21
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 57-77 57 Jurnal Pengajian Islam ISSN: 1823 7126 E-ISSSN: 0127-8002 2017, Bilangan 10, Isu 1, Halaman 57-77 KAEDAH AL-QURAN DALAM MENANGANI MASALAH SOSIAL: KAJIAN DI PUSAT PERLINDUNGAN MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS) METHOD OF AL-QURAN IN DEALING WITH SOCIAL PROBLEMS: A STUDY IN THE PROTECTION CENTRE OF THE SELANGOR ISLAMIC RELIGIOUS COUNCIL (MAIS) Sahlawati Abu Bakar 1* , Nurzatil Ismah Azizan 2 , Nazneen Ismail 3 , Zanariah Dimon 4 1 Pensyarah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, [email protected] 2 Pensyarah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, [email protected] 3 Pensyarah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, [email protected] 4 Pensyarah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, [email protected] * Penulis Penghubung Artikel diterima: 29 Mac 2017 Selepas Pembetulan: 2 Ogos 2107 Diterima untuk terbit: 2 Ogos 2017 Abstrak Golongan remaja sebagai sasaran dalam meruntuhkan sesebuah masyarakat. Remaja yang tidak mempunyai kekuatan agama akan mudah terjerumus dalam masalah sosial. Bagi merawat remaja yang terjebak dengan masalah sosial ini terdapat pusat-pusat perlindungan yang mengambil inisiatif memberikan pemulihan dari aspek rohani. Pelbagai kaedah digunakan oleh pusat-pusat perlindungan ini bagi merawat pelatih yang mempunyai masalah sosial. Antaranya ialah Pusat Perlindungan di Selangor di bawah seliaan Majlis Agama Islam Selangor MAIS yang menggunakan kaedah rawatan melalui pendekatan al-Quran. Kajian ini dilaksanakan dengan tujuan meneroka pendekatan al-Quran yang digunakan oleh Pusat Perlindungan MAIS dalam merawat pelatih yang mempunyai masalah sosial. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan rekabentuk kajian deskriptif. Data diperolehi melalui temubual dan dianalisis menggunakan pendekatan pengkodan tematik. Hasil kajian mendapati bahawa pendekatan al-Quran yang diamalkan di pusat- pusat perlindungan tersebut ialah pendekatan akidah dan kerohanian, ilmu, ibadah, jihad dan disiplin, bi’ah salihah, qudwah hasanah, psikologi, doa, sentuhan syariat serta zikir dan wirid. Kata Kunci Masalah sosial, pusat pemulihan, kaedah al-Quran, qudwah, bi’ah Abstract Teenagers who do not have the strength of religion could easily involve in social problems. For treating teenagers who stuck with this social problem there is

KAEDAH AL-QURAN DALAM MENANGANI MASALAH …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/.../2017/12/10-01-04.pdf · Jurnal Pengajian Islam ISSN: 1823 7126 ... yang rata-rata melibatkan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KAEDAH AL-QURAN DALAM MENANGANI MASALAH …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/.../2017/12/10-01-04.pdf · Jurnal Pengajian Islam ISSN: 1823 7126 ... yang rata-rata melibatkan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 57-77 57

Jurnal Pengajian Islam ISSN: 1823 7126

E-ISSSN: 0127-8002 2017, Bilangan 10, Isu 1, Halaman 57-77

KAEDAH AL-QURAN DALAM MENANGANI MASALAH SOSIAL: KAJIAN DI PUSAT PERLINDUNGAN MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS)

METHOD OF AL-QURAN IN DEALING WITH SOCIAL PROBLEMS: A STUDY IN THE PROTECTION CENTRE OF THE SELANGOR ISLAMIC RELIGIOUS COUNCIL (MAIS)

Sahlawati Abu Bakar1*

, Nurzatil Ismah Azizan2, Nazneen Ismail

3, Zanariah

Dimon4

1 Pensyarah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, [email protected] 2 Pensyarah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, [email protected] 3 Pensyarah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, [email protected] 4 Pensyarah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, [email protected]

* Penulis Penghubung

Artikel diterima: 29 Mac 2017 Selepas Pembetulan: 2 Ogos 2107 Diterima untuk terbit: 2 Ogos 2017

Abstrak Golongan remaja sebagai sasaran dalam meruntuhkan sesebuah masyarakat. Remaja yang tidak mempunyai kekuatan agama akan mudah terjerumus dalam masalah sosial. Bagi merawat remaja yang terjebak dengan masalah sosial ini terdapat pusat-pusat perlindungan yang mengambil inisiatif memberikan pemulihan dari aspek rohani. Pelbagai kaedah digunakan oleh pusat-pusat perlindungan ini bagi merawat pelatih yang mempunyai masalah sosial. Antaranya ialah Pusat Perlindungan di Selangor di bawah seliaan Majlis Agama Islam Selangor MAIS yang menggunakan kaedah rawatan melalui pendekatan al-Quran. Kajian ini dilaksanakan dengan tujuan meneroka pendekatan al-Quran yang digunakan oleh Pusat Perlindungan MAIS dalam merawat pelatih yang mempunyai masalah sosial. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan rekabentuk kajian deskriptif. Data diperolehi melalui temubual dan dianalisis menggunakan pendekatan pengkodan tematik. Hasil kajian mendapati bahawa pendekatan al-Quran yang diamalkan di pusat-pusat perlindungan tersebut ialah pendekatan akidah dan kerohanian, ilmu, ibadah, jihad dan disiplin, bi’ah salihah, qudwah hasanah, psikologi, doa, sentuhan syariat serta zikir dan wirid.

Kata Kunci Masalah sosial, pusat pemulihan, kaedah al-Quran, qudwah, bi’ah Abstract Teenagers who do not have the strength of religion could easily involve in social problems. For treating teenagers who stuck with this social problem there is

Page 2: KAEDAH AL-QURAN DALAM MENANGANI MASALAH …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/.../2017/12/10-01-04.pdf · Jurnal Pengajian Islam ISSN: 1823 7126 ... yang rata-rata melibatkan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 57-77 58

protection centres who take the initiative to provide recovery from spiritual aspect. A variety of methods used by this protection centers for treating trainees who have social problems. Among them are Protection Center in Selangor under the supervision of Majlis Agama Islam Selangor MAIS that applies method treatment through the Qur'an. The study was conducted with the aim of exploring the approach the Quran used by MAIS in treating trainees who have social problems. This is a qualitative study and the data is obtained through interviews and analysed using thematic coding approach. The study found that the approach that Quran practiced in the protection centres was faith and a spiritual approach, knowledge, discipline and worship, jihad, bi’ah salihah, good role model, psychological, prayer, Shari'a physical touch, zikir and wirid.

Keywords Social problems, rehabilitation centre, the rules of the Quran, role model, bi'ah

1. Pendahuluan Kadar masalah sosial dan jenayah di Selangor lebih tinggi berbanding di negeri-negeri lain. Ini adalah berpunca daripada bilangan penduduk Selangor yang lebih ramai. Statistik jenayah dalam kalangan pelajar di Selangor pada tahun 2013 mencatat jumlah 873 orang ( berumur 7 hingga 18) dan sehingga Mac 2014 ia mencatat 135 orang (www.sinarharian.com.my). Bagi membantu pihak berkuasa menyelesaikan masalah tersebut, pelbagai kaedah alternatif telah dilaksanakan termasuk pendekatan pemulihan di pusat-pusat perlindungan akhlak persendirian di negeri Selangor.

