9
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan salam 1 Malaysia. Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat Baginda. Pertama sekali, syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan izin-Nya kita dapat meneruskan kehidupan dan dapat melaksanakan kerja-kerja dengan aman dan bahagia. Tuan/puan yang dihormati sekalian, Majlis Jalinan Mesra Jabatan Perikanan Bersama Media telah berjaya diadakan di Ibu Pejabat Perikanan. Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan di antara Jabatan Perikanan dan pengamal media yang telah banyak membantu dalam menyebarkan maklumat kepada orang ramai mengenai program-program yang dilaksanakan oleh Jabatan Perikanan dan seterusnya meletakkan jabatan ini pada tahap yang boleh dibanggakan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa peranan media amatlah penting dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat bagi membina dan membentuk minda mereka supaya lebih progresif, proaktif, bermotivasi dan sentiasa berpegang teguh pada prinsip untuk maju serta berjaya. Selain itu media juga menjadi jurucakap kepada pihak kerajaan dalam usaha menyampaikan dasar-dasar bagi pembangunan sosioekonomi masyarakat selaras dengan wawasan kerajaan dan cita-cita negara berteraskan Gagasan 1 Malaysia “Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan”. Media juga mempunyai pengaruh dan kekuatan di mana mereka boleh meningkatkan dan juga boleh menjatuhkan reputasi sesebuah organisasi atau individu. Tuan/puan yang dihormati sekalian, Hari ini, kuasa pena sudah diambil alih oleh gabungan kuasa jari jemari dan jalur lebar yang disebarkan secara pantas dalam talian (online). Nilai berita tidak lagi berumur sehari atau 24 jam. Malahan tempoh masa dua hingga tiga jam sudah dianggap “berita yang basi”. Oleh itu, berita hendaklah disampaikan secara pantas dan berdasarkan kepada nilai-nilai kebenaran melalui “ facts and figures”. Begitulah betapa penting dan berpengaruhnya media, tidak kira saiz sesebuah organisasi media berkenaan. Bagi memastikan matlamat dan peranan Jabatan Perikanan dapat disampaikan kepada golongan sasar dengan pantas, Jabatan telah menggunakan pelbagai media, antaranya media baharu seperti laman web, facebook dan sebagainya serta media massa konvensional seperti televisyen, radio dan akhbar. Segala usaha tersebut akan diteruskan dan Jabatan Perikanan amat memerlukan kerjasama yang erat daripada semua pengamal media untuk menjayakannya. Alhamdullillah, banyak kejayaan yang telah dicapai oleh Jabatan Perikanan. Ramai rakyat yang telah mendapat faedah dan sekali gus menyumbang kepada peningkatan taraf hidup serta menjana pembangunan negara. Bagaimanapun suka saya menekankan bahawa sebagai jabatan yang prihatin dan bertanggungjawab, kita tidak mudah berpuas hati atau berdiam diri hanya setelah mencapai beberapa kejayaan. Sebaliknya Jabatan Perikanan sentiasa Jun 2012 http://www.dof.gov.my Amanat Ketua Pengarah Perikanan Amanat Ketua Pengarah Perikanan 1 (bersambung ke muka surat 5)

Jun 2012 Amanat Ketua Pengarah Perikanan fileWata’ala kerana dengan izin-Nya kita dapat meneruskan kehidupan dan dapat melaksanakan kerja-kerja dengan aman dan bahagia. ... (bersambung

Embed Size (px)

Citation preview

Assalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh,

dan salam 1 Malaysia.

Segala puji bagi Allah SWT,

selawat dan salam ke atas

junjungan besar kita, Nabi

Muhammad SAW, keluarga

dan sahabat Baginda.

Pertama sekali, syukur ke hadrat Allah SubhanahuWata’ala kerana dengan izin-Nya kita dapat

meneruskan kehidupan dan dapat melaksanakan

kerja-kerja dengan aman dan bahagia.

Tuan/puan yang dihormati sekalian,

Majlis Jalinan Mesra Jabatan Perikanan Bersama

Media telah berjaya diadakan di Ibu Pejabat

Perikanan. Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan lagi

hubungan di antara Jabatan Perikanan dan pengamal

media yang telah banyak membantu dalam

menyebarkan maklumat kepada orang ramai

mengenai program-program yang dilaksanakan oleh

Jabatan Perikanan dan seterusnya meletakkan

jabatan ini pada tahap yang boleh dibanggakan.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa peranan media

amatlah penting dalam menyampaikan maklumat

kepada masyarakat bagi membina dan membentuk

minda mereka supaya lebih progresif, proaktif,

bermotivasi dan sentiasa berpegang teguh pada

prinsip untuk maju serta berjaya. Selain itu media

juga menjadi jurucakap kepada pihak kerajaan

dalam usaha menyampaikan dasar-dasar bagi

pembangunan sosioekonomi masyarakat selaras

dengan wawasan kerajaan dan cita-cita negara

berteraskan Gagasan 1 Malaysia “Rakyat Didahulukan

dan Pencapaian Diutamakan”. Media juga mempunyai

pengaruh dan kekuatan di mana mereka boleh

meningkatkan dan juga boleh menjatuhkan reputasi

sesebuah organisasi atau individu.

