107
Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament PENGGAL PERTAMA First Session KANDUNGANNYA JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN [Ruangan 3413] USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 3492] RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan [Ruangan 3493] Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan [Ruangan 3577] UCAPAN PENANGGUHAN: Masalah Pekerja Ladang Lembah Kelang-Y.B. Tuan K. Sivalingam [Ruangan 3610] DJCETAK OLEH :'\IEGARA. KUALA Ul\tPUR HAJI MOKHTAR SHAMSUDDIS. J.S.D .. S.M.T .. S.M.S .. S.M.P .. K.M.:o-1. P.I.S KETUA 19X7

Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

  • Upload
    others

  • View
    67

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

Jilid 1 Bil. 25

MALAYSIA

Hari Jumaat 17hb Julai, 1987

PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES

DEWAN NEGARA Senate

PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

PENGGAL PERTAMA First Session

KANDUNGANNYA

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN [Ruangan 3413]

USUL:

Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 3492]

RANG UNDANG-UNDANG:

Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan [Ruangan 3493]

Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan [Ruangan 3577]

UCAPAN PENANGGUHAN:

Masalah Pekerja Ladang Lembah Kelang-Y .B. Tuan K. Sivalingam [Ruangan 3610]

DJCETAK OLEH JABATA~ PERCETAKA~ :'\IEGARA. KUALA Ul\tPUR

HAJI MOKHTAR SHAMSUDDIS. J.S.D .. S.M.T .. S.M.S .. S.M.P .. K.M.:o-1. P.I.S

KETUA PE~GARAH

19X7

Page 2: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

-- --- --- -----------~-----

MALAYSIA

PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA

Penyata Rasmi Parlimen

PENGGAL YANG PERTAMA

AHLI-AHLI DEW AN NEGARA

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUK BENEDICT STEPHENS, P.S.M., S.P.D.K., B.E.M. (DiJantik).

"

"

"

"

"

"

"

"

Timbalan Yang di-Pertua, DATUK ABANG HAJJ AHMAD URAl BIN DATU HAKIM ABANG HAJJ MoHIDDEEN, P.N.B.s., J.B.s., A.M.N., A.B.s. (Sarawak).

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, TUAN HAJJ HUSSEIN BIN AHMAD (Dilantik).

Timbalan Menteri Kewangan, TUAN MOHAMED F ARID BIN ARII'I'IN (Dilantik).

Lr. KoL. (B) ABDUL HAMID BIN IBRAHIM, s.M.s., K.M.N., P.I.s. (Dilantik).

TUAN HAJJ ABDUL HAMID BIN HAJJ LATif' (Dilantik).

TUAN HAJJ ABDUL MAJID BIN ABDULLAH (Johor).

TUAN ABDUL MANAP BIN HASHIM (Kedah).

TUAN HAJJ ABU BAKAR BIN LAJIM, K.M.N. (Dilantik).

PUAN AINON BINTI ARII'I'IN (Dilantik- Wilayah Persekutuan).

PUAN HAJJAH AZIZAH BINTI HAJJ MOHD. SAID, P.J.K. (Dilantik).

TUAN AZMAN ATAR BIN OTHMAN (Dilantik).

TUAN BEE YANG SEK (Kedah).

TUAN CHAN CHOONG TAK (Dilantik).

TuAN DAHALAN BIN HAJJ EMBUN (Perlis).

TUAN Foo BooN LIANG (Pahang Darulmakmur).

PuAN HABIDAH BINTI JusoH alias Yusol' (Terengganu).

TUAN HASSAN ALBAN BIN HAJJ SANDUKONG (Sabah).

TUAN HASSAN BIN NAM, P.P.N., P.J.K. (Dilantik).

TUAN HAJ. IBRAHIM BIN HAJJ UJANG (Negeri Sembilan).

TUAN HAJJ JAAI'AR BIN HARON (Dilantik).

TUAN R. M. JASNI, B.K. (Dilantik).

TUAN KENNETH KENYAN ANAK TEMENGGONG KOH, K.M.N., J.B.S. (Sarawak).

Page 3: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3407 17 JULAI 1987 3408

Yang Berhormat TuAN KoH IM PIN (Negeri Sembilan).

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

TUAN C. KRISHNAN (Dilantik).

TUAN KuAN PENG SooN alias KuAN PENG CHING (Perak).

PuAN LAW JACK YooN (Dilantik).

TUAN LIM HENG TEE (Pulau Pinang).

DATO MAK HoN KAM, D.P.M.P., J.M.N. (Dilantik).

PUAN MAZIDAH BINTI HAJJ ZAKARIA (DiJantik).

TUAN HAJJ MOHD. NOOR BIN HAJJ ABDULLAH, A.M.N., A.K. (Kelantan). ·

TuAN MoHo. NooR BIN BEDAH, P.J.K., P.J.B. (Perlis).

TUAN MoHo. WAJDI BIN DATO' HAJJ ISHAK (Dilantik).

TuAN MoHo. YusoFF alias YusoF HAJJ Mo. NoR (Kelantan).

TuAN MusTAFA BIN AwANG (Terengganu).

DATUK NASIR BIN HAJJ MANAP, D.M.S.M., D.S.M., A.M.N., P.J.K. (Melaka).

TuAN NG PENG HAY (Melaka).

DATO DR K. S. NuHAR, s.P.M.J., J.M.N. (Dilantik).

C!K NoRANI BINTI BELUAH alias HAn HITAM (Pahang Darulmakmur ).

DR NoRDIN SELAT (Dilantik).

TUAN PARAMJIT SINGH (DiJantik).

TuAN G. RAJOO (Dilantik).

PUAN HAJJAH ROGAYAH BINTI CHE MAT (Dilantik).

PUAN ROKIAH alias MAIMUN BINTI ZAINUDDIN, A.M.N., P.J.K. (Dilantik).

PUAN HAJJAH RosNAH BINTI MoHo. SALLEH (Dilantik).

PUAN HAJJAH SALBIAH BINTI MOHD. AKIM (Dilantik).

TUAN M. SANGARALINGAM (Dilantik).

TUAN HAJJ SHAHAROM BIN HAJJ MAASOM, A.M.N., P.J.K. (Dilantik).

TuAN A. SHAIK DAWOOD ABu BAKAR alias A. S. DAwooo, K.M.N., A.M.N., P.J.M., P.J.K., J.P. (DiJantik).

TUAN HAJJ SHUAIB BIN LAZIM, A.M.N., P.C.K. (Dilantik).

TUAN SIVALINGAM a/J ARUMUGAM KURUPPIAH (SeJangor).

TUAN STEPHEN TIMOTHY WAN ULLOK (Dilantik).

TuAN TAN CHAI Ho, A.M.N. (Dilantik- Wilayah Persekutuan).

DATO TAN PENG KHOON, s.P.M.J., s.S.I.J., J.M.N. (Dilantik).

Page 4: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3409 17 JULAI 1987 3410

Yang Berhormat TUAN TIONG HIEW KING, P.B.S. (Dilantik).

"

"

PUAN VALLI MUTHUSAMY (Dilantik).

TUAN WONG KIE YIK (Dilantik).

DATO' HAJI ZAKARIA BIN HAJI YAHYA, D.P.M.S., K.M.N., S.M.S., P.J.K., P.P.N. (Selangor).

Page 5: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3411 17 JULAI 1987 3412

DEWAN NEGARA

PEGA WAI-PEGA WAI KANAN

Setiausaha Dewan Negara: Haji Abdul Rahim bin Abu Bakar, J.s.o., S.A.P.,

K.M.N., P.B.S., P.J.K.

Ketua Penolong Setiausaha: Haji Mohd. Salleh bin Abu Bakar.

Penolong Setiausaha: Ghazali bin Haji Abdul Hamid, A.M.N.

Penolong Setiausaha: Abdullah bin Abdul Wahab.

SAHAGIAN PENYATA RASMI PARLIMEN

Ketua Penyunting: Yahya Manap.

Penyunting Kanan: P. B. Menon.

Penyunting Kanan: Haji Osman bin Sidik.

Penolong Penyunting: N. Ramaswamy.

Penolong Penyunting: Amran bin Ahmad.

Pelapor Perbahasan Parlimen:

Haji Abdul Rahman bin Haji Abu Samah.

Suhor bin Husin.

Mohd. Saleh bin Mohd. Yusof.

Hajjah Juliah binti Awam.

Supiah binti Dewak.

Ismail bin Hassan.

Shamsiah binti Mohd. Yusof.

Hajjah Kalsom binti Ghazali.

Mohamed bin Osman.

Norishah binti Mohd. Thani.

Zaharah binti Nairn.

BENTARA MESYUARAT

Mejar (B) Haji Ahmad bin Buntu, A.M.N., s.s.o., P.J.K.

Page 6: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3413 17 JULAI 1987

MALAYSIA

3414

DEW AN NEGARA

Jumaat, 17hb Julai, 1987

Mesyuarat dimulakan pada puku/3.00 petang

DOA

(Tuan Yang di-Pertua mempenge­rusikan Mesyuarat)

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI

PERTANYAAN­PERTANYAAN

PELANCONG-MENINGKATKAN KEDATANGAN

l. Tuan Mohd. Noor bin Bedah minta Menteri Kebudayaan dan Pelancongan menyatakan:

(a) strategi dan usaha-usaha yang sedang dan telah disusun oleh Kementeriannya bagi menarik pelancong dari luar negeri mengunjungi Malaysia;

(b) jumlah pelancong daripada negara-negara ASEAN, Jepun dan Korea Selatan yang mengunjungi negara ini dalam tahun 1985, 1986 dan sehingga pertengahan tahun 1987;

(c) usaha-usaha yang dijaiankan bagi menarik pelancong daripada negara Arab yang lebih suka mengunjungi Bangkok dan Manila, supaya turut singgah di Kuala Lumpur; dan

(d) galakan melancong dalam negeri di kalangan "senior citizen".

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan (Dato Haji Sabbaruddin Chik): Tuan Yang di-Pertua, seperti

yang telah dinyatakan di Dewan yang mulia ini, Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan adalah mempunyai matlamat bagi meningkatkan lagi kedatangan pelancong-pelancong luar negeri ke negara kita ini.

Untuk mencapai tujuan ini, Kementerian telah dan akan terus melaksanakan berbagai usaha bagi memperkenalkan segala tarikan pelancongan di negara kita ini menerusi program-program peng­iklanan, penggalakan, per­hubungan awam dan juga penyebaran maklumat pelancongan di semua pasaran-pasaran pelancongan utama di seluruh dunia.

Di samping itu, Tuan Yang di­Pertua, Kementerian ini akan juga bekerjasama dengan sektor swasta bagi merancang dan menawarkan lebih banyak jadual-jadual lawatan ke negara ini dengan harga yang berpatutan kepada bakal-bakal pelancong di pasaran-pasaran yang terpilih. Usaha ini adalah sebagai satu langkah tambahan kepada usaha kerjasama yang sedia terjalin dengan negara-negara jiran seperti Singapura dan Thailand dalam menggalakkan lawatan pelancong yang mengunjungi kedua-dua buah negara tersebut ke negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai dengan ,soalan bahagian (b), sukalah saya memaklumkan iaitu jumlah pelancong-pelancong dari negara­negara ASEAN, Jepun dan Korea

Page 7: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3415 17 JULAI 1987 3416

Selatan mengunjungi Malaysia bagi tahun 1985 adalah seperti berikut:

Tahun A SEAN

1985 2.33 juta

Perangkaan yang tepat bagi tahun 1986 dan juga 1987.. Tuan Yang di­Pertua, masih belum diperolehi. Walau bagaimanapun, mengikut anggaran

Tahun ASEAN

1986

1987 (Jan-Jun)

2.38 juta

1.0 juta

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan adalah menyedari bahawa terdapat sebilangan para pelancong dari negara Timur Tengah yang kerap melawat Bangkok dan Manila. Dalam hubungan ini, Kementerian juga ada mempunyai cadangan-cadangan untuk mengadakan beberapa program penggalakan dengan tujuan untuk menarik minat pelancong dari negara­negara tersebut terutama sekali bagi pelawat-pelawat dengan keluarga masing-masing bagi menghabiskan masa cuti mereka di negara kita.

Mengenai soalan (c), Kerajaan menyedari bahawa terdapat beberapa pihak tertentu yang sedia memberikan galakan kepada kumpulan "senior citizens" supaya melancong di dalam negara. Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan juga Feri Malaysia sebagai contoh, adalah menawarkan galakan perjalanan kepada "senior citizens" dari segi potongan tambang. Galakan­galakan sedemikian adalah dialu­alukan oleh Kementerian dan kita sentiasa bersedia memberikan segala sokongan yang perlu untuk mendorong lebih ramai lagi "senior citizens" untuk melancong di seluruh negara.

Jepun (Pelancong)

117,000

Korea Selatan

7,625

yang dibuat, bilangan pelancong­pelancong yang melawat Malaysia bagi kedua-tahun adalah seperti berikut:

Jepun (Pelancong)

125,000

63,000

Korea Selatan

7,853

3,890

Tuan Yang di-Pertua: Saya beri peluang kepada wanita dahulu­Yang Berhormat Puan Ainon binti Ariffin.

Puan Ainon binti Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memajukan dua soalan tambahan kepada Menteri Kebudayaan dan Pelancongan. Yang pertama ialah; tadi kita mendengar strategi dalam rancangan Kementerian, bagaimanakah strategi di Kementeriannya sendiri mengenai staff dan kakitangan kerana Kementerian Yang Berhormat baru sahaja ditubuhkan, apakah sudah memadai segala kakitangannya kerana Kementerian ini mempunyai potensi yang penting dan mempunyai urusan yang begitu mustahak dalam mendatangkan sumber kewangan kepada negara?

Kedua, adakah Yang Berhormat Menteri sedar atau maklum bahawa diperingkat luar negeri iaitu usaha­usaha untuk menarik pelancong di luar negeri yang dilakukan oleh TDC masih kekurangan kakitangannya, umpamanya seperti di Frankfurt yang merangkumi banyak negara sehingga sampai ke negara Austria dan negara lain di sekelilingnya dan juga cawangan TDC kita di London atau di England.

Page 8: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3417 17 JULAI 1987 3418

Dato' Haji Sabbaruddin Chik: Tuan Yang di-Pertua, saya amat terima kasih kepada Yang Berhormat Senator di atas pandangan ini kerana sebenarnya memang betul oleh sebab Kementerian ini baru maka kita hanya mendapat kira-kira 50% daripada keperluan pegawai-pegawai di Kementerian, dan kalaupun ramai sangat datang pada waktu ini pun sukar kerana tempatnya tidak ada. Kita masih lagi sedang menyediakan pejabat pegawai­pegawai ini masing-masing dan ianya dijangka siap pada penghujung bulan ini.

Untuk makluman, Tuan Yang di­Pertua, sebenarnya sekarang ada pegawai-pegawai diletakkan dalam tempat makan, dengan izin, dining room, ada diletakkan di dalam bilik mesyuarat. lnsya Allah, apabila seperti mana saya nyata tadi akan tempatnya siap pada hujung bulan ini kita akan mendapat tempat yang lebih selesa. Kita harap pada waktu itu pihak JP A akan bersetuju menghatar pegawai­pegawai yang lain.

Selain daripada itu;' Tuan Yang di­Pertua, sebenarnya s~ai sebuah Kementerian baru memanglah barangkali pihak-pihak yang berkenaan masih berhati-hati melihatkan prestasi dulu sebelum hendak memberi pegawai-pegawai lebih banyak lagi.

Saya kira walaupun sekarang ini pembekuan diadakan tetapi Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan ini memang membawakan basil, kalau banyak lagi pegawai, insya Allah kita akan dapat menambahkan lagi kerja-kerja penyebaran maklumat dan sebagainya dibuat dengan lebih baik.

Berkenaan dengan pejabat-pejabat di luar negeri, sebenarnya, Tuan Yang di-Pertua, sekarang ini kita hanya mempunyai 8 pejabat luar negeri dan seperti yang disebutkan oleh Yang

Berhormat Senator Puan Ainon tadi memang betul Frankfurt terpaksa, dengan izin, cover beberapa buah negeri yang lain. Barangkali kita akan berunding dengan pihak yang berkenaan termasuk Perbendaharaan dan juga JPA supaya menambah lagi pejabat-pejabat di luar negeri khususnya di Eropah supaya dapat menarik lebih banyak pelancong­pelancong ke negara kita ini.

Tuan Haji Abdul Majid bin Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Mengikut maklumat yang diketahui pelancong-pelancong Arab lebih suka pergi ke Bangkok dan Manila. Apakah sebabnya? Adakah kerana layanan istimewa dari negara­negara tersebut ataupun bagaimana? Apakah usaha-usaha yang dibuat oleh negara ini untuk menarik supaya pelancong Arab ini lebih gemar datang ke negara ini?

Dato' Haji Sabbaruddin Chik: Tuan Yang di-Pertua, Arab ini serupa orang lain juga (Ketawa). Kegemaran orang Arab, kegemaran orang Melayu, kegemaran orang Jerman sama sahaja serupanya. Kalau melancong mereka suka melihat tempat-tempat yang seronok.

Tuan Azman Atar bin Othman: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin tabu dllripada Menteri yang berkenaan- kitaftahu apa sebab Arab suka pergi ke Bangkok dan Manila kerana ada keistimewaan di sana -adakah Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan apabila berhasil untuk mendapatkan banyak pelancong­pelancong daripada negara-negara Arab datang ke Malaysia ini maka Malaysia juga akan dianggap macam Bangkok dan Manila? Jadi, saya ingin tabu daripada Menteri yang berkenaan kalau sekiranya tidak tersebut dalam senarai semacam Bangkok dan Manila saya akan memberi kepujian yang paling istimewa kepada Menteri atas ke bi j aksanaannya.

Page 9: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

---~~--------------~---

3419 17 JULAI 1987 3420

_ Dato' Hajj Sahharnddjn Chik· Tuao­Yang di-Pertua, sebenarnya saya sudah cuba sebutkan tadi dan hendak elakkan dengan menyebut "tempat-tempat yang enak." Saya ingatkan sudah memadailah setakat itu. Nampaknya hendak sebut dengan betul. Jadi saya rasa, Tuan Yang di-Pertua, susah hendak cakaplah kenapa mereka pergi ke Manila sama Bangkok ini. (Ketawa)

Tetapi saya rasa, Tuan Yang di­Pertua, kita akan cubalah supaya menarik lebih banyak lagi mereka daripada negara-negara Arab ini sebab saya tekankan tadi khususnya yang berkeluarga supaya mereka berbelanja dengan lebih banyak lagilah di sini.

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan.

Tuan Yang di-Pertua: Sudah cukup, tiga sahaja.

PASUKAN POLIS-SYARAT MEMOHON JAWATAN

2. Puan Valli Muthusamy minta Menteri Dalam Negeri menyatakan bolehkah Kerajaan mengecualikan kepujian di dalam matapelajaran Bahasa Malaysia dalam peperiksaan SRP atau SPM bagi kaum India yang ingin memohon kerja dalam Pasukan Polis Di-Raja Malaysia.

Timbalan Menteri Dalam Negeri (Dato' Megat Junid bin Megat Ayob): Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan tidak bercadang untuk mengecualikan syarat kepujian Bahasa Malaysia dalam peperiksaan SRP dan SPM kepada calon-calon yang ingin memohon jawatan dalam Pasukan Polis. '

Tuan C. Krishnan: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan. Adakah galakan daripada orang-orang yang

bukari Melayu apabila pihak Polis Di­Raja Malaysia meminta banyak pemuda-pemuda bukan Melayu masuk perkhidmatan Polis - adakah mereka itu dapat masuk atau tidak?

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Tuan Yang di-Pertua, galakan memang kita adakan agar banyak lagi rakyat yang bukan keturunan Melayu memasuki Polis. Kadangkala pihak yang menemuduga ini terpaksa menunggu di suatu tempat itu lebih lama kerana mengharapkan supaya lebih ramai calon daripada bukan Melayu untuk datang menawarkan diri. Tetapi sayangnya kadangkala tidak ada pun yang datang untuk ditemuduga.

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan. Apakah sebab-sebab rakyat-rakyat kita dari keturunan bukan Melayu tidak memberi sambutan yang begitu menggalakkan untuk mengambil bahagian dalam Pasukan Polis? Adakah kerana disebabkan mereka tidak ada kepujian dalam Bahasa Malaysia semasa mereka memasuki Pasukan Polis Di-Raja Malaysia dan kenaikan pangkat juga tidak diberi pertimbangan?

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Tuan Yang di-Pertua, mungkin kerana latar belakang satu-satu kaum itu. Ada setengah kaum itu memandang kewangan lebih daripada yang lain. Jadi, oleh kerana Pasukan Polis ini bukan merupakan satu pendapatan yang lumayan, kerana dia mementingkan kesetiaan dan pengorbanan maka itulah memungkinkannya tidak mendapat galakan daripada pihak yang lain.

Tuan Azman Atar bin Othman: Soalan tambahan. Adakah Kementerian Dalam Negeri tidak mahu mengecualikan kepujian Bahasa Malaysia sebagai syarat untuk seseorang masuki Perkhidmatan Polis

Page 10: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3421 17 JULAI 1987 3422

kerana mahu melambangkan tiap-tiap orang anggota Polis fasih dalam Bahasa Malaysia?

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Tuan Yang di-Pertua, kita ingin mempastikan bahawa tiap-tiap anggota Polis kita mempunyai kelulusan yang baik untuk menghadapi segala ancaman.

Puan Law Jack Yoon: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan. Selaras dengan soalan tnl boleh Yang Berhormat menyatakan sejauh manakah Kementerian Dalam Negeri kita pernah menimbang untuk menambah bilangan Polis Wanita dalam Pasukan Polis Di-Raja Malaysia dan bolehkah Yang Berhormat memberi data-data mengenai bilangan anggota Polis mengikut "race" yang kini dalam Pasukan Polis Di-Raja Malaysia?

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Tuan Yang di-Pertua, galakan memang dijalankan untuk mempelawa kaum wanita untuk memasuki Pasukan Polis kerana kita tabu ada jurusan-jurusan tertentu di mana Polis Wanita menjalankan peranannya dengan lebih baik.

Soalan yang kedua, oleh kerana Pasukan Polis menganggap bahawa keseluruhan anggota Polis itu adalah anggota Polis, maka kita tidaklah menyenaraikan Pasukan Polis ini mengikut kaum.

AHLI MAJLIS DEW AN BANDA­RA YA KUALA LUMPUR­

LANTIKAN

3. Tuan Tan Chai Ho minta Perdana Menteri menjelaskan sama ada sedarkah atau tidak permintaan orang ramai supaya akta-akta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang sedia ada kini dipinda untuk membolehkan perlantikan ahli majlis dilakukan.

