33
KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) SABAK BERNAM Norsela binti A.Manaf, Nurul Ilyana binti Baharudin Jabatan Perdagangan, Politeknik Sultan Idris Shah E-mel: [email protected] Abstrak Sektor Industri Kecil dan Sederhana di negara ini sedang mengalami transformasi ke arah yang lebih dinamik dan kompetitif. Sektor ini penting, bukan sahaja kerana ia dapat membantu menjana pertumbuhan ekonomi negara malahan memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat luar bandar. Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) berasaskan pembuatan makanan telah diberi penekanan oleh kerajaan dalam usaha untuk mewujudkan peluang-peluang perniagaan dan pekerjaan terhadap masyarakat luar bandar. Kini, permintaan terhadap makanan semakin meningkat. Walaubagaimanapun, usahawan IKS masih belum dapat menguasai pasaran. Kajian ini meneroka keberkesanan latihan terhadap usahawan IKS berdasarkan kajian soal selidik di Sabak Bernam. Data sampel soal selidik usahawan terdiri daripada 30 responden. Elemen kajian dibahagikan kepada kualiti produk, pengurusan dan keuntungan. Taksonomi keberkesanan latihan daripada pelbagai dimensi ini dapat digunakan untuk mengenalpasti keberkesanan latihan yang wujud pada seseorang usahawan dalam usaha meningkatkan dan mengembangkan perniagaan di dalam sektor IKS. Kata Kunci: Keberkesanan, Usahawan Industri Kecil dan Sederhana, kualiti produk, pengurusan, keuntungan

KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI … · KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) SABAK BERNAM Norsela binti A.Manaf, Nurul Ilyana binti

  • Upload
    others

  • View
    67

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI … · KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) SABAK BERNAM Norsela binti A.Manaf, Nurul Ilyana binti

KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI KECIL DAN

SEDERHANA (IKS) SABAK BERNAM

Norsela binti A.Manaf, Nurul Ilyana binti Baharudin

Jabatan Perdagangan, Politeknik Sultan Idris Shah

E-mel: [email protected]

Abstrak

Sektor Industri Kecil dan Sederhana di negara ini sedang mengalami transformasi ke arah yang

lebih dinamik dan kompetitif. Sektor ini penting, bukan sahaja kerana ia dapat membantu

menjana pertumbuhan ekonomi negara malahan memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat

luar bandar. Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) berasaskan pembuatan makanan

telah diberi penekanan oleh kerajaan dalam usaha untuk mewujudkan peluang-peluang

perniagaan dan pekerjaan terhadap masyarakat luar bandar. Kini, permintaan terhadap makanan

semakin meningkat. Walaubagaimanapun, usahawan IKS masih belum dapat menguasai

pasaran. Kajian ini meneroka keberkesanan latihan terhadap usahawan IKS berdasarkan kajian

soal selidik di Sabak Bernam. Data sampel soal selidik usahawan terdiri daripada 30 responden.

Elemen kajian dibahagikan kepada kualiti produk, pengurusan dan keuntungan. Taksonomi

keberkesanan latihan daripada pelbagai dimensi ini dapat digunakan untuk mengenalpasti

keberkesanan latihan yang wujud pada seseorang usahawan dalam usaha meningkatkan dan

mengembangkan perniagaan di dalam sektor IKS.

Kata Kunci: Keberkesanan, Usahawan Industri Kecil dan Sederhana, kualiti produk,

pengurusan, keuntungan

Page 2: KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI … · KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) SABAK BERNAM Norsela binti A.Manaf, Nurul Ilyana binti

PENDAHULUAN

Industri Kecil dan Sederhana (IKS) merupakan nadi serta enjin pelaburan domestik

dalam menjana ekonomi Malaysia. Peranan dan sumbangan IKS ini menjadi semakin

penting dalam mencapai wawasan 2020 bagi menjadikan negara Malaysia sebagai

sebuah negara perindustrian. Malah IKS boleh dijadikan sebagai asas, tulang belakang

dan pendokong dalam memenuhi hasrat dan cita-cita wawasan pembangunan ekonomi

negara selepas tahun 2020. Satu pelan perusahaan IKS bagi tempoh 2010 hingga 2020

telah dirangka dan dimasukkan sebagai sebahagian daripada Model Ekonomi Baru

(MEB).

Menurut laman sesawang Jabatan Penerangan Malaysia, IKS ditakrifkan

sebagai perusahaan perkilangan atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan

berkaitan perkilangan dengan pusing ganti tahunan tidak melebihi RM25 juta dan

menggaji kakitangan sepenuh masa tidak melebihi 150 orang.

Disamping itu, IKS telah berjaya memberi perubahan yang besar kepada

pembangunan ekonomi terhadap sesuatu kawasan perindustrian terutamanya kawasan

luar bandar. Secara tidak langsung ia dapat meningkatkan pendapatan penduduk

sesuatu kawasan dan pengeluaran hasil domestic berlakunya peningkatan. Menurut

akhbar New Sabah Times Bahasa, Mei 2014, purata pendapatan pengusaha Kecil dan

Sederhana di antara RM2 000 hingga RM3 000 sebulan.Kebanyakan pengusaha Kecil

dan Sederhana dan memperoleh pendapatan berlipat ganda ketika musim perayaan.

Selain itu, ia membantu dalam melahirkan dan meningkatkan kemahiran dalam

kalangan tenaga kerja terlibat baik di peringkat pekerja mahupun pada peringkat

pengurusan serta membantu dalam meningkatkan arus pemindahan teknologi asing.

Perkembangan di suatu kawasan IKS telah menjadi salah satu tarikan

perlancongan di Malaysia.Antara kawasan tumpuan Industri Kecil dan Sederhana

adalah kawasan Sabak Bernam, Banting di Selangor dan Batu Pahat, Johor.

Dengan itu melalui Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan oleh Dato' Sri

Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak dapat memacu ekonomi rakyat dengan lebih

Page 3: KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI … · KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) SABAK BERNAM Norsela binti A.Manaf, Nurul Ilyana binti

tinggi. Dengan cara ini juga menggalakkan pengusaha IKS menjalankan perniagaan

yang lebih kreatif, inovatif dan bernilai tinggi.

Penglibatan agensi kerajaan turut memainkan peranan yang penting dalam

pelaksanaan pembangunan IKS. Diantara agensi kerajaan yang bertanggugjawab

dalam pembangunan IKS adalah Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan

Sederhana (SMIDEC), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Jabatan Pertanian

Malaysia. Sebagai usaha untuk membangunkan IKS, kerajaan telah menyediakan

sokongan berbentuk kewangan dan bukan kewangan bagi memajukan IKS di pasaran

tempatan dan antarabangsa. IKS bukan sahaja dapat menarik pengusaha baru untuk

menceburi bidang perniagaan malah turut memainkan peranan dalam membantu

masyarakat dengan memberi peluang pekerjaan dan meningkatkan ekonomi negara.

Oleh yang demikian, adalah penting bagi kerajaan untuk memberikan komitmen yang

tinggi ke arah memajukan sektor IKS.

Disamping itu, institusi kewangan turut memainkan peranan yang penting

dalam pemberian bantuan dan khidmat nasihat kewangan kepada pengusaha IKS.

Kesan ketidaktentuan ekonomi semasa memberi impak yang besar kepada pengusaha

IKS. Kebanyakan institusi kewangan akan mengetatkan pemberian pinjaman bagi

mengurangkan risiko terhadapat tahap ketidakstabilan ekonomi. Menurut usahawan

sejuk beku, Mohd Nor Bin Mosnan antara cabaran yang dihadapi pada permulaan

perniaagan adalah untuk mendapatkan bantuan kewangan dan kepercayaan daripada

institusi kewangan. Ini adalah kerana kebanyakan institusi kewangan tidak yakin

dengankekuatan syarikat pada permulaan perniagaan.