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sendiri mempunyai dua buah pusat perlindungan iaitu Pusat Pemulihan Wanita Baitul Ehsan di Sabak Bernam dan Pusat Pemulihan Akidah Baitul Iman di Ulu Yam. Di samping itu, MAIS turut menaungi 17 buah pusat perlindungan persendirian. Antaranya ialah Raudatussakinah, Rumah Kebajikan PERKID, Baitul Islah PERHID Shah Alam dan Rumah Sahabat SIDIM. Meskipun berbeza dari sudut sasaran pelatih dan bentuk pemulihan yang dijalankan, kesemua pusat ini bertujuan untuk membantu para pelatih ke arah memperbaiki kehidupan mereka. (www.mais.net.my 3 November 2015)

Oleh yang demikian kajian ini akan memfokuskan pendekatan al-Quran yang digunakan oleh Pusat Perlindungan MAIS dalam membantu merawat pelatih yang mempunyai masalah sosial. 2. Penyataan Masalah Masalah sosial adalah perlakuan negatif yang tidak bermanfaat di dalam anggota masyarakat (Roslan, 2011).Terdapat pelbagai masalah sosial yang rata-rata melibatkan keruntuhan akhlak remaja seperti pembuangan bayi, rogol, zina, dadah dan lain-lain. Kurangnya pendidikan agama dan moral menyebabkan berlaku jenayah, termasuk jenayah rogol yang mengancam kehormatan dan hak wanita. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak akan berzina seorang penzina kalau dia dalam keadaan beriman. Tidak akan mencuri seorang pencuri kalau dia dalam keadaan

Page 3: KAEDAH AL-QURAN DALAM MENANGANI MASALAH …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/.../2017/12/10-01-04.pdf · Jurnal Pengajian Islam ISSN: 1823 7126 ... yang rata-rata melibatkan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 57-77 59

beriman. Tidak akan minum khamar pula jika dia dalam keadaan beriman.” (Al-Bukhari, Kitab Hudud, Bab Dosa Orang Yang Berzina, No 6312).

Suasana dunia hari ini banyak mempengaruhi jiwa individu. Iklimnya telah mengalami proses pengasingan (alienation) dan serangan ideologi yang didasari oleh dominasi pola kehidupan moden yang materialistik, egoistik dan hedonistik. Sehinggakan perkara penting dalam kehidupan psikologi manusia banyak diabaikan bahkan dilupakan. Unsur-unsur moral dan rohani (spiritual) yang merupakan unsur terpenting menjadi satu bahagian yang terpisah dari kehidupan psikologi manusia. Suasana ini berkembang hasil daripada pengaruh fahaman sekularisme. Sulaiman Nordin (2010) menyatakan fahaman sekularisme menghasilkan pelbagai pemikiran-pemikiran yang membawa kesesatan, pemisahan antara roh dan jasad, dunia dan akhirat atau sains dan agama. Ideologi-ideologi sekularisme khususnya sosialisme memisahkan peranan pencipta daripada bidang ilmu pengetahuan sehingga menurut pandangan mereka agama adalah candu untuk masyarakat.

Ideologi tersebut juga telah memberi kesan kepada hati atau jiwa manusia sehingga manusia semakin beransur-ansur menjauhi Allah SWT seterusnya melupakan-Nya. Hati dan jiwa yang tidak tenang lebih mudah diresapi oleh unsur-unsur negatif seperti tingkah laku delinkuen iaitu sikap melanggar undang-undang atau melakukan perkara yang tidak diterima masyarakat serta terlibat dalam tingkah laku berisiko. (Mohd Noorikhwan 2013).

Keseriusan penyakit rohani masyarakat diakui semua pihak dengan dibuktikan oleh statistik permasalahan yang sentiasa meningkat saban tahun. Contohnya kajian yang dibuat oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (2010) terhadap 2,403 orang responden berhubung keterlibatan dalam tingkah laku delinkuen menunjukkan 94 peratus daripada mereka mengaku pernah terlibat sekurang-kurangnya sekali berbanding 6 peratus yang tidak pernah terlibat langsung.

Manakala hasil kajian yang dijalankan ke atas 200 orang remaja mendapati tahap pengetahuan majoriti (89.5 peratus) remaja berada pada tahap sederhana. Hasil kajian turut mengambarkan bahawa semakin tinggi pengetahuan agama, maka semakin rendah kecenderungan remaja untuk terlibat dengan aktiviti yang tidak bermoral dan menyalahi undang-undang negara (Fauziah Ibrahim et.al: 2012, 88).

Justeru, fokus rawatan masalah sosial masyarakat hari ini sewajarnya ditumpukan kepada aspek kerohanian tanpa mengabaikan aspek lain. Ini kerana meskipun pelbagai rawatan disediakan pihak kerajaan dan swasta tetapi tetap tidak berjaya mengurangkan ancaman unsur negatif ini. Antara kelemahan yang dapat dilihat ialah kurangnya tumpuan diberikan kepada pembangunan rohani pesakit.

Rawatan kepada penyakit rohani ini disebut juga sebagai psikospiritual dalam psikologi. Teori psikospiritual Islam didefinisikan sebagai satu kaedah perawatan kejiwaan dan kerohanian yang berteraskan sumber-sumber ketuhanan dan amalan Islam yang tidak

Page 4: KAEDAH AL-QURAN DALAM MENANGANI MASALAH …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/.../2017/12/10-01-04.pdf · Jurnal Pengajian Islam ISSN: 1823 7126 ... yang rata-rata melibatkan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 57-77 60

bercanggah dengan prinsip syariah. Matlamatnya ialah untuk melahirkan kestabilan diri, jiwa dan roh (Utusan Melayu 2013).

Psikospiritual mempunyai kaitan secara langsung dengan tasawuf Islam. Pendekatan tasawuf terbukti mampu mengisi kekosongan hati, mendidik jiwa dan menenangkan fikiran (Dara Aisyah 2013). Justeru, tidak hairanlah apabila kaedah psikospiritual dijadikan alternatif oleh pihak-pihak tertentu kepada pusat-pusat pemulihan dan rawatan dadah yang sedia ada memandangkan terdapat sebilangan besar penagih dadah mengulangi penyalahgunaan bahan tersebut meskipun telah melalui rawatan. Dalam Islam, masalah ketagihan dadah tidak dianggap sebagai isu fizikal semata-mata, sebaliknya ia juga dianggap sebagai penyakit rohani. Lantaran itu, gabungan rawatan yang berteraskan biologi, sosial psikologi dan agama wajar dijadikan pilihan. (Utusan Melayu 2013, Dara Aisyah 2013).

Terdapat banyak pusat-pusat rawatan pemulihan yang ditubuhkan bertujuan merawat pelatih yang mempunyai masalah sosial. Pusat-pusat ini menggunakan pelbagai kaedah dalam rawatan. Namun, pusat perlindungan MAIS dilihat mempunyai tatacara bersifat sistematik dalam menjalankan aktiviti dan program pemulihan kepada para pelatih. Ini sesuai dengan misi MAIS untuk membangun dan melaksanakan program syiar Islam yang berimpak tinggi dan boleh dijadikan contoh oleh organisasi Islam.

Penyelidikan ini dilaksanakan bagi melihat pendekatan yang terdapat di dalam al-Quran sebagai jalan penyelesaian dalam menangani masalah sosial remaja. Al-Quran mempunyai keistimewaan dengan manhajnya yang tersendiri dengan membawa pendekatan rabbaniyyah, syumul, realistik, qat’i (tetap) dan bertahap (Muhammad Yusuf Khalid 2005). Penyelidikan ini dijalankan bagi mencari jawapan kepada persoalan apakah kaedah pendekatan al-Quran dalam menangani penyakit sosial atau jiwa yang rosak? Bagaimanakah pendekatan al-Quran digunakan oleh pusat perlindungan MAIS membantu merawat pelatih yang bermasalah sosial?

Oleh yang demikian, kajian ini dilakukan bagi menjawab persoalan-persoalan tersebut dan seterusnya mengemukakan cadangan yang bertepatan dan bermanfaat. 3. Objektif Kajian Berikut adalah objektif kajian ini: i. Mengenal pasti pendekatan al-Quran dalam menangani masalah sosial. ii. Meneroka pendekatan al-Quran yang digunakan oleh Pusat

Perlindungan MAIS dalam merawat pelatih yang mempunyai masalah sosial.

Page 5: KAEDAH AL-QURAN DALAM MENANGANI MASALAH …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/.../2017/12/10-01-04.pdf · Jurnal Pengajian Islam ISSN: 1823 7126 ... yang rata-rata melibatkan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 57-77 61

4. Kerangka Kajian

Kerangka kajian di atas merujuk kepada penyelesaian masalah sosial dalam kalangan remaja. Elemen-elemen dalam pendekatan al-Quran yang digunakan menggunakan ayat-ayat al-Quran serta hadis-hadis Nabi SAW sebagai teori. 5. Metodologi Kajian Bahagian metodologi akan membincangkan mengenai reka bentuk kajian, metode pengumpulan data serta metode analisis data. Reka Bentuk Kajian Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kaedah pemulihan yang digunakan oleh pusat perlindungan persendirian di bawah kawalan dan bantuan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Bagi mencapai objektif kajian, ia dijalankan dengan pandangan bahawa terdapat pelbagai cara berbeza dalam memahami perkara-perkara yang berlaku dan bagaimana manusia memberi makna kepada aktiviti dalam kehidupan mereka. Maka, kajian ini menepati reka bentuk kualitatif kerana kajian cuba memahami perspektif subjek kajian melalui kefahaman terhadap pendapat, pengalaman dan perasaan responden. Ia diperolehi melalui perspektif yang holistik. (Othman Lebar, 2009)

Dalam kajian kualitatif, terdapat beberapa set andaian yang mendasari penyelidikan sosial. Ia dirujuk sebagai paradigma positivis dan interpretivis. Andaian paradigma bagi falsafah utama yang mendasari semua jenis penyelidikan kualitatif adalah pandangan yang menjelaskan sesuatu realiti itu dibina oleh individu semasa berinteraksi dengan dunia sosial mereka. Pemahaman yang jelas tentang andaian-andaian paradigma penting kerana ia akan menyediakan hala tuju dalam reka bentuk semua fasa bentuk penyelidikan yang akan dijalankan (Bogdan dan Biklen 1998).

