Upload
syahira-hozami
View
597
Download
11
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Kajian Terhadap Gerakan Feminisme Di Malaysia Dan Perbandingan Dengan Agama Islamassignment Tamadun Islam & Tamadun Asia Tenggara (TITAS)
Citation preview
KAJIAN TERHADAP GERAKAN FEMINISME
DI MALAYSIA DAN PERBANDINGAN
DENGAN AGAMA ISLAM
PUAN NOR’ASYIKIN BINTI HAMZAH
KUMPULAN 8 : MEGAMI
NUR SYAHIRA BT HOZAMI IIS 130009 019-7556765
FAIRUZ HANANI FARAHIYAH BT AZMAN IIS 13001 013-4410955
NOOR ANINA BT AB BAKAR IIS 130007 019-9805208
NUR SYAZWANI BT MOHD BOHARI IIS 130010 013-4467801
NOR HIDAYAH BT SUMSUDIM IIT 130002 017-4841509
SITI ZUHAILA BT ABD WAHID IIT 130003 011-12159303
NUR HIDAYAH BT HUSAIN IEF 130014 013-4274090
WAN NOOR HAZIRAH BT WAN SULAIMAN IEF 130022 013-3460416
PEMBENTANGAN MINGGU KE-8, 27/11/2013, GILIRAN PERTAMA
TAJUK KERTAS KERJA :
KAJIAN TERHADAP
GERAKAN FEMINISME DI
MALAYSIA DAN
PERBANDINGAN DENGAN
AGAMA ISLAM
1.0 - PENGENALAN
Pada masakini, umat Islam terutamanya di Malaysia telah diserang dengan ideologi yang
mengancam aqidah. Antaranyaialah ideologi feminism yang telah meracuni pemikiran umat
Islam tanpa disedari.
Contohnya pada hari ini terdapat tuntutan hak kesamarataan dalam perwarisan harta
antara lelaki dan perempuan, tuntutan penarikan semula hak poligami dan tuntutan persamaan
hak dalam penceraian.
Maka kami memilih tajuk ‘Kajian Terhadap Gerakan Feminism di Malaysia Dan
Perbandingannya Dengan Agama Islam’. Responden kami adalah dalam kalangan pelajar
Universiti Malaya (UM) dan kajian kami adalah berdasarkan objektif yang ingin kami capai.
1.1 - OBJEKTIF KAJIAN
1- Mengkaji sejarah dan pengaruh gerakan feminisme di Malaysia.
2- Mengenalpasti gerakan-gerakan feminisme yang ada di Malaysia.
3- Mengkaji ideologi gerakan feminisme dan perbandingannya dengan agama Islam.
4- Menilai tahap pengetahuan pelajar Universiti Malaya (UM) tentang gerakan
feminisme di Malaysia.
5- Mengenalpasti sama ada ideologi feminisme ini memberi ancaman kepada aqidah
umat Islam kini.
1.2 - KAEDAH PENYELIDIKAN
Sebelum memulakan kajian, kami telah mengenal pasti beberapa kaedah yang perlu kami
gunakan untuk mendapatkan maklumat secara terperinci dan bersistematik. Oleh itu, jenis-
jeniskaedah penyelidikan yang kami gunakan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah kaedah
penyelidikan secara kuantitatif dan kualitatif.
Umumnya, kaedah kuantitatifini melibatkan perangkaan, pengiraan dan analisis data
secara menyeluruh. Manakala kaedah kualitatif pula melibatkan catatan. Di sini, kami telah
mengkaji dan menganalisis data melalui kaedah kuantitatif dandisokong olehkaedah
kualitatifuntuk memperoleh hasil kajian yang lebih tepat.Tanpa gabungan daripada kedua-dua
kaedah ini, mungkin data yang dikaji terhad dan hasilnya tidak memuaskan.
Seterusnya, jenis-jenis pengumpulan data yang kami gunakan pula adalah menerusi
kajian perpustakaan dan lapangan. Jika kami menggunakan kedua-dua kajian tersebut, maka
hasil kajian yang berdasarkan pembacaan dapat dikukuhkan lagi dengan penemuan daripada
kajian lapangan. Berikut menerangkan lagi kaedah-kaedah yang digunakan:-
(i) Rujukan
Sebelum memulakan kajian, kami perlulah membaca dan merujuk beberapa bahan
rujukan terlebih dahulu. Oleh itu, kami telah berkunjung ke Perpustakaan Utama, Universiti
Malaya(UM) untuk mendapatkan rujukan tersebut. Bahan rujukan yang kami gunakan terdiri
daripada sumber primer dan sekunder.Contoh sumber primer yang kami gunakan ialah temu
bual, al-Quran & al-Hadis. Manakala, bagi sumber sekunder pula, kami telah menggunakan
bahan-bahan rujukan seperti buku dan laman sesawang. Kebanyakan info yang kami
perolehterdapat di dalam blog dan laman web yang boleh dipercayai. Hal yang demikian dapat
memudahkan lagi kerja kami untuk menyiapkan kerja kursus ini dalam waktu yang telah
ditetapkan oleh pensyarah.
(ii) Soal selidik
Borang soal selidik kami dirangka menggunakan empat pendekatan iaitu soalan
dikotomi, aneka pilihan, skala jumlah tetap dan subjektif. Kami telah mengedarkan borang ini
kepada 35 orang responden di sekitar kolej-kolej kediaman UM. Responden terdiri daripada 16
orang lelaki dan 19orang perempuan yang merupakan pelajar-pelajar UM.Tujuannya adalah
untuk memudahkan kami untuk menganalisis data yang diberikan sama ada positif atau
sebaliknya. Kesemua responden ini telah dipilih secara rawak dari segi fakulti, tahun pengajian
dan peringkat pengajian. Tiada masalah yang dialami sepanjang sesi soal selidik. Kesemua
responden memberi kerjasama yang baik kepada kami. (Borang soal selidik – sila rujuk
lampiran)
(iii) Temu bual
Untuk melengkapkan lagi hasil kajian kami, kaedah temu bual digunakan sebagai
alternatif untuk mendapatkan data tambahan daripada responden. Kami telah memilih dua orang
responden yang merupakan pensyarah dari Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi
Pengajian Islam UM. Mereka telah diajukan beberapa soalan berhubung pelbagai perkara bagi
mendapatkan pandangan mereka. Kedua-dua responden memberi kerjasama yang baik dalam
kajian ini.Melihat kepada keperluan kajian, kami memilih untuk mendapatkan data dengan
kaedah temu bual berstruktur secara individu. Seterusnya, kaedah bersemuka telah dilaksanakan
kerana mudah untuk berinteraksi dengan responden bagi mendapatkan maklumat lanjut. (Soalan
temu bual – sila rujuk lampiran)
1.3 – PENEMUAN DAN PERBINCANGAN HASIL KAJIAN
1.3.1 SEJARAH GERAKAN FEMINISME
a. Sejarah Penubuhan dan Perkembangan Gerakan Feminisme :
Feminisme ialah sebuah gerakan wanita yang menuntut hak kesamarataan dengan lelaki
dalam bidang politik, social, ekonomi serta undang-undang keselamatan bagi melindungi wanita
dari kebahayaan dan dari sebarang diskriminasi gender.
Gerakan feminisme tercetus di akhir abad ke-18, dipelopori oleh tokoh gerakan feminis
pertama di eropah iaitu Lady Mary Wortley Montagu dan Marquis de Condorcet. Gerakan ini
mula tercetus melalui pengaruh Lady Mary Wortley Montagu yang mencetuskan kebangkitan
dalam kalangan wanita dalam menuntut hak kebebasan dan kesamarataan hak. Buku gerakan
feminisme yang pertama diterbitkan ialah “A Vindication of the Rights of Woman” tulisan Mary
Wollstonecraft di Britain.
Di Britain pada tahun 1903, di bawah pemerintahan Emmeline Pankhurst, sebuah
pertubuhan gerakan feminisme bernama Women's Social and Political Union (WSPU)
ditubuhkan bagi menuntut hak mengundi bagi kaum wanita. Demonstrasi jalanan dilakukan
secara besar-besaran oleh kaum wanita dari pelbagai lapisan umur dan kelas sosial bagi
menuntut hak mereka, mereka yang terlibat dengan demonstrasi ditangkap dan dipenjara, lokasi
demonstrasi ditutup dan dihalang daripada berdemo, serta wanita-wanita yang menjadi ahli
parlimen dikeluarkan daripada menjadi sebahagian ahli parlimen.
Apabila Perang Dunia Pertama tercetus, WSPU membuat keputusan untuk memberi
bantuan dan sumbangan dalam peperangan tersebut. WSPU memberi sumbangan besar dalam
peperangan tersebut dengan kehadiran seribu sukarelawan turut serta memberikan sumbangan,
dan ini menjadi faktor terbesar dalam menjadikan pertubuhan WSPU mula diterima kerajaan dan
sekatan daripada kerajaan mula dikurangkan terhadap gerakan pertubuhan ini.