Penubuhan Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad (Bank

SME) pada tahun 2005 telah telah menggalakkan dan menjadi pemangkin kepada

pertumbuhan dan perkembangan IKS di Malaysia. Penubuhan Bank SME dijangka

mampu memberikan kesan besar yang positif kepada pertumbuhan sektor perusahaan

yang menjadi tulang belakang kepada pembangunan ekonomi negara (Berita Harian,

Disember 2005).

Page 4: KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI … · KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) SABAK BERNAM Norsela binti A.Manaf, Nurul Ilyana binti

Pada bulan Januari 2015, Bank Negara Malaysia telah memperkenalkan

Kemudahan Bantuan Khas berjumlah RM500 juta untuk membantu perniagaan yang

terjejas akibat banjir besar yang melanda negara ini pada akhir 2014. Di bawah

Kemudahan ini, perniagaan yang terjejas boleh mendapatkan pembiayaan pada kadar

konsesi daripada apa-apa perdagangan atau Islam bank-bank seperti SME Bank, Bank

Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat), BankSimpanan Nasional (BSN)

dan Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank). (Laporan Kewangan SME

Corporation 2014/15).

Berikut adalah diantara agensi kerajaan yang bertanggungjawab memberi

sumbangan besar terhadap pembangunan IKS negara:

Jabatan Pertanian

Jabatan Pertanian telah ditubuhkan dalam tahun 1905. Diantara objektif penubuhan

Jabatan Pertanian adalah memberi perkhidmatan perundingan, sokongan teknikal dan

khidmat nasihat yang profesional dalam pelbagai bidang Pertanian khususnya tanaman

makanan dan industri hiliran bagi menentukan pengeluaran makanan yang mencukupi

untuk keperluan negara.disamping itu, Jabatan Pertanian turut membimbing dan

mewujudkan pengusaha pertanian yang progresif bagi meningkatkan produktiviti

ladang dan pengeluaran pertanian negara. Kursus Keusahawanan Pemprosesan

Makanan telah dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian bermula pada tahun 2002 untuk

melahirkan usahawan muda yang menceburkan diri secara serius dalam perniagaan

asas tani seperti makanan sejuk beku, bakeri, produk-produk berasaskan kelapa, poduk-

produk berasaskan buah-buahan dan makanan ringan.

Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar

Dan Wilayah, ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah

badan berkanun hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada

tahun sebelumnya. Program dan insentif yang diberikan oleh MARA untuk memupuk

budaya keusahawanan, melatih dan melahirkan golongan usahawan yang berkualiti dan

beretika dalam kalangan Bumiputera.MARA telah menyediakan bantuan dari aspek

Page 5: KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI … · KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) SABAK BERNAM Norsela binti A.Manaf, Nurul Ilyana binti

teknikal, khidmat nasihat, kemudahan infrastruktur, kemahiran, ilmu-ilmu yang

berkaitan dengan pendusaha Bumiputera.Semua usaha dan aktiviti yang dilaksanakan

adalah bertujuan untuk meningkatkan penguaasaan ekonomi Bumiputera.

Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC)

Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) yang ditubuhkan

di bawah Akta 539, merupakan sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk

membangunkan industri kecil dan sederhana (IKS). SMIDEC telah berkerjasama

dengan MATRADE untuk membantu IKS mencari peluang-peluang pasaran melalui

penyertaan di pameran perdagangan tempatan dan antarabangsa, misi perdagangan dan

pelaburan serta aktiviti-aktiviti promosi yang lain. Geran ITAF 4 disediakan untuk

tujuan ini. Melalui kolaborasi ini, ia berjaya meningkatkan keupayaan Industri Kecil

dan Sederhana untuk menjadi lebih cekap, kompetitif dan berupaya mengeluarkan

produk berkualiti tinggi dan dapat bersaing dipasaran antarabangsa.

Page 6: KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI … · KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) SABAK BERNAM Norsela binti A.Manaf, Nurul Ilyana binti

PENYATAAN MASALAH

Pembangunan sumber manusia merupakan elemen yang paling penting di dalam

ekonomi bagi sesebuah negara.Dengan adanya pendedahan ilmu, latihan dan

kemahiran secara tidak langsung dapat mempertingkatkan tahap keupayaan dan

kebolehan bagi soerang pengusaha IKS. Kerjasama antara pihak pihak kerajaan dan

pengusaha kecil dan sederhana yang baik dapat meningkatkan keberkesanan dan

kejayaan program latihan yang dilakasanakan. (Azmanirah Ab Rahman, Ahmad Esa &

Wan Mohd Rashid bin Wan Ahmad, 2010).

Kebanyakan pengusaha IKS mempunyai tahap kemahiran yang tinggi dalam

penghasilan sesuatu produk. Kekangan dan kelemahan yang dihadapi oleh kebanyakan

pengusaha IKS adalah ketidakmampuan syarikat memiliki sijil halal, mengembangkan

pasaran produk yang terhad dan pengurusan kewangan yang lemah.

Penyertaan syarikat perusahaan IKS bumiputera dalam industri halal perlu

ditingkatkan bagi mengimbangi penguasaan pengusaha bukan bumiputera.Syarikat

sukar mendapat pembiayaan kewangan untuk menaik taraf perniagaan terutama dari

segi premis bagi memperoleh sijil halal.(Utusan, Disember 2015).Pemberian latihan

dan khidmat nasihat amat diperlukan kepada pengusaha kecil dan sederhana

membolehkan mereka memasuki pasaran luar dan dapat mengawal pengurusan

kewangan yang lebih konsisten.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyasarkan untuk

meningkatkan penglibatan usahawan IKS dalam pasaran eksport sebanyak lima peratus

lagi menjelang 2020. Kerajaan mempunyai banyak program dan inisiatif bagi

membantu orang ramai khususnya generasi muda yang mahu menceburi bidang

usahawan Industri Kecil dan Sederhana. (Portal SME Corporation, Mei 2016).

Penglibatan agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian, Majlis Amanah

Rakyat (MARA), Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC),

Lembaga Pertubuhan Peladang dan sebagainya di dalam kolaborasi bersama Industri

Kecil dan Sederhana (IKS) secara tidak langsung menjadi pemangkin kepada

perlaksanaan pengurusan yang lebih tersusun berbanding dengan firma besar.

Page 7: KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI … · KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) SABAK BERNAM Norsela binti A.Manaf, Nurul Ilyana binti

Hal ini memandangkan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) memiliki sumber

tabungan modal dan sumber pekerja yang terhad dan serta jauh lebih kecil berbanding

dengan firma besar bertaraf multinasional.Justeru itu, IKS lebih memerlukan

perlaksanaan sistem pengurusan yang berkesan bagi mengelakkan sebarang kesilapan

dalam operasi mereka.

Dalam hubungan ini, IKS bukan sahaja memerlukan pengurusan, tetapi

perlaksanaan sistem pengurusan yang berkualiti tinggi. Usahawan IKS perlu

mengenalpasti keutamaan-keutamaan dari segi pengagihan sumber kepada aspek

operasi yang lebih memerlukan dan merancang aspek yang kurang memerlukan

perhatian bagi perancangan masa depan.

Keberkesanan perlaksanaan pengurusan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

dalam hal ini, banyak bergantung kepada sifat-sifat usahawan yang merupakan kunci

bagi menentukan hala tuju perlaksanaan pengurusan dalam perniagaan IKS.

