5
KATA - KATA HIKMAT Kata hikmat merujuk kepada kata-kata pujangga, ulama atau orang bijak pandai. Kata hikmat dijadikan pedoman hidup dan percakapan umum. Bentuknya ringkas tetapi mempunyai maksud yang benar dan dalam. Mengikut Kamus Dewan, kata hikmat ialah perkataan orang bijak pandai yang mengandungi pengertian yang tinggi. Ini bermaksud ungkapan yang berupa nasihat, panduan dan peringatan serta dijadikan pedoman hidup. Contoh Kata-kata Hikmat Bahasa menunjukkan bangsa Bersatu teguh, bercerai roboh Maju bangsa maju negara Jangan pandang orang yang berkata; pandang apa yang ia kata Kita mesti menanti waktu, waktu tidak menanti kita Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman. Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya.. Andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat dilautan hidup ini. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan. Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadimainan orang. Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu. Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah. Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari member dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

kata hikmat.doc

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: kata hikmat.doc

KATA - KATA HIKMAT Kata hikmat merujuk kepada kata-kata pujangga, ulama atau orang bijak pandai. Kata hikmat dijadikan pedoman hidup dan percakapan umum. Bentuknya ringkas tetapi mempunyai maksud yang benar dan dalam.

Mengikut Kamus Dewan, kata hikmat ialah perkataan orang bijak pandai yang mengandungi pengertian yang tinggi. Ini bermaksud ungkapan yang berupa nasihat, panduan dan peringatan serta dijadikan pedoman hidup.

Contoh Kata-kata Hikmat Bahasa menunjukkan bangsa

Bersatu teguh, bercerai roboh Maju bangsa maju negara Jangan pandang orang yang berkata; pandang apa yang ia kata Kita mesti menanti waktu, waktu tidak menanti kita Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar

senyuman. Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai

kapal karam didalamnya.. Andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari

tersesat dilautan hidup ini. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan. Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam

sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadimainan orang. Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk

asalnya. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan

jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu. Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan.

Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah. Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi

sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari member dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.

- Charles Cahier

Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.

- Charles Cahier

Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah

Page 2: kata hikmat.doc

kesan langsung pemikirannya.

- James Allen

Menyimpang seinci, rugi seribu batu.

- Peribahasa Cina

Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.

- Benjamin Disraeli

Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.

- I. Salanter Lipkin

Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan

kualiti yang baik dalam perbuatannya.

- Aristotle

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.

– Albert Camus

Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.

- Marcus Aurelius

Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.

- Jose Joaquin Olmedo

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan

kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak

menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke

akhir hayat.

- Joseph Conrad

Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.

- William J. Siegel

Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.

Page 3: kata hikmat.doc

- Philip Massinger

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.

- Lao Tze

Kegagalan adalah asas kemenangan

- Lao Tze

Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.

- Lao Tze

Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding

kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.

- Flower A. Newhouse

Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.

- Samuel Johnson

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya

dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.

- Cecil B. DeMille

Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak

mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.

- Peribahasa Arab

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

- Peribahasa Melayu

Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan

tindakannya.

- Confucius

Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah

melakukan satu kesalahan lagi.

Page 4: kata hikmat.doc

- Confucius