13
Satu hari yang kurasakan sangat panjang membuatkan aku merasa bosan berada di sekolah. Entah mengapa perasaan ini hadir pada hari ini. Selalunya akulah orang yang paling rajin untuk ke sekolah. “woi termenung ko ye??” sapa Adila yg entah dri mana datangnya. “Mangkuk betul la ko ni,” kataku yang sememangnya sinonim dengan perkataan- perkataan yang brutal. Aku sememangnye sentiasa dikenali orang dengan perangaiku yang ganas ni. Tidak ada satu orang pun yang tidak takut kepadaku. Tambah pulak aku seorang pengawas. Memang aku akan sentiasa digeruni oleh semua pelajar. “wei, ko nk pegi makan tak??aku, Nini ngn Bella dah lapar nie,” kata Adila kepadaku. “korang pegi la dulu. Aku ade keje sikit la. Ckg Lili cakap nk jumpa aku, ade hal sikit. Kalau sempat nanti aku turun la kantin join korang okey??” kataku yang terpaksa menolak ajakan mereka. Kalau ikutkan perut yang lapar sudah pastinya aku akan mengikut mereka. Tapi disebabkan terikat dengan tugas terpaksalah aku memujuk perutku ini supaya bersabar dari menjamah makanan. “okey la kalau camtu. Kitorg tunggu ko kt kantin ye,” balas Nini yang sentiasa murah dengan senyuman. Mereka pun pergi meninggalkan aku keseorangan. Dengan pantas aku pun berjalan menuju ke bilik guru untuk bertemu dengan Puan Noorlaili. “Assalamualaikum cikgu, cikgu nak jumpa saya ke??” tanyaku kepada cikgu Lili. “aah mmg saya nk jumpe kamu pn Amy. Ada tugas yang kamu perlu settlekan. 15/7 nie ade kemasukan pelajar form 6. So cikgu nk mintak tolong kamu ngan beberapa orang pengawas yang lain uruskan bahagian pendaftaran. Boleh tak?? Cikgu mengharap sangat dekat kamu,” kata cikgu Lili. “okey cikgu nanti saya cari pengawas yang lain,” kataku dengan penuh keriangan walaupun pada hakikatnya tugasku akn bertambah lagi. ‘tapi okay jugak la at least aku x yah la blaja satu hari…hehehe,’ bisikku dalam hati. Walaupun seorang pengawas tetapi sikap malas itu still ade dalam diri aku ni. Selepas aku keluar dari bilik guru, aku pun bergegas ke kantin. “sori la wei terpaksa buat korang tunggu aku. 15/7 nie aku kne settlekn pendaftaran form 6 la. So nk kne cari pengawas lain la untuk tolong aku sekali,” kataku dengan muka tak puas hati. Aku bukannya tidak suka dengan tugasanku itu. Tetapi aku pasti akan mengalami kesukaran sebab tidak ramai pengawas yang ingin melakukan tugasan tersebut. Mereka akan mengatakan yang mereka ingin belajar di kelas. “ala rileks la Amy. Nanti kalau ko tolong cikgu mana la tau boleh jumpa ngan abang-abang form 6 yg hensem ke. Untung la ko,” kata Adila mengusikku. “banyak la ko punye abang form 6. Ko igt aku nak sangat ke ha?? ko kan tau aku nie jenis yang macam mana,” kataku yang sememangnya berhati batu nie. “ala Amy ko nie tak kan x nk kot mana la tau sangkut kat salah seorang dari diorg tu,” balas Bella pula. “Huh pape je la korang. Wei, kite dh lambat masuk kelas dah nie. Nie sume korang punye pasal la nie. Jom-jom cepat nanti cikgu marah,” ajakku kepada kawan-kawanku yang sememangnya masuk air. Hari yang dinantikan pun tiba. Aku sebagai yang telah diamanahkan dengan beberapa orang pengawas yang lain menjaga bahagian pendaftaran untuk kemasukan pelajar tingkatan 6. Macam biasa sahaja tugasku. Alhamdulillah aku berjaya jalankan tugas aku dengan baik pada hari tersebut. Tetapi ada satu perkara yang membuatkan hatiku tidak keruan. Ini semua disebabkan seseorang yang telah membuatkan jatungku berdegup kencang. Nak katakan mamat nie hensem tak jugak. Tetapi ada perasaan yang sukar untuk diucapkan. Segalanya berlaku tanpa aku sedari dan ingini. Sekelip mata sahaja perkara tersebut berlaku. Aku yg sememangnya brutal nie blh ade perasaan macam tu. Pertama kali perasaan itu hadir pada seseorang yang bergelar lelaki. Hati aku yang keras seperti batu ini berjaya ditembusi hanya dalam masa sesaat cuma.

KasiHku

Embed Size (px)

DESCRIPTION

bm

Citation preview

Page 1: KasiHku

Satu hari yang kurasakan sangat panjang membuatkan aku merasa bosan berada di sekolah. Entah mengapa perasaan ini hadir pada hari ini. Selalunya akulah orang yang paling rajin untuk ke sekolah. “woi termenung ko ye??” sapa Adila yg entah dri mana datangnya. “Mangkuk betul la ko ni,” kataku yang sememangnya sinonim dengan perkataan-perkataan yang brutal. Aku sememangnye sentiasa dikenali orang dengan perangaiku yang ganas ni. Tidak ada satu orang pun yang tidak takut kepadaku. Tambah pulak aku seorang pengawas. Memang aku akan sentiasa digeruni oleh semua pelajar. “wei, ko nk pegi makan tak??aku, Nini ngn Bella dah lapar nie,” kata Adila kepadaku. “korang pegi la dulu. Aku ade keje sikit la. Ckg Lili cakap nk jumpa aku, ade hal sikit. Kalau sempat nanti aku turun la kantin join korang okey??” kataku yang terpaksa menolak ajakan mereka. Kalau ikutkan perut yang lapar sudah pastinya aku akan mengikut mereka. Tapi disebabkan terikat dengan tugas terpaksalah aku memujuk perutku ini supaya bersabar dari menjamah makanan. “okey la kalau camtu. Kitorg tunggu ko kt kantin ye,” balas Nini yang sentiasa murah dengan senyuman. Mereka pun pergi meninggalkan aku keseorangan.Dengan pantas aku pun berjalan menuju ke bilik guru untuk bertemu dengan Puan Noorlaili. “Assalamualaikum cikgu, cikgu nak jumpa saya ke??” tanyaku kepada cikgu Lili. “aah mmg saya nk jumpe kamu pn Amy. Ada tugas yang kamu perlu settlekan. 15/7 nie ade kemasukan pelajar form 6. So cikgu nk mintak tolong kamu ngan beberapa orang pengawas yang lain uruskan bahagian pendaftaran. Boleh tak?? Cikgu mengharap sangat dekat kamu,” kata cikgu Lili. “okey cikgu nanti saya cari pengawas yang lain,” kataku dengan penuh keriangan walaupun pada hakikatnya tugasku akn bertambah lagi. ‘tapi okay jugak la at least aku x yah la blaja satu hari…hehehe,’ bisikku dalam hati. Walaupun seorang pengawas tetapi sikap malas itu still ade dalam diri aku ni.Selepas aku keluar dari bilik guru, aku pun bergegas ke kantin. “sori la wei terpaksa buat korang tunggu aku. 15/7 nie aku kne settlekn pendaftaran form 6 la. So nk kne cari pengawas lain la untuk tolong aku sekali,” kataku dengan muka tak puas hati. Aku bukannya tidak suka dengan tugasanku itu. Tetapi aku pasti akan mengalami kesukaran sebab tidak ramai pengawas yang ingin melakukan tugasan tersebut. Mereka akan mengatakan yang mereka ingin belajar di kelas. “ala rileks la Amy. Nanti kalau ko tolong cikgu mana la tau boleh jumpa ngan abang-abang form 6 yg hensem ke. Untung la ko,” kata Adila mengusikku. “banyak la ko punye abang form 6. Ko igt aku nak sangat ke ha?? ko kan tau aku nie jenis yang macam mana,” kataku yang sememangnya berhati batu nie. “ala Amy ko nie tak kan x nk kot mana la tau sangkut kat salah seorang dari diorg tu,” balas Bella pula. “Huh pape je la korang. Wei, kite dh lambat masuk kelas dah nie. Nie sume korang punye pasal la nie. Jom-jom cepat nanti cikgu marah,” ajakku kepada kawan-kawanku yang sememangnya masuk air.Hari yang dinantikan pun tiba. Aku sebagai yang telah diamanahkan dengan beberapa orang pengawas yang lain menjaga bahagian pendaftaran untuk kemasukan pelajar tingkatan 6. Macam biasa sahaja tugasku. Alhamdulillah aku berjaya jalankan tugas aku dengan baik pada hari tersebut. Tetapi ada satu perkara yang membuatkan hatiku tidak keruan. Ini semua disebabkan seseorang yang telah membuatkan jatungku berdegup kencang. Nak katakan mamat nie hensem tak jugak. Tetapi ada perasaan yang sukar untuk diucapkan. Segalanya berlaku tanpa aku sedari dan ingini. Sekelip mata sahaja perkara tersebut berlaku. Aku yg sememangnya brutal nie blh ade perasaan macam tu. Pertama kali perasaan itu hadir pada seseorang yang bergelar lelaki. Hati aku yang keras seperti batu ini berjaya ditembusi hanya dalam masa sesaat cuma.Setelah selesai melakukan tugasan tersebut aku pulang ke kelas dengan satu perasaan yang bercampur aduk. Aku bingung memikirkan perasaanku ini. Mungkinkah aku telah jatuh cinta?? Oh tidak sama sekali. Aku lebih mengenali diriku ini dan aku x mahu melanggar prinsipku yang tidak mahu bercinta pada zaman persekolahan. Aku mesti akur dengan prinsipku itu. Walaupun aku dapat rasakan yang perasaan ini mungkin dikatakan cinta pandang pertama. Biarlah hanya aku sahaja yang mengetahuinya. Sepanjang persekolahanku aku tidak pernah menyapa lelaki tersebut hinggalah akhir tahun. Aku hanyalah memandangnya dari kejauhan. Sikapku itu tidaklah ketara sehingga rakan-rakanku langsung tidak menyedari perubahan yang berlaku terhadap diriku ini. Aku berpendapat perasaan itu mungkin hanyalah sementara sahaja.Tahun berikutnya aku telah dilantik menjadi seorang ketua pengawas. Itu merupakan tanggungjawab yang berat bagiku. Namun begitu aku akan melakukan segala tugasan yang diberikan dengan sebaik mungkin. Aku berdoa agar Allah SWT mempermudahkan segala urusanku. Seperti biasa awal-awal tahun begini pastinya banyak aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah. Antaranya ialah aktiviti sukan tahunan. 3 bulan pertama memang sibuk dengan