Tuan/puan yang dihormati sekalian,

Hari ini, kuasa pena sudah diambil alih oleh gabungan

kuasa jari jemari dan jalur lebar yang disebarkan

secara pantas dalam talian (online). Nilai berita tidak

lagi berumur sehari atau 24 jam. Malahan tempoh

masa dua hingga tiga jam sudah dianggap “berita

yang basi”. Oleh itu, berita hendaklah disampaikan

secara pantas dan berdasarkan kepada nilai-nilai

kebenaran melalui “facts and figures”. Begitulah

betapa penting dan berpengaruhnya media, tidak kira

saiz sesebuah organisasi media berkenaan.

Bagi memastikan matlamat dan peranan Jabatan

Perikanan dapat disampaikan kepada golongan sasar

dengan pantas, Jabatan telah menggunakan pelbagai

media, antaranya media baharu seperti laman web,

facebook dan sebagainya serta media massa

konvensional seperti televisyen, radio dan akhbar.

Segala usaha tersebut akan diteruskan dan Jabatan

Perikanan amat memerlukan kerjasama yang

erat daripada semua pengamal media untuk

menjayakannya.

Alhamdullillah, banyak kejayaan yang telah dicapai

oleh Jabatan Perikanan. Ramai rakyat yang telah

mendapat faedah dan sekali gus menyumbang

kepada peningkatan taraf hidup serta menjana

pembangunan negara. Bagaimanapun suka saya

menekankan bahawa sebagai jabatan yang prihatin

dan bertanggungjawab, kita tidak mudah berpuas hati

atau berdiam diri hanya setelah mencapai beberapa

kejayaan. Sebaliknya Jabatan Perikanan sentiasa

Jun 2012http://www.dof.gov.my

Amanat Ketua Pengarah PerikananAmanat Ketua Pengarah Perikanan

1

(bersambung ke muka surat 5)

15 April 2012YH Dato’ Ahamad Sabki Bin Mahmood, Ketua Pengarah

Perikanan Malaysia mengadakan sidang media sempena

Program Mesra Rakyat Bersama Menteri Pertanian dan

Industri Asas Tani di Estet Mini Tasik Chempaka, Lanchang,

Pahang.

20 April 2012YB Datuk Wira Haji Ahmad Bin Hamzah, Ahli Parlimen Jasin

melawat kawasan nurseri ikan sempena Majlis Perasmian

Nurseri Ikan Marin Zon Industri Akuakultur Sempang di Kg.

Sempang Pantai, Merlimau, Melaka.

4 Mei 2012YB Datuk Seri Noh bin

Hj. Omar, Menteri

Pertanian dan Industri

Asas Tani Malaysia

mengadakan lawatan

ke Projek Pembenihan

Ikan Kerapu di Pantai

Cahaya Bulan, Kota

Bharu, Kelantan.

8 Mei 2012YH Dato’ Ahamad Sabki Bin Mahmood, Ketua Pengarah

Perikanan Malaysia menyaksikan Penyampaian Geran

WWF oleh Dr. Sundari Ramakrishna, Pengarah Konservasi

WWF-Malaysia kepada YBhg. Dato’ Goh Siong Tee,

Pengerusi Persatuan Penternak Ikan Laut Malaysia(MFFAM) sempena Majlis Bersama MFFAM di Ibu Pejabat

Perikanan, Putrajaya.

4 Mei 2012YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj. Abd Razak, Perdana Menteri

Malaysia merasmikan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC)

Kelantan di Bandar Baru Tunjong, Kota Bharu, Kelantan.

19 April 2012YB Datuk Seri Noh Bin Hj. Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

Malaysia merasmikan “The 6th International Discus Show Malaysia 2012“

di Kompleks Kenanga Wholesale City, Kuala Lumpur.

2 (bersambung ke muka surat 3)

11 Mei 2012Majlis Penyerahan Bangunan Makmal Biosekuriti Perikanan Wilayah

Tengah oleh Jabatan Kerja Raya yang diwakili YBrs. Encik Mohd Azmi

Bin Che Kob, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Bangunan B) JKR

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kepada Jabatan Perikanan

Malaysia yang diwakili oleh YBrs. Encik Shaupi Bin Derahman,

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Perikanan Malaysia di

Jalan Carruthers off Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur.

22 - 25 Mei 2012The 3rd. Regional Exchange on the Implementation of EAFM Activities in the CoralTriangle Countries telah dirasmikan oleh YH Dato’ Ahamad Sabki Bin Mahmood,

Ketua Pengarah Perikanan Malaysia di Putrajaya.

