Upload
vuongnhi
View
289
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
1
JPA.BK (S) 241/87 Jld. 4(10) No. Siri:
KERAJAAN MALAYSIA
SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011
PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM
TUJUAN
1. Tujuan Surat Pekeliling Perkhidmatan ini adalah untuk menjelaskan mengenai
pelaksanaan peperiksaan perkhidmatan awam selaras dengan keputusan Kerajaan
memperkenalkan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
LATAR BELAKANG
2. Selaras dengan pelaksanaan SBPA, Kerajaan telah memutuskan antara lain,
pemendekan tempoh percubaan dari satu (1) hingga tiga (3) tahun kepada enam (6) bulan
hingga dua (2) tahun dan perubahan terma Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL)
kepada Peningkatan Secara Lantikan (PSL). Berikutan keputusan tersebut, pelaksanaan
Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Umum dan Subjek Jabatan serta Peperiksaan Khas PSL
memerlukan perubahan dari segi syarat menduduki peperiksaan, sukatan dan pelaksanaannya.
3. Perubahan yang dilaksanakan di bawah Surat Pekeliling ini melibatkan dua (2)
peperiksaan perkhidmatan berikut:
2
a) Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Umum dan Subjek Jabatan bagi tujuan
pengesahan dalam perkhidmatan; dan
b) Peperiksaan Khas PSL bagi menggantikan kelayakan masuk akademik untuk
peningkatan secara lantikan ke skim perkhidmatan yang lebih tinggi.
Peperiksaan perkhidmatan bagi tujuan insentif kewangan seperti Bayaran Insentif Tugas
Pengurusan Stor, Bayaran Insentif Tugas Kewangan, Hadiah Kenaikan Gaji dan Elaun
DwiBahasa masih dilaksanakan mengikut dasar yang berkuat kuasa.
GLOSARI ISTILAH
4. Istilah yang digunakan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan ini adalah seperti di
Lampiran A.
SYARAT DAN KELAYAKAN
5. Pegawai yang disyaratkan menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Umum dan
Subjek Jabatan adalah pegawai dalam tempoh percubaan tertakluk kepada syarat yang
ditetapkan dalam skim perkhidmatan. Walau bagaimanapun, pegawai yang dilantik secara
lateral (pelantikan ke gred kenaikan pangkat) adalah dikecualikan daripada menduduki
peperiksaan perkhidmatan ini.
6. Pegawai yang skim perkhidmatannya memperuntukkan PSL layak menduduki
Peperiksaan Khas PSL sekiranya memenuhi syarat berikut:
a) telah disahkan dalam perkhidmatan;
b) telah berada di skim perkhidmatan semasa sekurang-kurangnya tiga (3) tahun;
dan
c) diperakukan oleh Ketua Jabatan.
3
7. Pegawai yang gagal mencapai tahap yang ditetapkan atau tidak menghadiri
Peperiksaan Khas PSL yang berkenaan tanpa alasan yang munasabah hendaklah dikenakan
tindakan penangguhan sebanyak tiga (3) siri Peperiksaan Khas PSL oleh panel peperiksaan.
Pegawai hanya layak menduduki semula peperiksaan tersebut setelah diperakukan oleh Ketua
Jabatan.
PELAKSANAAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN SUBJEK UMUM
8. Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Umum dilaksanakan seperti berikut:
a) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertanggungjawab menggubal sukatan
Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Umum mengikut tiga (3) Tahap Keperluan
Penguasaan (TKP) iaitu Tahap Asas, Pertengahan dan Lanjutan;
b) JPA bertanggungjawab menyediakan soalan Peperiksaan Perkhidmatan Subjek
Umum mengikut TKP yang telah ditetapkan;
c) Ketua Perkhidmatan bertanggungjawab menentukan TKP Subjek Umum bagi
skim perkhidmatan di bawah tanggungjawabnya;
d) Panel Peperiksaan Kementerian/Negeri/Agensi hendaklah mengemukakan
permohonan untuk mendapatkan soalan Peperiksaan Perkhidmatan Subjek
Umum kepada JPA sekurang-kurangnya enam (6) minggu sebelum tarikh
peperiksaan;
e) Kementerian/Negeri/Agensi bertanggungjawab melaksanakan Peperiksaan
Perkhidmatan Subjek Umum bagi skim perkhidmatan yang berkenaan; dan
f) Panel Peperiksaan Kementerian/Negeri/Agensi bertanggungjawab mengurus
dan mengeluarkan keputusan peperiksaan yang telah dilaksanakan.
Carta aliran pelaksanaan Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Umum seperti di Lampiran B.
9. Tahap penguasaan pegawai mengenai perkara asas kompetensi adalah berbeza
mengikut keperluan skim perkhidmatan masing-masing. Sehubungan itu, TKP Peperiksaan
Perkhidmatan Subjek Umum ditetapkan mengikut kandungan subjek dan bentuk soalan.
Perincian penetapan TKP mengikut kandungan subjek dan bentuk soalan seperti di Jadual 1.
4
Jadual 1: Penetapan TKP Mengikut Kandungan Subjek Dan Bentuk Soalan
Tahap KeperluanPenguasaan
(TKP)
Perkara
Asas Pertengahan Lanjutan
Kandungan Subjek
PengurusanKewangan
Undang-Undang Kerajaan
Arahan Perbendaharaan
Arahan Keselamatan
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
Perintah-Perintah Am
Panduan Pengurusan Pejabat
Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA)
Bentuk Soalan Aneka pilihan:100%
Aneka pilihan: 60%
Esei: 40%
Esei: 100%
10. Ketua Perkhidmatan hendaklah menggunakan syarat kelayakan masuk dan kategori
perkhidmatan sebagai asas dalam menentukan TKP yang bersesuaian bagi skim
perkhidmatan di bawah tanggungjawabnya. Asas penentuan TKP Peperiksaan Perkhidmatan
Subjek Umum seperti di Jadual 2.