Faktor dalaman yang merangkumi ciri-ciri keusahawanan dan orientasi

keusahawanan serta pegangan atau ketaatan kepada agama.Manakala faktor luaran pula

meliputi kemahiran pengurusan, pengalaman pengurusan dan industri, perancangan dan

keadaan ekonomi, hubungan sosial, jaringan dan pemasaran serta bantuan dan

sokongan kerajaan. Kedua-dua faktor ini telah dikenalpasti sebagai punca kejayaan di

dalam Industri Kecil dan Sederhana. (Suhaila Nadzri, Suhaily Md Shamsudin,

Muhammad Firdaus Muhammad Sabri, 2014)

Page 8: KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI … · KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) SABAK BERNAM Norsela binti A.Manaf, Nurul Ilyana binti

Objektif Kajian

i. Mengenalpasti keberkesanan latihan terhadap kualiti produk IKS.

ii. Mengenalpasti keberkesanan latihan terhadap pengurusan IKS.

iii. Mengenalpasti keberkesanan latihan terhadap keuntungan IKS.

Skop dan Batasan Kajian

Bagi mendapatkan butiran yang diperlukan, skop dan batasan kajian adalah seperti

berikut.

1) Dijalankan di sekitar kawasan daerah Sabak Bernam, Selangor.

2) Melihat tahap keberkesanan latihan dari segi tiga sudut iaitu dari sudut Kualiti

produk, pengurusan dan keuntungan.

3) Sasaran responden adalah tertumpu kepada usahawan pembuatan makanan bagi

perusahaan IKS yang dipilih secara rawak.

4) Kajian yang dijalankan berdasarkan pemberian borang soal selidik kepada

responden.

5) Antara batasan kajian adalah kesukaran dalam mendapatkan kerjasama daripada

sesetengah usahawan IKS dalam perkongsian pendapat mereka.

Page 9: KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI … · KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) SABAK BERNAM Norsela binti A.Manaf, Nurul Ilyana binti

SOROTAN KAJIAN

IKS ditakrifkan sebagai perusahaan perkilangan atau syarikat yang menyediakan

perkhidmatan berkaitan dengan perkilangan dengan pusing ganti tahunan tidak

melebihi RM25 juta dan menggaji kakitangan sepenuh masa tidak melebihi 150 orang

(Ibrahim Abu Shah, 1990; Nurulhuda, 2006).

Di Malaysia, sumbangan IKS terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)

terus meningkat dari 29 peratus pada tahun 2004 kepada melebihi 30 peratus untuk

masa kini dan dijangka mencecah 41 peratus pada tahun 2020. Sumbangan terhadap

pekerjaan dijangka meningkat dari paras di bawah 60 peratus kini kepada 62 peratus

menjelang 2020.Manakala sumbangan terhadap eksport dijangka mencecah 25 peratus

pada tahun 2020 (Zulkipli, 2015).Tidak dapat dinafikan lagi IKS telah memberi

sumbangan yang besar kepada pembangunan negara.

Hasil kajian yang dilakukan Abd RahimAbd Rashid (1999), IKS yang paling

pesat membangun adalah industri pemprosesan makanan diikuti oleh industri

pembuatan, industri batu-bata, industri kayu-kayan, industri simen, industri mekanik,

industri pembuatan kasut, industri kraftangan, industri tenunan, industri kejurateraan

ringan, industri alatganti, industri baikpulih komputer dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, banyak kajian yang dilakukan menunjukkan IKS masih

tidak mampu bersaing kerana faktor kekurangan latihan hingga menyebabkan masalah

pengurusan, bebanan hutang dan kualiti produk terjejas (Mohd Herwan, 1998;

Noraizan, 2003; Zaleha, 2004).

Kualiti Produk

Menurut The Oxford Advanced Learner’s Dictionary, kualiti ditakrifkan sebagai

sesuatu penanda aras yang telah ditetapkan apabila ia membuat perbandingan kepada

yang lain. Secara ringkasnya, kualiti menurut pentakrifan konvensional ialah sesuatu

yang dipandang baik.Ukuran baik tersebut pula dilihat dari sudut kebolehniagaan. Ini

bermakna sesuatu produk itu dikatakan berkualiti apabila ia ada nilai-nilai komersil,

Page 10: KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI … · KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) SABAK BERNAM Norsela binti A.Manaf, Nurul Ilyana binti

sesuai dengan kemahuan pelanggan, kompetitif dan tidak mempunyai sebarang cela

sehingga ia dapat diniagakan dan mendatangkan keuntungan kepada pihak yang

menghasilkannya.

Kebanyakan syarikat IKS tidak mempertingkatkan lagi tahap pengamalan

sistem pengurusan kualiti amalan peningkatan kualiti (APK) setelah mereka mendapat

sijil amalan peningkatan kualiti (APK) daripada SIRIM.Bagi berdepan dengan

persaingan yang berdaya saing dan lebih kompetitif dan di dalam pasaran yang

kompetitif, IKS perlulah meningkatkan lagi tahap pemakaian sistem pengurusan kualiti

keperingkat yang lebih baik dan cemerlang.Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap

kefahaman pihak pengurusan di IKS terhadap sistem pengurusan kualiti perlu

dipertingkatkan lagi. Ini kerana, tahap kefahaman mereka mengenai pengurusan kualiti

masih lagi berada di tahap rendah walaupun setelah menyertai programamalan

peningkatan kualiti (APK). Ini mungkin berlaku disebabkan oleh sikap mereka yang

memandang ringan peranan dan sumbangan sistem pengurusan kualiti terhadap

pengendalian syarikat dan juga tidak mahu mempraktikkan dengan bersungguh-

sungguh ilmu pengetahuan yang telah dipelajari semasa mengikuti program amalan

peningkatan kualiti (APK).(Baba Mohd Deros, Azmi Hassan & Sarimah Othong,

2004).

Bagi sesebuah syarikat yang mempunyai sistem kualiti yang baik, secara tidak

langsung menunjukkan syarikat tersebut mempunyai sistem pengurusan operasi,

pengurusan kewangan, pemasan yang baik dan berinovasi.Berdasarkan analisis

terhadap syarikat yang berjaya dari segi sistem kualiti kajian ini merumuskan bahawa

terdapat beberapa aspek yang perlu diberi perhatian dari aspek sistem kualiti oleh para

usahawan bagi memastikan pengekalan mutu produk yang dihasilkan. Antaranya

termasuk:

1) Kesedaran tentang kepentingan penyediaan dana khusus bagi tujuan

meningkatkan sistem kualiti.

2) Berusaha untuk memiliki sijil ISO dan lain-lain sijil pengiktirafan terhadap

produk yang dikeluarkan.

3) Mempunyai kakitangan teknikal yang mahir dalam menguruskan sistem kualiti.

Page 11: KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI … · KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) SABAK BERNAM Norsela binti A.Manaf, Nurul Ilyana binti

4) Kesediaan untuk bertindak terhadap maklumbalas yang diterima dari pengguna.

5) Kewujudan sistem pemantauan yang berkesan.

6) Melakukan usaha pembaikan secara berterusan.

7) Berusaha untuk memasarkan produk di pasaran antarabangsa.

8) Selalu mengikuti perkembangan mengenai sistem operasi yang terkini.

