35
Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal : : : : 1/5 Pertama 26 Januari hingga 29 Januari 2014 Minggu Pertama Di SK Sri Kembar Pada hari pertama, saya bersama pasangan praktikum melapor diri kepada Tuan Hj. Salleh Bin Shess, Guru Besar, Sk Sri Kembar, Benut, Pontian. Setibanya kami di sana, kami telah disambut mesra oleh guru-guru di sana. Kami di bawa ke pejabat sekolah untuk melapor diri. Kami memperkenalkan diri kepada Guru Besar, Tuan Haji Salleh, Guru Penolong Kanan 1, guru-guru dan staf di sana. Kedatangan kami telah sedia maklum oleh pihak sekolah. Kami diminta menyertai guru yang lain untuk menghadiri perhimpunan pertama di sekolah tersebut. Saya dan rakan praktikum telah diperkenalkan kepada warga sekolah oleh guru besar di perhimpunan rasmi sekolah dan kami juga diminta berdiri untuk memperkenalkan diri. Selesai perhimpunan, kami kemudiannya ke pejabat untuk melaporkan diri dan mendengar taklimat ringkas dari pihak sekolah. Kami memberikan surat dan dokumen-dokumen yang telah kami bawa bersama sebagai pengenalan diri dan maklumat tentang tujuan kedatangan kami ke sekolah. Kami telah menerima seorang guru pembimbing mengikut kursus dan bidang kami. Kami menerima guru pembimbang yang mengajar di prasekolah sesuai dengan bidang kursus kami iaitu Pendidikan Prasekolah. Kami juga menerima jadual waktu yang akan digunakan sepanjang berada di sekolah tersebut. Selesai sesi taklimat dan pengenalan bersama

Jurnal

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Jurnal

Citation preview

Bilangan Jurnal Minggu PraktikumTarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal ::::1/5Pertama 26 Januari hingga 29 Januari 2014Minggu Pertama Di SK Sri Kembar

Pada hari pertama, saya bersama pasangan praktikum melapor diri kepada Tuan Hj. Salleh Bin Shess, Guru Besar, Sk Sri Kembar, Benut, Pontian. Setibanya kami di sana, kami telah disambut mesra oleh guru-guru di sana. Kami di bawa ke pejabat sekolah untuk melapor diri. Kami memperkenalkan diri kepada Guru Besar, Tuan Haji Salleh, Guru Penolong Kanan 1, guru-guru dan staf di sana. Kedatangan kami telah sedia maklum oleh pihak sekolah. Kami diminta menyertai guru yang lain untuk menghadiri perhimpunan pertama di sekolah tersebut. Saya dan rakan praktikum telah diperkenalkan kepada warga sekolah oleh guru besar di perhimpunan rasmi sekolah dan kami juga diminta berdiri untuk memperkenalkan diri.Selesai perhimpunan, kami kemudiannya ke pejabat untuk melaporkan diri dan mendengar taklimat ringkas dari pihak sekolah. Kami memberikan surat dan dokumen-dokumen yang telah kami bawa bersama sebagai pengenalan diri dan maklumat tentang tujuan kedatangan kami ke sekolah. Kami telah menerima seorang guru pembimbing mengikut kursus dan bidang kami. Kami menerima guru pembimbang yang mengajar di prasekolah sesuai dengan bidang kursus kami iaitu Pendidikan Prasekolah. Kami juga menerima jadual waktu yang akan digunakan sepanjang berada di sekolah tersebut. Selesai sesi taklimat dan pengenalan bersama guru-guru Sekolah Kebangsaan Sri Kembar, saya dan rakan praktikum dibawa oleh guru pembimbing ke prasekolah.Di sana, kami memperkenalkan diri kepada murid-murid dan pembantu pengurusan murid. Pada hari tersebut, kami masih belum memulakan sesi pengajaran kerana guru pembimbing mahu kami menyesuaikan diri dahulu dengan persekitaran prasekolah dan murid prasekolah. Kami telah berbincang dengan guru pembimbing tentang pembahagian jadual waktu dan apa yang perlu dilaksanakan sepanjang kami berada di sekolah tersebut. Antara perkara penting yang dibincangkan ialah mengenai tema pengajaran yang akan dilaksanakan oleh kami sepanjang praktikum. Menurut guru prasekolah, tema prasekolah di sini adalah fleksibal kerana murid mempunyai tahap pembelajaran yang berbeza kerana suasana persekitaran mereka. Tema yang digunakan perlulah berkait rapat dengan kehidupan dan persekitaran mereka untuk memudahkan pemahaman mereka terhadap isi pelajaran semasa aktiviti P&P dijalankan. Oleh itu, kami berbincang dengan guru prasekolah mengenai tema dan waktu yang sesuai sepanjang kami berada di sini. Di samping itu, saya juga sempat meninjau persekitaran prasekolah seperti kemudahan yang terdapat di sana bagi memudahkan saya menjalankan aktiviti di prasekolah nanti. Selain itu, saya juga membantu guru prasekolah mengawal murid semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran sambil memerhatikan rutin yang dilaksanakan oleh guru dan melihat budaya yang dilaksanakan di sana. Saya juga menerima sedikit sebanyak maklumat mengenai sekolah dan murid di sini terutamanya murid prasekolah. Saya diminta oleh guru prasekolah untuk menghafal semua nama murid untuk memudahkan saya berkomunikasi dengan mereka. Pada minggu ini, kami memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran pada hari Selasa. Pada minggu ini saya dan rakan saya melaksanakan aktiviti secara berpasangan. Saya merancang aktiviti yang sesuai bagi setiap slot pengajaran di prasekolah. Saya juga telah mula menulis rancangan pengajaran di dalam buku persediaan mengajar. Saya juga mula membina bahan bantu mengajar sesuai dengan aktiviti yang saya jalankan. Selain itu, saya juga berusaha mengumpul semua dokumen dan maklumat sekolah bagi melengkapkan portfolio praktikum seperti yang ditetapkan di dalam tugasan. Sepanjang minggu ini saya masih dalam proses menyesuaikan diri dengan budaya dan persekitaran sekolah. Saya juga perlu mengingat semua rutin di prasekolah bagi supaya saya dapat mengedalikan P& P dengan berkesan. Saya juga mencuba untuk menghafal nama setiap murid di prasekolah tersebut. Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan: .............................................Nama: .............................................Tarikh: .............................................Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan: .............................................Nama : .............................................Tarikh : .............................................

