6
Leadership In Education (SGDU 5023) Jurnal 3. Hubungan Kepemimpinan Transformational Pengetua Dengan Efikasi Kendiri Guru. Pengenalan. Tajuk artikel saya yang terakhir ialah Hubungan Kepemimpinan Transformational Pengetua Dengan Efikasi Kendiri Guru. Artikel ini telah ditulis dan dihasilkan secara bersama oleh Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, Teng Lung Kiu, Foo Say Fooi, Zakaria Kasa dan Jegak Uli. Ringkasan Artikel. Matlamat utama kajian dijalankan adalah untuk melihat hubungan antara kepemimpinan transformational pengetua dengan efikasi kendiri guru. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk : mengenalpasti tahap efikasi kendiri guru. College of Arts and Sciences, Universiti Utara Malaysia 1

Jurnal 3 - Leadership

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Jurnal 3 - Leadership

Leadership In Education (SGDU 5023)

Jurnal 3.

Hubungan Kepemimpinan Transformational Pengetua Dengan Efikasi Kendiri

Guru.

Pengenalan.

Tajuk artikel saya yang terakhir ialah Hubungan Kepemimpinan Transformational

Pengetua Dengan Efikasi Kendiri Guru. Artikel ini telah ditulis dan dihasilkan secara

bersama oleh Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, Teng Lung Kiu, Foo Say Fooi, Zakaria

Kasa dan Jegak Uli.

Ringkasan Artikel.

Matlamat utama kajian dijalankan adalah untuk melihat hubungan antara

kepemimpinan transformational pengetua dengan efikasi kendiri guru. Selain itu, kajian

ini juga bertujuan untuk :

mengenalpasti tahap efikasi kendiri guru.

mengenalpasti persepsi guru terhadap tahap kepemimpinan transformational

pengetua.

mengenalpasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan di antara persepsi

guru terhadap amalan kepemimpinan transformational pengetua dengan efikasi

kendiri guru.

College of Arts and Sciences, Universiti Utara Malaysia1

Page 2: Jurnal 3 - Leadership

Leadership In Education (SGDU 5023)

Kajian ini adalah berbentuk deskriptif-korelasi. Penulis menggunakan kajian

deskriptif supaya dapatan kajian dapat dibentangkan dalam bentuk yang ringkas,

terperinci dan bermakna. Manakala, korelasi pula adalah contoh terbaik bagi

menerangkan perhubungan di antara dua pembolehubah. Kajian ini telah dijalankan di 18

buah sekolah menengah di bahagian Kuching / Samarahan, Sarawak dengan mensasarkan

seramai 420 orang guru sebagai responden utama. Justeru, satu set borang soal selidik

telah digunakan untuk mendapat maklum balas subjek kajian terhadap amalan

kepemimpinan transformational pengetua dan efikasi kendiri guru.

Kajian mendapati para responden yang dipilih mempunyai efikasi kendiri yang

tinggi. Guru-guru ini dilihat mempunyai efikasi kendiri yang tinggi terhadap strategi

pengajaran dan pengurusan kelas tetapi untuk efikasi terhadap penglibatan pelajar adalah

pada tahap sederhana sahaja. Walaupun kajian Ishak (2001) dan kajian Hipp (1996)

mendapati guru mempunyai tahap efikasi kendiri yang sederhana namun kajian penulis

ini telah menyokong dapatan Lim dan Poon (1997) serta Milson (2001) yang melihat

bahawa guru mempamerkan tahap efikasi kendiri yang tinggi.

Guru yang mempunyai tahap efikasi kendiri yang tinggi sangat diperlukan dalam

bidang pendidikan. Responden yang dikaji cenderung untuk lebih komited dalam

pengajaran, sangat bermotivasi serta tekun berusaha untuk meningkat ke tahap prestasi

yang lebih baik. Guru dapat memberi penjelasan apabila diminta pelajar, membina soalan

yang baik kepada pelajar, menjawab sebarang permasalahan pelajar serta mampu

menguruskan kelas dengan baik dan berkesan.