Di Amerika Syarikat, kebangkitan gerakan wanita ini pertama dilakukan bagi menuntut
hak kebebasan dari perhambaan wanita pada tahun 1848 dibawah pimpinan Elizabeth Cady
Stanton. Beliau menyuarakan tuntutan ini dalam Women's Rights Convention di Seneca Falls,
New York. Pada tahu 1950, sebuah lagi konvensyen yang sama dianjurkan oleh Lucy Stone, juga
merupakan aktivis feminisme dan akhirnya kedua-dua tokoh ini bersetuju menubuhkan satu
pertubuhan “Women's National Loyal League”, pada tahun 1863, di bawah pimpinan Susan B.
Anthony.
Pada tahun 1920 hingga 1960, gerakan feminisme ini kemudiannya disebarluas melalui
beberapa gerakan politikal wanita seperti pertubuhan League of Women Voters (1920) dan
National Council of Negro Women (1935). Pertubuhan-pertubuhan ini menyatakan sokongan
penuh terhadap reformasi liberal dalam feminisme yang memperjuangkan hak kesamarataan
antara lelaki dan perempuan. Tuntutan terhadap kesamarataan hak ini telah diluluskan dalam
undang-undang oleh National Women's party pada tahun 1913 dan dikekalkan sehingga 50 tahun
lamanya.
Pada tahun 1960-an, gerakan feminis merebak ke Amerika Syarikat melalui kajian
meluas terhadap gerakan feminis seperti “The Second Sex” (1953) oleh Simone de Beauvoir dan
“The Feminine Mystique” (1963) oleh Betty Friedan, seorang tokoh politik dan juga seorang
feminis dan melalui gerakan minoriti yang menuntut hak kesamarataan dan anti-diskriminasi.
Akhirnya, sebuah gerakan wanita ditubuhkan iaitu “The Women's Liberation Movement” yang
lebih kepada gerakan sosialis berbanding politik dan gerakan ini manifestasikan perjuangan
mereka melalui penulisan sastera dan beberapa siri demonstrasi jalanan oleh gerakan feminis
yang radikal. Ini telah membangkitkan kesedaran wanita negara tersebut terhadap kelaziman
diskriminasi dalam masyarakat.
Pada masa yang sama, ahli-ahli politik yang memperjuangkan gerakan feminisme
kemudian bergabung menjadi sebuah pertubuhan yang memperjuangkan gerakan feminisme
sepenuhnya pada tahun 1970-an, antaranya ialah National Organization for Women (NOW) pada
1966 bawah pimpinan Betty Friedan, yang kemudiannya mencetus kewujudan pertubuhan
gerakan yang menyokong feminisme seperti National Women's Political Caucus (1971) oleh
tokoh-tokoh feminis seperti Bella Abzug, Shirley Chisholm dan Gloria Steinem; Equal Rights
Amendment Ratification Council (1973); dan Coalition of Labor Union Women (1973). Bermula
1980-an, gerakan feminisme kemudiannya telah memberi fokus pada pelbagai isu termasuk hak
reproduktif, pencabulan seksual dan kesamarataan gender.
b. Sejarah Gerakan Feminisme di Malaysia
Gerakan feminisme yang aktif di Malaysia ialah pertubuhan Sister In Islam (SIS) yang
ditubuhkan pada tahun 1988. Pertubuhan ini banyak menjurus kepada isu-isu kekeluargaan dan
kebebasan hak wanita di Malaysia. Gerakan feminisme di Malaysia mempunyai matlamat yang
sama bagi wanita sejagat, sama ada kesaksamaan dalam ekonomi, pendidikan, politik, mahupun
sosial. Perkembangan isu wanita dan tuntutan kesamaan hak mula menjelma hanya selepas
kemerdekaan negara Malaysia pada tahun 1957. Zaman pra-kemerdekaan melihat penglibatan
wanita dan lelaki secara bersama dalam usaha mengusir keluar penjajah British.
Gerakan feminisme di Malaysia pada awal-awal penubuhanya banyak menjurus kepada
isu-isu kekeluargaan dan kurang prihatin kepada pembanterasan keganasan dan gangguan
seksual yang dihadapi oleh kaum hawa Malaysia. Selain itu, isu wanita yang diketengahkan
hanya berhubung pendidikan khususnya bagi kanak-kanak perempuan yang buta huruf.
Namun kini gerakan feminisme di Malaysia mula menuntut beberapa hak lain seperti
tuntutan hak kesamarataan dalam perwarisan harta antara lelaki dan perempuan, tuntutan
penarikan semula hak poligami dan tuntutan persamaan hak dalam penceraian. Banyak tuntutan
dilakukan menyumbang kepada rombakan Undang-undang Keluarga Syariah.
Antara tokoh gerakan feminisme di Malaysia ialah :
i) Zaiton Kasim
Beliau merupakan seorang graduan dari University of Denver dan Universiti
Teknologi MARA. Beliau bekerja sebagai Pakar Perunding di IZEC Consulting,
Malaysia. Selain itu, beliau juga turut bekerja sambilan sebagai guru Bahasa Inggeris
dan editor di di IZEC Consulting. Zainton Kassim berpegang teguh pada prinsip
keadilan dan kesamarataan untuk semua tanpa mengira jantina, bangsa, agama dan
mempunyai hak kebebasan masing-masing.
ii) Rohana Arifffin
Pengurus Syarikat di ACT Training & Team Management Systems pada tahun 2001-
2002. Beliau juga merupakan Presiden Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Rakyat
Malaysia (PRM) pada tahun 2011 hingga kini.
iii) Cecelia Ng
Beliau antara tokoh gerakan feminisme di Malaysia yang telah banyak bergiat aktif
dalam bidnag penulisan. Antara buku yang ditulis oleh beliau ialah Feminism And
The Women's Movement in Malaysia : An Unsung Revolution.
Professor Dr Kamil Bin Abdul Majid pula mengatakan; “Sebenarnya gerakan feminisme
hanya wujud di barat kerana wanita-wanita disana ditindas namun gerakan ini dibawa masuk ke
Malaysia. Di barat, apabila wanita berkahwin mereka akan menggunakan nama suami dan tidak
lagi menggunakan nama bapa. Selain itu, hak yang dikenakan keatas wanita tidak sama rata dan
wanita yang bekerja akan mendapat gaji yang sedikit berbanding lelaki serta tidak dinaikkan
pangkat. Daripada persekitaran inilah feminisme lahir.”
1.3.2 – GERAKAN FEMINISME DI MALAYSIA
Gerakan feminisme yang ada di Malaysia ialah melalui sebuah pertubuhan yang digelar
Sister In Islam (SIS), dibentuk pada tahun 1988 oleh kumpulan peguam, aktivis, ahli akademik
dan wartawan wanita termasuk Zainah Anwar dan Marina Mahathir. SIS ditubuhkan bagi
mengadakan satu gerakan untuk selesaikan masalah wanita Islam di mahkamah syariah.
Ditubuhkan secara rasmi (1993) dengan nama Sister In Islam Forum (Malaysia) Berhad.
Tumpuan gerakan SIS ini adalah menggesa undang-undang negara terutama undang-
undang syariah supaya digubal kembali. Atas nama Islam diskriminasi wanita, kemudian
diperluaskan kepada isu lebih besar iaitu demokrasi dan hak asasi manusia, gerakan ini menuntut
kebebasan mutlak bagi individu tanpa ada sekatan agama.
