakaan Universiti ... No. 5 Kampung Tiang Bertarah,

xiv

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Ringkasan penggunaan „mix method’ 42

3.2 Carta aliran untuk analisis data temubual 52

3.3 Carta aliran prosedur kajian 53

Page 18: KEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN · PDF fileKEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN ... * ini disimpan di Perpustakaan Universiti ... No. 5 Kampung Tiang Bertarah,

xv

SENARAI SIMBOL

% - Peratusan

∞ - Alpha croanbach

Ƒ - Frekuensi/ Kekerapan

Page 19: KEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN · PDF fileKEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN ... * ini disimpan di Perpustakaan Universiti ... No. 5 Kampung Tiang Bertarah,

xvi

SENARAI SINGKATAN

AIM - Amanah Ikhtiar Malaysia

BA - Bantuan am

BIL - Bilangan

BKK - Bantuan Kanak-kanak

I-KIT - Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal

JPW - Jabatan Pembangunan Wanita

JKM - Jabatan Kebajikan Masyarakat

JPWN - Jabatan Pembangunan Wanita Negeri

KPWKM - Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat

KPI - Key Perfomance Indicators (Indeks Prestasi Utama)

KIR - Ketua Isi Rumah

LIH - Low Income Household

PPWN - Pejabat Pembangunan Wanita Negeri

PMR - Penilaian Menengah Rendah

PGK - Pendapatan Garis Kemiskinan

NKRA - National Key Result Area (Enam Bidang Keberhasilan Utama)

RMK - Rancangan Malaysia Ke

SPSS - Statistical Package for Social Science Version

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

SKM - Sijil Kemahiran Malaysia

UNDP - United Nation Development Programme

UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah

Page 20: KEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN · PDF fileKEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN ... * ini disimpan di Perpustakaan Universiti ... No. 5 Kampung Tiang Bertarah,

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A

Jadual

2.1 Perbandingan jangka hayat mengikut jantina 116

2.2 Perceraian orang Islam mengikut negeri, 2000-2008 116

2.3 Perceraian orang bukan Islam mengikut

negeri, 2000 – 2008 116

2.4 Kusus yang ditawarkan setiap tahun 117

B Borang soal selidik 118

C Hasil temubual responden 122

D Surat permohonan menjalankan kajian 128

E Pengesahan soal selidik 130

F Aturcara program I-KIT 2011 134

Page 21: KEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN · PDF fileKEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN ... * ini disimpan di Perpustakaan Universiti ... No. 5 Kampung Tiang Bertarah,

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Wanita merupakan aset penting pembangunan negara pada abad ke-21. Menurut

Lukman et al. (2002) menjelang abad ini wanita akan berhadapan dengan cabaran yang

berat akibat pertembungan peradaban barat dan timur serta pertembungan agama.

Sehubungan itu, wanita perlu lebih bersedia dari segi ilmu, peranan dan pegangan yang

kukuh bagi menanganinya. Dalam konteks pemantapan bangsa dan negara, sumbangan

wanita sama ada sebagai ibu, isteri atau sebarang profesion yang diceburi adalah sangat

besar. Usaha kerajaan dalam mencapai kesaksamaan gender telah membolehkan wanita

Malaysia mengecapi kemajuan dalam pelbagai bidang pembangunan dengan

peningkatan akses kepada pendidikan dan latihan, penjagaan kesihatan dan peluang

pekerjaan (RMK-8, 2001-2005).

Sumber Jabatan Perangkaan Malaysia menyatakan pada tahun 2004, 49 peratus

(12,557,700 orang) daripada keseluruhan jumlah penduduk di Malaysia terdiri daripada

golongan wanita dan kira-kira 48% daripada jumlah penduduk wanita merupakan tenaga

Page 22: KEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN · PDF fileKEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN ... * ini disimpan di Perpustakaan Universiti ... No. 5 Kampung Tiang Bertarah,

buruh. Secara umumnya, pendidikan adalah agen penting dalam mengubah kedudukan

wanita dari segi ekonomi dan sosial. Peningkatan status pendidikan di kalangan wanita

menyebabkan kualiti tenaga buruh wanita meningkat. Buktinya, kadar penyertaan tenaga

buruh wanita telah meningkat daripada 44.7 peratus pada tahun 2000 kepada 45.7

peratus pada tahun 2005 (Nor Aini, 2008).