26 Mei 2012YB Datuk Seri Noh Bin Hj. Omar, Menteri Pertanian dan Industri

Asas Tani Malaysia bersama penerima Anugerah Usahawan Belia

Tani sempena Perasmian Karnival Tani MAHA Youth (Himpunan

Jutaan Belia) di perkarangan bangunan Wisma Tani Putrajaya.

29 Mei 2012YB Dato’ Wira Mohd Johari Bin Baharum, Timbalan Menteri

Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia menyampaikan bantuan

sempena Program Interaksi dan Hari Bertemu Pelanggan Warga

Nelayan Bersama YB Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas

Tani di Kg. Nenasi, Pekan, Pahang.

24 Mei 2012YB Dato’ Wira Mohd Johari Bin Baharum, Timbalan Menteri

Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia menyampaikan

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada kakitangan jabatan

dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

di MAEPS, Serdang, Selangor.

21 Mei 2012YBrs. Tn. Hj. Ismail Bin Abu Hassan, Timbalan Ketua

Pengarah (Pembangunan), Jabatan Perikanan Malaysia

bertukar-tukar cenderahati dengan Encik Kurbanov,

Pengarah Penyelidik, Pusat Pembangunan dan

Penyelidikan Perikanan Uzbekistan sempena lawatan

rasmi ke Ibu Pejabat Perikanan, Putrajaya.

(bersambung ke muka surat 4)

3

3 Jun 2012YB Datuk Seri Noh Bin Hj. Omar, Menteri Pertanian dan Industri

Asas Tani Malaysia menyampaikan Lesen Sampan Khas kepada

nelayan sempena Mini MAHA Parlimen Tanjung Karang di Padang

Astaka, Tanjung Karang, Selangor.

16 Jun 2012YB Datuk Perumal A/L Raju, Pengerusi Jawatankuasa

Pembangunan Desa dan Pertanian Negeri Melaka (tengah)

merasmikan World Turtle Day 2012 di Dataran Pahlawan, Melaka.

21 Jun 2012YH Dato’ Ahamad Sabki Bin Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan

Malaysia menyampaikan Sijil Amalan Akuakultur Baik (GAP)sempena Majlis Hari Bertemu Pelanggan Pusat Biosekuriti

Perikanan Selangor di KLIA, Sepang, Selangor.

29 Jun 2012YB Datuk Chua

Tee Yong,

Timbalan Menteri

Pertanian dan

Industri Asas Tani

Malaysia

menyampaikan

bantuan kepada

petani, penternak

dan nelayan

sempena Mini

MAHA Parlimen

Pontian di

Pontian, Johor.

30 Jun 2012YB Dato’ Wira Mohd Johari Bin Baharum, Timbalan Menteri

Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia menyampaikan replika

Bot SLT kepada Pengerusi KPEP Tg. Rhu, Langkawi sempena

Majlis Perasmian Kompleks Perikanan Daerah Langkawi dan

Penyerahan Bantuan Input di Bawah Projek Touch Point Kepada

Pengusaha Perikanan di Langkawi di Bukit Malut, Langkawi, Kedah.

29 Jun 2012YBrs. Encik Abdul Hamid Bin Yasin, Pengarah

Perikanan Negeri Johor menyampaikan rawai kepada

nelayan sempena Majlis Pelancaran Projek Perintis

Rawai Menggunakan Mata Kail Berbentuk C (C-Hook)di Pontian, Johor.

18 Jun 2012YH Dato’ Ahamad Sabki Bin Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan

Malaysia menyampaikan Takwim 2012 kepada wakil-wakil media

sempena Majlis Jalinan Mesra Jabatan Perikanan Bersama Media di

Ibu Pejabat Perikanan Malaysia, Putrajaya.

8 Jun 2012Majlis Menandatangani Perjanjian Program Ladang Sinergi antara

Syarikat Trapia (M) Sdn. Bhd. dengan Pengusaha yang disaksikan

oleh YBrs. Tn. Hj. Ismail Bin Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah

(Pembangunan), Jabatan Perikanan Malaysia di Ibu Pejabat

Perikanan, Putrajaya.

4

memikir dan melaksanakan pelbagai inisiatif dan

program yang terbaik untuk rakyat, sesuai dengan

gagasan Kerajaan. Pelbagai dasar dan program

pembangunan telah dilaksanakan bagi membolehkan

Jabatan Perikanan menyalurkan pelbagai bantuan baik

dalam sektor perikanan tangkapan, akuakultur mahupun

industri asas tani (IAT). Terbukti usaha dan pendekatan

tersebut telah dapat membantu meringankan bebanan

rakyat.