Selain SIS, sebenarnya terdapat banyak lagi pertubuhan-pertubuhan lain yang turut
memperjuangkan kebajikan dan hak wanita di Malaysia namun pertubuhan-pertubuhan ini tidak
mendukung perjuangan feminisme sepenuhnya. Tumpuan badan-badan ini ialah kepada
kebajikan wanita. Antara badan-badan kebajikan wanita yang ada di Malaysia ialah:
i) Pertubuhan Tindakan Wanita Islam Malaysia (PERTIWI)
Membawa inisiatif bahawa sesebuah masyarakat yang maju dan progresif itu cuma
dapat dibentuk menerusi pendidikan dan pelajaran, maka PERTIWI dengan sokongan
pelbagai pihak telah bergerak bagi mencapai objektif tersebut. Antaranya : -
a) Berusaha ke arah mencapai keadilan sosial dan ekonomi untuk wanita.
b) Menyebarkan ilmu pengetahuan bagi kemajuan wanita dengan cara perbincangan,
penulisan, penterjemahan dan penyiaran.
c) Berusaha meninggikan taraf pelajaran dan pendidikan bagi wanita dan kanak-
kanak.
d) Menyokong dan bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan wanita lain yang
bertujuan sama.
ii) Pertubuhan Pertolongan Wanita / Women’s Aid Organisation (WAO)
Pada bulan Jun 1982, WAO menerima pendaftaran sementara sebagai satu
masyarakat dan sebuah rumah satu tingkat telah disewa sebagai tempat perlindungan
dan pejabat premis WAO ini. Setelah pertubuhan ini bergerak aktif sebagai badan
kebajikan wanita, akhirnya pertubuhan ini diiktiraf sebagai badan bukan kerajaan
(NGO) yang berdaftar secara rasmi.
iii) All Women’s Action Society (AWAM)
AWAM memperjuangkan masyarakat yang adil, demokratik, dan saksama, di mana
semua orang, di kalangan wanita khususnya, dilayan dengan hormat dan adalah bebas
daripada segala bentuk keganasan dan diskriminasi. Antara objektif gerakan AWAM
ialah:
a) Mendapatkan hak-hak wanita
b) Membawa keadilan dan kesaksamaan antara gender tanpa diskriminasi
c) Membina keupayaan untuk memperkasakan wanita dan transformasi sosial
d) Menyokong wanita dalam krisis.
Secara ringkasnya, pertubuhan-pertubuhan wanita yang ada di Malaysia apabila dikaji
walaupun memperjuangkan tuntutan yang sama dengan SIS, namun tidak mendukung
perjuangan feminisme sepenuhnya sebagaimana SIS. Pertubuhan SIS ini diangotai oleh Zainah
Anwar, Salbiah Ahmad, Rashidah Abdullah, Rose Ismail, Norani, Askiah Adam, Amina Wadud
dan Sharifah Zuriah Aljefri. Gagasan SIS dicedok daripada tokoh liberal yang bernama Rose
Ismail.
Zainah Anwar merupakan Pengarah Musawah, satu pergerakan global untuk
kesaksamaan dan keadilan dalam keluarga Islam. Beliau juga menulis kolum bulanan mengenai
politik , agama dan hak-hakwanita yang dipanggil Sharing the Nation, dalam Sunday Star,
Malaysia. Beliau merupakan bekas anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia.
Salbiah Ahmad seorang peguam berasal dari Singapura. Beliau kemudian bekerja sebagai
seorang pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Merupakan salah seorang
anggota pengasas SIS, namun telah keluar dari pertubuhan itu dan tidak lagi menganggotainya
kerana isu tudung yang dipakainya dan disuruh buka selepas penubuhan SIS secara rasmi, namun
Salbiah Ahmad bertindak meninggalkan pertubuhan itu.
Rose Ismail merupakan timbalan ketua bagi kumpulan editor untuk akhbar New Straits
Times. Bergerak aktif mendukung perjuangan Islam Liberal di Malaysia, dan menjadi anggota
dalam pertubuhan SIS
Norani Othman seorang graduandari Universiti Malaya dalam bidang Sosiologi dan
Antropologi, beliau memperoleh iIjazah Sarjana Falsafah beliau menerusi Universiti Hull dan
kemudian juga menyambung pengajian ijazah lanjutan di Wolfson College, University of
Oxford. Dari tahun 1977 hingga 1997, beliau adalah seorang pensyarah di Jabatan Antropologi
dan Sosiologi di UniversitiKebangsaan Malaysia.
Askiah Adam merupakan seorang jurnalis bebas dan penyelidik, juga bekas pelajar dalam
bidang falsafah terutamanya falsafah Islam dan membuat penyelidikan dalam bidang wanita
dalam Islam dan bidang berkaitan.
Sharifah Zuriah Aljefri mendapatpendidikan undang-undang di Inner Temple, London
dan memiliki Diploma Perhubungan Awam dari Insitute Public Relations, Malaysia.
Dan Amina Wadud, beliau dilahirkanpada 25 September 1952 di Bethesda, Maryland.
Padatahun 1988, beliau memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam Bahasa Arab dan Pengajian
Islam dari Universiti Michigan. Semasa pengajian ijazah beliau mempelajari Bahasa Arab
peringkat lanjutan di Universiti Amerika, dan Pengajian Qur'an dan Tafsir di Universiti Kaherah,
dan juga kursus dalam Falsafah di Universiti Al-Azhar. Beliau kini berkhidmat sebagai Profesor
Madya Pengajian Islam di Universiti Commonwealth Virginia di Richmond, Virginia, Amerika
Syarikat. Sebelum itu beliau menyandang jawatan Profesor Madya di Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia semenjak 1989.
Anggota pertubuhan SIS ini kebanyakannya tidak mempunyai latar belakang pengajian
agama yang mendalam, dan mempelajari ilmu Islam tanpa mengikut disiplin ilmu Islam secara
teratur hingga menyebabkan kefahaman terhadap Islam itu tersilap. Tidak dinafikan ada juga
anggota SIS yang mempunyai latar pengajian Islam yang hebat namun tetap mendukung juga
perjuangan feminisme. Pertubuhan SIS secara amnya menyalahkan golongan ulama, menuduh
hukum Syariah digubal secara tidak benar dan bias gender. SIS juga turut memuatkan beberapa
tuntutan yang terkeluar dari rangka tuntutan kebajikan dan hak wanita yang sepatutnya.
Tuntutan-tuntutan SIS ini akan diperincikan pada bahagian seterusnya
1.3.3 - PERJUANGAN DAN IDEOLOGI YANG DIBAWA OLEH
GERAKAN FEMINISME DI MALAYSIA
a) Ideologi yang dibawa oleh SIS
Sisters in Islam (SIS) ialah salah satu gerakan feminisme yang wujud di Malaysia.
Misinya ialah memperjuangkan emansipasi wanita danmenyarankan persamaan hak antara
wanita dan lelaki, di samping mempromosikan demokrasi, keadilandankebebasan. SIS
menyatakan bahawa objektif mereka adalah:
1) Menegak dan membangunkan satu kerangka hak-hak wanita dalam Islam yang
mengambil kira pengalaman dan realiti wanita.
2) Menghapuskan ketidakadilan dan diskriminasi terhadap wanita dengan mengubah
amalan-amalan serta nilai-nilai yang menganggap bahawa taraf wanita adalah lebih rendah
daripada lelaki.
3) Membina kesedaran awam dan memperbaharui undang-undang serta dasar mengenai
kesaksamaan, keadilan,kebebasan, martabat dan demokrasi dalam Islam.
Perjuangan SIS ini bermula daripada sebuah persoalan iaitu “Kalau Allah itu Maha Adil
atau kalau Islam itu adil, mengapakah ada undang-undang dan polisi-polisi yang dibuat atas
namaIslam tetapi mencetuskan ketidakadilan?”
Menurut Puan Ratna, Pengarah Eksekutif SIS, persoalan asas inilah yang menjadi
pendorong dan penyuntik semangat kumpulanwanita ini untuk mengetahui benarkah wujud
dalam ajaran Islam yangmenganjurkan ketidakadilan terhadap kaum wanita. Persoalan ini telah
menarik minat mereka untuk mendalami ajaran Islam dan hukum-hukumnya. Namun malangnya,
proses pembelajaran ilmu Islam ini dicedok dari tengah tanpa mempelajarinya mengikut disiplin
ilmu Islam yang sewajarnya.
SIS sebelum memulakan perbincangan mengenai konsep dan agenda perjuangannya,
sudahawal-awal lagi memberi fokus pada aspek ideologi dengan menganjurkan perbincangan
yang merujukkepada maksud atau tujuan asal Islam yang diwahyukan dalam kehidupan
umatmanusia.
SIS berusaha mengajak masyarakat Islam untuk menganalisis dan menilai semula apakah
Islam seperti yang difahamidandiamalkanolehmajoritiumat Islam dewasainiadalahsebenar-
benarnyamenepatimaksuddankehendakasal Islam yang diwahyukan itu. Lalu, dalam usaha untuk
menjustifikasikan kewujudan SIS dan kepentingan pergerakannya, SIS memulakan
perbincangannya dengan mengungkit persoalan yang dianggap sangat penting untuk difikirkan
bersama iaitu tentang realiti Islam dalam perkembangan hidup umatnya, permasalahan dan
punca-puncanya sehinggalah kepada kaedah penyelesaian yang perlu diusahakan.