- Dengan demikian pentadbiran pihak Dewan Bandaraya dijangka akan menjadi lebih cekap dan licin.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Drs. Sulaiman bin Mohamed): Tuan Yang di-Pertua, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidaklah seperti Majlis-majlis Perbandaran yang lain di negara ini. Selain daripada tarafnya sebagai sebuah bandaraya dan berpusat segala kegiatan ekonomi, politik, kebudayaan dan pentadbiran negara ia juga adalah ibu negara Malaysia. Oleh hal yang demikian, semenjak Peraturan lbu Kota Persekutuan (Lembaga Penasihat) 1961 digubal di bawah Akta Ibu Kota Persekutuan 1960, pentadbiran Dewan Bandaraya dibantu oleh sebuah Lembaga Penasihat yang dikenali sebagai Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Lembaga ini bertanggungjawab untuk menasihati Datuk Bandar mengenai apa-apa perkara berhubung dengan pentadbiran Bandaraya Kuala Lumpur, sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong dan juga mengenai apa-apa soalan yang dirujukkan oleh Menteri yang bertanggungjawab. Pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang merupakan imej pentadbiran lbu Kota Negara ini perlu digubal dengan cekap dan licin. Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur ini juga telah dapat melaksanakan peranannya dalam membantu pentadbiran dan pembangunan Dewan Bandaraya.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan tidak pernah menerima rungutan daripada orang ramai berhubung dengan dasar pentadbiran Dewan Bandaraya yang sedia ada sekarang ini. Sebaliknya, dengan keputusan Kerajaan meletakkan pentadbiran Dewan Bandaraya di bawah Jabatan Perdana Menteri akan dapat membantu pentadbiran dan pembangunan Dewan

Page 11: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3423 17 JULAI 1987 3424

Bandaraya dilaksanakan dengan lebih baik lagi. Oleh itu adalah tidak perlu dasar pentadbiran yang diamalkan sekarang ini dipinda.

Tuan Azam Atar bin Othman: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tabu daripada Timbalan Menteri yang berkenaan setakat ini Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya tugasnya sepatutnya menasihatkan Datuk Bandar, tetapi apa yang saya difahamkian sebaliknya, Datuk Bandar menasihat kepada penasihat-penasihat itu. Adakah Timbalan Menteri sedar perkara ini berlaku atau tidak?

Drs Suleiman bin Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, saya akan siasat.

PELAN INDUK KEBANGSAAN BAGI INDUSTRI PELANCONGAN

4. Tuan G. Rajoo minta Menteri Kebudayaan dan Pelancongan menyatakan:

(a) sektor-sektor yang akan dimajukan untuk menarik lebih banyak lagi pelancong ke negara ini;

(b) sama ada Kementerian beliau mempunyai suatu Pelan Induk Kebangsaan (National Master Plan) untuk meningkatkan lagi industri pelancongan di negara ini; dan

(c) sama ada beliau akan mengkaji kemungkinan mempamerkan nilai-nilai kebudayaan semua kaum di negara ini sebagai suatu ciri-ciri penarikan pelancong ke negara ini.

Dato' n,ji Sabbaruddin Chik: Tuan Yang di-Per.tua, berbagai-bagai usaha kini sedang dijalankan untuk menarik lebih ramai pelancong seperti yang saya k~takan tadi. Usaha-usaha ini termasul.lah memajukan beberapa sektor dalam industri pelancongan

untuk menentukan supaya pelawat­pelawat yang datang diberi kemudahan yang secukupnya. Perkara-perkara yang akan dimajukan adalah dari segi kemudahan-kemudahan penginapan, pembangunan, tarikan-tarikan pelancongan dan menjalankan usaha­usaha promosi yang mencukupi. Pihak swasta juga pada masa ini digalakkan membangunkan sektor perhotelan dan lain-lain tarikan di kawasan-kawasan yang mempunyai potensi. Kerajaan pada masa ini memberi berbagai-bagai galakan pelaburan kepada pelabur­pelabur yang ingin menceburkan diri di dalam pembinaan hotel-hotel dan projek-projek pelancongan. Galakan juga diberi kepada pembinaan hotel­hotel bertaraf sederhana.

Tuan Yang di-Pertua, pada masa yang sama beberapa kawasan yang menarik dan berpotensi akan juga dimajukan oleh pihak swasta untuk menentukan supaya pelancong-pelancong yang datang akan mempunyai aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk menambahkan jumlah hari mereka tinggal di negara kita ini. Kawasan-kawasan tersebut juga sentiasa diawasi untuk menentukan ianya sentiasa berada di dalam keadaan yang bersih dan mempunyai kemudahan-kemudahan awam yang mencukupi. Kemudahan-kemudahan lain yang juga kita galakkan ialah seperti pusat-pusat penerangan pelancongan dan papan-papan tanda yang mencukupi supaya senang memberi kemudahan kepada pelancong-pelancong ini.

Berkenaan dengan (b), Tuan Yang di-Pertua, Kementerian dan kerjasama Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) pada masa ini sedang menjalankan satu kajian pelan induk untuk memajukan lagi industri pelancongan di negara kita ini. Kajian ini. apabila siap akan membantu Kedijaan menyediakan garis-garis panduan untuk pembangunan pelancongan di seluruh negara. Kajian

Page 12: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3425 17 JULAI 1987 3426

ini merupakan program bantuan Kerajaan Jepun sebenarnya dan kita berharap ianya nanti akan dapat menolong kita mengenalpasti untuk membangunkan projek-projek pelancongan yang belum kita kenali.

Berkenaan dengan (c), Tuan Yang di-Pertua, saya rasa ini tidak timbul kerana Kerajaan sentiasa menggalakkan kebudayaan negara ini sebagai satu tarikan pelancong yang kita fikir boleh kita kembangkan melalui usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian seperti yang ada sekarang ini.

Tuan Hassan Alban bin Haji Sandukong: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Dari segi puratanya seorang pelancong yang datang ke Malaysia berapakah wang yang akan dibelanjakan oleh beliau mengikut bangsa: Jepun, orang Amerika dan orang ASEAN?

Dato' Haji Sabbaruddin Chik: Tuan Yang di-Pertua, bagi tahun 1986 daripada kira-kira 3 juta pelancong yang datang ke Malaysia, kita telah memperolehi wang sebanyak $1,700 juta. Oleh sebab sebahagian besar daripada pelancong ini datangnya dari Singapura yang tidak tinggal begitu lama, maka jumlah ini · dibandingkan dengan negara-negara lain mempunyai bilangan pelancong yang kurang, tetapi mendapat basil yang lebih banyak.

Di negara kita purata perbelanjaan sehari bagi tiap-tiap pelancong ialah $117 sehari yang terdiri daripada perbelanjaan pelancong-pelancong dari negeri Jepun yang paling tinggi kira-kira $194 sehari, yang paling rendah adalah pelancong-pelancong dari negeri Thai yang berbelanja kira­kira $45 sehari sahaja. Ini agak rendah sebenarnya sebab orang-orang Thai ini bertolak dari Bangkok waktu petang, bermalam di dalam bas, tiba di sini kira-kira pagi, daripada 30-40 orang

dalam satu bas itu, ambil hanya 4-5 bilik tempat hendak mandi, berbasuh muka dan sebagainya, makan, kemudian mereka tak menggunakan hotel untuk tidur, kemudian mereka pergi merayau-rayau tempat lain, sama ada pergi Singapura atau balik pula ke tempat lain. Jadi kiranya mereka ini "cheap travellers", kalau boleh banyak lagi daripada Jepun, daripada Jerman, ini membanyakkan lagi perbelanjaan hariari.

Tuan Haji Jaafar bin Haron: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Daripada kemasukan para pelancong ke negara kita ini kadangkala ada didapati di antara mereka itu yang memakai pakaian kurang sopan. Jadi, adakah Kerajaan bercadang hendak mengadakan Akta Memakai Pakaian kepada para pelancong?

Dato' Haji Sabbaruddin Chik: Tuan Yang di-Pertua, sekarang ini belum lagi kita terfikir tentang perkara itu. Sebenarnya, perkara-perkara seperti inilah yang kadangkala mengurangkan kedatangan pelancong ke negara kita, sebab kurang sopan itu sukar hendak beri takrif, sam a ada pakai mini skirt itu kurang sopan ataupun macam mana, sebab pada mereka yang datang barangkali ini agak sederhana. Jadi seperti juga kadangkala kita gaduhkan sangat perkara-perkara seperti ini sehingga timbul soalan macam waktu soalan tambahan kepada soalan pertama tadi mengapa orang negeri Arab kurang suka datang ke mari, tetapi datang ke Bangkok dan Manila.

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan. Dari segi menjamin keselamatan pelancong­pelancong yang melawat ke negara kita, adakah Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan merancang mengadakan unit khas ataupun seperti Unit Polis Pelancongan yang telah ditubuhkan di setengah-setengah negeri?

Page 13: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3427 17 JULAI 1987 3428

Dato' Haji Sabbaruddin Chik: Tuan Yang di-Pertua, saya kira itu satu persoalan yang baik. Sebenarnya, sekarang ini kita belum fikirkan, tetapi akan kita fikirkan demi kepentingan pelancong-pelancong yang datang ke negara kita ini. Sebenarnya, setakat ini kita tidak mempunyai banyak komplen tentang keselamatan, kecuali dua, tiga kali sahaja. Walaupun demikian, insya Allah, kita akan teliti supaya pelancong-pelancong itu sentiasa berada di dalam keadaan yang selamat.

Tuan Haji Shuaib bin Lazim: Tuan Yang di-Pertua, sebagai Kementerian baru yang ditugaskan khas mengenai kebudayaan dan pelancongan, saya inginlah meminta pandangan, apakah pandangan Yang Berhormat Menteri mengenai kebudayaan Malaysia yang ada sekarang dan apakah usaha-usaha yang lebih serius atau rancangan yang akan dibuat oleh Kementerian ini supaya dapat kita melihat kebudayaan Malaysia yang akan datang benar­benar mencerminkan masyarakat Malaysia pada keseluruhannya.

Dato' Haji Sabbaruddin Chik: Tuan Yang di-Pertua, ini tidak ada kaitan dengan soalan asal ia dia tidak begitu tepat dari segi awal. Walau bagaimanapun, sebenarnya dari segi kebudayaan, memang Kementerian akan meneruskan dasar yang ada sekarang ini yakni kebudayaan Malaysia akan berteraskan kebudayaan penduduk asal di sini. Unsur-unsur kebudayaan dari keturunan lain akan difikirkan dan yang mana munasabah akan diambil kira bersama asalkan unsur-unsur ini tidak bertentangan dengan agama Islam yang merupakan dasar ketiga, Dasar Kebudayaan Negara.

SYARIKAT MEMBERHENTIKAN PEKERJA-PEKERJA

5. Tuan Azman Atar bin Othman minta Menteri Buruh menerangkan sama ada beliau sedar buat masa

sekarang banyak kilang-kilang dan syarikat memberhentikan pekerja­pekerja. Adakah Kementerian Buruh sedar pemberhentian pekerja-pekerja tersebut dibuat dengan sewenang­wenangnya.

Timbalan Menteri Buruh (Dato' Wan Abu Dakar bin Wan Mohamed): Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Buruh sedar bahawa pemberhentian pekerja-pekerja masih berlaku di beberapa kilang dan syarikat. Walau bagaimanapun, bilangan pemberhentian pekerja pada masa ini tidak sebegitu ban yak seperti beberapa tahun kebelakangan.

Adalah tidak benar majikan­majikan memberhentikan pekerja­pekerja mereka dengan sewenang­wenangnya. Sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum, sebab utama pemberhentian pekerja berlaku adalah akibat kemelesetan ekonomi dan pertumbuhan ekonomi yang lembab. Kebanyakan majikan mengambil langkah memberhentikan pekerja­pekerjanya sebagai langkah yang terakhir yang perlu diambil untuk menyelamatkan perniagaan mereka. Sebelum itu untuk mengelakkan pekerja-pekerja dari diberhentikan kerja, majikan-majikan dinasihatkan untuk mengurangkan kerja lebih masa dan hari bekerja. Di samping itu, adalah tidak sebegitu mudah bagi majikan untuk memberhentikan pekerja-pekerjanya dengan sewenang­wenangnya oleh kerana pekerja­pekerja itu berhak, di bawah Akta Perhubungan Perusahaan melalui Mahkamah Perusahaan, menuntut diambil balik bekerja semula.

Puan Ainon binti Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memajukan soalan, adakah Yang Berhormat memaklumi bahawa Pergerakan Pemuda UMNO baru-baru ini telah membuat beberapa saranan pembelaan kepada pembuangan kerja yang tidak sewajarnya di beberapa

Page 14: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3429 17 JULAI 1987 3430

buah syarikat yang saya tidak mahu sebutkan di sini, tetapi ianya telah diteliti bahawa pembuangan itu bukan kerana kerugian atau kerana ekonomi meleset tetapi kerana mereka ingin menambah keuntungan yang berlebihan atau ingin mengambil kesempatan daripada kemelesetan ekonomi?

Kedua, adakah pihak Kementerian benar-benar mengawasi syarikat­syarikat yang mengambil kesempatan begini, dengan izin, taken for granted ini, kerana take too much advantage boleh menyebabkan bertambah lagi masalah pengangguran di negara kita.

Dato' Wan Abu Bakar bin Wan Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan soalan yang dibawa oleh Yang Berhormat sebentar tadi, iaitu mengenai kenyataan oleh salah seorang daripada Jawatankuasa Biro Buruh Pemuda UMNO, kita hanya mendapat tahu daripada laporan akhbar semalam sahaja dan bagi syarikat-syarikat yang berkenaan itu, secara rasminya kita tidak mendapat aduan lagi daripada mana-mana pihak termasuk Kesatuan Sekerja. Walau bagaimanapun, untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia 101, segala kes-kes yang seumpama ini jika dilaporkan kepada Kementerian, kita akan mengkaji sedalam-dalamnya dan mengambil tindakan yang sesuai mengikut peraturan-peraturan dan Akta yang ada yang boleh kita laksanakan. Di samping itu pekerja itu sendiri berhak sama ada melalui Kesatuannya kalau pekerja itu jadi ahli kesatuan, ataupun dengan sendiri jika dia tidak ada menjadi ahli kesatuan untuk mengambil pembelaan mengikut Akta Perhubungan Perusahaan iaitu di bawah Seksyen 20 untuk meminta supaya diambil semula.

Walau bagaimanapun, sukalah saya memberi jaminan bahawa kes-kes yang mana didapati syarikat-syarikat

sengaja melakukan perkara ini, kita akan memanggil mereka, menasihat dan juga mengambil tindakan yang difikirkan munasabah. Saya juga ingin memaklumkan kepada Dewan ini supaya pihak Kesatuan dan juga pihak pekerja yang terlibat itu sendiri hendaklah sentiasa menghubungi pihak Kementerian ini melalui Jabatan Perhubungan Perusahaan, Jabatan Buruh dan sebagainya jika mereka fikirkan pemberhentian mereka itu dibuat dengan cara yang tidak betul.

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan. Adakah benar atau tidak angka yang disebutkan 1mtu bilangan pengangguran dalam negara kita ini telah meningkat kepada lebih kurang setengah juta orang dan apakah langkah-langkah dan tindakan untuk jangka panjang dan jangka pendek oleh Kementerian Buruh untuk membantu mereka yang di dalam keadaan pengangguran?

Dato' Wan Abu Bakar bin Wan Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, soalan ini telah terkeluar sedikit daripada konteks asal. Walau bagaimanapun, sukalah saya memaklumkan iaitu angka tersebut adalah benar bagi tahun 1986 iaitu pada kadar 8.7%, maknanya lebih kurang 500,000 orang penganggur ada di dalam negara kita ini.

Bagi soalan mengenai langkah untuk mengurangkan pengangguran ini, ianya tidak terhad kepada Kementerian Buruh sahaja. Secara umumnya, peluang pekerjaan ini bergantung kepada tiga faktor yang penting. Yang pertama, pertumbuhan ekonomi; yang kedua, pelajaran dan yang ketiga ialah kemahiran. Yang banyak sekali bergantung kepada pertumbuhan ekonomi.

Dalam pertumbuhan ekonomi yang lembab dan perlahan ini, maka syarikat swasta tidak dapat menyediakan

Page 15: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

------------------~ -------

3431 17 JULAI 1987 3432

peluang-peluang pekerjaan baru ataupun mereka tidak dapat mengekalkan pekerja-pekerja yang ada. Sebaliknya dalam pertumbuhan ekonomi yang meningkat dan pesat maju, maka peluang-peluang pekerjaan akan bertambah. Itulah secara umum.

Tuan Haji Jaafar bin Haron: Tuan Yang di-Pertua, bolehkah Menteri yang berkenaan memberitahu akan angka-angka iaitu berapa banyak kilang-kilang dan pekerja-pekerjanya yang asal dahulu iaitu sebelum terjadi kemelesetan; dan kedua, berapa banyakkah kilang-kilang dan pekerja­pekerjanya yang telah diberhentikan setakat ini?

Dato' Wan Abu Bakar bin Wan Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, saya boleh memberi angka dalam masa kemelesetan ekonomi. Dalam peringkat yang agak tinggi dahulu, iaitu dalam tahun 1985, pada tahun itu sahaja 43,844 orang pekerja telah diberhentikan berbanding dengan tahun sebelumnya 1984 hanya 9,269 orang.

Suka saya memaklumkan berkaitan dengan ini, angka ini telah turun pada akhir-akhir ini berikutan dengan beberapa tanda pemulihan ekonomi bagi negara kita yakni ban yak di an tara kilang-kilang dan lombong-lombong telah dibuka semula menyebabkan pekerja-pekerja baru diambil dan pekerja yang sedia ada itu tidak lagi diberhentikan. Misalannya, pada tahun ini sejak bulan Januari hingga bulan Jun, pekerja-pekerja yang diberhentikan hanya lebih kurang 8,000 lebih sahaja.

SUIL KERAKYATAN

6. Tuan Chan Choong Tak minta Menteri Dalam Negeri menerangkan:

(a) berapa ramaikah permohonan-permohonan untuk Sijil

Kerakyatan yang telah diluluskan di bawah Pendaftaran masih perlu untuk mengambil sumpah taat sepertimana yang dikehendaki; dan

(b) apakah langkah-langkah tegas yang telah diambil oleh Kementerian untuk mengesan dan memberitahu mereka tentang keperluan mengambil sumpah taat tersebut.

Timbalan Menteri Dalam Negeri (Dato' Megat Junid bin Megat Ayob): Tuan Yang di-Pertua, sehingga akhir bulan Jun 1987 seramai 964 orang yang mana permohonan kewarganegaraan telah diluluskan tetapi mereka masih belum mengangkat sumpah taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan negara. Pegawai-pegawai Jabatan Pendaftaran Negara di peringkat negeri dan daerah sentiasa berusaha untuk menghubungi pemohon-pemohon kewarganegaraan yang mana permohonan mereka telah diluluskan, tetapi masih belum mengangkat sumpah taat setia.

PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM DALAM PENTADBIRAN

KERAJAAN

7. Tuan Haji Abdul Hamid bin Haji Latif minta Perdana Menteri menyatakan sejauh manakah kejayaan pelaksanaan dasar penerapan nilai­nilai Islam di kalangan kakitangan Kerajaan dalam menjalankan tugas harian mereka. Adakah ianya telah tercapai ke tahap dikehendaki oleh Kerajaan. Jika tidak, minta Menteri yang berkenaan menjelaskan:

(a) sebab-sebab ianya tidak tercapai ke tahap yang dikehendaki oleh Kerajaan;

(b) adakah ianya tidak mendapat sambutan yang baik dari kakitangan Kerajaan kerana kurangnya ceramah yang

Page 16: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3433 17 JULAI 1987 3434

diberikan kepada mereka tentang kebaikan penerapan nilai-nilai Islam dalam menjalankan tugas harian mereka; dan

(c) apakah usaha-usaha Kerajaan supaya dasar penerapan nilai­nilai Islam dapat diamalkan bersungguh-sungguh oleh kakitangan Kerajaan dalam menjalankan tugas mereka.

Tuan Haji Abdul Hamid bin Haji Latif: Tuan Yang di-Pertua, soalan nombor 7. Sebelum soalan mt dijawab, saya ingin membuat sedikit pembetulan di bahagian (b), baris yang ketiga iaitu tentang kebaikan "penerapan", bukan "penerangan".

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Dato' Dr Mohamad Yusof bin Haji Mohamed Nor): Tuan Yang di-Pertua, penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran Kerajaan adalah satu dasar yang bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai Islam yang bersifat universal seperti amanah, bertanggungjawab, ikhlas, dedikasi, berdisiplin, bersih, bersyukur dan sebagainya di kalangan pegawai dan kakitangan serta anggota pentadbiran Kerajaan. Dasar ini adalah merupakan satu rancangan pembentukan peribadi iaitu satu proses yang berterusan dan memakan masa yang panjang. Namun demikian, setakat ini dasar tersebut telah mencapai kejayaan yang memuaskan kerana sambutan yang amat menggalakkan daripada pegawai dan kakitangan Kerajaan serta masyarakat keseluruhannya. Oleh hal yang demikian, program-program yang sedang dijalankan sekarang seperti kursus, seminar, kempen, ceramah­ceramah dan lain-lain lagi akan diteruskan.

Puan Ainon binti Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya. Kita bersyukur dan mengucapkan tahniah kerana ada kejayaa(l dalam

dasar yang murm mt, tetapi adakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa baru-baru ini ada lagi isu-isu yang tidak senang dengan dasar ini dikemukakan 9leh beberapa pihak yang kebanyakannya adalah merupakan di dalam kumpulan kita juga. Apakah tindakan, pandangan dan nasihat daripada Yang Berhormat Menteri selaku yang bertang­gungjawab dalam perkara ini bagi pihak Kerajaan?

Dato' Dr Mohamad Yusof bin Haji Mohamed Nor: Tuan Yang di-Pertua, s~telah kita sedar bahawa ada yang ttdak senang, maka pihak Kerajaan t~lah mengenalpasti mereka yang ttdak senang itu dan didapati bahawa kebanyakan mereka terdiri daripada parti Pembangkang. Parti Pembangkang yang sentiasa berusaha menangguk perkara-perkara yang seperti ini di air yang keruh. Ini terbukti bila kita lihat masyarakat yang bukan Islam yang fikirannya luas, yang fikirannya tidak terhad kepada sesuatu perkara sahaja dan mereka telah menerimanya dengan ?~ik dan kalau sekiranya kita dapati mt hanya berlaku di kalangan parti Pembangkang maka menunjukkan bahawa perkara ini dijadikan isu sebagai satu usaha untuk membangkang kebaikan yang dibuat oleh Kerajaan.

Tindakan yang dibuat oleh Kerajaan akan terus mengikut apa yang pernah kita buat iaitu meneruskan kebaikan. Dan meneruskan kebaikan mt bukan sahaja atas usaha-usaha yang secara langsung bernama usaha yang bersifat keislaman, tetapi usaha-usaha yang baik itu walaupun tidak bernama Islam, tetapi yang baik itu adalah sebenarnya Islam.

Tuan Hassan Alban bin Haji Sandukong: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Untuk pegawai­pegawai keselamatan di Lapangan

Page 17: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3435 17 JULAI 1987 3436

terbang di MAS, dan pelabuhan­pelabuhan, · adakah Kerajaan telah membuat satu dasar supaya mereka ini terutamanya pegawai-pegawai Islam diberikan kelepasan untuk menunaikan Sembahyang Jumaat?

Dato' Dr Mohamad Yusof bin Haji Mohamed Nor: Tuan Yang di-Pertua, belum ada dasar. Sesuatu dasar itu dibuat bila dirasakan perlu sahaja. Khusus mengenai dengan Sembahyang Jumaat ini, perkara ini telah dibincan'g secara mendalam dan persefahaman telah dibuat dengan Ketua-ketua Jabatan. Kalau sekiranya ada beberapa kemusykilan yang berlaku di kalangan orang-orang Islam yang ingin melakukan Sembahyang Jumaat pada hari Jumaat dan mereka terikat dengan kerja-kerja mereka, maka ada dua cara yang mesti mereka buat iaitu mempastikan sama ada Ketua Jabatannya sengaja menghalang ataupun tidak; yang keduanya, dilihat dari segi hukum Islam sendiri, adakah dalam hal keselamatan, Islam masih menghendaki seseorang itu bertugas dalam keselamatan, sedangkan negaranya terancam dalam bahaya.