Jadual 2: Asas Penentuan TKP Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Umum
SyaratKelayakan
Masuk
KategoriPerkhidmatan
PMR/SPM STPM/Diploma Ijazah
Teknikal / BukanPentadbiran
Asas Asas atauPertengahan
Pertengahan atauLanjutan
Pentadbiran Asas atauPertengahan
Pertengahan atauLanjutan
Lanjutan
5
PELAKSANAAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN SUBJEK JABATAN DANPEPERIKSAAN KHAS PSL
11. Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Jabatan dan Peperiksaan Khas PSL dilaksanakan
seperti berikut:
a) Lembaga Peperiksaan Kementerian/Negeri/Agensi bertanggungjawab
meluluskan sukatan Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Jabatan dan
Peperiksaan Khas PSL mengikut skim perkhidmatan di bawah
tanggungjawabnya;
b) Panel Peperiksaan Kementerian/Negeri/Agensi bertanggungjawab
menyediakan soalan Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Jabatan dan
Peperiksaan Khas PSL mengikut skim perkhidmatan yang berkenaan;
c) Kementerian/Negeri/Agensi bertanggungjawab melaksanakan Peperiksaan
Perkhidmatan Subjek Jabatan dan Peperiksaan Khas PSL bagi skim
perkhidmatan yang berkenaan; dan
d) Panel Peperiksaan Kementerian/Negeri/Agensi bertanggungjawab mengurus
dan mengeluarkan keputusan peperiksaan yang telah dilaksanakan.
Carta aliran pelaksanaan Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Jabatan dan Peperiksaan Khas
PSL seperti di Lampiran C.
STRUKTUR PENGURUSAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM
Lembaga Peperiksaan Perkhidmatan Awam
12. Lembaga Peperiksaan Perkhidmatan Awam (LPPA) hendaklah ditubuhkan dengan
keanggotaan seperti berikut:
6
a) Pengerusi : Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (yangbertanggungjawab terhadap pembangunan sumbermanusia).
b) Ahli : Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi, JPA atauwakil;
Pengarah Bahagian Perkhidmatan, JPA atau wakil; dan
Wakil-wakil lain yang berkaitan dan bersesuaian.
c) Urus Setia : Bahagian Perkhidmatan, JPA.
Kuorum Lembaga hendaklah sekurang-kurangnya tiga (3) orang termasuk Pengerusi.
13. Bidang kuasa LPPA meliputi perkara-perkara berikut:
a) menentukan dasar peperiksaan perkhidmatan awam;
b) meluluskan sukatan Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Umum bagi semua
pegawai dalam perkhidmatan awam;
c) meluluskan sukatan Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Jabatan dan
Peperiksaan Khas PSL bagi Perkhidmatan Gunasama di bawah Ketua
Pengarah Perkhidmatan Awam;
d) melantik Panel Peperiksaan;
e) memantau dan mengawal piawaian pelaksanaan peperiksaan; dan
f) mempertimbangkan isu-isu lain berkaitan dengan pelaksanaan peperiksaan.
Lembaga Peperiksaan Kementerian/Negeri/Agensi
14. Lembaga Peperiksaan di peringkat Kementerian/Negeri/Agensi hendaklah ditubuhkan
dengan keanggotaan seperti berikut:
7
a) Pengerusi : Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian / TimbalanSetiausaha Kerajaan Negeri / Timbalan Ketua Agensi(yang bertanggungjawab terhadap pengurusan sumbermanusia).
b) Ahli : Ketua-Ketua Jabatan / Bahagian di bawah Kementerian /Negeri / Agensi;
Pengarah / Setiausaha Bahagian Pengurusan SumberManusia; dan
Wakil-wakil lain yang berkaitan dan bersesuaian.
c) Urus Setia : Bahagian/Unit yang bertanggungjawab terhadappengurusan sumber manusia.
Kuorum Lembaga hendaklah sekurang-kurangnya tiga (3) orang termasuk Pengerusi.
15. Bidang kuasa Lembaga Peperiksaan Kementerian/Negeri/Agensi meliputi perkara-
perkara berikut:
a) meluluskan penentuan TKP Subjek Umum bagi skim perkhidmatan di bawah
tanggungjawab Kementerian/Negeri/Agensi;
b) meluluskan sukatan Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Jabatan dan
Peperiksaan Khas PSL bagi skim perkhidmatan di bawah tanggungjawab
Kementerian/Negeri/Agensi;
c) melantik Panel Peperiksaan;
d) memantau dan mengawal piawaian pelaksanaan peperiksaan; dan
e) mempertimbangkan isu-isu lain berhubung sesuatu peperiksaan.
Panel Peperiksaan
16. Panel Peperiksaan ditubuhkan bagi membantu Lembaga Peperiksaan dalam
melaksanakan peperiksaan perkhidmatan dengan keanggotaan seperti berikut:
8
a) Pengerusi : Wakil Ketua Perkhidmatan di bawah PerkhidmatanGunasama atau Pengarah/Setiausaha Bahagian PengurusanSumber Manusia.
b) Ahli : Wakil daripada jabatan yang melaksanakan peperiksaanperkhidmatan; dan
Wakil-wakil lain yang berkaitan dan bersesuaian.
c) Urus Setia : Bahagian/Unit yang bertanggungjawab terhadappengurusan peperiksaan perkhidmatan.
Kuorum Panel Peperiksaan hendaklah sekurang-kurangnya tiga (3) orang termasuk
Pengerusi.
