14
Tajuk: Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan remaja pada masa ini. Jelaskan peranan ibu bapa dalam menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak- anak. Negara kita terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum iaitu Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun dan sebagainya. Rakyat yang berbilang kaum ini dapat hidup bersama secara aman damai kerana mereka mempunyai semangat patriotik yang kukuh dan kental dalam diri mereka. Walau bagaimanapun, masyarakat pada zaman moden ini, asyik dengan perkembangan dunia sehingga mengabaikan kepentingan semangat patriotik dalam diri mereka. Amat jelas dapat dilihat bahawa masyarakat kini kurang berpengetahuan tentang sejarah pembentukan negara hasil perjuangan oleh tokoh pejuang bangsa seperti Dato Maharajalela, Dato Bahaman, Tok Janggut dan sebagainya. Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilakukan oleh pelbagai pihak bagi menyuburkan semangat patriotik dalam jiwa masyarakat. Persoalannya, apakah peranan ibu bapa dalam menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak? Ibu bapa seharusnya sentiasa membawa anak-anak melawat ke tempat-tempat yang bersejarah. Contohnya, ibu bapa hendaklah membawa anak-anak ke Bandar Bersejarah, Melaka. Di situ, terdapat pelbagai barang dan bangunan tinggalan sejarah. Amalan ini dapat menimbulkan dan melahirkan minat anak-anak untuk mengetahui latar belakang dan asal-usul pembentukan negara dan seterusnya akan wujud semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Aktiviti lawatan ke tempat yang bersejarah merupakan langkah bagai serampang dua mata kerana anak-anak bukan sahaja dapat menimba ilmu pengetahuan, tetapi juga dapat mengekalkan hubungan silaturahim yang erat antara keluarga. Jelasnya, lawatan ke tempat yang bersejarah boleh dijadikan amalan setiap kali cuti persekolahan oleh ibu bapa sebagai cara menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Jelaslah, Sesungguhnya tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang utama dalam menerapkan dan menyuburkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak Selain itu, ibu bapa juga hendaklah membeli buku-buku yang berkaitan dengan sejarah kepada anak-anak. Hal ini demikian kerana melalui proses pembacaan, anak-anak dapat mengetahui lebih banyak perkara berkaitan dengan sejarah. Usaha ibu bapa dalam memilih buku-buku yang sesuai untuk anak-anak adalah amat penting. Oleh itu, ibu bapa haruslah memilih buku-buku yang tinggi nilai ilmunya dan bukannya buku-buku komik yang tidak bermanfaat. Dengan membaca buku-buku berunsurkan patriotisme, pasti semangat patriotik dapat diterapkan dalam jiwa anak-anak. Amalan membaca buku-buku tersebut hendaklah dipupuk sejak dari kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Apabila anak-anak membesar nanti, mereka akan sentiasa bersemangat patriotik dan suka membaca kerana kalau asal benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau, terlontar ke udara menjadi kejora dan dicampak ke bumi menjadi penawar. Tegasnya, ibu bapa juga hendaklah membeli buku-buku yang berkaitan dengan sejarah atau buku-buku novel bertemakan semangat patriotik dan semangat cinta akan negara kepada anak-anak. Seterusnya, ibu bapa perlu meluangkan masa untuk bercerita mengenai peristiwa- peristiwa atau kisah yang berkaitan dengan sejarah kepada anak-anak. Sebagai contohnya, sebelum anak-anak masuk tidur, ibu bapa boleh membacakan cerita mengenai pejuang-pejuang bangsa kepada anak-anak seperti kisah perjuangan Datuk Bahaman, Datuk Maharajalela, Mat Kilau, Kapten Hasan dan lain-lain ketika menentang Inggeris. Ibu bapa boleh juga menceritakan sendiri pengalaman nenek moyang terdahulu, betapa mereka menderita dizalimi dan didera semasa zaman penjajahan di negara kita. Anak-anak yang bijak sudah pastinya dapat membandingkan kehidupan mereka sekarang berbanding dahulu. Ibu bapa juga boleh melayari internet untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan untuk bercerita kepada anak- anak. Mereka akan belajar sesuatu melalui sejarah lalu timbullah semangat patriotik dalam jiwa mereka. Oleh itu, ibu bapa perlulah sentiasa mencari peluang untuk menceritakan pengalaman diri atau berbincang dengan anak-anak mengenai topik-topik berunsurkan negara bagi menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Anak-anak akan cuba mengingati setiap cerita yang pernah didengarnya. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu melaksanakan tanggungjawab dengan baik bagi membentuk jiwa anak-anak yang bersemangat patriotik. Akhir sekali, ibu bapa juga haruslah membawa anak-anak menyertai sambutan-sambutan negara seperti Hari Kebangsaan pada 31 Ogos, Hari Malaysia pada 16 September dan sebagainya. Dengan menyertai sambutan hari kemerdekaan ini, semangat patriotik dapat disemai dalam diri mereka. Sebagai contohnya, apabila anak-anak dapat bersama-sama mengibarkan

Karangan Ramalan SPM 2015

Embed Size (px)

DESCRIPTION

BM

Citation preview

Page 1: Karangan Ramalan SPM 2015

Tajuk: Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan remaja pada masa ini. Jelaskan peranan ibu bapa dalam menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak.

Negara kita terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum iaitu Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun dan sebagainya. Rakyat yang berbilang kaum ini dapat hidup bersama secara aman damai kerana mereka mempunyai semangat patriotik yang kukuh dan kental dalam diri mereka. Walau bagaimanapun, masyarakat pada zaman moden ini, asyik dengan perkembangan dunia sehingga mengabaikan kepentingan semangat patriotik dalam diri mereka. Amat jelas dapat dilihat bahawa masyarakat kini kurang berpengetahuan tentang sejarah pembentukan negara hasil perjuangan oleh tokoh pejuang bangsa seperti Dato’ Maharajalela, Dato’ Bahaman, Tok Janggut dan sebagainya. Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilakukan oleh pelbagai pihak bagi menyuburkan semangat patriotik dalam jiwa masyarakat. Persoalannya, apakah peranan ibu bapa dalam menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak?

