3
JURNAL : MINGGU 1 NAMA : TEOH SING LING NO.K/P : 930520-03-5692 KURSUS : PISMP OPSYEN : 6 PISMP SN/PC/MO Perkara Tajuk Masalah pengurusan kelas Masalah Pada minggu ini, saya telah mengalami masalah pengurusan kelas dalam kelas 4E. Semasa menjalankan aktiviti, terdapat satu kumpulan murid yang tidak menjalankan aktiviti yang telah dirancang dengan baik dan juga menimbulkan kekecohan sepanjang aktiviti dijalankan. Walau bagaimanapun, teguran yang diberikan oleh saya tidak menghalang, menyekat atau memberhentikan mereka dari mengulangi tingkah laku yang sama. Mereka hanya akan diam untuk seketika sahaja dan setelah itu, mereka akan mula membuat bising dan mengganggu proses pengajaran dan aktiviti pembelajaran dan rakan-rakan lain yang sedang melakukan aktiviti yang saya berikan. Punca dan Analisis Masalah Saya mendapati kumpulan murid tersebut duduk dekat dalam kelas. Apabila saya membahagikan kumpulan, saya akan lebih mengutamakan kedudukan murid terlebih dahulu, kesannya saya telah

Jurnal Minggu 1 TEOH

Embed Size (px)

DESCRIPTION

jojojojjojojoojojojo

Citation preview

Page 1: Jurnal Minggu 1 TEOH

JURNAL : MINGGU 1

NAMA : TEOH SING LING

NO.K/P : 930520-03-5692

KURSUS : PISMP

OPSYEN : 6 PISMP SN/PC/MO

Perkara

Tajuk Masalah pengurusan kelas

Masalah Pada minggu ini, saya telah mengalami masalah pengurusan kelas

dalam kelas 4E. Semasa menjalankan aktiviti, terdapat satu

kumpulan murid yang tidak menjalankan aktiviti yang telah

dirancang dengan baik dan juga menimbulkan kekecohan

sepanjang aktiviti dijalankan. Walau bagaimanapun, teguran yang

diberikan oleh saya tidak menghalang, menyekat atau

memberhentikan mereka dari mengulangi tingkah laku yang sama.

Mereka hanya akan diam untuk seketika sahaja dan setelah itu,

mereka akan mula membuat bising dan mengganggu proses

pengajaran dan aktiviti pembelajaran dan rakan-rakan lain yang

sedang melakukan aktiviti yang saya berikan.

Punca dan

Analisis Masalah

Saya mendapati kumpulan murid tersebut duduk dekat dalam

kelas. Apabila saya membahagikan kumpulan, saya akan lebih

mengutamakan kedudukan murid terlebih dahulu, kesannya saya

telah membahagikan mereka dalam kumpulan yang bersama.

Apabila mereka dalam kumpulan, murid-murid tersebut akan mula

membuat bising dalam kelas dan mengakibatkan kekecohan kelas.

Kesan dan Akibat Masalah pengurusan masa ini menyebabkan aktiviti yang

dirancangkan oleh saya tidak berjalan dengan lancar.

Cadangan dan

idea

Bagi mencegah dan mengelakkan murid-murid ini membuat bising

dan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran yang akan

Page 2: Jurnal Minggu 1 TEOH

dijalankan kelak, saya bercadang untuk mengambil beberapa

langkah.

− Saya akan membahagikan mereka dalam kumpulan yang

berbeza agar mereka tidak dapat melakukan kekecohan dan

cara ini dapat memastikan murid ini bekerjasama dengan

kumpulan lain selain daripada kumpulan asalnya.

− Saya akan membuat penerokaan untuk mengetahui sebab-

sebab mereka selalu melakukan tingkah laku negatif semasa

P&P dijalankan. Setelah mengetahui dan memahami seseorang

murid dengan lebih dekat, mungkin dapat dikenalpasti punca

mereka berkelakuan tertentu. Oleh itu, teguran dan nasihat

yang sesuai akan saya berikan agar murid tersebut tidak terus

berkelakuan negatif.

Tempoh

Penyelesaian

Tidak ada had masa atau tempoh

Tindakan

Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin.

Pengurusan kawalan kelas amat penting dalam proses pengajaran

dan pembelajaran kelas. Jadi, saya akan mengambil tindakan bagi

menyelesaikan masalah ini.

Kesimpulan dan

Catatan

Saya akan lebih tegas dalam pengajaran serta memberi

peneguhan yang sesuai bagi menyelesaikan masalah tingkah laku

murid.