Tuan/puan yang dihormati sekalian,

Adalah menjadi harapan Jabatan Perikanan agar majlis

seperti ini dapat mencetus semangat dan meningkatkan

iltizam serta tekad warganya sebagai peneraju utama

dalam menyampaikan dasar dan program Kerajaan

secara lebih efektif dan berwibawa demi untuk

meningkatkan dan menjayakan agenda Kerajaan

dengan lebih cemerlang dan berjaya.

Bagi merancakkan lagi pencapaian tersebut, Jabatan

Perikanan telah melaksanakan Program Transformasi

semenjak bulan Ogos 2010 semasa saya mengambil

alih kepimpinan Jabatan ini sehinggalah sekarang.

Sebanyak 14 program transformasi utama Jabatan

Perikanan telah dilaksanakan dalam tempoh masa 20

bulan tersebut. Saya amat berterima kasih kepada

semua warga Jabatan Perikanan yang telah bekerja kuat

bagi merealisasikan transformasi tersebut. Saya sangat

berharap semoga mereka sentiasa bersikap inovatif dan

kreatif dalam mencari idea-idea baharu yang boleh

memb awa perubahan dan kemajuan kepada industri

perikanan negara dan secara tidak langsung boleh

membantu dalam meningkatkan pendapatan golongan

sasar.

Tuan/puan yang dihormati sekalian,

Di samping menyalurkan maklumat menerusi media

massa, saya percaya aktiviti turun padang dan

bersemuka dengan golongan sasar dapat memberi

impak yang lebih positif kepada mereka. Untuk itu,

Jabatan Perikanan telah merangka Program Kembara

Jabatan Perikanan Bersama Media yang akan

berlangsung pada bulan Julai ini.

Program ini terbuka kepada 12 orang pengamal media

yang berminat dan semua makan minum, penginapan

dan pengangkutan peserta-peserta akan disediakan

oleh Jabatan Perikanan. Program ini dapat memberi

peluang kepada pengamal media untuk menjelajah tiga

buah negeri di utara Semenanjung Malaysia iaitu Perak,

Pulau Pinang dan Kedah (termasuk Pulau Langkawi).

Peserta juga akan dibawa turun padang untuk melawat

projek-projek perikanan yang diselia oleh Jabatan

Perikanan termasuk berpeluang untuk menyertai operasi

Selat Melaka dengan menaiki bot peronda Perlindungan

Sumber, Jabatan Perikanan bermula dari pangkalan

Batu Maung, Pulau Pinang ke Taman Laut Pulau Payar,

bermalam di Pulau Langkawi dan keesokan harinya ke

pangkalan Kuala Kedah, Kedah. Peserta akan diberi

berkesempatan untuk berjumpa dan menemu bual

pengusaha-pengusaha yang terlibat di sepanjang

program tersebut.

Adalah menjadi harapan Jabatan Perikanan agar

program seumpama ini akan mendapat publisiti daripada

media massa dalam usaha untuk menarik lebih ramai

pihak swasta dan usahawan untuk berkecimpung di

dalam industri perikanan. Satu upacara penyerahan logo

Program Kembara Media Bersama Jabatan Perikanan

kepada wakil pengamal media juga telah diadakan.

Tuan/puan yang dihormati sekalian,

Jabatan Perikanan juga turut menyediakan Takwim 2012

bagi memudahkan pengamal media membuat liputan ke

atas program dan aktiviti yang dijalankan oleh Jabatan

sepanjang tahun 2012 ini. Adalah menjadi harapan

semoga takwim tersebut dapat membantu dalam

melaksanakan aktiviti-aktiviti secara lebih terancang dan

sistematik. Kebanyakan aktiviti yang disediakan adalah

merupakan “touch point project” kepada masyarakat

terlibat dan juga majlis interaksi bersama golongan

sasar yang membolehkan Jabatan Perikanan memberi

sentuhan kalbu kepada mereka berkenaan.

Tuan/puan yang dihormati sekalian,

Saya ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada

pengamal media di atas sumbangannya dalam

membantu membangunkan minda golongan sasar iaitu

penternak/pengusaha akuakultur, nelayan dan

pengusaha industri asas tani. Saya percaya keikhlasan

pengamal media dalam melaksanakan tanggungjawab

akan difahami oleh rakyat. Sesungguhnya maklumat

yang tepat, pantas dan kaedah penyebaran yang kreatif

amat penting dalam memberikan pengetahuan dan

kefahaman kepada rakyat dan seterusnya berjaya

membangkitkan kesedaran mereka untuk sama-sama

menyokong dan menjayakan agenda pembangunan

Jabatan Perikanan.

Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan syabas

dan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur yang

telah menjayakan majlis berkenaan. Kepada pengamal

media pula, saya juga ingin merakamkan ucapan jutaan

terima kasih kerana telah sudi melapangkan masa untuk

hadir bersama dalam majlis berkenaan walaupun sibuk

dengan tugas dan komitmen masing-masing. Adalah

menjadi harapan saya agar hubungan baik yang sedia

terjalin di antara Jabatan Perikanan dan pengamal

media akan terus berkekalan dan berpanjangan dalam

usaha kita mengisi peranan masing-masing bagi

menjayakan nation building dan membantu Jabatan

Perikanan ke arah meningkatkan tahap sosioekonomi

rakyat melalui kuasa jari jemari tuan-tuan dan puan-

puan.

Sekian, wassalam.

(DATO’ AHAMAD SABKI BIN MAHMOOD)

Ketua Pengarah

Jabatan Perikanan Malaysia

Putrajaya

(sambungan dari muka surat 1)

5

i) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2012

Tajuk: Pelaksanaan Urusan Perkhidmatan Pegawai

Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem

Saraan Malaysia

Tujuan: Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan memaklumkan

pelaksanaan urusan perkhidmatan Pegawai

Perkhidmatan Awam Persekutuan yang dikekalkan

mengikut Sistem Saraan Malaysia (SSM) selaras

dengan keputusan kerajaan sebagai mana

diumumkan pada 8 Mac 2012.

Tarikh: 15 Mei 2012

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my

ii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2012

Tajuk: Kaedah Pemberian Anjakan Gaji Berdasarkan Jadual

Gaji Minimum-Maksimum

Tujuan: Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan

memaklumkan kaedah pemberian Anjakan Gaji

berdasarkan Jadual Gaji Minimum-Maksimum

(JGMM) kepada pegawai yang telah melepasi tahap

kompetensi pada Aras IV dalam Penilaian Tahap

Kecekapan (PTK) dan diluluskan pemberian Anjakan

Gaji oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia

(PPSM).

Tarikh : 16 April 2012

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my

iii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2012

Tajuk: Dasar Baru Pelantikan Secara Peminjaman,

Pertukaran Sementara dan Pertukaran Tetap

Tujuan: Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan

memaklumkan keputusan Kerajaan mengenai dasar

baharu pelantikan secara peminjaman, pertukaran

sementara dan pertukaran tetap yang meliputi syarat

peminjaman dan pertukaran sementara serta kaedah

penetapan gaji permulaan.

Tarikh: 20 April 2012

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my

iv) Surat Edaran JPA

Tajuk: Bantuan Pakaian Untuk Pasangan Pegawai Yang

Bertaraf Diplomatik

Tujuan: Kerajaan Telah Bersetuju Supaya Kadar Bantuan

Pakaian Untuk Pasangan Pegawai Yang Bertaraf

Diplomatik Yang Diperuntukkan Melalui Perenggan

2.2.4 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1994 dan

Pindaan Melalui Surat Kementerian Kewangan

KK/BP(29.00)617/32-5JD.2 (SK.1/96)/(9) bertarikh 5

November 1996.

Tarikh: 26 Mac 2012

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my

v) Surat Edaran JPA

Tajuk: Urusan Pertimbangan Kenaikan Pangkat PegawaiKumpulan Sokongan Perkhidmatan Guna SamaPersekutuan Yang Telah Memangku Sebelum 1 Oktober 2011

Tujuan: Dimaklumkan Bahagian Perkhidmatan JPA sedangdalam proses mengumpul maklumat bagi urusanpertimbangan kenaikan pangkat Pegawai SokonganPerkhidmatan Guna Sama Persekutuan yang telahmemangku selama sekurang-kurangnya enam (6)bulan iaitu sebelum 1 Oktober 2012.

Tarikh: 9 April 2012

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my

vi) Surat Edaran JPA

Tajuk: Maklumat Gaji Akhir Bagi Urusan PembayaranFaedah Persaraan dan Faedah Terbitan BerdasarkanPekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 atauPekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2012

Tujuan: (Sila rujuk laman web untuk makluman seterusnya)

Tarikh : 12 April 2012

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my

vii) Surat Edaran JPA

Tajuk: Kaedah Pengiraan Elaun Pemangkuan BerikutanPelaksanaan Jadual Gaji Minimum – Maksimum DiBawah Sistem Saraan Malaysia

Tujuan: (Sila rujuk laman web untuk makluman seterusnya)

Tarikh: 10 Mei 2012

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my

viii) Surat Edaran JPA

Tajuk: Penjelasan Mengenai Kelayakan Elaun Berikutan

Pelaksanaan Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan

Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan

Malaysia

Tujuan: (Sila rujuk laman web untuk makluman seterusnya)

Tarikh: 29 Mei 2012

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my

Dari JPA(Jabatan Perkhidmatan Awam)

Dari JPA(Jabatan Perkhidmatan Awam)

6

i) Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2011

Tajuk: Pindaan Kepada Perenggan 4.1.1.1.VPekeliling Perbendaharaan Bil. 13 Tahun 2001 –Pengurusan Kehilangan dan Hapus Wang Awam

Tujuan: Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkanpindaan berhubung tempoh masa bagi PegawaiPenyiasat atau Jawatankuasa Siasatan menyediakanlaporan akhir berhubung kehilangan wang awam yanglengkap kepada Perbendaharaan berserta dengan syordan ulasan Pegawai Pengawal.