Secara kesimpulan, mendapati bahawa usahawan yang pernah mengikuti kursus

mempunyai keupayaan mengurus kualiti dengan lebih baik berbanding dengan

usahwan yang tidak mengikut kursus.Ini menunjukkan bahawa kepentingan kualiti dan

pengurusan kualiti perlu di terapkan kepada usahawan melalui kursus-kursus yang

dijalankan. (Nor Aini Haji Idris & Faridah Shahadan, 2009)

Disamping itu, sesebuah organisasi yang menitikberatkan mutu dalam

perkhidmatan ia akan membantu memperbaiki operasi dalaman syarikat, meningkatkan

mutu komunikasi antara pihak luaran dan dalaman kerana adanya deskripsi kerja dan

tanggungjawab yang jelas, menaikkan kesedaran terhadap isu kualiti, meningkatkan

produktiviti, meningkatkan kepuasan pelanggan dan kepercayaan mereka terhadap

produk syarikat (Gotzami dan Tsiotras, 2002; Singels et al., 2001; Mohd Faiz Bin Mat

Nasir1 dan Lee Ming Foong,2011).

Berdasarkan petikan Borneo Post Online (2016) menyatakan bahawa objektif

pihak kerajaan mengadakan kursus adalah untuk melahirkan usahawan yang menceburi

secara serius dalam perniagaan memproses makanan sekali gus menghasilkan produk

makanan berkualiti agar dapat dipasarkan. Pelbagai agensi termasuk Jabatan Pertanian

sentiasa membantu dalam memastikan usahawan kecil berjaya.

Keuntungan

Setiap pengusaha perniagaan menginginkan keuntungan. Keuntungan sesebuah

perniagaan hanya akan diperolehi sekiranya jumlah hasil mengatasi jumlah kos (Nik

Mustapha, 2013).

Selain kepentingan latihan dalam amalan pengurusan, latihan dalam pengurusan

kewangan juga harus dititikberatkan oleh para pengusaha dalam memastikan

Page 12: KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI … · KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) SABAK BERNAM Norsela binti A.Manaf, Nurul Ilyana binti

keuntungan yang diperolehi berada di tahap maksima. Menurut Ivancevich (1999),

latihan dalam pengurusan kewangan bertujuan untuk:

1) menambah kuantiti output

2) memperbaiki kualiti output

3) mengurangkan kos pembaziran dan kos penyelanggaran peralatan

4) mengurang pusing ganti dan ketidakhadiran pekerja

5) meningkatkan kepuasan kerja dikalangan pekerja

6) meningkatkan produktiviti pekerja

Pendapat yang sama turut diutarakan Ibrahim (1996), yang mana beliau menyatakan

kepentingan program latihan kepada dua pihak:

1) Manfaat kepada organisasi

keuntungan yang lebih tinggi

produktiviti pekerja lebih tinggi

mempertingkatkan imer organisasi

kadar pusing ganti pekerja lebih rendah

pembentukkan budaya organisasi

2) Manfaat kepda pekerja

kepuasan kerja

peluang merealisasikan potensi diri

mempercepatkan proses pembelajaran pekerja

mempertingkatkan kecekapan dan kelayakkan pekerja

berpeluang menikmati kenaikan pangkat dan gaji

Sehubungan dengan itu, Abdul Aziz Yusof (2001) menyatakan kepentingan

pengurusan kewangan kepada usahawan ialah penyimpanan rekod

kewangan.Penyimpanan sistem perakaunan yang teratur adalah amat penting bagi

menentukan keuntungan perniagaan.Hasil kajian Muhd Rushid dan Mohd Dzulfadli

(2010) ke atas pengusaha ladang di Segamat, Johor, mendedahkan bahawa tahap

kesedaran para pengusaha untuk menjalani latihan sebagai pemangkin kepada

keuntungan mereka adalah sederhana.Keputusan kajian ini menyatakan bahawa hanya

63.3% sahaja pengusaha yang telah mendapatkan latihan dalam usaha untuk

Page 13: KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI … · KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) SABAK BERNAM Norsela binti A.Manaf, Nurul Ilyana binti

memperbaiki sistem tanaman mereka.Muhd Rushid dan Mohd Dzulfadli (2010)

menyatakan sekiranya lebih ramai pengusaha menhadiri kursus atau latihan yang

disediakan, maka sudah pasti kerugian yang berpunca dari kerosakkan tanaman dapat

dikurangkan, sekaligus meningkatkan keuntungan pengusahaan mereka.

Pengurusan

Definasi pengurusan dalam sesebuah organisasi atau perniagaan dapat ditakrifkan

dalam berbagai perpektif. Diantaranya pengurusan dilihat sebagai satu proses di mana

sesuatu sumber dimanfaatkan untuk mencapai tujuan yang dikehendaki (Abdul Rahim

dan Shahrul Bariah, 1990). Manakala Ramlee Abdullah (2015) pula menafsirkan

pengurusan sebagai proses yang menyeluruh dalam mencapai objektif organisasi

termasuk perancangan, pengorganisasian, penstafan, pengarahan dan pengawalan.

Amalan pengurusan telah lama dipraktikan dalam mana-mana perniagaan untuk

mencapai objektif mereka termasuk IKS. Menurut Asri (2000), amalan pengurusan

merupakan faktor penting dalam membantu perkembangan perniagaan kecil. Faktor

sumber dan simpanan yang kecil dan terhad menyebabkan perniagaan seperti IKS ini

memerlukan amalan pengurusan yang lebih cekap dan sistematik berbanding firma

pernigaan yang besar (Muhd Rashid, 2010).

Malahan kajian-kajian sebelum ini menunjukkan signifikan yang positif

hubungan diantara prestasi sesebuah perniagaan dan sistem amalan pengurusan yang

teratur (Appiah-Adu dan Singh, 1998; Zaleha, 2004).Nor Aishah (2002), Abdul Aziz

(2000), Blawatt (1998) serta Hisrich dan Peters (2002) juga sepakat menyatakan

bahawa amalan pengurusan merupakan salah satu faktor penting dalam menentukan

kejayaan seseorang usahawan dalam perniagaannya.

Namun begitu, masih banyak lagi pengusaha IKS mengabaikan amalan

pengurusan ini. Hasil kajian Halimah (1996) yang telah dijalankan ke atas 31

pengusaha Bumiputera di luar bandar di negeri Johor , mendapati bahawa pengurusan

kewangan masih dianggap suatu perkara yang tidak penting dalam kalangan usahawan

Bumiputera walaupun usia perniagaan responden telah agak matang. Capaian kajian

yang sama turut dikongsi Mohd Amir Sharifuddin (1984) ke atas 92 orang usahawan

Page 14: KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI … · KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) SABAK BERNAM Norsela binti A.Manaf, Nurul Ilyana binti

pinjaman Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Kelantan. Beliau menyatakan rekod

amalan pengurusan yang lemah telah menyebabkan ramai usahawan-usahawan telah

gagal dalam perniagaan mereka.

Menurut Beaver (2002), industri kecil gagal kerana pengurusan yang tidak cekap

serta masalah kewangan. Pendapat yang sama juga turut dikongsi Haswel dan Holmes

(1989) yang menytakan kegagalan sesebuah perniagaan kecil kebanyakannya berpunca

daripada amalan pengurusan yang tidak cukup efisien dan kurang berpengalaman.

Mohd Yusop (2000) telah menggariskan aspek-aspek pengetahuan yang diperlukan

oleh usahawan kecil adalah berkaitan dengan:

1) Ilmu pengurusan perniagaan seperti strategi pemasaran, aplikasi komputer,

pengurusan kualiti, pengurusan cara Islam, etika perniagaan, perhubungan dan

komunikasi, penyediaan dokumendokumen yang berkaitan dengan perniagaan,

pengurusan sumber manusia, pembinaan keupayaan berdaya saing, persekitaran

dalam dan luar premis perniagaan yang menarik pelanggan,

2) Ilmu pengurusan kewangan yang merangkumi aspek mendapatkan modal

pusingan, mentadbir kewangan, mengurus perbelanjaan dan perbelanjaan

berhemah,

3) Ilmu perakaunan dalam perniagaan seperti mengira untung rugi, mengira aset

perniagaan, merekod jualan dan mengesan kehilangan aset, serta

4) Latihan kemahiran vokasional yang berkaitan dengan perniagaan mereka.