Page 2: KasiHku

aktiviti sukan. Pelajar-pelajar sibuk berlatih untuk memenangi setiap acara yang dipertandingkan. Mereka semua dibahagikan mengikut rumah sukan masing-masing. Rumah sukan yang dipertandingkan ialah Dato’ Maharajalela, Tok Janggut, Dato’ Bahaman, dan Rentap. Tidakku sangka rumah sukanku sama dengan abang form 6 yg aku minat tahun lepas. Aku jadi tak keruan. Tambahan pula dia merupakan pengerusi rumah sukan kami. Aku pula menjadi setiausaha yang memerlukan aku sentiasa berkomunikasi dengannya. Mulai detik itu perkenalan kami bermula. Banyak perkara yang kami lakukan bersama.Barulah aku mengetahui nama sebenarnya. Mohd Kamal Afifi empunya nama. Memandangkan dia lebih tua dariku, aku lebih selesa memanggilnya abang Kamal. Bukan untuk mengedik ataupun bermanja tapi lebih kepada rasa hormat kepadanya. Sebagai setiausaha aku kenalah selalu berjumpa dengannya untuk menyelesaikan masalah yang berlaku dalam rumah sukan kami. Waktu rehat aku terpaksa berjumpa dengan abang Kamal untuk buat semakan buat kali terakhir nama penuhnya sebelum aku taip. Aku pun dengan malasnya melangkah ke kelas Pra-U 2 walaupun dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana berdebar-debarnya jantungku ini. Sesampai di kelas aku memanggilnya “bang, sini jap. Amy nak tanya sikit ni. Betul tak nama abang ni?? Nanti Amy taip salah kang dlm laporan rumah sukan tu.” Sebelum menjawab pertanyaanku dia berjalan menuju ke koridor yang menempatkan kerusi panjang. Aku pun membontotinya. “Ha betul la tu. Pandai adik abang nie.” katanya dengan muka tak de perasaan. Kawan sekelasnya memandang dan menyapa kami berdua. “ woit, dating ke ha??” dengan selamba Kamal menjawab “a’ah jeles ke??” ‘sebelum perkara nie lagi melarat better aku blah dlu’ kataku dalam hati.Satu hari sedang aku melayari internet secara tiba-tiba muncul idea jahatku. Daripada ingin mencari maklumat tentang folio Chemistry kepada membuka Facebook yang sudah lama aku tidak membukanya. Tanganku mula gatal dan mencari nama abang Kamal. Untung nasib dapat tengok profile dia dan dapat juga tau sedikit maklumat pasal abang Kamal. Macam tak percaya aku berjaya menjumpai profile dia. Aku terus add dia dan tak lama lepas tu dia approvekan aku dalam friend list dia. Rupa-rupanya dia juga tengah online. Lama juga aku berbual dengan dia melalui facebook. Banyak yang aku tau mengenai dia. Begitu juga dengan dirinya. Kami mula mengenali antara satu sama lain. Tidakku sangka kami memiliki cita-cita yang sama dan tempat yang kami ingin sambung belajar juga sama. Aku sangat gembira kerana akhirnya ada juga teman untuk aku berjuang melanjutkan pelajaran ke UPNM ( Universiti Pertahanan Nasional Malaysia).Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan perhubungan kami semakin erat. Semua perkara pasti akan kami kongsi bersama. Sama ada masalah kecil atau besar akan kami selesaikan bersama. Dalam masa yang sama rasa sayangku terhadapnya semakin bercambah. Aku tidak mengerti perasaan ini sama ada rasa sayang seorang adik terhadap abang atau sayang lebih dari seorang abang. Aku tidak pernah jemu melayan kerenahnya. Sebelum ini aku memang tidak suka tidur lewat tapi setelah mengenalinya perkara itu menjadi satu kemestian. Tapi hanya pada waktu cuti sekolah sahaja kerana buku-buku sekolah lebih memerlukan kami. Satu hari sewaktu sedang berbual-bual, dia mencadangkan sesuatu kepadaku “ Amy apa kata kalau kita study same-same??baru la semangat sikit nak belajar. Kalau ada pape yang Amy tak tau abang boleh ajarkan.” Tanpa memikirkan panjang aku pun terus memberikan kata persetujuan. “tapi kita nak study kat mana bang??bukannya ade tempat yang best pun utk kite study.” tanyaku kebingungan kerana setahu aku tak ada tempat yang sesuai untuk study. “study kt rumah Amy la. Boleh jugak mak Amy tengok-tengokkan kita. Alamaklum la kte berdua. Dah tentu-tentu setan ade antara kita nie kn??hahahaha,” katanya dan terus ketawa mengingatkan jawapan yg dia bagi.Kami meneruskan pembelajaran kami seperti yang dijanjikan. Ibuku menerima kehadirannya dengan senang hati. Kawanku Adila mengetahui bahawa kami study bersama dan dia juga ingin turut serta. Dalam masa yang sama juga kawan Kamal yang bernama Faiz ingin turut serta juga. Kami dengan gembiranya menerima kehadiran mereka. Sekurang-kurangnya ada kawan dan boleh berkongsi lebih banyak idea. Setelah beberapa minggu barulah kami mengetahui satu kebenaran. Pengakuan daripada Adila dengan Faiz. “ Kamal, Amy sebenarnyakan aku ngan Adila dah lama couple. So bila kitorang tau yang korg slalu study same kitorg pun join la. Lagi semangat la aku belajar bila ade kekasih hati kat sebelah. Hehehe,” kata Faiz tanpa segan silunya. Adila di sebelah sudah kemerahan menahan malu. Sambung Faiz lagi “ aku ngn Adila dah. Korang bila lagi??” “ceh apasal plak kitorg?? Kitorg bukannya ade pape pn en bang??ish abang Faiz nie. Ade yang kene penerajang percuma kang.”kataku dengan lantangnya. Dalam