Maka,sebagai permulaan, kumpulan ini telah mengadakan kelas kajian terhadap al-
Quran, ilmu tafsir, Syariah dan Fiqah. Menurut Ratna: “Segalanya berpunca dari kefahaman
umum yang mengatakan undang-undang Islam itu adalah Syariah. Apabila ia disebut Syariah,
maka ia mestilah diterima secara mutlak serta tidak lagi boleh untuk dipertikaikan. Sebaliknya,
SIS memahami bahawa Syariah itu adalah hasilkerja manusia yang mungkin berdasarkan pada
al-Quran dan Hadith. Namun,perolehan untuk hukum di mana, kebanyakannya diambil dari hasil
kerja-kerja para imam Fiqah, sebenarnya bersifat manusiawi. Maka, sudah tentu undang-undang
tersebut sentiasa terbuka untuk dikaji, dipersoalkan, diperkemas mahupun ditolak mengikut
sebab-sebab yang tertentu.”
SIS telah lama mendesak kerajaan agar menerima kes keganasan rumah tangga sebagai
satu bentuk jenayah. Malangnya terdapat bantahan ketika itu dari pihak Pusat Islam sendiri yang
berpendapat bahawa undang-undang keganasan rumah tangga tidak boleh disabitkan ke atas
pihak suami yang memukul isterinya yang nusyuz. Alasan yang diberikan ialahkerana Islam
membenarkan si suami memukul isterinya yang nusyuz berasaskandalil dari al-Quran. Menurut
SIS, hujah sedemikian sangat-sangat tidak masuk akal, kerana sebagai orang Islam, mereka
percaya bahawa Islam itu agama keadilan, Allah itu Maha Adil dan mustahil yang Allah itu
memuliakan ketidakadilan, menyokong keganasan dan penindasan terhadap kaum wanita.
ZainahAnwar, Pengarah Eksekutif SIS pernah menegaskan dalam artikel di Utusan
Malaysia, 26 September, 2000; “Islam bukanlah milik individu atau mana-mana golongan yang
mendakwa mereka sebagai ulamak.Oleh itu sebarang pentafsiran terhadap sumber-sumber Islam
seperti al-Quran bukanlah milik para ulamak semata-mata”.
Malah dalam satu kenyataannya, SIS meminta pihak kerajaan agar membubarkan semua
undang-undang agama yang menghalang rakyat daripada mencapai hak asasi peribadi dan
bersuara. Malahan pertubuhan itu juga tidak bersetuju dengan apa cara dan usaha menggunakan
undang-undang untuk memelihara iman seorang Muslim. Ini kerana persoalan yang berkaitan
dengan moral dan agama dianggap sebagai hak peribadi dan kebebasan tersebut tidak seharusnya
dikawal dengan menggunakan kuasa perundangan.
Dalam isu Rang Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan
(Pindaan 2005), SIS bersama beberapa kumpulan wanita yang lain telah menentang kuat Rang
Undang-Undang tersebut atas dakwaan kononnya ia akan menzalimi wanita. Sebelum itu,
mereka juga menentang kuat Rang Undang-Undang Jenayah Syariah Terengganu (Hudud)
dengan membangkitkan perdebatan yang sengit. Namun setelah diselidiki, terbukti bahawa
dakwaan mereka itu sebenarnya berpunca dari prasangka buruk mereka terhadap undang-undang
Syariah dan juga kejahilan mereka dalam memahami peruntukan yang ada di dalam rang
undang-undang tersebut. SIS juga terkenal sebagai kumpulan yang menentang amalan poligami
secara keseluruhannya.
b) Isu yang dibangkitkan oleh SIS
Antara isu-isu yang dibangkitkan oleh Sister in Islam (SIS) adalah mempersoalkan
keadilan undang-undang hudud ke atas wanita. SIS ingin mengulangi pendirian mereka bahawa
undang-undang hudud adalah tidak berperlembagaan dan tidak boleh dikuatkuasakan. Ini
melanggar prinsip-prinsips ejagat Hak Asasi Manusia dan diskriminasi terhadap wanita. Islam
mengajar semangat cinta universal dalam masyarakat dan menekankan kepentingan taubat dan
pemulihan bagi orang-orang yang bersalah iaitu dengan tidak mengenakan hukuman yang teruk.
Selainitu, SIS bersama Gabungan Kumpulan Bertindak bagi Kesamarataan Gender (JAG)
membantah pesalah sumbang mahram disebat. Ini merupakan diskriminasi terhadap wanita
beragama Islam. Artikel 8(2) Perlembagaan Persekutuan menjamin kesetaraan dan kebebasan
dari diskriminasi atas dasar agama dan gender. Maka, sebarang undang-undang yang
menghukum wanita atas dasar agama melanggar prinsip anti-diskriminasi ini. Tambahan pula,
Kod Prosedur Jenayah dan Peraturan-Peraturan Penjara jelas melarang hukuman sebat ke
ataswanita, tidak kira umur.
Mereka juga menyokong kebebasan menukar agama bagi Muslim. Dalam kenyataan
medianya, SIS bertanyabagaimana Muslim menuntut kebebasan, yang mahu menarik lebih ramai
orang bukan Islam untuk memasuki agama itu tetapi dalam masa yang sama tidak membenarkan
penganutnya keluar dari agama tersebut. “Kepercayaan berdasarkan paksaanakan jadi hipokrit,”
menurut SIS dalam kenyataan medianya. Pengarah program SIS, Suri menerangkan bahawa
NGO tersebut tidak menggalakkan umat Islam untuk murtad, sebaliknya memperjuangkan
kebebasan meninggalkan agama bagi mereka yang tidak lagi mempercayainya. “Islam bukanlah
agama jalan sehala,” kata Suri.
Malahan, SIS menyokong peserta Muslim menyertai pertandingan ratu cantik dan
mempertikaikan sistem fatwa di Malaysia. SIS telah menyatakan bahawa langkah-langkah bagi
fatwa menggubal undang-undang sebagai "tidak Islamik" dan "tidak demokratik". Kumpulan
Islam mempersoalkan bagaimana fatwa yang diwartakan mempunyai kuasa undang-undang
secara automatik tanpa melalui proses perundangan,dan menyifatkan keputusan ini sebagai alat
untuk meluluskan undang-undang yang melanggar hak kebebasan asasi kita.
c) Tuntutan yang diutarakan oleh SIS
Antara tuntutan-tuntutan lain SIS ialah menuntut agar undang-undang yang bertujuan
mengawal moral masyarakat dimansuhkan termasuklah semua undang-undang diperingkat
Kebangsaan, Negeri dan kerajaan Tempatan,menuntut agar kuasa Mufti-mufti dikaji dan
dihapuskan.
Selain itu, kerajaan perlu mengiktiraf kebebasan beragama dalam negara ini, dalam erti
kata lain membenarkan umat Islam yang ingin keluar dari Islam diisytiharkan murtad secara
terbuka tanpa campur tangan Mahkamah Syariah. Mereka juga mendesak agar pihak Jabatan
Pendaftaran Negara menghapuskan pernyataan status Agama dalam kad pengenalan, bagi
memudahkan umat Islam diisytiharkan murtad.
SIS turut menuntut agar membenarkan agama lain memberikan pandangan dan
mempersoalkan tentang cara hidup dan akidah umat Islam melalui cadangan mereka iaitu dengan
menubuhkan Majlis PerundinganAntara Agama (ICM).
Malahan,mendesak agar pihak Jabatan Agama tidak campur tangan dalam urusan
peribadi umat Islam di Malaysia termasuklah dalam tatacara berpakaian, pergaulan dan cara
hidup, walaupun ianya bertentangan dengan hukum Islam seperti tidak menutup aurat, tidak
bersembahyang dan berpuasa atau melakukan maksiat seperti judi, minum arak dan zina atas
dasar menjaga hak asasi manusia.
SIS juga menuntut persamaan dalam harta pusaka dan hak dalam penceraian. Selain itu,
hak poligami lelaki juga perlu ditarik balik dan diisytihar terbatal di sisi undang-undang.
1.3.4 – PERBANDINGAN AGAMA ISLAM DENGAN GERAKAN
FEMINISME
Gerakan Feminisme sememangnya ditolak di dalam Islam kerana ia bertentangan dengan
syiar Islam yang sebenarnya. Akan tetapi ada antara tuntutan feminisme yang baik untuk wanita
yang sememangnya sudah terdapat dalam islam itu sendiri.
a) Tuntutan feminisme yang diterima Islam :
1) Melindungi hak wanita yang semakin terancam, melindungi keselamatan wanita
dan melindungi dari mengalami keruntuhan moral dan akhlak.
Allah telah berfirman dalam ayat 34:Surah An-Nisa yang bermaksud :“Lelaki itu
pelindung bagi kaum wanita…”
Rasulullah SAW apabila baginda menyebarkan agama Islam, baginda meninggikan
martabat wanita dan wanita di sisi Islam terlindung daripada penindasan pada ketika itu yang
menjadikan wanita hamba seks, kanak-kanak wanita dibunuh dengan ditanam hidup-hidup dan
taraf wanita ketika itu yang tidak mempunyai hak untuk memiliki apa-apa harta.