Bilangan Jurnal Minggu PraktikumTarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal ::::2/6Kedua05 Februari hingga 06 Februari 2014Masalah stress semasa praktikum

MASALAHMinggu kedua ini merupakan minggu permulaan bagi saya untuk memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak prasekolaah. Saya menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Sri Kembar. Saya mengalami masalah yang silih berganti dan bertukar-tukar. Terdapat banyak dugaan dan halangan yang perlu saya tempuhi semasa menjalani praktikum ini. Masalah sebenar saya pada minggu ini adalah masalah stress semasa menjalani praktikum kerana terlalu banyak kerja-kerja yang perlu diselesaikan. Selain itu, saya turut mengalami masalah berhubung jadual waktu harian pengajaran dan pembelajaran saya di prasekolah. Terlalu bnayak perubahan pada saat-saat akhir sehingga menyebabkan perancangan bagi sesi P&P yang akan saya jalankan tidak dapar berjalan dengan lancar. Selain itu, pada minggu pertama ini terlalu banyak kerja-kerja dari pensyarah yang perlu saya selesaikan dengan secepat mungkin. Saya dan rakan-rakan sekelas juga telah dipilih untuk mengelola aktiviti pertandingan koir peringkat IPG kami. Namun begitu kami terpaksa menolaknya kerana ada banyak perkara yang perlu dilesaikan terutama sekali tugas-tugas yang telah kami sandang sepanjang berada di sekolah praktikum. Oleh yang demikian sebagai seorang guru, saya harus pandai menyesuaikan diri sendiri agar dapat mencapai matlamat yang diinginkan. Maka tidak hairanlah dalam suasana seperti itu, latihan mengajar sering menimbulkan kebimbangan, keresahan dan ketegangan perasaan di kalangan guru-guru yang menjalini sesi praktikum seperti ini. Penyelesaian bagi masalah stress ini perlu dicari dengan segera kerana jika masalah ini ditangguhkan maka ia kan menjadi beban pada diri saya, Hal ini akan menyebabkan sesi pengajaran dan pembelajaran saya di dalam kelas terganggu. Saya tidak ingin masalah ini terjadi namun begitu ia tidak dapat dielakkan.

ANALISIS MASALAHMenurut Fortana dan Abouserie (1993), stress adalah sesuatu yang lazim terdapat dalam profesion yang terlibat dengan perhubungan manusia. Profesion keguruan adalah salah satu tugas yang mempunyai hubungan secara langsung dengan manusia terutama dengan pelajar-pelajar. Oleh itu saya perlu memikirkan bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah ini dengan merujuk dan meminta bantuan daripada rakan-rakan. Tindakan-tindakan yang responden untuk mengatasi masalah stress ialah seperti menghiburkan hati dengan berbual-bual dengan rakan. Setelah pemerhatian dan perbincangan yang dijalankan bersama-sama dengan rakan-rakan, beberapa hasil telah saya dapati antarannya :- Masalah stress sememangnya mengganggu kehidupan seorang guru.- Stress akan menyebabkan pengajaran dan pembelajaran yang terganggu.- Emosi guru akan terganggu dan murid-murid turut menjadi mangsa keadaan.- Guru pelatih akan menghadapi kecelaruan mental.Andaian yang saya boleh buat terhadap permasalahan ini ialah stress dapat dicegah sekiranya saya berfikiran positif untuk mengatasinya. Jika saya tidak menjadikan sesuatu perkara itu membebankan, maka stress itu tidak akan wujud. Saya sepatutunya merasakan stress yang dihadapi sebagai tanggungjawab bukannya beban atau kecelaruan mental. Stress yang dihadapi sememangnya mengganggu saya.