Ibu bapa seharusnya sentiasa membawa anak-anak melawat ke tempat-tempat yang bersejarah. Contohnya, ibu bapa hendaklah membawa anak-anak ke Bandar Bersejarah, Melaka. Di situ, terdapat pelbagai barang dan bangunan tinggalan sejarah. Amalan ini dapat menimbulkan dan melahirkan minat anak-anak untuk mengetahui latar belakang dan asal-usul pembentukan negara dan seterusnya akan wujud semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Aktiviti lawatan ke tempat yang bersejarah merupakan langkah bagai serampang dua mata kerana anak-anak bukan sahaja dapat menimba ilmu pengetahuan, tetapi juga dapat mengekalkan hubungan silaturahim yang erat antara keluarga. Jelasnya, lawatan ke tempat yang bersejarah boleh dijadikan amalan setiap kali cuti persekolahan oleh ibu bapa sebagai cara menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Jelaslah, Sesungguhnya tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang utama dalam menerapkan dan menyuburkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak

Selain itu, ibu bapa juga hendaklah membeli buku-buku yang berkaitan dengan sejarah kepada anak-anak. Hal ini demikian kerana melalui proses pembacaan, anak-anak dapat mengetahui lebih banyak perkara berkaitan dengan sejarah. Usaha ibu bapa dalam memilih buku-buku yang sesuai untuk anak-anak adalah amat penting. Oleh itu, ibu bapa haruslah memilih buku-buku yang tinggi nilai ilmunya dan bukannya buku-buku komik yang tidak bermanfaat. Dengan membaca buku-buku berunsurkan patriotisme, pasti semangat patriotik dapat diterapkan dalam jiwa anak-anak. Amalan membaca buku-buku tersebut hendaklah dipupuk sejak dari kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Apabila anak-anak membesar nanti, mereka akan sentiasa bersemangat patriotik dan suka membaca kerana kalau asal benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau, terlontar ke udara menjadi kejora dan dicampak ke bumi menjadi penawar. Tegasnya, ibu bapa juga hendaklah membeli buku-buku yang berkaitan dengan sejarah atau buku-buku novel bertemakan semangat patriotik dan semangat cinta akan negara kepada anak-anak.

Seterusnya, ibu bapa perlu meluangkan masa untuk bercerita mengenai peristiwa-peristiwa atau kisah yang berkaitan dengan sejarah kepada anak-anak. Sebagai contohnya, sebelum anak-anak masuk tidur, ibu bapa boleh membacakan cerita mengenai pejuang-pejuang bangsa kepada anak-anak seperti kisah perjuangan Datuk Bahaman, Datuk Maharajalela, Mat Kilau, Kapten Hasan dan lain-lain ketika menentang Inggeris. Ibu bapa boleh juga menceritakan sendiri pengalaman nenek moyang terdahulu, betapa mereka menderita dizalimi dan didera semasa zaman penjajahan di negara kita. Anak-anak yang bijak sudah pastinya dapat membandingkan kehidupan mereka sekarang berbanding dahulu. Ibu bapa juga boleh melayari internet untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan untuk bercerita kepada anak-anak. Mereka akan belajar sesuatu melalui sejarah lalu timbullah semangat patriotik dalam jiwa mereka. Oleh itu, ibu bapa perlulah sentiasa mencari peluang untuk menceritakan pengalaman diri atau berbincang dengan anak-anak mengenai topik-topik berunsurkan negara bagi menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Anak-anak akan cuba mengingati setiap cerita yang pernah didengarnya. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu melaksanakan tanggungjawab dengan baik bagi membentuk jiwa anak-anak yang bersemangat patriotik.

Akhir sekali, ibu bapa juga haruslah membawa anak-anak menyertai sambutan-sambutan negara seperti Hari Kebangsaan pada 31 Ogos, Hari Malaysia pada 16 September dan sebagainya. Dengan menyertai sambutan hari kemerdekaan ini, semangat patriotik dapat disemai dalam diri mereka. Sebagai contohnya, apabila anak-anak dapat bersama-sama mengibarkan jalur gemilang, mendengar deklamasi sajak serta mendengar cerita-cerita tentang kesengsaraan para pejuang tanah air untuk memerdekakan negara. Anak-anak dapat melihat sendiri kemeriahan

Page 2: Karangan Ramalan SPM 2015

sambutan kemerdekaan sekali gus memahami objektif sebab-sebab sambutan sebegini diadakan. Dengan menyertai aktiviti sambutan ini juga, kita akan mendapat peluang untuk melihat persembahan daripada kaum lain dan berkenal-kenalan antara satu sama lain. Secara tidak langsung, perpaduan antara kaum akan tercapai dan wujudlah masyarakat yang harmoni yang bersemangat patriotik. Jelaslah bahawa, jika ibu bapa dapat membawa anak-anak menyambut hari Kemerdekaan setiap tahun sejak mereka kecil lagi sudah pasti semangat patriotik dapat dipupuk dengan mudah.

Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Hadis Riwayat At-Tarmizi ada menyatakan bahawa ‘ tiada anugerah yang dapat diberikan oleh seorang ayah kepada anaknya selain tunjuk ajar dan budi pekerti yang mulia’. Hal ini amat jelas membuktikan betapa besarnya tanggungjawab seorang ibu atau bapa kepada pembinaan personaliti anak-anak. Oleh itu, ibu bapa haruslah melaksanakan tanggungjawab dan peranan bagi melahirkan individu yang bersemangat patriotik, cinta akan negara dan berwawasan.

Page 3: Karangan Ramalan SPM 2015

Tajuk: Minat membaca terutama membaca buku-buku ilmiah dalam kalangan anak remaja belum mencapai tahap yang memuaskan. Ibu bapa memainkan peranan penting untuk menggalakkan anak-anak mereka membaca karya-karya ilmiah agar dapat melahirkan generasi yang cinta akan ilmu.

Nyatakan usaha-usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk mencapai hasrat tersebut.

Pada era globalisasi ini, ibu bapa memainkan peranan penting untuk menggalakkan anak-anak mereka membaca karya-karya ilmiah agar dapat melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan. Hal ini demikian kerana anak-anak muda pada era ini, lebih gemar membaca bahan-bahan bacaan yang ringan seperti surat khabar, novel cinta, komik, majalah hiburan dan animasi kartun. Mereka berpendapat bahawa membaca karya-karya ilmiah dianggap membosankan kerana memerlukan minda untuk berfikir. Ibu bapa merupakan insan yang penting untuk melahirkan anak yang berilmu, bersahsiah baik dan dihormati oleh orang lain. Persoalannya, apakah modus operandi yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan?

Untuk memupuk budaya membaca dalam diri anak-anak, ibu bapa haruslah membawa anak-anak ke pesta buku atau pameran buku seperti Pameran Buku Antarabangsa di PWTC yang diadakan pada setiap tahun. Apabila ibu bapa membawa anak-anak ke pameran buku, minat anak-anak untuk membaca buku akan bercambah. Anak-anak akan dapat melihat pelbagai jenis buku yang menarik serta menyeronokkan untuk dibaca. Mereka berpeluang untuk memilih buku-buku yang disukai dan diminati. Selain itu, anak-anak juga berpeluang untuk membaca buku-buku yang berunsurkan keagamaan, falsafah, motivasi dan sebagainya. Hal ini secara tidak langsung, dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dalam diri anak-anak. Di samping itu, anak juga berpeluang untuk membaca buku-buku yang memaparkan sejarah negara lain. Hal ini, dapat meningkatkan pengetahuan am anak-anak tentang negara luar. Tegasnya, usaha ibu bapa membawa anak-anak mereka ke pameran buku merupakan salah satu langkah efektif yang melahirkan minat anak-anak untuk membaca karya-karya ilmiah dan menjadi ulat buku.