Tarikh: 6 April 2011

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: hhttp//www.mampu.gov.my

Dari MAMPUDari MAMPU

Dari PerbendaharaanDari Perbendaharaani) Pekeliling Kontrak Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2012

Tajuk: Kontrak Pusat Sistem Panel Bagi Perolehan Bekalan

dan Pengiriman Minyak Pelincir dan Gris Jenis

Tempatan Kepada Semua Agensi Kerajaan di

Seluruh Semenanjung Malaysia (kecuali Angkatan

Tentera Malaysia)

Tujuan: Pekeliling Kontrak Perbendaharaan (PKP) ini

bertujuan memaklumkan mengenai kaedah

perolehan untuk Kontrak Pusat Sistem Panel bagi

bekalan dan pengiriman minyak pelincir dan gris jenis

tempatan kepada semua agensi Kerajaan di seluruh

Semenanjung Malaysia (kecuali Angkatan Tentera

Malaysia)

Tarikh: 10 Mei 2012

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http//www.treasury.gov.my

ii) Pekeliling Kontrak Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2012

Tajuk: Kontrak Pusat Sistem Bagi Perolehan Mereka

Bentuk, Membuat, Menghantar, Memasang dan

Menyusun Perabot Logam Kepada Semua Agensi

Kerajaan di Semenanjung Malaysia

Tujuan: Pekeliling Kontrak Perbendaharaan (PKP) ini

bertujuan memaklumkan mengenai Kontrak Pusat

Sistem Panel bagi perolehan Mereka Bentuk,

Membuat, Menghantar, Memasang dan Menyusun

Perabot Logam kepada semua Agensi Kerajaan di

Semenanjung Malaysia.

Tarikh : 23 Mei 2012

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my

iii) Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2012

Tajuk: Tatacara Pengurusan Perolehan Kerajaan Secara

e-Bidding Melalui Sistem e-Perolehan

Tujuan: Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) ini

bertujuan untuk memaklumkan kepada semua

Kementerian/Jabatan (Agensi) mengenai tatacara

pengurusan perolehan Kerajaan secara e-Biddingmelalui sistem e-Perolehan (eP)

Tarikh: 2 Mei 2012

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my

iv) Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2012

Tajuk: Peraturan Perolehan Perkhidmatan Percetakan

Dokumen Kerajaan

Tujuan: Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) ini bertujuan

untuk memaklumkan kepada semua Kementerian,

Jabatan dan Badan Berkanun (Agensi) mengenai

tatacara perolehan perkhidmatan percetakan

dokumen Kerajaan.

Tarikh: 9 Mei 2012

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my

v) Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 2012

Tajuk: Tatacara Perolehan Perkhidmatan Kemudahan

Latihan Secara Pakej

Tujuan: Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) ini bertujuan

untuk memaklumkan kepada Kementerian, Jabatan,

Badan Berkanun (Agensi) mengenai tatacara

perolehan perkhidmatan kemudahan latihan

secara pakej.

Tarikh: 9 Mei 2012

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http//www.treasury.gov.my

vi) Surat Arahan Perbendaharaan

Tajuk: Keperluan Kelulusan Kementerian Kewangan Bagi

Peruntukan Sewa Ruang Pejabat

Tujuan: (Sila rujuk laman web untuk makluman seterusnya)

Tarikh : 18 April 2012

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my

vii) Surat Arahan Perbendaharaan

Tajuk: Penyerahan Bil/ Tuntutan Oleh Pembekal/ Kontraktor

Dalam Tempoh 14 Hari Kepada Agensi Kerajaan

Tujuan: (Sila rujuk laman web untuk makluman seterusnya)

Tarikh: 20 April 2012

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my

viii) Surat Arahan Perbendaharaan

Tajuk: Panduan Kod Bidang Bagi Perolehan Bekalan dan

Perkhidmatan di Laman Web e-Perolehan

Tujuan: (Sila rujuk laman web untuk makluman seterusnya)

Tarikh: 24 April 2012

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my

ix) Surat Arahan Perbendaharaan

Tajuk: Perubahan Kadar Harga Kontrak Kawalan

Keselamatan Berikutan Penguatkuasaan Akta Majlis

Penetapan Gaji 1947 (Perintah Peraturan Gaji)

(Saraan Minimum Berkanun Pegawai Keselamatan

Swasta di Sarawak dan Sabah) 2011

Tujuan: (Sila rujuk laman web untuk makluman seterusnya)

Tarikh: 9 Mei 2012

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my

x) Surat Arahan Perbendaharaan

Tajuk: Pembatalan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil.8

Tahun 2002-Penggunaan Perkhidmatan Yang

Ditawarkan Oleh Kumpulan IKRAM Sdn. Bhd.

