5
JURNAL INTERNSHIP Bilangan Jurnal Minggu Internship Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal : : : : 1 / 4 Pertama 23 hingga 27 Mac 2015 Minggu Pertama di SK Batu Balai Pada hari pertama, saya melaporkan diri kepada guru mentor, En. Mohd Haizan bin Mat Yasid dan guru besar, En. Che Aubaidi bin Abdullah di sekolah tempat saya mengajar. Saya menerima taklimat daripada mentor dan guru besar untuk terus berusaha dengan sedaya upaya bagi melakukan yang terbaik dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Sesi pengajaran dan pembelajaran bagi setiap minggu adalah pada hari Isnin, Selasa dan Rabu sahaja. Saya memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran pertama dalam minggu internship pada jam 10.30 pagi setelah menyediakan rancangan pengajaran harian seperti tajuk yang telah saya tetapkan. Sesi pengajaran berjalan lancar dan telah dapat mencapai objektif yang ditetapkan pada hari tersebut. Pada hari kedua, saya diberi peluang oleh mentor untuk membuat pemerhatian terhadap sesi pengajaran yang dijalankan oleh beliau sebagai contoh. Saya sangat berterima kasih kepada mentor atas peluang yang diberikan Sesi kedua dan ketiga pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar dan menepati objektif. Pada hari Jumaat, saya menyerahkan rancangan pengajaran harian untuk disemak oleh mentor dan guru besar. Saya berbincang dengan mentor tentang kekuatan dan kelemahan dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran untuk tujuan penambahbaikan. Disemak oleh Mentor Tandatangan : ....................................... ...... Nama : ....................................... ...... Tarikh : ....................................... ...... Disahkan oleh Guru Besar Tandatangan : ....................................... ...... Nama : ....................................... ...... Tarikh : ....................................... ......

JURNAL Internship

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Senarai Semak Internship

Citation preview

Page 1: JURNAL Internship

JURNAL INTERNSHIP

Bilangan Jurnal Minggu InternshipTarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal

::::

1 / 4Pertama23 hingga 27 Mac 2015Minggu Pertama di SK Batu Balai

Pada hari pertama, saya melaporkan diri kepada guru mentor, En. Mohd Haizan bin Mat Yasid dan guru besar, En. Che Aubaidi bin Abdullah di sekolah tempat saya mengajar. Saya menerima taklimat daripada mentor dan guru besar untuk terus berusaha dengan sedaya upaya bagi melakukan yang terbaik dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Sesi pengajaran dan pembelajaran bagi setiap minggu adalah pada hari Isnin, Selasa dan Rabu sahaja.

Saya memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran pertama dalam minggu internship pada jam 10.30 pagi setelah menyediakan rancangan pengajaran harian seperti tajuk yang telah saya tetapkan. Sesi pengajaran berjalan lancar dan telah dapat mencapai objektif yang ditetapkan pada hari tersebut.

Pada hari kedua, saya diberi peluang oleh mentor untuk membuat pemerhatian terhadap sesi pengajaran yang dijalankan oleh beliau sebagai contoh. Saya sangat berterima kasih kepada mentor atas peluang yang diberikan Sesi kedua dan ketiga pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar dan menepati objektif.

Pada hari Jumaat, saya menyerahkan rancangan pengajaran harian untuk disemak oleh mentor dan guru besar. Saya berbincang dengan mentor tentang kekuatan dan kelemahan dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran untuk tujuan penambahbaikan.

Disemak oleh Mentor

Tandatangan : .............................................

Nama : .............................................

Tarikh : .............................................

Disahkan oleh Guru Besar

Tandatangan : .............................................

Nama : .............................................

Tarikh : .............................................

Page 2: JURNAL Internship

JURNAL INTERNSHIP

Bilangan Jurnal Minggu PraktikumTarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal

::::

2 / 4Kedua30 Mac hingga 3 April 2015Pengurusan Masa yang Berkesan

1. Masalah / Peristiwa

Hari ini (31 Mac 2015) saya telah menghadapi masalah pengurusan masa yang tepat sebagaimana yang telah dirancangkan. Terdapat aktiviti yang telah dirancangkan tidak dapat dijalankan kerana tidak cukup masa. Hal ini menimbulkan masalah bagi mencapai objektif , khususnya objektif yang akhir dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada hari-hari tertentu .