Sememangnya kekurangan pengetahuan dalam amalan pengurusan menyebabkan

kegagalan pengusaha IKS ini.Maka adalah penting latihan untuk meningkatkan

kesedaran mereka terhadap amalan pengurusan ini diterapkan.Pendapat ini disokong

Sieh (1990) dan Hodgetts dan Kuratko (1992), yang menyatakan pengusaha

menghadapi masalah dalam membuat perancangan untuk pembangunan dan kemajuan

pengeluaran kerana kurang latihan teknikal dan latihan pengurusan.

Page 15: KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI … · KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) SABAK BERNAM Norsela binti A.Manaf, Nurul Ilyana binti

METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian yang dijalankan ialah kajian berbentuk kuantitatif.Data

dianalisis secara deskriptif.Kaedah temubual juga digunakan untuk memperolehi dan

mengumpulkan data dengan cara menterjemahkan masalah kajian dan mengajukan

soalan-soalan ini kepada responden.

Sampel kajian terdiri daripada 30 responden yang dipilih secara rawak. Dalam

kajian ini, pengkaji membahagikan populasi kepada lima kelompok mengikut mukim

di daerah Sabak Bernam yang terdiri daripada Mukim Panchang Bedena, Mukim

Sabak, Mukim Pasir Panjang, Mukim Sungai Panjang, dan Mukim Bagan Nakhoda

Omar dan Sungai Air Tawar.

Manakala sumber untuk mendapatkan data bagi kajian ini terdiri daripada dua

jenis iaitu data primer dan data sekunder.Dapatan kajian yang diperolehi telah

dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS

Versi 20.0).

Analisis Skor Min

Dalam kajian ini, skla pengukuran linker digunakan dalam Bahagian B soal selidik.

Data yang terkumpul akan ditafsir ke bentuk skor min sterusnya penyelidik akan

mentafsir skor yang diperolehi sebagaimana yang dicadangkan oleh Ameer (2013) dan

Siti Fatimah, Abd Halim (2010) merujuk kepada Jadual Skala Interpretasi Min.

Jadual 1: Jadual Skala Interpretasi Min

Skor Min Tafsiran Min

1.00 – 2.34 Rendah

2.35 – 3.67 Sederhana

3.68 – 5.00 Tinggi

Page 16: KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI … · KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) SABAK BERNAM Norsela binti A.Manaf, Nurul Ilyana binti

DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini menerangkan dapatan kajian daripada data yang telah dianalisis dengan

menggunakan perisian SPSS. Dapatan kajian terbahagi kepada dua bahagian iaitu dari

segi Analisis Deskriptif dan Analisis Inferensi.

Analisis Deskriptif

Maklumat demografi kajian dinyatakan didalam Bahagian A instrumen soal

selidik.Bahagian ini merangkumi jantina, umur, tempoh penglibatan di dalam industry

IKS, sebab memilih industry IKS, penglibatan dalam menghadiri kursus, kekerapan

menghadiri kursus dan pihak penganjur latihan.

1. Jantina

Jadual 2: Jantina

Jadual dan carta pai di atas adalah hasil analisis yang menunjukkan bahawa responden

perempuan lebih ramai berbanding dengan responden lelaki iaitu seramai 17 orang responden

bersamaan (57%) dan 13 orang responden lelaki bersamaan dengan (43%).

43% 57%

Rajah 1: Jantina

LELAKI

PEREMPUAN

Kuantiti Peratus (%)

Lelaki 13 43.3

Perempuan 17 56.7

Total 30 100.0

Page 17: KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI … · KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) SABAK BERNAM Norsela binti A.Manaf, Nurul Ilyana binti

13.3 13.3

26.7

23.3

16.7

6.7

25 - 34 35 - 44 45 - 54 55 - 64 65 - 74 >74

Rajah 2: Umur Usahawan IKS

2. Umur Usahawan IKS

Jadual 3: Umur Usahawan IKS

Kuantiti Peratus (%)

25 hingga 34 tahun 4 13.3

35 hingga 44 tahun 4 13.3

45 hingga 54 tahun 8 26.7

55 hingga 64 tahun 7 23.3

65 hingga 74 tahun 5 16.7

74 tahun dan ke atas 2 6.7

Jadual 3 menunjukkan peringkat umur bagi seseorang usahawan IKS. Terdapat enam peringkat

golongan umur iaitu 25 hingga 34 tahun, 35 hingga 44 tahun, 44 hingga 54 tahun, 55 hingga 64

tahun, 65 hingga 74 tahun dan 74 tahun ke atas. Mengikut hasil kajian yang telah dijalankan,

responden yang paling tinggi menjawab soalan adalah kategori umur 45 hingga 54 tahun iaitu

sebanyak 8 orang responden (27%). Manakala bilangan responden yang paling rendah

menjawab adalah kategori umur 74 tahun dan ke atas iaitu sebanyak 2 orang responden (7%).

Page 18: KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI … · KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) SABAK BERNAM Norsela binti A.Manaf, Nurul Ilyana binti

3%

7%

33% 30%

27%

Rajah 3:Tempoh Masa Penglibatan Di Dalam Industri IKS

(Tahun)

1 - 5

6 - 10

11 - 15

16 - 20

>20

3. Tempoh Masa Penglibatan Di Dalam Industri IKS

Jadual 4: Tempoh Masa Penglibatan Di Dalam Industri IKS

Hasil daripada analisis data menunjukkan responden yang telah terlibat di dalam industri IKS

dalam tempoh suatu masa. Bagi tempoh penglibatan di dalam industri IKS di antara 1 hingga 5

tahun adalah 3.3%. Peratus penglibatan yang tertinggi adalah diantara 11 hingga 15 tahun iaitu

sebanyak 33.3%. Manakala 26.7% telah teribat di dalam industri IKS melebihi daripada 20 tahun

dan ke atas.

Kuantiti Peratus (%)

1 hingga 5 tahun 1 3.3

6 hingga 10 tahun 2 6.7

11 hingga 15 tahun 10 33.3

16 hingga 20 tahun 9 30.0

20 tahun ke atas 8 26.7

Page 19: KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI … · KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) SABAK BERNAM Norsela binti A.Manaf, Nurul Ilyana binti

13%

33% 30%

17%

7%

Rajah 4: Sebab Memilih Industri IKS

Perniagaan yang diwarisi

Minat yang mendalam terhadap

industri IKS

Mendapat galakan daripada

keluarga dan rakan

Mempunyai kepakaran terhadap

bidang pembuatan makanan IKS

Tertarik dengan kemudahan

4. Sebab Memilih Industri IKS

Jadual 5: Sebab Memilih Industri IKS

Kuantiti Peratus (%)

Perniagaan yang diwarisi 4 13.3

Minat yang mendalam terhadap

industri IKS 10 33.3

Mendapat galakan daripada keluarga

dan rakan 9 30.0

Mempunyai kepakaran terhadap

bidang pembuatan makanan IKS 5 16.7

Tertarik dengan kemudahan 2 6.7

Jadual 5 menunjukkan hasil analisa sebab-sebab responden memilih industri IKS berbanding

industri yang lain. Seramai 4 orang responden (13%) telah memilih industri IKS kerana ia

merupakan perniagaan yang diwarisi turun temurun. Seramai 10 orang responden (33.3%)

mempunyai minat yang mendalam terhadap industri IKS manakala seramai 9 orang responden

(30%) telah mendapat galakan daripada keluarga dan rakan dalam penglibatan IKS. Disamping

itu, 2 orang responden (7%) telah tertarik dengan kemudahan yang telah disediakan oleh agensi

kerajaan menjadi salah satu faktor penglibatan responden didalam industri IKS.