17. Bidang kuasa Panel Peperiksaan meliputi perkara berkaitan peperiksaan seperti
berikut:
a) menentukan piawaian soalan;
b) melantik penggubal sukatan;
c) melantik penggubal soalan;
d) menetapkan soalan dan mengesahkan skema jawapan;
e) melantik pemeriksa skrip jawapan;
f) menetapkan markah lulus;
g) mengesahkan dan mengeluarkan keputusan; dan
h) menyediakan laporan dan analisis pelaksanaan.
PENUMPANGAN
18. Lembaga Peperiksaan Kementerian/Negeri/Agensi boleh membenarkan pegawai
dalam skim perkhidmatan di bawah tanggungjawabnya untuk menduduki sesuatu peperiksaan
yang dilaksanakan oleh Kementerian/Negeri/Agensi lain, tertakluk kepada sukatan
peperiksaan yang setaraf dengan keperluan skim perkhidmatan dan sesuai dengan bidang
tugas pegawai berkenaan.
9
KAWALAN PIAWAIAN
19. Semua Kementerian/Negeri/Agensi hendaklah mematuhi pelaksanaan peperiksaan
perkhidmatan awam yang ditetapkan. Sebarang pengubahsuaian terhadap penentuan TKP,
sukatan dan kaedah pelaksanaan peperiksaan perkhidmatan selain daripada yang ditetapkan
dalam Surat Pekeliling ini hendaklah mendapat kelulusan daripada JPA.
20. JPA akan mengadakan naziran dari semasa ke semasa bagi memastikan pelaksanaan
peperiksaan perkhidmatan memenuhi piawaian yang ditetapkan.
TARIKH KUAT KUASA
21. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012.
PEMAKAIAN
22. Tertakluk kepada penerimaan oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan Surat
Pekeliling Perkhidmatan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan
Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.
PEMBATALAN
23. Dengan berkuatkuasanya Surat Pekeliling Perkhidmatan ini, Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 4 T ahun 1998 da n Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 T ahun 1985 a dalah
dibatalkan.
10
PERTANYAAN
24. Sebarang pertanyaan mengenai Surat Pekeliling Perkhidmatan ini boleh dirujuk
kepada:
Ketua Pengarah Perkhidmatan AwamJabatan Perkhidmatan AwamBahagian PerkhidmatanCawangan Pengurusan KompetensiAras 5, Sapura @ MinesNo. 7, Jalan Tasik, The Mines Resort City43300 Seri KembanganSELANGOR DARUL EHSAN
No. Telefon : 03-8946 4500/ 4547/ 4548/ 4574No. Faks : 03-8946 4541/8946 4546E-mel : [email protected]
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
( TAN SRI ABU BAKAR BIN HAJI ABDULLAH )Ketua Pengarah Perkhidmatan AwamMalaysia
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIAPUTRAJAYA
07 Disember 2011
Semua Ketua Setiausaha KementerianSemua Ketua Jabatan PersekutuanSemua Y.B. Setiausaha Kerajaan NegeriSemua Pihak Berkuasa BerkanunSemua Pihak Berkuasa Tempatan
11
GLOSARI ISTILAH
LAMPIRAN A
“Ketua Perkhidmatan” merujuk kepada seseorang pegawai yang mengetuai sesuatu
perkhidmatan;
“Pegawai” merujuk kepada seseorang yang berkhidmat secara tetap dalam perkhidmatan
awam;
“Peningkatan Secara Lantikan” merujuk kepada pelantikan pegawai daripada kumpulan
perkhidmatan yang rendah kepada kumpulan perkhidmatan yang lebih tinggi secara
pelantikan baharu tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan
yang berkaitan. Terma PSL ini menggantikan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL);
“Peperiksaan Khas Peningkatan Secara Lantikan” merujuk kepada peperiksaan yang
dilaksanakan bagi tujuan Peningkatan Secara Lantikan;
“Subjek Jabatan” merujuk kepada perkara khusus bagi melaksanakan bidang tugas dalam
sesuatu skim perkhidmatan; dan
“Subjek Umum” merujuk kepada perkara asas kompetensi yang perlu diketahui oleh semua
pegawai dalam perkhidmatan awam.
12
CARTA ALIRAN PELAKSANAANPEPERIKSAAN PERKHIDMATAN SUBJEK UMUM
LAMPIRAN B
MULA
TUBUHKAN LEMBAGAPEPERIKSAAN
TENTUKAN TAHAPKEPERLUAN PENGUASAAN
(TKP)Ketua Perkhidmatan
TUBUHKAN PANELPEPERIKSAAN
TERIMA PERMOHONANCALON
MOHON SOALANPEPERIKSAAN DARIPADA
JPA
LAKSANAKANPEPERIKSAAN
Panel PeperiksaanKementerian/Negeri/Agensi
URUS SEMAKAN KERTASPEPERIKSAAN
SAHKAN DAN KELUARKANKEPUTUSAN PEPERIKSAAN
TAMAT
13
CARTA ALIRAN PELAKSANAAN
LAMPIRAN C
PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN SUBJEK JABATAN DANPEPERIKSAAN KHAS PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
MULA
TUBUHKAN LEMBAGAPEPERIKSAAN
TUBUHKAN PANELPEPERIKSAAN
LANTIK PENGGUBAL SUKATAN
SEDIAKAN SUKATANPEPERIKSAAN
BENTANG SUKATAN UNTUKKELULUSAN LEMBAGA
PEPERIKSAAN
LANTIK PENGGUBAL SOALAN
SEDIAKAN SOALANPEPERIKSAAN
Panel PeperiksaanKementerian/Negeri/Agensi
TERIMA PERMOHONAN CALON
LAKSANAKANPEPERIKSAAN
URUS SEMAKAN KERTASPEPERIKSAAN
SAHKAN DAN KELUARKANKEPUTUSAN PEPERIKSAAN
TAMAT
PERMOHONAN PEPERIKSAAN SUBJEK UMUM JABATAN PERDANA MENTERI
Arahan :
Lengkapkan borang dengan betul.