CADANGAN.Langkah-langkah yang perlu saya ambil adalah seperti berikut :1) Meluahkan perasaan kepada rakan-rakan.2) Menceritakan pengalaman mengajar kepada rakan-rakan dan bersukan pada waktu petang.3) Mengurangkan tekanan dengan berjalan-jalan dan bersiar-siar serta membaca buku bagi menghilangkan stress.4) Merenung sejenak sebelum masuk ke dalam kelas dan berbual-bual dahulu dengan murid-murid.5) Melayari internet ataupun bermain game.6) Mendengar dan melihat pengalaman orang lain mengatasi stress dan sentiasa bersiap sedia ketika penyeliaan yang akan dilakukan.

TEMPOH MASASaya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin bagi menstabilkan emosi saya dalam kehidupan seharian saya.

TINDAKAN SUSULANIsu stress ini telah saya pantau dan cuba diatasi dari peringkat awal kerana tempoh penyelesaian tidak mencukupi. Saya perlu merasakan masalah stress yang dihadapi adalah perkara biasa dan tidak menjadi beban pada diri saya. Setiap penyeliaan akan dilakukan maka stress saya tidaklah begitu tinggi kerana saya membuat persediaan awal sebelum penyeliaan. Cuma perasan cemas sahaja yang menghantui diri saya. Namun, saya masih dapat mengawalnya. Masa yang ada saya isikan dengan sebaik-baiknya antaranya dengan merancang pengajaran , membuat rancangan mengajar dan mengemaskini kerja-kerja yang belum selesai.

KESIMPULANDapat disimpulkan bahawa masalah stress ini boleh diatasi dengan pelbagai cara. Personaliti dan keupayaan guru itu sendiri adalah menjadi ukuran bagi menyelesaikan masalah ini. Hasil daripada permerhatian ke atas kes-kes yang sebegini, ia dapat di atasi dengan mudah oleh para-para guru sekirannya guru dapat menarik minat dan perhatian murid-murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlu tegas dan memberi arahan yang tepat dan mudah difahami oleh mereka dan seterusnya member ganjaran dan pujian kepada mereka yang Berjaya. Guru juga perlu memwujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan selesa serta sentiasa member pemantauan terhadap tingkah laku dan gerak-geri mereka semua. Dengan cara ini masalah kebisingan akan dapat diatasi oleh guru tersebut dan sekaligus masalah stress yang dialami oleh guru akan dapat dihindarkan. Seorang guru perlu berfikiran terbuka dan sentiasa berusaha mengatasi masalah yang berlaku dan sekiranya saya masih lagi mengalami masalah ini saya akan menanganinya dengan tenang dan bijak.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan: .............................................Nama: .............................................Tarikh: .............................................Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan: .............................................Nama : .............................................Tarikh : .............................................

Bilangan Jurnal Minggu PraktikumTarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal ::::3/7Ketiga09 Februari hingga 13 Februari 2014Masalah pengurusan masa yang tepat

MASALAHPada minggu kedua, saya telah mengalami masalah pengurusan masa yang tepat sebagaimana yang saya telah rancangkan. Terdapat aktiviti yang telah dirancang tidak dapat dijalankan kerana tidak cukup masa. Hal ini menimbulkan masalah bagi saya untuk mencapai objektif, khususnya objektif yang akhir dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari-hari tertentu.

ANALISISMasalah ini timbul kerana aktiviti perbincangan secara kumpulan yang telah saya jalankan itu ada kalanya telah melebihi masa yang ditetapkan. Didapati pelajar-pelajar mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan hasil perbincangan dan semasa melaporkan hasil perbincangan, malah terdapat beberapa orang pelajar yang tidak dapat menerangkannya dengan lancar dan cepat. Di samping itu, masalah masa yang agak lama sehingga mengurangkan masa yang telah dirancangkan

CADANGANLangkah-langkah yang perlu saya usahakan untuk mengatasi masalah ini adalah :1)Saya patut membaca buku-buku yang berkaitan dengan penerangan masa dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menguruskan masa dengan lebih sempurna.2)Saya akan menyediakan plan A dan plan B pada waktu-waktu tertentu terutama pada hari-hari yang terlibat dengan perhimpunan sekolah supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar dengan masa yang telah dirancangkan.3)Bagi memastikan bahawa aktiviti perbincangan secara berkumpulan tidak melebihi masa yang telah ditetapkan, saya akan sentiasa mengingatkan pelajar tentang masa yang ada dan meminta wakil bagi setiap kumpulan membuat laporan dalm masa yang telah ditetapkan. Sekiranya perbincangan menyentuh topik yang sama, saya akan memilih beberapa hasil perbincangan yang terbaik sahaja akan dibentangkan.4) Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada pensyarah pembimbing disamping berbincang dengan rakan-rakan yang lain.

