kebanjiran gstt

Embed Size (px)

DESCRIPTION

hh

Citation preview

http://spidergirls2012.blogspot.com/2012/09/analisis-artikel-kebanjiran-guru.html

http://spidergirls2012.blogspot.com/2012/09/analisis-artikel-kebanjiran-guru.html

ArtikelKebanjinran Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT)Berita Harian 2 Februari 2010KUALA LUMPUR Kebanjiran Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di beberapa buah sekolah menengah di Kuala Lumpur adalah disebabkan kekurangan tenaga pengajar bagi subjek dalam sains sosial dan bahasa Melayu. Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sulaiman Wak berkata, seramai 913 GSTT berkhidmat di beberapa buah sekolah menengah di sini khusus bagi mata pelajaran Sejarah, Geografi dan Bahasa Melayu.Ramai beranggapan guru-guru yang terbaik hanya bertumpu di kawasan bandar sedangkan di sini kita masih kekurangan guru terlatih bagi subjek-subjek dalam sains sosial selain beberapa subjek lain,. Selain itu, katanya subjek lain seperti Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil di beberapa buah sekolah jenis kebangsaan (SJK) turut mengalami masalah yang sama.Apabila sebut Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT), teringat pula Guru Sandaran Terlatih. Tetapi apa bezanya? Kalau dilihat daripada ungkapannya sahaja boleh tahu. Tetapi apa maksud dan peranan kelompok ini pada fahaman dan konteks yang lebih jelas?Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT)untuk orang di luar yang berminat jadi guru tapi tidak ada sijil atau diploma atau ijazah dalam bidang perguruan. Kebiasaannya mereka ini akan jadi guru ganti, memenuhi kekekurangan guru di sesebuah sekolah. Ada yang tertakluk di bawah kontrak tertentu tetapi boleh ditamatkan bila-bila masa sahaja.Guru Sandaran Terlatih (GST)adalah guru yang baru menamatkan pengajian dan dalam proses untuk disahkan kepada jawatan sebenar.Lagi satu, Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) bukan sahaja ditawarkan di sekolah sahaja, jikalau anda mempunyai kelulusan ijazah dalam kejuruteraan seperti elektrik, mekanikal atau pun perakaunan contohnya, boleh juga memohon mana-mana politeknik di Malaysia.Sekarang ini guru subjek Bahasa Melayu contohnya tidak cukup. Bukan di Kuala Lumpur sahaja tetapi di negeri-negeri lain pun mengalami masalah yang sama. Bukan di kawasan luar bandar sahaja, kawasan bandar juga mengalami tempiasnya. Kalau diikutkan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) inilah yang sepatutnya diberikan pendedahan terlebih dahulu dengan cara diberikan subjek seperti Bahasa Melayu untuk diajar kepada murid-murid.Jikalau mana-manaGuru Sandaran Tidak terlatih (GSTT)hendak menjadi guru tetap masih mempunyai peluang lagi. Kebiasaanya boleh ajukan kepada pengetua atau pun guru besar. Mereka-mereka kebiasaanya yang boleh membantu. Itu pun bergantung kepada budi bicara Kementerian Pelajaran Malaysia. Kalau ada rezeki mungkin kena melalui Kursus Dalam Cuti (KDC). Jadi tidak perlu melalui Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) atau Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI).Analisis ArtikelTajuk artikel yang saya pilih adalah isu kebanjiran Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di ngara kita, terutamanya di sekolah menengah. Sebelum saya mengulas dan menganalisi artikel yang saya pilih saya ingin menerangkan makna GSTT dengan lebih teliti dan mendalam lagi. Apakah maksu GSTT?Sebenarnya GSTT dibuka kepadaorang di luar yang berminat untuk menjadi guru tetapi tidak mempunyai sijil, diploma atau ijazah dalam bidang perguruan. Kebiasaannya mereka ini akan menjadi guru ganti dengan tujuan untuk memenuhi kekekurangan guru di sesebuah sekolah. Ada yang tertakluk di bawah kontrak tertentu tetapi boleh