Kajian Kes Belanjawan Tunai

  • Upload
    umi2805

  • View
    217

  • Download
    11

Embed Size (px)

Citation preview

Kaedah Mengajar Perkaunan (PPE3033)

KAJIAN KES: BELANJAWAN TUNAI 1.0 PROFIL SYARIKAT

Nama Syarikat: Alamat:

Norzan Bakeri dan Kek B8,Kawasan Industri Mara(KIM) Batu 7 Jalan Tambun 31150 Ulu Kinta Perak Darul Ridzuan.

No.Pendaftaran Perniagaan:

IP0192972-T

No.Fail Lesen MBI: G8/B/1/16/5/03 Modal Pembukaaan: RM150,000.00 Jumlah Pekerja: Kenderaan: 15 Orang Nissan Vanette

Norzan Bakeri dan Kek yang ditubuhkan pada 6 Jun 2003 merupakan sebuah perniagaan milik bumiputera sepenuhnya. Perniagaan ini mengeluarkan pelbagai produk seperti kek, roti, pizza, biskut dan donat.. Nama syarikat Norzan Bakeri dan Kek diilhamkan daripada gabungan dua nama pengurus dan timbalan pengurus iaitu En.Azizan Bin Saari dan Pn. Nor Hasimah Binti Abdul Karim. Mereka berdua adalah pasangan suami isteri yang bekerjasama menubuhkan syarikat ini. Perniagaan Norzan Bakeri dan Kek seterusnya beralamat di B8,Kawasan Industri Mara (KIM),Batu 7 Jalan Tambun , 31150 Ulu Kinta,Perak Darul Ridzuan terletak di tengah-tengah antara The Lost World Of Tambun dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan beberapa buah sekolah rendah serta menengah di kawasan Ulu Kinta. Kini Norzan Bakeri dan Kek mempunyai tiga cawangan kedainya iaitu di Bercham Jaya, Chemor dan di Chandan Desa.1

Kaedah Mengajar Perkaunan (PPE3033)

Dalam urusan perniagaan Norzan Bakeri dan Kek ini, perniagaan ini juga mempunyai pemiutangnya yang tersendiri. Antara pemiutangnya terdiri daripada pengeluar, pembekal dan pemborong utama bahan mentah yang membekalkan bekalan kepada perniagaan ini. antaranya ialah seperti United Malayan Floor (1996) Sdn Bhd, Delima Oil Product Sdn Bhd, Lam Soon Edible Oil, FFM Berhad, Kasihku Makerting Sdn Bhd, Wah Seng (1986) Sdn Bhd Intrico Sdn Bhd, Kilang Gula Felda Perlis Sdn Bhd, Ara Frozen Food & Fresh, Perniagaan Liew Pheng, Rushydar Enterprise, Rostazi Enterprise dan Merit Food Ingredients Supply.

2.0 IDEA Seorang peniaga yang pandai mengendalikan wang sentiasa memastikan perniagaannya mempunyai wang tunai yang cukup supaya perniagaannya dapat berjalan dengan lancar, sistematik dan terkawal. Peniaga mesti memastikan modal perniagaan tidak terikat pada stok atau asset bukan semasa yang sukar ditukar ke bentuk tunai. Oleh kerana baki tunai di tangan perniagaan sentiasa berubah, peniaga harus memastikan terdapat tunai yang cukup untuk membeli stok baru, membiayai segala perbelanjaan pengendalian perniagaan, serta menjelaskan hutang kepada pemiutang. Jika aliran masuk tunai melebihi aliran keluar tunai, maka perniagaan tidak akan menghadapi masalah aliran tunai. Jika aliran masuk tunai melebihi aliran keluar tunai, maka tabung wang perniagaan bertambah dan perniagaan mampu bayar. Sebaliknya, jika aliran masuk tunai kurang daripada aliran keluar tunai, maka tabung wang perniagaan berkurang dan perniagaan tidak mampu membuat bayaran. Oleh itu, Belanjawan Tunai perlu disediakan untuk merancang dan mengawal aliran wang tunai bagi sesuatu tempoh tertentu, biasanya satu tahun. Belanjawan tunai merupakan satu jadual yang menunjukkan anggaran tunai masuk dan tunai keluar bagi sesuatu tempoh. Misalnya tiga bulan, empat bulan, atau enam bulan. Penyediaan belanjawan tunai adalah penting kerana ia dapat memberi maklumat tentang penerimaan tunai, pembayaran tunai, dan bakinya bagi satu tempoh. Ianya juga dapat menunjukkan keupayaan tunai sesebuah perniagaan sama ada2