Maklumat yang lengkap sahaja akan diproses.
Permohonan baru yang dihantar akan membatalkan permohonan yang terdahulu.
BUTIR PERIBADI
1 Nama Pemohon:
2 No. Kad Pengenalan :
3 No. Tel. Rumah/Bimbit :
BUTIRAN PERKHIDMATAN
4 Skim Perkhidmatan :
5 Jawatan :5 Jawatan :
6 Gred Jawatan :
7 Tarikh Lantikan :
8 Gelaran Ketua Pejabat :
9 Alamat Pejabat :
11 Poskod :
12 Negeri :
13 Bandar :
14 No. Tel. Pejabat :
15 No. Faks Pejabat :
16 Emel :
17 Emel Ketua Jabatan / Bahagian :
BUTIRAN PEPERIKSAAN (* Tandakan ( / ) yang mana berkenaan)
18 Tarikh Peperiksaan :
(Rujuk Jadual yang disediakan oleh JPA)
19 Siri :
20 Kod Peperiksaan :
21 Bahagian * : Bahagian I Bahagian II
PENGAKUAN PEMOHON
Saya akui segala keterangan yang diberikan adalah benar. Mengikut Skim Perkhidmatan, saya
layak memasuki peperiksaan yang dipohon. Saya sedar, jika permohonan saya ini tidak benar
atau tidak layak tetapi masih memasuki peperiksaan ini, keputusan peperiksaan saya adalah
dengan sendirinya terbatal.
Saya mengakui bahawa permohonan ini telah mendapat kebenaran Ketua Jabatan saya.
Tarikh :
PERAKUAN KETUA JABATAN (* Tandakan ( / ) atau potong yang mana berkenaan)
22 Tahap Keperluan Penguasaan (TKP)
Ditentukan oleh Ketua Perkhidmatan* : Asas Pertengahan Lanjutan
(Tandatangan Pemohon)
Ditentukan oleh Ketua Perkhidmatan* : Asas Pertengahan Lanjutan
23 Disokong / Tidak disokong *
24 Saya mengesahkan bahawa semua kenyataan yang diberikan adalah benar
Tarikh :
Nama :
Jawatan :
Tandatangan Ketua Jabatan
Cop Rasmi Jabatan :
PANDUAN PERMOHONAN :
1 Permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan kepada Urus setia Peperiksaan Jabatan Perdana Menteri.
2 Calon-calon hendaklah mengisi NAMA DAN ALAMAT PEJABAT DENGAN LENGKAP semasa mengisi borang.
3 Calon-calon digalakkan memohon seawal yang mungkin sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan selepas
tarikh tutup akan ditolak.
4 Borang Permohonan Peperiksaan boleh dimuat turun di laman web pajpm di : www.pajpm.gov.my
5 Calon-calon DIWAJIBKAN BERPAKAIAN PEJABAT semasa menghadiri peperiksaan.
6 Borang Permohonan Peperiksaan hendaklah dialamatkan kepada :
62502 Putrajaya
(u.p : Urus setia Peperiksaan JPM)
No. Telefon : 03-8872 1880 / 1882 / 1885 / 1886
No. Faks : 03 - 8888 3869
Bahagian Inovasi dan Pengurusan Sumber Manusia
Seksyen Pembangunan Sumber Manusia (Latihan)
Aras 3 Blok B8, Kompleks JPM
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
JADUAL
PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM TAHUN 2012
PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN SUBJEK UMUM
BIL. NAMA PEPERIKSAAN KOD
TARIKH TUTUP PERMOHONAN DAN TARIKH PEPERIKSAAN
MASA
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
TARIKH PEPERIKSAAN
1. 2. 3.
TAHAP ASAS BHG. I - Peraturan-Peraturan Pegawai Awam, Perintah Am, Panduan Pengurusan Pejabat dan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam TAHAP PERTENGAHAN BHG. I - Peraturan-Peraturan Pegawai Awam, Perintah Am, Panduan
Pengurusan Pejabat, Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam, Arahan Keselamatan dan Arahan Perbendaharaan
BHG. II - Perlembagaan dan Undang- undang Am TAHAP LANJUTAN BHG. I - Peraturan-Peraturan Pegawai Awam, Perintah
Am, Panduan Pengurusan Pejabat, Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam, Arahan Keselamatan, Arahan Perbendaharaan dan Pengurusan Kewangan
BHG. II - Perlembagaan dan Undang-undang Am
6101A
6102A 6102B 6103A
6103B
24.02.2012 (Jumaat) 09.03.2012 (Jumaat) 13.04.2012 (Khamis) 11.05.2012 (Jumaat) 10.08.2012 (Jumaat) 07.09.2012 (Jumaat)
24.02.2012 (Jumaat) 09.03.2012 (Jumaat) 13.04.2012 (Khamis) 11.05.2012 (Jumaat) 10.08.2012 (Jumaat) 07.09.2012 (Jumaat)
24.02.2012 (Jumaat) 09.03.2012 (Jumaat) 13.04.2012 (Khamis) 11.05.2012 (Jumaat) 10.08.2012 (Jumaat) 07.09.2012 (Jumaat)
24.02.2012 (Jumaat) 09.03.2012 (Jumaat) 13.04.2012 (Khamis) 11.05.2012 (Jumaat) 10.08.2012 (Jumaat) 07.09.2012 (Jumaat)
24.02.2012 (Jumaat) 09.03.2012 (Jumaat) 13.04.2012 (Khamis) 11.05.2012 (Jumaat) 10.08.2012 (Jumaat) 07.09.2012 (Jumaat)
27.03.2012 (Selasa) 24.04.2012 (Selasa) 22.05.2012 (Selasa) 26.06.2012 (Selasa) 25.09.2012 (Selasa) 16.10.2012 (Selasa)
27.03.2012 (Selasa) 24.04.2012 (Selasa) 22.05.2012 (Selasa) 26.06.2012 (Selasa) 25.09.2012 (Selasa) 16.10.2012 (Selasa)