Selain itu, ibu bapa harus menjadi suri teladan kepada anak-anak dalam aspek membaca. Justeru, ibu bapa hendaklah memulakan budaya membaca di rumah dengan menyediakan persekitaran yang boleh merangsang minat anak-anak untuk membaca buku-buku ilmiah. Ibu bapa hendaklah membaca buku-buku dan surat khabar pada setiap hari terutama pada waktu senggang. Perbuatan ibu bapa yang suka membaca pasti akan dicontohi dan diikuti oleh anak-anak kerana pepatah menyatakan bagaimana acuan begitulah kuihnya. Pada zaman ini, anak-anak tidak tahu untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Jadi, ibu bapa boleh mendidik anak-anak sejak kecil lagi untuk membaca buku-buku ilmiah. Ibu bapa boleh melakukan aktiviti membaca bersama anak-anak pada hari cuti sewaktu semua ahli keluarga berehat di rumah. Anak-anak akan suka membaca apabila melihat orang tuanya membaca. Jelasnya, ibu bapa harus menjadi suri teladan yang baik kepada anak-anak kerana anak-anak akan menjadikan membaca sebagai satu amalan ke mana-mana sahaja mereka pergi.

Di samping itu, Ibu bapa perlu menambahkan sumber bacaan dengan membeli banyak buku atau majalah yang mengandungi ilmu pengetahuan yang boleh mengembangkan minda anak-anak. Pepatah menyatakan bahawa membaca jambatan ilmu. Apabila anak- anak banyak membaca, sudah tentu pengetahuan mereka pun akan meningkat. Sebagai ibu bapa, mereka hendaklah membeli bahan bacaan secara tetap pada setiap bulan seperti Majalah Dewan Masyarakat, Dewan Pelajar dan Dewan Siswa selain surat khabar yang dibeli secara harian. Minat untuk membaca bahan-bahan yang berkualiti pasti akan bercambah dalam jiwa mereka. Selain itu, ibu bapa boleh memberikan hadiah berupa buku sempena hari lahir atau hadiah sempena kejayaan anak-anak dalam pelajaran atau peperiksaan sebagai ganjaran. Sebagai contohnya, ibu bapa boleh menghadiahkan buku-buku motivasi sempena hari lahir anak. Hadiah tersebut dapat memotivasikan diri anak-anak. Mereka akan belajar bersungguh-sungguh kerana menghargai jasa ibu bapa. Amalan seperti ini akan menyebabkan anak-anak hidup dalam dunia buku. Tak kenal maka tak cinta.

Selain itu, ibu bapa boleh membina perpustakaan mini yang mengandungi bahan-bahan ilmiah yang menempatkan pelbagai jenis buku ilmiah seperti novel karya agung, kamus dan buku motivasi diri selain buku pelajaran dan buku rujukan. Hal ini dapat menyuburkan minat anak-anak untuk membaca buku-buku yang disimpan di rak buku tersebut. Anak-anak juga digalakkan untuk membaca surat khabar atau majalah ilmu pada setiap hari dan membaca sebuah buku pada setiap minggu. Hal ini akan menyebabkan masa lapang anak-anak terisi dengan aktiviti

Page 4: Karangan Ramalan SPM 2015

membaca tanpa perlu keluar rumah. Perpustakaan mini yang disediakan oleh ibu bapa tidak memerlukan modal yang banyak. Buku-buku dan majalah yang dibeli pada setiap bulan boleh disimpan dalam perpustakaan mini tersebut. Apabila anak-anak sudah biasa didedahkan untuk membaca surat khabar pada setiap hari, anak-anak akan biasa berbuat demikian dan menjadikan membaca sebagai amalan rutin harian kerana alah bisa, tegal dek biasa. Jelasnya, usaha ibu bapa membawa anak-anak mereka ke perpustakaan awam dan menyediakan perpustakaan mini di rumah dapat melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan.

Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah saya simpulkan bahawa ibu bapalah yang memainkan peranan penting menggalakkan anak-anak membaca bahan-bahan ilmiah. Ibu bapa harus menanamkan sikap suka membaca dalam kalangan anak mereka kerana membaca akan menjadikan minda anak-anak mereka cerdas. Oleh hal yang demikian, ibu bapa mestilah menjadi pendorong untuk menyemaikan minat membaca dalam kalangan anak mereka. Jika anak-anak sudah jatuh cinta dengan aktiviti membaca, kejayaan dalam bidang pelajaran akan terbentang luas di depan mereka pada masa depan.

Page 5: Karangan Ramalan SPM 2015

Tajuk: Semangat kejiranan semakin hari semakin luntur dalam kalangan masyarakat. Jelaskan peranan ibu bapa dalam usaha memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.