Kaedah Mengajar Perkaunan (PPE3033)

perniagaan mampu membayar perbelanjaan pengurusan perniagaan serta menjelaskan hutangnya atau tidak. Selain dari itu, penyediaan belanjawan tunai dapat membantu perniagaan merancang pendapatan dan perbelanjaan serta membolehkan perniagaan membuat perbandingan antara pendapatan dan perbelanjaan wang yang sebenar dengan anggaran yang telah dibuat dalam Belanjawan Tunai.

3.0 MASALAH YANG DIHADAPI (LEARNING ISSUES) Antara masalah yang dihadapi oleh Norzan Bakeri dan Kek adalah seperti berikut: i. Kedudukan ekonomi yang tidak menentu Keadaan ekonomi yang tidak menentu juga merupakan satu ancaman kepada pihak Norzan. Misalnya harga bahan mentah seperti tepung amat mempengaruhi harga produk Norzan. Norzan juga terpaksa menaikkan harga produknya sekiranya harga bahan mentah turut naik. Ini akan memberi kesan kepada permintaan dari pelanggan yang mana permintaan akan menurun akibat dari kenaikan harga. ii. Risiko hutang lapuk Selain itu, Norzan juga berdepan dengan risiko hutang lapuk. Ini kerana terdapat juga urusniaga dijalankan secara kredit. Risiko ini lebih tinggi jika pelanggan tersebut merupakan orang perseorangan atau dari peniaga kecil. iii. Pengurusan Sistem perakaunan yang kurang sistematik Norzan Bakeri dan Kek tidak mempunyai sistem perakaunan yang sistematik. Pihak pengurusan hanya membuat catatan jualan di dalam buku jualan setiap hari. Ini diakui oleh Norzan Bakeri dan Kek itu sendiri yang mengatakan mereka masih menggunakan kaedah manual dalam urusan perakaunan dak kurang bersistematik.iv. Peningkatan Penggunaan Teknologi Masa Kini

Perubahan dalam teknologi juga menjadi satu ancaman dan masalah kepada pihak Norzan terutamanya peralatan-peralatan mesin yang digunapakai pada masa sekarang. Sekiranya pihak Norzan tidak peka terhadap perkembangan mesin3

Kaedah Mengajar Perkaunan (PPE3033)

mesin tersebut, ia akan menyebabkannya mereka ketinggallan dan mungkin akan memberi kesan kepada produktiviti perniagaan mereka. v. Kesetiaan pekerja Kesetiaan pekerja Norzan Bakeri dan Kek akan menurun sekiranya pihak Norzan tidak prihatin akan kebajikan pekerjanya. Sekiranya tiada pekerja yang mahir, kualiti produk akan terjejas seterusnya akan mempengaruhi permintaan pelanggan terhadap Norzan. vi. Kesetiaan pelanggan Kesetiaan pelanggan juga boleh terjejas sekiranya Norzan Bakeri dan Kek tidak mengambil langkah untuk meningkatkan kepakaran mereka terhadap penggunaan teknologi terkini. Pelanggan mungkin akan beralih kepada organisasi perniagaan yang dapat memberi perkhidmatan dan produk yang selari dengan perkembangan teknologi terkini. vii. Kekurangan pekerja Norzan tidak mempunyai kerani akaun dan kerani am untuk menguruskan hal-hal perakaunan dan pengurusan. Keadaan ini agak menyulitkan operasi perniagaan.viii.

