Karangan Spm

Embed Size (px)

DESCRIPTION

share

Citation preview

Usaha-usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita

Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita pada masa ini seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini berlaku demikian kerana masing-masing sibuk dengan urusan sendiri yang menyebabkan mereka tidak menghiraukan perkara lain. Pada pendapat mereka, perkara yang penting dalam hidup ialah mereka perlu berusaha untuk mencari kekayaan dan hendak mencari wang untuk menambahkan pendapatan semata-mata. Oleh itu, mereka tidak menitikberatkan semangat patriotik dan tidak tidak mempedulikan sambutan hari kebangsaan, contohnya anggota masyarakat kita tidak mengibarkan bendera Malaysia ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dijalankan. Jadi, kita berharap agar semangat patriotik dalam kalangan masyarakat dapat ditingkatkan.Cara lain yang boleh dijalankan adalah dengan membuat pengubahsuaian dan memberikan penekanan tentang aspek semangat patriotik ini dalam kurikulum di sekolah dan di institusi pengajian tinggi. Sekiranya perkara ini dilakukan, murid-murid akan memahami dan menghayati semangat patriotik kerana aspek tersebut dipelajari dalam mata pelajaran tertentu. Dengan perkataan lain, perkara itu akan dipelajari secara formal di dalam kelas, diuji dalam peperiksaan dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian. Oleh hal yang demikian, semangat patriotik itu akan terus subur dalam sanubari murid-murid hinggalah selepas mereka menamatkan persekolahan atau pendidikan mereka di institusi pengajian tinggi.Pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita Oleh itu, Kementerian Penerangan Malaysia, di samping media elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan untuk menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Dengan perkataan lain, televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang dapat meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan negara. Selain itu media elektronik itu juga hendaklah menayangkan filem seperti Bukit Kepong, Paloh, dan drama-drama yang berkaitan dengan semangat cinta akan negara. Oleh hal yang demikian, usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotik perlulah dijalankan sepanjang masa tanpa henti. Hal ini demikian kerana, semangat patriotik ini penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri. Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-negara maju yang lain. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dalam kalangan masyarakat.Faktor Pencemaran Alam Sekitar dan Langkah Mengatasinya

"Kita tidak mewarisi alam sekitar daripada nenek moyang kita, sebaliknya kita meminjamnya daripada generasi akan datang. Oleh itu, jagalah alam sekitar supaya anak dan cucu kita dapat menikmatinya." Kata-kata Mahatma Gandhi ini sudah cukup membuktikan bahawa alam sekitar merupakan harta paling berharga yang perlu dijaga kepentingannya. Mendepani arus globalisasi, setiap kita pasti mahukan kondisi alam sekitar yang terbaik dan indah mahupun aset pembangunan melampaui kesedaran kita terhadap kepentingan alam sekitar. Oleh yang demikian, anjakan paradigma harus dilakukan agar punca-punca berlakunya alam sekitar dapat dibejat.Pencemaran alam sekitar boleh diruncingkan kepada tiga perkara iaitu pencemaran udara, pencemaran air dan pencemaran bunyi. Pencemaran udara nyata memberikan heterogen impak kepada manusia sekiranya sampah sarap dan sisa toksik terus dihumban ke dalam punca utama aliran air iaitu sungai dan laut. Sampah sarap yang terkumpul ghalibnya akan menyekat aliran air lantas menyumbang kepada takungan air. Hal ini berpotensi menyebabkan banjir kilat. Selain itu, sisa toksik dan minyak daripada kilang menyebabkan ekosistem organisma marin terganggu apabila disalurkan ke sungai atau laut. Lebih ruwet lagi, pencemaran air memberikan kesan yang eksplisit terhadap kesihatan manusia kerana hal ini seolah-olah menjadi medium penyebar penyakit-penyakit seperti taun dan juga denggi. Ironinya, semua golongan harus mengenepikan sifat nafsi dan mulalah menjaga alam sekitar.Di samping itu, masalah pencemaran alam sekitar diperkasakan lagi dengan pencemaran bunyi. Hal ini lebih tertumpu kepada rumah-rumah di kawasan perindustrian. Banyak aduan yang disiarkan di media apabila ketenteraman penduduk diakui terganggu dengan bunyi bising yang terhasil daripada pengilangan berskala besar seperti kilang kelapa sawit dan sebagainya. Rentetan daripada itu, asap yang dibebaskan tanpa tapisan menyebabkan pencemaran pencemaran udara yang izhar. Oleh yang demikian, pengusaha kilang harus bersifat inovatif dan pragmatis agar pencemaran tersebut dapat dikekang.Oleh itu, semua pihak haruslah bersinergi agar alam sekitar dapat dikekalkan keindahannya. Janganlah kita menjadikan modenisasi sebagai alasan yang konkrit untuk tegar menjadi evasif. Seharusnya, kita hendaklah mengetahui bahawa jika alam sekitar terus dicemari, generasi akan datang akan kehausan signifikan alam sekitar terhadap masyarakat di dunia.