Page 20: KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI … · KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) SABAK BERNAM Norsela binti A.Manaf, Nurul Ilyana binti

100%

Rajah 5: Adakah Anda Pernah Menghadiri Kursus?

Ya

5. Adakah Anda Pernah Menghadiri Kursus

Jadual 6: statistik Kehadiran Kursus

Hasil analisis menunjukkan semua responden (100%) menjawab pernah dan telah menghadiri

kursus yang dianjurkan. Usahawan IKS diwajibkan menghadiri kursus yang dianjurkan oleh

agensi kerajaan apabila usahawan IKS ingin mendapatkan bantuan daripada kerajaan. Diantara

bantuan yang diberikan adalah mesin pembuatan produk, mesin pembungkusan produk, peti

penyejuk beku dan khidmat nasihat.

Kuantiti Peratus (%)

Ya 30 100.0

Page 21: KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI … · KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) SABAK BERNAM Norsela binti A.Manaf, Nurul Ilyana binti

6.7

3.3

30

16.7

43.3

1 - 5 kali

6 - 10 kali

11 - 15 kali

15 - 20 kali

> 20 kali

Rajah 6: Kekerapan Menghadiri Kursus

6. Kekerapan Menghadiri Kursus

Jadual 7: Kekerapan Menghadiri Kursus

Berdasarkan Jadual 7 menunjukkan jumlah kekerapan responden menghadiri kursus sepanjang

penglibatan mereka di dalam industri IKS. Berdasarkan data menunjukkan bahawa 43.3% telah

menghadiri kursus lebih daripada 20 kali penyertaan. Manakala 3.3% telah menyertai kursus

diantara 6 – 10 kali penyertaan. Disini menunjukkan dimana ilmu dan pembelajaran adalah

sesuatu perkara yang sangat penting. Walaupun terdapat sesentagh usahawan telah terlibat di

dalam industri IKS lebih daripada 30 tahun, namun perkongsian ilmu dan perolehan ilmu-ilmu

yang terkini dapat membantu usahawan IKS dalam menghadapi cabaran perniagaan dengan

dunia luar.

Kuantiti Peratus (%)

1 - 5 2 6.7

6 - 10 kali 1 3.3

11 - 15 kali 9 30.0

15 - 20 kali 5 16.7

Lebih daripada 20 kali 13 43.3

Page 22: KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI … · KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) SABAK BERNAM Norsela binti A.Manaf, Nurul Ilyana binti

7. Pihak Penganjur Latihan

Jadual 8: Pihak Penganjur Latihan

Kuantiti Peratus (%)

Agensi Kerajaan 16 53.3

Agensi Swasta 0 0

Agensi kerajaan dan swasta 14 46.7

Hasil analisis menunjukkan seramai 16 orang responden (53%) telah menghadiri kursus

yang dianjurkan oleh agensi kerajaan manakala 14 orang responden (47%) telah

menghadiri kursus yang dianjurkan oleh kedua-dua agensi kerajaan dan swasta.

53.3

46.7

Agensi Kerajaan Agensi kerajaan dan swasta

Rajah 7: Pihak Penganjur Latihan

Agensi Kerajaan Agensi kerajaan dan swasta

Page 23: KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI … · KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) SABAK BERNAM Norsela binti A.Manaf, Nurul Ilyana binti

Analisis Inferensi

Dalam bahagian ini, hasil dapatan kajian dianalisis berdasarkan kepada tiga

persoalan kajian yang dinyatakan.Ketiga-tiga analisis persoalan kajian dilakukan

berdasarkan skor min.

Analisis Keberkesanan Latihan Dari Segi Kualiti Produk

No. Item Min Tafsiran

1. Syarikat mempunyai tahap keyakinan yang

tinggi bagi memasarkan produk ke pasaran

luar.

3.40 Sederhana

2. Penghasilan produk syarikat adalah lebih

berkualiti hasil daripada kursus yang telah saya

hadiri.

3.50 Sederhana

3. Syarikat mampu menghasilkan kepelbagaian

produk yang mengikut kehendak pasaran.

3.50 Sederhana

4. Penyertaan kursus dapat melahirkan usahawa

menceburi secara serius dalam perniagaan

sekaligus dapat menghasilkan produk makanan

yang berkualiti.

3.60 Sederhana

5. Syarikat sentiasa memantau pemprosesan

makanan bagi memastikan produk sentiasa

berkualiti.

3.33 Sederhana

6. Syarikat sentiasa berusaha untuk memasarkan

produk di pasaran antarabangsa.

3.37 Sederhana

7. Sijil pengiktirafan seperti ISO, HALAL sangat

penting kepada syarikat.

3.37 Sederhana

8. Syarikat sentiasa mengikut tahap kualiti dan

kriteria yang telah ditetapkan oleh agensi

kerajaan seperti Jabatan Pertanian.

3.67 Sederhana

Purata Min 3.47 Sederhana

Page 24: KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI … · KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) SABAK BERNAM Norsela binti A.Manaf, Nurul Ilyana binti

Skor purata min keseluruhan keberkesanan latihan terhadap usahawan IKS dari

segi kualiti produk adalah 3.47.Kajian menunjukkan skala min pada kedudukan

sederhana.Kedudukan min yang teringgi adalah pada item 8 iaitu 3.67.Item 8

menunjukkan dimana syarikat sentiasa mengikut tahap kualiti dan kriteria yang telah

ditetapkan oleh agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian.

Manakala item 2 dan 3 pada kedudukan pertengahan iaitu diantara yang

tertinggi dan terendah.Min bagi item 2 dan 3 adalah 3.50 pada kedudukan

sederhana.Item 2 mengambarkan penghasilan produk syarikat adalah lebih berkualiti

hasil daripada kursus yang telah saya hadiri.Dan item 3 menunjukkan bahawa syarikat

mampu menghasilkan kepelbagaian produk yang mengikut kehendak pasaran.

Disamping itu, item 5 pada kedudukan yang terendah dari segi faktor kualiti

produk iaitu skor min sebanyak 3.33. Skor min item 5 adalah pada kadar sederhana.

Item 5 menerangkan syarikat sentiasa memantau pemprosesan makanan bagi

memastikan produk sentiasa berkualiti.

Page 25: KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI … · KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) SABAK BERNAM Norsela binti A.Manaf, Nurul Ilyana binti

Analisis Keberkesanan Latihan Dari Segi Keuntungan

No. Item Min Tafsiran

1. Syarikat mampu mengendalikan masalah yang

berkaitan dengan kos operasi perniagaan hasil

daripada kursus kewangan yang telah saya hadiri.

3.43 Sederhana

2. Hasil keuntungan syarikat semakin meningkat

hasil kursus yang telah saya sertai.

3.47 Sederhana

3. Hasil perkongsian ilmu dan pengalaman di antara

peserta dan penceramah, secara tidak langsung

membantu syarikat dalam meningkatkan

keuntungan.

3.53 Sederhana

4. Bantuan latihan yang diberikan oleh agensi

kerajaan dapat membantu meningkatkan ekonomi

perniagaan syarikat.

3.70 Tinggi

5. Syarikat mampu bersaing dengan pasaran luar

samada domestik dan antarabangsa.