Memetik kata-kata Prof Dr.Kamil : “Bagaimana mungkin wanita itu ditindas, dan
mengikut kepada kata-kata hukamat, syurga itu dibawah telapak kaki ibu yang menunjukkan
betapa Islam itu mengangkat martabat wanita.”
Ustaz Hamidi Ismail pula berkata; “Islam itu melihat fitrah kemurniaan wanita. Bukan
sahaja mempertahankannya, malahan melindungi wanita, perlindungan kepada kemurniaan
wanita”
2) Gerakan feminisme memperjuangkan taraf pendidikan yang sama antara lelaki
dan perempuan tanpa diskriminasi.
Gerakan ini tidak setuju jika perempuan diberikan pendidikan yang berbeza dengan
pendidikan yang diberikan kepada lelaki. Mereka menegaskan bahwa separuh dari penduduk
dunia adalah kaum perempuan. Kerana itu, membiarkan wanita dalam kebodohan tanpa diberi
peluang pendidikan bererti membiarkan potensi separuh bangsa tanpa manfaat.
Di dalam hadis Rasulullah s.a.w ada menyebut. Dari Anas bin Malik r.a, katanya:
Rasulullah s.a.w. bersabda:
�ِه� : �ْي َع�َل ِه� الَل َص�َلى ِه� الَل ُس�ول َر� َق�ال َق�ال َم�ال�ك �ِن� ْب �ِس� �َن َأ َع�ِن�
: � �ٍم َل َم�ْس� �ل ُك َع�َل�ى َف�ِر�يَض�ٌة �ِع�َل�ٍم ال َط�َل�ُب� َلٍم َو�ُس�
Maksudnya : "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap orang Islam." (Hadis
Sahih Riwayat Ibn Majah)
b) Tuntutan feminisme yang ditolak oleh Islam
Manakala antara ideologi feminisme yang bertentangan dengan Islam dan boleh
membawa jatuhnya kufur keatas seorang muslim ialah antaranya dari skop kekeluargaan dan
perkahwinan.
1) Konsep Keluarga Secara Sah
Gerakan feminisme menolak konsep berkeluarga secara sah kerana menganggap
kebebasan wanita akan hilang. Golongan ini berpendapat lelaki dan perempuan dapat hidup
berdampingan tanpa disatukan oleh perkahwinan.
Namun Islam menolak pandangan feminisme dalam hal ini kerana melalui konsep
kekeluargaan secara sah, hak wanita lebih terpelihara dan kedua-dua lelaki dan wanita
sebenarnya hidup saling lengkap-melengkapi, konsep kekeluargaan bukanlah bermakna lelaki
memiliki wanita. Dalam hal ini, lelaki dan wanita saling berperanan antara satu sama lain. Hidup
berdampingan tanpa disatukan perkahwinan akan menimbulkan lebih banyak gejala sosial, lelaki
dan perempuan bebas bersekedudukan dengan sesiapa dan risiko penyakit bahaya seperti AIDS
akan mudah berjangkit hingga ke beberapa generasi.
Allah berfirman dalam Ayat 21: Surah ar-Rum yang bermaksud;“Dan di antara tanda-
tanda kebesaranNya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dalam kalangan kamu,
agar kamu cenderung dan merasa tenteram padanya (pasangan), dan Dia menjadikan di antara
kamu kasih dan sayang. Sungguh, pada demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kebesaran
(Allah) bagi kaum yang berfikir.”
Mereka juga ingin mengganti konsep keluarga konvensional. Keadaan ini terjadi tanpa
memandang segala potensi yang ada dalam diri perempuan. Secara tidak langsung mereka
berpendapat bahawa perempuan juga boleh menjadi ketua keluarga.
Allah berfirman dalam ayat 34:Surah An-Nisa “Lelaki itu pelindung bagi kaum
wanita…”
Bahawa ayat ini menerangkan bahawasanya lelaki itu lebih layak menjadi seorang
pemimpin untuk menampung kekurangan wanita dalam tempoh ibadahnya yang kurang 30 hari
kerana kitaran haid, pada waktu tersebut perubahan hormon dalam badan wanita menjadi amat
ketara dan pertimbangan rasional dan emosi mudah bercampur untuk menentukan sesuatu
keputusan. Lelaki juga kuat untuk menampung perihal keluarga apabila wanita sedang sarat
mengandung dan selepas melahirkan anak, ketika ini wanita amat-amat memerlukan
perlindungan dan penjagaan dari lelaki.
Kata Profesor Dr Kamil Bin Abdul Majid, “Dalam islam lelaki dan wanita adalah sama
dan membezakannya adalah fungsi mereka dan lelaki dan wanita itu sendiri saling melengkapi.”
Ustaz Hamidi Ismail pula berkata; “Feminisme bukan memberi hak kepada wanita,
namun telah mencabut kesucian, kesopanan wanita. Disebabkan hendak menjaga kepada
kehormatan, kesucian dan kemuliaanlah perlunya wanita menutup aurat. Sememangnya Islam
itu telah memberi fitrah kepada wanita itu sendiri. Namun, feminisme telah mencuba menghapus
kemurniaan akhlak dan kemurniaan kesopanan kepada wanita itu sendiri. Ini adalah kerana
budaya barat yang cuba masuk ke Malaysia dan mahu kan rakyat Malaysia mengikut gaya dan
cara mereka. Dengan membawa ideologi wanita Islam tidak perlu terikat dengan agama.
Antaranya, tidak menutup aurat. Dalam hal, pembahagian harta pula, ianya adalah bagi melatih
lelaki lebih berusaha dan wanita lebih bergantung dan wanita itu lebih berharap kepada suami
barulah lahirnya keluarga mawaddah wa rahmah.”
2) Poligami
Gerakan feminisme di Malaysia mendakwa bahawa poligami tidak sah dan mesti
dinyatakan batal secara undang-undang.
Sedang sebenarnya poligami dibenarkan dalam Islam sepertimana diterangkan dalam
ayat 3:surah al-Nisaa : “…dan jika kamu khuatir tidak akan mampu berlaku adil terhadap (hak-
hak) perempuan yatim (apabila kamu mengahwininya) maka khawinilah perempuan (lain) yang
kamu senangi, dua, tiga, atau empat. Tetapi jika kamu khuatir, tidak akan mampu berlaku adil
maka (nikahilah) seorang sahaja atau hamba sahaya perempuan yang kamu miliki. Yang
demikian itu lebih dekat dari kamu agar kamu tidak berbuat zalim.”
Namun dalil dalam surah an-Nisa’ itu juga disertakan amaran keras daripada Allah SWT
untuk para lelaki berlaku adil terhadap kaum wanita, kerana berpoligami ini mudah untuk
melakukan kealiman terhadap kaum wanita jika tidak berlaku adil. Kerana itu pada ayat akhir
surah ini, akhirnya Allah lebih memberatkan supaya menikahi seorang sekiranya khuatir tidak
berlaku adil.
3) Perkahwinan berbeza agama adalah sah
Gerakan feminisme juga mengatakan bahawa perkahwinan berbeza agama antara
muslim dan bukan muslim dikira sah. Islam menolak hal ini kerana sudah termaktub dalam al-
Quran larangan untuk mengahwini pasangan yang berlainan agama.
Allah berfirman dalam al-Quran ayat 221 : surah al-Baqarah yang bermaksud; “Dan
janganlah kamu menikahi wanita-wanita musyrik, sebelum mereka beriman. Sesungguhnya
wanita budak yang mu'min lebih baik dari wanita musyrik, walaupun dia menarik hatimu. Dan
janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik (dengan wanita-wanita mu'min) sebelum
mereka beriman. Sesungguhnya budak yang mu'min lebih baik dari orang musyrik, walaupun dia
menarik hatimu. Mereka mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke surga dan ampunan
dengan izin-Nya. Dan Allah menerangkan ayat-ayat-Nya (perintah-perintah-Nya) kepada
manusia supaya mereka mengambil pelajaran.”
Manakala pernikahan dengan ahlul kitab pula tidak lagi diterima kini kerana kitab orang
kristian (Injil) dan yahudi (taurat) bukan lagi mushaf asal tetapi telah dicampur aduk dengan
tulisan manusia, maka status ‘ahlul kitab’ itu sendiri diragui.
4) Masa Iddah bagi wanita
Dalam hal ini, SIS mengatakan masa iddah bukan hanya untuk wanita sahaja tetapi untuk
lelaki. Dalam Islam, para ulama sepakat atas wajibnya iddah bagi seorang perempuan yang telah
bercerai dengan suaminya.