Page 6: KAEDAH AL-QURAN DALAM MENANGANI MASALAH …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/.../2017/12/10-01-04.pdf · Jurnal Pengajian Islam ISSN: 1823 7126 ... yang rata-rata melibatkan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 57-77 62

Selain itu kajian ini juga menggunakan andaian paradigma ontologi yang membincangkan tentang pendekatan al-Quran dalam menangani masalah sosial remaja dan proses pemulihan remaja di pusat perlindungan persendirian MAIS. Kajian ini melibatkan situasi yang dibentuk oleh pelbagai pihak yang terlibat dalam proses penyelidikan iaitu penyelidik, responden dan pembaca yang membuat interpretasi terhadap hasil kajian. Bentuk andaian paradigma ini memerlukan pengkaji melaporkan secara jujur realiti yang berlaku terhadap responden, sama ada realiti merupakan sesuatu yang objektif yang terdapat di luar minda manusia ataupun merupakan produk minda manusia itu sendiri. Kajian ini dijalankan dengan anggapan bahawa realiti tersebut berada dalam pengetahuan manusia. Bentuk realiti kajian kualitatif adalah bersifat subjektif dan pelbagai seperti yang dilihat oleh subjek kajian.

Kajian kualitatif mempunyai paradigma naturalis dengan bentuk kajian adalah realiti yang pelbagai dan holistik. Hubungan antara penyelidik dan subjek kajian adalah bersifat interaktif dan tidak boleh dipisahkan, kemungkinan generalisasi bergantung kepada masa dan konteks iaitu berasaskan kepada pandangan bahawa untuk memahami dunia sosial kita perlu mendapatkan pengalaman dan pengetahuan langsung tentang perkara yang dikaji. (Merriam, 2009).

Daripada penerangan di atas, jelas bahawa penyelidikan kualitatif mementingkan pembinaan tentang fenomena sosial. Kajian ini dijalankan untuk mencari jawapan terhadap beberapa persoalan berkaitan iaitu apakah pendekatan al-Quran dalam memulihkan jiwa insan? Apakah pula pendekatan yang digunakan oleh pusat perlindungan dalam memulihkan remaja yang bermasalah sosial? Adakah terdapat persamaan dan perbezaan antara kedua-dua pendekatan? Metode Pengumpulan Data Bagi mengumpulkan data beberapa proses kerja telah dilakukan seperti pemilihan sampel dan proses pengumpulan data. Pemilihan Sampel Kajian Kaedah persampelan bagi tempat kajian ialah persampelan bertujuan. Pusat perlindungan yang dipilih sebagai sampel kajian mempunyai kaitan dengan kajian. Terdapat tiga kriteria pemilihan pusat pemulihan iaitu pelatih adalah daripada kalangan remaja, kes yang terlibat ialah delinkuen dan aspek pengurusan pusat. Dua buah pusat perlindungan persendirian MAIS telah dipilih iaitu Pusat Baitul Salam yang ditadbir menggunakan modul daripada Bahagian Ar-Riqab MAIS manakala Pusat Baitul Iman yang ditadbir menggunakan modul tersendiri.

Pusat Baitul Salam mempunyai 50 orang pelatih dengan dua orang tenaga pengajar dan seorang warden. Ia ditadbir oleh seorang penguasa lantikan MAIS dan terletak di pinggir bandar. Kesemua pelatih adalah wanita dengan pelbagai latar belakang dan diperintahkan oleh mahkamah untuk masuk ke pusat. Mereka perlu menjalani tempoh pemulihan di antara enam bulan hingga dua tahun sahaja. Kebanyakan pelatih adalah mereka yang terlibat dengan masalah zina, khalwat dan dadah.

Page 7: KAEDAH AL-QURAN DALAM MENANGANI MASALAH …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/.../2017/12/10-01-04.pdf · Jurnal Pengajian Islam ISSN: 1823 7126 ... yang rata-rata melibatkan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 57-77 63

Manakala Pusat Baitul Iman menempatkan 75 pelatih yang terdiri daripada pelatih lelaki dan perempuan dalam lingkungan usia 13 hingga 29 tahun. Penguasa kem dibantu oleh beberapa tenaga pengajar termasuk warden. Pelatih lelaki dan wanita diasingkan di dua pusat yang berasingan dalam satu daerah. Bilangan tenaga pengajar bagi pelatih perempuan adalah seramai lima orang. Kebanyakan pelatih adalah mereka yang terlibat dengan masalah ketagihan dadah. Selain itu, terdapat juga kes pengkid, lesbian dan zina. Prosedur kemasukan pelajar kebanyakannya adalah atas pilihan sendiri atau kehendak keluarga di samping terdapat juga kes di bawah perintah mahkamah. Kesemua pelatih terikat dengan kontrak yang di antara kandungannya ialah berhubung tempoh menjalani pemulihan selama dua tahun sahaja. Meskipun begitu, terdapat juga dalam kalangan pelatih yang memilih untuk menyambung kontrak.

Berdasarkan demografi ini, didapati kedua-dua pusat menepati kehendak kajian iaitu menguruskan kes delinkuen melibatkan remaja. Kedua-duanya terlibat dengan ikatan kontrak antara pelatih dengan pusat dan tertakluk kepada tempoh tertentu. Ikatan kontrak ini menjadikan urusan kemasukan dan pengeluaran pelatih bersifat rasmi serta terikat kepada undang-undang. Dari segi lokasi, kedua-dua pusat memilih untuk berada di pinggir bandar atas faktor menghindarkan pelatih daripada suasana bandar. Maka seorang penguasa dari setiap pusat perlindungan dipilih sebagai peserta kajian dan temubual secara mendalam dilakukan kepada peserta-peserta kajian tersebut. Proses Pengumpulan Data Bagi kajian ini, kaedah temubual secara bersemuka telah diadakan dengan menggunakan soalan separa berstruktur. Fokus temubual adalah di sekitar objektif kajian iaitu mengenal pasti kaedah pemulihan yang dijalankan di pusat-pusat pemulihan. Terdapat beberapa etika dalam menjalankan temubual yang dipatuhi iaitu mendapat kebenaran daripada responden untuk ditemubual, soalan temubual tidak menyusahkan responden, tidak bersifat ofensif atau provokasi, tiada paksaan menjawab dan menjaga kerahsiaan. Selain itu, kebenaran untuk merakam perbualan dimohon terlebih dahulu sama ada bersifat rakaman audio mahupun video. Oleh kerana kajian ini melibatkan tempat yang sensitif, maka tiada rakaman bersifat visual dilakukan.

Bagi melicinkan lagi proses melaksanakan kajian, pengkaji telah melakukan langkah-langkah berikut sebelum kajian sebenar dijalankan iaitu:

a) Setelah proposal penyelidikan diluluskan oleh pihak Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Kuis (PPP), surat lantikan ketua dan ahli penyelidik telah dikeluarkan oleh PPP.

b) PPP telah mengeluarkan surat kebenaran menjalankan kajian bagi tajuk berkaitan.

c) Ketua Penyelidik telah menghubungi pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) untuk memohon kebenaran menjalankan kajian di Pusat-Pusat Pemulihan Persendirian MAIS.