Tidak dapat membezakan entiti perniagaan dengan entiti peribadi

dalam berbelanja. Norzan Bakeri dan Kek telah mencampuradukkan perbelanjaan peribadi dengan perbelanjaan perniagaan. Semasa urusan perbelanjaan, Norzan tidak mengasingkan antara perbelanjaan entiti perniagaan dengan entiti peribadi. Keadaan ini akan menyebabkan terjadinya kekeliruan semasa mengira untung rugi. ix. Pesaing ramai

Norzan mempunyai pesaing yang sangat ramai dalam industry ini. Kebanyakan pesaing-pesaing tersebut merupakan peniaga berbangsa Cina yang mendapat bekalan barang yang lebih murah dan mampu menawarkan harga jualan yang lebih murah dari harga yang ditawarkan oleh Norzan.

4

4.0 CADANGAN TINDAKAN (ACTION PLAN)

Kaedah Mengajar Perkaunan (PPE3033)

Norzan Bakeri dan Kek perlu mempunyai sistem perakaunan yang sistematik untuk mengetahui kedudukan dan kestabilan perniagaannya yang sebenar. Norzan boleh menggunakan sistem perakaunan yang terkini supaya makumat-maklumat perakaunan lebih tersusun. Selain dari itu, organisasi Norzan juga boleh mengambil kerani akaun untuk melakukan tugasan-tugasan berkaitan perakaunan supaya sistem perakaunan Norzan lebih terurus. Norzan juga perlu membezakan entiti perniagaan dengan entiti peribadi supaya mereka tidak terkeliru semasa membuat perkiraan untung dan rugi. Bagi mengurangkan beban tentang masalah kenaikan harga bahan mentah dan risiko hutang lapuk, perniagaan ini boleh menyediakan belanjawan tunai untuk merancang dan mengawal aliran wang tunai mereka.penyediaan Belanjawan Tunai adalah penting kerana ia dapat memberi maklumat tentang penerimaan tunai, pembayaran tunai, dan bakinya bagi satu tempoh. Ianya juga dapat menunjukkan keupayaan tunai sesebuah perniagaan, perbelanjaan Bagi meningkatkan kesetiaan pelanggan, Norzan Bakeri dan Kek boleh mempelbagaikan lagi produk mereka untuk menarik minat pelanggan. Norzan Bakeri dan Kek boleh menambah perkhidmatan dan produk sampingan misalnya menjual peralatan kek dan roti. Pelanggan akan tertumpu ke kedai Norzan Bakeri dan Kek sekiranya mereka ingin membeli peralatan membuat kek seperti acuan dan sebagainya. Norzan juga boleh meluaskan pasaran baru dengan meningkatkan promosi. Nama Norzan Bakeri dan Kek belum tersebar luas dan kurang dikenali. Sekiranya nama Norzan Bakeri dan Kek dikenali,pasti permintaan akan meningkat kerana status bumiputera dan produknya yang halal dapat mempengaruhi pengguna untuk membeli produk dari Norzan. Pihak Norzan perlu mengikuti perkembangan semasa berkaitan dengan penggunaan teknologi dan mesin-mesin yang terkini. Ini bertujuan untuk mengelakkan mereka ketinggalan dalam era teknologi masa kini.Untuk meningkatkan kesetiaan pekerja pula, pihak Norzan perlu mengambil kira kebajikan, motivasi, nasihat atau teguran dan sebagainya kepada semua ahli pekerja. Sekiranya ada masalah antara pekerja, mestilah diselesaikan secepat yang mungkin.5

serta membantu

perniagaan merancang pendapatan

dan

Kaedah Mengajar Perkaunan (PPE3033)

5.0 CONTOH SOALAN Soalan 1 Pada hujung setiap bulan, pihak bank akan menyediakan satu salinan rekod Akaun Semasa pelanggannya. Salinan ini dipanggil A B C D Penyata Penyesuaian Bank. Makluman Debit. Penyata Bank. Makluman Kredit.