Page 3: KasiHku

hati hanya Allah saja yang tau macam mana rasanya tika itu. Soalan itu betul-betul terkena tepat padaku. Faiz seolah-olah dapat mengagak apa perasaanku pada abang Kamal. Kamal hanya tersenyum sahaja.Hubungan kami diketahui oleh ramai orang dan mereka menggosipkan aku dengan Kamal. Mungkin perlakuan kami begitu ketara sehingga menyebabkan ramai yang dapat menghidu hubungan kami. Di dalam kelas aku sering dikaitkan dengan Kamal. Tetapi aku tidak mampu melakukan apa-apa kerana mulut orang. Kalau mulut tempayan senanglah aku ingin menutupnya. Perhubungan kami berlangsung seperti biasa. Gelak tawa sentiasa mengiringi perjumpaan kami. Aku sangat bahagia berada di sampingnya. Tambahan pula dia selalu mengambil berat tentangku. Sehinggalah pada suatu hari dia menceritakan sesuatu kepadaku. “Amy, abang ada bende nie nk citer kt Amy. Kak Yana minat kt abg. Camne ek??nk terime ke tak??abg tak nk jd mcm ex abg dulu. Abg jd tkt lak. Tkt jd mcm dulu time ngn ex abg tu.” Aku cuba untuk menenangkan diriku. “terpulang pada abang la. Tu life abang bukannye life Amy. Tak de kne mengena dengan Amy pn kn??” “tapi abang nk tanya pendapat Amy mcm mana,” kata Kamal. Saat itu aku berasa sangat kecewa. Hatiku hancur bagai kaca terhempas ke batu. Aku hanya mampu menjadi pendengar yang setia. Akhirnya Kamal mengambil keputusan untuk bersama dengan kak Yana. Aku turut berasa gembira atas keputusan yang diambilnya. Mungkin benar kata orang cinta perlukan pengorbanan. Aku mengorbankan perasaanku untuk insan yang aku sayang. Cinta juga tak bermaksud memiliki. Cukuplah dengan melihat orang yang kita sayang bahagia. Tapi walaupun dia telah bersama dengan kak Yana, dia tidak pernah mengabaikanku. Apa-apa keputusan yang dia ambil pasti akan memberitahuku. Aku tidak rasa terasing walaupun itu keputusan yang diambilnya. Cuma kemesraan kami sedikit terbatas. Tidak seperti selalu. Aku sendiri takut kerana mungkin dengan kehadiranku akan menyebabkan hubungannya dengan kak Yana tidak menjadi.Ntah mengapa hari ini aku merasakan seolah-olah ada perkara buruk yang akan berlaku. Aku cuba menepis segala fikiran yang bukan-bukan dari kepalaku. Tetapi perasaan itu sangat sukar untuk dihalau. Sehinggalah pulang dari sekolah. Di pertengahan jalan tiba-tiba aku terdengar bunyi yang sangat kuat. Aku dapat mengagak pasti ada satu kemalangan yang berlaku. Secara tiba-tiba fikiran aku melayang kepada seseorang yang baru sebentar tadi memotong bas sekolah yang aku naiki. Aku memanjangkan leherku untuk melihat apa yang telah berlaku. Memang satu kemalangan telah berlaku. Alangkah terkejutnya aku apabila kemalangan itu melibatkan orang yang aku sangat kenal. Rupa-rupanya Kamal yang terlibat dengan kemalangan tersebut. Orang yang paling rapat denganku. Aku pun menjerit pada uncle bas supaya dia memberhentikan bas tersebut. Aku terus turun dan berlari ke arah tempat kejadian. Aku lihat Kamal mengalami kecederaan yang agak parah. Orang yang telah melanggar Kamal telah melarikan diri. Dengan fikiran yang bingung aku telah menahan sebuah kenderaan untuk meminta bantuan. Mujurlah pemandu tersebut sudi menghulurkan bantuan. Dia telah menghantar kami ke Hospital Putrajaya.Aku menunggu dengan penuh sabar untuk mengetahui keadaan Kamal. Aku tidak tahu bagaimana ingin menghubungi keluarga Kamal kerana aku tidak pernah berjumpa dengan kelurganya. Hanya dia sahaja yang kerap datang ke rumahku. Setelah setengah jam masa berlalu seorang doktor keluar. Aku terus menerpa ke arah doktor tersebut dan bertanyakan keadaan Kamal. “ doktor macam mana keadaan kawan saya??” tanyaku dengan segera. “Kawan kamu tiada apa-apa. Cuma…” belum sempat doktor menghabiskan ayatnya aku telah memotongnya terlebih dahulu “Cuma apa doktor??” tanyaku. “Kawan kamu kehilangan banyak darah. Kami kekurangan darah jadi kami perlukan keluarganya atau sesiapa sahaja yang sudi mendermakan darah. Kamu tahu keluarganya di mana??Saya perlu lakukan segera. Kalau tidak mungkin perkara buruk akan berlaku.” Kata doktor tersebut. “Saya tak tahu macam mana nak hubungi keluarganya.” Kataku dengan perasaan kecewa. Doktor tersebut berlalu pergi. Belum sempat doktor itu pergi jauh meninggalkanku aku memanggil doktor tersebut dan menyatakan kesudianku mendermakan darah. Itu pun disebabkan aku teringat subjek Biologi yang aku pelajari. Aku mempunyai darah jenis O yang membolehkan darahku diberikan kepada jenis A, B atau AB. Aku mengetahuinya pun sewaktu mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma di kawasan perumahanku.Selesai mendermakan darah aku duduk disisi Kamal. Sebelum itu aku sempat membelek beg Kamal untuk mencari sesuatu yang membolehkan aku menghubungi keluarganya. Nasibku baik kerana di dalam beg Kamal terdapat telefon bimbitnya. Aku pun mencari nombor yang boleh aku hubungi lantas terpandang nombor yang bertulis ibu lalu aku pun menekan butang call. Selesai memberitahu mak Kamal aku duduk di sisi Kamal. Aku terus memandang wajah yang pucat lesi itu. Tanpa aku sedari ada titisan jernih yang mengalir dari mataku. Kamal merupakan satu-