Page 8: KAEDAH AL-QURAN DALAM MENANGANI MASALAH …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/.../2017/12/10-01-04.pdf · Jurnal Pengajian Islam ISSN: 1823 7126 ... yang rata-rata melibatkan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 57-77 64

d) Pihak MAIS memaklumkan bahawa pengkaji dibenarkan untuk menghubungi pusat-pusat berkenaan untuk menjalankan kajian.

e) Sebanyak 17 buah pusat pemulihan berdaftar di bawah MAIS tetapi hanya dua sahaja yang dipilih sebagai tempat kajian.

f) Ketua Penyelidik telah menghubungi wakil kedua-dua pusat pemulihan tersebut bagi mengatur pertemuan untuk pengumpulan data kajian dan seterusnya melakukan temubual.

Metode Analisis Data Data-data yang akan dikutip tidak akan memberi makna tanpa membuat analisis. Pelbagai aktiviti perlu dibuat semasa menganalisis data seperti proses menggabung, mengurang dan membuat interpretasi berdasarkan apa yang dikatakan oleh peserta kajian dan apa yang diperhati atau dibaca untuk memberi makna kepada data (Merriam 2009; Bogdan dan Biklen 1998).

Untuk menganalisis data, penyelidik akan menggunakan kaedah bertema. Kaedah analisis bertema adalah satu kaedah asas untuk menganalisis kajian kualitatif (Braun dan Clarke, 2006). Justeru, selepas selesai temubual dengan responden, transkrip telah dilakukan ke atas rakaman audio yang melibatkan seorang penguasa bagi setiap pusat pemulihan. Setiap transkrip diberikan nama samaran tertentu agar kerahsiaan terpelihara. Untuk memastikan keselarian rakaman dengan transkrip sebenar, transkrip dibaca berulang kali sambil memperdengarkan rakaman audio.

Transkrip diasingkan mengikut lokasi dan kumpulan sasaran bagi memudahkan analisis dilakukan. Cara untuk menganalisis dilakukan dengan mengenal pasti pandangan responden dan melaporkan sama seperti yang mereka nyatakan dalam temubual. Kemudian, tema dikenal pasti melalui persoalan kajian yang dijadikan landasan kajian. Pandangan responden kemudiannya diklasifikasikan sebelum tema jawapan terhasil. Bagi sebarang tema yang didapati mempunyai persamaan atau pertindanan, ia akan digabungkan di bawah tema yang sama. Pengulangan bacaan dilakukan sehingga penyelidik yakin bahawa ia adalah tema yang paling sesuai untuk menjawab persoalan kajian. Pengulangan juga dibaca bagi tujuan pengesahan dapatan analisis. Bagi menentukan kebolehpercayaan maklumat juga, pengesahan daripada responden dilakukan dalam bentuk semakan semula. Responden diminta untuk menandatangani borang kebenaran menggunakan bahan rakaman sebagai dapatan kajian. 6. Dapatan Kajian Dapatan kajian akan membincangkan mengenai kaedah al-Quran dalam menangani masalah sosial dan kaedah al-Quran yang digunakan oleh pusat perlindungan MAIS dalam menangani masalah sosial. Dapatan kajian ini secara terperinci adalah seperti berikut.

Page 9: KAEDAH AL-QURAN DALAM MENANGANI MASALAH …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/.../2017/12/10-01-04.pdf · Jurnal Pengajian Islam ISSN: 1823 7126 ... yang rata-rata melibatkan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 57-77 65

Kaedah Al-Quran Dalam Menangani Masalah Sosial Imam al-Ghazali (2012) menyatakan akhlak yang paling utama ialah kebijaksanaan dalam mengendalikan diri seseorang daripada hawa nafsu, jiwa yang dapat mencegah kemarahan dan hawa nafsu untuk mencapai hikmah, keberanian, iaitu teguh hati dalam membela dan mempertahankan kebenaran, tidak berundur apabila dicela dan tidak meninggi diri apabila dipuji. Dalam pembangunan dan pembentukan akhlak pula, Imam al-Ghazali meletakkan lima faktor yang boleh mempengaruhi akhlak seseorang iaitu, pembersihan jiwa, melawan hawa nafsu, melazimi amalan kebaikan, membuat sesuatu yang bertentangan dengan akhlak yang buruk dan pengawasan diri terhadap Allah.

Zarina dan Basirah (2012) mengulas bahawa isi kandungan al-Quran juga merupakan suatu cara untuk seseorang memulihkan diri daripada sifat keji dan menggantikannya dengan sifat yang terpuji. Terdapat beberapa metode pemulihan yang digariskan oleh al-Quran antaranya yang ialah metode pencegahan dan pengawalan, pengubatan dan rawatan serta bimbingan dan pembinaan.

Arifin Mamat (2008) menkategorikan manusia menurut al-Quran kepada muslimun, mu’minun, muttaqun, muhsinun, salihun, sabirun, taibun dan mukhlisun. Berdasarkan ketegori ini al-Quran mempunyai pendekatan yang mampu mengubah jiwa dan menjadikan hidup manusia berjaya di dunia dan akhirat. Pendekatan utama yang digunakan oleh al-Quran ialah pendekatan fitrah dan keperluan, ilmu dan pendidikan, pemikiran dan ibadah (Arifin Mamat, 2008). Melalui pendekatan fitrah dan keperluan, manusia percaya kepada kewujudan Tuhan dan berkehendakkan kepada bantuan kuasa tertentu terutamanya ketika dalam kesusahan. Firman Allah SWT (Al-Fatihah 1: 5):

ك نستعني ك نعبد وإ� إ� Maksudnya: Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Serta firmanNya lagi (Al-Isra’17:67):

ه فـلما جنىكم إىل ٱلرب أعرضت ن وإذا مسكم ٱلضر يف ٱلبحر ضل من تدعون إال إ� م وكان ٱإلنس

كفوراMaksudnya: Dan apabila kamu terkena bahaya di laut, (pada saat itu) hilang lenyaplah (dari ingatan kamu) makhluk-makhluk yang kamu seru selain dari Allah; maka apabila Allah selamatkan kamu ke darat, kamu berpaling tadah (tidak mengingatiNya); dan memanglah manusia itu sentiasa kufur (akan nikmat-nikmat Allah).

Page 10: KAEDAH AL-QURAN DALAM MENANGANI MASALAH …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/.../2017/12/10-01-04.pdf · Jurnal Pengajian Islam ISSN: 1823 7126 ... yang rata-rata melibatkan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 57-77 66

Kedua-dua ayat yang mulia ini menjelaskan keperluan manusia untuk mempunyai Tuhan dan meminta pertolongan dalam kesempitan hidup (Ibn Kathir 2008). Apabila fitrah manusia dipenuhi maka pembentukan jiwa manusia menjadi lebih mudah kerana setiap manusia dilahirkan atas fitrah. Manakala pendekatan ilmu dan pendidikan adalah asas utama yang ditekankan dalam penurunan wahyu yang pertama kepada Rasulullah SAW bertujuan mengeluarkan manusia daripada kegelapan kejahilan. Firman Allah SWT (Al-‘Alaq 96:1-5):

ن من علق. ٱقرأ وربك ٱألكرم.ٱلذي علم بٱلقل م. علم ٱقرأ بٱسم ربك ٱلذي خلق. خلق ٱإلنس

ن ما مل يعلم ٱإلنس

Maksudnya: Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Melalui ilmu manusia akan dapat membezakan yang hak dan yang batil seterusnya menggunakan daya intelek dan kebijaksanaan untuk meneroka pelbagai ilmu yang bermanfaat (Arifin Mamat, 2008). Ilmu dan pendidikan juga mampu menjadikan manusia lebih bertaqwa dan meningkatkan darjat mereka. Firman Allah SWT (Al-Mujadilah 58:11):

لس فٱفسحوا يفسح ٱ� لك � جم وإذا قيل ٱنشزوا يـها ٱلذين ءامنوا إذا قيل لكم تـفسحوا يف ٱمل

مبا تعملو ت وٱ� ٱلذين ءامنوا منكم وٱلذين أوتوا ٱلعلم درج برين خ فٱنشزوا يرفع ٱ�Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan. FirmanNya lagi (Al-Zumar 39:9):

ۦ قل هل يستوي ٱ لذين أمن هو قنت ءا�ء ٱليل ساجدا وقائما حيذر ٱألخرة ويرجوا رمحة ربه

ا يـتذكر أولوا ٱأللبب يعلمون وٱلذين ال يعلمون إمن Maksudnya: "(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari

Page 11: KAEDAH AL-QURAN DALAM MENANGANI MASALAH …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/.../2017/12/10-01-04.pdf · Jurnal Pengajian Islam ISSN: 1823 7126 ... yang rata-rata melibatkan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 57-77 67

akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.