PONDOK TELEFON AWAM

8. Tuan Dahalan bin Haji Embun minta Menteri Tenaga, Telekom dan Pos menyatakan bahawa memandangkan dari kajian yang dibuat hampir 75% dari perkhidmatan telefon awam (public telephone booths) tidak berfungsi oleh sebab:

(1) tidak ada perkhidmatan-rosak;

(2) gagang dimusnahkan atau dicuri;

(3) tinggal pondok sahaja;

(4) pondok dalam keadaan tidak sihat;

(5) "memakan wang syiling" tetapi tidak ada khidmat;

( 6) tidak mahu menerima wang syiling; dan

(7) "memakan" lebih wang syiling dari yang diperlukan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos (Tuan Ong Tin Kim): Tuan Yang di-Pertua, memanglah benar adanya perkara­perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat itu telah menimpa nasib pondok-pondok telefon awam di bandar mahupun di luar bandar kerana ada orang awam yang tidak bertanggungjawab. Sebagai contoh, sehingga suku pert am a tahun 1987, sebanyak 4,002 pondok telefon telah dirosakkan.

Tuan Yang di-Pertua, Syarikat Telekom Malaysia telah pun menubuhkan satu kumpulan di tiap­tiap kawasan untuk menyelenggara kerosakan pondok-pondok telefon. Tetapi ini tidak akan memberi kesan sekiranya orang-orang awam tidak bekerjasama untuk menjaga harta Kerajaan.

Tuan Ng Peng Hong: Tuan Yang di­Pertua, apakah kriteria-kriteria dan syarat-syarat untuk sesuatu kampung di dalam kawasan luar bandar untuk memohon telefon awam? Adakah Syarikat Telekom Malaysia Berhad bergantung kepada keuntungan kerana ada setengah-setengah kawasan strategik di mana sesuatu kampung itu hendak memohon telefon awam begitu susah?

Tuan Ong Tin Kim: Tuan Yang di­Pertua, walaupun soalan ini pada pandangan saya adalah terkeluar dari soalan pokok itu, tetapi saya ingin memberi keterangan sedikit sebanyak di sini. Pondok-pondok awam di luar bandar itu bukanlah di bawah kawalan Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos ataupun Syarikat Telekom Malaysia dan ini adalah tergantung kepada peruntukan dari Kementerian Pembangunan Negara dan Luar

Page 18: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3437 17 JULAI 1987 3438

Bandar. Jikalau peruntukan itu ada, Syarikat Telekom Malaysia (STM) memang akan memberinya kepada kampung-kampung tersebut. Pertimbangan kriteria itu tidak berapa ketat ataupun strict. Kriteria bagi satu­satu kampung yang membuat permohonan bagi pondok awam, seandainya keperluarrili kampung itu, Syarikat Telekom Malaysia akan membekalkan perkhidmatan itu kepada kampung-kampung dan kawasan-kawasan luar bandar.

KLINIK PERSENDIRIAN­KAWALAN

9. Tuan Mohd. Wajidi bin Dato Haji Ishak minta Menteri Kesihatan menyatakan:

(a) sama ada pihak Kerajaan bercadang untuk melesenkan doktor-doktor dalam menjalankan kegiatan-kegiatan masing-masing terutamanya dalam klinik-klinik persendirian bagi mengurangkan ubat "ubat­ubat low class" dan "prescription agak-agak" di mana kebiasaannya pengubatan yang dibuat berdasarkan lihat dan dengar dari pesakit sahaja dan terkadang-kadang pemeriksaan pesakit satu dua minit sahaja;

(b) sejauh manakah pengawasan telah dibuat bagi menentukan bahawa semua ubat dan bahan kimia yang diimport mendapat pengesahan dan terjamin penggunaannya; dan

(c) adakah Kerajaan bercadang untuk memberi. insentif kepada para doktor-doktor swasta yang berminat untuk mendirikan klinik-klinik di luar bandar kerana ini sekurang-kurangnya dapat mengurangkan bebanan Kerajaan; dan

(d) berapa ramaikah doktor-doktor dalam perkhidmatan Kerajaan yang telah berhenti sehingga akhir tahun 1986 dan mengapa.

Menteri Kesihata.!t (Dato' Chan Siang Sun): Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya, bahagian-bahagian dalam soalan ini meliputi perkhidmatan perubatan dari pihak swasta kepada pihak Kerajaan dan juga meliputi farmasi dan juga perkhidmatan untuk doktor dan sebagaiuya. Ini bermakna bahagian-bahagian ini sungg!lh£un terkandung dalam satu soalan, tetapi sebenarnya ada 4 soalan. Namun demikian, saya akan cuba menjawab satu persatu. Jawapan ialah seperti berikut:

(a) Semua pengamal-pengamal perubatan swasta hendaklah mendaftarkan diri dengan Majlis Perubatan Malaysia dan juga mempunyai Sijil Amalan Tahunan sebelum menjalankan klinik-klinik persendirian. Pengamal-pengamal perubatan hendaklah memeriksa pesakit­pesakit dan memberi rawatan termasuk ubat-ubatan yang sewajarnya.

Berhubung dengan "low class drugs" atau "prescription agak­agak", dengan izin, sejauh ini Kementerian Kesihatan tidak menerima sebarang rungutan atau aduan dari orang awam mengenai perkara tersebut. Jika sekiranya terdapat pesakit­pesakit yang tidak berpuashati dengan rawatan yang diberikan oleh pengamal perubatan swasta, mereka boleh memilih untuk mendapatkan rawatan dari pengamal-pengamal swasta yang lain. Jikalau ada kes-kes dikatakan keraguan pengamal­pengamal swasta, kes-kes itu bolehlah dilaporkan kepada Majlis Perubatan Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

Page 19: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3439 17 JULAI 1987 3440

Untuk jawapan (b), Kementerian Kesihatan menjalankan pengawasan ubat-ubatan dan bahan kimia yang diimport melalui penapisan dan juga pemeriksaan di pintu-pintu masuk. Pegawai-pegawai farmasi yang bertugas di pintu-pintu masuk menentukan ubat-ubatan dan bahan kimia diimport oleh pengimport­pengimport yang sah.

Dengan pengl,!at:kuasaan Peraturan­peraturan Kawalan Dadah dan Kosmctik, 1984, semua ubat-ubatan dalam negara ini perlu didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan sebelum dipasarkan. Pendaftaran ini dilaksanakan untuk mempastikan ubat-ubatan adalah berkesan dan selamat digunakan. Setakat ini, Kementerian Kesihatan telah menyelesaikan pendaftaran ubat­ubatan yang mengandungi racun­racun berjadual dalam fasa pertama perlaksanaannya. Sebagai langkah tambahan, contoh-contoh ubat-ubatan dari pasaran juga diambil dari masa ke semasa untuk dianalisa oleh Makmal Kawalan Kimia Ubat Kebangsaan, Kementerian Kesihatan bagi menentukan kualiti, kekesanan dan keselamatannya.

Untuk jawapan (c), untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Kesihatan ada mendirikan pusat-pusat kesihatan, klinik-klinik desa dan bidan di kawasan-kawasan luar bandar untuk memberikan perkhidmatan kepada penduduk-penduduk tempatan. Kementerian Kesihatan tidak pula bercadang untuk memberikan insentif kepada para doktor swasta yang berminat mendirikan klinik-klinik di kawasan luar bandar. Walau bagaimanapun, mereka boleh mendirikannya dengan usaha sendiri.

Untuk jawapan (d), Perangkaan bilangan doktor-doktor di dalam Perkhidmatan Kerajaan yang berhenti secara meletakkan jawatan bagi

tempoh 5 tahun terakhir adalah seperti berikut:

Tahun Perletakan Jawatan

1982 .. 217

1983 .. 175

1984 .. 188

1985 .. 274

1986 .. 193

JUMLAH 1,047

Kebanyakan mereka yang meletakkan jawatan adalah untuk membuka klinik sendiri atau bekerja dengan Sektor Swasta. Ada juga di kalangan mereka yang meninggalkan perkhidmatan untuk tujuan melanjutkan pelajaran ataupun lain­lain sebab peribadi.

Tuan Mustafa bin Awang: Tuan Yang di-Pertua, saya minta penjelasan dari Menteri Kesihatan di mana saya telah difahamkan bahawa para doktor di Hospital-hospital Kerajaan dan swasta telah memberi suntikan insulin kepada pesakit kencing manis yang beragama Islam, di mana ubatan ini dibuat daripada pankerias yang pertama, lembu yang tidak disembelih secara Islam, kedua, daripada pankerias babi, dan ketiga apakah ubat-ubat jenis insulin ini halal dari segi hukum Islam dan keempat tidakkah boleh pihak Kerajaan menyediakan ubat insulin yang dibuat daripada kimia yang sama taraf dengan bahan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, saya fikir soalan tambahan ini di luar dari soalan asal. Sebab ini adalah soalan baru, jadi jikalau mahu memberi jawapan, saya fikir sukakah Menteri itu memberi jawapan secara surat? Adaklah setuju?

Dato' Chan Siang Sun: Setuju.

Page 20: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3441 17 JULAI 1987 3442

Tuan Yang di-Pertua: Setuju! baik, Yang Berhormat Tuan Hassan Alban.

Tuan Hassan Alban bin Haji Sandukong: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Baru-baru ini ada dilaporkan di dalam akhbar Consumer, bahawasanya terdapat beberapa jenis maskara yang mengandungi bahan-bahan kimia racun ....

Tuan Yang di-Pertua: Saya tidak boleh terima soalan itu. lni bukan soalan asal.

Tuan Hassan Alban bin Haji Sandukong: Ini ubat ....

Tuan Yang di-Pertua: Maskara bukan ubat. Sudah! Yang Berhormat Tuan R. M. Jasni.

Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom: Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, soalan No. 10.

STESEN RADIO SW AST A

10. Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom (di bawah S.O. 23 (2)) minta Penerangan menyatakan sama ada Kementeriannya akan menubuhkan stesen Radio Swasta di tiap negeri atau daerah. Jikalau demikian adakah Kementeriannya akan menubuhkan stesen Radio di Pantai Timur Sandakan sebagai pengembangan bakat dan meluaskan lagi peluang para artis di kawasan tersebut, sesuai dengan kenyataan Menteri Penerangan bahawa Radio dijadikan rakan rakyat.

Timbalan Menteri Penerangan (Tuan Railey bin Jaffrey): Tuan Yang di-Pertua, soal penubuhan stesen radio swasta ini masih belum dapat diputuskan oleh Kerajaan, yang mana sekarang masih dalam pertimbangan. Oleh yang demikian, perkara penubuhan radio swasta di Pantai Timur Sandakan, Sabah belum boleh ditimbangkan. Namun begitu, Kementerian ini sedang berusaha

untuk memperbaiki liputan radio di seluruh negara agar perkhidmatannya untuk rakyat akan lebih berkesan lagi dan penglibatan rakyat di dalam rancangan-rancangan radio di seluruh tan a hair, terutama di Sa bah dan Sarawak akan dapat ditingkatkan lagi sesuai dengan matlamat radio sebagai "sahabat anda" atau kawan rakyat.

BIRO BANTUAN GUAMAN

11. Puan Hajjah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh minta Menteri Kehakiman menerangkan adakah khidmat yang diberi oleh pihak Biro Bantuan Guaman seluruh negara kepada rakyat yang kurang bernasib baik itu berkesan dan memperolehi kejayaan yang cukup sebagaimana dihajatkan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Dato' Oo Gin Sun): Tuan Yang di-Pertua, sejak ianya ditubuhkan dalam tahun 1971, sejumlah 83,355 kes yang melibatkan rakyat yang kurang kemampuan telah didaftar dan dikendalikan oleh Biro Bantuan Guaman. Dari jumlah ini sebanyak 65,724 kes telah dapat diselesaikan. Bilangan kes-kes yang didaftarkan dengan Biro meningkat tahun demi tahun. Misalnya, dalam tahun 1986 sebanyak 7,995 kes telah didaftarkan jika dibandingkan dengan hanya 3,759 kes dalam tahun 1976.

Dari statistik yang terdapat di atas, adalah jelas menunjukkan bahawa khidmat yang diberi oleh Biro Bantuan Guaman kepada mereka yang kurang kemampuan itu berkesan dan memperolehi kejayaan.

Puan Hajjah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh: Adakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa kes­kes pemberian nafkah kepada isteri­isteri dan anak-anak yang diceraikan itu amat menyulitkan kepada pihak wanita dan ibu-ibu dan apakah Iangkah yang sedang diambil untuk membaikinya.

Page 21: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

------------------------------------ ------

3443 17 JULAI 1987 3444

Dato' Oo Gin Sun: Berkenaan dengan perkara itu, Kementerian saya akan menjalankan kajian bagaimana untuk selesaikan perkara itu.

Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom: Tuan Yang di-Pertua, ingin saya mendapat penjelasan benarkah dalam negeri kita sungguhpun sudah ada Biro Bantuan Guaman yang dapat menyelesaikan berpuluh-puluh ribu kes, tetapi masih ada lagi 220,000 kes yang tersadai di Mahkamah­mahkamah. Apakah sebabnya?

Dato' Oo Gin Sun: Tuan Yang di­Pertua, kes-kes berkenaan itu mempunyai banyak masalah kerana kadang-kadang Peguam-peguam minta postpone, kadang-kadang saksi tidak sampai, kadang-kadang Hakim sendiri pun banyak kes yang hendak dibuat. Sebab itu Kementerian saya sekarang hendak mengkaji dan membincangkan suatu program untuk menyelesaikan semua kes-kes di negara ini.

Tuan Haji Abdul Majid bin Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, tidakkah berlaku perkara 101

disebabkan kes itu terlampau lama ditangguhkan kes. Apa yang kita tabu di negara jiran, kalau berlaku sestfatu perkara, tidak lewat dari seminggu kes itu telah dibicarakan. Jadi tidak timbul masalah Peguam tidak ada, saksi tidak ada, dan masalah Polis tidak ada.

Dato' Oo Gin Sun: Jikalau Yang Berhormat boleh beritahu kes-kes yang spesifik itu saya akan siasat.

Tuan Yang di-Pertua: Hanya satu lagi.

WANG KERTAS PALSU

12. Tuan G. Rajoo minta Menteri Kewangan menyatakan:

(a) jumlah wang palsu yang telah dikesan setakat ini dan dalam

denominasi apa semenjak tahun 1985;

(b) apakah langkah-langkah keselamatan yang diambil oleh Kementerian untuk meng­elakkan pemalsuan begini tidak berlaku lagi; dan

(c) jumlah orang yang telah didakwa dalam mahkamah semenjak tahun 1985 dan sama ada Kerajaan akan menimbangkan hukuman gantung terhadap ahli sindikit yang bersabit kesalahan atas tuduhan pemalsuan wang memandangkan tindakan mereka itu menjejaskan ekonomi negara.

Timbalan Menteri Kewangan (Tuan Mohamed Farid bin Ariffin): Tuan Yang di-Pertua, soalan Yang Berhormat dipecahkan kepada tiga bahagian, saya akan menjawab satu persatu.

(a) Sebanyak 29,037 keping wang kertas palsu telah dijumpai sejak 1hb Januari, 1985 hingga 30hb Jun, 1987. Pecahan jenis nilai adalah seperti berikut:

Nilai Keping

$10 88

$20 5

$50

$100

$500

JUMLAH

3,730

25,213

1

29,037

(b) Bank Negara Malaysia telah memperkenalkan ciri-ciri keselamatan yang telah ditambah dan diperbaiki kepada semua wang kertas untuk mengelakkan daripada pemalsuan. Ciri-ciri kese­lamatan pada semua wang

Page 22: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3445 17 JULAI 1987 3446

kertas ini akan dipertingkatkan dari masa ke semasa supaya ianya susah untuk dipalsukan. Pihak Bank Negara Malaysia dengan kerjasama dari pihak Polis akan mengawal keadaan ini dari masa ke semasa.

(c) Sejak tahun 1985 hingga 30hb Jun, 1987 seramai 197 orang yang terbabit dengan kesalahan­kesalahan wang kertas palsu telah dihadapkan ke mahkamah. Hukuman yang dikenakan adalah penjara untuk satu masa yang boleh sampai hingga 20 tahun. Hukuman penjara tersebut sudah cukup untuk menghindar orang ramai daripada melakukan kesalahan­kesalahan yang berkaitan. Hukuman gantung tidaklah perlu memandangkan kesalahan-kesalahan yang dilakukan belum sampai kepada tahap yang boleh dikenakan hukuman tersebut insya Allah.

Tuan Mustafa bin Awang: Soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua. Setakat ini berapa ramaikah orang yang telah dihukum yang membuat wang palsu ini?

Tuan Mohamed Farid bin Ariffin: Saya telah sebutkan angkanya tadi.

Tuan Hassan Alban bin Haji Sandukong: Soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua. Bagaimanakah caranya wang palsu itu dapat menjejas ekonomi negara kerana begitu teruk sekali denda, hukuman dan sebagainya?

Tuan Mohamed Farid bin Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, walau soalan itu agak terkeluar sedikit, saya ingat soalan ini ada berkaitan dengan ekonomi negara, tetapi kalau ' sekiranya kita pandang dari bilangan yang dipalsukan, hanya 29,000 sahaja jumlahnya jika dibandingkan dengan wang yan~ dipusingkan di seluruh

negara, ini tidak begitu besar. Tetapi oleh kerana kemungkinan besar kalau sekiranya kita tidak berjaga-jaga daripada sekarang, ada orang yang lebih pandai daripada Kerajaan untuk membuat wang-wang palsu, maka daripada sekarang kita berjaga-jaga.

Tuan Haji Abdul Majid bin Abdullah: ( Bangun)

Tuan Yang di-Pertua: Maaflah, tidak ada masa lagi untuk bertanya, masa untk soal-jawab pun sudah cukup.

(Masa untuk Pertanyaa~ bagi Jawab Mulut telah cukup dan Jawapan bagi Pertanyaan No. 13 hingga 58 adalah diberi di bawah ini).

PELABUR ASING DALAM SEKTOR PEMBUATAN

13. Tuan Paramjit Singh Menteri Perdagangan Perindustrian menyatakan:

minta dan

(a) sehingga ini adakah Kerajaan berjaya • untuk mempelawa pelabur-pelabur asing ke negara ini; dan

(b) apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk memperbaiki musim pelaburan di negara ini.

Menteri Perdagangan dan Perindustrian (Datin Paduka Rafidah Aziz):

(a) Sehingga ini Kerajaan telah berjaya dalam usahanya untuk mempelawa dan menarik pelabur-pelabur asing melabur dalam sektor pembuatan di negara ini. Kejayaan Kerajaan ini dapatlah dilihat daripada peningkatan jumlah pelaburan modal asing dalam projek­projek milik asing di sektor pembuatan yang telah

Page 23: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3447 17 JULAI 1987

diluluskan dari tahun 1983 hingga 1986 seperti berikut:

Tahun Jumlah Pe/aburan Modal

1983 .. 1984 .. 1985 " 1986 ..

Asing (M$juta)

329.1 332.1 361.3 528.4

Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah pelaburan modal asing juga telah bertambah dalam tempoh Januari-Mei 1987 iaitu, sebanyak M$246.8 juta berbanding dengan M$75.1 juta dalam tempoh yang sama pada tahun 1986.

(b) Walau bagaimanapun, pelaburan asing masih lagi boleh dipertingkatkan di negara ini. Untuk tujuan ini beberapa langkah baru telah diambil dan diperkenalkan oleh Kerajaan untuk memperbaiki lagi suasana pelaburan negara ini. Di antara langkah-langkah ini adalah:

(i) Memperkenalkan beberapa galakan cukai tambahan yang menarik. Skim pengecualian cukai telah pun dipanjangkan daripada 5 hingga 10 tahun dan syarikat-syarikat boleh juga melayakkan diri untuk beberapa galakan eksport.

(ii) Melonggarkan garis panduan penyertaan ekuiti pelabur asing dan pekerja­pekerja asing. Pelabur­pelabur asing adalah dibenarkan untuk meme­gang sebarang peringkat ekuiti sehingga 100 peratus jika syarikat tersebut mengeksport atau menjual kepada syarikat-syarikat yang ditempatkan di Zon Perdagangan Bebas (FTZ) dan Gudang Perkilangan Berlesen (LMW) 80 peratus

3448

atau lebih daripada keluarannya.

Pelabur-pelabur asing yang permohonannya diterima oleh MIDA dalam jangkamasa 1hb Oktober 1986 hingga 31hb Disember 1990 juga dibenarkan untuk memiliki sebarang peringkat ekuiti sehingga 100 peratus tertakluk kepada syarat-syarat:

(a) hendaklah meng-eksport atau menjual kepada syarikat yang ditempatkan di Zon Perdagangan Bebas (FTZ) dan Gudang Perkilangan Berlesen (LMW) 50 peratus atau lebih daripada keluarannya; atau

(b) syarikat terse but mengambil 350 pekerja sepenuh masa yang terdiri daripada rakyat Malaysia.

Mana-mana syarikat yang mempunyai modal asing lebih daripada US$2 juta akan dibenarkan secara automatik lima jawatan asing termasuk sekurang­kurangnya satu "jawatan penting".

(iii) Melonggarkan peruntukan Akta Penyelarasan Perindustrian, 1975 dengan mengecualikan Lesen Pengilang kepada syarikat­syarikat yang mempunyai kumpulan wang pemegang­pemegang saham yang kurang daripada M$2.5 juta atau pekerja kurang daripada 75 orang.

(iv) Pengurangan kadar tarif tenaga letrik, panggilan telefon antarabangsa dan teleks.

Page 24: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3449 17 JULAI 1987 3450

(v) Menyegerakan per-mohonan kelulusan projek dan galakan, permohonan bagi pengecualian duti import untuk alat jentera dan kelengkapan serta Kerajaan Negeri telah diarah supaya memper-cepatkan kelulusan permohonan tanah perindustrian dan pelan ban gun an.

NELAY AN THAILAND DAN INDONESIA YANG DIT AHAN

14. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim minta Menteri Pertanian menyatakan:

(a) bilangan nelayan-nelayan asing terutamanya dari Thailand dan Indonesia yang telah ditahan dan bilangan bot-bot serta alat­alat menangkap ikan yang telah dirampas semenjak tahun 1986 hingga Mei, 1987 dan

(b) bilangan nelayan Malaysia yang telah ditahan dan bot-bot serta alat-alat menangkap ikan yang telah dirampas oleh pemerintah Thailand dan Indonesia dalam jangkamasa yang sama.

Menteri Pertanian (Datuk Seri Sanusi bin Junid):

(a) Butiran-butiran tangkapan bot­bot menangkap ikan dari Thailand dan Indonesia adalah seperti berikut:

Bagi tahun 1986 sebanyak 61 buah bot Thai dengan 376 orang nelayan telah ditangkap dan didakwa. Dari jumlah ini, 32 ialah Pukat Tunda, 1 Pukat Jerut, 6 Pukat Hanyut dan 22 buah bot Rawai. Bagi tempoh yang sama, 26 buah bot Indonesia telah ditangkap bersama-sama 218 orang nelayan. Daripada ini, 9 ialah

Pukat Jerut, 7 Pukat Hanyut, 9 bot pancing dan 1 buah bot tanpa pukat.