Soalan 2 Baki Buku Tunai melebihi baki Penyata Bank apabila terdapat I II III IV A B C D deposit/cek belum dikreditkan. cek tak layan. dividen pelaburan. caj bank. I dan II II dan III I, II, dan IV I, II, III, dan IV

6

Kaedah Mengajar Perkaunan (PPE3033)

Soalan 3 Encik Azizan memulakan perniagaan bakeri dan kek di Perak. Norzan Bakeri dan Kek dijangka beroperasi pada 1 Oktober 2003 dengan modal tunai RM 2 000 dan tunai di bank RM38 000. Yang berkut adalah anggaran penerimaan dan pembayaran bagi 3 bulan berakhir 31 Disember 2003. i.ii.

Belian kredit bahan mentah adalah seperti berikut: Pada bulan Oktober, 6 orang pekerja diambil dan ditambah 4 orang lagi pada bulan Disember. Gaji bulanan seorang pekerja ialah RM600.

iii. iv.

Sewa premis bulanan ialah RM1 800. Pada bulan November, perniagaan mendapat pinjaman bank RM20 000. Bayaran balik pinjaman ialah RM650 setiap bulan bermula Disember.

v.

Perabot bernilai RM4 800 dibeli secara tunai pada bulan Oktober. Semua perabot disusutnilaikan 10% setahun atas kos.

vi.

Belanja angkutan RM290 setiap bulan manakala pada bulan Disember bertambah sebanyak 30% daripada bulan sebelumnya.

Berdasarkan maklumat di atas, sediakan Belanjawan Tunai Norzan Bakeri dan Kek bagi 3 bulan berakhir 31 Disember 2003.

Soalan 4 Baki Akaun Bank dalam Buku Tunai Norzan menunjukkan baki kredit sebanyak RM 3 500. Baki ini berbeza dengan baki Penyata Bank pada 30 November 20X3. Setelah disemak dengan teliti, didapati perbezaan baki berpunca daripada perkara-perkara berikut. i. Cek bernilai RM850 daripada Syarikat Faizal dan RM1 050 daripada Ella yang didepositkan pada 29 November 20X3 belum lagi dikreditkan oleh bank.

7

Kaedah Mengajar Perkaunan (PPE3033)

ii.

Cek yang dikeluarkan oleh Norzan belum dikemukakan kepada bank untuk bayaran: a. Cek No. 10020 RM6 030 b. Cek No. 10039 RM1 520

iii.

Bank telah membayar ansuran perabot sebanyak RM80 bagi pihak Norzan mengikut perintah sedia ada.

iv.

Bank telah menerimabayaran sebanyak RM350 daripada Encik Rayner, seorang penghutang.

v.

Norzan telah membayar sekeping cek bernilai RM1 800 kepada Hamidi Bhd., tetapi tersalah catat dalam Buku Tunai sebanyak RM1 800.

vi.

Bank telah mengenakan faedah RM85 atas overdraf dan komisen RM20 yang tidak dicatatkan dalam Buku Tunai.

Anda dikehendaki menyediakan Penyata Penyesuaian Bank pada 30 November 20X3.

Soalan 5 Perniagaan Norzan Bakeri dan Kek telah menyediakan anggaran kewangan bagi suku tahun berakhir 30 September 20X4. Anggaran tersebut adalah seperti yang berikut: i. Jualan tunai bagi bulan Julai 20X4 dianggarkan berjumlah RM20 000 dan dijangka akan bertambah pada tiap-tiap bulan sebanyak 10% daripada jualan sebelumnya. ii. Belian sebenar bulan Jun 20X4 berjumlah RM12 000. Anggaran belian adalah seperti yang berikut: a. Julai b. Ogos c. September RM14 000 RM15 000 RM16 0008

Kaedah Mengajar Perkaunan (PPE3033)

Semua belian diberikan tempoh kredit sebulan. iii. Anggaran pembayaran tunai setiap bulan adalah seperti berikut: a. Komisen jurujual 5% daripada jualan b. Kadar bayaran c. Sewa d. Upah e. Telefon iv. RM150 RM600 RM1 000 RM250

Perniagaan Norzan Bakeri dan Kek bercadang untuk membeli sebuah computer bernilai RM3 000 secara tunai pada awal bulan Ogos 20X4.