Justeru ilmu dapat mengeluarkan manusia daripada kesesatan dan seterusnya mendapat ketenangan jiwa. Segala tekanan yang dihadapi tidak lagi dijadikan sebab untuk menjerumuskan diri ke dalam kebinasaan atau masalah sosial. Sebaliknya, iman menjadikan insan yakin sepenuhnya kepada Allah s.w.t. Penyuburan iman dilakukan dalam beberapa kaedah iaitu melakukan amal soleh, melazimi sunnah baginda Rasulullah s.a.w, memupuk hubungan yang baik dengan masyarakat sekitar, melatih diri untuk berakhlak mulia serta berada dalam lingkungan orang yang soleh. (al-Qurtubi 2009)

Seterusnya ialah pendekatan pemikiran iaitu tuntutan supaya manusia berfikir kerana ini adalah cara untuk sampai kepada kebenaran dan iman. Ketika berfikir manusia perlu melalui dua proses iaitu mendengar dan memahami. Oleh kerana itu terdapat manusia yang melakukan kesalahan akan menyesal kerana apabila sampai kepada mereka seruan untuk kebaikan mereka tidak mahu mendengar dan memahami. Firman Allah SWT (Al-Mulk 67:10):

ب ٱلسعري ◌ وقالوا لو كنا نسمع أو نعقل ما كنا يف أصح

Maksudnya: Dan mereka berkata: "Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka".

Oleh kerana itu jugalah al-Quran menyamakan orang yang tidak berfikir iaitu yang tidak mahu menggunakan pancaindera untuk mendapatkan kefahaman yang benar seperti binatang kerana mereka boleh memilih untuk berbuat maksiat ataupun sebaliknya tetapi tidak berbuat sedemikian. Firman Allah SWT (Al-‘Araf 7:179):

ن ٱجلن وٱإلنس هلم وهلم أعني ال يبصرون �ا وهلم قـلوب ال يفقهون �اولقد ذرأ� جلهنم كثريا م

فلون م بل هم أضل أولئك هم ٱلغ ءاذان ال يسمعون �ا أولئك كٱألنعMaksudnya: Dan sesungguhnya kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

Page 12: KAEDAH AL-QURAN DALAM MENANGANI MASALAH …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/.../2017/12/10-01-04.pdf · Jurnal Pengajian Islam ISSN: 1823 7126 ... yang rata-rata melibatkan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 57-77 68

Menurut Ibn Kathir (2008) manusia tidak mengambil manfaat daripada pancaindera yang telah dikurniakan oleh Allah SWT sebagai mekanisme mendapatkan hidayahnya. Samalah seperti haiwan yang hanya menggunakan anggota tubuh sebagai memenuhi keperluan hidup. Justeru al-Quran menyuruh manusia supaya berfikir dan menggunakan kurniaan Allah SWT agar mereka dapat menghindarkan diri daripada kejahatan yang akibatnya akan memusnahkan diri mereka sendiri.

Pendekatan terakhir yang dikemukakan oleh al-Quran ialah ibadah. Imam al-Ghazali (2012) menyatakan bahawa ibadah adalah satu-satunya jalan menuju Allah SWT. Dalam melaksanakannya, manusia akan berhadapan dengan pelbagai penghalang yang menjadikan ia satu perjalanan yang panjang lagi merumitkan. Ibadah adalah satu kaedah untuk melatih diri manusia berakhlak dengan akhlak mulia serta latihan untuk menenangkan jiwa. Ia perlu dibiasakan dan diamalkan dalam kehidupan seharian sehingga membentuk perilaku dan jiwa seseorang. Ini adalah antara hikmah pensyariatan ibadah solat, puasa, zakat dan haji ke atas seorang Muslim. Dengan melakukan ibadah ini berpandukan aturan yang ditetapkan, maka seorang Mukmin terdidik untuk mentaati Allah SWT, mematuhi perintah-Nya, bersabar dalam kehidupan, bermujahadah menentang nafsu, berkasih sayang sesama manusia serta saling bekerjasama. Firman-firman Allah SWT ini menunjukkan kepentingan ibadah dalam membina jati diri yang kukuh. Seperti firmanNya (Al-Fatihah 1:5-7):

ستقيم. صرط ٱلذين أنعمت عليهم غري إرط ٱمل ك نستعني. ٱهد� ٱلص ك نعبد وإ� غضوب �

ٱمل

عليهم وال ٱلضال

Maksudnya: Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

لمني قل .إن صاليت ونسكي وحمياي وممايت � رب ٱلع Maksudnya: Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Al-An’am 6:162)

Kesimpulannya ibadah mampu membentuk personaliti insan yang baik dan akhlak terpuji yang bermatlamat untuk membangun masyarakat yang bertanggungjawab dan mempunyai hala tuju dalam kehidupan. Jelaslah bahawa al-Quran merupakan sebaik-baik penyelesaian kepada masalah manusia kerana ia mengemukakan solusi yang komprehensif.

Page 13: KAEDAH AL-QURAN DALAM MENANGANI MASALAH …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/.../2017/12/10-01-04.pdf · Jurnal Pengajian Islam ISSN: 1823 7126 ... yang rata-rata melibatkan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 57-77 69

Kaedah Al-Quran Yang Digunakan Oleh Pusat Perlindungan MAIS Dapatan kajian akan dihuraikan berdasarkan pendekatan yang dilaksanakan di pusat perlindungan iaitu Pusat Baitul Salam dan Pusat Baitul Iman. Pusat Baitul Salam Berikut adalah pendekatan pemulihan yang diamalkan oleh Pusat Baitul Salam: i. Pendekatan akidah dan kerohanian. Menurut peserta kajian melalui pendekatan akidah pelatih diterapkan dengan asas-asas keimanan kepada Allah SWT dan menjadikan Rasulullah SAW sebagai qudwah hasanah.

“Falsafah atau nilai-nilai murni yang kita terapkan pada pelatih. Iaitu yang pertama berkaitan dengan akidah. Keimanan kepada Allah SWT. Yang kedua tentang Rasulullah sebagai role model dan teladan.” (Ahmad, Pusat Baitul Salam, hlm. 1)

Beliau menambah:”Kita ada kepercayaan, ada iman. Bila kita tanya kepada mereka tahu atau tidak solat itu wajib, mereka jawab tahu. Tapi mereka tak tunaikan dengan sempurna. Jadi daripada situlah kita akan cuba kuatkan iman mereka dengan program-program tarbiyah yang kita jalankan di pusat ini.” (Ahmad, Pusat Baitul Salam, hlm. 1)

Bagi memahami konsep keimanan dan peranan Rasul beliau menggunakan kaedah tadabbur al-Quran dan mengambil pengajaran dari kisah al-Quran. “Pendekatan al Quran dan tadabbur al Quran setiap hari satu muka. Jadi kita ambil ibrah dari kisah-kisah yang ada.” (Ahmad, Pusat Baitul Salam, hlm. 4)

Selain itu pusat ini juga mengadakan usrah dan kuliah malam bagi aktiviti kerohanian. “Kerohanian kita tekan kan yang basic. Aktivitinya macam-macam. Dengan usrahnya, dengan kuliah malamnya dan macam-macam.” (Ahmad, Pusat Baitul Salam, hlm. 2)

Asas akidah dan keimanan sangat penting dalam membina dan memperbaiki jiwa yang rosak kerana apabila iman sudah kukuh, segala unsur negatif dapat ditangkis dengan mudah. ii. Pendekatan ilmu. Menambah ilmu adalah satu proses yang ditekankan di pusat ini. Pelbagai aktiviti dilakukan bagi memantapkan ilmu agama dan akademik. Kuliah fardhu ain dilaksanakan bagi membantu menambah kefahaman pelatih terhadap agama.