Kepentingan Teknologi Maklumat & Komunikasi

Dalam meniti arus kemodenan, teknologi maklumat dan komunikasi amat mustahak dalam kalangan masyarakat kini. Terdapat banyak kemajuan dalam teknologi maklumat dan komunikasi, daripada telefon yang besar kepada telefon bimbit yang amat nipis dan banyak kegunaan , daripada mencari maklumat di perpustakaan kepada mendapatkan maklumat daripada Internet. Maklumat kini semuanya berada di hujung jari sahaja . Sehubungan dengan itu, jelaslah bahawa terdapat banyak kepentingan teknologi maklumat kepada manusia.Salah satu daripadanya ialah kecanggihan teknologi maklumat pada marcapada ini mampu mempercepat kerja kita.Hal ini terbukti apabila majoriti populasi masyarakat di Malaysia kini mencari bahan atau sumber maklumat mereka hanya daripada Internet.Mereka tidak mencari bahan yang mereka perlukan di perpustakaan kerana di situ mereka perlu bersusah payah mencari buku-buku yang mengandungi maklumat yang mereka inginkan di atas rak yang disusuni dengan ribuan buku. Masalah ini akan banyak memakan masa mereka. Sebaliknya, masyarakat modenisasi kini hanya duduk di rumah, di hadapan komputer mereka dan menekan satu klik sahaja demi mendapatkan maklumat yang diperlukan oleh mereka. Kecanggihan teknologi maklumat ini jelas sekali dapat menjimatkan masa di samping dapat mempercepat sesuatu kerja yang dilakukan oleh mereka.Kemaslahatan seterusnya, teknologi maklumat dan komunikasi pada alaf ini dapat membuatkan kita berhubung dan berkomunikasi dengan orang yang berada jauh daripada kita. Misalnya, seorang anak yang melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang jauh daripada tempat tinggal mereka boleh melepaskan kerinduan terhadap ibu bapa mereka dengan hanya menelefon mereka. Bagi mereka yang melanjutkan pelajaran di luar negara pula, mungkin caj panggilan telefon amat mahal tetapi mereka boleh mengatasi masalah itu. Caranya adalah dengan menggunakan kemudahan laman sosial yang semakin banyak muncul belakangan ini bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Laman sosial dapat membuatkan mereka berinteraksi dengan kadar yang rendah. Jika rindu untuk berbual-bual sambil menatap muka mereka, pelajar itu sendiri boleh menggunakan aplikasi panggilan video. Aplikasi ini boleh didapati dalam laman sosial seperti Skype. Dengan adanya kemudahan ini, hubungan kekeluargaan tidak akan putus walaupun tinggal berjauhan.Konklusinya, kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi memainkan peranan yang amat mustahak kepada manusia pada hari ini. Teknologi ini akan terus ditambahbaikkan dari semasa ke semasa supaya kerja harian manusia akan menjadi lebih mudah. Oleh itu, kita tidak boleh ketinggalan dalam kemajuan teknologi maklumat. Kita hendaklah sentiasa mengikuti perkembangan semasa agar negara dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju lain.

Pelancongan di Malaysia

Di Malaysia, industri pelancongan merupakan salah satu punca pendapatan industri yang diperoleh melalui pengaliran masuk wang asing. Malaysia juga terkenal dengan destinasi hub halal dan menjadi tumpuan pelancong asing terutamanya, Asia Barat, Timur Tengah dan Asia Tenggara. Keindahan panorama dengan pasir yang memutih dan laut yang membiru sering menggamit pelancong datang ke ndust ini. Buktinya, ndustry pelancongan Malaysia merekodkan purata kemasukan pelancong asing sebanyak dua juta setahun. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk meningkatkan ndustry pelancongan di Malaysia.Usaha yang pertama ialah kerajaan perlu menyediakan prasarana yang mencukupi, selesa, jimat dan mudah. Hal ini demikian kerana, kemudahan ini memudahkan dan memberikan keselesaan kepada pelancong. Sebagai contoh, kementerian pengangkutan bekerjasama dengan kementerian pelancongan untuk menyediakan perkhidmatan seperti bas dan teksi dengan kadar yang berpatutan serta cekap dan efisien. Pihak perhotelan pula seharusnya menyediakan penginapan hotel yang selesa dan mengenakan bayaran yang berpatutan. Syarikat pelancongan juga boleh menyediakan khidmat pemandu pelancong untuk membimbing atau melayan pelancong asing ketika mereka berada di Malaysia. Dengan itu, imej ndust yang baik boleh ditunjukkan kepada pelancong.Di samping itu, kerajaan dan rakyat Malaysia boleh bergabung tenaga untuk mengadakan kempen promosi pelancongan di dalam dan di luar ndust. Kempen Cuti-Cuti Malaysia dan Tahun Melawat Malaysia telah dijalankan setiap tahun bagi mempromosikan Malaysia. Rakyat Malaysia yang berada di luar ndust yang melanjutkan pelajaran juga boleh menjadi duta kecil kepada Malaysia. Mereka boleh mempromosikan tempat-tempat yang menarik di Malaysia seperti Pulau Langkawi, Pulau Redang, Cameron Highland dan banyak lagi. Oleh itu, semua rakyat Malaysia memainkan peranan penting untuk memajukan ndustry pelancongan.Kesimpulannya, usaha daripada semua pihak perlu bagi meningkatkan ndustry pelancongan di Malaysia. Hal ini demikian kerana, usaha daripada satu pihak sahaja tidak akan membuahkan hasil, seperti kata pepatah, tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Jadi, untuk menjadi ndust yang maju dalam ndustry pelancongan memerlukan usaha yang berterusan dan sokongan daripada seluruh rakyat Malaysia.

Remaja dan Cabaran

Kehidupan zaman remaja merupakan suatu zaman yang penuh dugaan hidup yang mencabar. Kewujudan cabaran ini menyebabkan banyak remaja menganggap kehidupan mereka tidak begitu penting lalu memudahkan mereka terjebak dalam pelbagai kancah gejala sosial yang mampu menjejaskan imej dan maruah diri remaja itu sendiri. Situasi ini seolah-olah memberi satu persepsi umum bahawa kemelut yang melanda remaja itu tidak boleh diselesaikan dengan begitu mudah. Namun, ada pelbagai strategi yang mampu dilaksanakan oleh pelbagai pihak untuk menangani pelbagai cabaran yang melanda kehidupan harian remaja itu.Antara strategi awal ialah remaja harus disedarkan bahawa kehidupan mereka itu mempunyai matlamat atau tujuan yang tertentu. Kesedaran ini boleh ditimbulkan melalui pelbagai kempen kesedaran yang boleh dilakukan oleh pihak media massa menerusi filem atau iklan yang pasti ditonton oleh jutaan remaja kita. Setiap remaja yang menyedari bahawa kehidupan mereka mempunyai matlamat yang lebih besar selain daripada diri sendiri pasti akan mampu untuk menangani sebarang cabaran yang timbul dalam hidup mereka kerana sedar diri mereka mampu melakukan perubahan dalam kehidupan orang lain dan negara ini. Maka, remaja harus terlebih dahulu disedarkan tentang kepentingan memiliki matlamat hidup yang lebih jelas dan nyata.Malah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru boleh digerakkan untuk bersama-sama menangani masalah kehidupan yang melanda golongan remaja itu. Kelebihan persatuan ini ialah gabungan idea dan kerjasama ibu bapa serta guru mampu menjadikan mereka lebih peka akan cabaran hidup yang dilalui oleh remaja itu. Perkongsian maklumat dan pengalaman antara dua pihak yang penting dalam merencanakan kehidupan remaja ini pasti berupaya untuk mencetuskan satu pendekatan yang bukan sahaja bersifat psikologi tetapi juga praktikal dalam menyelesaikan kemelut hidup remaja tersebut. Lantaran itu, persatuan ini perlu lebih proaktif dalam merangka pelan atau aktiviti yang turut mampu menjadikan kehidupan remaja lebih riang dan selesa diharungi bersama-sama.Konklusinya, semua strategi yang diperhalusi di atas itu harus dilaksanakan dengan segera tanpa banyak alasan lagi. Kerjasama semua pihak terutama pihak ibu bapa dan sekolah amat diperlukan dalam menyelesaikan masalah yang bakal menentukan hala tuju negara kerana remajalah harapan pemimpin masa depan kelak. Kegagalan untuk menyelesaikan polemik ini secara rasional dan efektif akan menjadikan masyarakat kita pada masa hadapan satu masyarakat yang lemah dan tidak mampu untuk bersaing dalam arus persana globalisasi kini. Mahukah kita semua melihat remaja kita terus dibelenggu pelbagai masalah hidup tanpa kita melakukan apa-apa tindakan?