Tujuan: (Sila rujuk laman web untuk makluman seterusnya)

Tarikh: 9 Mei 2012

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my

7

Tahukah Anda ?Tahukah Anda ?Tahukah Anda ?Tahukah Anda ?

Menurut Wikipedia, Ikan Naga adalah dari famili

Stomiidae yang terbahagi kepada 27 genus

seperti Astronesthes, Chirostomias, Opostomias,Trigonolampa dan lain-lain. Ikan ini mendiami kawasan

dasar laut dalam yang lazimnya antara 50 hingga 1,000

meter. Ia bersifat pemangsa yang memakan ikan-ikan kecil

dan menghasilkan telur yang boleh terapung di permukaan

air sebelum menetas. Anak ikan ini akan turun ke kawasan

laut dalam setelah mencapai tahap dewasa.

Sesetengah spesies mempunyai badan yang nipis dan

panjang seperti ikan Timah (Trichiurus lepturus) dan tidak

mempunyai sisik tetapi terdapat bintik-bintik berpasir

menggerutu timbul sepanjang badan hingga ke bahagian

ekor seperti belakang ikan pari pasir (Gymnura spp.).Sesetengah spesies berwarna perak kebiruan metalik.

Matanya bersinar bulat dengan bola mata yang besar dan

jernih dengan bibir mulut nipis yang boleh terbuka luas.

Baru-baru ini seorang nelayan di Sungai Ular, Kuantan,

Pahang iaitu Encik Zainuddin Busu, 36, telah menemui

Ikan Naga (Regalecus glesne) yang ditemui mati

terdampar di pantai tersebut. Ikan tersebut yang bersaiz

lebih dua meter panjang, ditemuinya ketika turun ke pantai

untuk menangkap ikan. Menurutnya, pada mulanya dia

menyangka kertas plastik bersinar di pantai yang

dihanyutkan ombak, tetapi apabila mendekatinya ia adalah

sejenis ikan.

Jelasnya lagi, sehari sebelum kejadian, kelihatan tiga

hingga empat ekor ikan ini timbul di permukaan air

mengejar anak ikan. Pergerakannya sungguh cantik

berikutan terdapat sesungut merah berombak di bahagian

kepalanya.

“Kami terpukau melihat kumpulan ikan itu, sebab sebelum

ini tidak pernah melihat ikan secantik itu berenang di

permukaan air”, katanya.

“Sepanjang 20 tahun bekerja sebagai nelayan pantai, inilah

kali pertama saya melihat Ikan Naga”.

“Punca kematian tidak pasti. Mungkin ia mati kebuluran

kerana hasil bedah siasat perutnya tidak terdapat bahan

makanan. Cuma yang ada hanya pasir,” katanya.

Penemuan Ikan Naga ini dianggap kejadian yang pertama

berlaku di pantai negeri Pahang. Encik Zainuddin tidak

bercadang untuk menjual ikan tersebut tetapi akan

menyerahkan kepada Jabatan Perikanan untuk dibuat

kajian. Berikutan penemuan itu, rumahnya dikunjungi orang

ramai yang ingin melihat ikan berkenaan.

IKANNAGA

Panjang lebih dua meter

Perut kosong ... mungkin mati kebulur

Oleh

Mohamed Semail

Jabatan Perikanan

Negeri Pahang

Cantik ... badan mempunyai

tompokan berpasir

Ikan Naga yang berjaya ditangkap di luar negarasuatu ketika dahulu.

8

Amalkan mengambil satu sudu madu lebah padawaktu malam sebelum tidur, diikuti denganbeberapa teguk air masak. Pada awal pagi pula

(tidak kurang dari setengah jam sebelum bersarapan)amalkanlah memakan sebiji buah kurma segar.

Mengapa Madu dan Kurma?Madu lebah mempunyai pelbagai khasiat. Sabda NabiSAW: "Demi Allah yang aku dalam genggaman-Nya,minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat padapenghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jikaseseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya."

"Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan".

Buah Kurma pula mengurangkan risiko diserangpenyakit kronik seperti penyakit jantung dan kencingmanis kerana kandungannya yang kaya dengan zatgalian seperti potasium, kalsium dan zat besi yangboleh menyihatkan sel darah merah. Buah kurma jugamerupakan sumber tenaga kerana mengandungiglukosa yang merupakan unsur gula dalam darah.Kurma merangsang kesihatan wanita yang hamil dananak yang dikandungi, memudahkan wanita bersalindan memberi tenaga tambahan. Membantu prosestumbesaran kanak-kanak dan membantu membentukminda yang sihat. Kesimpulannya, Madu lebah amatberkesan dari segi pencegahan, manakala buah kurmaamat penting bagi pertumbuhan dan peningkatankesihatan.