Sehingga bulan Mei 1987, 33 buah bot dari Thailand telah ditangkap dan didakwa. Dari jumlah ini, 19 ialah Pukat Tunda, 10 Pukat Jerut, 3 Pukat Hanyut dan 1 Bot Rawai. Jumlah nelayan yang turut ditangkap ialah 410 orang.

Dalam tempoh ini hanya 1 buah bot Indonesia dengan 6 nelayan telah ditangkap.

juga, rawai orang

(b) Berhubung dengan bot dan nelayan Malaysia yang telah ditangkap oleh pihak berkuasa Indonesia dan Thailand dari tahun 1986 hingga Mei 1987, hanya 2 bot Pukat Hanyut Malaysia telah ditangkap oleh pihak berkuasa Thailand. Sementara itu, pihak berkuasa Indonesia telah menangkap sejumlah 18 buah bot Tunda Malaysia dengan seramai 53 orang nelayan.

SIJIL ANAK ANGKAT

15. Tuan K. Sivalingam minta Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menyatakan adakah beliau sedar bahawa surat beranak yang diberikan kepada "Anak Angkat" oleh sebuah keluarga secara terbuka mencatat perkataan "Anak Angkat" dalam surat beranak tersebut. Bukankah perkara ini tidak sihat memandangkan anak tersebut apabila besar akan terus mengalami masalah psikologi kerana perkataan "Anak Angkat" tersebut yang tercatat dalam surat beranak. Adakah Menteri bercadang untuk tukar sistem ini.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Saya sedar bahawa dalam Sijil Anak Angkat yang dikeluarkan di bawah

Page 25: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3451 17 JULAI 1987 3452

peruntukan undang-undang sekarang, perkataan "Anak Angkat" ada tercatat pada sijil itu. Saya juga sedar bahawa perkara ini menimbulkan kesan-kesan yang tidak baik kepada anak-anak angkat. Ini adalah satu daripada perkara yang sedang dikaji dalam usaha untuk meminda undang­undang anak angkat yang sedang berjalan sekarang.

KENDERAAN MOTOR PERSENDIRIAN-PEMERIKSAAN

16. Puan Habibah binti Jusoh minta Menteri Pengangkutan menyatakan tidakkah menjadi beban kepada banyak di kalangan rakyat dengan syor/cadangan yang dikemukakan oleh segelintir orang yang ingin menetapkan had masa bagi kenderaan lima tahun ke atas hendaklah mendapat kebenaran rasmi dari JPJ.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Datin Paduka Hajjah Zaleha binti Ismail): Saya sukacita memaklumkan kepada Ahli Yang Berhormat bahawa Kementerian Pengangkutan tidak mempunyai sebarang cadangan supaya kenderaan motor persendirian yang berumur 5 tahun ke atas menjalani pemeriksaan kenderaan motor di Jabatan Pengangkutan Jalan. Kenyataan yang dibuat oleh Persatuan Alat-alat Ganti Kenderaan Motor Wilayah Persekutuan dan Selangor pada bulan Jun yang lalu hanya merupakan suatu syor sahaja. Walau bagaimanapun setakat ini Kementerian Pengangkutan tiada menerima apa-apa cadangan secara rasmi daripada persatuan tersebut. Sepertimana Ahli Yang Berhormat mungkin sedar, pada ketika ini Kementerian Pengangkutan hanya ada peraturan bagi semua kenderaan perdagangan menjalani pemeriksaan di Jabatan Pengangkutan Jalan sekali pada tiap-tiap 6 bulan. Maksudnya ialah untuk menjamin bahawa kenderaan-kenderaan tersebut

sentiasa berada dalam keadaan mekanikal yang baik dan selamat dipandu di jalanraya. Tumpuan adalah diberi kepada kenderaan-kenderaan tersebut oleh kerana ia digunakan bagi perjalanan jarak jauh berbanding dengan kereta persendirian dan lebih memberi kesan ke atas kepentingan orang ramai.

Walau bagaimanapun pada masa hadapan apabila keupayaan pemeriksaan kenderaan motor bertambah sama ada melalui penswastaan ataupun langkah-langkah yang lain, maka Kementerian Pengangkutan akan menimbangkan kemungkinan mengadakan peraturan semua kenderaan motor termasuk kereta-kereta persendirian menjalani pemeriksaan dalam satu tempoh yang berpatutan. Tetapi sebelum Kemen­terian ini membuat sebarang keputusan, Kementerian Pengang­kutan akan mengadakan rundingan dengan semua pihak yang berkenaan dari kedua-dua sektor awam dan swasta. Perundingan-perundingan dengan pihak swasta akan melibatkan perwakilan daripada Persatuan Pengguna, Persatuan Peniaga-peniaga Kereta Motor, Syarikat-syarikat Pemasangan Kereta Motor dan sebagainya. Dengan demikian, kepentingan orang ramai akan sentiasa dijaga dan tidak akan membebankan rakyat di negara ini.

MESYUARAT MENTERI ASEAN DI SINGAPURA

17. Tuan Hassan bin Nam minta Menteri Luar Negeri menyatakan berapakah basil yang telah dicapai dalam perbincangan dengan rakan­rakan dialognya di mesyuarat Menteri­menteri ASEAN ke-20 di Singapura baru-baru ini.

Menteri Luar Negeri (Dato' Abu Hassan bin Haji Omar): Menteri­menteri Luar ASEAN telah ber­bincang dengan rakan sejawat mereka

Page 26: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3453 17 JULAI 1987 3454

dari negara-negara dialog (PMC) pada 18-20 Jun, 1987. Perbincangan diadakan dalam tiga sesi iaitu sesi Dialog umum di a·ntara ASEAN dengan Negara-negara Dialog (6+6); segi Dialog di antara ASEAN dengan Negara-negara Dialog Rantau­Pasifik di mana EC hadir sebagai pemerhati (6+5+ 1); dan sesi Dialog Dua-hala di antara ASEAN dengan tiap-tiap Negara Dialog (6+ 1). Hasil dari perbincangan tersebut bolehlah digariskan seperti berikut:

A. Semasa Sesi Dialog Umum (6+6):

(i) ASEAN dan rakan-rakan dialog telah berjaya mengenalpasti bidang-bidang tersebut di mana kerjasama dapat diper­tingkatkan lagi di samping mencapai kata sepakat dalam soal politik dan ekonomi antarabangsa dan serantau. Mengenai masalah ekonomi antara­bangsa, soal kejatuhan harga komoditi utama telah dibincangkan dengan panjang Iebar. ASEAN dan rakan-rakan dialog bersependapat tentang implikasi negatif ke atas semua basil pertanian berikutan dengan ke­jatuhan harga komoditi di pasaran dunia dan mereka bersetuju bahawa di antara cara bagi menstabilkan harga komoditi ialah mengawal pengeluaran mengikut pasaran dunia. Justeru itu pendekatan bersama harus diambil terutamanya di persidangan-persidangan antarabangsa seperti di UNCTAD.

(ii) Kanada mempunyai

dan A SEAN pandangan

bersama tentang perlunya diatasi sekatan-sekatan yang membendung per­dagangan bebas yang sihat dan bermanfaat kepada semua negara.

(iii) Bantahan ASEAN mengenai langkah EC untuk mengenakan cukai ke atas import minyak sayuran dan lemak yang boleh menimbulkan implikasi yang negatif mendapat sokongan padu dari Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand.

(iv) Di bidang politik pula rakan-rakan dialog pada keseluruhannya bersetuju dengan pandangan ASEAN bahawa mengenai soal Kampuchea, sokongan dan bantahan kepada Kerajaan Campuran Demokratik Kampuchea (CGDK) hendaklah diteruskan. Mengenai masalah pelarian Indochina dan tentang meningkatnya kemasukan pendatang haram dari Vietnam, Negara-negara ASEAN menyatakan ketidaksanggupan menerima pelarian Indo­china untuk diintegrasikan dalam masyarakat setempat. ASEAN menggesa supaya pemindahan melalui "orderly departure programme" (ODP) dibuat dengan berkesan. ASEAN juga menggesa Vietnam supaya menerima prinsip pemulangan rakyatnya secara sukarela (voluntary repatriation) sebagai satu cara bagi menyelesaikan masalah itu. ASEAN telah menegaskan kepada rakan­rakan dialog tentang

Page 27: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3455 17 JULAI 1987 3456

pentingnya mereka meneruskan pengambilan pelarian Vietnam dengan lancar. Negara-negara rakan dialog bersetu ju dengan pendapat ASEAN bahawa langkah-langkah perlu diambil untuk menyelesaikan masalah pelarian Indochina di­puncanya, iaitu Vietnam.

(v) ASEAN dan negara-negara dialog juga telah bertukar pendapat dan pandangan mengenai soal mengendur­kan ketegangan antara pihak Timur dan Barat, termasuk rundingan yang sedang diadakan mengenai pengurangan senjata nuklear antara kuasa-kuasa besar.

B. Semasa Sesi Dialog ASEAN dengan Negara Dialog Rantau Pasifik (6+5+1):

(vi) ASEAN dan rakan-rakan dialog telah bertukar-tukar pendapat mengenai soal­soal kepentingan bersama dan memandang berat terhadap perkembangan politik di rantau itu yang boleh menimbulkan kesan strategik dan aliran politik yang kuang sihat di masa depan.

C. Semasa Sesi Dialog Dua-hala dengan tiap-tiap Negara Dialog (6+1):

(vii) Soal-soal kepentingan dua-hala yang merangkumi kerjasama di pelbagai bidang telah dibincangkan. Pelaburan negara-negara dialog di ASEAN, bantuan

iJ. dalam pembangunan sumber tenaga manusia, kenaikan cukai import di atas barangan keluaran ASEAN telah dibincangkan

secara umum. Pada keseluruhannya, rakan-rakan dialog telah menyatakan kesediaan bekerjasama dengan ASEAN di persidangan­persidangan antarabangsa terutamanya atas isu-isu perdagangan dan pertanian.

Kesimpulannya, boleh dikatakan bahawa mesyuarat ASEAN dengan rakan-rakan dialog pada kali ini telah berjaya menambahkan kefahaman semua negara yang hadir mengenai isu-isu politik dan ekonomi antarabangsa dan serantau serta polisi­polisi yang diikuti oleh sama ada ASEAN mahupun oleh rakan-rakan dialog A SEAN. A SEAN telah menggunakan peluang berbincang dengan rakan-rakan dialog dengan tujuan merapatkan Iagi kerjasama di pelbagai bidang.

ALAT PENGESAN LAJU JALANRAYA

18. Puan Rokiah binti Zainuddin minta Menteri Pengangkutan menyatakan adakah ia yakin alat pengesan Iaju yang akan dikuatkuasakan nanti akan berfungsi dengan baik untuk kepentingan keselamatan jalanraya.

Datin Paduka Haijah Zaleha binti Ismail: Kementerian Pengangkutan yakin bahawa penguatkuasaan semula undang-undang mengenai penggunaan alat amaran had laju akan berjaya oleh kerana Kementerian ini telah mengambilkira pandangan-pandangan daripada semua pihak yang terlibat, termasuk pengusaha-pengusaha bas ekspres dan pelancongan, pengusaha­pengusaha Iori, pembekal-pembekal alat tersebut dan agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan.

Di samping itu, Kementerian ini sedang mengkaji had laju bagi kenderaan-kenderaan perdagangan supaya kadar had laju maksima yang

Page 28: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3457 17 JULAI 1987 3458

dibenarkan bagi tiap-tiap jenis kenderaan adalah seimbang dengan kemajuan teknologi pembuatan kenderaan, keupayaan jalan-jalanraya, keperluan pengusaha-pengusaha pengangkutan jalan untuk mencapai daya maju (viability) dalam perniagaan mereka dan keselamatan pengguna-pengguna jalanraya. Sebelum undang-undang mengenai alat amaran had laju dikuatkuasakan semula, semua alat-alat yang sedia ada hendaklah ditentukurkan (calibrated) kepada had laju yang baru.

PUSAT PEMULIHAN PENAGIH DADAH DI PULAU-PULAU

19. Tuan Lim Heng Tee minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sama ada Kerajaan ada rancangan untuk menubuhkan pusat-pusat pemulihan untuk penagih-penagih dadah di pulau-pulau yang terpencil dan kawasan-kawasan di mana terdapat keadaan hidup yang susah dan latihan-latihan yang amat teruk bagi mencegah penyalahgunaan dadah dengan cara yang lebih berkesan lagi.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Sekarang ini pun setengah-setengah daripada Pusat-pusat yang ada termasuk Pusat-pusat baru yang dibina, adalah terletak di kawasan­kawasan terpencil di hutan belantara.

Program-program pemulihan juga dijalankan dengan lebih agresif melalui kawad ala tentera demi meninggikan disiplin pelatih-pelatih di Pusat-pusat tersebut.

Disebabkan beberapa faktor, pihak Kerajaan belum lagi merancang untuk menubuhkan Pusat-pusat Pemulihan untuk penagih-penagih dadah di Pulau-pulau.

BIL ELEKTRIK BAGI LAMPU AWAM

20. Puan Hajjah Azizah binti Haji Mohd. Said minta Menteri Tenaga, Telekom dan Pos menyatakan apakah

rancangan pihak Kementerian untuk tahun-tahun yang akan datang, supaya bayaran api jalanraya dikurangkan sedikit atas sebab-sebab yang tertentu.

Tuan Ong Tin Kim: Mulai 1 Oktober, 86 bil-bil elektrik bagi lampu-lampu awam dan lampu-lampu jalanraya telah pun diberi diskaun sebanyak 20%. Pengurangan atau kenaikan tarif elektrik di masa-masa akan datang adalah bergantung kepada basil sesuatu kajian mengenai perubahan kos bekalan elektrik, keadaan ekonomi negara semasa dan kemampuan Lembaga Letrik Negara (LLN) sendiri.

BURUH INDONESIA

21. Tuan M. Sangaralingam minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sama ada beliau berani menyatakan bahawa kedatangan buruh Indonesia tidak menjejaskan peluang pekerjaan dan pendapatan buruh-buruh tempatan.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Kerajaan bersetuju membenarkan majikan-majikan tempatan meng­ambil buruh-buruh dari negara­negara ASEAN untuk bekerja di sektor pembinaan dan perladangan hanya setelah majikan-majikan itu gagal mendapatkan tenaga kerja tempatan walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mengambil rakyat Malaysia bekerja di sektor-sektor itu. Peraturan ini dikenakan oleh Kerajaan dengan tujuan untuk menjaga peluang­peluang pekerjaan rakyat negara ini tidak terjejas serta membekalkan tenaga kerja yang diperlukan oleh sektor pembinaan dan perladangan demi menggalakkan pertumbuhan ekonomi dalam kedua-dua sektor itu.

Pada masa ini, sektor perladangan masih mengalami kekurangan tenaga kerja kerana rakyat Malaysia kurang

Page 29: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

--------------------~ -~---

3459 17 JULAI 1987 3460

berminat untuk bekerja di Iadang­ladang. Pengambilan buruh Indonesia oleh sektor perladangan di Malaysia setakat ini tidak menjejaskan peluang pekerjaan rakyat negara ini.

ANCAMAN KOMUNIS

22. Dr Nordin Selat minta Menteri Dalam Negeri menerangkan apakah situasi Komunis dalam Negara kita sekarang. Bolehkah agaknya ancaman ini dihapuskan sama sekali. Kalau tidak boleh, kenapa.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Untuk makluman Yang Berhormat, di kemuncak kegiatan Komunis di pertengahan tahun 1970an, terdapat seramai kira-kira 594 orang Pengganas Komunis di negara ini. Bagaimanapun, disebabkan oleh tindakan menghapuskannya dijalankan terus menerus oleh Pasukan Keselamatan selama bertahun-tahun, bilangan tersebut telah kurang dan kini hanya tinggal seramai 158 orang yang masih bersembunyi di Pahang, Perak, Kedah dan Kelantan.

MAKLUMAT KEPADA PELAJAR/ WARGANEGARA MALAYSIA

23. Tuan A. Shaik Dawood Abu Bakar minta Menteri Luar Negeri menyatakan sama ada pelajar-pelajar dan warganegara Malaysia di luar negeri mendapat maklumat-maklumat sebenar tentang negara ini dan sama ada Kementerian beliau mendapat maklumbalas daripada mereka mengenai perkara-perkara yang berlaku di negara ini.

Dato' Abu Hassan bin Haji Omar: Kementerian Luar Negeri sentiasa berusaha untuk, seberapa daya­nya melengkapkan pelajar-pelajar dan warganegara di luar negeri dengan maklumat-maklumat sebenar mengenai negara kita.

Di antara usaha-usaha tersebut termasuklah:

(a) membekalkan akhbar-akhbar tempatan seperti Utusan Malaysia/Utusan Melayu, Berita Harian dan Straits Times kepada pelajar-pelajar kita di luar negeri;

(b) membekalkan penerbitan khas bernama Malaysian Digest yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Negeri tiap-tiap suku tahun, berisi berita mengenai perkembangan ekonomi, pelaburan dan pembangunan negara, yang ditujukan di antara lain kepada pusat-pusat pelajar kita dan warganegara Malaysia di luar negeri;

(c) menyalurkan penerbitan-penerbitan yang sesuai yang diterima dari agensi-agensi Kerajaan yang lain, seperti Pusat Islam, Jabatan Perpaduan Negara, Petronas, Lembaga Urusan dan Tabung Haji dan sebagainya;

(d) pengeluaran dan pengedaran buletin yang mengandungi berita tentang perkembangan­perkembangan di negara kita yang diusahakan oleh perwakilan-perwakilan kita di luar negeri dan yang di antara lain ditujukan kepada para pelajar dan warganegara kita di luar negeri;

(e) berbagai bentuk pertemuan semuka seperti majlis perjumpaan, dialog, taklimat dan sebagainya yang diatur oleh perwakilan-perwakilan kita di luar negeri baik antara pihak perwakilan berkenaan mahupun antara pemimpin-pemimpin negara yang melawat ke luar negeri dengan para pelajar dan warganegara Malaysia di Iuar negeri.

Page 30: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3461 17 JULAI 1987 3462

Kementerian Luar Negeri memang ada menerima maklumbalas dari para pelajar dan warganegara kita di,)uar negeri itu dari masa ke semasa.

Maklumbalas itu diterima melalui perwakilan-perwakilan Malaysia di luar negeri, mengingat bahawa hubungan dengan para pelajar Malaysia khasnya dan masyarakat Malaysia yang lain-lain di luar negeri amnya merupakan salah satu tumpuan penting dalam rangka tugas perwakilan-perwakilan Malaysia di luar negeri.

Dari maklumbalas yang diterima adalah jelas bahawa pada keseluruhannya para pelajar dan masyarakat Malaysia di luar negeri adalah menghargai, malah dan bangganya, dasar-dasar dan pendirian kerajaan kita mengenai berbagai isu dan perkembangan yang berkaitan.

Maklumbalas itu juga menunjukkan bahawa apa juga bentuk pertanyaan yang dikemukakan oleh para pelajar dan masyarakat Malaysia di luar negeri berhubung dengan berbagai dasar dan pendirian kerajaan kita yang dipersoalkan itu tidaklah seharusnya dianggap sebagai suatu perkembangan yang negatif. Malahan, ia harus dilihat sebagai tanda pekanya mereka akan perkembangan-perkembangan yang berlaku di tanahair mereka dan dalam konteks ini, harus disambut sebagai suatu pertanda yang positif.

KENAIKAN YURAN PELAJAR DI AUSTRALIA

24. Tuan Law Jack Y oon minta Menteri Pendidikan menyatakan sejauh manakah usaha beliau telah berjaya dalam membantu pelajar­pelajar Malaysia yang kemungkinan pengajian mereka di Australia akan terjejas akibat kenaikan yuran pelajar asing di negara itu baru-baru ini.

Menteri Pendidikan (Tuan Anwar bin Ibrahim): Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian

Pendidikan berharap Kerajaan Australia dapat menimbang semula keputusannya untuk menaikkan lagi bayaran "Overseas Students Charge" dengan izin pada tahun 1988. Bagaimanapun bagi membantu pelajar-pelajar Malaysia di Australia yang menghadapi masalah kewangan akibat kenaikan bayaran "Overseas Students Charge" dengan izin, Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah $250,000 sebagai bantuan pinjaman kepada pelajar-pelajar yang layak dan akan diberi pinjaman mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

KAMPUNG BARU­PEMBANGUNAN

25. Tuan Ng Peng Hay minta Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar menjelaskan apakah tindakan jangka panjang dan jangka pendek yang telah diambil untuk pemulihan dan pembangunan kampung baru di Negeri Melaka khasnya.

Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar (Tuan Abdul Ghafar bin Baba): Untuk makluman Yang Berhormat, pembangunan Kampung­kampung Baru di Semenanjung Malaysia, termasuk di Negeri Melaka adalah berasaskan kepada matlamat seperti berikut:

"Menjadikan Kampung-kampung Baru sebagai satu kawasan pertempatan manusia yang dapat menjamin suasana kehidupan yang lebih sempurna melalui penyediaan kemudahan-kemudahan infrastruktur dan sosio-ekonomi yang diperlukan".

Berasaskan matlamat tersebut di atas, penekanan diberi kepada perancangan pembangunan jangka panjang untuk menjamin bahawa Kampung-kampung Baru tidak ter­tinggal daripada arus pembangunan. Kampung-kampung yang berpotensi sebagai pusat pertumbuhan baru di

Page 31: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3463 17 JULAI 1987 3464

dalam konteks pembangunan kawasan sekeliling yang lebih luas, pembangunan kampung-kampung yang berdekatan dengan bandar sebagai pusat perkhidmatan bandar kecil dan pembangunan kampung­kampung yang lain sebagai petempatan-petempatan yang lebih sempurna. Di samping itu projek­projek pembangunan dalam bentuk projek-projek kecil seperti projek­projek jalan, parit, longkang, jambatan, titi serta kemudahan­kemudahan sosial, sukan dan rekreasi dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar mengikut keperluan tempatan. Pembangunan projek-projek kecil yang menyokong usaha­usaha jabatan Kerajaan yang lain seperti Jabatan Kerja Raya, Jabatan Parit dan Taliair, Lembaga Letrik Negara, Kerajaan-kerajaan Negeri dan Majlis-majlis Tempatan.

INDUSTRIPELANCONGAN­MEMPERKEMBANGKAN

26. Puan Hajjah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh minta Menteri Kebudayaan dan Pelancongan menerangkan apakah langkah-langkah yang sedang diambil untuk menjayakan pelancongan dan kebudayaan di negara ini untuk menarik lebih ramai pelancong luar negeri datang ke Malaysia.

Dato' Haji Sabbaruddin Chik: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan telah dan akan berterusan menjalankan usaha untuk memperkembangkan lagi industri pelancongan negara agar ianya benar­benar dapat memberi sumbangan kepada pembangunan ekonomi Malaysia. Dalam hubungan m1, Kementerian menerusi TDC, akan terus menjalankan berbagai usaha bagi memperkenalkan tarikan-tarikan pelancongan tempatan menerusi

pengiklanan, penggalakan, perhubungan awam dan penyebaran maklumat pelancongan, di semua pasaran pelancongan yang utama di seluruh dunia. Di samping itu, TDC akan juga membantu pihak-pihak lain yang terlibat dalam industri pelancongan, bagi menawarkan program-program lawatan ke Malaysia dengan harga yang berpatutan kepada semua bakal-bakal pelancongan di pasaran-pasaran yang terpilih.