Dalam mendepani era modenisasi pada abad-21 kini, dunia menyaksikan iktisad (ekonomi) negara membangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Negara yang semakin pesat membangun seperti tenggelam sama basah, timbul sama hanyut seiringan dengan negara maju lain. Namun begitu, isu memupuk semangat kejiranan masih menjadi polemik dalam kalangan marhaen (golongan bawahan) di Malaysia. Dewasa ini, semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat kita semakin hari semakin terpinggir. Maasyarakat pada hari ini lebih mementingkan diri sendiri dan membudayakan hidup bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Dari segi konsepnya semangat kejiranan boleh ditakrifkan sebagai suatu perasaan yang harus dipupuk oleh setiap masyarakat di Malaysia tanpa mengira warna kulit bangsa dan agama dalam usaha untuk mengukuhkan perpaduan kaum demi negara yang tercinta. Biasanya semangat kejiranan merangkumi semua lapisan masyarakat tidak kira muda ataupun tua yang perlu kita amalkan. Menurut Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah jiran merupakan orang yang tinggal di sekeliling kita sama ada di depan, belakang, kiri , atau pun kanan dan merupakan orang pertama yang membantu kita ketika kita berada dalam kesusahan. Hal ini boleh dianalogikan seperti awan yang melindungi bumi daripada cahaya matahari. Oleh itu, langkah yang signifikan harus diambil bagi menerapkan semangat kejiranan kepada semua lapisan masyarakat. Cara yang afdal untuk memupuk semangat kejiranan ialah ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak. Hal ini kerana ibu bapa merupakan guru pertama dan guru terbaik kepada anak-anak. Jika ibu bapa menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak maka mereka akan mencontohi teladan yang ditunjukkan kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Sekiranya ibu bapa menunjukkan suri teladan yang buruk kepada anak-anak maka mereka akan menjadi anak-anak yang jahat malah lebih teruk lagi. Hal ini boleh dianologikan seperti anak burung yang baru belajar terbang daripada ibunya. Sebagai contoh, ibu bapa haruslah mengunjungi atau menziarahi jiran tetangga walaupun mereka berada dalam keadaan yang baik atau tidak. Selain itu, ibu bapa haruslah tidak sombong dengan jiran dan sering bertegur-sapa agar dapat memupuk semangat kejiranan. Kesannya, semangat kejiranan dapat dipupuk antara jiran dalam kalangan anak-anak dan ibu bapa sekali gus dapat mewujudkan masyrakat yang harmoni. Sekiranya cara memupuk semangat kejiranan dapat dipupuk oleh ibu bapa maka negara dapat melahirkan generasi yang bijaksana dan bekerjasama dalam mentadbir membangunkan negara ke arah kemajuan negara pada masa akan datang. Tegasnya, contoh teladan yang terbaik daripada ibu bapa mampu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan anak-anak. Memetik wasitah nirmala seterusnya, minhaj (cara) untuk memupuk semangat kejiranan dalam masyarakat setempat di Malaysia ialah program rukun tetangga di kawasan perumahan mesti dihidupkan semula . Hal ini kerana program rukun tetangga berfungsi sebagai perisai untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan terutama pada malam hari. Anggotanya membabitkan semua pihak tanpa mengira kaum kerana masing-masing bertanggungjawab menjaga keselamatan kendiri dan keluarga. Sebagai contohnya, anggota rukun tetangga akan bergilir-gilir bertugas meronda kawasan tanpa mengira usia, agama dan status. Secara ghalibnya (lazimnya), senario ini akan mewujudkan jalinan hubungan yang mesra bagai isi dengan kuku sekali gus memupuk semangat kejiranan yang hakiki (sebenar). Menurut Tun Dr. Mahathir, jiran yang muafakat akan membentuk masyarakat yang harmoni. Oleh itu, kita perlu mengaktifkan program rukun tetangga bagi melahirkan semangat kejiranan yang utuh dan bersatu padu. Meninjau dari skop yang lain, langkah yang seterusnya adalah dengan mengadakan aktiviti gotong-royong. Melalui aktiviti gotong-royong, jiran dapat berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong adalah seperti membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara dan sebagainya. Apabila berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain yang sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih dekat. Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah Melayu yang mengatakan bahawa tak kenal maka tak cinta. Selepas mengenali hati budi antara satu sama lain barulah benih-benih kasih sayang. Melalui cara ini, masyarakat yang penyayang dapat dilahirkan di samping dapat menerapkan pelbagai nilai murni. Tun Dr. Mahathir, Mantan Perdana Menteri pernah menegaskan bahawa dengan melibatkan diri dalam kegiatan bergotong-royong, kita berupaya menerapkan pelbagai nilai murni dalam diri. Bukan itu sahaja, kawasan

Page 6: Karangan Ramalan SPM 2015

kediaman juga akan menjadi bersih dan terpelihara daripada penyakit demam denggi. Jelaslah bahawa aktiviti gotong-royong dapat memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. Jika dilihat dari perspektif yang lain, kita juga hendaklah mengadakan majlis-majlis rumah terbuka semasa sesuatu sambutan perayaan. Amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan jiran setempat. Melalui acara rumah terbuka, jiran dapat bertanyakan khabar dan bercerita tentang pengalaman masing-masing dengan lebih dekat. Seterusnya, melalui majlis rumah terbuka ini, semua ahli dalam masyarakat berpeluang untuk berkumpul dan berbincang sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Sebagai contoh, semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Krismas, Deepavali, dan sebagainya majlis-majlis rumah terbuka hendaklah dijadikan acara tahunan. Maka, dengan adanya pengimplimentasian program seperti “Rumah Terbuka Kebangsaan” bagi setiap sambutan perayaan, rakyat dapat diterapkan dengan nilai hormat-menghormati dan sayang-menyayangi antara satu sama lain ibarat kata bidalan, “serumpun seperti serai, seikat seperti sirih”. Hal ini dikuatkan lagi dengan kajian dari Universiti Sains Malaysia yang menunjukkan keberhasilan penganjuran program “Rumah Terbuka Kebangsaan” dalam mewujudkan institusi kejiranan yang kukuh di sembilan buah kawasan perumahan di sekitar Pulau Pinang. Pendek kata, majlis rumah terbuka mampu mengeratkan hubungan kejiranan dan memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. Lontaran idea yang seterusnya ialah kita mestilah menyemarakkan budaya kunjung-mengunjung dalam kalangan rakyat sebagai langkah untuk memupuk dan mengekalkan semangat kejiranan. Dalam hidup bermasyarakat, kita digalakkan menziarahi jiran kita. Melalui aktiviti ini, kita akan mengetahui masalah dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita. Sebagai contoh, kita perlu berkunjung ke hospital jika kita mendapat berita bahawa jiran kita dimasukkan ke hospital kerana menghidap sesuatu penyakit atau kemalangan. Walaupun pepatah Melayu ada mengatakan bahawa berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya, namun sebagai jiran, kita mestilah berpegang pada prinsip cubit paha kiri, paha kanan terasa juga. Maksudnya ialah jika kita mempunyai semangat kejiranan yang tinggi, kita akan dapat merasai segala kesusahan dan keperitan yang dialami oleh jiran kita. Dengan ini, kita dapat meringankan penderitaan dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita. Izharlah bahawa amalan ziarah-menziarahi mampu menyemarakkan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat kita. Sebagai menggulung segala lontaran idea yang telah dinyatakan, dapatlah disimpulkan bahawa terdapat beberapa cara yang dapat dipraktikkan untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat kita. Dalam era globalisasi ini, sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan orang lain semakin menebal. Jika hal ini dibiarkan, semangat kejiranan akan luntur dan seterusnya akan menjejaskan perpaduan negara kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Oleh itu, kita perlu memupuk semangat kejiranan bermula daripada sekarang. Cogan kata “Jiran Sepakat Membawa Berkat” perlu terus diamalkan dalam kehidupan kita sehari-hari. Golongan remaja seharusnya menyuburkan semangat kejiranan kerana mereka merupakan pemimpin yang akan mewarnai corak pemerintahan pada masa hadapan. Namun begitu, kita tidak seharusnya meletakkan usaha ini pada bahu satu pihak kerana bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Oleh itu, semua pihak perlulah bersinergi ibarat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing untuk menghidupkan semangat kejiranan di negara kita.Allah berfirman yang maksudnya, “Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu kenal-mengenali”. Semoga Malaysia menjadi sebuah negara yang mempunyai perpaduan yang utuh dan kukuh.