Page 4: KasiHku

satunya lelaki yang membuatkan air mataku tumpah. Dia jugalah yang telah berjaya menembusi pintu hatiku yang sukar untuk ditembusi oleh mana-mana lelaki selain dirinya. Tanpa aku sedari air jernih yang membasahi pipiku menitis di atas tangan Kamal dan menyebabkan Kamal tersedar. Tetapi aku tidak menyedari bahawa dia telah tersedar dari tidur yang agak lama. Dia memerhatikan aku yang sedang melayan perasaan sambil air mata sentiasa membasahi pipiku. Dia merenungku dengan penuh perasaan tanda tanya. “Amy, kenapa Amy menangis??” tanyanya. Aku tersentak lalu memandangnya dan menyeka air mata yang mengalir di pipi. Aku tidak terus menjawab persoalannya sebentar tadi. Aku hanya mampu tersenyum melihatnya sudah sedar. Sekali lagi soalan yang sama diajukan kepadaku. Aku masih lagi membisu. Untuk kali ketiga soalan yang sama diajukan dan entah dari mana aku mendapat kekuatan untuk menyatakan perasaanku. “Amy tak sanggup kehilangan abang. Amy tak tau macam mana Amy akan hidup tanpa abang yang selalu menasihati Amy. Abang satu-satunya lelaki yang telah membuatkan air mata ni jatuh. Tak ada yang lain melainkan abang sorang. Amy tak tahu macam mana Amy terlalu menyayangi dan mencintai abang walaupun pada hakikatnya Amy tau yang sayang dan cinta Amy tidak mungkin akan berbalas. Maafkan Amy sebab mencintai abang dan maafkan Amy kalau perasaan ni tak dapat Amy padam. Abang cinta pertama Amy. Mungkin abang tak tahu tu semua. Abang jangan risau Amy tak kan kacau hubungan abang dan kak Yana.” Setelah aku meluahkan segala isi hatiku kepadanya aku terus pergi meninggalkannya dengan seribu persoalan. Kamal memanggilku tetapi aku tidak mengendahkannya. Aku tidak mahu terus berada di situ. Aku hanya keluar dari bilik itu dan memandangnya dari kejauhan kerana aku tidak sanggup membiarkannya keseorangan. Keluarga Kamal masih belum datang. Beberapa minit kemudian keluarga Kamal datang. Doktor telah memberitahu kepada keluarga Kamal tentang kesudianku mendermakan darahku. Ibunya ingin menemuiku tetapi aku tak akan sekali-kali menunjukkan diriku. Hampir seminggu Kamal berada di hospital. Sahabat handai datang berkunjung termasuk kak Yana. Aku juga turut hadir Cuma aku tidak menunjukkan diriku padanya. Wajahnya tidak seceria selalu. Mungkinkah kejadian semalam puncanya.Tiba-tiba aku terserempak dengan Faiz. “nape Amy tak msk tgk abang Kamal??dah tu duduk sini sorang-sorang plak tu.” Tanya Faiz. “Amy dh tgk dh tadi. Lagipn Amy nk balik dah.” Aku terpaksa menipunya. Aku pun berlalu meninggalkan Faiz. Faiz berjalan masuk ke bilik Kamal. Tiada siapa yang tinggal. Hanya mereka bertiga sahaja. Faiz datang bersama dengan Adila. Sebentar tadi Adila ke bilik air dan sebab itulah dia tidak terserempak dengan Amy. “Amy mana??kenapa dia tak datang jenguk aku??” tanya Kamal sebaik sahaja Faiz masuk ke biliknya. “ La tadi aku baru je terserempak ngan dia kat luar tadi. Dia cakap dah tengok ko dah tadi. Dia cakap lagi dia dah nak balik pn,” jawab Faiz. “Ko ngan Amy ada pape prob ke?? Lain macam je aku tengok korang ni??” sambungnya lagi. Kamal hanya mendiamkan diri.Selepas kejadian tersebut aku tidak lagi menghubungi Kamal. Kami tidak lagi semesra dulu. Dia cuba untuk mendekatiku tetapi aku sentiasa menjauhkan diriku darinya. Aku hanya memfokuskan diriku terhadap pelajaranku kerana aku bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. Aku ingin melanjutkan pelajaranku ke UPNM di mana tempat tersebut menjadi impian kami berdua. Aku ingin menjadi seorang tentera yang berjaya satu hari nanti. Aku tidak memikirkan lagi tentang perasaanku ini. Aku sentiasa menyibukkan diriku dengan buku-buku. Aku hanya memerhatikan kemesraan antara Kamal dan kak Yana. Walaupun hatiku sakit melihatnya tapi itulah keputusan yang telah aku ambil. Aku tidak mungkin akan berpatah balik dari keputusan yang aku ambil. Pelbagai cara aku lakukan untuk menjauhkan diriku dari Kamal. Seperti yang telah aku katakan aku tidak mahu menjadi batu penghalang perhubungan mereka. Cinta perlukan pengorbanan dan tidak semestinya kita akan dapat apa-apa yang kita inginkan. Cukuplah melihat kekasih hati gembira. Itu sudah cukup membahagiakan diriku.Alhamdulillah akhirnya aku telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Begitu juga dengan Kamal. Walaupun sudah tidak semesra dulu aku masih mengambil tahu tentang dirinya. Setelah mendapat keputusan aku telah diterima untuk melanjutkan pelajaran ke UPNM iaitu universiti yang menjadi matlamat kami berdua. Cuma bezanya aku berjuang seorang diri tanpa kehadirannya. Aku tidak mengetahui apa-apa lagi mengenai Kamal. Dia hilang tanpa berita. Aku berasa bersyukur. Mungkin dengan cara ini aku boleh melupakan perasaanku terhadapnya. Aku menjalani kehidupanku sebagai seorang mahasiswi di UPNM tersebut bertemankan sahabat handai yang sentiasa menjadi peneman setiaku. Merekalah tempat aku mengadu nasib. Semua pahit manis kami kongsi bersama. Matlamatku cuma satu iaitu aku ingin menjadi seorang tentera yang berjaya seterusnya dapat

Page 5: KasiHku

berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Aku ingin membanggakan kedua orang tuaku seterusnya dapat menyambung perjuangan bapaku. Kata-kata bapaku menjadi penguat semangatku. Beliau sering berkata “ayah setakat PBT (prebet) je. Ye la pangkat belum tiba. Ayah nk anak ayah jadila pegawai ye.” Kata-kata itu sentiasa akan bermain-main di fikiranku. Di sini aku dipenuhi dengan pelbagai aktiviti selain menghadiri kuliah. Aktiviti-aktiviti lasak yang sentiasa menceriakan hidup aku dan sememangnya sudah sebati dalam diriku.‘Alamak, macam mana aku boleh lambat nie??nie mesti sebab semalam latihan silat lama sangat. Penat sangat sampai jam bunyi pun x sedar. Aduh Amy cam mana nie??nak pegi kuliah ke tak nie ek??malas pulak la hari nie. Ala kalau tak datang nnt tertinggal pulak pelajaran. Pegi je la. Padan muka cik Amy kite nie. Slalu mengata orang lambat. Sekarang die pulak lambat,’ kutukku dalam hati sambil tersenyum sendiri memikirkan apa yang telah berlaku. Aku pun berjalan dengan lajunya. ‘aduh, tertinggal pulak buku yang aku pinjam dari Nizam ni. Amylia Hanani!! Ape dah jadi dengan hari nie?? Semuanya kelam kabut.’ Katanya dalam hati. Dia terus menyelongkar begnya sambil berjalan. Tiba-tiba dia terlanggar seseorang. “sorry, sorry saya tak sengaja,” katanya sambil tunduk mengambil bukunya yang telah terjatuh. Lelaki tersebut turut sama mengutip kertas-kertas yang telah terjatuh itu. “ tak pe saya tak kesah,” kata lelaki itu. Aku merasakan seolah-olah aku mengenali suara itu. Sebaik sahaja mengangkat wajahku, aku terpana kerana aku memang mengenali lelaki di hadapanku ini. Lantas aku menoleh ke belakang ingin berlalu pergi. Sepantas kilat lelaki itu meraih tanganku. Sesungguhnya aku tidak sanggup untuk menatap wajah lelaki itu. Lelaki yang telah mencuri hatiku ini. Aku segera meleraikan pegangannya dan berlari meninggalkannya. “Amylia Hanani!!” jeritnya. Aku tidak menghiraukannya lagi. Disebabkan kejadian itu juga aku tidak menghadiri kuliah. Aku tidak menyangka selama ini kami berada di universiti yang sama. Aku sama sekali tidak perasan akan kehadirannya. Nama Mohd Kamal Afifi kembali menjengah mindaku.Sejak pertemuan yang tidak diduga itu, Kamal sentiasa muncul di depanku. Aku masih membiarkannya kerana aku x mahu terluka sekali lagi. Biarlah kenangan lalu menjadi sejarah yang indah saat kemesraan kami terakam kembali dalam kotak fikiranku ini. Tapi walau macam mana aku mengelak sekali pun, aku tidak mungkin dapat melarikan diri darinya. Ke mana sahaja aku pergi pasti akan ketemu juga. Sehinggalah satu hari aku menerima sepucuk surat yang disampaikan melalui Sheila, roomateku. Kepalaku bingung memikirkan siapa yang menghantar surat kepadaku?? ‘Setahu aku belum pernah ada surat yang sampai kepadaku. Surat amaran dari pihak U ke?? Tapi pasal apa pulak aku nak dapat surat amaran tu??’ dengan pantas aku membuka surat tersebut. ‘Dari luaran macam surat yang tak formal. Fuh selamat aku. Maknanya bukan surat dari pihak U,’ aku pun membuka surat tersebut.Assalamualaikum,Maaf andainya surat ini mengganggu Amy. Tapi abang rasa kita perlu berjumpa. Sampai bila Amy nak lari dari abang?? Ada banyak benda yang abang nak sampaikan pada Amy. Please dengar apa yang abang nak cakapkan. Abang tunggu Amy dekat café petang nie pukul 1630 okey.Yang menanti,Abang KamalDengan dada yang berombak kencang aku menutup surat tersebut. Aku sama sekali tidak menyangka akan menerima surat tersebut yang datangnya dari Kamal. Aku mengambil keputusan untuk berjumpa dengannya untuk merungkai kekusutan yang berlaku. Aku tidak mahu terus merasai perasaan seperti ini yang mungkin akan menjejaskan penumpuanku terhadap pelajaranku.Seperti yang telah dijanjikan, dari kejauhan aku dapat melihat lelaki yang telah berjaya mencuri hatiku walaupun aku hanyalah bertepuk sebelah tangan. Dia menanti dengan penuh sabar. Dengan langkah yang perlahan aku menghampirinya.“Assalamualaikum, lama dah abang tunggu Amy??maaf lambat, Amy baru habis kelas,” kata Amy dengan keadaan serba salah.“tak pe. Abang ingat Amy dah x nk jumpa dengan abang,” balasnya. Aku berasa kekok untuk bersama dengannya. Seperti ada jurang yang memisahkan kami. Aku merasakan serba tak kena bila bersama dengannya. Tetapi lain pula dengan Kamal. Dia kelihatan tenang sekali. Ketenangannya itulah yang telah menambat hatiku ini. “apa yang abang nak bagi tau Amy??” tanyaku memulakan perbualan kami. “sabar la dulu. Kalau ye pun order la minum dulu. Jangan risau abang belanja la. Nanti kalau bercerita sedap sikit. Tak de la dahaga sangat. Kalau dahaga boleh minum air tu terus,” katanya mula mengusikku. Kenangan lalu mula terimbau kembali. Kalau aku