Firman Allah pada ayat 228 : surah al-Baqarah yang bermaksud; “Dan isteri-isteri yang
diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga
kali suci (dari haid)”
Tidak wujudnya mana-mana hadis atau dalil yang mengharuskan lelaki itu bereddah,
malahan pendapat ulama juga tidah mengharuskan iddah keatas lelaki, ini adalah kerana eddah
itu diwajibkan keatas wanita atas beberapa faktor yamg amat penting, antaranya ialah;
i) Memastikan rahim suci. Adapun proses itu mampu melewati masa-masa kritikal,
sekaligus jika dikaitkan dengan masa iddah selama 3 bulan atau tiga kali suci, dalam tempoh itu
dapat dipastikan bahawa rahim seorang perempuan kosong dari benih kehamilan. Ertinya dengan
iddah itu, maka dapat dipastikan bahawa seorang wanita yang diceraikan oleh suaminya, baik
kerana cerai hidup atau kerana suaminya meninggal dunia tidak dalam keadaan hamil, dan hamil
akan mengakibatkan kelahiran manusia (anak). Apabila dikenalpasti kekosongan rahim itu, maka
status anak yang akan dilahirkan oleh seorang perempuan akan jelas atau akan memperjelaskan
status ayah bagi janin yang ada pada rahim seorang wanita, sekaligus akan menentukan status
nasab anak tersebut.
ii) Iddah sebagai masa untuk wanita berkabung. Bagi para wanita yang ditinggal oleh
suaminya mati, dibenarkan baginya berkabung. Jumhur ulama sepakat atas keharusan wanita
yang ditinggal mati suaminya untuk melakukan hidad (berkabung), baik itu wanita itu muda,
masih kecil mahupun sudah tua. Kecuali Hanafi, mazhab ini mengatakan bahwa wanita zimmi
dan masih kecil (belum baligh) tidak harus menjalani hidad sebab mereka tidak dikenakan
kewajiban.
iii) Iddah sebagai saat penting bagi pihak suami dan isteri untuk berfikir untuk
rujuk kembali. Apabila seseorang bercerai dengan suami atau isterinya, maka ia akan
merasakan adanya berbagai perubahan dalam kebiasaan hidupnya. Sebelumnya seorang lelaki
sentiasa dilayani, tetapi ketika ia berpisah dengan isterinya, kebiasaan-kebiasaan itu tidak
didapatkan atau ditemukannya lagi, begitu pula bagi perempuan yang dicerai oleh suaminya.
Sehingga saat-saat inilah yang dapat digunakan untuk berfikir yang mana terbaik untik kedua
belah pihak.
iv) Iddah sebagai ta’abbudi (pengabdian dan pendekatan) kepada Allah. Selain
tujuan-tujuan iddah sebagaimana diungkapkan diatas, pelaksanaan beriddah juga merupakan
ruang yang diberi Allah untuk kita bermuhasabah dan mendekatkan diri kepadaNya, selain
merupakan perintah untuk ditaati.
5) Tuntutan hak sama rata bahagian warisan anak lelaki dan wanita
Gerakan feminisme di Malaysia melihat pembahagian hak warisan dalam Islam adalah
berat sebelah dan diskriminasi gender, selain melihat ini sebagai stau penafian hak wanita dalam
pewarisan harta.
Sebenarnya jikalau kita melihat hikmah pembahagian harta ini secara tersirat, dapat kita
perhatikan bahawa dalam hal ini, perempuan dapat menyimpan semua bahagian warisannya atau
di belanjakan untuk keperluan peribadinya. Sementara, lelaki harus membelanjakan warisannya
untuk menyara kehidupan keluarganya, baik nafkah maupun mahar, ataupun untuk menanggung
perbelanjaan saudara perempuan di bawahnya.
Dalam harta yang diwarisi oleh seorang lelaki, sebahagian hartanya juga ialah hak yang
perlu diberikan oleh isteri. Sebaliknya, suami tidak berhak memperoleh bahgian warisan
isterinya dan ia harus membelanjakan haknya untuk isterinya.
Allah berfirman dalam ayat 11 dan 12 : surah an-Nisaa yang bermaksud: “(Allah)
perintahkan kamu mengenai pembahagian harta pusaka untuk anak-anak kamu, iaitu bahagian
seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak
perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang
ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah
satu perdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu
perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si
mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka
bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara
(adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah
diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-
bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat
serta banyak manfaatnya kepada kamu (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian
masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah
adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan bagi kamu satu perdua harta yang
ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka
mempunyai anak maka kamu beroleh satu perempat dari harta yang mereka tinggalkan, sesudah
ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutangnya. Dan bagi mereka
(isteri-isteri) pula satu perempat dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai
anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu
perlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan, dan
sesudah dibayarkan hutang kamu. Dan jika si mati yang diwarisi itu, lelaki atau perempuan, yang
tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau
saudara perempuan (seibu) maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah satu perenam. Kalau
pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada
satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan), sesudah ditunaikan
wasiat yang diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat yang
tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). (Tiap-tiap satu hukum
itu) ialah ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar.”
Sekalipun bahagian warisan wanita kurang dari bahagian lelaki, perbezaan itu kembali
pada perbezaan hak dan tanggungjawab dalam kehidupan seharian. Dapatlah kita lihat bahawa
Islam sebenarnya memperjuangkan keadilan, dan bukan kesamarataan kerana tidak semua hak
sama rata itu adil pelaksanaannya. Ringkasnya, gerakan feminisme di Malaysia ini perlu ditolak
kerana banyak tuntutannya yang bertentangan dengan agama Islam, dan gerakan ini bahaya bagi
pemikiran dan akidah umat Islam.
Kata Ustaz hamidi ismail, “Feminisme itu menuntut kepada kesamarataan antara lelaki
dan wanita menyebabkan berlakunya penentangan kepada ayat yang sorih yakni ayat yang telah
ditetapkan hukumnya dan tidak akan berubah dan tidak boleh diubah hukumnya itu. Maka disitu
berlakunya penentangan kepada hukum Allah, dan boleh membawa kepada kufurnya seseorang
itu.”
Menurut Profesor Dr Kamil Bin Abdul Majid, “Gerakan ini sangat membahayakan
akidah umat islam kerana menentang hukum-hukum islam itu sendiri.”
1.3.5 – HASIL KAJI SELIDIK TERHADAP PENGETAHUAN DAN
KEFAHAMAN TENTANG GERAKAN FEMINISME DAN
PERBANDINGAN DENGAN AGAMA ISLAM
Responden yang diambil keseluruhannya adalah daripada golongan mahasiswa Universiti
Malaya. Responden seramai 35 orang, 19 orang perempuan dan 15 orang lelaki. 4 orang
responden bukan beragama Islam – 2 orang perempuan beragama Buddha, seorang perempuan
beragama Hindu manakala seorang lelaki penganut Kristian. Kesemua responden berumur antara
19-28 tahun dan bujang, kecuali seorang responden berumur lebih 34 tahun dan sudah
berkahwin. Responden merupakan daripada pelbagai fakulti sepertiAkademiPengajian Islam,
Akademi Pengajian Melayu, Fakulti Pendidikan, Fakulti Sains dan sebagainya yang mana tidak
tertumpu kepada satu fakulti yang khusus sahaja.
Berdasarkan Graf bar 1 di bawah, peratusan dari segi agama responden, 88.57% adalah
beragama Islam iaitu seramai 31 orang dan selebihnya, 11.43% merupakan responden bukan
Islam. Responden kami lebih tertumpu kepada orang Islam memandangkan kajian kami
tertutumpu kepada perbandingan dari segi kefahaman orang Islam sendiri dengan ideologi yang
dibawa oleh gerakan feminisme.
JANTINA DAN AGAMA RESPONDEN
Graf bar 1
Dari segi pengetahuan umum responden mengenai gerakan feminisme, seperti definisi
feminism itu sendiri, kewujudan feminisme di Malaysia, tokoh feminisme dan pertubuhan Sister
in Islam turut dikenalpasti. Hampir separuh daripada jumlah responden, iaitu 51% menyatakan
bahawa mereka tidak tahu mengenai gerakan feminsme seperti dalam Carta Pai 1. Seramai 3
orang, yakni 9% daripada responden menyatakan bahawa mereka sangat tahu mengenai
feminisme, dan yang paling menakjubkan, mereka merupakan daripada golongan lelaki, dan
tiada responden perempuan mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai feminisme.
Sebanyak 40% daripada responden tahu sedikit sebanyak mengenai gerakan feminisme.
Perkahwinan di antara Muslim dan bukan Muslim adalah sah.Menuntut harta warisan yang sama banyak dengan lelaki.Menolak poligami.Menuntut hak kesamarataan antara lelaki dan perempuan dalam bidang politik, sosial,ekonomi serta undang-undang keselamatan.