28.03.2012 (Rabu) 25.04.2012 (Rabu) 23.05.2012 (Rabu) 27.06.2012 (Rabu) 26.09.2012 (Rabu) 17.10.2012 (Rabu)
28.03.2012 (Rabu) 25.04.2012 (Rabu) 23.05.2012 (Rabu) 27.06.2012 (Rabu) 26.09.2012 (Rabu) 17.10.2012 (Rabu)
29.03.2012 (Khamis) 26.04.2012 (Khamis) 24.05.2012 (Khamis) 28.06.2012 (Khamis) 27.09.2012 (Khamis) 18.10.2012 (Khamis)
9.30 pg – 10.30 pg
9.30 pg – 11.00 pg
9.30 pg – 12.00 tgh hari
9.30 pg – 12.30 tgh hari
9.30 pg – 12.30 tgh hari
LEMBAGA PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
Nota :
- Agensi pelaksana hendaklah memaklumkan jumlah buku soalan yang diperlukan kepada:
Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Perkhidmatan, Cawangan Pengurusan Kompetensi, Aras 5, Sapura@Mines, 7 Jalan Tasik, The Mines Resort City, 43000 Seri Kembangan, Selangor. Tel : 03-8946 4500 Fax : 03-8946 4546/41 sebelum tarikh tutup permohonan dinyatakan.
- Mulai tahun 2012 Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Utama bagi Kumpulan Sokongan yang setaraf dengan Kumpulan D dari Gred 1 hingga Gred 16 (SUD), Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Utama bagi Kumpulan Sokongan yang setaraf dengan Kumpulan C dari Gred 17 hingga Gred 26 (SUC) dan Peperiksaan Undang-Undang Kerajaan tidak lagi dilaksanakan selaras dengan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2011.
- Bagi pegawai perkhidmatan Gunasama di bawah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), permohonan hendaklah dibuat melalui laman web kompetensi JPA di
http://www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/#.
- Bagi pegawai bukan perkhidmatan gunasama, permohonan hendaklah dibuat melalui Kementerian/Jabatan/Agensi masing-masing.
JADUAL PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM
TAHUN 2012
PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM UNTUK SKIM PERKHIDMATAN GUNASAMA DI BAWAH KPPA
BIL. NAMA PEPERIKSAAN KOD
TARIKH TUTUP PERMOHONAN DAN TARIKH PEPERIKSAAN
MASA SIRI PERTAMA SIRI KEDUA SIRI KETIGA
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
TARIKH PEPERIKSAAN
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
TARIKH PEPERIKSAAN
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
TARIKH PEPERIKSAAN
1.
PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI PSIKOLOGI GRED S3-1 BHG. I – Peraturan-Peraturan Pegawai Awam, Perintah Am, Arahan Perbendaharaan, Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam, Arahan Keselamatan, Perlembagaan dan Undang-Undang Am BHG. II – Perkhidmatan Kaunseling dan Psikologi
5106A
5106B
03.02.2012 (Jumaat)
06.03.2012 (Selasa) 07.03.2012 (Rabu)
27.04.2012 (Jumaat)
11.06.2012 (Isnin) 12.06.2012 (Selasa)
20.07.2012 (Jumaat)
05.09.2012 (Rabu) 06.09.2012 (Khamis)
9.30 – 12.30 9.30 – 11.00
2.
PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN PEGAWAI PSIKOLOGI GRED S1-1 BHG. I – Peraturan-Peraturan Pegawai Awam, Perintah Am, Arahan Perbendaharaan, Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam, Arahan Keselamatan, Perlembagaan dan Undang-Undang Am BHG. II – Perkhidmatan Kaunseling dan Psikologi
5105A 5105B
03.02.2012 (Jumaat)
07.03.2012 (Rabu)
08.03.2012 (Khamis)
27.04.2012 (Jumaat)
13.06.2012 (Rabu) 14.06.2012(Khamis)
20.07.2012 (Jumaat)
11.09.2012(Selasa) 12.09.2012(Rabu)
9.30 – 12.30
9.30 – 12.30
3.
PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN SETIAUSAHA PEJABAT GRED N3-1 BHG.I – (a) Pengambilan Nota 50 p.s.m (Bahasa Malaysia)** (b) Kemahiran Asas Komputer (Ujian IT Skill Assessment and Certification (ISAC))* BHG.II – Perintah Am, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam, Arahan Perbendaharaan, Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan, Perlembagaan dan Undang-Undang Am BHG.III – Panduan Pengurusan Pejabat, Arahan Keselamatan, Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam dan Panduan Berkaitan, Pengurusan Maklumat Melalui HRMIS dan Perhubungan Awam
-
7107B 7107C
03.02.2012 (Jumaat)
03.02.2012 (Jumaat)
13.03.2012 (Selasa) 14.03.2012 (Rabu)
15.03.2012 (Khamis)
27.04.2012 (Jumaat)
27.04.2012 (Jumaat)
19.06.2012 (Selasa)
20.06.2012 (Rabu)
21.06.2012(Khamis)
20.07.2012(Jumaat) 20.07.2012(Jumaat)
18.09.2012(Selasa) 19.09.2012(Rabu) 20.09.2012(Khamis)
Mulai 9.30 9.30 – 12.30 9.30 – 12.30
4.
PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W4-1 BHG. I – Ujian Menaip (Kederasan 18 p.s.m)** BHG. II – Perintah Am, Panduan Pengurusan Pejabat, Arahan Keselamatan dan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam BHG. III – Akta Acara Kewangan 1957, Arahan Perbendaharaan dan Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor
- 7106B 7106C
03.02.2012 (Jumaat)
20.03.2012 (Selasa) 21.03.2012 (Rabu)
21.03.2012 (Rabu)
04.05.2012 (Jumaat)
26.06.2012(Selasa) 27.06.2012(Rabu)
27.06.2012(Rabu)
10.08.2012 (Jumaat)
25.09.2012(Selasa) 26.09.2012(Rabu) 26.09.2012(Rabu)
Mulai 9.30 9.30 – 10.30
11.00 – 12.00
5.
PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N4-1 BHG. I – Ujian Menaip (Kederasan 18 p.s.m)** BHG. II – Panduan Pengurusan Pejabat, Arahan Keselamatan dan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam BHG. III – Perintah Am dan Arahan Perbendaharaan
-
7101B
7101C
17.02.2012 (Jumaat)
02.04.2012 (Isnin) 03.04.2012 (Selasa) 03.04.2012 (Selasa)
11.05.2012 (Jumaat)
02.07.2012 (Isnin) 03.07.2012 (Selasa) 03.07.2012 (Selasa)
17.08.2012 (Jumaat)
01.10.2012(Isnin) 02.10.2012(Selasa) 02.10.2012(Selasa)
Mulai 9.30 9.30 – 10.30
11.00 – 12.00
6.
PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN PEGAWAI LATIHAN KEMAHIRAN GRED DL1-1 BHG. I – Pengurusan Latihan Vokasional
2003A
17.02.2012 (Jumaat)
04.04.2012 (Rabu)
11.05.2012 (Jumaat)
04.07.2012 (Rabu)
17.08.2012(Jumaat)
04.10.2012(Khamis)
9.30 – 12.30
7.
PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN PEMBANTU TADBIR RENDAH GRED N5-1 BHG. I – Perintah Am dan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam BHG. II – Panduan Pengurusan Pejabat dan Arahan Keselamatan
4101A 4101B
24.02.2012 (Jumaat)
09.04.2012 (Isnin) 09.04.2012 (Isnin)
11.05.2012 (Jumaat)
05.07.2012(Khamis) 05.07.2012(Khamis)
24.08.2012(Jumaat)
08.10.2012(Isnin) 08.10.2012(Isnin)
9.30 – 10.30 11.00 – 12.00
8.
PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT GRED N4-1 BHG. I – (a) Pengambilan Nota 30 p.s.m.(Bahasa Malaysia)** (b) Kemahiran Asas Komputer
(Ujian IT Skill Assessment and Certification (ISAC))* BHG. II – Perintah Am dan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam BHG. III – Panduan Pengurusan Pejabat, Arahan Keselamatan dan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
-
7104B 7104C
09.03.2012 (Jumaat)
09.03.2012 (Jumaat)
24.04.2012(Selasa) 25.04.2012 (Rabu) 25.04.2012 (Rabu)
01.06.2012 (Jumaat)
01.06.2012 (Jumaat)
17.07.2012 (Selasa)
18.07.2012(Rabu) 18.07.2012(Rabu)
24.08.2012(Jumaat)
24.08.2012(Jumaat)
17.10.2012(Rabu) 18.10.2012(Khamis) 18.10.2012(Khamis)
Mulai 9.30
9.30 – 10.30 11.00 – 12.00
PANDUAN PERMOHONAN: 1. Peperiksaan yang bertanda:
* Permohonan hendaklah dibuat melalui/dan oleh Ketua Jabatan ke Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) yang berhampiran dan tidak perlu mengisi borang permohonan.
** Permohonan hendaklah dibuat melalui/dan oleh Ketua Jabatan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak perlu mengisi borang permohonan.
2. Calon – calon hendaklah MENGISIKAN NAMA DAN ALAMAT PEJABAT DENGAN LENGKAP semasa mengisi borang permohonan secara online. 3. Calon – calon digalakkan memohon seawal yang mungkin sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup akan ditolak. 4. Borang Permohonan Peperiksaan, Jadual Peperiksaan, Semakan Status Permohonan dan Semakan Keputusan Peperiksaan boleh/hendaklah dibuat secara online melalui laman web JPA
di http://www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/#. 5. Slip Akuan Terimaan permohonan hendaklah dicetak sebagai bukti permohonan telah dibuat. Calon – calon yang tidak mendaftar tidak dibenarkan menduduki peperiksaan. 6. Calon – calon hendaklah / boleh menyemak angka giliran dan pusat peperiksaan melalui laman web JPA, DUA (2) MINGGU sebelum peperiksaan. Calon-calon hendaklah MENCETAK DAN
MEMBAWA SLIP ARAHAN CALON tersebut bersama – sama dengan KAD PENGENALAN dan ALATULIS ketika menghadiri peperiksaan. 7. Calon – calon TIDAK DIBENARKAN MENUKAR PUSAT PEPERIKSAAN kecuali mendapat kebenaran secara bertulis daripada urus setia peperiksaan di Bahagian Perkhidmatan, Cawangan
Pengurusan Kompetensi (CPK), JPA. 8. Calon – calon DIWAJIBKAN BERPAKAIAN PEJABAT SEMASA MENGHADIRI PEPERIKSAAN. Jika tidak mengikut peraturan Ketua Pengawas boleh menghalang calon – calon daripada menduduki peperiksaan. 9. Bahan rujukan yang berkaitan adalah dibenarkan dibawa masuk ke dalam dewan peperiksaan kecuali Nota Tangan dan Nota Slaid.