Dari segi pembagunan fisikal, Kerajaan juga telah menyediakan berbagai-bagai insentif khusus bagi menarik pelaburan dalam usaha pembinaan kemudahan-kemudahan pelancongan.

Di bidang kebudayaan pula, usaha­usaha akan terus dibuat bagi memperluas dan mempertingkatkan mutu kesenian dan unsur-unsur budaya tempatan yang lain seperti memperindahkan tempat dan bangunan bersejarah, menjalankan kempen budi bahasa dan bersopan santun serta menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan industri budaya seperti perusahaan kraftangan, seni halus dan sebagainya yang menggambarkan identiti Malaysia. Melalui langkah-langkah pemasaran, Kerajaan akan sentiasa memperkenalkan ciri-ciri budaya tempatan.

PERTUNJUKAN PENTARAMA

27. Tuan C. Krishnan minta Menteri Penerangan menyatakan adakah Kt:menterian Penerangan bercadang untuk melancarkan semula per­tunjukan Pentarama di seluruh negara dan jika ya, adakah Kementerian ingin mengambil kesempatan semasa Perayaan Thaipusam di Batu Caves dan di Maran, Pahang, bagi melancarkan pertunjukan Pentarama dalam Bahasa Tamil di tempat-tempat terse but.

Page 32: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

-------------------~- ~~~

3465 17 JULAI 1987 3466

Tuan Railey bin Jaffrey: Pentarama telah menjadi kegiatan biasa Jabatan Penerangan. Pada masa ini Jabatan mempunyai dua kumpulan Pentarama yang menjalankan kegiatan di kampung-kampung di seluruh negara. Melalui kegiatan Pentarama ini, mesej-mesej Kerajaan dapat disampaikan kepada rakyat dalam bentuk Drama Pendek, nyanyian dan juga lakonan.

Kegiatan Pentarama tidak ditumpukan kepada satu-satu perjumpaan merayakan hari kebesaran suatu agama. Oleh itu Kementerian Penerangan tidaklah bercadang untuk mengadakan pertunjukan Pentarama semasa menyambut hari Thaipusam baik di Batu Caves, di Maran Pahang atau di mana-mana jua pun. Jadual kunjungan Pentarama itu adalah ditentukan mengikut keperluan untuk memberi penerangan mengenai dasar­dasar Kerajaan dan maklumat­maklumat lain yang penting kepada rakyat, bukan untuk memberi hiburan di hari-hari kebesaran.

ANASIR MARXIS DI SINGAPURA

28. Tuan R. M. Jasni minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah Kerajaan telah mempastikan penyusupan Marxisme di Singapura, melalui latihan atau kursus Maktab Mubaligh di negara itu, tidak berlaku di negara ini. Apakah tindakan dan langkah-langkah yang telah diambil berikutan dengan penangkapan dan pendedahan golongan Marxis di Singapura itu.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setakat ini tidak ada bukti yang jelas badan-badan mubaligh di negara ini turut disusupi oleh anasir­anasir Marxis seperti di Singapura. Walau bagaimanapun Kerajaan akan terus berwaspada dan mengambil

tindakan yang sewaJarnya jika terbukti mana-mana kumpulan atau orang perseorangan yang menjalankan kegiatan-kegiatan yang mengancam negara.

PENSWASTAAN JABATAN TELEKOM

29. Tuan Haji Jaafar bin Harun minta Menteri Tenaga, Telekom dan Pos menyatakan adakah Kementerian yang berkenaan sedar dengan Penswastaan Jabatan Telekom kepada Persyarikatan, maka pentadbiran perkhidmatannya telah merosot tidak seperti dahulu:

(a) apakah tindakan Kerajaan bagi memulih dan mengembalikan perkhidmatannya yang cekap seperti dahulu; dan

(b) berapakah angka-angkanya kakitangan dan pekerja-pekerja telefon seluruh negara dalam masa (2) tahun kebelakangan ini.

Tuan Ong Tin Kim: Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos tidak sedar bahawa penswastaan Jabatan Telekom Malaysia kepada Syarikat Telekom Malaysia telah menyebabkan kemerosotan perkhidmatan yang diberikan. Kementerian juga menganggap pacta peringkat ini adalah terlalu awalnya untuk penilaian perkhidmatan STM. Bagaimanapun Kementerian akan mengambil tindakan ke atas apa jua kelemahan sekiranya ada dan Kementerian sentiasa mengawasi perjalanan perkhidmatan syarikat itu.

Saya tidak faham apa sebenar maksud so alan (b). Sekiranya soalan itu ditujukan kepada bilangan pekerja-pekerja Jabatan Telekom Malaysia, maka bilangan pekerja­pekerja Jabatan Telekom Malaysia, maka bilangannya ialah 28,884 orang sebelum diswastakan dan 28,385 orang setelah diswastakan. Tetapi sekiranya

Page 33: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3467 17 JULAI 1987 3468

soalan ini ditujukan kepada operator­operator telefon maka bilangannya adalah 2,663 orang sebelum diswastakan dan 2,363 orang selepas diswastakan.

PUSAT PEMULIHAN DADAH JOHOR

30. Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

(a) sudahkah Pusat Pemulihan Dadah Johor menjalankan operasinya;

(b) kalau sudah berapa ramai penagih-penagih ditempatkan; dan

(c) bagaimana syarat-syarat untuk menghantar penagih-penagih dadah untuk dipulihkan di pusat itu.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Pusat Pemulihan Dadah Pengerang masih dalam pembinaan dan belum lagi beroperasi.

Untuk makluman, pembinaan Pusat Pemulihan Dadah Pengerang dilaksanakan oleh pelatih-pelatih dari Pusat Insafdiri Tampoi yang bermula pada bulan Disember 1986. Muatan maksima Pusat ini nanti ialah 300 orang.

Walau bagaimanapun, kemasukan pelatih-pelatih baru ke Pusat tersebut tidaklah menunggu sehingga Pusat berkenaan siap sepenuhnya, tetapi akan dibuat secara berperingkat­peringkat sebaik sahaja keperluan asas yang minima telah disediakan. Kemasukan peringkat pertama antara 100-150 pelatih yang akan bermula dalam bulan September nanti.

DASAR EKONOMI BARU­MATLAMAT

31. Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom minta Perdana Menteri

menerangkan sejak Dasar Ekonomi Baru dilancarkan, sudahkan ianya mencapai matlamatnya. Jika belum apakah rancangan Kerajaan seterusnya untuk mencapai kepada matlamat Dasar Ekonomi Baru ini. Apakah Kerajaan akan tunduk kepada desakan-desakan supaya Dasar Ekonomi Baru ini dihapuskan dan diganti dengan satu dasar yang lain.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Dr Siti Zaharah binti Haji Suleiman): Saya memohon IZin untuk menjawab soalan 101

bersekali dengan soalan oleh Yang Berhormat, Tuan Haji Shaharom Haji Maasom pada 17 Julai, 1987 kerana ini adalah hampir-hampir sama maksudnya dengan soalan pada hari ini.

Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru telah menghasilkan kejayaan yang menggalakkan ke arab kedua objektif membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Bukti dan maklumat-maklumat seperti yang terkandung di dalam dokumen­dokumen rancangan pembangunan lima tahun jelas menunjukkan hal ini. Walau bagaimanapun, pencapaian­pencapaian tersebut tidaklah bermakna hasrat DEB telah tercapai sepenuhnya. Kerajaan sendiri ber­pendapat selagi negara kita mengalami masalah ketidakseimbangan dari aspek-aspek seerti pendapatan, taraf hidup, pekerjaan, hakmilik produktif dan sebagainya, teras DEB untuk menghapus kemiskinan dan menyusun semula masyarakat patutlah diteruskan. Kemelesetan ekonomi yang dialami oleh negara sejak akhir­akhir ini juga sedikit sebanyak telah dan mungkin akan terus menjejaskan pencapaian matlamat DEB. Dari itu, langkah-langkah penyesuaian dan strategi-strategi baru mestilah disusun untuk mengatasi masalah-masalah ba:ru yang dialami oleh negara. Kedudukan kemiskinan dan tahap

Page 34: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3469 17 JULAI 1987 3470

pembangunan kawasan luar bandar harus mendapat perhatian utama sementara matlamat penyusunan semula masyarakat Malaysia mestilah diteruskan demi mencapai tujuan akhir kita untuk membina sebuah negara yang makmur dan stabil.

Selaras dengan hasrat dan cita-cita ini, Kerajaan telah memulakan langkah-langkah awal mengkaji pelaksanaan DEB ke arah penggubalan satu dasar baru selepas tahun 1990. Kerajaan masih belum lagi membuat keputusan muktamad mengenainya. Kerajaan sentiasa sedar bahawa perkara ini memerlukan banyak perhatian dan perbincangan sebagai pihak dan di berbagai peringkat. Soal sama ada Kerajaan akan tunduk kepada desakan-desakan tertentu, pacta hemat saya, tidak timbul sama sekali.

PENJAJA INDONESIA DI JALAN CHOW KIT

32. Tuan Tan Chai Ho minta Menteri Dalam Negeri menjelaskan apakah tindakan akan diambil terhadap aduan tentang Jalan Chow Kit yang dibanjiri oleh orang Indonesia seolah-olah kehilangan identiti ke Malaysiaannya.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Kementerian Dalam Negeri difahamkan bahawa lesen penjaja di Jalan Chow Kit adalah diberi kepada rakyat Malaysia dan penduduk tetap negara ini yang terdiri dari berbilang kaum. Dalam pacta itu, ada pula antara mereka yang mendapat lesen penjaja telah menyewakan lesen-lesen mereka kepada orang lain, termasuk pendatang-pendatang dari Indonesia. Pihak Berkuasa berkenaan sentiasa memerhatikan keadaan itu dan mengambil tindakan terhadap pendatang-pendatang haram yang tidak sepatutnya berniaga di situ.

PADANG LUMBA KUDA­PEMINDAHAN

33. Tuan Tan Chai Ho minta Perdana Menteri menjelaskan bilakah padang lumba kuda di Jalan Ampang dipindah ke tempat lain memandangkan ia menimbulkan kesesakan lalulintas di jalan tersebut pada hari Sabtu dan Ahad.

Drs Suleiman bin Mohamed: Pemindahan Padang Lumba Kuda di Jalan Ampang ke tempat lain sedang dilaksanakan secara berperingkat­peringkat. Pacta masa ini, sebahagiaQ besar daripada kegiatan Kelab Lumba Kuda iaitu kegiatan "Off course betting" telah dipindahkan ke tapak sementara di Sungai Besi. Langkah ini telah terbukti dapat mengatasi masalah kesesakan lalulintas di Jalan Ampang Pemindahan secara keseluruhan Kelab Lumba Kuda Selangor akan dilaksanakan sepenuhnya setelah tapak gantian yang tetap dikenalpasti kelak oleh pihak Kerajaan.

PENGANGGURAN SISWAZAH

34. Tuan Paramjit Singh minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan kita untuk mengatasi masalah pekerjaan bagi siswazah lepasan universiti tempatan negara ini;

(b) bolehkah Kerajaan kita menjelaskan apakah sebabnya pengangguran di antara lepasan Universiti telah muncul dengan tiba-tiba dengan serius bagi tahun ini; dan

(c) apakah sebabnya penguasa­penguasa berkenaan tidak boleh merancang dengan baik apabila mengambil calon-calon memasuki Universiti sejajar dengan kehendak pekerjaan di negara ini.

Page 35: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3471 17 JULAI 1987 3472

Tuan Anwar bin Ibrahim: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

(a) Pihak Kerajaan sedar tentang perkara ini dan sentiasa meminta Institusi Pengajian Tinggi mengkaji serta mengubahsuai program dan kursus yang dijalankan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) supaya bersesuaian dengan keadaan negara sekarang ini. Di samping itu pelajar-pelajar juga disarankan supaya mengubah sikap mereka, tidak hanya bergantung kepada Kerajaan semata-mata untuk men-dapatkan pekerjaan tetapi mengamalkan sikap berdikari.

(b) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pengangguran lepasan universiti telah berlaku sekarang ini kerana kedudukan ekonomi negara dan dijangkakan keadaan ini akan pulih sedikit masa lagi.

Berkaitan dengan itu berlaku pembekuan pekerjaan di sektor awam dan peluang pekerjaan hanya terdapat di sektor swasta sahaja. Oleh yang demikian siswazah-siswazah terpaksa bersaing untuk mendapatkan pekerjaan yang terhad di sektor-sektor swasta.

(c) Perancangan pengambilan pelajar ke universiti tidak semata-mata terikat dengan peluang dan kehendak pekerjaan di negara ini kerana faktor pekerjaan berubah-ubah mengikut kedudukan ekonomi negara. Pengambilan pelajar ke universiti perlu ditambah dari tahun ke tahun untuk menampung pertambahan pelajar yang layak melanjutkan pelajaran. Apa yang lebih penting dalam menyediakan peluang pengajian tinggi ialah tanggungjawab negara memberi

pendidikan pengetahuan yang luas kepada para pelajar yang akan menjadi pemimpin negara di masa hadapan.

MADA-PERAIRAN PERTANIAN

35. Puan Haijah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh minta Menteri Pertanian menerangkan kenapa perairan pertanian khasnya di kawasan MADA tidak dapat berjalan dengan sempurna ada kala pada musim hujan, pada masa itu juga padi pun masak ini sudah akan merugikan petani-petani.

Datuk Seri Sanusi bin Junid: Terdapat 3 punca air yang digunakan untuk pengairan pertanian di kawasan MADA iaitu, hujan yang turun terus di kawasan bendang, air takungan Kolam Muda/Pedu dan aliran tak terkawal (uncontrolled flow). Bekalan f}ir dari kolam Muda/Pedu hanya dilepaskan apabila diperlukan dan selaras dengan jadual penanaman padi yang ditetapkan. Apabila hujan lebat turun bekalan air dari kolam Muda/ Pedu dihentikan. Sungguhpun demikian, air yang telah pun dilepaskan akan terus mengalir menerusi rangkaian taliair yang dibina dan oleh kerana rangkaian taliair ini juga turut menerima air hujan di bendang serta dari punca aliran tak terkawal maka paras air naik dan melimpahi ke kawasan bendang.

Dalam menghadapi keadaan sebegini pihak MADA akan segera membuka pintu kawalan pasang-surut supaya dapat melepaskan air yang berlebihan ke !aut. Bagaimanapun, dalam musim hujan lebat penurunan paras air memakan masa. Sungguhpun begitu, tindakan-tindakan yang diambil telah menyelamatkan petani­petani daripada menanggung kerugian yang lebih besar.

Page 36: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3473 17 JULAI 1987 3474

PENDATANG HARAM INDONESIA-MAS ALAR

36. Tuan M. Sangaralingam minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sama ada beliau sedar bahawa kedatangan pendatang haram dari Indonesia sedang membawa masalah besar, khususnya kepada kaum Melayu dalam bidang perniagaan kecil dan keagamaan. Apakah pendirian Kerajaan terhadap pendatang haram ini selepas dibuktikan bahawa kejadian jenayah kebanyakan dilakukan oleh mereka.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Saya sedar mengenai pelbagai masalah yang timbul akibat kemasukan pendatang-pendatang haram dari mana-mana negara sekalipun. Oleh itu, Kerajaan memberi perhatian serius terhadap perkara ini dan sedang mengambil tindakan-tindakan untuk mencegah kemasukan pendatang­pendatang haram ke negara ini. Dalam pada itu, pihak Jabatan Imigresen dan Polis DiRaja Malaysia sentiasa menangkap, mendakwa dan mengusir keluar mana-mana pendatang haram yang dikesan berada di negara ini.

LADANG GETAH SEBAGAI KAMPUNG BARU

37. Tuan G. Rajoo minta Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar menyatakan sama ada beliau bercadang mentakrifkan ladang­ladang getah di Negara ini sebagai Kampung Baru agar penduduk­penduduk Jadang getah menikmati kemudahan-kemudahan asas seperti letrik, air, jalan dan sebagainya sesuai dengan cadangan Kerajaan untuk meningkatkan Jagi kemudahan di Kampung-kampung Baru dan kampung-kampung Tradisional di Negara ini.

Tuan Abdul Ghafar bin Baba: Kampung-kampung Baru adalah ditakrifkan sebagai petempatan-petempatan yang diwujudkan pada penghujung tahun 1940-an setelah keadaan darurat diistiharkan oleh pihak penjajah sebagai langkah memerangi ancaman anasir-anasir komunis. Program ini lebih dikenali sebagai "Rancangan Briggs". Oleh itu kampung-kampung di .Jadang-Jadang getah yang tidak diwujudkan di bawah "Rancangan Briggs" tidak dianggap sebagai Kampung-kampung Bam.

Kampung-kampung di Jadang-ladang getah juga tidak dapat dianggap sebagai Kampung-kampung Tradisional oleh kerana kampung­kampung ini terletak di bawah pengurusan tuanpunya ladang-ladang yang berkenaan. Adalah menjadi tanggungjawab tuan punya ladang­Jadang tersebut untuk mengadakan segala kemudahan yang diperlukan oleh pekerja-pekerja mereka mengikut undang-undang yang berkenaan.

SIASAT AN PEGA W AI BURUH DI LADANG-LADANG

38. Tuan C. Krishnan minta Menteri Buruh menyatakan adakah beliau sedar bahawa adanya Pegawai­pegawai Buruh yang menjalankan siasatan-siasatan di ladang-ladang yang tidak memberitahu masa dan tarikh Jawatan mereka ke Jadang­Jadang kepada penduduk tempatan di Jadang-Jadang tersebut.

Dato' Wan Abu Bakar bin Wan Mohamed: Adalah menjadi amalan biasa, sebelum seseorang pegawai buruh menjalankan pemeriksaan berkanun di sesuatu Jadang, satu notis pemberitahu mengenai tarikh dan masa lawatan pegawai buruh itu akan dihantar kepada pihak majikan. Notis pemberitahu ini antara Jain meminta pihak majikan memberitahu para pekerjanya tentang lawatan pegawai

Page 37: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

--------------------- --- ---

3475 17 JULAI 1987 3476

buruh itu dengan mempamirkan notis di Papan Kenyataan di ladang. Untuk memastikan para pekerja dapat ditemui bagi ditemuduga kadang kala pemeriksaan ini diadakan di sebelah petang.

Walau bagaimanapun notis tidak diberi bagi lawatan yang bukan bagi maksud pemeriksaan berkanun, seperti lawatan untuk mendapat maklumat tertentu bagi sesuatu penyelidikan atau tinjauan, atau lawatan mengejut yang diadakan atas sebab-sebab tertentu.

GROUP HOSPITAL DI LADANG TELUK MERBAU­PERKHIDMATAN

39. Tuan C. Krishnan minta Menteri Buruh menyatakan adakah beliau sedar bahawa "Group Hospital" yang ada di ladang Teluk Merbau begitu uzur dan kurang memuaskan dari pelbagai segi, dan apakah Kementerian beliau akan mengawasi keadaan ini. Juga pesakit-pesakit tidak dilayan sebagai "inpatient" dalam hospital ini.

Dato' Wan Abu Bakar bin Wan Mohamed: "Group Hospital" di ladang Teluk Merbau kini memberi perkhidmatan perubatan kepada pekerja ladang tersebut dan 4 buah ladang yang berhampiran. Hospital itu adalah dalam keadaan baik kerana pihak majikan telah menyempurnakan syor-syor pihak Jabatan Kesihatan yang mengadakan pemeriksaan di hospital itu pada 14hb Ogos, 1986. Hospital itu mempunyai seorang Doktor Pelawat, 2 orang pembantu hospital, seorang bidan, 2 orang pekerja am dan seorang pemandu ambulan. Selain daripada Doktor Pelawat itu, ke semua kakitangan hospital itu bermastautin di ladang Teluk Merbau. Adalah didapati bahawa di antara 30-40 pesakit luar mendapatkan rawatan perubatan di hospital ini setiap hari. Hospital itu

juga bersedia untuk menerima pesakit sebagai "inpatient" jika perlu.

Kementerian Buruh senantiasa menjalankan pemeriksaan ke atas hospital ladang dan jika didapati perlu

• pihak Kementerian Kesihatan akan diminta menyiasat dan membuat syor­syor untuk meningkatkan lagi mutu rawatan perubatan yang diberi oleh hospital ladang.

INSTITUSI KEW ANGAN-BAY ARAN BALIK PINJAMAN

40. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim minta Menteri Kewangan menyatakan sama ada beliau berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh institusi-institusi kewangan khususnya bank-bank terhadap seruan Kerajaan supaya mereka lebih bertolak ansur terhadap pengusaha-pengusaha dan syarikat-syarikat perniagaan yang menghadapi kesulitan kewangan dan tidak dapat membayar balik pinjaman mengikut jadual.

Tuan Mohamed Farid bin Ariffin: Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, institusi-institusi kewangan di negara ini yang di bawah pengawasan Bank Negara telah pun digesa untuk menubuhkan Unit Pemulihan Khas bagi meneliti punca masalah yang dihadapi oleh pelanggan-pelanggan dan mencadangkan penyelesaian munasabah untuk pembiayaan atau penyusunan semula pinjaman­pinjaman, di mana perlu. Satu kaji selidik yang dijalankan dalam bulan November, 1986 menunjukkan bahawa hampir separuh dari institusi kewangan ini telah pun menubuhkan unit pemulihan atau unit seumpama itu. Bagi institusi kewangan yang lainnya, tugas pemulihan itu dilakukan oleh jabatan kredit yang sedia ada. Namun begitu, banyak dari institusi­institusi ini menyatakan kesediaan mereka untuk menubuhkan unit tersebut jika perlu.

Page 38: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3477 17 JULAI 1987 3478

Memandangkan sambutan positif oleh mstltusi-mstitusi kewangan kepada arahan Bank Negara di atas, usaha mereka dalam membantu pelanggan-pelanggan boleh dikatakan memuaskan. Perlu diambil perhatian bahawa selain dari peminjam­peminjam yang benar-benar terjejas oleh keadaan ekonomi dan sepatutnya menerima pertimbangan wajar, terdapat juga peminjam-peminjam yang dengan sengaja tidak membayar pinjaman mereka. Peminjam­peminjam dalam golongan kedua ini yang tidak harus diberi pertimbangan wajar atau pemulihan.

Seperti Ahli Yang Berhormat sedia maklum, institusi-institusi kewangan bersama-sama dengan wakil-wakil Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu, Malaysia telah mengadakan p~rjumpaan di Bank_ Negara dengan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Di antara isu-isu yang dikemukakan ialah penubuhan tabung pusingan untuk membantu syarikat-syarikat yang bermasalah. Kerajaan akan mengkaji implikasi penubuhan tabung tersebut serta cadangan-cadangan dan peraturan-peraturan lain untuk membantu pengusaha-pengusaha. Unit Pemulihan Khas di Bank-bank telah digesa supaya menetapkan peraturan-peraturannya untuk memudahkan lagi pelanggan-pelanggan mereka mendapat bantuan.

SYARIKAT ROKOK-TAJAAN RANCANGAN DI RTM/TV3

41. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim minta Menteri Penerangan menyatakan sama ada Kementeriannya sedar terhadap banyak syarikat-syarikat rokok yang menaja rancangan-rancangan di RTM dan TV3. Jika sedar, adakah Kementeriannya menjangka kesan­kesan negatif di kalangan masyarakat seperti menambah penghisap­penghisap rokok dan menghalang

usaha-usaha Kempen Anti-Merokok Kerajaan dan sama ada Kementerian ada membuat kajian kesan-kesan penajaan syarikat-syarikat rokok ini kepada masyarakat.