Senarai 1
PENGETAHUAN ASAS MENGENAI GERAKAN FEMINISME
Ca
rta Pai 1
Beralih kepada tuntutan-tuntutan yang diperjuangkanolehgerakan feminisme, kami telah
menyenaraikan beberapa tuntutan seperti dalam Senarai 1 sebagai rujukan para responden
sebagai rujukan untuk soalan seterusnya.
Soalan seterusnya berkaitan pandangan responden mengenai kewajaran tuntutan-tuntutan
ini dilaksanakan. Berikut adalah keputusan daripada soal selidik kami.
KEWAJARAN TUNTUTAN FEMINISME DILAKSANAKAN
Graf bar 2
Seramai 6 orang responden iaitu 17.14% menyatakan kewajaran tuntutan tersebut
dilaksanakan, yang mana terdiri daripada 4 orang responden bukan Islam dan 2 orang responden
lelaki beragama Islam. Manakala responden yang selebihnya, sebanyak 82.86 % menyatakan
ketidakwajaran tuntutan ini dilaksanakan.
Untuk soalan seterusnya merujuk kepada Graf bar 3, kami bertanya kepada responden
tentang pendapat mereka mengenai kenyataan gerakan feminisme memperjuangkan hak-
hakwanita.
GERAKAN FEMINISME MEMPERJUANGKAN HAK-HAK WANITA
Graf bar 3
Seramai 25 orang responden bersetuju, iaitu melebihi majority responden, 71.43%
termasuklah 4 orang responden bukan Islam dan selebihnya mereka yang beragama Islam
menyokong kenyataan bahawa gerakan feminisme memperjuangkan hak-hak wanita. Hanya 10
orang, yakni 28.57% daripada keseluruhan responden tidak bersetuju bahawa gerakan feminisme
ini memperjuangkan hak-hak wanita.
Berdasarkangraf bar seterusnya, Graf bar 4, berkaitan dengan kenyataan mengenai
feminisme bertentangan dengan ajaran Islam.
FEMINISME BERTENTANGAN DENGAN AJARAN ISLAM
Graf bar 4
Berdasarkan Graf 4 tersebut, seramai 8 orang responden menyatakan bahawa mereka
tidak bersutuju feminisme bertentangan denganajaran Islam yang membawa kepada peratusan
22.86% yang mana memperlihatkan 4 orang responden lelaki dan 4 orang responden perempuan,
termasuklah 4 orang golongan bukan Islam tadi. Manakala majoriti selebihnya, sebanyak77.14%
responden menyatakan persetujuan mereka bahawa feminisme bertentangan dengan ajaran
Islam.
Untuk sesi kaji selidik tersebut, kami juga bertanyakan soalan mengenai persepsi mereka
bahawa Islam menolak sepenuhnya apa-apa yang dibawa oleh gerakan feminisme. Hasil kaji
selidik adalah seperti dalam Graf bar 5.
ISLAM MENOLAK SEPENUHNYA APA-APA YANG DIBAWA FEMINISME
Graf bar 5
Melalui jawapan responden, dapat dirumuskan bahawa 11 orang responden, termasuk
seorang responden perempuan beragama Buddha dan seorang responden beragama Kristian
bersetuju bahawa Islam menolak sepenuhnya apa-apa yang dibawa oleh feminisme. Ia
bersamaan dengan 31.43%, manakala 68.57 % selebihnya menyatakan bahawa mereka tidak
bersetuju denga kenyataan tersebut yang mana dua orang responden bukan Islam yang berbaki
tergolong dalam kumpulan ini.
FEMINISME MEMPERJUANGKAN HAK-HAK WANITA YANG DIABAIKAN OLEH
ISLAM
Graf bar 6
Daripada Graf bar 6 di atas, seramai 14 orang responden, menyamai 40% responden
menyatakan persetujuan mereka dengan kenyataan feminisme memperjuangkan hak-hak wanita
yang diabaikan oleh Islam, yang mana golongan responden bukan Islam juga termasuk dalam
kategori ini. Selebihnya menyatakan bahawa mereka tidak bersetuju, iaitu sebanyak 57.14 %,
dan seorang responden menyatakan pengecualian dalam merespon persoalan ini yang menyamai
2.85 % daripada jumlah keseluruhan responden.
Selainitu, untuk soalan kepada responden, kami bertanyakan pendapat mereka mengenai
Islam adalah agama yang mempertahankan hak-hak wanita keseluruhannya. Berikut merupakan
hasil kaji selidik.
ISLAM ADALAH AGAMA YANG MEMPERTAHANKAN HAK-HAK WANITA
KESELURUHANNYA
Senarai 2
Perbadanan Bantuan Wanita (WAO)Pusat Krisis Wanita (WCC)SISPEMBINA RCMPCahaya Bulan
Graf bar 7
Daripada soalan di atas, hampir keseluruhan responden memberi jawapan bahawa mereka
bersetuju Islam adalah agama yang mempertahankan hak-hak wanita secara syumul. Golongan
ini membolot 88.57 % daripada peratus keseluruhan yang mana seorang responden perempuan
beragama Hindu turut bersetuju dengan kenyataan di atas. Sebaliknya, 4 orang responden
termasuk seorang responden lelaki yang telah berkahwin dan 3 orang golongan bukan Islam
selebihnya menyatakan bahawa mereka tidak bersetuju Islam menjaga hak-hakwanita
keseluruhannya.
Melaluikaji selidik secara kualitatif, kami bertanyakan soalan kepada responden
mengenai gerakan feminisme di Malaysia yang diketahui oleh responden. Berikut adalah senarai
jawapan yang diberikan.
Jika disemak semula, Perbadanan Bantuan Wanita (WAO) merupakan satu gagasan
persatuan yang membela kebajikan wanita pada zaman sebelum. Selain itu, Pusat Krisis Wanita
(WCC) merupakan satu badan bukan kerajaan yang menjaga hak-hak wanita yang sedia ada, ia
bukanlah satu gerakan yang menuntut perjuangan hak-hak wanita tetapi lebih menjurus kepada
penjagaan hak itu sendiri.
Seperti yang dibincangkan secara meluas dalam kajian ini, SIS merupakan gerakan
feminisme yang sangat popular di Malaysia yang memperjuangkan hak-hakwanita.
Bagi Persatuan Belia Islam Nasional Royal College of Medicine Perak (PEMBINA
RCMP), persatuan ini sebenarnya menentang gerakan feminisme dan bukanlah penyokong
kepada gerakan tersebut. Manakala yang terakhir ialah Cahaya Bulan, ia merupakan satu nama
blog yang membincangkan hal-hal wanita. Responden yang memberikan jawapan-jawapan di
atas berkemungkinan mencari di laman sesawang tanpa membaca penuh artikel suatu isi.
Hak wanita Islam untuk menyertai program Ratu CantikHak untuk talak seperti lelaki Menuntut hak keamanan untuk wanitaMenuntut persamaan taraf dalam pekerjaanKajian semula isu homoseksualKajian semula Al-QuranKajian semula Al-hadisPenderaan oleh suamiLayanan tidak adil di tempat kerja.PoligamiGangguan seksual
Senarai 3
Seterusnya, kami mengkaji kefahaman responden tentang isu-isu wanita yang berlaku di
Malaysia. Antara jawapan responden telah dimuatkan dalam Senarai 3 di bawah.
Merujuk kepada senarai di atas, dapat disimpulkan bahawa responden cakna mengenai
isu-isu wanita walaupun ia tidak meluas. Mungkin kerana ia berkait dengan kehidupan mereka
atau orang di sekitar mereka.
Untuk yang terakhir, kami ingin mengetahui pandangan responden mengenai
pengetahuan mereka tentang hak-hak wanita dalam Islam. Hampir kesemua responden bukan
Islam tidak member apa-apa jawapan berkaitan dengan soalan ini. Senarai 4 merupakan antara
jawapan yang diberikan oleh responden.
PersamaanjantinadalamekonomiHakwanitamenjadiketuaHakmenuntuthartasamakadardenganlelakiAuratwanitaadalahhakwanitaBolehmenuntutfasakhjikasuamitidakadilBerhakmenjagaanakMendapatlayanan yang baikdarisemuamasyarakatMendapatnafkahzahirdanbatindarisuamiWanitaadahakdalammenuntutilmudanbersuaraBekerjadalam IslamDari sudutjenayah, sekiranyaadapasanganlelakidanperempuan yang disahkanberzina, kedua-duamerekaakandikenakanhukuman yang sama, berbezadenganhukum civil yang meletakkangolonganlelaki yang wajibdihukumsekiranyaumurperempuan yang terlibatitubelummelepasiumurdewasa
Senarai 4
Seperti soalan yang sebelum ini, jawapan yang diberikan masih kurang meluas skopnya
dan hanya berkisar mengenai wanita dan kehidupan seharian yang disedari. Kebanyakan aspek
masih kurang mendapat perhatian dalam kesedaran wanita.