Penyertaan dan peningkatan ini dicapai, berikutan perubahan rangka kerja

perundangan dan institusi termasuk pindaan ke atas Perlembagaan Persekutuan,

peningkatan keupayaan mendapatkan pekerjaan melalui pencapaian pendidikan yang

lebih tinggi serta pelaksanaan dasar dan program gender sensitif (Wanita dan

Pembangunan, Kemajuan 2005-2010). Manakala Siti Fatimah (2000)pula menyatakan

faktor utama yang membawa kepada peningkatan ini adalah wujudnya peluang

pendidikan bagi kaum wanita serta kesan sampingan daripada „The Revolution Of Rising

Expectations‟ di kalangan wanita-wanita terpelajar. Menurut beliau lagi perkembangan

ekonomi yang pesat telah mempelbagaikan peluang-peluang pekerjaan dan membuka

peluang untuk wanita menceburi bidang yang diminati. Antara sektor yang banyak

melibatkan wanita adalah setor pertanian, perindustrian dan perkhidmatan.

Namun dalam wanita mengecapi era pembangunan, kemiskinan di kalangan

wanita boleh menjejaskan kualiti hidup masyarakat dan ia banyak berlaku di negara

Asia, Afrika dan Amerika Latin. Keadaan ini disebabkan ramai wanita berpendapatan

rendah dan kejadian kemiskinan akan bertambah sekiranya mereka menjadi ketua isi

rumah. Menurut Todaro (1989) dalam kira-kira 17.0-18.0 peratus isi rumah dunia

diketuai oleh wanita. Malah, di sesetengah negara Caribbean dan Afrika angka tersebut

melebihi 40 peratus. Jelasnya ketua isi rumah wanita merupakan golongan yang

termiskin dalam masyarakat. Kemiskinan ini berpunca daripada status wanita yang

kurang berpendidikan, mempunyai peluang pendidikan yang terhad dan menerima kadar

upah yang rendah berbanding lelaki (Nor Aini, 2008).

Page 23: KEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN · PDF fileKEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN ... * ini disimpan di Perpustakaan Universiti ... No. 5 Kampung Tiang Bertarah,

3

Di Malaysia juga turut menerima tempiasnya. Antara golongan yang sering

dikaitkan dengan kemiskinan adalah ketua isi rumah wanita yang terdiri daripada

golongan ibu tunggal. Rohayu et al.(2010) menyatakan menurut Syahrizat Abdul Jalil

wanita merupakan 16 peratus atau kira-kira 887 ribu ketua isi rumah daripada 5.7 juta

ketua isi rumah di negara ini. Ketua isi rumah wujud apabila wanita bercerai mati atau

bercerai hidup, ditinggalkan suami, mempunyai suami yang tidak mampu menyara

keluarga kerana dipenjarakan atau wanita yang terpaksa menanggung keluarga kerana

suami berhijrah secara kekal atau sementara. Bagi masyarakat Malaysia, golongan

wanita yang telah berpisah atau kematian suami dikenali sebagai janda, balu atau pun

ibu tunggal.

Siti Fatimah (2004) menyatakan ibu tunggal adalah wanita yang hidup

berseorangan tanpa suami di sisi di mana mereka bertanggungjawab untuk mendidik

anak-anak dengan menjalankan dwifungsi iaitu sebagai penyara dan pengurus

keluarga.Manakala Abd.Rahim et al.(2006) pula mentafsirkan ibu tunggal sebagai

seorang wanita yang telah kematian suami dan terpaksa meneruskan tugas membesarkan

anak-anak atau seorang wanita yang telah bercerai dengan suaminya dan telah diberi hak

penjagaan ke atas anak-anaknya ataupun seorang wanita yang digantung tidak bertali

kerana tidak diberi nafkah oleh suami untuk menyara hidupnya dan anak-anaknya.

Tidak dinafikan, terdapat banyak cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi oleh

ibu tunggal dalam menjalani kehidupan seharian setelah ketiadaan suami di sisi.Masalah

ekonomi merupakan cabaran utama golongan ibu tunggal.Bagi isteri yang selama ini

merupakan suri rumahtangga, ia bukanlah satu perkara yang mudah untuk memasuki

pasaran buruh. Tambahan lagi, bagi mereka yang tidak mempunyai kelayakan yang

sesuai.Hal ini menjadikan satu beban kepada mereka dalam menjalani kehidupan

seharian.