TEMPOH MASASaya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin. Pengurusan masa yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu objektif-objektif yang dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya.

TINDAKAN SUSULANPerkara sebegini adalah normal bagi setiap guru pelatih yang menjalani praktikum iaitu tentang masalah pengurusan masa. Namun masalah ini bukanlah bersifat kekal jika kita bijak mengatasinya. Sudah menjadi lumrah bagi manusia kerana masa adalah amat berharga bagi mereka semua. Tindakan yang perlu diambil untuk menangani masalah ini ialah dengan mengawal aktiviti dengan melihat jam dan sentiasa mengingatkan diri tentang waktu penamatan masa bagi setiap aktiviti.

KESIMPULANHasil daripada pemerhatian ke atas kes-kes sebegini, ia dapat diatasi dengan mudah oleh paraguru sekiranya guru dapat membahagikan masa dengan baik dan guru pelatih hendaklah percaya bahawa masalah yang dihadapi akan diatasi dengan jayanya melalui jati diri dalaman dan semangat perguruan yang tersemat dalam hati setiap guru.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan: .............................................Nama: .............................................Tarikh: .............................................Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan: .............................................Nama : .............................................Tarikh : .............................................

Bilangan Jurnal Minggu PraktikumTarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal ::::4/8Keempat16 Februari hingga 20 Februari 2014Masalah tingkahlaku kanak-kanak

MASALAHPada minggu ini iaitu minggu ketiga sesi praktikum saya mengalami masalah tingkah laku kanak-kanak yang hiperaktif iaitu kanak-kanak yang sukar dikawal dan tidak memberi tumpuan semasa sesi pembelajaran dan pengajaran. Sebagai contohnya semasa saya menjalankan sesi penerangan kepada mereka terdapat dua orang murid yang sukar untuk duduk diam iaitu mereka sering berjalan dan mengusik rakan mereka yang lain. Ini menyebabkan rakan-rakan mereka hilang tumpuan semasa sesi pembelajaran. Pelbagai cara telah saya lakukan namun begitu ia tidak memberikan kesan kepada kanak-kanak tersebut. Mereka berdua suka mengganggu rakan-rakan yang lain sewaktu belajar dan tidak menyiapkan segala kerja yang diberikan oleh saya kepada mereka. Malah jika mereka berbuat demikian saya akan memanggil kedua-dua orang kanak-kanak berkenaan dan duduk di depan saya semasa membuat kerja. Kini masuk minggu keempat saya menjalani praktikum, saya masih lagi berusaha untuk mengubah tingkah laku mereka. Oleh yang demikian sebagai seorang guru, saya harus pandai menyesuaikan diri dalam situasi begini agar dapat mencapai matlamat yang diinginkan. Begitu jugalah dengan keadaan diri saya ini semasa menghadapi saat-saat menjalani praktikum. Saya telah membuat pelbagai rancangan dan persediaan supaya saya dapat menjalani praktikum dengan baik dan mencapai kejayaan. Penyelesaian bagi masalah tingkah laku kanak-kanak ini ialah perlu diatasi dengan segera agar ia tidak berlarutan kerana jika terlalu lama tertangguhnya masalah ini ia akan menjadi beban dan bertambah berat. Di sini bukan maksud saya mengatakan masalah ini amat membebankan, namun sekiranya ia tidak dibendung lebih awal ia akan berpanjangan. Sebagai guru saya perlu bijak dalam menangani masalah ini. Ini adalah kerana, apabila telah masuk dalam bidang profesion perguruan, masalah tingkah laku kanak-kanak perlu di ambil kira.

ANALISIS MASALAHMenurut Sue Cowley dalam bukunya yang berjudul Gettings The Buggers To Behave 2001 mengatakan pelajar-pelajar diawal persekolahan mempunyai tahap keterujaan yang tinggi terhadap sesuatu perkara yang baru mereka temui atau alami. Mereka berkecenderungan bersikap nakal kerana masih dalam percubaan untuk melihat apakah sikap yang dapat diterima dalam dunia dan situasi yag baru bagi mereka.

CADANGANLangkah-langkah yang perlu saya ambil adalah seperti berikut :1)Memberi kepercayaan, amanah, tangungjawab untuk melakukan sesuatu tugasan.2) Menukar tempat duduk dihadapan supaya mudah diperhatikan gerak-geri mereka.3)Menjadikan mereka model dihadapan supaya mereka rasa dihargai.4)Memberi peneguhan yang positif kepada dirinya, sekiranya ia berkelakuan baik dan tidak mengganggu rakan-rakan yang lain.5)Mengadakan teknik pembelajaran yang menarik dan menggunakan pelbagai bahan yang sesuai serta menggunakan teknik variasi rangsangan bagi menarik minat mereka.

TEMPOH MASASaya akan cuba sedaya upaya untuk mengatasi masalah ini dengan mengambil langkah-langkah membuat pemerhatian dan berjumpa dengan ibu bapa kanak-kanak yang bermasalah secepat yang mungkin.