Page 7: Karangan Ramalan SPM 2015

Tajuk: “Institusi keluarga memainkan peranan yang sangat penting untuk mewujudkan suatu masyarakat

yang harmoni di Malaysia.” Huraikan langkah-langkah yang dapat diambil untuk mewujudkan keluarga yang bahagia.

Pendahuluan:

•Keluarga merupakan institusi yang amat penting dalam sesebuah masyarakat.

•Keluarga juga merupakan wahana kebahagiaan dalam kehidupan seseorang

•Daripada keluarga, terpancarnya sinar kasih sayang antara ahlinya.

•Daripada keluarga, lahir rasa menghormati dan saling memerlukan yang tidak terucap.

•Daripada keluarga, lahirnya insan yang bertanggungjawab terhadap dirinya serta kepada insan lain yang memerlukan.

•Baiti Jannati’ atau ‘Rumahku Syurgaku’ - rumah merupakan tempat terperciknya sinar kebahagiaan dalam kehidupan seseorang.

•Rumah tangga yang bahagia dan ceria akan melahirkan warga yang juga memiliki ciri-ciri kejiwaan yang sihat seperti gembira, yakin akan kebolehan diri dan sebagainya. Seseorang yang dibesarkan dalam keluarga yang bahagia akan sentiasa dihargai dan diberi sokongan moral dalam apa-apa jua perkara yang dilakukannya. Galakan dan perangsang daripada ibu bapa yang penyayang dan adik-beradik yang memahami akan membentuk jati diri yang sempurna dalam kalangan ahli keluarga itu.

•Setiap ahli dalam sesebuah keluarga itu perlu bersedia memainkan peranan masing-masing untuk saling bertolak ansur, saling memahami serta saling menghormati antara mereka. Apabila sifat ini dapat diwujudkan oleh setiap ahli dalam sesebuah keluarga, maka suasana yang harmoni akan dapat diwujudkan.

Persoalannya………………..

Isi-isi

1. Sebagai suri teladan kepada anak-anak

- Peranan ibu bapa dalam usaha membentuk keluarga sakinah adalah amat penting. Ibu bapa perlu menjadi ‘role-model’ kepada anak-anak. Mereka harus sentiasa menunjukkan teladan yang baik untuk dicontohi oleh anak-anak.

-Sebagai contoh, seorang bapa perlu berinteraksi dengan sopan dan lemah-lembut dengan isteri dan anak-anaknya. Ibu dan bapa juga perlu saling menghormati antara satu sama lain. Apabila anak-anak melihat keharmonian kedua-dua orang tua mereka, mereka juga akan meneladani sikap baik itu apabila berinteraksi sesama mereka kerana bapa borek, anak rintik.

-Contoh yang negatif diperlihatkan oleh ibu bapa kepada anak-anak, seperti pertengkaran, maki hamun serta penderaan suami terhadap isteri bukan sahaja akan menjejaskan perkembangan jiwa anak-anak, tetapi juga akan menjejaskan hubungan dalam kalangan anak-anak. Mereka juga akan sentiasa bertengkar dan tidak menghormati satu sama lain. Jika hal ini terjadi, rumah akan menjadi neraka kepada anak-anak. Apabila kebahagiaan di rumah tidak dapat dinikmati, maka anak-anak akan berusaha mendapatkannya daripada kawan-kawan dengan berpelesiran serta melepak di pusat-pusat beli belah. Adalah lebih malang lagi jika apabila anak-anak itu berumah tangga kelak, mereka akan mengulangi sejarah yang tidak berkesudahan yang telah diwarisi oleh mereka daripada kedua-dua orang tua mereka.

2.Melengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan

-Ibu bapa perlu melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan keibubapaan bagi memahami tanggungjawab besar yang terletak di atas bahu mereka dalam memastikan kebahagiaan keluarga mereka.

Page 8: Karangan Ramalan SPM 2015

-Hal ini boleh dilakukan oleh bakal-bakal ibu dan bapa dengan mengikuti kursus-kursus praperkahwinan serta kursus selepas berkahwin yang dikendalikan oleh pejabat agama daerah masing-masing. Dalam kursus-kursus tersebut, suami isteri akan mendapat ilmu untuk melahirkan sebuah keluarga yang bahagia melalui ceramah dan bengkel-bengkel yang dikendalikan oleh penceramah-penceramah yang berwibawa. Selepas mendapat ilmu tersebut, perkara yang lebih penting adalah bagi mereka mempraktikkannya untuk melahirkan sebuah rumah tangga yang penuh dengan sinar kebahagiaan.

3.Memberikan perhatian dan kasih sayang/meluangkan masa

-Pada era yang penuh dengan persaingan yang sengit ini, masyarakat bertambah sibuk dengan usaha mencari nafkah bagi meningkatkan taraf hidup masing-masing. Hal ini disebabkan kos sara hidup masa kini yang semakin meningkat.

- Statistik telah menunjukkan bahawa hampir 90 peratus ibu yang bekerja hanya bercakap dengan anak-anak mereka selama empat minit sehari. Hal ini merupakan perkara yang amat menyedihkan kerana anak-anak merupakan golongan yang memerlukan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya daripada ibu bapa mereka. Hukuma-hakama Arab pernah mengatakan anak- anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim. Oleh itu, demi membentuk keluarga yang bahagia, ibu bapa yang merupakan peneraju kehidupan dalam sesebuah keluarga perlu meluangkan masa yang berkualiti bersama-sama dengan anak-anak mereka.

- Pada masa ini, kerajaan telah mengumumkan hari Sabtu sebagai cuti umum. Manakala pihak swasta pula turut memberikan pelepasan kepada para pekerja mereka pada Sabtu pertama setiap bulan. Seharusnya, ibu dan bapa merebut kesempatan ini untuk bermesra dengan keluarga sambil merehatkan minda setelah penat bekerja. Menghabiskan waktu cuti dengan berkelah atau berekreasi bersama keluarga akan memberi peluang kepada ahli keluarga untuk berhibur di samping meluangkan masa untuk mengeratkan hubungan di antara mereka. Sekiranya masa yang berkualiti untuk bersama-sama dengan anak-anak, tidak mustahil kebahagiaan dalam sesebuah keluarga akan dapat diwujudkan

4. Memberikan didikan agama dan moral

- Didikan agama dan moral yang sempurna dalam kalangan generasi muda juga dapat menyumbang ke arah pembentukan sebuah keluarga yang bahagia. Hal ini disebabkan, pegangan agama serta nilai moral yang kuat dapat membentuk nilai sahsiah yang tinggi di kalangan generasi muda. Kualiti ini akan melahirkan ibu dan bapa yang bertanggungjawab serta dapat memikul tugas membangunkan rumah tangga dengan efektif. Golongan yang berpendidikan agama ini akan mampu mewujudkan persefahaman dan perasaan tolak ansur sesama suami isteri. Kesabaran kerana iman yang tebal juga akan mengelakkan keluarga daripada bercerai-berai disebabkan alasan yang kadangkala tidak munasabah.