Page 24: KEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN · PDF fileKEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN ... * ini disimpan di Perpustakaan Universiti ... No. 5 Kampung Tiang Bertarah,

4

Keperihatinan kerajaan dengan nasib yang membelenggu rakyat telah membawa

kepada penyediaan pelbagai bentuk perancangan dan strategi bagi mengurangkan beban

yang ditanggung oleh mereka.Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah satu badan kerajaan

dibawah pentadbiran KPWKM yang telah menyediakan pelbagai bentuk bantuan di

bawah Skim Bantuan Kewangan bagi Golongan Ibu Tunggal. Antara bantuan tersebut

adalah Bantuan Kanak-Kanak (BKK) berupa wang sara diri yang disalurkan kepada ibu

tunggal bagi memastikan ibu tunggal terus menyara anak-anak mereka. Juga, Bantuan

Am (BA) turut diberikan kepada golongan ini berupa bantuan bulanan iaitu bantuan

makanan dan pakaian serta bantuan membaiki rumah bagi pendapatan isi rumah di

bawah RM 700 sebulan atau di bawah paras garis kemiskinan (JKM-Bantuan Kebajikan,

2011).

Walaubagaimanapun, bantuan yang diberikan masih kurang untuk meringankan

beban ibu tunggal. Ini kerana kos sara hidup yang semakin tinggi memincangkan

kehidupan ibu tunggal walaupun bantuan kewangan telah disalurkan. Justeru itu,

kerajaan telah menyediakan pelan tindakan strategik dimana ia menggariskan program

pendidikan dan latihan bagi memastikan ibu tunggal mampu memperolehi pendapatan

yang lebih baik. Menerusi pendekatan ini kerajaan telah memperkenalkan program

Inkubator Kemahiran Ibu tunggal (I-KIT) dibawah pentadbiran Jabatan Pembangunan

Wanita dalam RMK9 sebagai salah satu program untuk meningkatkan kualiti hidup serta

pembasmian kemiskinan di kalangan ibu tunggal (RMK-9, 2006-2010).

1.2 Latar Belakang Masalah

Keciciran dari sudut ekonomi dan kemiskinan merupakan fenomena utama yang

membelenggu kehidupan dan pembangunan golongan wanita.Perkara ini turut diakui

Page 25: KEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN · PDF fileKEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN ... * ini disimpan di Perpustakaan Universiti ... No. 5 Kampung Tiang Bertarah,

5

sehingga ke peringkat antarabangsa dimana dalam Beijing Declaration and Platform for

Action 1995, kemiskinan diletakkan sebagai isu paling utama daripada dua belas (12)

perkara kritikal dalam pembangunan wanita yang perlu diberikan perhatian.Kemiskinan

bukan sahaja memberikan impak negatif dari sudut ekonomi, malahan juga dari sudut

sosial.Wanita yang tidak berkeupayaan untuk berdikari dari segi ekonomi lebih

cenderung untuk menjadi mangsa pelbagai bentuk diskriminasi dan keganasan seperti

gangguan seksual dan juga keganasan rumahtangga (Dasar Wanita Negara, 2009).

Perkara ini akan menjadi lebih sukar bagi golongan ibu tunggal yang perlu

menjalani hidup tanpa ketua keluarga yang bergelar bapa dan suami.Walaupun terdapat

pelbagai bentuk bantuan atau program yang ditawarkan oleh kerajaan, namun bagi

tujuan pengurangan kadar kemiskinan di kalangan ibu tunggal ia memerlukan sebuah

rancangan yang lebih khusus dan komprehensif. Justeru, KPWKM telah melantik

Jabatan Pembangunan Wanita sebagai agensi pelaksana untuk melaksanakan strategi

terperinci bagi membantu ibu tunggal sekaligus mengurangkan kadar kemiskinan.