Page 6: KasiHku

keluar bersama dengannya akulah yang menjadi mangsa untuk belanja dengannya. Kalau nak harap dia belanja kebulur la aku. Macam-macam alasan yang akan diberikannya. Tetapi tidak selalu begitu.Selepas pesanan yang kami order sampai aku lantas mencapai cawan yang berisi air horlick lalu menghisapnya untuk menghilangkan rasa gemuruhku. Air itu dipesan oleh Kamal sendiri tanpa meminta persetujuanku. Ternyata dia masih mengingati air kegemaranku. “Amy, banyak benda yang abang nak bagi tau kat Amy. Lepas kejadian tu jiwa abang jadi kosong. Abang rasakan seolah-olah ada sesuatu yang hilang dalam diri abang. Kehilangan Amy telah membawa diri abang juga pergi bersama Amy. Walaupun kita satu sekolah, Amy jauhkan diri dari abang. Abang tak tau macam mana nak ungkapkan perasaan abang saat itu. Yang pasti kehilangan Amy sangat memberi kesan dalam diri abang. Abang berada di sini pun disebabkan Amy. Amy masih ingat janji yang kita buat dulu?? Untuk sama-sama berjuang melanjutkan pelajaran kat sini??” tanyanya kepadaku. Aku hanya mengangguk. Mana mungkin aku melupakan setiap memoriku bersamanya. “kata-kata tulah yang menjadi penguat semangat abang. Sampai sekarang abang masih menyimpan mesej yang Amy bagi kat abang tu. Abang juga sangat terhutang budi kat Amy. Abang dah tau sape yang dermakan darah kat abang waktu kemalangan hari tu. Ibu dah ceritakan pada abang. Cuma ibu rasa terkilan sebab tak dapat jumpa dengan Amy. Ibu sangat berharap dapat berjumpa dengan Amy. Selama nie mungkin Amy tak perasan kehadiran abang. Tapi abang sering memerhatikan Amy dari jauh. Masa tu abang masih belum peroleh kekuatan untuk berhadapan dengan Amy. Abang takut Amy akan tolak abang,” sambungnya lagi.Saat itu aku tak dapat gambarkan bagaimana perasaanku tika itu. Aku tidak menyangka sama sekali kehilanganku memberikan kesan yang mendalam terhadap dirinya. Aku tertanya-tanya mana perginya kak Yana lantas mengajukan soalan kepadanya. “ kak Yana sebenarnya bukannya ada hati pada abang. Dia hanya ingin memainkan perasaan abang. Ternyata abang dah salah memilih waktu tu. Bila dia tengok keadaan abang lepas kehilangan Amy, dia menceritakan perkara yang sebenar. Dia hanyalah suka-suka sahaja untuk bercouple dengan abang dan dia tahu abang sayangkan Amy. Jadi dia lepaskan abang. Dia tak mahu abang rasa bersalah padanya,” terang Kamal. “abang tak tahu bila perasaan sayang pada Amy muncul. Abang sedar abang sayangkan Amy bila Amy dah tiada disisi. Saat itu abang tak rasa yang abang sayangkan Amy sebagai seorang adik, tapi sayang seorang kekasih,” sambungnya lagi. Aku hanya membisu mendengar pengakuan darinya. “tapi kenapa waktu abang excident dulu Amy sembunyi-sembunyi jenguk abang?? Waktu tu abang rasa macam Amy benci sangat kat abang sampai tak nak datang jenguk abang yang terlantar kat hospital,” katanya menanti penjelasan dariku.“Amy tak tau nak mula macam mana. Yang pasti lepas Amy luahkan perasaan pada abang tu, rasa malu memang menebal gile la. Dah macam perigi cari timba plak. Orang tak nak Amy plak yang terhegeh-hegeh kat abang. Tak nak la nanti orang cakap pe plak kan. Silap-silap nanti abang gelakkan Amy. Lagi pun Amy tak tau macam mana nak berdepan dengan abang. Dalam masa yang sama jugak Amy takut rasa sayang Amy pada abang semakin menebal. That’s why la Amy pergi membawa diri. Kalau boleh lari time tu memang dah lama lari jauh-jauh. Tp masa tu kan masih sekolah lagi. Tak kan la nak lari jauh-jauh kot. Paling-paling mengelak dari jumpe abang. Tu je la yang Amy boleh buat.” Jelasku dengan panjang lebar. Saat itu hanya Allah sahaja yang tahu betapa malunya aku untuk mengimbau kembali kisah lamaku.“Habis macam mana sekarang??” tanya Kamal. “macam mana apanye bang??” soalku yang masih blur. Soalan dibalas soalan juga. “Aduh minah sorang ni tak paham-paham lagi ke?? Memang dari dulu macam nie je kan. Blur memanjang. Nasib bek otak boleh pakai jugak. Amy abang nak kite lupakan apa yang dah berlaku. Kita mulakan yang baru okey?? Sudi tak Amy jadi gurlz abang?? Sekarang ni dah tak ada yang kacau lagi dah. Abang untuk Amy sorang je okey darling??” tanyanya membuatkan aku tergamam. Dengan tindakannya yang melutut di hadapanku sehingga menarik perhatian banyak mata yang memandang. Aku malu dengan perlakuannya lantas mengangguk dan menyuruhnya bangun. Bermula saat itu aku dan Kamal bersama. Aku tidak menyangka pertemuanku dengannya membuatkan kehidupanku kembali gembira dan aku merasakan kebahagiaan milikku dan dia. Keseronokkan bersamanya terimbas kembali. Cuma bezanya dulu lebih kepada hubungan adik dan abang. Tapi sekarang sebagai pasangan kekasih yang selama ini hanya menjadi mimpiku sahaja. Mimpiku menjadi realiti. Aku hanya memohon kepada Allah SWT agar jodoh kami berpanjangan dan aku tidak mahu kehilangannya lagi. Kehilangannya dulu sudah cukup menyeksakanku.