- Sebagai ibu dan bapa, kita perlu memberi didikan agama yang kukuh serta menerapkan nilai-nilai akhlak dan moral dalam kalangan anak-anak. Anak-anak yang sopan akan menghormati orang tua mereka serta saling bekerjasama sesama adik beradik bak kata peribahasa, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing dan hati kuman sama dicecah, hati gajah sama dilapah. Maka, jika semangat ini dapat diwujudkan dalam jiwa setiap ahli keluarga oleh ibu bapa, sudah pasti sebuah keluarga yang mantap dan harmoni akan dapat dilahirkan.

5. Setiap ahli keluarga saling menghormati antara satu sama lain.

-Ahli keluarga sewajarnya mengelakkan daripada mencetuskan pertelingkahan terutamanya antara ibu bapa dengan anak-anak kerana keluarga bahagia tidak seharusnya ada sikap seperti ini dan hal ini boleh mencemarkan nama baik keluarga secara tidak langsung.Ramai orang mengatakan bahawa keluarga yang bahagia ialah keluarga yang harmoni,aman dan damai.Sebagai ahli keluarga yang prihatin dan mengambil berat terhadap keluarga,mereka haruslah mewujudkan situasi ini dalam keluarga agar keluarga kita dihormati oleh masyarakat luar dan tidak dipandang serong serta dipandang hina.Ahli keluarga haruslah bahu-membahu antara satu sama lain. Seandainya dalam keluarga itu ada seorang yang lemah dalam subjek Matematik,haruslah dibantu oleh adik beradik yang lain kerana sikap bantu membantu ialah sikap yang baik dan mulia. Orang yang kedekut ilmu selalunya merupakan orang yang rugi kerana

Page 9: Karangan Ramalan SPM 2015

mereka tidak ingin membantu memajukan generasi akan datang,malah mereka lebih rela melihat generasi akan datang dipijak oleh penjajah.Kita haruslah mengamalkan sikap "berat sama dipikul ringan sama dijinjing" dan "ke gunung sama didaki,ke lurah sama dituruni".Tegasnya,setiap ahli keluarga bahagia di samping membangunkan generasi akan datang agar sesebuah institusi keluarga itu menjadi keluarga

Penutup

- Keluarga yang harmoni dan bahagia hanya akan dapat diwujudkan jika setiap individu yang menganggotainya telah melalui pelbagai proses pemupukan kejiwaan yang berkesan sejak kecil. Kesediaan setiap anggota untuk bersedia berkorban dan bertolak asur sesama mereka akan memudahkan proses pemupukan keluarga harmoni dan bahagia ini. Sesungguhnya keluarga bahagia merupakan asas pembentukan masyarakat yang penyayang dan masyarakat yang maju. Jika pincang keluarga maka pincanglah masyarakatnya. Semoga impian negara untuk mewujudkan masyarakat yang penyayang akan dapat direalisasikan demi kebaikan barsama.

Page 10: Karangan Ramalan SPM 2015

Tajuk: Peranan Ibu Bapa dalam Menggalakkan Sikap Berjimat-cermat dalam Diri Anak-anak

Sebagaimana yang kita tahu, pada tahun 2010, sebanyak tujuh purnama telah mengucapkan salam permisi bulan demi bulan. Bagaimanapun, dalam aspek sosial, pelbagai lakaran suram telah terpahat akibat kurang kesedaran masyarakat tentang kepentingan amalan menabung. Masyarakat lebih gemar menghabiskan wang yang ada daripada menabung. Stigma yang negatif ini sememangnya sudah lama berakar umbi dalam jiwa masyarakat. Walaupun pihak kerajaan pernah memerah keringat untuk menggalakkan rakyat menabung, khususnya anak-anak, tetapi usaha murni tersebut telah menemui jalan buntu, seperti hujan di atas pasir. Secara literalnya, menabung dapat ditakrifkan sebagai amalan menyimpan wang di bank, di dalam tabung dan yang seumpamanya. Dalam usaha menjayakan amalan menabung, ibu bapa memainkan peranan yang paling penting untuk memupuk amalan menabung dalam kalangan anak-anak.

Kanak-kanak diibaratkan sebagai kain putih yang tanpa tompok, terpulanglah kepada ibu bapa untuk mencorakkannya. Ibu bapa seyogia melakukan anjakan paradigma untuk memupuk amalan menabung dalam kalangan anak, sepantun peribahasa “ melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Oleh hal yang demikian, ibu bapa harus menjadikan diri sebagai suri teladan untuk anak-anak. Pada usia yang muda, anak-anak tidak dapat berfikir dengan rasional dan matang serta tidak dapat membezakan antara intan dengan kaca. Kesannya, mereka akan mencontohi pelakuan dan tingkah laku ibu bapa. Bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Peribahasa yang sering terngiang-ngiang di telinga kita ini masih dapat dibuktikan kebenarannya sehingga hari ini. Memandangkan anak-anak akan mencontohi apa-apa jua tindakan dan gelagat ibu bapa, ibu bapa harus mengamalkan tabiat menabung. Antaranya, ibu bapa harus menyimpanwang yang berlebihan di dalam tabung. Ibu bapa juga harus membuka akaun bank untuk menyimpan wang. Kontranya, sekiranya ibu bapa membazir wang mereka, anak-anak tidak mungkin akan menabung. Gambaran di atas memanifestasikan peranan ibu bapa sebagai suri teladan untuk memupuk amalan menabung dalam kalangan anak.