3.37 Sederhana

6. Penyertaan di dalam program yang dianjurkan

oleh kerajaan seperti MAHA, Karnival

Keusahawanan, Bazar Ramadhan dapt

meningkatkan keuntungan syarikat.

3.62 Sederhana

7. Syarikat mampu menyediakan anggaran

perbelanjaan yang lebih ekonomik hasil daripada

kursus yang dihadiri.

3.43 Sederhana

Purata Min 3.51 Sederhana

Page 26: KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI … · KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) SABAK BERNAM Norsela binti A.Manaf, Nurul Ilyana binti

Purata skor min keseluruhan dari segi faktor keuntungan adalah 3.51 iaitu pada

kedudukan sederhana. Kedudukan min yang tertinggi adalah 3.70 pada item 4. Item 4

menunjukkan dimana bantuan latihan yang diberikan oleh agensi kerajaan dapat

membantu meningkatkan ekonomi perniagaan syarikat.

Bagi item 3 adalah pada kedudukan pertengahan iaitu 3.53.Item 3 menerangkan

hasil perkongsian ilmu dan pengalaman di antara peserta dan penceramah, secara tidak

langsung membantu syarikat dalam meningkatkan keuntungan.

Bagi kedudukan yang terendah adalah pada item 5 iaitu syarikat mampu

bersaing dengan pasaran luar samada domestik dan antarabangsa.Skor min bagi item

adalah 3.37.

Page 27: KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI … · KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) SABAK BERNAM Norsela binti A.Manaf, Nurul Ilyana binti

Analisis Keberkesanan Latihan Dari Segi Pengurusan

No. Item Min Tafsiran

1. Pengurusan syarikat lebih baik dan teratur hasil

kursus yang telah saya sertai.

3.40 Sederhana

2. Syarikat telah mendapat sijil halal JAKIM. 2.43 Sederhana

3. Pengurusan syarikat mampu memenuhi

kehandak pasaran luar.

3.20 Sederhana

4. Pengurusan syarikat telah mengikut standard

piawaian pasaran antarabangsa.

2.43 Sederhana

5. Pengurusan syarikat telah mengikut standard

piawaian yang telah ditetapkan oleh agensi

kerajaan seperti Jabatan Pertanian, FAMA

3.30 Sederhana

6. Latihan yang disediakan mampu memberi

keyakinan kepada pengurusan syarikat untuk

bergerak maju ke pasaran luar.

3.33 Sederhana

Purata Min 2.83 Sederhana

Skor purata min adalah 2.83 iaitu pada kedudukan sederhana.Kedudukan yang tertinggi

adalah pada item 1 iaitu pengurusan syarikat lebih baik dan teratur hasil kursus yang telah saya

sertai. Skor min bagi item 1 adalah 3.40 iaitu pada kadar sederhana. Item 3 adalah pada

kedudukan pertengahan iaitu 3.20.Item 3 menunjukkan pengurusan syarikat mampu memenuhi

kehandak pasaran luar.

Kedudukan yang terendah adalah pada item 2 dan 4 dimana skor min adalah 2.43.Item 2

menunjukkan dimana syarikat telah mendapat sijil halal JAKIM.Manakala item 4

mengambarkan dimana pengurusan syarikat telah mengikut standard piawaian pasaran

antarabangsa.

Page 28: KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI … · KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) SABAK BERNAM Norsela binti A.Manaf, Nurul Ilyana binti

PERBINCANGAN

Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi, terdapat tiga faktor keberkesanan terhadap

pelaksaaan latihan yang telah disertai oleh usahawan IKS di daerah Sabak Bernam.

Tiga faktor yang dikaji terdiri daripada faktor kualiti produk, kewangan dan

pengurusan.

Purata skor min yang tertinggi adalah faktor keuntungan iaitu 3.51.Ini

menunjukkan bahawa dengan penyertaan latihan dan hasil pembelajaran yang

diperolehi secara tidak langsung dapat meningkat ekonomi bagi perusahaan IKS.Hasil

kajian menunjukkan dimana 53.3% usahawan IKS telah menyertai latihan yang telah

dianjurkan oleh agensi kerajaan. Di antara latihan yang ditawarkan adalah dari segi

pengurusan kewangan syarikat, program latihan keusahawanan dan sebagainya.

Justeru itu, latihan yang diperolehi oleh usahawan IKS dapat memberi satu

transformasi besar kepada perusahaan IKS dalam memperkembangkan lagi pasaran

produk yang lebih meluas. Sebagai contoh; Program Latihan Keusahawanan melalui

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Kommunikasi (ICT) untuk usahawan Industri

Kecil & Sederhana (IKS) di Koridor Utara merupakan sebuahprogram latihan yang

telah membuka peluang kepada warga usahawan IKS bagi mengembangkan perniagaan

IKS dengan lebih efektif dengan pengunaan teknologi terkini melalui kemudahan ICT.

Melalui pelaksanaan program ini, usahawan IKS telah maju kehadapan dalam

mempromosikan produk IKS. Dimana penjualan produk IKS tidak tertumpu dikawasan

setempat sahaja tetapi penjualan produk IKS keserata tempat tanpa sempadan. Secara

langsung, ia dapat mempertingkatkan hasil jualan produk dan keuntungan syarikat. Ini

disokong dengan kajian Muhd Rushid dan Mohd Dzulfadli (2010) menyatakan

sekiranya lebih ramai pengusaha menghadiri kursus atau latihan yang disediakan, maka

dapat dikurangkan, sekaligus meningkatkan keuntungan perusahaan.

Manakala purata skor min yang kedua tertinggi adalah faktor kualiti

produk.Skor min yang diperolehi adalah 3.47. Kualiti produk merupakan salah satu

indikator penting dalam sesebuah perniagaan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa

dengan penyertaan kursus yang telah dihadiri oleh usahawan IKS, secara langsung

dapat mempertingkatkan tahap kualiti produk bagi sesebuah perniagaan.

Page 29: KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI … · KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) SABAK BERNAM Norsela binti A.Manaf, Nurul Ilyana binti

Kajian menunjukkan bahawa seramai 33.3% usahawan IKS mempunyai minat

yang mendalam terhadap industri IKS dan kebanyakan daripada usahawan mempunyai

kepakaran dalam penghasilan produk IKS masing-masing. Walaubagaimanapun, antara

perkara yang menjadi halangan kepada usahawan IKS dalam memasuki pasaran global

adalah memastikan produk yang dihasilkan mempunyai tahap kualiti yang tinggi dan

konsisten. Dengan latihan dan bantuan peralatan dan khidmat nasihat daripada agensi

kerajaan seperti Jabatan Pertanian, Tekun, MARA dan badan-badan yang berkenaan

secara tidak langsung dapat mengurangkan tekanan dan bebanan usahawan IKS dalam

memperkembangkan produk IKS diperingkat yang lebih meluas lagi.

Kajian lepas menyatakan usahawan yang pernah mengikuti kursus mempunyai

keupayaan mengurus kualiti dengan lebih baik berbanding dengan usahwan yang tidak

mengikut kursus.Ini menunjukkan bahawa kepentingan kualiti dan pengurusan kualiti

perlu di terapkan kepada usahawan melalui kursus-kursus yang dijalankan. (Nor Aini

Haji Idris & Faridah Shahadan, 2009)

Purata skor min yang terendah adalah faktor pengurusan iaitu 2.83. Kajian

menunjukkan bahawa penyertaan di dalam latihan yang dianjurkan oleh agensi

kerajaan dan swasta dapat mempertingkatkan pengurusan syarikat IKS. Kesemua

responden yang terdiri daripada 30 usahawan IKS telah menghadiri kursus yang

dianjurkan samada agensi kerajaan atau swasta.