Page 7: KasiHku

Aku merasakan hidupku begitu bermakna sekali disamping orang yang aku sayang. Dialah menjadi orang pertama dan yang terakhir yang hadir dalam hidupku ini. Kami sama-sama berjanji untuk berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai cita-cita kami berdua. Akhirnya hari yang dinanti-nantikan tiba. Alhamdulillah berkat usaha kami, kami berjaya menamatkan pengajian kami dan cita-cita kami tercapai jua akhirnya. Kamal telah menamatkan pengajiannya terlebih dahulu dan sedang berkhidmat di Kem Tapah. Setahun kemudian aku pula menamatkan pengajianku dan telah dinobatkan sebagai kadet terbaik sekaligus aku dikurniakan sayap penerbangan yang membolehkan aku menerbangkan pesawat. Itulah cita-citaku sejak kecil lagi.Setelah dua tahun menyulam kasih, kami mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Perhubungan kami masih belum diketahui oleh kedua belah pihak. Kami hanya menunggu masa untuk memperkenalkan kepada kedua orang tua kami. Tapi sebelum kami memulakan langkah kami sesuatu yang tidak diduga telah berlaku. Aku menerima panggilan telefon dari ibuku yang menyuruhku pulang. Katanya ada perkara penting yang ingin disampaikan kepadaku. Setelah memberitahu Kamal aku pun pulang ke kampung. “Amy semalam ada orang datang merisik kamu, mak dah terima dia. Orangnya memang baik. Mak budak tu kawan baik dengan mak dulu,” kata Mak Limah, ibu kepada Amy. Macam hendak luruh jantungnya mendengar kata-kata ibunya. Tidak mungkin aku akan menerimanya sedangkan hatiku sudah dimiliki. “Kenapa mak tak bincang dengan Amy dulu, Amy tak setuju dengan keputusan mak. Amy pun tak kenal sape laki tu. Macam mana nak mendirikan rumah tangga bersama,” kataku dengan linangan air mata. “Ah mak tak peduli. Apa pun mak dah setuju. Keputusannya muktamad. Ayah dengan mak tak akan ubah keputusan nie. Nanti sebabkan kamu hubungan persahabatan mak dengan Mak Leha tu terjejas pulak,” kata ibuku yang tetap dengan pendiriannya. Aku tidak boleh nak membantah. Ayahku berhak mengahwinkan aku dengan sesiapa sahaja yang disukainya walaupun tanpa kerelaanku kerana dia wali mujbir. Aku pasrah dengan ketentuan takdir. ‘Mungkin dia bukan jodohku’ kataku dalam hati.Aku pulang ke kampus dengan hati yang kacau bilau. Aku tidak tahu macam mana aku akan menerangkan kepada Kamal tentang hasrat ibuku itu. Pertemuanku dengannya tidak seceria selalu. “ darling kenapa muka masam je nie. Bendera Jepun naik ke nie??hahahaha” usiknya. Tapi usikannya tidak memberikan kesan terhadapku. Wajahnya bertukar menjadi serius. “Abang ada hal penting yang Amy nak bagi tau kat abang nie,” belum sempat aku memulakan bicara pantas mataku memainkan peranan dengan mengalirkan air jernih yang turun tanpa dipinta. Air jernih itu telah menggambarkan perasaanku tika itu. “What happened dear??” soalnya. Aku tidak tahu macam mana ingin menjelaskan kepadanya. Kebahagiaan yang dikecapi hanya sebentar sahaja. “Abang, minggu lepaskan Amy balik kampung. Mak dengan ayah nak jodohkan Amy dengan jejaka pilihan mereka. Diorang tak bincang dulu dengan Amy. Tapi keputusan mereka dah muktamad. Amy tak boleh nak buat ape-ape lagi. Amy tak sanggup kehilangan abang. Amy tak sanggup berpisah dengan abang,” kataku dalam sendu.Kamal hanya terdiam mendengar kata-kataku. Hatinya dipagut pilu yang mendalam. ‘mungkin inilah takdir untuk dia yang tidak berani untuk mempertahankan cintanya dulu. Seandainya dia berani meluahkan perasaannya dulu sudah pasti Amy menjadi miliknya’ bisik hatinya. Kamal diam seribu bahasa. Dia tidak mampu mengeluarkan sepatah kata pun. ‘ Tapi tak mungkin aku ingin merosakkan hubungan kekeluargaan antara Amy dan kedua orang tuanya. Biarlah dia pula berkorban demi cintanya. Sebelum ini Amy dah berkorban untuknya dan Yana hingga menyebabkan Amy terasing darinya. Dia pasrah dengan ketentuan Ilahi. Cinta tak bererti memiliki’ Kamal bermain-main dengan perasaannya sendiri. Lama mereke terdiam. “Abang rasa eloklah Amy ikutkan kata-kata keluarga Amy. Abang tak mahu merosakkan hubungan Amy dan keluarga. Amy pernah berkorban untuk abang. Kali ini biarlah abang pula berkorban demi kebahagiaan Amy. Mungkin abang bukanlah orang yang selayaknya untuk Amy.” Mendengarkan kata-kata yang keluar dari Kamal air mataku mengalir dengan lebih laju lagi. Kamal tidak sanggup untuk melihat kekasih hatinya terus menangis. Andai dia bisa memeluk kekasih hatinya sudah pasti dia telah melakukannya. Tapi batas agama mengharamkan perkara sebegitu. Perkara itu akan mengundang kepada penzinaan. Pertemuan kami pada hari itu mengundang banyak air mata. Sebaik sampai di bilik air mata lelaki Kamal jatuh jua. Dia tidak menyangka begini pengakhiran kisah hubungan cinta mereka. Dia akan kehilangan orang yang sentiasa memberikan semangat kepada dirinya. Dia pasrah dengan ketentuan takdir. Mungkin tiada jodoh antara mereka.Kamal membawa diri pulang ke kampungnya. Dia berhasrat ingin memulihkan hatinya yang luka. Sesampai di rumah ibunya memulakan bicara yang tidak disangka-sangka. “ Kau nie Kamal macam tau-tau je yang ibu nak suruh kamu

