2
Karangan 3 Anda diminta untuk menulis satu karangan bertajuk "Kepentingan sambutan hari perayaan di negara ini" untuk bacaan kelas anda. Huraikan. Sambutan hari perayaan di negara ini meliputi perayaan Hari Raya Puasa buat orang Islam, Tahun Baru Cina buat orang Cina dan perayaan Deepavali buat orang India. Ketika perayaan ini disambut suasananya pasti dengan kegembiraan dan sedikit hidangan makanan. Semua rakyat negara ini menanti-nanti setiap perayaan dengan penuh debaran dan semangat tinggi. Oleh itu memang ada banyak kebaikan jika sambutan perayaan ini dilaksanakan di negara ini. Kalau semua perayaan ini disambut bersama-sama sudah pasti akan berlaku interaksi antara kaum dan hubungan erat akan terjalin. Perayaan di negara ini mempunyai konsep rumah terbuka yakni setiap perayaan akan diadakan majlis melawat rumah orang yang menyambut sesuatu perayaan itu. Lawatan yang diadakan sudah pasti akan menyebabkan berlakunya interaksi antara kaum. Oleh itu, perayaan memang mampu meningkatkan interaksi kaum. Interaksi yang wujud ketika melawat rumah seseorang itu akan

Karangan 3 Kepentuingan Perayaan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Karangan 3 Kepentuingan Perayaan

Karangan 3Anda diminta untuk menulis satu karangan bertajuk "Kepentingan sambutan hari perayaan di negara ini" untuk bacaan kelas anda.

Huraikan.

Sambutan hari perayaan di negara ini meliputi perayaan Hari Raya Puasa buat

orang Islam, Tahun Baru Cina buat orang Cina dan perayaan Deepavali buat orang

India. Ketika perayaan ini disambut suasananya pasti dengan kegembiraan dan

sedikit hidangan makanan. Semua rakyat negara ini menanti-nanti setiap perayaan

dengan penuh debaran dan semangat tinggi. Oleh itu memang ada banyak

kebaikan jika sambutan perayaan ini dilaksanakan di negara ini.

Kalau semua perayaan ini disambut bersama-sama sudah pasti akan berlaku

interaksi antara kaum dan hubungan erat akan terjalin. Perayaan di negara ini

mempunyai konsep rumah terbuka yakni setiap perayaan akan diadakan majlis

melawat rumah orang yang menyambut sesuatu perayaan itu. Lawatan yang

diadakan sudah pasti akan menyebabkan berlakunya interaksi antara kaum. Oleh

itu, perayaan memang mampu meningkatkan interaksi kaum.

Interaksi yang wujud ketika melawat rumah seseorang itu akan meningkatkan

pengetahuan masing-masing akan budaya kaum yang lain. Pemahaman sebegini

menjadikan masyarakat lebih faham akan tindakan seseorang daripada kaum yang

berbeza dalam sesuatu perkara. Sudah pasti tidak akan timbul sebarang salah

faham antara kaum pula. Maka, perayaan mampu meningkatkan kefahaman

tentang budaya kaum yang lain.

Malah, imej negara juga akan turut menjadi lebih baik pada mata masyarakat dunia

terutama pelancong asing. Bukan mudah untuk memiliki sebuah negara yang aman

jika rakyatnya berbilang kaum berdasarkan masa masyarakat antarabangsa.

Page 2: Karangan 3 Kepentuingan Perayaan

Kejayaan Malaysia mengekalkan keamanannya banyak bergantung kepada

keupayaan rakyat negara ini menyambut perayaan setiap kaum dengan penuh

kegembiraan. Jelaslah, perayaan di negara ini memberikan satu imej yang positif

kepada negara dengan begitu mudah.

Kesimpulannya, sambutan hari perayaan mestilah diamalkan oleh masyarakat di

negara ini. Pada masa yang sama sambutan ini hendaklah dijadikan satu perayaan

kebangsaan yang dinikmati bersama-sama. Generasi muda akan mendapat banyak

manfaat daripada sambutan sebegini. Masyarakat yang harmoni akan wujud

menerusi perayaan sebegini pada masa hadapan.