ditamatkan pada bila-bila masa sahaja. Apabila sebut Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT), teringat pula Guru Sandaran Terlatih (GST). GST pula ialah guru yang baru menamatkan pengajian dan dalam proses untuk disahkan kepada jawatan sebenar.Artikel ini menyatakan kebanjiran GSTT di beberapa buah sekolah menengah di Kuala Lumpur adalah disebabkan kekurangan tenaga pengajar bagi subjek dalam sains sosial dan bahasa Melayu. Ramai beranggapan guru-guru yang terbaik hanya bertumpu di kawasan bandar sedangkan di sini kita masih kekurangan guru terlatih bagi subjek-subjek dalam sains sosial selain beberapa subjek lain. Selain itu, katanya subjek lain seperti Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil di beberapa buah sekolah jenis kebangsaan (SJK) turut mengalami masalah yang sama.Setiap kali penggal persekolahan bermula, isu yuran dan ketidakcukupan guru, termasuk membabitkan guru sandaran tidak terlatih (GSTT) akan mendominasi perbualan di kalangan ibu bapa dan guru. Bagaimanapun, kali ini isu yuran ditangani Kementerian Pelajaran dengan baik, termasuk mengeluarkan nasihat kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) supaya mematuhi pekeliling ditetapkan kerajaan, menyebabkan hampir dikatakan tiada langsung rungutan ibu bapa mengenai soal ini ketika mendaftar anak masing-masing di sekolah rendah atau menengah. Bagaimanapun, kelemahan Kementerian Pelajaran menangani soal GSTT, termasuk membiarkan guru terbabit tidak tahu status masing-masing sama ada khidmat mereka diperlukan atau tidak di sekolah sebelumnya menyebabkan isu ini menjadi besar. Seharusnya, Jabatan Pelajaran negeri bertindak proaktif mengatasi soal ini, bukannya memberikan keutamaan menyelesaikan isu seminggu dua lagi sesi persekolahan mahu bermula.Fungsi GSTT yang mahu menampung kekurangan guru di sesebuah sekolah tidak akan berjaya jika soal penempatan mereka tidak diuruskan dengan baik oleh Jabatan Pelajaran negeri. Malah, isu GSTT akan menjadi duri dalam daging selagi soal penempatan ini tidak diselesaikan dengan jujur, baik pada peringkat pentadbir sekolah yang memohon khidmat GSTT dengan memberi alasan kekurangan guru, manakala pada peringkat jabatan pula, penempatan dibuat bukan mengambil kira soal keperluan yang mendesak di sesebuah sekolah, sebaliknya atas dasar kenalan.Sama ada mahu mengakui atau tidak, kewujudan GSTT menimbulkan sedikit kecelaruan dalam sistem perjawatan perguruan, apatah lagi perguruan sudah dianggap satu kerjaya profesional. Seharusnya tidak wujud lagi sandaran tidak terlatih dan jawatan sebegini tidak ada pada kerjaya lain bertaraf profesional seperti perubatan, guaman dan akauntan. Faktor kekurangan guru bukan lagi alasan sesuai ketika ini, apatah lagi keperluan terhadap sistem pendidikan yang amat tinggi serta kritikal dan sewajarnya usaha penambahbaikan dilakukan terhadap profesion ini. Hakikatnya, soal pendidikan melingkari kehidupan seharian masyarakat di Malaysia. Isu berbangkit juga hampir sama baik di sekolah kebangsaan atau sekolah menengah dan di sekolah jenis kebangsaan sama ada Tamil atau Cina.Sedikit masa lalu, timbul ura-ura kemungkinan kerajaan menubuhkan satu badan atau jawatankuasa khas untuk menyelesaikan masalah dan isu berkaitan perkhidmatan perguruan yang kini melebihi 400,000 orang. Perkara ini dibangkitkan Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman kepada pegawai tertinggi kesatuan itu selepas merasmikan konvensyen CUEPACS, akhir tahun lalu. Walaupun tiada perkhabaran lanjut mengenainya, cadangan penubuhan satu badan atau jawatankuasa khas ini adalah rentetan daripada usaha kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa khas mengkaji beban tugas guru yang terpaksa melakukan kerja berlebihan, termasuk pentadbiran dan perkeranian hingga mengganggu tanggungjawab mendidik.Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan cadangan itu berdasarkan aduan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), selain tugas mengajar, ada guru terpaksa mengendalikan aktiviti kokurikulum, bilik darjah, hal ehwal murid, pentadbiran dan perkeranian serta beberapa kerja tambahan lain.Semua masalah ini ditimbulkan ketika khidmat 12,000 GSTT masih digunakan. Dengan pengurangan GSTT tahun ini, masalah kerja berlebihan akan terus menjadi isu di sekolah, selain soal sekatan pelbagai tuntutan, termasuk perbatuan menghadiri mesyuarat dan kursus serta catuan perbelanjaan makanan dan minuman ketika berkursus. Walau apa pun kerenah pentadbiran yang timbul, kesetiaan guru terhadap kerajaan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Baru-baru ini kerajaan tidak pernah mempersoalkan kesetiaan guru, tetapi mahu mereka terus komited membantu melaksanakan dasar kerajaan ke arah pembangunan pendidikan negara. Malah, beliau mengakui peranan dan komitmen guru penting bagi membantu kerajaan mencapai empat Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) berkaitan sektor pendidikan. Tidak dinafikan, ada guru bersimpati kepada perjuangan pembangkang, namun jumlah mereka tidak sebesar mana.Berdasarkan pandangan saya, saya mengakui berlaku sedikit kecelaruan dalam sistem perjawatan perguruan. Bagaimanapun, kita tidak boleh nafikan pandangan dan peringatan sesetengah pihak yang sedia menyedari hakikat profesion perguruan di Malaysia. Di sini, aya ingin mengemukakan satu persoalan. Adakah profesion perguruan di Malaysia sudah dianggap satu kerjaya profesional? Mungkin ada dalam kalangan kita mengatakan ya tetapi bagi saya tidak. Antara faktornya adalah kerana kehadiran GSTT. Jika kita teliti profesion lain yang dianggap popular dan bertaraf profesional seperti perubatan, guaman dan akauntan, adakah akan wujud jawatan bertaraf sandaran tidak terlatih? Pernahkah kita mendengar akauntan sandaran tidak terlatih atau doktor sandaran tidak terlatih?Menyedari realiti pada masa kini keperluan terhadap sistem pendidikan amat tinggi dan kritikal maka usaha dilakukan untuk menambahbaikan terhadap profesion dengan perguruan. Selaras dengan itu jugalah Kementerian Pelajaran menyediakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 dan satu daripada terasnya ialah Memartabatkan Profesion Perguruan dan mengikut teras ini jugalah satu daripada pengisiannya sifar GSTT. Saya mengakui GSTT banyak membantu dari segi perjalanan operasi sekolah, tetapi untuk diserap ke jawatan tetap bukan sesuatu yang wajar kerana masih ramai mereka yang berkelayakan yang boleh memenuhi jawatan berkenaan.Saya menyedari kecelaruan yang berlaku disebabkan tuntutan semasa dan kehendak sesetengah pihak yang kurang sedar akan tanggungjawab mereka memartabatkan profesion perguruan yang hakikatnya semakin hari semakin mencabar. Janganlah sampai suatu ketika masyarakat mempersoalkan kelayakan seseorang guru untuk mengajar. Kita harus ingat bahawa Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Kursus Dalam Cuti (KDC) mahupun kursus lain yang ditawarkan di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bukanlah untuk menindas mana-mana pihak. Semua kursus itu adalah suatu usaha ke arah memartabatkan profesion perguruan. Kalau sesiapa yang ingin memandu kereta haruslah dapatkan lesen memandu terlebih dulu, begitu juga pengamal perubatan, peguam dan tidak terkecuali sebagai seorang guru.Didapati bahawa terdapat punca-punca yang mengakibatkan berlakunya kebanjiran GSTT di sekolah negara kita.Memang tidak dapat dinafikan bahawa sistem GSTT begitu unik dan jarang terdapat di negara lain. Oleh sebab itu, sistem ini mempunyai