TINDAKAN SUSULANMasalah yang dihadapi dikaitkan dengan masalah pengurusan diri. Perkara sebegini adalah normal bagi setiap guru pelatih yang menjalani praktikum iaitu tentang masalah tingkah laku kanak-kanak yang bermasalah. Namun, masalah ini bukanlah bersifat kekal jika kita bijak mengatasinya. Bagi mengatasi masalah ini saya telah membuat tindakan dengan berjumpa ibu bapa kedua-dua orang pelajar berkenaan untuk mengetahui tingkah laku mereka semasa berada di rumah. Di dapati murid pertama berkelakuan baik dan mendengar kata semasa berada di rumah. Yang dihairankan adalah kenapa murid ini berkelakuan tidak reti duduk diam semasa disekolah. Oleh itu dengan analisis yang saya dapati beliau merupakan anak bongsu dan sangat manja. Mungkin masalah ini terjadi kerana beliau tiada kawan untuk bermain di rumah kerana didapati abangnya sudah besar. Manakala murid yang kedua pula, apabila ditanya kepada ibunya ia menjawab dan mengakui bahawa anaknya memang nakal dan hiperaktif semasa di rumah dan sering mengusik adik dan kakak beliau. Tiap-tiap hari ia akan menganggu kakak dan adiknya semasa membuat kerja ataupun bermain. Jika tidak mendapat sesuatu barang yang diingini beliau akan memberontak sama seperti di sekolah ketika bermain bersama-sama rakan. Oleh yang demikian, saya dapati sikapnya masih boleh diubah dari masa ke semasa dan saya dapati kedua-dua orang kanak-kanak ini memerlukan pemerhatian dan ingin disayangi. Sebagai guru saya perlu memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah tersebut.

KESIMPULANHasil daripada pemerhatian ke atas kes seperti ini, ia dapat diatasi dengan mudah oleh para guru pelatih sekiranya guru dapat membahagikan masa dengan baik dan memberi perhatian yang lebih kepada pelajar-pelajar khususnya yang mempunyai masalah pembelajaran dan guru pelatih hendaklah percaya bahawa masalah yang dihadapi akan diatasi dengan jayanya melalui jati diri dalaman dan semangat perguruan tersemat dalam hati setiap guru. Oleh yang demikian kanak-kanak yang mengalami masalah seperti ini mereka perlu diberi perhatian yang cukup dan guru perlu mangadakan teknik pemujukan supaya mereka lebih berminat untuk belajar. Guru juga perlu menarik minat mereka untuk menyertai sesi pembelajaran semasa di dalam kelas.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan: .............................................Nama: .............................................Tarikh: .............................................Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan: .............................................Nama : .............................................Tarikh : .............................................

Bilangan Jurnal Minggu PraktikumTarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal ::::5/9Kelima23 Februari hingga 27 Februari 2014Masalah murid suka membuat bising

MASALAHPada minggu kelima praktikum ini saya mengalami masalah murid suka membuat bising di dalam kelas. Ini termasuklah semasa sesi perbualan pagi, semasa melakukan aktiviti dan semasa sesi penerangan. Saya mempunyai 25 orang anak murid dimana semuanya aktif dan berminat dengan pelajaran. Namun begitu, terdapat beberapa orang murid yang suka bercakap semasa saya membuat penerangan dan semasa membuat kerja. Sebagai contohnya semasa sesi penerangan, kanak-kanak suka bercakap bersama rakan yang lain sehinggakan saya berasa kurang sabar dan menegur mereka. Kebanyakkan murid yang suka bercakap itu adalah murid yang duduk dibarisan belakang. Oleh hal yang demikian, saya mengambil tindakan dengan mengalihkan mereka duduk dibarisan hadapan. Malah terdapat juga murid yang tidak reti sabar untuk bercakap semasa sesi penerangan. Sebagai contohnya semasa saya memberi penerangan mereka tidak sabar untuk bercakap dan menyebabkan saya kehilangan idea untuk bercakap. Kanak-kanak ini sering bercakap semasa makan. Kadang saya tidak faham kenapa kanak-kanak ini sering bercakap dari sesi awal pagi sehinggakan waktu hendak pulang mereka masih lagi bercakap tidak habis-habis. Kadang-kadang ia menguji tahap kesabaran saya. Jika mereka sering dan banyak bercakap tidak berhenti-henti mereka akan kehilangan tumpuan semasa sesi pembelajaran. Oleh itu, mereka akan ketinggalan dalam pelajaran. Itu yang menyebabkan kerisauan timbul dalam diri saya.