Page 8: KasiHku

tu balik. Alang-alang kau dah balik ibu nak kasi tau la kat ko. Ibu dah pinangkan anak mak Limah untuk kau. Keluarga dia pun dah setuju. Kau macam mana pulak Kamal?? Setuju ke tak??” tanya Mak Leha. “Kamal ikut je bu,” katanya yang malas lagi ingin memikirkan tentang jodoh. Dia menyerahkan sepenuhnya keputusan kepada emaknya. Hatinya yang luka itu perlu dirawat. Dia tak mahu luka hatinya kembali bernanah.Hari yang dinantikan tiba juga. Dengan hati yang berat akhirnya aku akan meninggalkan zaman bujangku. Aku mengenakan baju kurung berwarna putih pada malam pernikahan kami. Semuanya diuruskan oleh keluarga kedua-dua belah pihak. Mengikut kedua belah pihak, kami akan bertunang 2 jam sahaja sebelum majlis akad nikah bermula. Selesai majlis pertunangan, semua tetamu menjamu selera sementara menanti kehadiran kadi yang akan menikahkan kami. Perasaanku menjadi berdebar-debar tatkala mendengar salam dari kadi. Kini aku tidak boleh melakukan apa-apa lagi. Aku hanya mampu berserah. Wajahku yang tidak pernah disolek hari ini disolek dengan cantiknya oleh mak andam. Namun riak wajahku hanyalah palsu semata-mata. Hatiku sedang menangisi majlis ini. Wajahku ditutup sewaktu melangkah keluar dari bilik. Semua mata memandang ke arahku yang telah ditatarias dengan sentuhan mak andam professional. Aku masih tertanya-tanya siapakah gerangannya bakal suamiku itu?? Borang pernikahan sudah ku tandatangani. Lantaran itu, penutup mukaku dibuka dan aku dapat melihat keadaan sekeliling. Orang pertama yang aku tercari-cari sudah semestinya bakal suamiku. Apabila terpandang wajah bakal suamiku, aku menghadiahkan sebuah senyuman yang paling manis sekaligus menghapuskan mendung yang bermaharajalela di dalam hatiku ini. Dia juga membalas senyumanku sebentar tadi.“ Aku terima nikah Amylia Hanani dengan mas kahwinnya RM80.00 tunai” terdengarkan ucapan tersebut air mataku mengalir tanpa dipinta. Tidakku sangka dia memang ditakdirkan untukku. Dengan sekali lafaz sahaja aku sah bergelar seorang isteri kepada Mohd Kamal Afifi yang aku fikirkan perkara itu tidak mungkin akan berlaku. Akulah tulang rusuk kirinya yang dijadikan oleh Allah untuknya. Acara pembatalan air sembahyang dijalankan. Sekali lagi air mataku tumpah tatkala aku mencium tangannya lalu dia menghadiahkan kucupan mesra di dahiku. Sesudah selesai majlis akad nikah, kami sekeluarga berehat di ruang tamu sementara menunggu semua tetamu pulang. “ Majlis persandingan kita buat lagi seminggu okey. Kamal nak buat persiapan untuk bagi tahu member-member yang lain. Kitorg nak kawin lalu bawah pedang,” kata Kamal yang berada di sebelahku. “Aik semangat pulak kamu Kamal. Sebelum nie semuanya serah kat ibu bulat-bulat,” kata mak Leha. “ Asal ibu tak cakap isteri Kamal nie cantik macam nie??kalau tahu dari awal ibu tak payah susah-susah buat persiapan macam nie. Kami boleh buat sendiri.” Katanya lagi. “Amboi kemain lagi. Sebelum nie muka tu tak pernah nak manis bila cakap soal kahwin nie.” Tambah mak Leha lagi. “ Yang si Amy pun satu dok berkepit je dengan laki dia tu. Sebelum nie cakap pasal kawin je muka seposen je.” sampuk mak Limah. Mukaku menjadi merah di sisi suami tersayang bila diusik begitu.“Sebenarnya ibu, kami dah lama kenal la. Kami satu sekolah pun dulu. Mak tak ingat ke dulu saya selalu datang rumah mak. Kitorg study sama-sama ngan Faiz dan Adila. Sampai sekarang kami study kat tempat yang sama juga. Kami dah lama bercinta. Ingat nak bawak jumpa dengan ibu. Alik-alik Amy nak kena kahwin dengan pilihan keluarga dia. Jadi saya terpaksa la berkorban untuk kebahagiaan dia. Tu pasal la saya bawa diri pulang ke kampung. Pastu ibu pulak nak jodohkan Kamal dengan anak kawan ibu. Dah hati tengah terluka terima je la. Tak sangka pulak rupa-rupanya ngan Amy. Lagi satu Amy nie la yang selamtkan Kamal dulu.dia yang dermakan darah untuk Kamal. Sekarang ibu dah jumpa dah dengan penderma darahnya,” cerita Kamal dengan penuh keriangan. “ La baru mak ingat time dulu-dulu tu. Mak tak berapa cam muka kamu dulu. Maklum la dah tua pun. Lagi pun lama tak jumpa. Patut la terus semangat, kekasih hati rupanya. Nasib baik la kene dua-dua. Kalau tak makan hati la masing-masing,” kata mak Limah. “ kalu dah jodoh pergi kat mana-mana pun mesti jumpa punyalah,” kata mak Leha. Mereka sama-sama ketawa keriangan.Majlis persandingan diadakan dengan penuh gilang-gemilang. Hajat kami untuk kahwin lalu bawah pedang tercapai juga. Itu merupakan perkahwinan impian kami berdua. Dalam sekelip mata sahaja semuanya menjadi seperti normal semula. Bila difikirkan kembali rasa sangat kelakar mengenangkan kerenah masing-masing. Tapi yang pasti Mohd Kamal Afifi menjadi milik aku seorang. Tiada orang lain yang boleh mengoyahkan perasaan kasih dan sayang kami. Kehidupan kami menjadi lebih bermakna kerana kami menjadi milik mutlak antara satu sama lain. “ macam tak percaya je sekarang kita dah jadi suami isteri. Bila ingat balik kisah kita dulu sedih ada, seronok ada dan kelakar pun ada. Ingatkan orang lain, nasib baik kekasih hati yang menjadi suami. Kalau tak, tak tau la macam mana hidup Amy