pengaruh yang penting terhadap sistem pendidikan di negara kita. Sistem pendidikan negara dan sukatan pelajaran telah diselaraskan dan disistematikkan, tetapi sistem pengambilan guru masuk ke institusi perguruan masih tidak dilaksanakan dengan sistematik. Sistem pengambilan guru baru bagi kursus perguruan yang tidak disistematikkan ini telah memberikan beban bagi aliran sekolah tertentu di negara ini terutamanya SJK (C) dan SJK (Tamil) kerana kekurangan guru tetap dan berikhtisas.Sehubungan itu, dalam pengambilan guru baru bagi kursus perguruan di Malaysia, adakah jumlah pengambilan calon guru ditetapkan berdasarkan kadar persaraan guru? Adakah pengambilan guru kursus perguruan ini mencerminkan kadar kekurangan guru di semua aliran sekolah rendah dan menengah? Jika statistik menunjukkan persaraan 500 orang guru, adakah KPM akan mengambil 500 orang guru kursus perguruan mengikut keperluan dalam semua aliran sekolah? (Sekolah Cina dan Tamil memerlukan guru yang mahir dalam kedua-dua Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina/Bahasa Tamil, tetapi pengambilan calon kursus perguruan hanya menumpukan dalam pengambilan guru yang hanya mahir dalam Bahasa Malaysia?)Hakikatnya, jumlah pengambilan calon guru adalah tidak sekadar dengan kadar persaraan guru. Oleh itu, berlakunya kekurangan guru di banyak sekolah disebabkan pengambilan calon guru yang tidak mencukupi oleh kerajaan.Selain itu, GSTT mengharapkan kursus perguruan akan dianjurkan setiap tahun sebab ia satu-satunya cara untuk GSTT menjadi seorang guru tetap dan berikhtisas. Malangnya, kadar pengambilan calon kursus perguruan pada setiap tahun kurang daripada kadar guru yang telah bersara.Akibatnya, sekolah rendah Cina menghadapi kekurangan guru tetap pada tahap yang serius sehingga 2,000 orang. Sehubungan itu, adakah KPM mempunyai perancangan untuk membantu GSTT yang sedia ada, misalnya bagi GSTT yang telah berkhidmat lebih tiga tahun, untuk diberikan keutamaan dalam pengambilan dalam permohonan kursus perguruan.Adakah Kementerian Pendidikan Malaysia mempunyai rancangan untuk GSTT di SJK(C) yang tidak berpeluang untuk memasuki institusi perguruan walaupun mereka telah banyak kali memohon kursus perguruan? Syarat KPM menetapkan bahawa GSTT mestilah tidak melebihi umur 35 tahun bagi siswazah dan umur 30 tahun bagi bukan siswazah.Ia tidak adil bagi para GSTT yang telah bertungkus-lumus dalam bidang pendidikan. Walaupun mereka mempunyai pengalaman untuk mengajar, mereka tetap tidak diterima oleh institusi perguruan hanya kerana umur mereka melebihi had usia yang disyaratkan. Jika tidak diberi peluang untuk menjadi guru yang berikhtisas, mereka terpaksa menceburi bidang lain dan susulan itu, sekolah-sekolah akan kehilangan guru yang berpengalaman dan penuh dedikasi.Saya mendapati bahawa kebanyakan GSTT rajin mencurahkan khidmat dan dedikasi untuk pendidikan megara tetapi negara kita tidak menghargai sumbangan GSTT. Kebajikan tidak dijaga dan kerja sebagai GSTT tidak terjamin. Sekiranya terdapat guru tetap yang baru diagih masuk ke sekolah, perkhidmatan GSTT akan dihentikan. Kejadian ini menyebabkan semua GSTT berasa kecewa dan terasa tidak diberikan jaminan.Peranan guru GSTT mungkin dianggap remeh. Cukup hanya sebagai pelengkap di sekolah. Itu adalah pandangan segelintir masyarakat. Mungkin juga ada yang tidak menyedari kewujudan guru GSTT. Walhal sumbangan dan perkhidmatan guru GSTT amat penting dalam kelangsungan pendidikan di Malaysia.Di sini, saya mencadangkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil pensyarah dari universiti tempatan sebagai pensyarah kontrak dalam institusi pendidikan. Langkah ini bukan sahaja boleh menyelesaikan masalah kekurangan pensyarah yang serius dalam institusi pendidikan, malah