ANALISIS MASALAHMenurut Cottle dan Downie (1970) kaunseling dibawah bimbingan secara individu merujuk kepada proses perbincangan di antara kaunselor dengan kliennya di mana kaunselor ini berusaha menolong kliennya memahami diri sendiri dan menerima masalah yang dihadapi dengan tenang dan tabah. Sikap yang ditunjukkan oleh murid ini menyebabkan saya terpaksa menyiasat tentang masalah yang dihadapi oleh dirinya. Saya telah menjalankan siasatan ke atas dirinya dan didapati bahawa beliau ingin memberontak kerana ibu dan bapanya amat sibuk bekerja dan beliau dijaga oleh pembantu rumahnya. Hal inilah yang menyebabkan beliau malas untuk belajar dan suka membuat bising semasa di dalam kelas. Ini adalah kerana beliau memerlukan perhatian dan kasih sayang yang lebih dari keluarganya.

CADANGANLangkah-langkah yang perlu saya ambil adalah seperti berikut :1)Menukar tempat duduk kanak-kanak yang suka membuat bising ke hadapan atau dari tempat murid yang suka berbual.2)Menjadikan mereka sebagai model dihadapan supaya mereka rasa dihargai ataupun berasa malu kerana sikap mereka yang suka bercakap.3)Memberi mereka peneguhan yang positif kepada dirinya, sekiranya ia berkelakuan baik dan tidak mengganggu rakan-rakan yang lain.4)Memberikan mereka dendaan sebagai peringatan supaya mereka tidak mengulangi lagi kesalahan tersebut.5)Mengadakan teknik pembelajaran yang menarik dan menggunakan pelbagai bahan yang sesuai serta mengadakan teknik variasi rangsangan bagi menarik minat mereka.

TEMPOH MASASaya akan mengambil langkah dengan membuat pemerhatian terhadap kanak-kanak yang bermasalah dan akan menyelesaikan masalah ini secepat yang mungkin.

TINDAKAN SUSULANMasalah yang dihadapi dikaitkan dengan masalah pengurusan diri. Kanak-kanak yang bermasalah perlu diberi nasihat dan diambil perhatian kerana mereka perlu mengubah tingkah laku mereka dan perlu bersifat mendengar kata guru. Di sini saya akan mengambil langkah dengan memerhati kanak-kanak yang berkenaan secara jarak jauh dan berjumpa ibu bapa mereka untuk bertanyakan kepada ibu bapa mereka tentang tingkah laku anak mereka di rumah adakah sama semasa di sekolah. Menurut pemerhatian yang saya lakukan saya dapati masalah ini boleh diatasi dengan cara memberi nasihat kepada mereka secara individu dan memberi mereka dendaan jika tindakan nasihat tidak berhasil. Kanak-kanak ini bersifat manja dan memerlukan perhatian serta disayangi. Sebagai seorang guru saya perlu memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah ini dan perlu bijak mencari jalan penyelesaiannya.

KESIMPULANHasil daripada pemerhatian ke atas kes ini, ia dapat diatasi dengan mudah oleh guru sekiranya dapat membahagikan masa dengan lebih baik dan memberi perhatian yang lebih kepada pelajar-pelajarnya khususnya yang mempunyai masalah pembelajaran dan guru pelatih hendaklah percaya bahawa masalah yang dihadapi akan diatasi dengan jayanya melalui jati diri dalaman dan semangat perguruan yang tersemat dalam hati setiap guru. Seseorang guru juga perlu mempunyai sikap yang penyayang dan penyabar bagi menghadapi kerenah murid-murid yang mempunyai pelbagai ragam dan perangai.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan: .............................................Nama: .............................................Tarikh: .............................................Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan: .............................................Nama : .............................................Tarikh : .............................................

Bilangan Jurnal Minggu PraktikumTarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal ::::6/10Enam02 Mac hingga 06 Mac 2014Masalah dalam memilih rakan dalam kumpulan masing

Isu

Semasa melakukan aktiviti, saya menyuruh murid membahagikan kepada lima kumpulan. Semasa proses membahagikan kumpulan, saya dapati mereka sering bertengkar sesama mereka kerana memilih kawan mereka. Ada diantara mereka berebut-rebut untuk bersama dengan kawan yang lebih pandai dan cekap melakukan kerja. Hal ini menjadi isu semasa proses pembelajaran di jalankan.

Perkembangan Isu:

Pelajar sering bertegang lidah sesama mereka untuk memilih rakan dalam kumpulan. Contohnya pelajar bernama Ayu sering bergaduh memilih rakan kumpulan. Dia tidak suka apabila di letakkan bersama dengan pelajar bernama Safizan ataupun Azri, kerana baginya pelajar ini sering membawa masalah dalam kumpulannya.

Hal ini menyebabkan pertelingkahan berlaku dan secara tidak langsung telah menganggu pembelajaran di dalam kelas. Ada dalam kalangan mereka juga tidak mahu berpecah dengan rakan sebelah meja mereka. Seperti Aidil dan Faqrol yang sering bersama-sama dalam melakukan aktiviti. Mereka enggan dipisahkan kerana setiap kali melakukan sesuatu mereka akan tetap melakukan bersama dan apabila dipisahkan akan menyebabkan mereka tidak senang dan gagal memberi kerjasama yang baik .