Tuan Railey bin Jaffrey: Pengiklanan mengenai rokok memang sudah tidak dibenarkan sesuai dengan kempen anti merokok yang dijalankan oleh Kerajaan. Namun begitu RTM telah pun mengizinkan syarikat­syarikat yang mengeluarkan rokok itu menaja rancangan-rancangan di RTM dan iklan-iklan itu hanya mengandungi barangan-barangan atau perkhidmatan-perkhidmatan lain yang diusahakan oleh syarikat-syarikat berkenaan.

Oleh hal yang demikian saya tidak nampak bagaimana iklan syarikat­syarikat yang hasil utamanya ialah rokok, telah menambah penghisapan rokok itu sendiri atau menghalang Kempen Anti Merokok Kerajaan. Sambi) itu pengharaman pengiklanan rokok itu sendiri tidalah bererti bahawa jumlah orang yang menghisap rokok akan kurang sepertimana yang dibuktikan oleh setengah-setengah negara yang mengharamkan sama sekali syarikat pengeluar rokok.

Masalah baik buruk rokok terserah kepada pengguna-pengguna teru­tamanya dari segi bahaya rokok itu kepada kesihatan. Untuk itu usaha­usaha bagi memberi amaran akan bahaya rokok ini kepada kesihatan manusia akan terus diiklankan oleh Kementerian Penerangan.

Kajian mengenai kesan-kesan pengiklanan rokok memang pernah dibuat oleh Kementerian ini dan pengharaman pengiklanan rokok itu sendiri telah dibuat dalam tahun 1981, basil dari kajian itu. Oleh itu Kerajaan pada hari ini hanya membenarkan syarikat yang mengeluarkan rokok itu mengiklankan barangan-barangan atau khidmat-khidmat lain sahaja.

Page 39: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3479 17 JULAI 1987 3480

PINJAMAN PERUMAHAN-PENY ATA CUKAI PENDAPATAN

42. Tuan K. Sivalingam minta Menteri Kewangan menyatakan adakah beliau sedar bahawa Bank­bank di Malaysia apabila memproses permohonan untuk mendapatkan bantuan kewangan khasnya untuk rumah kos rendah, mensyaratkan supaya pihak pemohon memberikan laporan taksiran pendapatan mereka. Golongan yang berpendapatan ini selalunya tidak mempunyai pendapatan yang lumayan bagaimana mereka boleh memenuhi syarat seperti ini. Adakah Bank Negara ingin menyelidik perkara ini dan mengarahkan supaya bank-bank di Malaysia ubahsuaikan syarat-syarat terhadap pemohon-pemohon yang ingin mendapatkan pinjaman kerana rumah kos rendah.

Tuan Mohamed Farid bin Ariffin: Seperti Ahli Yang Berhormat sedia maklum, sebelum bank meluluskan apa-apa pinjaman, pihaknya mestilah berpuas hati dengan kedudukan kewangan dan keupayaan si pemohon membayar balik pinjaman berkenaan. Berhubung dengan Program Khas Perumahan Kos Rendah, penyata cukai pendapatan hanya merupakan salah satu daripada beberapa cara untuk menentukan pendapatan dan keupayaan membayar balik si pemohon. Jika si pemohon tidak mempunyai penyata tersebut, mereka boleh mengemukakan surat daripada majikan mereka, termasuk slip gaji yang terbaru, yang mengandungi butir-butir pendapatan mereka. Bagi pemohon yang bekerja sendiri pula, mereka boleh mengemukakan sama ada keterangan mengenai jumlah cukai pendapatan yang paling akhir atau keterangan-keterangan tentang kedudukan kewangan mereka. Jika kedua-d.uanya tidak ada, mereka bolehlah mengemukakan sijil-sijil pendaftaran perniagaan mereka, kenyataan bank dan/atau keterangan­keterangan lain yang membuktikan

bahawa mereka mempunyai sumber pendapatan yang tetap atau sedang menjalankan perniagaan. Sekiranya tidak terdapat apa-apa keterangan sebagai bukti, mereka hendaklah mendapatkan seorang penjamin yang boleh diterima oleh pemberi pinjaman.

Pada pandangan saya, syarat-syarat yang ditetapkan itu adalah menasabah dan berpatutan. Oleh itu, ianya tidak wajar diubahsuai.

SISWAZAH MENGANGGUR

43. Puan Habidah binti Jusoh minta Menteri Pendidikan menyatakan berapa ramaikah setakat ini siswazah yang menganggur dan berapa ramaikah di kalangan mereka yang diambil berkhidmat di bawah skim khidmat sementara siswazah. Dapatkah Menteri Pendidikan memasukkan siswazah-siswazah yang menganggur ini ke maktab-maktab perguruan di seluruh negara dan menghentikan buat sementara waktu pengambilan masuk ke maktab­maktab mereka yang tidak mempunyai ijazah.

Tuan Anwar bin Ibrahim: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga Mac, 1987 seramai 15,380 orang siswazah yang menganggur telah mendaftar di Jabatan Perkhidmatan Awam untuk mendapatkan pekerjaan. Daripada jumlah tersebut sehingga 1 Julai, 1987 seramai 4,000 orang diberi pekerjaan di bawah Skim Khidmat Sementara. Kementerian tidak dapat memasukkan siswazah-siswazah yang menganggur ke maktab-maktab perguruan kerana maktab hanya mengambil calon-calon bukan berijazah.

GURUSUMBANGANTERHADAP MURID

44. Puan Habidah binti Jusoh minta Menteri Pendidikan menyatakan

Page 40: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

-------- ---------------

3481 17 JULAI 1987 3482

berapa ramaikah setakat ini guru-guru yang berlaku sumbang terhadap murid-muridnya telah diambil tindakan.

Tuan Anwar bin Ibrahim: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sepanjang tempoh 1982 hingga 1986 didapati seramai 11 orang guru-guru telah berlaku sumbang terhadap murid-muridnya seperti mencabul kehormatan, menyentuh bahagian­bahagian sulit dan mengadakan hubungan sulit. Guru-guru berkenaan telah dikenakan tindakan tatatertib antaranya amaran, celaan, henti kenaikan gaji dan buang kerja mengikut Peraturan 36, Perintah Am Bab "D" 1980.

AKT A PENDIDIKAN 1961-KAJIAN

45. Tuan Ng Peng Hay minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) sama ada kedudukan Sekolah­sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil akan terjamin sekiranya pindaan kepada Akta Pendidikan 1961 itu dilaksanakan.

(b) adakah Seksyen 21(2) akan dimansuhkan apabila pindaan Akta Pendidikan 1961 itu dilaksanakan.

Tuan Anwar bin Ibrahim: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan sedang mengkaji Akta Pendidikan 1961 secara menyeluruh dengan tujuan untuk mengemaskinikan dan memperkukuhkan Akta tersebut. Oleh kerana kajian ini belum selesai lagi, adalah sukar bagi saya membuat apa-apa ulasan mengenai perkara­perkara yang dikemukakan.

PELABURAN DARI CHINA

46. Tuan Hassan bin Nam minta Menteri Perdagangan dan Perindustrian menyatakan jumlah

bilangan industri dan Pelabur-pelabur dari Negeri China yang beroperasi di Malaysia dan berapakah jumlah equiti yang dimiliki oleh Negeri China.

Datin Paduka Ratidah Aziz: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dari segi sektor perkilangan, setakat ini belum terdapat sebarang pelaburan yang dibuat dari Negeri China.

FELCRA-PEMULIHAN TANAH TERBIAR

47. Tuan Hassan bin Nam minta Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar menyatakan iaitu sejumlah 600,000 hektar (1.5 juta ekar) tanah terbiar di seluruh negara yang- akan dimaju-pulihkan oleh agensi FELCRA itu adakah sebahagian program pemulihan tanah terbiar iaitu termasuk juga tanah rizab kawasan Orang Asli, jika tidak mengapa, sebab saya dapati kawasan tanah rizab Orang Asli banyak juga tanah terbiar.

Tuan Abdul Ghafar bin Baba: Perangkaan 600,000 hektar tanah terbiar di seluruh Semenanjung yang disebutkan tidaklah mengambil kira tanah rizab Orang Asli yang terbiar. Bagaimanapun di dalam program pemulihan dan penyatuan tanah FELCRA, rizab Orang Asli yang terbiar dan memerlukan pembangunan juga diambil perhatian oleh FELCRA melalui kerjasama an tara J abatan Hal Ehwal Orang Asli dengan FELCRA. Biasanya cadangan pembangunan kawasan seperti ini disalurkan kepada Jabatan tersebut atau Kerajaan Negeri untuk dipertimbangkan oleh FELCRA. Pembangunan kawasan adalah berasaskan kepada faktor tanah terbiar dan juga faktor keselamatan.

FELCRA telah memajukan seluas 6,383 hektar tanah rizab Orang Asli di seluruh negara yang melibatkan sebanyak 21 kawasan dan sejumlah

Page 41: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3483 17 JULAI 1987 3484

2,604 orang peserta telah mendapat faedah daripada projek ini.

Kawasan tambahan yang dicadangkan kepada FELCRA dan di dalam perancangan ialah seluas 5,705 hektar melibatkan 16 kawasan.

PELAJAR S.A.M.E. MARA KE UNIVERSITI AUSTRALIA

48. Puan Rokiah binti Zainuddin minta Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar menyatakan sama ada ia sedar terdapat sekumpulan penuntut "S.A.M." MARA yang telah lulus peperiksaan "A" Level mereka tapi tidak dihantar melanjutkan pelajaran ke Australia atau U.K. dengan alasan tidak ada peruntukan (wang). Apa akan jadi kepada nasib penuntut-periuntut ini kerana peluang untuk masuk U niversiti tempatan sudah lew at.

Tuan Abdul Ghafar bin Baba: Sukacita dinyatakan bahawa South Australian Matriculation Examination (S.A.M.E.) dan "A" Level adalah merupakan dua program pengajian persediaan memasuki Universiti yang berlainan di mana '"S.A.M.E." membolehkan pelajar-pelajar memasuki universiti di Australia, manakala "A" Level bagi pelajar yang akan ke Universiti di United Kingdom. Adalah tidak benar terdapatnya sekumpulan penuntut­penuntut yang lulus peperiksaan "S.A.M.E." dan "A" Level tidak dihantar melanjutkan pelajaran ke Australia dan United Kingdom dengan alasan tidak ada peruntukan (wang). Tetapi apa yang sebenarnya telah berlaku ialah terdapat sekumpulan pelajar lulusan "S.A.M.E." ini tidak dapat melanjutkan pelajaran ke Australia disebabkan mereka tidak mendapat tempat di Universiti.

Bagi mengatasi masalah ini MARA telah membuat rundingan dengan pihak UPU (Unit Pusat Universiti)

dan berjaya menempatkan mereka di Universiti-universiti tempatan secara istimewa dengan MARA masih sebagai penganjur. Bagaimanapun peraturan biasa memasuki Universiti hendaklah dipatuhi iaitu dengan mengemukakan permohonan kemasukan melalui Unit Pusat Universiti dalam masa yang ditentukan.

Kesemua mereka yang membuat permohonan telah diterima memasuki Universiti-universiti tempatan, kecuali sekumpulan pelajar yang sengaja tidak memohon dan tetap dengan pendirian hendak belajar di seberang !aut. Oleh kerana "S.A.M.E." adalah merupakan program khusus untuk kemasukan ke Universiti-universiti di Australia, pihak MARA tidak dapat menghantar pelajar-pelajar ini ke Universiti di United Kingdom walaupun mereka mendesak MARA berbuat demikian.

PENDATANG HARAM INDONESIA-KEMASUKAN

49. Tuan Chan Choong Tak minta Menteri Dalam Negeri menerangkan bagaimanakah Kerajaan meman­dangkan masalah pendatang­pendatang haram Indonesia.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Kerajaan memandang serius terhadap kemasukan pendatang-pendatang haram dari mana-mana negara sekalipun. Oleh itu, pihak Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia sentiasa mengambil tindakan untuk menangkap, mendakwa dan mengusir mana-mana pendatang haram yang dikesan berada di negara ini.

HUKUM ISLAM-JAMINAN

50. Tuan Chan Choong Tak minta Perdana Menteri menerangkan sama ada memandangkan berbagai-bagai kenyataan akhbar yang disiarkan

Page 42: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3485 17 JULAI 1987 3486

PERUNTUKAN WANG KEPADA KERAJAAN TEMP A TAN

mengenai htikum-hukum Islam, bolehkah Perdana Menteri memberikan jaminan khas bahawa Kerajaan tidak akan meminda Artikel II Perlembagaan Persekutuan.

Dato' Dr Mohamed Yusof bin Haji Mohamed Nor: Tidak jelas kepada saya apakah hubungan antara kenyataan-kenyataan akhbar mengenai hukum-hukum Islam dengan peruntukan Perkara II Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan beragama.

Sebagaimana termaklum, Kerajaan sendiri tidak berkuasa meminda Perlembagaan Persekutuan. Kuasa ini terletak pada Parlimen. Oleh yang demikian, soal memberi jaminan khas mengenai perkara ini tidak timbul.

INDUSTRI PELANCONGAN-MEMAJUKAN

51. Tuan Lim Heng Tee minta Menteri Kebudayaan dan Pelancongan menyatakan sama ada sudah ada rancangan bagi memaju dan menggalakkan pertubuhan pelbagai kebudayaan serta aktiviti-aktiviti pelbagai kebudayaan yang terdapat di negara kita, sebagai satu cara untuk industri · pelancongan, sebab pelancong-pelancong asing yang datang ke Malaysia adalah mereka yang tertarik kepada kebudayaan berbilang kaum yang terdapat di negara kita.

Dato' Haji Sabbaruddin Chik: Usaha-usaha telah dan sedang dijalankan oleh Kerajaan baik di peringkat pusat mahupun di peringkat negeri bagi memajukan lndustri Pelancongan melalui pelbagai kegiatan kebudayaan kita. Dengan tertubuhnya Kementerian Kebu­dayaan dan Pelancongan usaha-usaha ini akan diteruskan, dan dilipatgandakan lagi melalui program yang sedia ada atau yang baru dengan lebih berkesan serta secara bersepadu dengan pihak-pihak berkenaan.

52. Puan Hajjah Azizah binti Haji Mohd. Said minta Menteri Kerjaraya rnenyatakan apakah rancangan Kementerian untuk menambahkan lagi peruntukan wang kepada Kerajaan Ternpatan, khususnya di negeri Melaka supaya kadar bayaran untuk penyenggaraan jalan raya ditarnbah daripada $13,000 kepada $15,000.

Menteri Kerjaraya (Dato' S. Samy Vellu): Untuk rnaklurnan Ahli Yang Berhorrnat, kadar bayaran untuk negeri Melaka adalah $10,616 sebatu setahun sahaja dan bukannya $13,000. Sehingga ini Kerajaan tidak ada cadangan untuk rnenaikkan kadar penyelenggaraan jalan di seluruh negara. Untuk rnaklurnan Ahli Yang Berhorrnat juga, kuasa menaikkan kadar peruntukan itu adalah Kernenterian Kewangan.

PENGUASA TEMPATAN-PERUNTUKAN KEWANGAN

53. Puan Hajjah Azizah binti Haji Mohd. Said minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan apakah rancangan Kementerian untuk menarnbahkan lagi peruntukan wang kepada Kerajaan Ternpatan, khususnya di negeri Melaka, untuk rnembolehkan projek-projek pernbangunan Kerajaan Ternpatan akan dapat dilaksanakan secara lebih agresif bagi faedah rakyat.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Tuan Ng Cheng Kiat): Kementerian Perurnahan dan Kerajaan Ternpatan dari semasa ke sernasa telah dan akan sentiasa berusaha untuk menarnbahkan peruntukan kewangan kepada Penguasa-penguasa Ternpatan, bukan sahaja di negeri Melaka, bahkan di negeri-negeri lain juga. Walau bagairnanapun, oleh kerana

Page 43: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3487 17 JULAI 1987 3488

kemerosotan ekonomi negara pada masa ini, Kerajaan Persekutuan telah tidak berupaya untuk memberi peruntukan kewangan secukupnya bagi projek-projek pembangunan di Penguasa-penguasa Tempatan, malah peruntukan yang telah diluluskan pada awal tempoh Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990) iaitu sebanyak $40 juta terpaksa dikurangkan oleh Kerajaan kepada $13.3 juta sahaja. Namun begitu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan terus berusaha untuk mendapatkan lebih banyak peruntukan lagi. bila keadaan ekonomi negara baik nanti.

GURUSANDARANTANPA LATIHAN

54. Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah minta Menteri Pendidikan menyatakan adakah benar bahawa guru-guru sementara tidak diambillagi dan bagaimana cara mengatasi kekurangan guru-guru kawasan­kawasan pendalaman.

Tuan Anwar bin Ibrahim: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, guru-guru sandaran Tanpa Latihan (Sementara) masih lagi diambil oleh Kementerian Pendidikan me­mandangkan kepada kekosongan jawatan khususnya dalam matapelajaran sastera. Masa kini langkah-langkah yang sedang diambil oleh Kementerian Pendidikan untuk mengatasi kekurangan guru-guru dalam matapelajaran sastera ini sama ada di kawasan pendalaman atau kawasan bandar adalah seperti berikut:

(i) Kementerian Pendidikan mengadakan kursus intensif bagi lepasan siswazah sains yang mempunyai kelayakan akademik dan ikhtisas untuk mengikuti kursus Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

(ii) Kementerian Pendidikan mengambil pemegang-pemegang biasiswa JP A yang mempunyai pengkhususan dalam bidang matapelajaran sastera untuk menjadi guru sandaran tanpa latihan.

(iii) Kementerian Pendidikan dari semasa ke semasa menambah bilangan pengambilan guru untuk melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti tempatan dalam pengkhususan sastera.

( iv) Kementerian Pendidikan mengadakan Kursus Dalam Cuti bagi guru-guru sandaran tanpa latihan (Kelayakan SPM dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan) untuk diserapkan menjadi guru terlatih.

KENDERAAN DI TEPI JALAN-PEMERIKSAAN

55. Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah minta Menteri Pengangkutan menyatakan adakah langkah yang diambil bagi menahan kenderaan yang sengaja pura-pura rosak di tepi-tepi jalan apabila ada sesuatu pemeriksaan di jalan raya.

Datin Paduka Hajjah Zaleha binti Ismail: Pada masa 1m Ordinan Lalulintas Jalan 1985 tidak memberi kuasa kepada pegawai-pegawai Polis dan pegawai-pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan mengambil tindakan ke atas kenderaan yang diletak di tepi-tepi jalan walaupun sengaja pura-pura rosak apabila ada sesuatu pemeriksaan di jalan raya. Ini adalah kerana tafsiran "jalan" dalam Ordinan tersebut tidak meliputi bahu­bahu jalan raya.

Tindakan sedang diambil untuk meminda tafsiran jalan supaya meliputi bahu jalan dan tafsiran yang baru adalah dimasukkan dalam Rang

Page 44: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3489 17 JULAI 1987 3490

Undang-undang Pengangkutan Jalan 1987 yang dibentangkan di Dewan Yang Mulia ini.

Adalah diharapkan perbuatan seumpama itu tidak akan berlaku lagi di masa hadapan kerana pihak berkuasa boleh mengambil tindakan ke atas mereka yang cuba mengelak daripada pemeriksaan di jalan-jalan raya.

SISTEM BUKU MERAH

56. Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom minta Perdana Menteri menerangkan sebab musabab yang menjadikan Yang Amat Berhormat Encik Abdul Ghafar bin Baba mahu menghidupkan semula sistem "BUKU MERAH" baru-baru ini. Apakah benar rancangan luar bandar sekarang ini telah lari dari tujuan asal Allahyarham Tun Abdul Razak, jika benar, apakah pula rancangan baru atau bentuk baru Kerajaan untuk membetulkannya.

Perdana Menteri: Sistem "BUKU MERAH" atau dalam Bahasa Inggerisnya "RED (Rural Economic Development) BOOK" yang dimulakan pada awal tahun 1960an telah berjaya membangun dan membawa kemajuan kepada kawasan-kawasan luar bandar. Melalui rancangan 1m berbagai-bagai kemudahan asas dan infrastruktur yang telah disediakan oleh Kerajaan dapat meningkatkan pembangunan sosio-ekonomi penduduk luar bandar khususnya dalam sektor pertanian. Tidaklah benar rancangan pembangunan luar bandar telah lari dari landasannya yang asal. Walau bagaimanapun, Kerajaan masih belum berpuas hati dengan tahap kejayaan pembangunan di luar bandar terutamanya apabila dibandingkan dengan kejayaan pembangunan di bandar-bandar besar di negara ini. Oleh itu, untuk meningkatkan lagi

pembangunan di luar bandar Kerajaan ingin merangka satu strategi baru yang lebih berkesan.

Di bawah strategi baru yang akan dilaksanakan ini, penekanan akan ditumpukan ke arab meningkatkan lagi pembangunan dan pertumbuhan di dalam sektor-sektor moden yang bukan tradisional iaitu sektor industri terutamanya industri kecil, industri ringan di samping memodenkan sektor-sektor tradisional terutamanya pertanian melalui tanaman berkelompok, perusahaan ternakan dan perikanan ( termasuk di !aut dalam) secara komersial. Untuk melaksanakan strategi ini dengan berkesan, segala maklumat yang berkaitan dengan sumber-sumber semulajadi, kemahiran kemudahan­kemudahan asas dan infrastruktur serta tahap kemajuan sesuatu daerah itu perlulah diperolehi, supaya perancangan yang teliti dapat dibuat bagi menjamin kejayaannya kelak. Sebagai panduan kepada kakitangan Kerajaan di peringkat daerah sebuah buku akan dikeluarkan untuk dijadikan sebagai asas merancang dan mengesan kemajuan pelaksanaan strategi ini kelak.

LIMBANG SALE-LAPORAN PALSU

57. Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom minta Menteri Dalam Negeri menerangkan apakah tindakan yang telah diambil terhadap Far Eastern Economic Review yang mencemar nama baik Perdana Menteri.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Kerajaan telah meminta pihak Majalah Far Eastern Economic Review meminta maaf di atas kesalahan menyiarkan laporan palsu yang bertajuk "Limbang Sale" itu. Setakat ini, pihak majalah itu belum berbuat demikian. Sekiranya pihak majalah Far Eastern Economic

Page 45: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3491 17 JULAI 1987 3492

Review tidak berbuat demikian dengan memuaskan, Kerajaan akan mengambil tindakan selanjutnya.

MENGUKUHKANKEDUDUKAN KEWANGAN

58. Tuan Mohd. Noor bin Bedah minta Menteri Kewangan menyatakan tentang langkab-langkab yang sedang diambil oleb Kementeriannya untuk mengukubkan kedudukan kewangan Kerajaan dan memperbaiki atas lmbangan Pembayaran Malaysia ke arab untuk meningkatkan pertumbuban ekonomi negara.

Tuan Mohamed Farid bin Ariffin: Kedudukan kewangan negara pada masa kini masib lemab disebabkan kekurangan basil dan peningkatan perbelanjaan. Oleb yang demikian, Kerajaan telab menimbangkan beberapa langkah untuk men-gukuhkan kedudukan kewangannya.

