Upload
ngocong
View
219
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
Kandungan
Latihan Muka Surat
Latihan Peperiksaan 1 ..................................................................1
Latihan Peperiksaan 2 .................................................................13
Latihan Peperiksaan 3 .................................................................25
Latihan Peperiksaan 4 .................................................................37
Latihan Peperiksaan 5 .................................................................49
Latihan Peperiksaan 6 .................................................................61
Latihan Peperiksaan 7 .................................................................73
Latihan Peperiksaan 8 .................................................................85
Latihan Peperiksaan 9 .................................................................97
Latihan Peperiksaan 10 ...............................................................109
Skema Jawapan ..........................................................................121
OL_Malay.indb iiiOL_Malay.indb iii 27/04/2013 1:02:31 PM27/04/2013 1:02:31 PM
Paper 1
‘O’ Level Malay 1 Latihan Peperiksaan 1
Latihan Latihan Peperiksaan 1Peperiksaan 1
ARAHAN: Jawab dua soalan; satu daripada Bahagian A dan satu lagi daripada Bahagian B.
Bahagian A (20 Markah)
ARAHAN: Tulis e-mel yang panjangnya tidak kurang daripada 120 patah perkataan berdasarkan satu daripada soalan-soalan yang berikut.
1. Kamu baru sahaja menerima e-mel daripada seorang rakan. Baca e-mel itu dan berikan respons kamu terhadap perkara-perkara yang terkandung dalam e-mel tersebut.
Azman
Apa khabar? Sudah lama kita tidak saling berkirim e-mel.
Saya berasa sungguh gembira kerana sekolah baharu saya sudah siap sepenuhnya. Sebenarnya, sekolah ini merupakan sebuah sekolah lama yang telah melalui proses peningkatan.
Terdapat banyak kemudahan baharu seperti makmal komputer, bilik perpustakaan dan dewan serba guna.
Saya dengar khabar sekolah awak juga baru selesai melalui proses peningkatan. Saya berharap awak dapat menceritakan tentang beberapa kemudahan terkini yang terdapat di sekolah awak itu. Jelaskan juga mengapa awak berasa selesa dan seronok apabila menggunakan kemudahan-kemudahan yang tersedia ada di sekolah awak itu.
Saya akan menantikan balasan e-mel daripada awak.
Yang ikhlas
Said bin Hamzah
Daripada: [email protected]: [email protected]: 29 Oktober 2012Subjek: Kemudahan-kemudahan yang terdapat di sekolah baharu saya
OL_Malay.indb 1OL_Malay.indb 1 27/04/2013 1:02:31 PM27/04/2013 1:02:31 PM
Latihan Peperiksaan 1 2 ‘O’ Level Malay
2. Baca informasi yang berikut. Berdasarkan butiran yang diberikan, tuliskan e-mel yang sesuai.
Semasa dalam perjalanan pulang ke sekolah, kamu telah menyaksikan sekumpulan remaja menconteng dan mengotorkan sekitaran kolong blok yang berdekatan dengan tempat tinggal kamu. Kamu berasa kurang senang dengan perbuatan mereka yang antisosial itu.
Tulis e-mel kepada pegawai yang bertugas di Pondok Polis Kejiranan untuk menceritakan tentang insiden tersebut. Sarankan juga langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh pihak polis untuk memastikan keselamatan harta benda awam terjamin.
Kamu dikehendaki menggunakan alamat e-mel yang berikut:
Alamat pengirim: [email protected]
Alamat penerima: [email protected]
Bahagian B (40 Markah)
ARAHAN: Tulis sebuah karangan dengan menggunakan sekurang-kurangnya 240 patah perkataan mengenai satu daripada tajuk-tajuk yang berikut.
3. Kamu telah mengikuti satu aktiviti yang dia njurkan oleh pihak sekolah. Aktiviti tersebut telah menjadi kenangan buat diri kamu. Gambarkan perasaan dan pengalaman kamu semasa menyertai aktiviti itu.
4. Cara-cara untuk menggalakkan remaja menonton dan meminati filem-filem Melayu.
5. Kamu telah berubah menjadi seorang remaja yang lebih positif setelah mengalami satu peristiwa yang mengesankan dalam hidup kamu. Ceritakan peristiwa tersebut.
OL_Malay.indb 2OL_Malay.indb 2 27/04/2013 1:02:34 PM27/04/2013 1:02:34 PM
Paper 2
‘O’ Level Malay 3 Latihan Peperiksaan 1
Bahagian A
SOALAN A1 (10 Markah)
ARAHAN: Dalam petikan karangan di bawah ini terdapat lima patah perkataan yang telah digarisi. Bubuh imbuhan yang sesuai pada setiap perkataan. Tulis jawapan kamu dalam ruangan jawapan yang disediakan.
Pulau Tashiro dikenali ramai sebagai Cat Island sebab terdapat ratusan kucing
yang mendiami pulau itu. Sejak bertahun-tahun lamanya, penduduk pulau yang
berkeluasan sederhana ini (1) diam oleh 100 orang penduduk yang kebanyakannya
sudah (2) umur lebih tujuh puluh tahun. Populasi di pulau itu telah (3) rosot sehingga
sepuluh kali ganda sejak tahun 1960. Ramai dalam (4) kalang penduduknya telah
memilih untuk berpindah ke kota. Penduduk Pulau Tashiro mencari nafkah sebagai
nelayan. Secara turun-temurun, mereka telah memberikan (5) bahagi daripada hasil
tangkapan mereka kepada kucing. Mereka menganggap bahawa haiwan ini istimewa
dan berupaya menjadi identiti bagi pulau itu yang telah mengalami ‘kehilangan’
penduduk yang telah berhijrah ke bandar.