Page 9: KasiHku

nie,” kataku dalam pelukan suami tersayang. “Jangan dikenang kisah lalu. Sekarang kita mulakan hidup yang baru. Abang nak anak ramai-ramai tau. Biar meriah je rumah kita tu. Bolehkan darling??” soalnya sambil menghadiahkan kucupan di kedua-dua belah pipiku serta dahiku.Setelah sebulan mendirikan rumah tangga, aku dikehendaki melakukan penerbangan untuk melatih anak buahku yang ditugaskan di bawahku. Penerbangan kami mengambil masa selama 1 minggu untuk melihat prestasi mereka. Aku sentiasa berada di sebelah anak buahku untuk melihat cara-cara mereka mengendalikan pesawat tersebut. Takdir Allah telah menetapkan bahawa penerbangan yang terakhir mengalami masalah sewaktu ingin melakukan pendaratan. Pesawat yang dinaiki olehku meletup. Nasibku baik kerana sempat keluar dari pesawat tersebut sebelum pesawat tersebut meletup. Aku tidak sedarkan diri selepas kejadian itu. Yang hanya sempat aku dengar bunyi letupan kapal yang sangat kuat. Selepas itu aku tidak tahu apa yang berlaku.Hari ini tumpuan Kamal terhadap pekerjaannya terganggu. Dengan sikap aneh Amy sebelum dia pergi bekerja. Bunyi telefon bimbit Kamal mengganggu konsentrasinya ketika bekerja. Dia sememangnya tidak suka gangguan semasa sedang melakukan tugasan. Namun hatinya merasa seolah-olah ada perkara yang buruk akan berlaku. “Hello!! Boleh saya bercakap dengan Kapten Kamal??” sapa si pemanggil. “ Ya saya bercakap. Ada apa hal encik??” tanya Kamal. “ Tuan boleh ke hospital sekarang, isteri tuan dimasukkan ke hospital kerana kemalangan. Pesawat yang dinaikinya telah meletup sewaktu mengadakan latihan bersama anak buahnya,” kata si pemanggil lagi. Kamal terasa tubuhnya longlai dan dia tidak mampu bertahan lagi. Dia terduduk di situ juga. Apabila dia tersedar, dia terus menuju ke Hospital Tapah di mana isterinya ditempatkan. Dia terus ke kaunter pertanyaan untuk bertanyakan keadaan isterinya.“Maaf saya tak boleh nak memberikan jaminan apa-apa tentang keadaan isteri encik. Cuma saya ingin beritahu pada encik kandungan Puan Hanani selamat. Saya juga terkejut kerana selalunya hentakan yang kuat seperti itu akan mengakibatkan berlakunya keguguran. Tetapi kandungan Puan Hanani sangat kuat. Kandunganya sihat dan tidak terjejas sedikit pun. Semuanya kekuasaan Allah SWT. Saya harap encik bersabar ya. Dia masih belum sedarkan diri.” Doktor itu menerangkan dengan terperinci duduk perkara yang sebenar sambil menepuk bahu Kamal. Dia juga terkejut kerana dia sendiri tidak mengetahui bahawa isterinya sedang mengandung. Dia sangat bersyukur kerana zuriatnya selamat. Cuma yang membimbangkannya adalah keadaan isteri kesayangannya.Keluarga kedua-dua belah pihak telah sampai untuk melihat keadaan Amy. Semuanya berlaku begitu pantas sekali. Baru semalam mereka melihat wajah riang Amy bergelak tawa bersama mereka. Kini di hadapan mereka hanyalah tubuh yang kaku yang dipenuhi pelbagai jenis wayar untuk membantu pernafasannya. Doktor telah memberitahu Kamal bahawa isterinya koma dan tidak dapat dipastikan bila dia akan sedar. Mengenai kandungannya pula, doktor akan memastikan kandungannya sentiasa sihat kerana walaupun Amy koma, tapi tumbesaran bayi tersebut tetap berlaku. Kamal pasrah dengan ketentuannya. Dia diberikan kesempatan untuk hidup bersama dengan Amy. Kamal tidak pernah putus-putus mendoakan agar Amy pulih seperti sedia kala. Dia belum puas merasai kebahagiaan bersama dengannya. Setiap kali habis kerja dia akan menghabiskan masa bersama dengan Amy. Ayat-ayat suci al-Quran sentiasa diperdengarkan kepada Amy serta anak dalam kandungan. Begitulah rutin harian Kamal. Dia tidak pernah berhenti berharap.Suatu hari ketika ingin membersihkan Amy, dia rasakan katil tersebut basah. Air ketuban Amy telah pecah. Dia segera memanggil doktor untuk melihat keadaan Amy. Doktor segera menyiapkan peralatan pembedahan untuk mengeluarkan bayi tersebut kerana tidak mungkin Amy akan bersalin dengan cara normal dalam keadaannya seperti itu. Alhamdulillah akhirnya bayi tersebut selamat dilahirkan. Kamal mengazankan bayi tersebut. Selesai mengazankan bayi tersebut dia membawanya dekat dengan Amy. “Amy kita dah ada anak Amy. Anak kita sangat comel. Amy cepat sembuh ya nanti boleh main dengan anak kita.” Kata Kamal dalam tangisannya. Kamal melihat ada air jernih yang mengalir dari mata Amy. Dia tahu Amy pasti mendengar apa yang diperkatakannya. Sejurus selepas itu, mesin bantuan pernafasan mengeluarkan bunyi yang panjang. Menandakan pesakit telah tiada. Kamal redha dengan takdir yang ditentukan kepadanya. Dia tidak mahu lagi melihat penderitaan yang ditanggung oleh Amy. ‘tidurlah Amy, berbahagialah engkau di sana. Semoga kita akan bertemu di Syurga kelak. Abang akan menjaga anak kita sebaik mungkin. Abang tak mungkin akan mensia-siakan permata hati kita. Abang akan curahkan sepenuh kasih dan sayang abang kepadanya’ bisiknya dalam hati. Mereka yang lain hanya menyaksikan situasi tersebut dengan linangan air mata. Tidak disangka-sangka Amy akan pergi meninggalkan mereka terlebih dahulu. Dia bertahan hanya

Page 10: KasiHku

demi anak yang dikandungnya. Amy seorang yang kuat. Perginya Amy memberikan seribu satu kenangan. Terimbas kembali keletahnya yang menghiburkan ramai orang. Pemergiannya sangat dirasai oleh semua orang.Selesai majlis pengebumian, Kamal pulang ke rumahnya. Sebaik sahaja memasuki kamarnya, dia memerhati segenap pelosok bilik itu. Semuanya tersimpan kenangan bersama dengan arwah Amy. Dia duduk di birai katil lalu mengambil bantal Amy lalu menciumnya. Masih terbau haruman yang sering digunakan oleh Amy sewaktu bersamanya. Tiba-tiba Kamal terpandang sebuah buku seperti diari. Sebelum ini dia tidak perasan kehadiran diari tersebut kerana sibuk menjaga Amy. Lalu dia menyelak helaian demi helaian buku tersebut. Bermula di muka surat pertama dia terlihat sekeping gambarnya. Di dalam buku tersebut banyak menceritakan luahan perasaannya terhadap Kamal. Lebih tersentuh bila Kamal mengetahui tentang sesuatu yang tidak diketahuinya.Salamku buat suami tercinta,Abang, Amy tak tahu mengapa Amy mencatatkan semuanya di sini. Mungkin Amy takut terlambat untuk memberitahu isi hati Amy pada abang. Ketahuilah bahawa Amy tak pernah sekali-kali menyesal mengenali seseorang yang bernama Mohd Kamal Afifi. Abang dah banyak membahagiakan Amy sehinggalah kita mengakhiri zaman bujang kita. Lawak bila difikirkan balik. Nasib baik Amy kawin dengan abang. Kalau dengan orang lain tak tahu lah macam mana keadaaan Amy. Abang terima kasih kerana membahagiakan Amy, menjadi penyeri hidup Amy. Amy tak tahu sama ada Amy mampu menjadi isteri yang baik dan boleh membahagiakan abang atau pun tidak. Amy tak pasti sama ada Amy mampu memberikan zuriat seperti mana yang abang nak atau tak. Ntah kenapa Amy rasakan seolah-olah Amy akan pergi jauh dari abang. Amy nak abang tahu Amy tak pernah melupakan abang walau sesaat pun. Doa Amy akan sentiasa mengiringi abang walau kemana sahaja abang pergi. Kasih dan sayang Amy pada abang tak akan hilang sampai bila-bila. Mungkin bila abang baca diari ni Amy dah tak ade kat dunia ni kot.Sebelum Amy lupa hari tu Amy pergi shopping pastu Amy terserempak dengan kak Hana. Lama juga kitorg borak. Entah kenapa Amy bertanyakan pasal dulu-dulu sewaktu kita terpisah dekat (bukan jauh sebab satu sekolah…heheheh). Dia mengatakan yang dia terpaksa berbohong kerana dia tak sanggup tengok abang macam tu. Dia memang ada menyimpan perasaan pada abang waktu tu. Dia pun berkorban jugak demi abang. Untung abang sebab ramai yang sanggup berkorban demi abang. Abang, Amy nak buat satu permintaan boleh??kalau Amy tak de nanti abang kawin la dengan kak Hana. Dia solo lagi tu. Dia sekarang nie tinggal dekat Taman Perpaduan. Abang cari la dia okey??Amy tak nak bila Amy dah tak de nanti abang kesepian. Anak kita nanti perlukan seorang ibu. Abang, kalau kita ada anak Amy nak letak nama dia Mohd Khairul Afifi. Sedap tak nama tu?? Tu pun kalau Amy sempat bagi abang zuriat la. Amy nak abang tahu yang Amy sangat sayangkan abang. Abangla satu-satunya lelaki yang berjaya menduduki takhta di hati Amy. Abang lelaki pertama dan terakhir. Abang jangan lupa jaga mak, ayah, ibu dan abah tau. Sebelum terlambat Amy nak mintak maaf banyak-banyak andai ada salah dan silap Amy pada abang. Halalkan makan dan minum Amy ye bang. Amy jugak nak ucapkan terima kasih sebab membahagiakan Amy. Mungkin Amy tak sempat membahagiakan abang. Maafkan Amy bang.SAYANG ABANG!!Salam sayang buat suamiku,Amylia HananiBergenang air mata Kamal mengenangkan apa yang telah berlaku. Sehingga ke akhir hayatnya Amy masih lagi melakukan pengorbanan. Pengorbanan untuk dirinya dan untuk anaknya. Untuk mencari Hana masih terlalu awal lagi. Dia masih perlukan masa untuk pulih semula. Kekuatannya kini hanyalah pada anaknya. Semoga roh isteri kesayangannya dicucuri rahmat dan di tempatkan dalam golongan orang yang beriman.