mengurangkan perbelanjaan pihak kementerian. Dengan adanya bilangan pensyarah yang mencukupi, kementerian boleh melatih GSTT untuk menjadi guru secara kumpulan.Cara ini bukan sahaja boleh menyelesaikan masalah kekurangan guru yang serius di seluruh negara, malah para GSTT dapat memberi sepenuh perhatian dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan tidak perlu berasa risau untuk mencari jalan demi menjadi seorang guru berikhtisas.Saya berharap kerajaan dapat memahami nasib GSTT di SJK(C) dan boleh membantu kita mendapatkan peluang temuduga terbuka (walk-in interview) bermaksud semua GSTT kini terus diterima masuk KDPM-KDC dan KPLI-KDC (mod Bahasa Cina) seperti mana program ini pernah dilaksanakan oleh bekas timbalan menteri pelajaran.Ia membuka lebih peluang kepada para GSTT agar dapat menyelesaikan masalah kekurangan guru SJK(C) berikhtisas di seluruh Malaysia. Sistem Pelajaran yang mantap adalah asas pembanguan negara.Sebagai menyambut slogan kerajaan Gagasan 1 Malaysia, rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan. Oleh itu, kerajaan harus mengambil kira kesan negatif jika janji terhadap GSTT ini tidak ditunaikan. Antaranya ialah GSTT yang diberhentikan kontrak mengalami kemerosotan nilai ekonomi kerana mereka sukar mendapatkan pekerjaan lain memandangkan mereka hanya mempunyai pengalaman kerja sebagai guru. Tambahan pula kebanyakan majikan tidak mahu mengambil bekas GSTT 2010 bekerja dengan mereka kerana beranggapan GSTT akan dipanggil berkhidmat dalam masa terdekat seperti yang dijanjikan oleh Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Yassin. Keadaan ini menyebabkan GSTT sukar meneruskan kehidupan harian dengan bebanan hutang dan komitmen yang semakin bertambah. Seperti orang lain yang telah lama bekerja, GSTT juga mananggung liabiliti yang besar seperti ansuran kereta, rumah, kos sara hidup rumah tangga dan juga hutang PTPTN. Lebih memeritkan lagi ada di antara GSTT yang ditamatkan kontrak ini telah kematian suami dan terpaksa menyara 5 orang anak.Di samping itu, dalam kesukaran GSTT meneruskan hidup selepas ditamatkan kontrak, wujud pula golongan yang mengambil peluang dan kesempatan ke atas mereka. PGM menerima banyak rungutan daripada GSTT seluruh negara bahawa mereka perlu membayar RM 200 seorang untuk mendapatkan tawaran mengajar di sekolah swasta. Kami sangat bimbang sekiranya ia melibatkan sendikit penipuan dan semakin berleluasa serta agresif. Misalnya jika melibatkan sendikit pelacuran, pengedaran dadah dan lain-lain lagi.Tambahan lagi, PGM juga bimbang sekiranya janji terhadap GSTT tidak ditunaikan. Ini adalah kerana ia akan menyebabkan terhakisnya kepercayaan yang kami pupuk terhadap kerajaan yang memerintah. Sudah pasti keadaan ini akan diterjemahkan dalam pilihanraya. Sangat rugi jika pucuk pimpinan yang banyak berjasa dan berkebolehan seperti dalam pemerintahan negara kita pada hari ini terpaksa ditukar hanya kerana rasa tidak puas hati sesama kita akibat janji yang tidak ditunaikan. Ini memang merupakan perkara yang tidak patut berlaku di negara kita yang begitu menekankan kepentingan pendidikan.Kesimpulannya, saya berharap bahawa semua pihak dapat berganding bahu dan bekerjasama supaya masalah ini dapat ditangani demi masa depan serta kebaikan murid-murid.Sekolah bertujuan untuk memberi pendidikan yang sempurna kepada murid-murid dari segi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan aspirasi kebangsaan. Dalam konteks negara Malaysia, sistem pendidikan mempunyai matlamat utama iaitu perpaduan kaum dan pembangunan negara. Oleh itu, sekolah dan guru memainkan peranan yang amat penting untuk memastikan negara kita terus maju ke depan. Saya berharap kerajaan akan memberi perhatian dan prihatin terhadap isu ini.