Langkah-langkah yang dipertim­bangkan termasuk mengkaji semula peranan dan saiz sektor awam terutamanya peranan dan bilangan badan-badan berkanun, mengawal belanja mengurus tanpa menjejaskan mutu perkbidmatan awam, mengkaji kemungkinan menggabung agensi­agensi yang mempunyai fungsi yang serupa dan bertindih, mengawal perbelanjaan Perusabaan Awam Bukan Kewangan (PABK) serta memperbanyakkan lagi program pengswastaan. Kerajaan juga sedang berusaba untuk menambab basil melalui peningkatan kecekapan jentera pentadbiran cukai dan mengenakan yuran atau bayaran atau menaikkan yuran-yuran ke atas perkbidmatan-perkhidmatan tertentu yang selama ini disediakan oleh Kerajaan secara percuma atau dikenakan bayaran yang minimum.

Berkenaan Imbangan Pembayaran Kerajaan telah pun mengambil langkah untuk menggalakkan eksport

dan mengurangkan import. Langkab ini telab pun dimaklumkan di dalam Ucapan Belanjawan 1987 dan Laporan Ekonomi 1986/1987. Sukacita dimaklumkan semenjak Ucapan Belanjawan 1987, keadaan akaun semasa lmbangan Pembayaran telah bertambab baik. Di dalam Ucapan Belanjawan 1987 Akaun Semasa Imbangan Pembayaran 1987 dianggar berada dalam keadaan defisit sebanyak $3,067 juta ringgit. Walau bagaimanapun data baru menunjukkan babawa keadaan defisit akaun semasa Imbangan Pembayaran 1987 dijangka menjadi lebiban sebanyak $500 juta ringgit. Kejayaan ini menunjukkan usaba-usaba Kerajaan untuk mengukubkan kedudukan ekonomi dan mengatasi kemelesetan sudah pun membawa kesan-kesan positif dan nyata.

USUL

WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN YANG DIBEBASKAN

DARIPADA PERATURAN MESYUARAT DAN

PENANGGUHAN MESYUARAT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tuan Kasitah bin Gaddam): Tuan Yang di-Pertua, saya mobon mencadangkan iaitu:

Babawa walau apapun peruntukan-peruntukan Peraturan Mesyuarat 11, Majlis Dewan Negara tidak akan ditangguhkan hari ini sebingga telab selesai dipertimbangkan semua sekali urusan yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat untuk hari ini, dan apabila tamat mesyuarat, Dewan ini akan ditanggubkan kepada satu tarikb yang tidak ditetapkan.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Tuan Haji Hussein bin Ahmad): Tuan Yang di­Pertua, saya mobon menyokong.

Page 46: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3493 17 JULAI 1987 3494

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul di atas nama Yang Berhormat Menteri di J abatan Perdana Menteri hendaklah disetujukan.

Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Diputuskan,

Bahawa walau apapun peruntukan-peruntukan Peraturan Mesyuarat 11, Majlis Dewan Negara tidak akan ditangguhkan hari ini sehingga telah selesai dipertimbangkan semua sekali urusan yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat untuk hari ini, dan apabila tamat mesyuarat, Dewan ini akan ditangguhkan kepada satu tarikh yang tidak ditetapkan.

RANG UNDANG­UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG PENGANGKUTANJALAN

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiaa

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, "Bahawa Rang Undang­undang ini dibacakan kali yang ~edua sekarang." (16hb Julai, 1987).

Perbahasan disambung semula.

4.05 ptg.

Puan Ainon binti Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menyambung sedikit lagi hujah­hujah saya di atas sokongan penuh saya mengenai Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan, 1987 yang telah dibentangkan di Dewan ini oleh Timbalan Menteri Pengangkutan pada 16-7-1987.

Tuan Yang di-Pertua, sambil menyokong saya ingin menyentuh lagi iaitu di muka surat 58 dalam Akta berkenaan, Fasal 36 yang memberi k~asa kepada Ketua Pengarah Pengangkutan untuk menggantung lesen memandu seseorang yang telah sabit didapati menagih dadah. Tuan Yang di-Pertua, ini adalah selaras dan amat bersesuaian dengan keputusan­keputusan Persidangan ICDAIT, dengan izin, International Conference on Drug Abuse and Illicit Trafficking di Vienna, atau Persidangan Antarabangsa mengenai Penggunaan Dadah dan Pengedaran Dadah yang dilangsungkan di Vienna dari 17hb hingga 26hb Jun yang lalu, di mana telah dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri yang kita kasihi, telah melahirkan CMO, dengan izin, Comprehensive Multi-Disciplinary Outline, atau Deklarasi dan Garis Panduan Menyeluruh Pelbagai Disiplin bagi membasmi kegiatan dan pengedaran dadah.

Sehubungan dengan perkara ini, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Perdana Menteri Malaysia yang telah berjaya dipilih menjadi Presiden Persidangan tersebut tanpa bertanding (Tepuk). Sesungguhnya kita rasa sangat kagum dengan kewibawaan Perdana Menteri yang tersendiri yang telah berjaya menjalankan Persidangan itu yang dihadiri oleh 138 negara-negara di dunia dan termasuk di dalamnya negara-negara sosialis, komunis dan democratic countries dan terdapat di dalamnya berbagai-bagai latar belakang politik yang ada di antaranya saling bertentangan, tetapi dengan dipengerusikan kewibawaan Perdana Menteri Malaysia, Persidangan itu telah berjalan dengan lancar, tenteram dan melahirkan CMO sebagaimana yang saya sebutkan tadi, dan yang telah diterima dengan senang hati dan boleh dikatakan sebulat suara oleh negara-

Page 47: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3495 17 JULAI 1987 3496

negara 138 buah tadi itu iaitu keputusan untuk menyelaraskan tindakan-tindakan sama ada melalui penguatkuasaan dan kuasa-kuasa politik bagi membasmi kegiatan dadah sama ada dalam masalah pencegahan penyeludupan, juga dalam masalah pencegahan penagihan.

Tuan Yang di-Pertua, undang­undang ini yang telah mengaitkan seorang penagih dadah didapati sabit tidak boleh lagi memandu atau dimansuhkan lesen memandunya, bolehlah dikatakan dipuji dan boleh dijadikan satu deterrent kepada mereka yang masih lagi mudah di pengaruhi oleh sang dadah atau yang masih lagi tidak insaf, masih lagi berkhayal di alam dunia yang penuh dengan kemusnahan itu.

Sesungguhnya Akta ini telah lama dimimpikan. Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) yang Presidennya ialah Yang Berhormat Dato' Megat Junid, Timbalan Menteri Dalam Negeri telah berkali-kali mengutarakan, mengesyorkan perkara ini supaya dijadikan Akta atau undang­undang di negara kita, syukur kepada Allah, syabas dan sesungguhnya kami berasa !ega dan kami amat menyanjung tinggi tentang pindaan perkara yang berkenaan. Mudah-mudahan negara­negara luar akan mengikut contoh teladan negara kita meminda pula undang-undangnya supaya mereka yang menagih dadah tidak dibenarkan memandu kereta atau dimansuhkan lesen kenderaannya.

Tuan Yang di-Pertua, mereka yang minum minuman keras memandu kereta lalu terbabas satu kemalangan dan didapati sah kemalangan itu disebabkan kerana mabuk, patut juga dimasukkan di dalam Akta ini, patut juga diselaraskan supaya lesen mereka juga digantung sebagai satu sebagai deteren kepada mereka janganlah minum keterlaluan kerana minuman keras juga membawa bahaya kepada kesihatan.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh kepada muka surat 67 seksyen-seksyen 50 (3) iaitu tindakan boleh diambil oleh pihak berkuasa terhadap kacau ganggu penjaga-penjaga kereta. Tuan Yang di­Pertua, ini juga berkaitan dengan masalah penagih dadah. Kebanyakan penjaga-penjaga kereta awam, budak­budak penjaga kereta adalah mereka yang terdiri daripada penagih-penagih dadah kerana mereka sudah tidak ada jalan lain untuk mencari rezeki, mereka ini membuat satu kumpulan malahan ada pula sindiket atau ketua kumpulan yang tidak terdiri daripada penagih.

Mereka ini menggunakan bekas penagih sebagai budak-budak mereka mengutip wang di mana sahaja tempat letak kereta. Kalau di Wilayah Persekutuan, semua orang tahu di Chow Kit Road "cowboy town" ataupun di Salak South atau di Petaling Street, di jalan-jalan lain di Ipoh, di Seremban, di Pulau Pinang, di Jobor dan juga yang memeranjatkan saya di Alor Star sudah berlaku, sudah ada budak jaga kereta terdiri daripada penagih-penagih dadah yang dinaungi oleh kumpulan sindiket tertentu, kerana bila mereka dapat wang mereka terpaksa membayar kepada taukeh ini dengan percentage yang tertentu. Yang malangnya kepada orang-orang yang punya kereta yang meletakkan kereta, ada juga di antara mereka yang ingin membasmi keadaan ini lalu tak mahu bayar tetapi, kalau kita tak bayar, insya Allah mudah-mudahan kereta kita pancetlah tayarnya, bercalar warna luaran keretanya. Saya sendiri pernah terkena.

Pihak Dewan Bandaraya telah menjalankan kempen menangkap budak-budak penjaga kereta haram ini tetapi keadaan ini telah tidak juga redanya sebab sementara operasi dijalankan bersihlah sekejap tetapi sekarang nampaknya mula kembali bermaharajalela.

Page 48: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3497 17 JULAI 1987 3498

Satu perkara lagi kalau bagi 50 sen, dia tidak mahu, Tuan Yang di-Pertua, Dia nanti cakap, "Come on, sedikit sangatlah, kasi chancelah, tolonglah, kesianlah kami ini". Kadang-kadang diejek-ejeknya kita, ditepuk-tepuknya kereta kita kalau kita memberi sekadar 30sen atau50sen. Merekamahu $1.00. Jadi yang demikian wajar sangatlah undang-undang ini, hanya diharapkan pelaksanaannya akan dapat dijalankan dengan saksama dan menyeluruh.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai muka surat 33, seksyen 17 (1) (e) iaitu memberi kuasa pula kepada Pengarah JPJ menolak permohonan mendapatkan lesen kenderaan motor bagi kenderaan yang tidak berada dalam keadaan selamat. Ini juga amat menyenang dan melegakan kepada rakyat umum yang turut sama menggunakan jalan raya sebabnya kita tahulah banyak keadaan kereta-kereta yang sudah tidak sepatutnya berada di jalan raya tetapi masih juga berada di jalan raya.

Maaf saya, mungkin saya membawa perkara ke belakang balik tetapi Tuan Yang di-Pertua, perkara ini sesungguhnya kita sokong penuh.

Satu perkara lagi, Tuan Yang di­Pertua, ialah mengenai di muka surat 90 dan 91 iaitu seksyen 66 (1) (ii) dan juga (qq) iaitu memberi kuasa kepada Yang Berhormat Menteri untuk menetapkan bilangan orang yang diangkut dalam sesebuah kenderaan motor. Ini juga mungkin satu peruntukan yang akan disambut baik oleh semua rakyat yang menggunakan kenderaan.

Tuan Yang di-Pertua pun faham terutama di bandar-bandar besar macam di Kuala Lumpur ini sahaja­contoh teladan besar-mini bas kadang-kadang naik "nak rak" kata orang Perak, penuh sesak dengan manusia tetapi masih juga mengambil penumpang sampai ada yang berdiri di

pintu-pintu, menyeramkan "bulu" roma kita melihatnya seolah-olah seperti keadaan di satu kawasan setinggan di Filipina iaitu ada satu kenderaan di sana dinamakan "Toktok" di mana semua orang boleh naik kenderaan itu, siapa sempat dia lompat, di atas bumbung pun ada, di kaki kenderaan itupun boleh, malahan bergantung bergayut pun boleh.

Jadi ini sangatlah disanjung tinggi dan diharapkan selepas ini tidaklah lagi bas-bas, mini bas, bas ekspres, kenderaan motor kita memuatkan manusia seolah-olah seperti hendak dihantar ke Padang Besar untuk ditembak sahaja bersusun-susun, beramai-ramai, berasak-asak di mana di situ norma-norma susila kehidupan harian kita juga selalunya tercemar almaklum bila sudah berhimpit-himpit gadis-gadis, ada pula anak-anak muda nakal sedikit, ini kesempatan dia, samil dia berhimpit-himpit itu meraba­raba pula. Jadi, sangatlah sesuai ini dengan penerapan nilai-nilai Islam.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh satu perkara lagi mengenai muka-surat 119, seksyen 85 (1) (8), iaitu mengawal mana-mana kerja di atas atau di bawah mana-mana jalan raya umpamanya pemborong-pemborong swasta atau agensi-agensi Kerajaan yang mengorek sesuatu jalan raya untuk memasang paip, bekalan letrik dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, setiap kali di perhimpunan di mana-mana sahaja, persatuan, Dewan Rakyat atau Dewan ini, sentiasa perkara ini dibangkitkan kerana kita rasa hairan, kadang kala kita rasa hendak marah, kenapa jalan­jalan yang begitu teratur yang sudah dibuat cantik-cantik, elok-elok, tiba­tiba terpaksa dikorek pula kerana hendak menyalurkan paip, kerana hendak menanam dawai letrik kerana hendak membetulkan longkang dan lain-lain sebagainya dan kenapa tidak dirancang sebaik-baiknya.

Page 49: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3499 17 JULAI 1987 3500

Ini menimbulkan kerumitan yang amat sangat kepada lalulintas, selalu sahaja lalulintas jem, kalau di Kuala Lumpur ini di kawasan Dato Keramat umpamanya, di kawasan Kampung Baru, di kawasan Kampung Pandan, di kawasan Pandan Maju dan lain-lain, apabila perkara ini berlaku maka yang menjadi mangsa adalah pegawai­pegawai dan kakitangan Kerajaan kita yang bertolak subuh daripada rumah kerana jem di jalan sampai di pejabat lewat, punch card merah, ken a panggil pegawai.

Jadi ini satu penganiayaan, rasa saya. Saya sendiripun tak tabu kenapa perkara ini tidak dapat diatasi dan agaknya itulah sebabnya kesedaran timbul maka Kementerian Pengangkutan mencatatkan perkara m1 sebagai satu undang-undang kerana selepas ini mungkin perkara 1m tidak_ akan dibiarkan lagi. Ini mengingatkan saya kepada satu perbilangan kata:

Sini gali sana tahan, jalan siap ditebuk-tebuk bila memperbaiki timbul perbalahan JKR tolak, LLN, JTA cabut, maka tinggallah kawasan itu berlekuk-lekuk yang begitu cantik dulunya berlekuk-lekaklah dia, berlubang-lubanglah dia, tinggi rendahlah dia seperti operation jahit tak betul.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, saya juga menyentuh mengenai muka surat 126, seksyen 88 (2) iaitu menetapkan peraturan bagi menjaga kebersihan. Ini sangat penting, Tuan Yang di-Pertua, memang kita hajat lama dah iaitu kebersihan ini entah kenapa di negara kita ini masih lagi lemah, masih lagi menyakitkan mata, masih lagi tidak begitu selesa, walaupun beribu-ribu kempen telah dibuatkan, mungkin juga bagi pihak Kementerian hendak melaksanakan undang-undang ini terpaksa mengadakan satu lagi

kempen, Iaitu kempen kesedaran kebersihan di kalangan rakyat jelata atau orang ramai.

Bukan salah daripada tempat­tempat berkenaan. Umpamanya bus stands atau perhentian bas. Katakanlah perhentian bas di Pudu Raya, perhentian bas MARA di Alor Setar, di Kuantan, di Ipoh, di Kampar di Seremban, di Johor Bahru, di Segamat dan lain-lain kotor sekotor-kotornya. Malu kita rasanya. Bangunan dibina begitu indah, sudah diperbaiki sana sini, diturap sana sini, cantik, indah, kemas tetapi al-kotor tetap ada.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, ini saya harap kita dapat bukan sahaja Kementerian, orang ramai juga perlu bekerjasama kerana yang buat kotor ini bukan Kementerian ataupun pihak yang mengadakan bas stand itu tetapi kita orang ramai. Ini yang menyebabkan negara kita ini malu. Kalau kita hendak membanyakkan pelancongan, para pelancong hendak naik bas, hendak naik apa sekalipun dia tengok sana sini, sampah sarap dan kekotoran di sana sini, remah­remahan makanan bersepah -sepahan dan kemudian habuk rokok merata­rata. Mungkin juga kempen anti­merokok kita kena kuatkan di negara kita ini. Ini merokok bersepah­sepahan. Ini juga membawa pandangan yang sangat jelek.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyambung sedikit lagi hujahan saya iaitu muka surat 112 dan 113 perkara atau seksyen 82 (1)-(7) iaitu memberi kuasa kepada Pendakwa Raya memohon mahkamah supaya melucutkan sesebuah kenderaan yang terlibat di dalam perlawanan pemandu secara haram.

Saya telah mendengar penjelasan dengan begitu baik, teratur dan konkrit daripada Timbalan Menteri sewaktu beliau mencadangkan Akta ini semalam. Memang benar kerana

Page 50: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3501 17 JULAI 1987 3502

ini terjadi dalam keluarga saya sendiri. Seorang anak saudara saya telah mati dengan pecah kepalanya, hancur kerana dilanggar oleh kumpulan kenderaan bermotor yang lalu di waktu malam kerana mengadakan "racing" haram mereka. Mereka­mereka ini bersikap seperti gangster tidak mempedulikan kiri kanan, hanya matlamatnya ingin menang sahaja dan ianya diadakan oleh "syndicate" secara besar-besaran dan mendapat kewangan yang beribu-ribu ringgit. Sesiapa yang menang ditawarkan sehingga sampai $20,000-$30,000 hadiahnya dan mereka ini sentiasa mencari anak-anak muda yang bermotor untuk dijadikan calon-calon di dalam perlawanan haram ini.

Di Kuala Lumpur sendiri perkara ini masih berlaku. Yang paling hairan, tempat perhentiannya ialah depan Pertama Kompleks tidak jauh dari Balai Polis. Di sanalah mereka menunggu. Kalau tidak percaya sila lihat jam 10.00-11.00 malam. Beratus motor berhenti di depan sana menunggu kumpulannya untuk memulakan perlawanan haram ini ke arah Port Dickson, Segamat dan Johor Bahru.

Pernah satu ketika saya sendiri pergi tanya budak-budak ini apa dia orang buat tunggu di sana. Katanya hendak menunggu "boss" datang memberikan taklimat kerana ada pertandingan bermotor dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru. Secara haramlah itu tetapi dia tidak mengatakan secara haram.

Kemudian motor-motor itu pula telah diperbaiki, diperbetulkan telah dimodified dengan izin, diubahsuai dengan cara yang berbagai-bagai. Ada yang macam kuda terbang. Ada yang macam Boeing 737 dengan izin; ada yang macam "Borak" iaitu sejenis kenderaan yang dihayalkan oleh orang yang tidak begitu suka dengan agama, wajah perempuan kononnya ditunggangi oleh Rasulullah s.a. w. semasa beliau mikraj. Sebenarnya

perkara ini adalah perkara tahyul. Pun ada yang macam itu dan berbagai­bagai bentuknya. Tidakkah ini melanggar undang-undang atau adakah 101 dibenarkan atau dibolehkan? Kurang arif saya, Tuan Yang di-Pertua, ingin penjelasan nantinya. Tetapi kita sudah lega sekarang, bila ada undang-undang pastilah ianya akan dilaksanakan dan diharap berjenis-jenis perlumbaan haram ini sama ada motosikal atau kereta atau apa-apa sahaja jenis kenderaan bermotor tidak akan wujud lagi di negara kita ini kerana ianya merupakan satu syndicate haram yang mendatangkan merbahaya, sengketa, susah hati dan juga berbagai-bagau aspek dari segi keruntuhan akhlak dan moral.

Tuan Yang di-Pertua, dengan itu saya menyokong penuh Rang Undang­undang Pengangkutan Jalan 1987 ini.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Hassan Alban bin Haji Sandukong.

4.24 ptg.

Tuan Hassan Alban bin Haji Sandukong: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin turut bersama rakan-rakan yang lain membahaskan Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan 1987 dan saya secara peribadi berpendapat bahawasanya Rang Undang-undang ini telah diwujudkan keria pada masa dan tempatnya memandangkan banyak kelemahan­kelemahan yang seharusnya diperbaiki khususnya dengan Undang-undang Pengangkutan Jalan 1987.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan beberapa masalah yang khusus saya ambil contohnya daripada negeri Sabah saya rasa wajib diambil perhatian oleh Dewan yang mulia ini. Dalam Hansard yang ada di sini, Tuan Yang di-Pertua, muka surat 94, hujah Timbalan Menteri ada mengatakan bahawasanya tujuan

Page 51: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3503 17 JULAI 1987 3504

diadakan Rang Undang-undang ini adalah untuk meningkatkan taraf keselamatan di bidang pengangkutan serta memperbaiki perkhidmatan­perkhidmatan yang diberi kepada pengguna-pengguna jalan. ltulah ungkapannya, Tuan Yang di-Pertua, dan bersabit dengan itu saya ingin juga kaitkan saranan ini dengan keadaan di Sabah terutamanya cukai jalan di Sabah yang begitu tinggi sekali.

Kalau kita sebut tinggi sahaja memang barangkali Iebih tinggi Iagilah cukai jalan di Semenanjung ini. Tetapi jika dibandingkan dengan taraf jalan raya di Semenanjung dengan Sabah, Iangit dengan bumi kata orang. Maka tidak munasabah orang negeri Sabah membayar cukai jalan begitu tinggi sekali, Tuan Yang di-Pertua.

Yang kedua, berkenaan dengan cukai jalan ini ialah cukai dikenakan ke atas "Land Cruisers", kenderaan yang begitu popular sekali di negeri Sabah digunakan oleh orang-orang miskin, sahabat-sahabat kita yang bekerja di ladang-Iadang, menanam sayur seperti di Kundasang. Land Cruiser ini merupakan jentera untuk cari makan. Tetapi road tax untuk satu Land Cruiser adalah tax $5,000 satu tahun ada yang $7,000. Mungkin saudara Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri lebih arif tentang masalah ini. Tetapi orang kampung mana mampu bayar sampai $7,000 sedangkan jalan rayanya tidak baik. Sudahlah cukai jalan tinggi, maintenance kereta juga tinggi, maka harus dikaji. direview semula keadaan ini, Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab Undang-undang Pengangkutan Jalan kutip cukai road tax ini mungkin sudah menjadi tugas Persekutuan tidak lama Iagi-mungkin. Ini harus diambil perhatian.

Perkara yang ketiga, Tuan Yang di­Pertua, ialah berkenaan dengan Rang Undang-undang yang digubal _ole~ negeri Sabah untuk mendenda Ion-Ion yang mengangkut muatan Iebih

sampai Iebih $15,000 kalau kedapatan dua tiga kali kesalahan. Memang betul undang-undang ini pada pendapat saya secara peribadi, saya suka kerana Iori-Iori balak di Sabah itu mengganas, terlalu banyak Iori. Banyak orang mati akibat dilanggar Iori yang tidak bertanggungjawab ini. Tetapi adakah itu sah di sisi undang-undang? Ini yang saya mahu tahu. Adakah kuasa kita meluluskannya di Dewan Undangan Negeri mendenda drebar-drebar ton ini sedangkan ini tugas Persekutuan? Kalau perbuatan itu baik kenapa tidak dimasukkan sahaja sini supaya sah, supaya pada suatu hari tidak akan disaman Kerajaan Negeri Sabah. Sekarang ini 10 saman terpaksa dikenakan ke atas Kerajaan Negeri Sabah. Mungkin ini satu lagi, tidak lama lagi. Sebab itu di Dewan yang mulia ini Menteri yang berkenaan harus memberi penerangan tentang status undang-undang yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Sabah pada awal tahun 80an kalau saya tidak silap.

