5
Kawasan Permainan : Padang atau gelanggang Nama Permainan : POS LAJU Kategori: SASARAN Peralatan : Pundi kacang 4x30 Bakul 4x1 Skitel 4x1 Cara Bermain: 1. Pemain dibahagikan kepada 4 kumpulan yang terdiri daripada 6 orang. Pemain berdiri dalam satu barisan dalam jarak 2 meter diantara satu sama lain, manakala jarak antara pemain terakhir dengan bakul ialah 3 meter. 2. Pundi kacang akan dibahagikan sebanyak 30 bungkus kepada setiap kumpulan. Pemain pertama akan mengambil pundi kacang dan membaling kepada pemain kedua dan kepada pemain seterusnya. Pemain terakhir akan membaling pundi kacang dengan tepat ke dalam bakul.

kad permainan kecil

Embed Size (px)

DESCRIPTION

-

Citation preview

Kategori:SASARANNama Permainan : POS LAJU

Kawasan Permainan : Padang atau gelanggang

Peralatan :Pundi kacang 4x30Bakul 4x1Skitel 4x1

Cara Bermain:1. Pemain dibahagikan kepada 4 kumpulan yang terdiri daripada 6 orang. Pemain berdiri dalam satu barisan dalam jarak 2 meter diantara satu sama lain, manakala jarak antara pemain terakhir dengan bakul ialah 3 meter.

2. Pundi kacang akan dibahagikan sebanyak 30 bungkus kepada setiap kumpulan. Pemain pertama akan mengambil pundi kacang dan membaling kepada pemain kedua dan kepada pemain seterusnya. Pemain terakhir akan membaling pundi kacang dengan tepat ke dalam bakul.

3. Kumpulan yang dapat membaling pundi kacang paling banyak ke dalam bakul dikira sebagai pemenang.

DIHASILKAN OLEH; IJUT LABEK ANAK LADI, PPG AMBILAN KHAS MTEBentuk Kemahiran :1. Kemahiran membaling2. Kemahiran menangkap3. Kordinasi tangan dan mata4. Kerjasama berpasukanAspek Keselamatan :1. Membaling pundi kacang kepada kawan-kawan dengan berhati-hati.

2. Memastikan murid-murid sentiasa memberi tumpuan semasa membaling pundi kacang serta murid yang akan menyambut sudah bersedia.

Soalan :1. Apakah strategi yang terbaik untuk memenangi permainan ini?

2. Apakah nilai murni yang kamu perolehi daripada permainan ini?

3. Pasukan yang manakah memenangi permainan ini?Variasi :1. Pundi kacang boleh digantikan dengan bola kecil.

2. Bilangan pemain atau kumpulan boleh diubahsuai mengikut bilangan murid.

3. Jarak antara murid boleh diubahsuaikan.

Rujukan:Ten,H.B., (1993).Pengajaran Permainan Mudah Untuk Kanak-kanak.Selangor .Fajar Bakti

DIHASILKAN OLEH; IJUT LABEK ANAK LADI, PPG AMBILAN KHAS MTEKategori:SASARANNama Permainan : Angry Bird

Kawasan Permainan : Padang atau gelanggang

Peralatan :Bola Besar 2x6Bola Kecil 2x10Bakul 2x1

Cara Bermain:1. Permainan ini dimainkan oleh dua pasukan. Setiap pasukan mempunyai 5 orang pemain. 2. 3 orang akan membaling bola besar ke arah bola kecil di dalam gelung rotan dari garisan yang ditetapkan.Sementara 2 orang akan membaling bola kecil ke dalam bakul dari tempat bola kecil berhenti bergolek.3. Bilangan mata ditentukan berdasarkan bilangan bola kecil yang keluar dari gelung rotan(1 mata ) dan bola kecil yang masuk ke dalam bakul( 2 mata).4. Permainan ini dijalankan dalam tempoh 5 minit. Pemenang akan dikira pasukan yang mendapat mata yang tertinggi.

DIHASILKAN OLEH; MARTIN ALLING ANAK JOHN BADON, PPG AMBILAN KHAS MTEBentuk Kemahiran :1. Kemahiran membaling2. Kordinasi tangan dan mata3. Kerjasama berpasukan

Aspek Keselamatan :1. Memastikan kawasan permainan betul-betul selamat.

2. Memastikan murid-murid sentiasa memberi tumpuan semasa membaling ke arah gelung rotan dan bakul.

Soalan :1. Berapakah bilangan bola kecil setiap kumpulan?

2. Apakah nilai murni yang kamu perolehi daripada permainan ini?

3. Pasukan yang manakah memenangi permainan ini?

Variasi :1. Jarak antara pemain dengan gelung rotan dan juga bakul boleh diubahsuaikan.2. Pemenang juga boleh dikira melalui jumlah bola yang paling banyak masuk ke dalam bakul.

Rujukan:Ten,H.B., (1993).Pengajaran Permainan Mudah Untuk Kanak-kanak.Selangor .Fajar Bakti

DIHASILKAN OLEH; MARTIN ALLING ANAK JOHN BADON, PPG AMBILAN KHAS MTE