Kebaikan Lawatan Sambil Belajar

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/12/2019 Kebaikan Lawatan Sambil Belajar

    1/6

    RUJUKAN 1: KEBAIKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR

    Dipetik daripada: http://www.jomria.com/2013/04/kebaikan-lawatan-sambil-

    belajar.html

    Lawatan sambil belajar adalah satu aktiviti yang dilakukan oleh pelajar dan guru

    untuk melawat sesuatu tempat. Lawatan ini biasanya dilakukan pada cuti sekolah

    dan hujung minggu. Namun demikian, pada masa kini aktiviti lawatan boleh juga

    dilakukan pada hari persekolahan dengan kebenaran daripada pihak Jabatan

    Pelajaran Negeri. Pada kebiasaannya ramai pelajar berminat untuk menyertai

    program lawatan sambil belajar yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Sebenarnya

    terdapat beberapa kebaikan membuat lawatan sambil belajar.

    Kebaikan pertama membuat lawatan sambil belajar ialah pelajar dapat

    menambahkan ilmu pengetahuan. Lokasi lawatan sambil belajar adalah di tempat

    yang tidak pernah dikunjungi oleh pelajar. Kebiasaannya pelajar dibekalkan dengan

    buku catatan dan digalakkan membuat pertanyaan kepada pegawai bertugas di

    tempat yang dilawati. Tempat-tempat yang sering menjadi tempat lawatan ialah

    muzium, syarikat percetakan akhbar, kilang-kilang serta bangunan kerajaan.

    Pengetahuan yang diperolehi ini biasanya lebih kekal lama kerana pelajar

    menggunakan pelbagai deria untuk mendapatkan maklumat.

    Di samping itu, lawatan sambil belajar juga dapat memberikan pengalaman kepada

    pelajar. Pembelajaran melalui pengalaman ini dapat memberi kesan yang

    mendalam kepada pelajar. Sesungguhnya pengalaman yang dilalui semasa lawatan

    sambil belajar tidak dapat dijual beli dengan wang ringgit.

    Lawatan sambil belajar juga membolehkan guru menerapkan nilai-nilai murni di

    kalangan pelajar. Amalan nilai-nilai murni sememangnya penting kepada pelajaragar mereka dapat menjadi pelajar yang cemerlang. Penerapan nilai-nilai murni ini

    boleh diterapkan oleh guru pengiring secara langsung atau tidak langsung. Antara

    nilai-nilai murni yang boleh diterapkan oleh guru ialah mematuhi peraturan,

    menepati masa, bekerjasama dan sebagainya. Contohnya, kemalangan jalan raya

  • 8/12/2019 Kebaikan Lawatan Sambil Belajar

    2/6

    yang ditemui oleh pelajar semasa dalam perjalanan pula akan memberi kesedaran

    kepada pelajar agar mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan.

    Selain itu, lawatan sambil belajar juga dapat memberi semangat kepada pelajar

    untuk belajar dengan lebih rajin. Bagi sesetengah pelajar, mereke memerlukan

    suasana yang sebenar bagi mendorong mereka untuk belajar. Sewajarnya tempat-

    tempat yang dapat memberi motivasi kepada pelajar secara langsung dan tidak

    langsung menjadi fokasi utama lawatan.

    Bagi guru, lawatan sambil belajar merupakan salah satu kaedah pengajaran kepada

    pelajar. Pengajaran dalam kelas kadang-kadang membosankan pelajar. Dengan

    adanya program lawatan sambil belajar, pelajar akan berasa seronok di samping

    mendapat pengalaman baru. Bagi mencapai objektif pengajaran melalul lawatan,

    guru mestilah membuat persediaan yang rapi sebelum dan semasa lawatan.

    Setelah lawatan selesai, sewajarnya pelajar disuruh menulis laporan lawatan atau

    membuat karangan tentang pengalaman semasa lawatan.

  • 8/12/2019 Kebaikan Lawatan Sambil Belajar

    3/6

  • 8/12/2019 Kebaikan Lawatan Sambil Belajar

    4/6

    1. Tujuan lawatan ialah meningkatkan pemahaman sesuatu konsep kerana

    pengalaman secara langsung

    2. Tujuan lawatan ialah menggalakkan penggunaan pelbagai deria dan ini

    membawa kesan kepada pembelajaran

    3. Tujuan lawatan ialah ia memberi peluang kepada pelajar untuk memerhati

    perkaitan antara bahan maujud dan proses-proses yang berlaku

    4. Kaedah ini juga menggalakkan pelajar untuk mengaitkan pengalaman diluar

    bilik darjah dengan pembelajaran kandungan disekolah

    5. Ia juga menggalakkan pembelajaran eksperential dan lebih menyeronokkan

    kerana perbincangan bermakna bermakna berlaku dalam proses mengumpul

    maklumat.

    6. Kaedah lawatan juga dapat memberi peluang pelajar mengalami situasi

    sebenar dan ini akan mengekalkan ingatan pelajar terhadap perkara-

    perkara yang diajar

  • 8/12/2019 Kebaikan Lawatan Sambil Belajar

    5/6

    RUJUKAN 3: KAEDAH PENYELIDIKAN KAJIAN

    Dipetik daripada

    http://www.hbp.usm.my/PlanningStudio206/GrpTwo/kaedah_penyelidikan_kajian.ht

    m

    KAEDAH MENGUMPUL MAKLUMAT-MAKLUMAT

    Beberapa kaedah telah digunakan untuk mendapatkan maklumat dalam projek

    studio pada kali ini. Pelbagai kaedah ini adalah untuk memastikan maklumat yang

    diperolehi adalah betul dan tepat. Kaedah tersebut ialah perbincangan kumpulan,

    pemerhatian, temubual, bancian, menyediakan borang soal selidik, fotografi dan

    beberapa bahan rujukan.

    Pemerhatian

    Kaedah ini dijalankan secara langsung bersama-sama ahli kumpulan yang lain.

    Kaedah ini jelas sekali digunakan semasa lawatan ke kawasan kajian. Kaedah ini

    digunakan adalah untuk memastikan kawasan yang dikaji menepati ciri-ciri yang

    dikehendaki oleh kumpulan kami.

    Temubual

    Kaedah ini melibatkan dua peringkat iaitu secara formal dan tidak formal. Kaedah

    secara formal melibatkan seorang pensyarah undang-undang dan seorang ahli

    dewan undangan. Temubual ini menyentuh mengenai maklumat yang berkaitan

    dengan tajuk yang kami kaji. Manakala temubual secara tidak formal pula

    berdasarkan temubual orang persendirian dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang

    (MPPP).

    Perbincangan kumpulan

    Berdasarkan tajuk kajian yang hendak dijalankan, perbincangan kumpulan amat

    penting. Ini kerana semasa perbincangan dijalankan, maklumat-maklumat yang

    telah diperolehi dari ahli kumpulan akan ditelitikan seterusnya dibincangkan

    bersama-sama. Selain daripada itu juga, idea-idea daripada ahli kumpulan dapat

  • 8/12/2019 Kebaikan Lawatan Sambil Belajar

    6/6