Mengenal pasti Masalah :

Masalah yang jelas timbul dalam isu ini adalah pelajar bergaduh dalam memilih ahli kumpulan sendiri. Mereka masih tidak mampu memilih rakan yang sesuai sebagai ahli kumpulan yang tetap. Mereka juga sering bertegang lidah untuk membentuk kumpulan. Masalah ini jika tidak diatasi dengan baik akan mengganggu proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.

Cadangan :

Terdapat beberapa cadangan yang telah dikenal pasti yang perlu diambil bagi mengatasi masalah ini :

1) Guru memainkan peranan untuk memilih ahli kumpulan.2) Guru mengawal tingkah laku murid dengan lebih cekap3) Guru memastikan murid membentuk kumpulan dengan pantauan guru.4) Elakkan perkara-perkara sesititif seperti memilih ahli kumpulan berdasarkan kebolehan murid.

Tempoh MasaSaya cuba mengambil masa dalam 1 minggu bermula daripada 11 Mac 2014 hinggalah 14 Mac 2014. Saya akan mengatasi masalah ini merujuk kepada cadangan yang telah di buat. Saya akan melihat perkembangan masalah tersebut dan melalui tempoh masa yang ditetapkan itu cukup untuk membantu dalam menangani masalah ini.Penilaian KejayaanSaya telah meminta bantuan guru pembimbing saya, Cikdu Arina untuk menilai tentang kejayaan saya di samping meminta pandangan Pembantu Pengurusan Murid Puan Aisyah,

Kesimpulan.Setiap masalah yang timbul haruslah di atasi dengan baik dan berhikmah, agar pembelajaran dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan: .............................................Nama: .............................................Tarikh: .............................................Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan: .............................................Nama : .............................................Tarikh : .............................................

Bilangan Jurnal Minggu PraktikumTarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal ::::7/11Tujuh09 Mac hingga 13 Mac 2014Latar belakang dan gaya hidup mempengaruhi prestasi murid

Isu :

Telah banyak diperkatakan tentang satu fakta bahawa latar belakang dan gaya hidup akan mempengaruhi prestasi seseorang murid itu samada tinggi atau rendah. Ia menjelaskan bahawa jika murid itu berada dalam suasana persekitaran kehidupan dan sosioekonomi yang rendah atau kurang baik kualitinya, ia akan menyebabkan prestasi pelajaran seseorang murid itu akan merosot dan begitu jugalah sebaliknya.

Kemungkinan besar fakta ini ada kebenarannya. Ini kerana, itulah keadaan yang saya alami ketika berada di SK Sri Kembar ini, latar belakang murid sekolah ini kebanyakkannya berasal dari keluarga yang sederhana dan ke bawah. Keadaan kehidupan yang kurang baik dari segi sosioekonomi dan persekitaran telah banyak mempengaruhi perkembangan mental dan emosi mereka. Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa terdapat juga murid yang pintar, tetapi banyak lagi murid yang berpotensi untuk berjaya tidak dapat digilap mindanya akibat daripada kekangan peluang hasil daripada keadaan persekitaran kehidupan dan sosioekonomi yang kurang baik.

Perkembangan Isu

Apabila melihat keadaan ini, saya mula memikirkan bahawa peranan ibu bapa sangatlah penting dalam menyediakan kehidupan yang selesa, contoh tauladan yang baik dan pendidikan awal yang sempurna kepada kanak-kanak dan kesinambungan kepada keadaan ini akan diteruskan oleh para guru di sekolah bagi melahirkan generasi rakyat Malaysia yang bukan sahaja pintar, tetapi boleh berdikari dan berakhlak mulia.

Apabila melihatkan keadaan ini, barulah saya sedar bahawa walaupun berada di kawasan bandar yang dikatakan mempunyai kemudahan pendidikan yang lengkap, ia masih lagi tidak berupaya untuk melahirkan murid yang baik jika ia tidak disulamkan dengan penyediaan kehidupan yang selesa untuk kanak-kanak bagi perkembangan mental dan emosi mereka.

Cadangan

Apabila saya menjadi guru kelak. Saya akan berusaha untuk lebih mendekati anak murid saya bagi mengetahui dengan lebih lanjut keupayaan dan minat mereka serta berbincang dengan rakan sejawat saya bagi memastikan proses P&P saya pada masa mendatang menjadi lebih berkesan dan berupaya membantu dalam perkembangan minda dan emosi mereka.

Kesimpulan.