Walaubagaimanapun, hasil kajian menunjukkan kebanyakan perusahaan IKS

belum mampu untuk mendapatkan sijil perakuan Halal yang dikeluarkan oleh JAKIM.

Skor min yang diperolehi adalah 2.43. hasil temubual bersama usahawan IKS

menyatakan bahawa anatara halangan untuk memperolehi sijil halal adalah dari sgi

peruntukan kos kewangan yang tinggi.

Petikan akhbar Utusan (2015) turut menyatakan tiga kelemahan usahawan Bumiputera

dalam mendapatkan sijil Halal. Kelemahan yang dikenalpasti adalah tidak memenuhi

syarat kriteria persijilan halal dan tidak mengetahui cara yang betul untuk

Page 30: KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI … · KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) SABAK BERNAM Norsela binti A.Manaf, Nurul Ilyana binti

memohonsijil halal. Syarikat bumiputera turut sukar mendapat pembiayaan kewangan

untuk menaiktaraf perniagaan terutama dari segi premis bagi memperoleh sijil halal.

CADANGAN

Terdapat beberapa cadangan yang dibangkitkan hasil daripada kajian yang diperolehi.

Cadangan ini memeberi focus kepada beberapa pihak yang berkenaan iaitu agensi

kerajaan, usahawan IKS dan penyelidik akan datang.

Agensi Kerajaan

Kerajaan telah melantik beberapa agensi kerajaan yang berkaitan dalam menjayakan

dasar negara dalam mempertingkatkan ekonomi perusahaan IKS. Pengisian latihan

yang disediakan perlulah mengikut keperluan semasa usahawan IKS. Terdapat

beberapa usahawan IKS menyatakan bahawa pengisisan kursus yang dihadiri kurang

bersesuaian dengan perniagaan yang dijalankan oleh mereka. Ia menjadi salah atu

punca dimana usahawan IKS tidak berminat dengan latihan yang dianjurkan oleh

agensi kerajaan.

Usahawan IKS

Usahawan IKS merupakan pihak yang memainkan peranan yang penting dalam

kejayaan industri IKS. Usahawan IKS seharusnya bersedia dalam melangkah pasaran

diperingkat yang lebih tinggi lagi. Usahawan IKS hendaklah sentiasa berusaha mencari

ilmu yang baru dalam perkembangan perusahaan IKS. Disamping itu, usahawan IKS

seharusnya berusaha dalam mendapatkan sijil Halal dari JAKIM. Dengan pemilikan

sijil halal, secara tidak langsung memberi satu jalan dalam memperkembangkan produk

IKS diperingkat antarabangsa.

Page 31: KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI … · KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) SABAK BERNAM Norsela binti A.Manaf, Nurul Ilyana binti

Penyelidik Akan Datang

Penyelidik akan datang diharap dapat memperkembangkan lagi skop kajian di dalam

bidang ini. Secara tidak langsung, kita akan dapat melihat kesan keberkesanan latihan

bagi keseluruhan industri IKS di Malaysia.

KESIMPULAN

Hasil dapatan yang diperolehi diharap dapat membantu kerajaan dan agensi-agensi

yang berkaitan dalam mengukur tahap keberkesanan latihan yang telah dilaksanakan

kepada usahawan IKS. Disamping itu, diharap kajian ini dapat membantu penyelidik di

masa depan yang ingin mengkaji skop kajian yang sama.

Page 32: KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI … · KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) SABAK BERNAM Norsela binti A.Manaf, Nurul Ilyana binti

Azmanirah Ab Rahman, Ahmad Esa & Wan Mohd Rashid bin Wan Ahmad (2010), Latihan

Kemahiran Di Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) Kepada Pelatih Sistem Latihan Dual

Nasional (SLDN), Persidangan Kebangsaan Pendidikan Kejuruteraan dan Keusahawanan,

Fakulti Pendidikan Teknikal, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Baba Mohd Deros, Azmi Hassan & Sarimah Othon (2004), Tahap Kefahaman Dan

Keberkesanan Skim Amalan Peningkatan Kualiti Di Industri Kecil Dan Sederhana, Jurnal

Teknologi, 40(A) Jun. 2004: 79–96, Universiti Teknologi Malaysia

Berita Sabah. Usahawan IKS Perlu Tingkat Kualiti Produk Untuk Hadapi Persaingan (2016,

May 28),

file:///C:/Users/user/Documents/UM/Usahawan%20IKS%20perlu%20tingkat%20kualiti%20pro

duk%20untuk%20hadapi%20persaingan.html

Laman Web Rasmi 2016, http://www.penerangan.gov.my/

Laman Web Rasmi Bank Perusahaan Kecil Dan Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank) 2016,

http://www.smebank.com.my/

Laman Web Rasmi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri 2016,

http://www.miti.gov.my/

Laman Web Rasmi Unit Perancang Ekonomi 2016, http://www.epu.gov.my/dasar-ekonomi-baru

Mohd Faiz Bin Mat Nasir & Lee Ming Foong (2011), Kepuasan Pelanggan Terhadap Kualiti

Perkhidmatan Di Fakulti Pendidikan Teknikal Dari Aspek Kemudahan Dan Fasiliti, Seminar

Pasca Ijazah yang Pertama 2011, Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun

Hussein Onn Malaysia

Muhammad Rashid Bin Rajuddin & Mohd Dzulfadli Bin Mohamad Saleh (2010), Tahap

Keberkesanan Usaha-Usaha Yang Dijalankan Oleh Penduduk Kampung Segamat, Johor Bagi

Meningkatkan Sumber Pendapatan Mereka Melalui Bidang Pertanian, Fakulti Pendidikan,

Muhd Rashid Bin Rajuddin & Fazlee Bin Alias (2010), Tahap Pengurusan Perniagaan Dalam

Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) Pengusaha Batik Di Daerah Kota Bharu, Fakulti Pendidikan,

Nor Aini Haji Idris & Faridah Shahadan (2009), Analisis Sistem Kualiti Dalam Konteks Status

Dan Prestasi: Kajian Kes Industri Kecil Dan Sederhana Asas Tani, Prosiding PERKEM IV, Jilid

2 (2009) 135-ISSN: 2231-962X

Nor Aini Haji Idris & Faridah Shahadan (2009), Analisis Sistem Kualiti Dalam Konteks Status

Dan Prestasi: Kajian Kes Industri Kecil Dan Sederhana Asas Tani (Analysis On The Quality Of

System In The Context Of Small And Medium Agro-Based Industry Performance), Prosiding

Perkem Iv, Jilid 2 (2009) 135- ISSN: 2231-962X

Portal Rasmi Bank Negara Malaysia 2016, http://www.bnm.gov.my/

Page 33: KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI … · KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) SABAK BERNAM Norsela binti A.Manaf, Nurul Ilyana binti

Portal Rasmi Jabatan Pertanian Malaysia 2016, http://www.doa.gov.my/

Portal Rasmi MARA 2016, http://www.mara.gov.my/

Portal Rasmi SME Corporation Malaysia 2016, http://www.smecorp.gov.my/index.php/en/

Suhaila Nadzri, Suhaily Md Shamsudin & Muhammad Firdaus Muhammad Sabri (2014),

Faktor-Faktor Penyumbang Kepada Kejayaan Dan Kegagalan Perusahaan Kecil Dan

Sederhana (PKS) Bumiputera Di Malaysia, Fakulti Pengurusan dan Muamalah Kolej Universiti

Islam Antarabangsa Selangor.

The Oxford Advanced Learner’s Dictionary (7th

Edition)(2005) Oxford University Press

Zulkiply Omar(2015), Peranan IKS Di Dalam Ekonomi, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia

(MIER)