LEMBAGA PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
JADUAL PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM
TAHUN 2012
PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN BAGI TUJUAN INSENTIF KEWANGAN DAN KENAIKAN PANGKAT
BIL. NAMA PEPERIKSAAN KOD
TARIKH TUTUP PERMOHONAN DAN TARIKH PEPERIKSAAN
MASA SIRI PERTAMA SIRI KEDUA
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
TARIKH PEPERIKSAAN
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
TARIKH PEPERIKSAAN
1.
UJIAN PENGAMBILAN NOTA/NOTA RINTAS BAGI SETIAUSAHA PEJABAT DAN PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT UNTUK ELAUN
DWI BAHASA *
BAHASA MALAYSIA (i) 80 p.s.m BAHASA INGGERIS (i) 80 p.s.m (ii) 100 p.s.m
-
- -
03.02.2012 (Jumaat)
12.03.2012 (Isnin)
13.03.2012 (Selasa) 14.03.2012 (Rabu)
27.07.2012 (Jumaat)
04.09.2012 (Selasa)
05.09.2012 (Rabu) 06.09.2012 (Khamis)
Mulai 9.30
Mulai 9.30 Mulai 9.30
2.
UJIAN KEMAHIRAN UNTUK KENAIKAN PANGKAT BAGI SETIAUSAHA PEJABAT DAN PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT TAHAP ASAS SEKSYEN A – Ujian Kemahiran Tahap Asas Pemprosesan Perkataan SEKSYEN B – Ujian Kemahiran Tahap Asas Lembaran Kerja SEKSYEN C – Ujian Kemahiran Tahap Asas Persembahan
8101A
24.02.2012 (Jumaat)
10.04.2012 (Selasa) 10.04.2012 (Selasa) 10.04.2012 (Selasa)
24.08.2012 (Jumaat)
09.10.2012 (Selasa) 09.10.2012 (Selasa) 09.10.2012 (Selasa)
9.30 – 10.00 10.30 – 11.00 11.30 – 12.00
3.
TAHAP PERTENGAHAN
SEKSYEN A – Ujian Kemahiran Tahap Pertengahan Pemprosesan Perkataan
SEKSYEN B – Ujian Kemahiran Tahap Pertengahan Lembaran Kerja SEKSYEN C – Ujian Kemahiran Tahap Pertengahan Persembahan
8102B
24.02.2012 (Jumaat)
11.04.2012 (Rabu)
11.04.2012 (Rabu) 11.04.2012 (Rabu)
24.08.2012 (Jumaat)
10.10.2012 (Rabu)
10.10.2012 (Rabu) 10.10.2012 (Rabu)
9.30 – 10.00
10.30 – 11.00 11.30 – 12.00
4.
TAHAP LANJUTAN
SEKSYEN A – Ujian Kemahiran Tahap Lanjutan Pemprosesan Perkataan
SEKSYEN B – Ujian Kemahiran Tahap Lanjutan Lembaran Kerja SEKSYEN C – Ujian Kemahiran Tahap Lanjutan Persembahan
8103C
24.02.2012 (Jumaat)
12.04.2012 (Khamis)
12.04.2012 (Khamis) 12.04.2012 (Khamis)
24.08.2012 (Jumaat)
11.10.2012 (Khamis)
11.10.2012 (Khamis) 11.10.2012 (Khamis)
9.30 – 10.00
10.30 – 11.00 11.30 – 12.00
5.
PEPERIKSAAN BAGI BAYARAN INSENTIF TUGAS PENGURUSAN STOR (BITPS) PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) SEKSYEN A (Objektif) SEKSYEN B (Esei)
8001A
04.05.2012 (Jumaat)
26.06.2012 (Selasa)
9.30 – 11.00 11.30 – 12.30
PANDUAN PERMOHONAN: 1. Peperiksaan yang bertanda:
* Permohonan hendaklah dibuat melalui/dan oleh Ketua Jabatan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan tidak perlu mengisi borang permohonan.
2. Calon – calon hendaklah MENGISIKAN NAMA DAN ALAMAT PEJABAT DENGAN LENGKAP semasa mengisi borang permohonan secara online. 3. Calon – calon digalakkan memohon seawal yang mungkin sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup akan ditolak. 4. Borang Permohonan Peperiksaan, Jadual Peperiksaan, Semakan Status Permohonan dan Semakan Keputusan Peperiksaan boleh/hendaklah dibuat secara online melalui laman web JPA di
http://www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/#. 5. Slip Akuan Terimaan permohonan hendaklah dicetak sebagai bukti permohonan telah dibuat. Calon – calon yang tidak mendaftar tidak dibenarkan menduduki peperiksaan. 6. Calon – calon hendaklah / boleh menyemak angka giliran dan pusat peperiksaan melalui laman web JPA, DUA (2) MINGGU sebelum peperiksaan. Calon-calon hendaklah MENCETAK DAN
MEMBAWA SLIP ARAHAN CALON tersebut bersama – sama dengan KAD PENGENALAN dan ALATULIS ketika menghadiri peperiksaan. 7. Calon – calon TIDAK DIBENARKAN MENUKAR PUSAT PEPERIKSAAN kecuali mendapat kebenaran secara bertulis daripada urus setia peperiksaan di Bahagian Perkhidmatan, Cawangan
Pengurusan Kompetensi (CPK), JPA. 8. Calon – calon DIWAJIBKAN BERPAKAIAN PEJABAT SEMASA MENGHADIRI PEPERIKSAAN. Jika tidak mengikut peraturan Ketua Pengawas boleh menghalang calon – calon daripada menduduki peperiksaan. 9. Bahan rujukan yang berkaitan adalah dibenarkan dibawa masuk ke dalam dewan peperiksaan kecuali Nota Tangan dan Nota Slaid. 10. Bagi calon-calon yang menduduki Ujian Kemahiran ICT sebarang bahan rujukan adalah tidak dibenarkan.