“Kuliah Fardhu Ain kita masukkan dalam akademik. Kuliah ini pada setiap pagi dari jam 8.30 sampai jam 10.30. Setiap akhir bulan akan ada ujian penilaian untuk tengok tahap pemahaman mereka dalam fardhu ain.” (Ahmad, Pusat Baitul Salam, hlm. 2)

Page 14: KAEDAH AL-QURAN DALAM MENANGANI MASALAH …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/.../2017/12/10-01-04.pdf · Jurnal Pengajian Islam ISSN: 1823 7126 ... yang rata-rata melibatkan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 57-77 70

Selain dari kuliah fardhu ain pelatih juga menambah kemahiran seperti jahitan dan masakan. “Yang ini kita ada kolaborasi dengan kolej komuniti yang mula pada tahun ini. Yang mana mereka ni nanti, apabila keluar dari pusat ini akan dapat sijil daripada kolej. Sijil jangka pendek untuk 3 kemahiran. Jahitan, masakan dan kraftangan. Kita akan bagi transkrip kepada mereka. Jadi itu yang kita usahakan bersama kolej komuniti di bawah program pengajian Islam sepanjang hayat.” (Ahmad, Pusat Baitul Salam, hlm. 2)

Ilmu yang diberikan di pusat ini bukan sekadar ilmu agama bahkan ilmu kemahiran yang dapat membantu kelangsungan hidup pelatih selepas keluar dari pusat perlindungan. iii. Pendekatan ibadah. Penekanan istiqamah dalam ibadah merupakan pendekatan yang diamalkan oleh pusat ini. Di antara amalannya ialah solat berjemaah dan bacaan al-ma’thurat. Kenyataan peserta kajian:

“Berjemaah tu memang wajib. Yang datang bulan pun kita suruh duduk kat surau. Memang kena bersamalah. Yang solat tu memang saya imam lah. Kecuali kalau saya tak ada baru squad leader ganti.” (Ahmad, Pusat Baitul Salam, hlm. 8)

Selain itu pelatih juga dimestikan membaca al-Quran dan ianya dimulakan dari peringkat asas lagi iaitu Iqra’. “Secara spesifiknya, kita ada kelas pemulihan iqra’ 3 kali seminggu khas untuk pelatih yang tak tahu baca langsung. Kemudian seminggu sekali untuk tahsin al Quran.” (Ahmad, Pusat Baitul Salam, hlm. 8)

Solat dan membaca al-Quran adalah dua perkara utama dalam membentuk jati diri pelatih dan seterusnya menjadi pendinding daripada segala kejahatan dan kemungkaran. iv. Pendekatan ketaatan, jihad dan disiplin. Allah SWT mengajar hambaNya supaya taat kepada segala perintahNya. Ia perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan berjihad. Pusat ini juga mengambil pendekatan yang serupa.

“Dalam proses mereka nak taat ni, mereka kena lalui cubaan-cubaan sepanjang berada di pusat ini. Jihad. Kena bersungguh-sungguh untuk dia nak membina diri.” (Ahmad, Pusat Baitul Salam, hlm. 1) Peserta kajian ini menambah berkaitan disiplin: “Ada hari disiplin iaitu pada hari Selasa. Akan ada perhimpunan dan taklimat disiplin. Kita ada modul kita sendiri. Kita ada sistem merit. Tambah merit, tolak merit. Setiap pelatih yang baru masuk kita akan bagi 100 merit. Kalau mereka buat apa yang diarahkan, jadi akan ditulis merit. Tapi kalau mereka tak buat apa yang disuruh, merit akan ditolak. Dan sebelum tu akan ditaklimatkan. Semua tu ada prosedur dia sendiri. Tujuan kita untuk mendidik, bukan untuk menghukum. Jadi, dalam waktu tu pun, mereka ada membuat kesalahan. Jadi kita hanya mendidik mereka .Melatih diri mereka untuk mengikuti semua program.” (Ahmad, Pusat Baitul Salam, hlm. 2)

Page 15: KAEDAH AL-QURAN DALAM MENANGANI MASALAH …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/.../2017/12/10-01-04.pdf · Jurnal Pengajian Islam ISSN: 1823 7126 ... yang rata-rata melibatkan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 57-77 71

Melalui pendekatan ini sebenarnya pelatih akan lebih cepat memperbaiki diri kerana ada sikap berhati-hati dalam melakukan setiap perbuatan. v. Pendekatan bi’ah salihah Persekitaran yang baik mampu membentuk keperibadian yang baik dan menyumbang kepada kurangnya masalah sosial. Pusat ini menekankan kepentingan bi’ah salihah dalam merawat pelatih agar sahsiah mereka sentiasa dalam jiwa dan suasana yang mulia.

“Bi’ah salihah suasana yang salihah, suasana yang baik. Yang kita nak wujudkan kat pusat ni. Dan kalau boleh kita nak mereka bila balik nanti, mereka bawa bi’ah yang baik ni dalam keluarga dalam masyarakat. Sebab kita ni terpengaruh dengan suasana yang ada. Kalau nak pilih kawan, pilih kawan yang baik.” (Ahmad, Pusat Baitul Salam, hlm. 5) vi. Pendekatan qudwah hasanah. Contoh ikutan yang baik akan memberikan kesan dari aspek pentarbiyahan pelatih. Mereka perlu mempunyai teladan yang baik dalam memperbaiki diri. Ilmu mengenai akhlak yang mereka pelajari akan lebih mudah difahami sekiranya mereka melihat kepada contoh perilakunya.

“Kita nak wujudkan qudwah, teladan yang baik pada diri pelatih, pada semua la. Dan juga pendekatan kita pada qudwah tadi sebab kadang-kadang teori ni dia orang tahu semuanya. Cuma dia orang nak tengok contohnya mana. Itu satu cabaran yang besar sebenarnya. Role model tu yang diaorang nak tengok dalam ruang lingkup dia orang. Sebab tu kita buat solat jemaah bersama dan semuanya.” (Ahmad, Pusat Baitul Salam, hlm. 5) vii. Pendekatan psikologi. Ianya adalah kaedah yang menjurus kepada bimbingan dan kaunseling dan dinilai dengan melihat tahap psio-sosio pelatih.

“Kemudian kita ada bimbingan dan kaunseling. Kita ada kaunselor. Saya lebih kepada bimbingan.” (Ahmad, Pusat Baitul Salam, hlm. 2) Pusat Baitul Iman Berikut pula adalah pendekatan pemulihan yang diamalkan oleh Pusat Baitul Iman: i. Pendekatan spiritual dan keimanan. Pendekatan memantapkan keimanan adalah dinilai sebagai suatu yang bersifat holistik oleh pusat ini. Proses pemulihan dimulakan dengan pembinaan dalaman. Kebanyakan aktiviti dan program pemulihan dilaksanakan atas landasan keimanan dan kerohanian.

“Konteks pembinaan dalaman ini ia tidak bersifat statik. Sini bukan objektif, dia subjek. Iman ni, pagi dia boleh jadi beriman, petang dia boleh jadi kafir. Jadi, iman ni boleh naik, boleh turun. Boleh kuat, boleh lemah. Di sini lah bila kita kaji balik yang mad’u kita macam tu, maka kita kena

Page 16: KAEDAH AL-QURAN DALAM MENANGANI MASALAH …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/.../2017/12/10-01-04.pdf · Jurnal Pengajian Islam ISSN: 1823 7126 ... yang rata-rata melibatkan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 57-77 72

mencari di manakah satu pemulihan yang kita rasa lebih bersifat holistik.” (Ibrahim, Pusat Baitul Iman, hlm. 3)

Peserta kajian menambah: “Jadi benda-benda yang mendorong secara spirit ini sebenarnya adalah kunci penyembuhan. Jadi kekuatan sebenar jati diri kita pada itu. Tetapi pada hari ini, kekuatan jati diri yang selalu disebut dalam motivasi ialah kekuatan akal, kekuatan fizikal, kekuatan luaran. Kekuatan dalaman, jarang orang nak bahaskan.” (Ibrahim, Pusat Baitul Iman, hlm. 5)

Berdasarkan kenyataan ini jelas menunjukkan kepentingan merawat hati dalam mencegah penyakit sosial atau kejahatan. “Kalau menghidupkan orang yang hidup, itu perkara senang. Tetapi menghidupkan orang yang jasadnya hidup, hatinya mati, itu adalah susah. Jadi bila kita nak menghidupkan hati yang mati, itulah kerja yang perlukan kepada aliran sufi. Dan aliran sufi ini tentulah merujuk kepada Sheikh Abdul Qadir Jailani kerana dia ketua kepada para wali-wali.” (Ibrahim, Pusat Baitul Iman, hlm. 5)

Proses merawat dalaman ini adalah merupakan rawatan hati. Jadi sebab itulah benteng pertahanan yang kuat, bukan dari luaran, tapi dalam ini (hati). Besarkan Allah. Jangan besarkan siapa kita. Jadi macam mana kita nak besarkan lautan kebesaran Allah? Di situlah rahsianya pada amalan-amalan yang kamu kaji. Amalan-amalan ni cukup banyak. Ada zikir dia, ada wirid dia. (Ibrahim, Pusat Baitul Iman, hlm. 7) ii. Pendekatan niat dan doa. Peserta kajian menyebut hadis yang berkaitan dengan niat. Niat yang ikhlas beserta keyakinan yang kukuh adalah punca doa dimakbulkan. Doa juga perlu dilakukan dengan ikhlas. “Saya sebutkan tentang hadis niat tadi tu ialah berkaitan dengan

kekuatan doa kita dikabulkan oleh Allah bergantung kepada sejauh mana kita punya keikhlasan. Sekarang saya nak bercakap tentang ilmu dan yakin. Ilmu ada, tapi yakin tak ada. Kekuatan yakin tu datangnya dari kekuatan niat awal tu. Sebab tu dalam konteks ni, saya kata niat tu penting. Kerana niat tu berkait dengan keikhlasan doa kita.” (Ibrahim, Pusat Baitul Iman, hlm. 2)

Doa yang dibaca kepada air banyak digunakan dalam merawat pelatih. Ini dinyatakan oleh peserta kajian: “Di sini Allah bagi keistimewaan dan doa ulama-ulama yang datang, semasa saya buka kem ini dulu, ada air yang digali 50 kaki memancut keluar daripada bumi. Jadi air tu adalah paling penting kerana sumber asas kepada perubatan Islam. Air yang keluar dari perut bumi, minum dan mandi. Ini konsep perubatan cara nabi.” (Ibrahim, Pusat Baitul Iman, hlm. 2) iii. Pendekatan berubat dan sentuhan syariat. Pusat ini menggunakan kepelbagaian pendekatan dalam merawat pelatih antaranya ialah melalui perubatan dan sentuhan. “Sentuhan syariat, hukuman yang berbentuk fizikal. Manusia ni kalau tak ada sentuhan fizikal, mereka tak boleh nak berubah. Sebab jenis manusia ni tak sama. Ada yang akan tewas dengan cara kita psiko otak, ada yang akan tewas

Page 17: KAEDAH AL-QURAN DALAM MENANGANI MASALAH …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/.../2017/12/10-01-04.pdf · Jurnal Pengajian Islam ISSN: 1823 7126 ... yang rata-rata melibatkan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 57-77 73

dengan cara fizikal, ada yang dia akan tewas dengan cara spiritual. Maka disitulah rahsia yang kita cari.” (Ibrahim, Pusat Baitul Iman, hlm. 4)

Tambah peserta kajian lagi: ”Berubat ini adalah proses untuk menanggalkan kerak yang dah lama, yang menutup hijab. Itulah yang perlukan kepada modul khusus untuk menanggalkan benda tu. Yang kedua, bila benda tu dah longkah, baru kita masuk air, kita cuci, baru dia akan keluar kotoran itu.” (Ibrahim, Pusat Baitul Iman, hlm. 4)

“Berubat itulah yang banyak kita lakukan pada setiap Isnin malam Selasa, Khamis malam Jumaat, kita ada perubatan. Budak-budak akan berkumpul, bawa air Yassin semua masing-masing. Kita ada minum dan mandi.” (Ibrahim, Pusat Baitul Iman, hlm. 4) iv. Pendekatan ibadah. Penekanan dalam ibadah adalah kaedah yang berkesan dalam rawatan. Ianya juga dilakukan di pusat ini terutamanya berpuasa.

“Budak-budak kat sini, Hari Isnin, puasa. Lepas berbuka, malam nanti ada bacaan Yassin. Lepas habis Yassin, maulid. Kalau Khamis, puasa juga, malam tu ada bacaan Yassin dan perubatan air Yassin. Lepas tu, buat manaqishah Abdul Qadir Jailani. Benda ni jadi rutin. Kadang ada yang sambung sampai Qiamullail. Jadi budak-budak ni, bila jiwa mereka telah diisi dengan amalan-amalan ini, mereka boleh berubah.” (Ibrahim, Pusat Baitul Iman, hlm. 7) v. Pendekatan zikir dan wirid. Zikir dan wirid adalah kunci amalan di pusat ini. Kebanyakan zikir dan wirid diperolehi daripada ulama dan syeikh terkemuka.

“Jadi, amalan daripada zikir, Yassin 41, doa syifa setiap Isnin malam Selasa, Khamis malam Jumaat kami buat gabungan sekali dengan manaqib sheikh Abdul Qadir Jailani. Jadi dalam pengubatan Yassin ini, dan juga manaqib Sheikh Abdul Qadir Jailani, manaqib ini adalah zikir-zikir taubat.” (Ibrahim, Pusat Baitul Iman, hlm. 5) Bukan sekadar zikir yang dinyatakan di atas terdapat juga amalan lain:

“Kita juga bekalkan setiap lepas subuh wirid yang kami buat dipanggil musabia’tul ashar. Itu adalah amalan Nabi Khidir AS untuk benteng pertahanan diri dan ini amalan guru kita juga. Jadi pengubatan syifa’ ni, kita dah banyak belajar. Saya ambil Yassin 41, kita ada ijazah, ada kuasa dia dan sebagainya.”

“Kemudian di peringkat gabungan yang saya sebut tadi, setiap hari lepas subuh, ada wirid dia, lepas zohor ada wirid dia. Jadi kita punya susunan tu banyak amalan-amalan di mana budak-budak ini, hari-harinya disibukkan dengan zikir. Jadi benda-benda yang membina kekuatan inilah saya lihat mengubah cepat proses budak-budak. Budak-budak yang tak minat pegang tasbih dah mula pegang tasbih, yang tak minat zikir dah mula zikir, yang tak minat al Quran dah mula pegang al Quran, yang tak minat selawat, masing-masing dah seronok berselawat. Jadi benda-benda yang mendorong secara spirit ini sebenarnya adalah kunci penyembuhan. Jadi kekuatan sebenar jati diri kita pada itu.” (Ibrahim, Pusat Baitul Iman, hlm. 5)

Page 18: KAEDAH AL-QURAN DALAM MENANGANI MASALAH …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/.../2017/12/10-01-04.pdf · Jurnal Pengajian Islam ISSN: 1823 7126 ... yang rata-rata melibatkan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 57-77 74

vi. Pendekatan bi’ah salihah. Pusat ini juga mementingkan persekitaran yang baik dalam merawat pelatih kerana bi’ah yang salihah membantu pembentukan sahsiah yang sempurna.

“Kebanyakan tempat pemulihan lain, mereka tidak menekankan pembangunan spritual ini. Dia gagal membina suasana yang soleh. Suasana yang soleh akan membina orang yang soleh. (Ibrahim, Pusat Baitul Iman, hlm. 4)

“Ini kerana di sini ada bi’ah salihah, ada keluarga yang mengambil berat dengan agama. (Ibrahim, Pusat Baitul Iman, hlm. 6) vii. Pendekatan psikologi Pendekatan terakhir yang diamalkan ialah psikologi. Walaupun ianya tidak ditekankan tetapi kaedah ini juga menyumbang kepada proses rawatan.

“Bagaimana kita nak membawa pendekatan-pendekatan yang sesuai dengan mad’u kita. Jadi saya kaji kalau ada 100 orang anak murid saya, biasanya 33% akan berjaya menggunakan pendekatan psikologi. 33% peratus lagi akan berjaya dengan menggunakan konteks rawatan Islam sahaja. Dan 33% lagi, kita akan berjaya dengan pendekatan yang Allah bagi.”(Ibrahim, Pusat Baitul Iman, hlm. 3) 7. Perbincangan Pusat Baitul Salam menggunakan beberapa pendekatan dalam merawat pelatih yang mempunyai masalah sosial. Pendekatan-pendekatan tersebut ialah pendekatan akidah dan kerohanian, pendekatan ilmu, pendekatan ibadah, pendekatan ketaatan, jihad dan disiplin, pendekatan bi’ah salihah, pendekatan qudwah hasanah dan pendekatan psikologi. Manakala Pusat Baitul Iman pula menggunakan pendekatan spiritual dan keimanan, pendekatan niat dan doa, pendekatan berubat dan sentuhan syariat, pendekatan ibadah, pendekatan zikir dan wirid pendekatan bi’ah salihah dan pendekatan psikologi.