Maka dalam RMK9, program I-KIT telah dijadikan sebagai salah satu program

teras bagi membantu mengurangkan kadar kemiskinanan serta meningkatkan kualiti

hidup dikalangan ibu tunggal.Program I-KIT adalah satu program pembangunan kapsiti

untuk wanita yang menyediakan latihan kemahiran dan bimbingan keusahawanan untuk

ibu tunggal bagi membolehkan mereka menjana pendapatan sendiri sekaligus

meningkatkan kualiti hidup(JPW, 2011). Azman Mamat (2011) menyatakan sejak mula

ditubuhkan pada 2008 sehingga 2010, seramai 960 orang ibu tunggal telah menyertai

program ini. Program yang dianjurkan ini bukan sahaja diberikan secara percuma malah

turut menyediakan elaun bantuan sara diri sepanjang tempoh mengikuti latihan tersebut

(Utusan 7 Oktober, 2011).

Page 26: KEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN · PDF fileKEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN ... * ini disimpan di Perpustakaan Universiti ... No. 5 Kampung Tiang Bertarah,

6

Selain itu, pencapaiannya telah dapat dilihat pada tahun 2009 dimana sebanyak

85 orang ibu tunggal telah berjaya membuka perniagaan sendiri sekaligus dapat

meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup mereka (JPW, 2011). Ini menunjukkan

program yang dianjurkan oleh JPW memberikan impak serta kesan yang sangat positif

kepada ibu tunggal dalam meningkat kualiti hidup serta dalam usaha meningkatkan taraf

sosioekonomi mereka.Walaubagaimanapun, pencapaian yang diperolehi adalah

pencapaian yang melibatkan pelaksanaan program I-KIT di seluruh Negara.Oleh yang

demikian, penyelidik merasakan perlu untuk melihat keberkesanan pelaksanaan program

ini bagi setiap negeri untuk membuktikan pencapaian tersebut.Maka program I-KIT di

negeri Johor menjadi pilihan penyelidik untuk melihat keberkesanannya.

Selain itu, penyelidikan berkenaan keberkesanan pelaksanaan program latihan

kemahiran ini juga adalah dirasakan perlu bagi membantu pihak-pihak yang

berkenaanuntuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan program yang sedia ada.Oleh

yang demikian, penyelidikan ini merupakan satu aktiviti berhubung dengan usaha

memperolehi dan menganalisis maklumat untuk mengenalpasti dan meyelesaikan

masalah yang timbul serta dapat membantu pihak tertentu demi untuk kebaikan bersama

kearah kemajuan dan kemakmuran Negara.

1.3 Penyataan Masalah

Penyelidikan ini dijalankan untuk mengenalpasti keberkesanan pelaksanaan

program latihan kemahiran (I-KIT) terhadap ibu tunggal di JPW Negeri Johor

berdasarkan model Kirckpatrick. Keberkesanan program ini dilihat daripada empat

aspek utama iaitu aspek reaksi, aspek pembelajaran, aspek tingkah laku serta aspek hasil.

Page 27: KEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN · PDF fileKEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN ... * ini disimpan di Perpustakaan Universiti ... No. 5 Kampung Tiang Bertarah,

7

1.4 Objektif Kajian

Berdasarkan kepada penyataan masalah diatas, di sini dinyatakan objektif yang

ingin dicapai oleh penyelidik dimana objektif tersebut adalah:

i. Mengenalpasti keberkesanan program dari aspek reaksi iaitu kepuasan ibu

tunggal terhadap latihan kemahiran yang diikuti

ii. Mengenalpasti keberkesanan program dari aspek pembelajaran iaitu perolehan

pengetahuan dan peningkatan kemahiran selepas tamat latihan

iii. Mengenalpasti keberkesanan program dari aspek tingkah laku iaitu perubahan

tingkah laku selepas tamat latihan

iv. Mengenalpasti keberkesanan program dari aspek hasil iaitu manfaat yang

diperolehi selepas tamat latihan

Page 28: KEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN · PDF fileKEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN ... * ini disimpan di Perpustakaan Universiti ... No. 5 Kampung Tiang Bertarah,

8

1.5 Persoalan Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji mengemukakan beberapa persoalan bagi menentukan

objektif kajian tercapai iaitu:

i. Apakah ibu tunggal berpuas hati dengan latihan kemahiran yang mereka ikuti?

ii. Apakah terdapatnya perolehan pengetahuan serta peningkatan kemahiran

terhadap ibu tunggal setelah tamat latihan?

iii. Apakah terdapatnya perubahan tingkah laku kepada ibu tunggal setelah tamat

latihan?

iv. Apakah manfaat yang diperolehi oleh ibu tunggal setelah tamat mengikuti

latihan?