1.4 – RUMUSAN
Gerakan feminisme ini pada asalnya merupakan satu gerakan yang ingin membebaskan
wanita dari penindasan dan diskriminasi. Namun, apabila martabat wanita diiktiraf perjuangan
feminisme ini mula menuntut hak kebebasan dan kesamarataan gender selain memperjuangkan
kebajikan wanita dari penindasan.
Di Malaysia, gerakan feminisme paling menonjol melalui pertubuhan Sister In Islam
(SIS). Terdapat juga pertubuhan lain yang memperjuangkan kebajikan wanita seperti PERTIWI,
WAO dan AWAM namun tidak mendukung gerakan feminisme.
Gerakan feminisme di Malaysia menuntut penggubalan undang-undang yang
memberikan kebebasan sepenuhnya kepada wanita tanpa terikat pada apa-apa peraturan
termasuk Syariah Islamiyyah
Analisis dari borang kaji selidik menunjukkan 51 % dari responden yakni separuh dari
keseluruhan responden tidak mengetahui mengenai gerakan feminisme di Malaysia. 71.43% dari
responden bersetuju bahawa gerakan feminisme memperjuangkan hak-hak wanita. Ini
menunjukkan kebanyakan responden yang terdiri daripada pelajar Universiti Malaya tidak
mempunyai pengetahuan atau pendedahan mengenai ideologi dan gerakan feminisme ini di
Malaysia.
Melalui kajian yang dibuat, gerakan feminisme ini ternyata memberi ancaman kepada
aqidah umat Islam kerana boleh menyebabkan umat Islam sendiri meragui keadilan dalam Islam.
Umat Islam hendaklah mendalami ilmu agama dengan jelas agar dapat mengetahui samada
fahaman yang dibawa oleh gerakan tertentu bertentangan ataun tidak dengan ajaran Islam.
Dalam hal ini, Jabatan atau badan yang berwajib seperti Jabatan Agama Islam, Jabatan
Kemajuan Islam (JAKIM) dan Majlis Fatwa hendaklah memberi pendedahan mengenai gerakan
feminisme ini kepada masyarakat agar pengetahuan mengenai gerakan ini diketahui oleh
masyarakat umum.
1.5 – RUJUKAN
BUKU
1) Al-Quran
2) Al-Hadith
3) Fatimah Syarha Mohd Noordin. (2011) Sebarkan CintaMu. Kuala Lumpur, Malaysia:
PTS Publication.
4) Ng, Cecilia. (1950) Feminism and The Women's Movement in Malaysia : An Unsung
(R)Evolution. Malaysia: Taylor & Francis.
LAMAN SESAWANG
1) http://www.scholastic.com/teachers/article/history-womens-rights-movements
2) http://history.house.gov/Exhibitions-and-Publications/WIC/Historical-Essays/No-
Lady/Womens-Rights/
3) http://www.muftiwp.gov.my/v1/doc/penerbitan/ISI_DALAM_LIBERAL.pdf
4) http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=1998&dt=0406&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=ot_04.htm#ixzz2lOvHSw
9E
5) http://www.ismaweb.net/v4/2013/10/gerakan-feminism-pintu-masuk-agenda-liberalisasi-
bahagian-1/
6) http://www.ismaweb.net/v4/2013/10/gerakan-feminism-pintu-masuk-agenda-liberalisasi-
bahagian-2/
7) http://www.pertiwi.1webonline.com/
8) http://www.wao.org.my
9) http://pembinarcmp.net/
10) http://www.kpwkm.gov.my/senada/senarai-ngo
BAHAN-BAHAN YANG TIDAK DITERBITKAN
KertasKerjaolehJabatan Agama Islam Selangor
(http://www.jais.gov.my/rnd/2012/julai/KertasKerja_4.pdf)
TEMU BUAL
1) Ustaz Hamidi Ismail
2) Professor Dr Kamil Bin Abdul Majid
1.6 – LAMPIRAN
Lampiran soalan- soalan temu bual dan soalan dalam borang kaji selidik yang diedarkan kepada
responden.
Soalan Temu Bual
1. Gerakan feminisme mendakwa islam menindas wanita, apakah hujah bagi menjawab isu
ini?
2. Adakah gerakan feminisme merbahaya akidah umat islam?
BORANG SOAL SELIDIKKERTAS KERJA BAGI SUBJEK PENGAJIAN TAMADUN ISLAM
DAN TAMADUN ASIA(GXEX 1414)KAJIAN TERHADAP GERAKAN FEMINISME DAN PERBANDINGANNYA DENGAN
AGAMA ISLAM DI MALAYSIA.
PengenalanBorang soal selidik ini digunakan untuk membuat kajian terhadap gerakan feminisme dan
perbandingannya dengan agama Islam di Malaysiabagi tujuan memenuhi keperluan kertas kerja bagi subjek TITAS (GXEX 1414). Secara ringkasnya, feminisme ialah sebuah gerakan wanita yang menuntut hak kesamarataan antara lelaki dan perempuan dalam bidang politik, sosial, ekonomi serta undang-undang keselamatan bagi melindungi wanita dari kebahayaan dan dari sebarang diskriminasi gender.
Terdapat dua bahagian dalam borang soal selidik ini iaitu BAHAGIAN A dan BAHAGIAN B (i)(ii)(iii). Kerjasama tuan/puan/encik/cik untuk menjawab soal selidik ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
BAHAGIAN A : LATAR BELAKANG RESPONDENArahan:Sila tandakan (/) pada kotak yang disediakan.
1. Jantina:
2. Umur:
3. Bangsa:
4. Agama:
Lelaki Perempuan
19 – 23 tahun 29 – 33 tahun
24 – 28 tahun 34 tahun dan ke atas
CinaMelayu
India Lain-lain :______________
Islam Kristian
Hindu Lain-lain :______________
Buddha
5. Status:
6. ( Fakulti ) _______________________________( Tahun Pengajian ) _______________________________(Peringkat Pengajian) _______________________________
BAHAGIAN B: PENGETAHUAN TENTANG FEMINISMEArahan: Soalan 1 – 4. Sila bulatkan pilihan anda.
1 = Sangat Tahu 2 = Tahu 3 = Tidak Tahu
Bil. Pernyataan 1 2 3
1 Adakah anda tahu apa itu feminisme? 1 2 3
2 Adakah anda mengenali tokoh feminisme di Malaysia? 1 2 3
3Adakah pertubuhan Sister In Islam (SIS) merupakan salah satu daripada gerakan feminisme di Malaysia?
1 2 3
4 Adakah anda mengetahui gerakan feminisme disekitar anda? 1 2 3
(ii) Soalan 5 – 11. Berdasarkan kenyataan di bawah, gariskan setuju atau tidak setuju.
Antara tuntutan-tuntutan yang dibawa oleh gerakan feminisme di Malaysia ialah:
1. Perkahwinan diantara Muslim dan bukan Muslim adalah sah.2. Menuntut harta warisan yang sama banyak dengan lelaki.3. Menolak poligami.4. Menuntut hak kesamarataan antara lelaki dan perempuan dalam bidang politik, sosial,ekonomi serta undang-undang keselamatan.
5. Adakah tuntutan-tuntutan tersebut wajar dilaksanakan?(Setuju / Tidak setuju)
6. Adakah gerakan feminisme wujud di Malaysia?(Setuju / Tidak setuju)
Bujang Janda/ Duda
Berkahwin Lain-lain :______________
7. Gerakan feminisme memperjuangkan hak-hak wanita.(Setuju / Tidak setuju)
8. Adakah feminisme bertentangan dengan ajaran agama Islam?(Setuju / Tidak setuju)
9. Adakah Islam menolak sepenuhnya apa yang dibawa oleh feminisme?(Setuju / Tidak setuju)
10. Terdapat hak-hak wanita diabaikan dalam Islam tetapi diperjuangkan oleh gerakan feminisme.(Setuju / Tidak setuju)
11. Islam adalah agama yang mempertahankan hak-hak wanita keseluruhannya.(Setuju / Tidak setuju)
(iii) Soalan 12 – 14. Isikan tempat kosong dan bulatkan mana yang berkenaan.
12. Namakan gerakan feminisme yang anda ketahui di Malaysia ini:i. ____________________________________________________________ii. ____________________________________________________________iii. ____________________________________________________________
13. Adakah anda tahu isu-isu berkaitan hak-hak wanita di Malaysia?
Ya / Tidak
Jika ya, sila nyatakan:i. _____________________________________________________________ii. _____________________________________________________________iii. _____________________________________________________________
14. Nyatakan hak-hak wanita di dalam Islam yang anda ketahui:
i. _____________________________________________________________ii. _____________________________________________________________iii. _____________________________________________________________
SOALAN TAMAT. TERIMA KASIH.