College of Arts and Sciences, Universiti Utara Malaysia2

Page 3: Jurnal 3 - Leadership

Leadership In Education (SGDU 5023)

Dapatan hasil kajian penulis ini seterusnya menunjukkan bahawa pengetua

mempamerkan ciri-ciri kewibawaan dan keyakinan pada tahap yang tinggi mengikut

persepsi guru berbeza dengan dapatan Lee (2001) yang melihat pengetua kurang

berwibawa. Responden kajian mendapati pengetua mengamalkan kepemimpinan

transformational pada tahap yang tinggi. Pengetua dilihat mengamalkan dimensi inspirasi

motivasi, dimensi tingkahlaku unggul dan dimensi ciri-ciri unggul pada tahap yang tinggi

berbanding dimensi stimulasi intelek dan pertimbangan individu pada tahap sederhana

tinggi sahaja. Hasil kajian penulis juga mendapati guru-guru di Sarawak mempersepsikan

bahawa pengetua kerap atau sangat kerap mengamalkan kesemua tingkahlaku kecuali

stimulasi intelek dan pertimbangan individu.

Dapatan seterusnya membuktikan bahawa amalan transformational pengetua

dalam kajian ini adalah lebih tinggi. Seseorang pengetua perlu mengamalkan

kepemimpinan jenis ini di sekolah kerana kepemimpinan ini dianggap sebagai sesuatu

yang boleh memajukan sekolah. Hasil kajian telah menunjukkan amalan kepemimpinan

transformational pengetua mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan

efikasi kendiri guru. Jadi, apabila pengetua mengamalkan kepemimpinan

transformational, maka ia akan mempengaruhi seterusnya meningkatkan tahap efikasi

kendiri guru. Tidak salah kiranya, dengan dapatan ini, kepemimpinan transformational

disarankan untuk digunapakai di semua sekolah kerana ia dapat meningkatkan motivasi

serta keyakinan guru ke arah yang lebih cemerlang. dimensi kepemimpinan transformasi

pengetua dengan dimensi kapasiti kepemimpinan guru di sekolah kajian.

College of Arts and Sciences, Universiti Utara Malaysia3

Page 4: Jurnal 3 - Leadership

Leadership In Education (SGDU 5023)

Kesimpulan.

Berdasarkan apa yang dibincangkan di atas, kita telah sedia maklum bahawa

seorang pemimpin transformational adalah mereka yang sentiasa memberi semangat

kepada kakitangannya untuk terus berusaha meningkatkan mutu kerja serta mencapai

potensi prestasi secara yang maksimum. Jelas kepada kita betapa seseorang pengetua

patut meneruskan amalan kepemimpinan transformational di samping mempelajari ilmu

kepemimpinan tersebut bagi meningkatkan keupayaan dalam aspek stimulasi intelek dan

pertimbangan individu. Untuk itu, pengetua perlulah sentiasa menunjukkan sifat

kebijaksanaan, penuh inspirasi serta bertimbang rasa dalam usaha memikat hati para guru

dalam meningkatkan keyakinan guru terhadap bidang tugas mereka.

Namun begitu, kita tidak seharusnya berasa selesa hanya kerana tahap efikasi

kendiri guru berada pada tahap yang tinggi sedangkan kita terlupa bahawa tahap efikasi

terhadap penglibatan pelajar berada pada tahap yang sederhana sahaja. Ini kerana efikasi

terhadap penglibatan pelajar perlu ditingkatkan disebabkan aspek ini amat penting dalam

menghasilkan pelajar yang mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi dalam dimensi

komunikasi, penyelesaian masalah serta hubungan kemanusiaan yang boleh ditingkatkan

melalui pengajaran dan pembelajaran aktif yang berpusatkan pelajar. Untuk itu, guru-

guru di sekolah yang terlibat perlu mendapat latihan yang secukupnya.

College of Arts and Sciences, Universiti Utara Malaysia4