4
JURNAL MINGGU PERTAMA MINGGU : 1 PRAKTIKUM TAJUK : MASALAH STRESS TARIKH : 13 APRIL 2015 – 17 APRIL 2015 ISU / MASALAH Minggu pertama merupakan minggu permulaan bagi saya memulakan sesi praktikum fasa pertama ini. Seperti yang dimaklumkan, saya akan menjalani praktikum di Prasekolah Pelangi, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Mentakab selama empat minggu. Semasa praktikum, terdapat banyak dugaan dan halangan yang perlu saya tempuhi. Masalah sebenar yang saya hadapi pada minggu ini adalah masalah stress semasa menjalani praktikum kerana terlalu banyak kerja- kerja yang perlu diselesaikan. Sebagai seorang guru, saya harus pandai menyesuaikan diri sendiri agar dapat mencapai matlamat yang diinginkan. Maka tidak hairanlah dalam suasana seperti itu, latihan mengajar sering menimbulkan kebimbangan, keresahan dan ketegangan perasaan di kalangan guru-guru yang menjalini sesi praktikum seperti ini. Penyelesaian bagi masalah stress ini perlu dicari dengan segera kerana jika masalah ini ditangguhkan maka ia kan menjadi beban pada diri saya, Oleh itu, ia akan mengganggu sesi pengajaran dan pembelajaran saya terhadap kelas dan murid. Saya tidak ingin masalah ini terjadi namun begitu ia tidak dapat dielakkan.

jurnal pra

  • Upload
    vijaya

  • View
    6

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

prasekolah

Citation preview

Page 1: jurnal pra

JURNAL MINGGU PERTAMA

MINGGU : 1 PRAKTIKUM

TAJUK : MASALAH STRESS

TARIKH : 13 APRIL 2015 – 17 APRIL 2015

ISU / MASALAH

Minggu pertama merupakan minggu permulaan bagi saya memulakan sesi praktikum

fasa pertama ini. Seperti yang dimaklumkan, saya akan menjalani praktikum di

Prasekolah Pelangi, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Mentakab selama empat

minggu. Semasa praktikum, terdapat banyak dugaan dan halangan yang perlu saya

tempuhi. Masalah sebenar yang saya hadapi pada minggu ini adalah masalah stress

semasa menjalani praktikum kerana terlalu banyak kerja-kerja yang perlu diselesaikan.

Sebagai seorang guru, saya harus pandai menyesuaikan diri sendiri agar dapat

mencapai matlamat yang diinginkan. Maka tidak hairanlah dalam suasana seperti itu,

latihan mengajar sering menimbulkan kebimbangan, keresahan dan ketegangan

perasaan di kalangan guru-guru yang menjalini sesi praktikum seperti ini. Penyelesaian

bagi masalah stress ini perlu  dicari dengan segera kerana jika masalah ini

ditangguhkan maka ia kan menjadi beban pada diri saya, Oleh itu, ia akan mengganggu

sesi pengajaran dan pembelajaran saya terhadap kelas dan murid. Saya tidak ingin

masalah ini terjadi namun begitu ia tidak dapat dielakkan.

ANALISIS MASALAH

Menurut Fortana dan Abouserie (1993), stress adalah sesuatu yang lazim terdapat

dalam profesion yang terlibat dengan perhubungan manusia. Masalah stress

sememangnya mengganggu kehidupan seorang guru. Stress akan menyebabkan

pengajaran dan pembelajaran yang terganggu. Profesion keguruan adalah salah satu

tugas yang mempunyai hubungan secara langsung dengan manusia terutama dengan

Page 2: jurnal pra

pelajar-pelajar. Jika masalah ini tidak dihadapi, maka emosi guru akan terganggu dan

murid-murid turut menjadi mangsa keadaan. Oleh itu saya perlu memikirkan bagaimana

cara untuk menyelesaikan masalah ini dengan merujuk dan meminta bantuan daripada

rakan-rakan. Jika saya tidak menjadikan sesuatu perkara itu membebankan, maka

stress itu tidak akan wujud. Saya sepatutunya merasakan stress yang dihadapi sebagai

tanggungjawab bukannya beban atau kecelaruan mental. Stress yang dihadapi

sememangnya mengganggu saya.

CADANGAN

Langkah yang perlu saya ambil adalah meluahkan perasaan kepada rakan-rakan.

Selain itu, menceritakan pengalaman mengajar kepada rakan-rakan dan bersukan pada

waktu petang. Kurangkan tekanan dengan berjalan-jalan dan bersiar-siar serta

membaca buku bagi menghilangkan stress. Tambahan pula, melayari internet atau

bermain game. Akhir sekali, mendengar dan melihat pengalaman orang lain cara

mengatasi stress dan sentiasa bersiap sedia ketika penyeliaan yang akan dilakukan.

TEMPOH MASA

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dengan secepat mungkin bagi menstabilkan

emosi saya dalam kehidupan seharian saya. Saya cuba mengatasi masalah ini dengan

segera kerana ini akan menggangu pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin,sudah tentu objektif yang

telah dirancangkan tidak dapat dicapai sepenuhnya oleh guru.

TINDAKAN SUSULAN

Masalah stress ini telah saya perhatikan dan cuba diatasi dari peringkat awal kerana

tempoh penyelesaian tidak mencukupi. Saya perlu merasakan masalah stress yang

dihadapi adalah perkara biasa dan tidak menjadi beban pada diri saya. Setiap

Page 3: jurnal pra

penyeliaan akan dilakukan maka stress saya tidaklah begitu tinggi kerana saya

membuat persediaan awal sebelum penyeliaan. Cuma perasaan cemas sahaja yang

berada dalam diri saya. Masa yang ada pada saya isikan dengan sebaik-baik antaranya

dengan merancang pengajaran, membuat rancangan mengajar dan mengemaskini

kerja-kerja yang belum diselesaikan.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, masalah stress ini dapat diatasi dengan pelbagai cara.

Personaliti dan keupayaan guru itu sendiri adalah menjadi ukuran bagi menyelesaikan

masalah ini. Ia dapat di atasi dengan mudah oleh para-para guru sekirannya guru dapat

menarik minat dan perhatian murid-murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Guru juga perlu tegas dan memberi arahan yang tepat dan mudah difahami oleh

mereka dan seterusnya memberi ganjaran dan pujian kepada mereka yang berjaya.

Guru juga perlu memwujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan selesa serta

sentiasa memberi pemantauan terhadap tingkah laku dan gerak-geri mereka semua.

Seorang guru perlu berfikiran terbuka dan sentiasa berusaha mengatasi masalah yang

berlaku.