1. _______________
2. _______________
3. _______________
4. _______________
5. _______________
(lihat halaman sebelah)
OL_Malay.indb 3OL_Malay.indb 3 27/04/2013 1:02:35 PM27/04/2013 1:02:35 PM
Latihan Peperiksaan 1 4 ‘O’ Level Malay
SOALAN A2 (10 Markah)
ARAHAN: Pilih peribahasa yang sesuai daripada senarai yang diberikan di bawah ini bagi melengkapkan jalan cerita petikan karangan. Kemudian, tulis huruf jawapan pilihan kamu dalam ruangan jawapan yang disediakan.
(A) garam jatuh di air
(B) seperti gergaji bermata dua
(C) air pun ada pasang surutnya
(D) berkerat rotan berpatah arang
(E) ambil patinya, buangkan hampasnya
(F) bukit sama didaki, lurah sama dituruni
(G) seperti labah-labah cinta kepada telurnya
(H) keras-keras kerak nasi, kena air lembut juga
(I) berapa berat mata memandang, berat juga bahu memikul
(J) kalau gajah hendaklah dipandang gadingnya, kalau harimau hendaklah dipandang belangnya
‘Cinta itu buta’. Itulah kisah cinta antara aku dan Minah. Demi cinta, aku sanggup
memutuskan hubungan kekeluargaan bak kata peribahasa (6)___________. Ibu bapaku
tidak mengaku aku sebagai anak mereka lagi. Lantaran perkahwinan yang tiada restu
daripada ibu bapa, aku dan Minah hidup merempat. Kesusahan hidup yang kami
tempuhi telah mendapat simpati daripada saudara-mara. Namun demikian, kamilah
yang harus menanggung penderitaan itu seperti (7)____________.
Setelah dua tahun berkahwin, kami dikurniai seorang cahaya mata. Puan
Salmah, jiran lamaku telah menasihati ibu bapaku agar memaafkan kesalahan kami
berdua. Ini membuatkan hati ibu bapaku menjadi lembut. Bak kata peribahasa
(8)___________. Mereka sedar bahawa selama ini mereka terlalu ikutkan perasaan dan
terpedaya dengan hasutan rakan-rakan. Ibu bapaku sepatutnya mengamalkan sikap
(9)____________ sebelum membuat sebarang keputusan. Kini, aku mudah mengambil
nasihat daripada ibu bapaku ibarat (10)___________ jika menghadapi sebarang
masalah. Aku berasa amat bahagia hidup bersama Minah.
(lihat halaman sebelah)
OL_Malay.indb 4OL_Malay.indb 4 27/04/2013 1:02:35 PM27/04/2013 1:02:35 PM
‘O’ Level Malay 5 Latihan Peperiksaan 1
SOALAN A3 (10 Markah)
ARAHAN: Pilih sepatah perkataan yang paling sesuai daripada senarai yang diberikan bagi mengisi tempat kosong dalam teks yang berikut. Kemudian, tulis jawapan kamu di ruangan jawapan yang disediakan.
bingung dalam dengan
demikian jenama keliru
membanjiri yang
Minuman energi semakin popular dalam kalangan remaja dan orang dewasa.
Pengambilannya (11) _________ semakin meningkat menyebabkan pelbagai jenis
minuman energi (12) _________ pasaran pengguna. Secara umumnya, minuman
energi mengandungi sekurang-kurangnya 80 miligram kafein dalam setiap tin.
Kandungan kafein dalam minuman tersebut sama banyaknya (13) _________ secawan
kopi bru dan dua kali ganda dalam secawan teh. Bagi mereka yang mengamalkan
pengambilan minuman energi ini, ramai yang masih (14) _________ tentang fungsi
penambah tenaga dengan fungsi isotonik bagi beberapa (15) _________ minuman
yang menjadi kegemaran ahli sukan. Pakar kesihatan bimbang sekiranya minuman
ini diambil secara berterusan, kesannya boleh membawa kepada ketagihan.
11. _______________
12. _______________
13. _______________
14. _______________
15. _______________
(lihat halaman sebelah)
OL_Malay.indb 5OL_Malay.indb 5 27/04/2013 1:02:35 PM27/04/2013 1:02:35 PM
Latihan Peperiksaan 1 6 ‘O’ Level Malay
Bahagian B (10 Markah)
ARAHAN: Baca petikan-petikan yang berikut dengan teliti.
PETIKAN 1
|Pengenalan||Merisik||Meminang||Bertunang||Akad Nikah||Berinai||Perkahwinan|
PengenalanMasyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat resam perkahwinan. Sesuatu upacara dalam proses perkahwinan itu akan berlangsung dengan meriah dan penuh dengan adat istiadat. Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat beberapa proses penting.
MerisikAdat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Tujuannya adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting sebab Islam melarang seseorang itu meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis tentang kemahiran berumah tangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya. Lazimnya, adat ini akan diusahakan oleh saudara mara yang terdekat bagi pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya.
Bagi pihak si gadis pula, mereka perlu mempertimbangkan beberapa kriteria yang harus dipenuhi oleh lelaki tersebut sebelum menerima lamarannya. Antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang baik.
Cincin belah rotan
Ada kalanya semasa merisik, wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan. Jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk majlis peminangan. Walau bagaimanapun adat merisik jarang dilakukan oleh pihak lelaki lagi sebab kebanyakan pasangan kini telah berkenalan terlebih dahulu. Justeru itu mereka akan terus menjalankan adat meminang untuk menjimatkan kos dan masa.
(lihat halaman sebelah)
OL_Malay.indb 6OL_Malay.indb 6 27/04/2013 1:02:36 PM27/04/2013 1:02:36 PM