Mutakhir ini, pihak bank telah memberikan galakan kepada masyarakat untuk membuka akaun bank. Pihak bank juga menyediakan pelbagai insentif yang menarik, seperti kadar faedah yang tinggi kepada sesiapa sahaja yang membuka akaun bank untuk menambat hati masyarakat. Lantas ibu bapa harus memanfaatkan peluang ini untuk membuka akaun bank bagi anak-anak mereka. Amalan menyimpan wang di dalam bank dapat dicerminkan dengan peribahasa, “ menyediakan payung sebelum hujan”. Hal ini berlaku demikian kerana wang yang akan disimpan di dalam bank dapat digunakan semasa kecemasan. Dengan membuka akaun bank, anak-anak berpeluang didedahkan dengan kepentingan amalan menabung. Anak-anak juga akan mengambil iktibar bahawa menabung merupakan amalan kudus yang harus disemai. Ibu bapa juga harus mengambil inisiatif tanpa mengenal penat dan lelah untuk membawa anak-anak ke bank dua bulan sekali. Usaha untuk menyimpan wang di bank harus dilakukan secara istiqamah dan konsisten, bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja. Ilustrasi di atas menggambarkan bahawa ibu bapa harus mengorak langkah yang proaktif untuk memupuk amalan menabung dalam kalangan anak.

Semasa meraikan hari ulang tahun kelahiran anak-anak, ibu bapa gemar menghadiahkan hadiah yang mahal-mahal kepada anak-anak sebagai tanda kasih sayang terhadap anak-anak. Sebagai misalan, terdapat segelintir ibu bapa yang akan menghadiahkan komputer, alat permainan video dan sebagainya kepada anak-anak sebagai bukti mereka telah menatang minyak yang penuh. Pernahkah terlintas dalam jalur fikiran anak-anak tentang impak negatif pemberian hadiah-hadiah sedemikian kepada anak-anak? Kesan yang paling ketara ialah anak-anak akan bersifat hedonistik. Lantaran itu, langkah yang paling afdal ialah ibu bapa sewajarnya menghadiahkan tabung kepada anak-anak sempena ulang tahun kelahiran anak-anak. Hal ini bukan sahaja dapat menyerlah kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak, tetapi juga dapat menanam amalan menabung dalam hati nurani anak-anak. Ibu bapa digalakkan menghadiahi anak-anak tabung yang cantik dan bercorak menarik agar anak-anak akan menggunakannya untuk menabung. Anak-anak juga akan menyedari kepentingan amalan menabung dalam kehidupan seharian. Deduksinya, memang tidak ada sesiapa yang berupaya menyangkal bahawa tindakan ibu bapa memberikan tabung sebagai hadiah adalah sangat wajar untuk memupuk amalan menabung dalam kalangan anak.

Sementelahan itu, ibu bapa harus memberikan penerangan kepada anak-anak untuk memupuk amalan menabung dalam kalangan anak. Alternatif ini dapat diibaratkan sebagai perisai yang amouh kerana dengan adanya

Page 11: Karangan Ramalan SPM 2015

penerangan, anak-anak akan dapat meluaskan horizon mereka tentang kepentingan amalan menabung. Sebagai contoh, amalan menabung dapat menggarap nilai berjimat-cermat dan mengikis sikap boros anak-anak. Anak-anak juga berupaya menguruskan kewangan dengan lebih efektif untuk mengelakkan pembaziran. Pada masa yang sama, ibu bapa harus memberitahu anak-anak tentang kesan-kesan negatif sekiranya amalan menabung tidak dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Antaranya, anak-anak akan dikuasai keborosan. Penerangan harus diberikan secara berhemah dan lemah lembut supaya lebih mudah diterima oleh anak-anak. Ibu bapa juga wajar menjadikan cerita, teka-teki dan tayangan video sebagai saluran untuk menyampiakan informasi tersebut kepada anak-anak. Hal ini demikian kerana media-media tersebut amat mujarab untuk memupuk amalan menabung dalam kalangan anak. Sebagai penalinya, ibu bapa harus menggembleng tenaga dan mendukung obligasi untuk membentuk generasi masa hadapan yang menyemai amalan menabung dalam sanubari.

Setiap tahun, pihak kerajaan akan bahu-membahu dengan organisasi bukan kerajaan (NGO) untuk menganjurkan “Kempen Menabung”. Matlamat utama aktiviti tersebut dianjurkan adalah untuk mempraktikkan amalan menabung dalam kalangan anak. Dalam majlis pelancaran Kempen Menabung, pelbagai aktiviti yang menarik akan diadakan, seperti sayembara menulis esei, kuiz pengetahuan am dan pertandingan melukis. Hadiah-haidah yang lumayan telah disediakan untuk pemenang-pemenang. Oleh itu, ibu bapa harus membawa anak-anak untuk memeriahkan majlis tersebut serta memberikan kerjasama yang padu untuk menjayakan kempen tersebut. Usaha pihak kerajaan yang bekerjasama dengan organisasi bukan kerajaan (NGO) adalah seperti sambil menyelam minum air. Hal ini demikian, usaha yang murni ini bukan sahaja dapat merapatkan hubungan kekeluargaan, tetapi juga dapat memupuk amalan menabung dalam kalangan anak. Anak-anak memang akan memperoleh kemaslahatan yang banyak sehingga tidak dapat dihitung oleh jari. Antaranya, anak-anak akan diperkenalkan kepada teknik menabung yang berkesan. Anak-anak juga dapat menghabiskan masa dengan berfaedah. Natijahnya, ibu bapa berperanan untuk membawa anak-anak ke Kempen Menabung agar dapat memupuk amalan menabung dalam kalangan anak.

Akhirulkalam, seluruh strata masyarakat khususnya ibu bapa harus melangkah sederap dengan pihak-pihak ataupun agensi-agensi yang lain untuk memupuk amalan menabung dalam kalangan anak. Amalan menabung merupakan nadi pembangunan dan kesentosaan negara. Justeru, jangan meranapkan impian Wawasan 2020 yang lantang diuar-uarkan oleh mantan perdana Menteri Malaysia, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohammah. Bersama-samalah kita memanifestasikan iltizam Malaysia untuk menjadinegara yang maju yang dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara moden di seantero dunia. Hal ini kerana salah satu elemen kearah kemajuan negara ialah amalan menabung. Biar matahari terus bersinar, biar pepohon terus menghijau dan biarlah Malaysia terus gilang-gemilang di persada antarabangsa hingga kekal abadi. Semoga dengan saranan-saranan pragmatik di atas menjadi kenyataan, fajar sidik 2020 yang akan menyingsing nanti akan membawa sinar baru kepada masa hadapan anak watan Malaysia. “ Nik kasa nir jaya”. Ungkapan berirama Sanskrit ini mencerakinkan bahawa kejayaan tidak mungkin dibuahkan tanpa usaha yang padu dan konkrit daripada ibu bapa untuk memupuk amalan menabung dalam kalangan anak, seperti juga yang digambarkan dalam rangkap puisi berikut:

Kulit upih dihiris mayang,

Bersarang ulat di tepian kolek,

Yang pipih tidak dating melayang,

Yang bulat tak dating bergolek.

Page 12: Karangan Ramalan SPM 2015

Tajuk: PERANAN IBU BAPA UNTUK MEMBUDAYAKAN AMALAN GAYA HIDUP SIHAT DALAM KALANGAN ANAK-ANAK.

PENDAHULUAN:

- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) - kesihatan adalah keadaan yang sempurna, sihat dari segi fizikal, mental, rohani dan sosial

- aset yang paling berharga untuk mencapai kesempurnaan hidup

- Hadis nabi ada menyebut agar kita menjaga masa sihat kita sebelum datang waktu sakit

- Hari Kesihatan Sedunia disambut pada 7 April setiap tahun dengan tajaan WHO

- memandang remeh sehingga mengundang pelbagai penyakit berbahaya seperti obesti, kencing manis, darah tinggi dan sebangainya - kira-kira 38 peratus daripada remaja yang berumur di antara 12 hingga 18 tahun diklasifikasikan sebagai terlebih berat

ISI 1 – MENYEDIAKAN PEMAKANAN SEIMBANG

– anak-anak memerlukan tenaga yang mencukupi untuk membolehkan otak berfungsi dengan baik – menjamin tumbesaran yang sihat – mempunyai daya tahanan yang tinggi daripada serangan penyakit

– menyediakan makanan mengikut piramid makanan yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia - memberikan pemakanan seimbang yang mencakupi karbohidrat, protein, vitamin dan garam mineral kepada anak-anak secara konsisten dapat mencegah serangan penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis ketika mereka dewsa kelak – manjauhi makanan segera - Mantan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek mengandaikan makanan segera umpama bom jangka yang boleh meledak menjadi penyakit kronik apabila diambil sejak usia muda

– membina pesonaliti yang cergas dan meyakinkan – membudayakan amalan ini sehingga dewasa – alah bisa tegal biasa – mengurangkan kos perubatan ibu bapa

ISI 2 – BERIADAH ATAU BERSENAM

- mengeluarkan peluh yang mengandungi toksin daripada badan dan dalam pada masa yang sama mampu menstabilkan degupan jantung pada purata 80 ke 100 degupan per minit – membakar lemak-lemak yang berlebihan dan melancarkan pengaliran darah ke otak – badan cergas otak cerdas

– mengamalkan aktiviti riadah pada setiap hujung minggu bersama dengan anak secara berdisiplin – tidak seperti melepaskan batuk di tangga – berjoging, berjalan kaki dan bermain permainan seperti badminton – mengamalkan dasar ‘10 000 langkah setiap hari’ dalam mengekalkan ketahanan jasmani

– meningkatkan kesihatan – mengurangkan kadar kematian - Mereka yang dilaporkan mempunyai tahap aktiviti fizikal dan kecergasan tinggi mengalami pengurangan risiko kematian sebanyak 20 hingga 35 peratus – mengeratkan hubungan silaturahim – isi dengan kuku – mengurangkan masalah sosial – serampang dua mata

ISI 3 - TIDUR DAN REHAT SECUKUPNYA

– merupakan cara berehat yang efektif – Surah an-Naba’, Allah berfirman bahawa Kami jadikan tidurmu untuk rehat - kembali bertenaga untuk melaksanakan tugasan harian dengan sempurna terutamanya dalam pembelajaran mereka

– perlu tidur dengan cukup iaitu 9 hingga 8 jam sehari – menetapkan waktu tidur iaitu sekitar pukul 9 malam – tidak menggalakkan anak-anak menonton televisyen sehingga larut malam

– menjamin kesihatan yang baik – meningkatkan pencapaian akademik – memberikan fokus terhadap pengajaran guru di sekolah – mengurangkan tekanan dan penyakit sakit kepala – Berdasarkan kajian, manusia yang memperoleh tidur

Page 13: Karangan Ramalan SPM 2015

optimum akan lebih peka, memiliki tahap memori yang lebih baik dan boleh menyelesaikan sesuatu masalah secara berkesan.

ISI 4 – MENJALANI PEMERIKSAAN KESIHATAN

M – kesihatan merupakan kunci kebahagiaan dan kekayaan seseorang – “Kebahagiaan paling utama adalah dalam kesihatan”(George William Curtis) - dapat mencegah penyakit dari peringkat awal – mencegah lebih baik daripada mengubati – mengesan penyakit berbahaya seperti kencing manis, tekanan darah inggi, kegagalan buah pinggang dan kanser yang bersarang dalam diam

BA – membawa anak-anak berjumpa dengan doktor sekurang-kurang setahun sekali secara berkala – menjalani ujian darah dan air kencing, pemeriksaan gig dan pemeriksaan tahap kolesterol

K - mengetahui tahap kesihatan seseorang tetapi juga dijadikan asas bagi memantau keberkesanan rawatan yang diterima seseorang pesakit. - memberikan pelbagai maklumat penting untuk diagnosis, rawatan dan kaedah pencegahan bagi satu-satu penyakit. – mengurangkan kadar kematian

ISI 5 – MENJAGA KEBERSIHAN

– Kebersihan dan kesihatan diri merupakan aspek yang penting dalam kehidupan kita. Kebersihan diri perlu dijaga bagi memastikan kita terhindar dari kuman dan seterusnya dari penyakit yang berbahaya. – merangkumi kebersihan diri dan persekitaran termasuklah tempat tinggal

– mengajar anak-anak menitikberatkan kebersihan diri seperti mandi dan basuh tangan dengan bersih – tidak dijangkiti penyakit kulit seperti panau, kayap, dan sebagainya - kuman, bakteria dan pelbagai lagi mikroorganisma yang membawa pelbagai penyakit berjangkit yang merbahaya sangat suka tinggal di tempat yang kotor – mengadakan aktiviti gotong-royong di kawasan rumah supaya bebas daripada pembiakan nyamuk aedes – demam denggi yang boleh meragut nyawa

– menjamin keselamatan nyawa – mengurangkan kematian - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, 38 kematian akibat denggi dilaporkan di seluruh negara bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini berbanding lapan kematian dalam tempoh sama tahun lalu – menjana pembangunan negara

PENUTUP

– langkah yang berkesan daripada ibu bapa amat penting – Harta yang penting dalam diri manusia ialah kesihatannya bukannya wang ringgit kerana kita boleh hidup tanpa wang tetapi tanpa kesihatan, nyawa kita akan melayang - melahirkan keluarga yang sihat dan harmoni

– kerjasama semua pihak juga diperlukan...... – tanpa kerjasama ......

– modal insan yang berkualiti dapat dilahirkan untuk meningkatkan produktiviti negara – bersaing di peringkat global – duduk sama rendah, berdiri sama tinggi - Rakyat Sihat, Negara Maju