4
JURNAL REFLEKTIF MINGGU KE 1 (21.6.2015 HINGGA 25.6.2015) NAMA PELAJAR : CHUNG KAI YI OPSYEN/KUMPULAN : PRASEKOLAH PISMP-SEM 5 NAMA SEKOLAH : SJK ( C ) PU NAN 1. Isu / peristiwa / masalah yang difokuskan Pada minggu pertama praktikum, saya menghadapi masalah pengurusan masa semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Masa yang diberi kepada murid untuk membuat lembaran kerja terlalu singkat menyebabkan murid tidak dapat menyiapkan latihan tersebut di dalam kelas. 2. Perkembangan / isu / peristiwa / masalah yang difokuskan releven / sesuai. Saya pada hari Ahad (21.06.2015) melaporkan diri di Sekolah Pu Nan malah hari itu ialah hari terbuka sekolah. Saya menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran pada hari esok iaitu hari Isnin (22.06.2015). Oleh demikian, saya belum cukup memahami keupaya penguasaan murid-murid di Prasekolah SJKC Pu Nan.

Jurnal

Embed Size (px)

DESCRIPTION

refleksi

Citation preview

JURNAL REFLEKTIF MINGGU KE 1

(21.6.2015 HINGGA 25.6.2015)

NAMA PELAJAR: CHUNG KAI YI

OPSYEN/KUMPULAN: PRASEKOLAH PISMP-SEM 5

NAMA SEKOLAH: SJK ( C ) PU NAN

1.

Isu / peristiwa / masalah yang difokuskan

Pada minggu pertama praktikum, saya menghadapi masalah pengurusan masa semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Masa yang diberi kepada murid untuk membuat lembaran kerja terlalu singkat menyebabkan murid tidak dapat menyiapkan latihan tersebut di dalam kelas.

2.

Perkembangan / isu / peristiwa / masalah yang difokuskan releven / sesuai.

Saya pada hari Ahad (21.06.2015) melaporkan diri di Sekolah Pu Nan malah hari itu ialah hari terbuka sekolah. Saya menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran pada hari esok iaitu hari Isnin (22.06.2015). Oleh demikian, saya belum cukup memahami keupaya penguasaan murid-murid di Prasekolah SJKC Pu Nan.

3.

Isu / masalah / peristiwa yang difokuskan dianalisis secara terperinci.

Mengenal pasti punca / sebab isu / masalah / peristiwa yang difokuskan.

Murid-murid tidak cukup masa untuk menyiapkan lembaran kerja yang diberi oleh saya. Mereka perlu diberi masa yang lebih kemungkinan perkembangan menulis masih tidak mahir menyebabkan mereka menulis dengan lambat.

Mengenal pasti kemungkinan penyebab kepada isu / masalah.

Kemungkian menyebabkan masalah ialah latihan terlalu banyak dan masa yang diberi singkat.

Mengenal pasti kelemahan isu / masalah /peristiwa yang difokuskan.

Murid tidak dapat melengkapkan latihan dalam masa yang ditentukan oleh guru.

Mengenal pasti kekuatan isu / masalah /peristiwa yang difokuskan.

Saya telah mengenalpasti tahap dan keupayaan penguasaan murid terhadap pembelajaran untuk menambahbaik pada Pengajaran dan Pembelajaran yang akan datang.

Meramal kesan dan akibat isu / masalah / peristiwa yang difokuskan.

Sekiranya masalah tidak diambil berat, murid tidak dapat mengukuhkan pembelajaran mereka dan guru juga tidak dapat menilai tahap penguasaan murid.

4.

Kajian lampau yang berkaitan isu / masalah.

-

5.

Cadangan dan idea diberikan untuk menyelesaikan setiap punca / kelemahan.

Memerlukan masa yang lebih untuk membuat lembaran kerja, memberi penjelasan yang terang dan memberi bimbingan kepada murid-murid yang lebih lemah.

6.

Tempoh masa ditetapkan untuk menyelesaikan isu / masalah yang dikenal pasti.

Saya akan menyelesaikan masalah ini pada Pengajaran dan Pembelajaran yang akan datang serta meningkatkan keupayaan penguasaan murid.

7.

Tindakan susulan dirancang untuk dilaksanakan bagi menyelesaikan isu / masalah.

Saya akan memberikan masa yang lebih untuk murid-murid supaya dapat melengkapkan lembaran kerja yang diberi oleh saya. Selain itu, saya juga memastikan penyampaian keterangan yang jelas kepada murid supaya mereka dapat membuat latihan dengan betul.

8.

Pelaksanaan terhadap langkah-langkah.

Selepas pengajaran, langkah pertama yang dilaksanakan oleh saya ialah membuat penerangan dengan jelas. Seterusnya, langkah kedua ialah memberikan masa yang cukup untuk murid memikir dan menulis. Akhirnya, menilai dan memberi bimbingan kepada murid yang lebih lemah.

9.

Kesimpulan / Refleksi

Masalah dapat diselesaikan dengan baik selepas saya memberikan masa yang lebih kepada mereka untuk melengkapkan latihan yang diberi oleh saya.