Setiap pelajar mempunyai latar belakang yang berlainan, jadi peranan gurulah untuk mengenal pasti pelajar-pelajar tersbut. Dengan itu pembelajaran dapat dilaksanakan dengan baik dikelas.Guru juga haruslah memberi layanan dan kasih sayang sama rata kepada semua murid-muridnya. Hal ini kerena murid-murid ada hak untuk mendapat layanan yang baik daripada guru. Sikap pilih kasih antara guru dengan murid tidak sepatutnya wujud dalam diri guru. Guru perlulah memahami jiwa murid dan tahu mengawal emosi murid agar mereka berasa senang apabila berada di sekolah. Jurang ekonomi tidak patut menjadi isu dalam pembelajaran di sekolah, tetapi tahap pencapaian murid sepatutunya di tekankan oleh guru agar matlamat sebanar guru untuk melahirkan anak bangsa yang berjaya akan tercapai. Jadilah seperti lilin sanggup membakar diri untuk menerangi orang lain.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan: .............................................Nama: .............................................Tarikh: .............................................Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan: .............................................Nama : .............................................Tarikh : .............................................

Bilangan Jurnal Minggu PraktikumTarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal ::::8/12Sembilan16 Mac hingga 20 Mac 2014Suara guru mampu mempengaruhi murid dalam mendengar arahan

ISU

Suara guru yang kuat banyak memberi kesan kepada pendengaran pelajar dan juga kepatuhan pelajar untuk mendengar arahan guru terutama sekali kepada pelajar yang selalu melakukan masalah. Mereka akan lebih patuh dan akan ikut apa yang diperkatakan oleh guru jika guru tersebut bersuara lebih tegas ataupun kuat.

PERKEMBANGAN ISU:

Seorang pelajar yang agak nakal, sangat suka bercakap dan membuat kerja lain semasa belajar di kelas. Pelajar ini tidak akan memberi tumpuan yang baik terhadap pengajaran guru . Setiap arahan guru, dia tidak endahkan dan kadang-kadang dia akan melawan balik jika diarahkan untuk membuat kerja.

Disebabkan oleh itu, guru terpaksa meninggikan suaranya dan mengarahkan murid tersebut dengan lebih tegas daripada sebelum ini. Perubahan suara guru telah menyebabkan murid tersebut mula memberi perhatian kepada arahan guru dan mendengar apa yang guru cakapkan .

Perkara diatas menunjukkan bahawa suara guru banyak mempengaruhi tingkah laku pelajar. Pelajar yang nakal dan mengganggu ini telah mula mendengar arahan guru, dan guru haruslah lebih tegas dan bersuara kuat untuk membantu pelajar seperti murid tersebut untuk mendengar arahan.

MENGENAL PASTI MASALAH :

Masalah yang jelas timbul dalam isu ini adalah pelajar gagal mendengar arahan guru akibat daripada suara guru yang tidak kuat dan tidak tegas. Murid mendengar sahaja arahan guru tetapi tidak mahu mengikut apa yang disuruh guru. Murid itu juga akan bertindak dengan melawan balik guru apabila guru mengarahkan sesuatu

CADANGAN :

Suara guru yang lebih perlahan dan tidak tegas menyebabkan pelajar tidak berasa takut untuk tidak mendengar arahan guru. Bagi pelajar tersebut, arahan guru itu tidak perlu diikut kerana arahan guru itu hanyalah sambil lewa dan tidak akan dimarah jika tidak mengikut arahan tersebut. Dengan itu, guru haruslah mengubah cara guru untuk mengawal pelajar yang hiperaktif ini melalui suara guru . Suara guru mestilah dalam nada yang tegas dan kuat semasa memberi arahan, dengan itu pelajar akan menganggap guru itu sangat serius dan akan akan di marah jka tidak mengikuti arahan guru. Jadi guru perlulah mengubah nada suara guru dalam mengubah tingkah laku murid.

TEMPOH MASASaya cuba mengambil masa dalam seminggu bermula daripada 31 Mac 2014 hinggalah 04 April 2013. Saya akan mengatasi masalah ini dengan mengubah cara memberi arahan saya kepada pelajar yang bermasalah tersebut dengan suara yang lebih tegas. Saya juga meniliti tingkah lakunya selepas pelaksanaan intervensi ini. Penilaian ini akan diteruskan kepada minggu yang berikutnya jika cara rawatan ini tidak berhasil.

PENILAIAN KEJAYAANSaya telah meminta bantuan guru pembimbing saya, untuk menilai tentang kejayaan saya di samping meminta pandangan pembantu pengurusan murid bagi mengatasi masalah ini.

KESIMPULAN :

Murid berada dalam keadaan selesa apabila tidak tegas dengan mereka. Mereka akan melakukan apa yang disuka dan akan melakukan perkara-perkara diluar kawalan guru . Perkara ini akan meninggalkan kesan yang negatif kepada diri murid, Tingkah laku mereka tidak akan dapat dibentuk untuk menjadi murid yang baik dan tahu mematuhi arahan . Jadi guru haruslah tegas mengatasi masalah ini. Antara salah satu tindakannya adalah dengan mengubah nada suar daripada perlahan atau secara lembut kepada suara yang lebih kuat dan tegas. Diharap tindakan ini mampu mengubah tingkah laku murid.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan: .............................................Nama: .............................................Tarikh: .............................................Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan: .............................................Nama : .............................................Tarikh : .............................................