Maklumat tambahan: i. ii. Baki tunai 1 Julai 20X4 adalah RM3 000. Komputer disusutnilaikan 10% setahun atas kos.

Anda dikehendaki menyediakan satu Belanjawan Tunai dari bulan Julai sehingga September 20X4 bagi Perniagaan Norzan Bakeri dan Kek.

9

Kaedah Mengajar Perkaunan (PPE3033)

6.0 SKEMA JAWAPAN

Jawapan Soalan Objektif 1. C 2. C Jawapan soalan 3 Kedai Norzan Bakeri dan Kek Penyata Belanjawan Tunai Bagi 3 Bulan Berakhir 31 Disember 20X3 Baki awal Penerimaan Modal Pinjaman Jualan Pembayaran Pemiutang Gaji Sewa Premis Bayaran balik pinjaman Perabot Belanja angkutan Oktober (RM) 40 000 5 900 45 900 3 600 1 800 4 800 290 10 490 November (RM) 35 410 20 000 20 000 3 600 3 600 1 800 290 9 290 Disember (RM) 46 120 46 120 4 300 6 000 1 800 650 377 13 12710

Kaedah Mengajar Perkaunan (PPE3033)

Baki akhir

35 410

46 120

32 993

Jawapan soalan 4 Penyata penyesuaian Bank pada 30 November 20X3 RM Baki kredit Buku Tunai Campur Cek-cek belum dikemukakan No. 10020 No. 10039 En. Rayner 6 030 1 520 7 550 350 7 900 4 400 Tolak Deposit yang belum dikreditkan: Syarikat Faizal Ella Ansuran perabot Hamidi Bhd (kesilapan) Faedah Overdraf Komisen 850 1 050 1 900 80 720 85 20 2 80511

RM

RM (3 500)

Kaedah Mengajar Perkaunan (PPE3033)

Baki kredit Penyata Bank

1 595

Jawapan Soalan 5 Penyata Aliran Tunai bagi 3 bulan Berakhir 30 September 20X4 Butir Penerimaan Tunai Jualan Jumlah Pembayaran Tunai Pemiutang Komisen Jurujual Kadar Bayaran Sewa Upah Telefon Belian Komputer Jumlah Lebihan/ (kurangan) Baki awal Baki akhir Julai (RM) 20 000 20 000 12 000 1 000 150 600 1 000 250 15 000 5 000 3 000 8 000 Ogos (RM) 22 000 22 000 14 000 1 100 150 600 1 000 250 3 000 20 100 1 900 8 000 9 900 September (RM) 24 200 24 200 15 000 1 210 150 600 1 000 250 18 210 5 990 9 900 15 890

12

Kaedah Mengajar Perkaunan (PPE3033)

Rajah 1: Kilang Bakeri dan Kek Norzan.

Rajah 2: Cawangan Kedai Di Bercham Raya

13

Kaedah Mengajar Perkaunan (PPE3033)

Rajah 3: Cawangan Kedai Di Chemor.

PROFIL PEMILIK SYARIKAT

REKOD URUSNIAGA

14

Kaedah Mengajar Perkaunan (PPE3033)

REKOD PENGELUARAN15

Kaedah Mengajar Perkaunan (PPE3033)

RESIT DARI PEMBEKAL16

Kaedah Mengajar Perkaunan (PPE3033)

CATATAN BULANAN17

Kaedah Mengajar Perkaunan (PPE3033)

18

Kaedah Mengajar Perkaunan (PPE3033)

19

Kaedah Mengajar Perkaunan (PPE3033)

20

Kaedah Mengajar Perkaunan (PPE3033)

21