2. Analisis

Masalah ini timbul kerana aktiviti perbincangan secara kumpulan yang telah saya jalankan itu ada kalanya telah melebihi masa yang ditetapkan. Didapati murid-murid mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan kerja yang diberi.

3. Cadangan Tindakan Susulan

a.) Saya patut membaca buku-buku yang berkaitan dengan perancangan masa dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menguruskan masa dengan lebih sempurna.

b.) Bagi memastikan bahawa aktiviti perbincangan secara berkumpulan tidak melebihi masa yang telah ditetapkan, saya akan sentiasa mengingatkan murid tentang masa yang ada dan meminta wakil bagi setiap kumpulan membuat laporan dalam masa yang telah ditetapkan. Sekiranya perbincangan menyentuh topik yang sama, saya akan memilih beberapa hasil perbincangan yang terbaik sahaja untuk dibentangkan .

c.) Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru mentor dan rakan-rakan guru.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu . Pengurusan masa yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu -objektif yang telah dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya.

Disemak oleh Mentor

Tandatangan : .............................................

Nama : .............................................

Tarikh : .............................................

Disahkan oleh Guru Besar

Tandatangan : .............................................

Nama : .............................................

Tarikh : .............................................

Page 3: JURNAL Internship

JURNAL INTERNSHIP

Bilangan Jurnal Minggu PraktikumTarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal

::::

3 / 4Ketiga6 hingga 10 April 2015Penghantaran Lembaran Kerja

1. Masalah / Peristiwa

Pada 6 April 2015, saya menghadapi masalah apabila beberapa orang murid tidak menghantar kerja rumah yang telah saya serahkan di dalam lembaran kerja pada minggu sebelumnya. Murid gagal untuk menyerahkan kerja rumah mereka dengan mengemukakan pelbagai alasan.

2. Analisis

Masalah ini timbul kerana murid tidak diberikan penekanan tentang kepentingan kerja rumah yang diberikan. Mereka juga didapati tidak menyimpan lembaran kerja rumah dengan baik ke dalam beg. Jarak masa antara sesi pengajaran dan pembelajaran juga memainkan peranan kerana sesi pengajaran berakhir pada hari Rabu setiap minggu dan bersambung semula pada hari Isnin minggu berikutnya. Murid telah melupakan kerja yang harus mereka lakukan kerana tidak diingatkan dalam tempoh tersebut.

3. Cadangan Tindakan Susulan

a.) Saya patut memberikan lembaran kerja rumah kepada murid untuk disiapkan secara terus dalam tempoh masa pengajaran dan pembelajaran.

b.) Lembaran kerja yang perlu dibuat di rumah adalah sesuai diberikan pada hari Selasa dan dibincangkan pada hari berikutnya.

c.) Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru mentor dan rakan-rakan guru.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu .

Disemak oleh Mentor

Tandatangan : .............................................

Nama : .............................................

Tarikh : .............................................

Disahkan oleh Guru Besar

Tandatangan : .............................................

Nama : .............................................

Tarikh : .............................................

Page 4: JURNAL Internship

JURNAL INTERNSHIP

Bilangan Jurnal Minggu PraktikumTarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal

::::

4 / 4Keempat13 hingga 17 April 2015Pelaksanaan Inovasi Dalam PdP Matematik

Sesi pengajaran dan pembelajaran dalam minggu keempat berjalan lancar dan dapat mencapai objektif yang telah saya sasarkan. Murid juga didapati seronok menjalankan aktiviti inovasi Matematik yang telah saya rancangkan.

1. Masalah / Peristiwa

Tiada

2. Analisis

Tiada

3. Cadangan Tindakan Susulan

Tiada

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Tiada

Disemak oleh Mentor

Tandatangan : .............................................

Nama : .............................................

Tarikh : .............................................

Disahkan oleh Guru Besar

Tandatangan : .............................................

Nama : .............................................

Tarikh : .............................................

Page 5: JURNAL Internship