LEMBAGA PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
JADUAL
PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM TAHUN 2012
PEPERIKSAAN KHAS PENINGKATAN SECARA LANTIKAN (PSL)
BIL. NAMA PEPERIKSAAN KOD
TARIKH TUTUP PERMOHONAN DAN TARIKH PEPERIKSAAN
MASA
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
TARIKH PEPERIKSAAN
1.
PEPERIKSAAN KHAS UNTUK MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N4-1 BHG. I – Perintah Am, Arahan Perbendaharaan dan Tatacara Pengurusan Stor BHG. II – Panduan Pengurusan Pejabat, Arahan Keselamatan dan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
3002A
3002B
23.03.2012 (Jumaat)
09.05.2012(Rabu)
10.05.2012 (Khamis)
9.30 – 11.30
9.30 – 11.30
2.
PEPERIKSAAN KHAS UNTUK MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N3-1 BHG. I – Perintah Am, Arahan Perbendaharaan dan Tatacara Pengurusan Stor BHG. II – Panduan Pengurusan Pejabat, Arahan Keselamatan dan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam BHG. III – Undang-Undang Umum
3001A
3001B 3001C
23.03.2012 (Jumaat)
14.05.2012 (Isnin)
15.05.2012 (Selasa)
16.05.2012 (Rabu)
9.30 – 12.30
9.30 – 12.30
9.30 – 11.30
3.
PEPERIKSAAN KHAS UNTUK KENAIKAN PANGKAT KE JAWATAN PEGAWAI LATIHAN KEMAHIRAN GRED DL2-1 BHG. I – Perintah Am dan Arahan Pentadbiran BHG. II – Pengurusan Latihan Vokasional BHG. III – Kemahiran Penyeliaan
3005A 3005B 3005C
23.03.2012 (Jumaat)
22.05.2012 (Selasa) 23.05.2012 (Rabu)
24.05.2012 (Khamis)
9.30 – 12.30 9.30 – 12.30 9.30 – 12.30
4.
PEPERIKSAAN KHAS UNTUK MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI TADBIR GRED N1-1 BHG. I – Perintah Am, Arahan Perbendaharaan dan Tatacara Pengurusan Stor BHG. II – Panduan Pengurusan Pejabat, Arahan Keselamatan dan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam BHG. III – Undang–Undang Umum
2001A 2001B 2001C
20.04.2012 (Jumaat)
05.06.2012 (Selasa)
06.06.2012 (Rabu)
07.06.2012 (Khamis)
9.30 – 12.30
9.30 – 12.30
9.30 – 12.30
5.
PEPERIKSAAN KHAS UNTUK KENAIKAN PANGKAT KE JAWATAN PEGAWAI LATIHAN KEMAHIRAN GRED DL1-1 BHG. I – Perintah Am dan Arahan Pentadbiran BHG. II – Pengurusan Latihan Vokasional BHG. III – Kemahiran Teknikal (Teras) BHG. IV – Kemahiran Teknikal (Pengkhususan)
i) Pengkhususan Bidang Kejuruteraan Awam ii) Pengkhususan Bidang Mekanikal
iii) Pengkhususan Bidang Elektrik dan Elektronik
2002A 2002B 2002C
2002D 2002E 2002F
25.05.2012 (Jumaat)
09.07.2012 (Isnin) 10.07.2012 (Selasa) 11.07.2012 (Rabu)
12.07.2012 (Khamis) 12.07.2012 (Khamis) 12.07.2012 (Khamis)
9.30 – 12.30 9.30 – 12.30 9.30 – 12.30
9.30 – 12.30 9.30 – 12.30 9.30 – 12.30
PANDUAN PERMOHONAN:
1. Calon – calon hendaklah MENGISIKAN NAMA DAN ALAMAT PEJABAT DENGAN LENGKAP semasa mengisi borang permohonan secara online. 2. Calon – calon digalakkan memohon seawal yang mungkin sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup akan ditolak. 3. Borang Permohonan Peperiksaan, Jadual Peperiksaan, Semakan Status Permohonan dan Semakan Keputusan Peperiksaan boleh/hendaklah dibuat secara online melalui laman web JPA di
http://www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/#. 4. Slip Akuan Terimaan permohonan hendaklah dicetak sebagai bukti permohonan telah dibuat. Calon – calon yang tidak mendaftar tidak dibenarkan menduduki peperiksaan. 5. Calon – calon hendaklah / boleh menyemak angka giliran dan pusat peperiksaan melalui laman web JPA, DUA (2) MINGGU sebelum peperiksaan. Calon-calon hendaklah MENCETAK DAN
MEMBAWA SLIP ARAHAN CALON tersebut bersama – sama dengan KAD PENGENALAN dan ALATULIS ketika menghadiri peperiksaan. 6. Calon – calon TIDAK DIBENARKAN MENUKAR PUSAT PEPERIKSAAN kecuali mendapat kebenaran secara bertulis daripada urus setia peperiksaan di Bahagian Perkhidmatan, Cawangan
Pengurusan Kompetensi (CPK), JPA. 7. Calon – calon DIWAJIBKAN BERPAKAIAN PEJABAT SEMASA MENGHADIRI PEPERIKSAAN. Jika tidak mengikut peraturan Ketua Pengawas boleh menghalang calon – calon daripada menduduki peperiksaan. 8. Bahan rujukan yang berkaitan adalah dibenarkan dibawa masuk ke dalam dewan peperiksaan kecuali Nota Tangan dan Nota Slaid.
LEMBAGA PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA