6
KASIH SAYANG Burung serindit terbang ke seberang, Terbang sampai ke pokok Lemuni; Datuk dan cicit jauhnya jurang, Konflik nilai bagaimana tangani? Pucuk labu menjalar ke hulu, Jika dipetik daunnya jarang; Dulu akrap kini tak menentu, Apa nak jadi murid sekarang? Berlenggang lenggok si anak dara, titi diseberang berhati-hati; jika benar sayangkan Negara, apa cara semaikan bakti? Kemumu di tengah pekan, Dihembus angin terkena pegaga; Rasa kasih tidak diamalkan, Bagaimana konflik dalam keluarga? Mahu dihitung jutaan bintang jumlanya ada di sini sana Bila kasih sayang ibu dibilang jika dibilang sebesar mana?

Kasih Sayang

Embed Size (px)

DESCRIPTION

KASIH SAYANG

Citation preview

KASIH SAYANGBurung serindit terbang ke seberang,Terbang sampai ke pokok Lemuni;Datuk dan cicit jauhnya jurang,Konflik nilai bagaimana tangani?

Pucuk labu menjalar ke hulu,Jika dipetik daunnya jarang;Dulu akrap kini tak menentu,Apa nak jadi murid sekarang?

Berlenggang lenggok si anak dara,titi diseberang berhati-hati;jika benar sayangkan Negara,apa cara semaikan bakti?

Kemumu di tengah pekan,Dihembus angin terkena pegaga;Rasa kasih tidak diamalkan,Bagaimana konflik dalam keluarga?

Mahu dihitung jutaan bintangjumlanya ada di sini sanaBila kasih sayang ibu dibilangjika dibilang sebesar mana?

Kain batik kain jawa,Dibuat pakai ketika mandi;Rindu terdetik menghimpit jiwa,Mengapa ditunggu orang tak sudi?

Bunga melur hiasan taman,Mekar sekuntum jatuh di talam;Bayi dibuang jadi amalan,Kenapa perlu kita berdiam?

Terbang hinggap berpasang-pasang,Sambil menyambar si anak ikan;Hati mengharap dikasih sayang,mengapa merayu minta dilepaskan?

Batang selasih permainan budak,Berdaun sehelai dimakan singa;Bercerai kasih bertalak tidak,mengapa bertahun kembali juga?

ALAM SEKITARTerang malam kerana bulan,Pucuk paku delima batu;Indah alam ciptaan tuhan,Kemusnahan berlaku mengapa begitu?

Mari ke kedai membeli cendol,Membeli cendol bersama kentang;Pokok ditebang tanah digondol,bagaimana generasi akan datang?

Gali emas dapat pertama,Dalamnya digali berbatu-batu;Alam ternoda didepan mata,Mengapa pula di biar begitu?

Hembus pawana bayu terasa,Hati kehendak merasa sepi,Indah alam ciptaan esa,Mengapa tidak di jaga rapi?

Harum sungguh si bunga mawar,Pohon subur dihujung pecan;Pencemaran alam kian meliar,Mengapa yang lain perlu di salahkan?

Sudah berbuah si pohon rambutan,Makannya enak sambil bersembang;Persekitaran bersih hidup aman,mengapa pula jerebu mendatang?Indah nian di Indrapura,Mekar subur si bunga rumput;Kitar semula agenda Negara,Mengapa sukar untuk disahut?

Daun selasih di tepi sumurDi petik sudah si anak pertapaNegara bersih rakyatnya makmurPersekitaran indah tanggungjawab siapa?

Terlihat siarnab berjalan longlai,Setelah sang belang memberi amaran,Amalan kita menjaga sungai,tapi mengapa berlaku pencemaran?

KESELAMATAN JALAN RAYA

Kuih dijual dimana-mana,Sedap dimakan membuka selera;Jawaplah semua wahai pengguna,Kenapa jalan raya jadi pusara?

Terbang tinggi si burung kedidi,Hinggap dipohon rumah Halima;Nahas di jalan raya satu tragedi,Apakah pula faktor utama?

Anak kuda di bawah khemah,khemah tumpangan si anak Jalak;apakah cara pemandu berhemah,agar kemalangan dapat dielak?

Dirimba langkat menebang geledangKuambil sebatang penahan layarDijalan raya sentiasa kecundangNyawa hilang bagaimana terbayar?

Duhai kanda berwajah tampanDngr pantunku usah tertawan.

Indah busana pakaian menantuSerasi dipadang seuntai mutiaraBagaimana cara jalan raya penyatu?agar dijaga keselamatan juara?