Pendekatan akidah dan kerohanian merupakan asas terpenting dalam merawat penyakit sosial seperti yang ditekankan oleh Imam al-Ghazali. Menurut al-Ghazali (2012), pembersihan jiwa boleh mendatangkan kesan yang baik dalam memperbaiki akhlak seseorang. Proses penyuburan iman boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti melakukan amal salih dan melazimi sunnah Nabi SAW (al-Qurtubi 2009).

Jika diteliti kedua-dua pusat mengambil pendekatan yang sama iaitu bermula dengan rawatan keimanan dan kerohanian. Ini sejajar dengan seruan al-Quran dalam membina Muslim yang baik mestilah bermula dengan pemantapan aqidah. Firman Allah SWT (Al-Baqarah 2: 163):

كم إله وحد ال إله إال هو ٱلرمحن ٱلرحيم وإهل Maksudnya:

Page 19: KAEDAH AL-QURAN DALAM MENANGANI MASALAH …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/.../2017/12/10-01-04.pdf · Jurnal Pengajian Islam ISSN: 1823 7126 ... yang rata-rata melibatkan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 57-77 75

Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Selain itu melalui pendekatan ibadah kedua-dua pusat menekankan ibadah solat dan membaca al-Quran. Kedua-dua ibadah ini adalah perkara utama dalam membentuk jati diri pelatih dan seterusnya menjadi pendinding daripada segala kejahatan dan kemungkaran. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT (Al-‘Ankabut 29: 45): :

نكر و لذكر ٱ� ٱتل ما أوحي إليك من ٱلكتب وأقم ٱلصلوة إن ٱلصلوة تنهى عن ٱلفحشاء وٱمل

يعلم ما تصنـعون أكرب وٱ�Maksudnya: Bacalah serta ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

Pendekatan bi’ah salihah juga diamalkan oleh kedua-dua pusat. Mereka yakin persekitaran yang baik menyumbang kepada kejayaan proses rawatan.

Namun demikian terdapat perbezaan pendekatan di antara kedua-dua pusat. Pusat Baitul Salam menggunakan kaedah qudwah hasanah dalam pemulihan dengan menjadikan diri penguasa dan guru-guru sebagai contoh teladan yang baik. Al-Quran sendiri memberikan contoh terbaik dalam kalangan manusia untuk dicontohi. Firman Allah SWT (Al-Ahzab 33: 21):

كثرياد كان لكم يف رسول ٱ� أسوة حسنة لمن كان يرجوا ٱ� وٱليوم ٱألخر وذكر ٱ� لق Maksudnya: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)

Manakala Pusat Baitul Iman menggunakan kaedah perubatan dan

sentuhan syariah serta zikir dan wirid. Zikir merupakan salah satu pendekatan terbaik bagi menenangkan hati yang gelisah. Firman Allah SWT (Al-Ra’d 13:28):

ٱلذين ءامنوا وتطمئن قـلو�م بذكر ٱ� أال بذكر ٱ� تطمئن ٱلقلوب Maksudnya:

Page 20: KAEDAH AL-QURAN DALAM MENANGANI MASALAH …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/.../2017/12/10-01-04.pdf · Jurnal Pengajian Islam ISSN: 1823 7126 ... yang rata-rata melibatkan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 57-77 76

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.

Perbezaan pendekatan ini jelas menunjukkan ianya adalah hasil penelitian dan kajian pusat-pusat tersebut setelah beberapa tahun beroperasi dalam meningkatkan keberkesanan rawatan pemulihan. Berdasarkan ilmu dan pengalaman yang luas para pendidik di pusat-pusat tersebut mempelbagaikan pendektan mengikut kesesuaian mad’u. 8. Rumusan Sebagai rumusan kaedah atau manhaj al-Quran dalam membaiki jiwa insan yang rosak adalah pendekatan yang terbaik. Kedua-dua pusat perlindungan yang menggunakan kaedah al-Quran dalam merawat masalah sosial dalam kalangan pelatih remaja dilihat berjaya dalam membantu menangani remaja yang mempunyai masalah sosial. Kaedah utama iaitu merawat iman dan hati dianggap asas utama dalam memperbaiki jiwa manusia.

Al-Quran mengemukakan pelbagai jalan penyelesaian bagi segala masalah yang dihadapi oleh manusia khususnya masalah jiwa. Pendekatan yang digunakan oleh pusat-pusat rawatan yang diambil daripada al-Quran membuktikan bahawa al-Quran mengemukakan sumber utama dalam penyelesaian masalah manusia. Pendekatan ibadah, taat, bi’ah salihah, qudwah hasanah,niat dan doa merupakan di antara pendekatan yang unik yang diambil melalui al-Quran.

Justeru manusia hendaklah sentiasa kembali kepada al-Quran apabila menemui jalan buntu dalam merungkaikan kekusutan fikiran. Al-Quran adalah sebaik-baik tempat rujukan manusia yang ingin kembali ke jalan yang benar. Rujukan Al-Ghazali. (2012). Ihya’ Ulumuddin. Darul Fajr: Kuala Lumpur. Al-Qurtubi (2009). Al-Jami’ li Ahkam al-Quran. Terj. Ahmad Khatib et al.

Pustaka Azzam: Jakarta. Arifin Mamat (2008). Pendekatan Al-Quran Dalam Pembangunan Modal

Insan. Prosiding Wacana Pendidikan Islam Kebangsaan. Universiti Kebangsaan Malaysia

Bogdan, R. C. & Biklen, S. K. (2003). Qualitative Research for Education: An Introduction to Theory and Methods. 4th edition. Boston: Allyn and Bacon

Cohen, L., Manion, L. & Morrison, K. (2007). Research Methods in Education. 6th edn. London: Routledge.

Dara Aisyah bt. H.M. Ali Puteh dkk. (2013). Drug Addict Treatment And Rehabilitation Programme at Pondok Inabah Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia (1998-2011). British Journal of Social Sciences. Vol. 1. No. 5. Hlm. 37-46. ISSN: 2326-4209.

Page 21: KAEDAH AL-QURAN DALAM MENANGANI MASALAH …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/.../2017/12/10-01-04.pdf · Jurnal Pengajian Islam ISSN: 1823 7126 ... yang rata-rata melibatkan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 57-77 77

Fauziah Ibrahim et.al (2012). Memperkasakan Pengetahuan Agama Dalam Kalangan Remaja Bermasalah Tingkah Laku: Ke Arah Pembentukan Akhlak Remaja Sejahtera. Journal of Social Sciences and Humanities, vol. 7 (1), April 2012.

Ibn Kathir (2008). Lubab al-Tafsir min Ibn Kathir. Terj. M. Abdul Ghoffar. Pustaka Imam Asy-Safi’i: Indonesia.

Khairani Zakariya. (2012). Kaedah Pembangunan Akhlak Remaja Menurut Imam al-Ghazali. Universiti Sains Malaysia.

Merriem, S.B. (2009). Qualitative Research and Case Study Applications in Education. Ed. 2. San Fransisco: Jossey-Bass.

Mohd Noorikhwan bin Sarbini. (2013). Terapi Jiwa Menurut Imam Ibn ‘Ata’ Allah al-Sakandari. Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Muhammad Yusuf Khalid (2005). Gejala Sosial dan Penyelesaiannya Dari Perspektif Tasawuf Dalam Membangun Masyarakat Moden Yang Berilmu Dan Berakhlak. Kuala Lumpur : Kolej Universiti Islam Malaysia.

Mushaf al-Quran al-Karim. Norzulaili Mohd Ghazali dan Mohd Zohdi Mohd Amin (2005) Metode al-

Quran Dalam Membina Akhlak dan Peribadi dalam prosiding “Isu semasa pengajian Quran dan Sunnah siri 2. MES enterprise Sdn Bhd : Kuala Lumpur.

Othman Lebar (2007). Penyelidikan Kualitatif: Pengenalan Kepada Teori dan Metod. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Roslan, Z. S. (volume 1 Mac 2011 ). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Remaja Terlibat Dalam Masalah Sosial. Journal of Education Psychology & Counseling, 115-140.

Welsh, Elaine. (2002). Dealing with Data: Using NVivo in the Qualitative Data Analysis Process. Dlm. Forum: Qualitative Social Research. Vol. 3, No. 2, Art. 26. May 2002.

Zainudin Awang. (2013). Research Methodology And Data Analysis. KL UiTM Press.

Zarina dan Basirah. (2012). Model Psikoterapi Remaja Islam Berasaskan Konsep Tazkiyah Al-Nafs. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.