Gaya atau amalan pemakanan seharian sejak kitabangun tidur sehingga masuk tidur, merupakan penentuutama tahap kesihatan kita untuk hari-hari seterusnya.Jika pengambilan setiap makanan/minuman dilakukandengan tidak berhati-hati, risiko pengumpulan bahan-bahan yang tidak diperlukan seperti lemak, kolesterol,kimia, toksik, racun, kafein, dadah dan lain-lain dalamsistem dalaman tubuh adalah tinggi.

Segala bahan inilah yang akan menjadi penyebabpelbagai masalah kesihatan mahupun penyakit kronikseperti barah, darah tinggi, kencing manis, lemahjantung, kegemukan dan lain-lain. Amalan makan madulebah sebelum tidur adalah satu cara terbaik untukmengimbangi atau menangani masalah tersebut.

Bahan-bahan aktif yang terdapat dalam madu lebahakan melakukan kerja-kerja penyingkiran toksik, bahankimia, racun, menghancurkan lemak dan kolesterol,meredakan ketegangan saraf dan memperkayakankandungan vitamin dan zat dalam tubuh, semasa kitatidur. Pada waktu pagi, sebelum menjamah sebarangjenis makanan, daya serap semua sel dan saraf dalamtubuh berada pada tahap yang tinggi. Keadaan inimenyebabkan kandungan vitamin, glukosa semula jadidan zat yang terdapat dalam buah kurma dapat diserapoleh sistem tubuh secara maksimum. Ini memberikesan yang amat besar dalam daya tahan dan tahapkesihatan seseorang yang mengamalkannya.

Dengan rutin yang tetap dan gaya pemakanan tersebut,insya-Allah selepas beberapa bulan mengamalkannya

akan berlaku pelbagai perubahan, melibatkanpeningkatan kesihatan dan penyembuhan penyakitsecara cepat dan berkesan.

Khasiat Madu Lebah Asli v Madu digunakan dalam perubatan tradisional

seluruh dunia sejak zaman dahulu lagi. v Madu sesuai dijadikan sebagai makanan tambahan

kerana khasiatnya yang tinggi dan mengandungibahan mineral serta vitamin yang diperlukan olehtubuh badan manusia.

v Madu merupakan bahan peneutral yang bertindakmenyingkirkan toksik, bahan kimia, racun,kolesterol serta memecahkan lebihan lemak dalamsistem tubuh.

v Madu boleh menghilangkan kepanasan badan,batuk, selesema, mencerdaskan otak, melancarkandarah, meredakan urat saraf, melawaskan sistempembuangan, menstabilkan sistem pernafasan,menguatkan jantung, mengelakkan kencing manis,darah tinggi dan barah.

v Madu juga meningkatkan keupayaan tenaga batin,melancarkan sistem pencernaan, baik untukkecantikan, menjadikan kulit lebih licin dan halus,meningkatkan daya ketahanan badan.

v Madu juga baik untuk wanita mengandung (bulanke-6 dan ke atas) serta selepas 20 hari bersalin.

Khasiat Buah Kurma Segar v Kandungan anti oksidan di dalam kurma adalah

dua kali ganda berbanding kismis, aprikot keringdan blueberry.

v Kurma memberi tenaga serta-merta menerusikandungan gulanya sebanyak 50 hingga 57 peratusglukosa. Orang berpuasa yang berbuka dengankurma akan berasa segar dan bertenaga sertadapat beramal tanpa rasa letih atau mengantuk.

v Potasium yang diperlukan oleh tubuh badan untuksistem saraf terkandung di dalam kurma. Potasiumjika diambil berlebihan tidak memudaratkan tubuhbadan, sebaliknya sangat baik untuk mengatasimasalah seperti sembelit, lemah otot, letih, stres,sengal-sengal badan dan untuk menguatkan dayaingatan.

v Sekiranya dimakan tanpa membuang kulitnya,kurma dikatakan dapat melawaskan pembuangannajis dan mencegah daripada masalah barah usus.

v Kurma juga sesuai untuk dimakan oleh wanita yangkekurangan susu badan kerana kandungan zat besidan kalsium di dalam kurma dapat menambahkanair susu.

v Kurma turut membantu dalam tumbesaran kanak-kanak yang berperanan dalam pembentukan darahdan sumsum tulang.

v Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisarhalus dan dijadikan serbuk seperti teh. Serbuk inikemudian direndam dan diminum untukmenyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Kurmajuga digunakan dalam kaedah perawatan sufi.

Sekiranya anda mampu mengamalkan perkara di atas, alhamdulillah. Sekurang-kurangnya anda telahmenunaikan kewajiban iaitu menjaga kesihatan tubuhbadan yang dikurniakan oleh Allah SWT.

PETUA KESIHATAN

KHASIAT MADU DAN KURMA

9