Dalam Hansard berkenaan juga, Tuan Yang di-Pertua, muka IJ), seksyen 17 ada mengatakan bahawasanya kenderaan-kenderaan yang tidak berada dalam keadaan baik tidak akan dilesenkan oleh Jabatan Pengangkutan. Ini maknanya kalau diperbaharui lesen itu terpaksa diperiksa dan disiasat dahulu sama ada kereta itu baik atau tidak dalam keadaan selamat digunakan atau sudah dalam keadaan bahaya. Ini kalau tidak betul-betul diperhatikan akan membuka ruang untuk rasuah. Kalau orang yang memeriksa kenderaan itu tidak bertauliah dan kalau orang yang memeriksa itu tidak mempunyai moral yang tinggi, dengan izin, integrity yang tinggi, maka rasuah Iagi. Sebab itu di perenggan ini saya rasa Kementerian harus membuat penekanan di sini bahawasanya ini merupakan loopholes yang akan membuka pintu kepada rasuah.

Selain daripada itu, kalau dilaksanakan undang-undang ini,

Page 52: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3505 17 JULAI 1987 3506

Tuan Yang di-Pertua, mesti cukup Jabatan-jabatan atau cabang-cabang Jabatan atau pegawai-pegawainya untuk memeriksa kenderaan ini. Jangan sampai orang beratur sampai 2-3 batu kerana mahu memperbaharui lesen kenderaan ini dan bagaimana pula orang-orang yang tinggal di pedalaman Sabah, macam Kundasang, Ranau ini. Mereka menggunakan kenderaan pengangkutan banyak sekali, tetapi selalunya cawangan Jabatan Kerajaan di sana tidak ada. lni harus ada jaminan daripada Kementerian supaya rakyat tidak akan susah oleh undang-undang ini.

Seksyen 66, Tuan Yang di-Pertua, iaitu berkenaan dengan muatan lebih ini, passenger lebih muat, sudah disentuh oleh seorang rakan tadi dan saya tidak akan ingin membahaskan. Cuma saya tidak tahu bagaimana dikuatkuasakan di pedalaman Sabah undang-undang ini kerana di sana terdapat keadaan macam juga di Filipina mungkin, tidak banyak kenderaan di kampung, di Telupid misalnya mini bas itu sampai bonet mereka duduk, di atas bumbung orang duduk, mana-mana semuanya duduk, Polis tidak ada. Memang baik, tetapi bagaimana caranya mengimplimen­tasikan di pedalaman Sabah ini, di Telupid, di Kinabatangan kenderaan kurang, rakyat mahu naik kenderaan. Sudah beri lesen kepada orang yang salah, orang yang kita beri lesen bukan orang di sana, di Sandakan, dia 100 batu dari tempat yang berkenaan. Sudah orang perlukan kenderaan tidak ada, 1-2 sahaja ada. Oleh sebab demand begitu tinggi, terpaksa naik atas bumbung pun dia tidak peduli. lni hams diambilkira bila mana kita melaksanakan dan meluluskan Rang Undang-undang ini nanti.

Perkara yang keempat saya ingin bahaskan di sini ialah berkenaan dengan seksyen 14 membolehkan pegawai-pegawai Jabatan Pen-gangkutan Jalan mendapatkan maklumat berkenaan dengan kes yang

disiasat supaya tindakan-tindakan dapat diambil terhadap teksi-teksi haram, pemajakan lesen perdagangan dan sebagainya. lni diberi kuasa kepada pegawai untuk mengesan mereka ini, ini memang susah tetapi masalah ini betul, saya akui, bukan sekedar di Semenanjung, di Sabah ini sudah menjadi masalah tetapi kita tanya kenapa ada bas-bas haram lagi, kenapa masih ada mini-mini bas haram. Mungkin sebab lesen yang kita keluarkan tidak cukup untuk kawasan berkenaan. Saya sendiri tidak akan naik kenderaan yang tidak ada lesen kalau ada daya saya, kalau ada tempat lain yang boleh kita ikut, tetapi kalau tidak ada terpaksa ikut kereta sapu kerana tidak ada kenderaan lagi.

Mungkin dari perangkaan jika ditengok di Statistic Department di dalam fail-fail mereka kata cukup. Misal kata di Kundasang dia kata sudah ada 200 mini bas. Dalam buku betul, tetapi orang yang diberi lesen ini bukan tinggal di sana, ini yang menjadi masalah. Kalau cukup kenderaan yang diberi lesen secara sah, ini tidak ada orang mahu naik kereta pirate taxi ini-tidak ada, yang tidak ada insurans ini, kerapkali diganggu oleh Polis akan kereta­kereta pirate ini dan kadangkala ini juga punca untuk dapat rasuah sedikit. Dia tahan tengah jalan, dia beri $20, dia beri lepas. Kalau cukup kenderaan yang diberi lesen dan kalau orang yang diberi lesen itu benar-benar datang dari kawasan itu, tidak ada masalah Iagi, tidak payah ada undang-undang ini, tidak akan ada pirate taxi-teksi sapu ini tidak ada, tetapi kalau ada kesilapan dari segi pemberian lesen ini, di sana timbul masalah. Kalau tidak diperbaiki punca masalah ini tidak ada gunanya undang-undang ini, orang tidak akan ikut, orang akan buat cara bagaimana sekalipun menipu undang-undang ini.

Itu sahaja, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin timbulkan dan saya

Page 53: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3507 17 JULAI 1987 3508

berterima kasih kerana diberi peluang dan saya menyokong Rang Undang­undang ini.

4.37 ptg.

Tuan Ng Peng Hay: ·Tuan Yang di­Pertua, saya bangun untuk mohon izin mengambil bahagian dalam perbahasan, juga memberi sokongan penuh atas pindaan suatu Rang Undang-undang yang telah dikemukakan oleh Yang Behormat Timbalan Menteri Pengangkutan.

Tuan Yang di-Pertua, mengikut penyampaian ucapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri semalam iaitu Rang Undang-undang ini sebelum dibawa ke Dewan untuk dibincang dan diluluskan bahawa Kementerian yang berkenaan telah mengedarkan deraf kepada 20 persatuan dan organisasi swasta yang ada bersangkutan dengan Kementerian Pengangkutan untuk mendapatkan komen dan maklumbalas. Saya berpendapat bahawa tindakan yang diambil oleh Kementerian berkenaan adalah satu tindakan yang wajar bahawa maklumbalas mereka akan menjadi panduan yang berguna kepada Kementerian kerana apabila persatuan ataupun organisasi swasta yang ada bersangkutan dengan pindaan atau pemansuhan ataupun penambahan Rang Undang-undang ini telah memberi pandangan dan nasihat ataupun komen, maka apabila Rang Undang-undang diluluskan oleh Dewan yang mulia ini, ia akan mengurangkan tuduhan dan tentangan daripada pihak-pihak swasta, ia akan membantu Kementerian berkenaan melicinkan implimentasi Rang Undang-undang ini. Oleh itu, saya berharap bahawa Kementerian­kementerian yang lain pada masa­masa yang akan datang sebelum membawa Rang Undang-undang ke dalam Dewan akan mengikut jejak langkah Kementerian Pengangkutan.

Tuan Yang di-Pertua, saya masih ingat beberapa bulan yang lalu Yang Berhormat Menteri Pengangkutan telah mengumumkan melalui press media bahawa Kementerian mengadakan exercise ataupun kempen untuk mempermudahkan peraturan di dalam Kementerian, dengan izin, "deregulation exercise" bagi Kementerian Pengangkutan. Ini satu tindakan yang baik yang mana akan menyenangkan rakyat jelata dalam sesuatu urusan hendak memohon lesen di dalam Jabatan Pengangkutan Jalan ataupun di mana Jabatan­jabatan di bawah Kementerian Pengangkutan. Kadangkala seseorang ingin memohon satu lesen di mana satu Jabatan si pemohon itu terpaksa mengisi berbagai-bagai jenis borang. Jadi dengan adanya kemudahari peraturan ataupun, dengan Izm, "deregulation exercise", maka lebih menyenang memberi kemudahan kepada orang awam dalam urusan rasmi di Jabatan-jabatan Kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan pada petang ini adalah tepat dan sesuai pada masa sekarang kerana mengikut ucapan Yang Berhormat Timbalan Menteri yang kemuka pada petang semalam bahawa Ordinan Lalulintas 1958 sehingga hari ini telah hampir lebih kurang 30 tahun dan adalah sampai masanya untuk dipinda untuk menyesuaikan ataupun dikemaskinikan untuk kesesuaian pada masa sekarang.

Di bawah Seksyen 125, Rang Undang-undang ini akan membenarkan bayaran lesen kenderaan motosikal dan lesen memandu boleh dibayar di mana­mana Pejabat Pos apabila Rang Undang-undang ini diluluskan nanti. Saya berpendapat bahawa Kerajaan menitikberatkan golongan yang berpendapatan rendah khususnya penduduk-penduduk di luar bandar ataupun penduduk-penduduk di

Page 54: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3509 17 JULAI 1987 3510

rancangan-rancangan tanah, penduduk-penduduk di kampung­kampung baru yang mana motosikal adalah alat pengangkutan yang asas ataupun alat pengangkutan yang paling penting untuk mereka.

Dengan pindaan yang akan dibuat ini akan membantu atau menyenangkan memberi kemudahan kepada penduduk-penduduk di luar bandar untuk mereka membaharui lesen kenderaan motor dan lesen memandu. Ini satu tindakan yang sangat wajar bagi membantu penduduk-penduduk di luar bandar. Saya berharap Kementerian­kementerian yang lain akan juga mengikut jejak langkah Kementerian Pengangkutan menitikberatkan golongan-golongan yang berpendapatan rendah.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan lesen memandu, di sini suka saya menimbulkan berkenaan dengan lesen memandu plastik yang mana sekarang digunakan oleh tiap-tiap pemandu kereta. Lesen plastik yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan ini saya dapati mutunya tidak bagitu baik kerana saya mendapat aduan daripada setengah­setengah pemandu kereta, apabila digunakan lesen plastik ini, bila kena panas ia akan bengkok atau pecah. Apabila seseorang pemegang lesen memandu plastik ini diperiksa oleh Pegawai Penguatkuasa, dan jika didapati ianya pecah, pemandu yang berkenaan akan dikenakan denda atau compound dan seseorang pemandu itu terpaksa pergi ke Jabatan Pengangkutan Jalan untuk memohon satu gantian atau satu salinan lesen memandu plastik. Tetapi Jabatan Pengangkutan Jalan di bawah Kementerian Pengangkutan mengenakan $20 tiap-tiap seseorang pemandu yang mana lesen plastik itu pecah. Pada saya ini tidak betul dan tidak patut kerana lesen plastik dikeluarkan oleh pihak Kementerian

dan ia pecah bukan kerana disengajakan oleh seseorang pemandu tetapi kerana mutu lesen plastik ini tidak begitu baik. Oleh itu saya telah mendapat beberapa aduan daripada beberapa pemandu kereta. Sepatutnya Kementerian menimbangkan untuk mengecualikan satu sen pun bayaran untuk membaharui salinan lesen plastik yang saya sebutkan tadi.

Tuan Yang di-Pertua, di sini juga saya mengambil kesempatan mengingatkan pihak Kementerian, selepas kelulusan Rang Undang­undang ini, Kementerian sepatutnya berwaspada dan tidak menyelewengkan kuasa kerana kita selalu mendapat aduan ada setengah Pegawai-pegawai Penguatkuasa suka menyalahgunakan kuasa mereka. selepas kelulusan Rang Undang­undang ini Pegawai Penguatkuasa akan bertambah kuasa mereka. Saya berpendapat bahawa Pegawai Penguatkuasa patutlah menjalankan tugas mereka dengan bertimbangrasa. Walaupun kuasa bertambah, sepatutnya mereka menggunakan budibicara yang baik terhadap seseorang pemandu yang melanggar undang-undang.

Tuan Yang di-Pertua, saya suka juga di sini menyentuh berkenaan dengan Seksyen 85 (1) dan (8) iaitu penyelarasan menimbus lubang­lubang di jalan-jalan oleh pihak Kementerian Kerjaraya. Kami berpengalaman bahawa boleh dikatakan tidak ada penyelarasan di antara jabatan-jabatan teknikal di mana jalan-jalan itu selepas dinaikkan taraf jabatan lain pula datang mengorek untuk menambah paip atau kabel. Apa yang mengecewakan kita semua ialah kadangkala setengah­setengah kontraktor swasta yang menjalankan projek-projek Kerajaan mengorek jalan dengan sesuka hati tanpa pengetahuan pihak-pihak yang tertentu sehingga beberapa kemalangan telah berlaku yang mana saya telah mendapat aduan.

Page 55: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3511 17 JULAI 1987 3512

Satu contohnya di negeri Melaka, ada sepasang adik beradik menunggang basikal pada waktu malam, kedua-dua ini apabila tiba di jalan tersebut, oleh kerana di depan itu ada lobang yang dikorek oleh satu kontraktor swasta untuk menanam kabel telefon dan lobang itu tidak ditimbus selepas dikorek, kedua-dua adik beradik ini apabila menunggang basikal pada waktu malam yang gelap, terjatuh dan masuk ke dalam lobang yang berkenaan itu dan patah kakinya. Saya rasa kes ini akan di bawa ke mahkamah untuk, dengan izin, "sue" Kerajaan untuk mendapatkan bayaran liability, dengan izin. Oleh itu saya berharap selepas pindaan Rang Undang-undang ini, Kementerian Kerjaraya akan menjalankan peranan yang menyelaraskan semua jabatan­jabatan, semua kontraktor-kontraktor swasta apabila mereka hendak mengorek jalan mesti mempastikan lobang-lobang yang dikorek itu ditimbus semula untuk menjamin keselamatan pengguna-pengguna jalan raya.

Tuan Yang di-Pertua, di sini suka saya menimbulkan Seksyen 80, 81, (2) dan (3) di mana perlumbaan haram motosikal berlaku. Walaupun tadi seorang Yang Berhormat rakan saya telah menimbulkan berkenaan dengan perlumbaan motosikal haram, saya suka juga membawa ke dalam Dewart yang mulia ini iaitu perlumbaan haram ini bukan sahaja mendatangkan gangguan kepada penduduk­penduduk dan juga mengganggu ketenteraman masyarakat kita, juga mengancam keselamatan pengguna­pengguna jalan raya.

Tuan Yang di-Pertua, saya berpengalaman bahawa ada sindiket di Melaka membuat perlumbaan haram pada waktu tengah malam dengan menggunakan Iori yang besar membawa motosikal-motosikal yang kuasanya lebih besar daripada motosikal yang biasa, di mana saya berpengalaman iaitu ada satu

pert~ruhan yang haram, a tau dengan izin, illegal betting di antara Syarikat Suzuki dan Syarikat Honda. Kedua­dua syarikat ini menaja perlumbaan haram itu dengan Iori besar membawa beberapa buah motosikal yang mempunyai kuasa enjin lebih besar untuk pemuda-pemuda yang berminat dalam perlumbaan m1. Mereka menjalankan perlumbaan itu di waktu malam dan perlumbaan itu dibuat di kawasan taman perumahan. Apabila penduduk-penduduk di taman perumahan menelefon dengan pihak polis, pihak polis pun datang dengan kenderaan mereka untuk mengejar pelumba-pelumba ini, tetapi tidak dapat kerana motosikal yang digunakan oleh pelumba-pelumba itu kuasa motornya lebih besar daripada kuasa motosikal yang digunakan oleh anggota-anggota polis. Oleh itu saya menyokong penuh, kerana selepas pindaan Rang Undang-undang ini akan memberi kuasa yang lebih besar kepada pihak yang tertentu untuk mendenda mana-mana pihak yang menganjur perlumbaan haram yang bukan sahaja mendatang gangguan kepada masyarakat kita, juga mengancam keselamatan pengguna­pengguna jalan raya.

Tuan Yang di-Pertua, di sini juga saya suka menyentuh di bawah Seksyen 36 di mana Ketua Pengarah diberi kuasa untuk menarik atau menolak lesen memandu seseorang yang telah bersabit dengan kesalahan Undang-undang Penyalahgunaan Dadah. Ini satu pindaan yang wajar kerana kita tidak mahu seorang penagih dadah menggunakan lesen memandu yang sedia ada ataupun dengan lesen memandu menjadi pengedar dadah yang mana ia akan mengancam generasi muda kita.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan pengedaran dadah ini, saya juga timbulkan satu contoh kerana pengedar dan penyalahgunaan dadah ini bukan sahaja telah mengancamkan

Page 56: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

--------------------···· . ------·--

3513 17 JULAI 1987 3514

generasi muda di negara kita, juga telah memburukkan imej dan maruah negara kita di negara-negara asing.

Contohnya, saya berpengalaman bahawa apabila seseorang Malaysia yang memegang pasport Malaysia untuk melawat ataupun melancong ke negara-negara asing, mereka bila sampai ke Jabatan Imigeresen ataupun Kastam, sebelum masuk ke negara asing, pegawai Kastam apabila nampak seorang pemegang pasport Malaysia itu mereka mesti buat periksa 100% ataupun, dengan izin, 100% check. Kadangkala sehingga beg-beg dan luggage digeledah oleh anjing pengesan. Saya berpengalaman sehingga pakaian dibuka untuk diperiksa. Ini disebabkan kerana segelintir orang-orang Malaysia yang melakukan kesalahan mengedar dadah di negara asing. Maka sehingga anggapan yang salah di kaca mata setengah-setengah pegawai penguatkuasa di negara-negara asing di mana tiap-tiap seorang pemegang pasport Malaysia disyakki ataupun dianggap kemungkinan seorang pengedar dadah. Oleh itu saya juga berharap dengan petlantikan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebagai Presiden Persidangan Antarabangsa Mengenai Pengedaran dan Penyalahgunaan Dadah, ia akan dapat menghapuskan anggapan yang salah di kaca mata pegawai-pegawai penguatkuasa negara-negara asing.

Tuan Yang di-Pertua, di sini juga saya suka menyentuh di bawah Fasal 126 berkenaan dengan pemeriksaan kenderaan oleh syarikat-syarikat swasta selepas pindaan Rang Undang­undang Pengangkutan Jalan 1987 ini diberi kuasa kepada Kementerian atau Menteri yang berkenaan. Saya berpendapat bahawa dengan Rang Undang-undang yang akan diluluskan ini telah dikemaskinikan untuk kehendak-kehendak masa sekarang. Tetapi dengan tapak atau bangunan yang sesuai untuk menjalan-kan penguatkuasaan contohnya

pemeriksaan kenderaan-kenderaan adalah penting juga.

Saya timbulkan perkara ini adalah berkait dengan bangunan Jabatan JPJ di negeri Melaka. Saya berpendapat bahawa bangunan Jabatan JPJ telah uzur. Bangunan ini telah digunakan oleh JPJ sejak tahun 1938. Sehingga sekarang telah lebih kurang 49 tahun. Dan untuk makluman Kementerian Pengangkutan Jalan dan juga Dewan yang mulia ini, jumlah bilangan kenderaan yang telah didaftarkan sehingga 31hb Disember, 1986 di negeri Melaka adalah lebih kurang 150,000 buah. Jumlah basil dari pungutan cukai bagi setahun di negeri Melaka adalah lebih kurang $29 juta. Dan bangunan JPJ yang ada ini terletak di pusat bandar Melaka telah menyebabkan kesesakan lalu-lintas kerana terletak bangunan JPJ ini dikelilingkan oleh lima buah sekolah.

Saya dapati bahawa tiap-tiap hari lebih kurang 1,000 orang di seluruh negeri ini datang ke pejabat JPJ Melaka untuk urusan harian. Kerana kesesakan tapak ataupun bangunan JPJ di Melaka, ujian pemandu­pemandu kereta terpaksa tumpang di lorong belakang di satu kawasan di mana kawasan itu tidak sesuai untuk menjalankan ujian urituk pemandu­pemandu, tetapi kerana kesesakan kawasan tapak bangunan yang sedia ada, terpaksa JPJ membuat ujian itu di lorong belakang bangunan-bangunan kedai yang berhampiran dengan pejabat JPJ. Dan kerana kawasan ini adalah terletak di kawasan pelancongan dan Kerajaan Negeri Melaka telah mengumumkan kawasan ini akan diwartakan tidak lama lagi sebagai kawasan pelancongan, jadi saya nampak pada masa akan datang bahawa bangunan ini tidak sesuai lagi untuk digunakan oleh JPJ menjalankan urusan pemeriksaan kendeTaan ataupun urusan harian. Bangunan yang sedia ada_ini, tempat

Page 57: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3515 17 JULAI 1987 3516

pemeriksaan Iori tidak sesuai lagi, kerana kita semua sedia maklum bangunan ini 49 tahun lamanya, tapaknya sesuai untuk memeriksa kenderaan yang besar seperti Iori-lori tanker. Oleh itu, Tuan Yang di­Pertua, bagi pihak negeri Melaka, kami merayu kepada Kementerian Pengangkutan memberi pertimbangan yang utama kepada projek pembangunan JPJ di Melaka.

Kami bernasib baik dan bertuah mendapat seorang Pengarah JP J di negeri Melaka yang bijaksana menggunakan kuasa sendiri mengatur, menyusun dengan begitu baik sehingga urusan berjalan dengan begitu licin. Tetapi ada baiknya sekiranya bangunan baru yang mana tapak telah disiapkan, projek itu dijalankan dengan segera. Kerana projek bangunan JPJ ini pun telah disebutkan dalam Rancangan Malaysia Keempat sehingga Rancangan Malaysia Kelima belum dapat satu sen diperuntukkan untuk bengunan yang dianggarkan $6 juta.

Tuan Yang di-Pertua, dengan itu, saya sekali lagi memberi sokongan kepada Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan 1987 dan berharap Kementerian berkenaan mengambil perhatian tentang komen dan pandangan yang diberikan oleh kami. Sekian, terima kasih.

4.56 ptg.

Puan Haijah Salbiah binti Mohd. Akim: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana dapat peluang berucap di atas pindaan Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan 1987. Telah banyak rakan-rakan yang bercakap di atas Rang Undang-undang ini. Saya akan mengambil sedikit daripadanya iaitu Rang Undang-undang yang ada ini telah 30 tahun, sudah sepatutnyalah dipinda kerana kenderaan-kenderaan di masa 30 tahun yang lampau tidak sama dengan

kenderaan yang ada pada hari ini. Jadi memang kenalah pada tempatnya kita pinda Undang-undang Pengangkutan Jalan 1987.

Pemandu-pemandu 30 tahun yang lepas tidak sama dengan pemandu­pemandu yang ada pada masa ini. Pemandu-pemandu pada 30 tahun lepas patuh kepada peraturan, undang-undang jalan dan bersopan santun tetapi pada hari ini walaupun dilaungkan setiap hari bersopan­santun di jalan raya, pandu cermat jiwa selamat, berbagai kata-kata untuk mengingat pemandu-pemandu, bukan bertambah kurang. tetapi bertambah lagi keadaan yang tidak memuaskan pada orang ramai terutama pemandu-pemandu yang muda.

(Timbalan Yang di-Pertua mem­pengerusikan Mesyuarat)

Pada masa ini banyak kenderaan yang setengahnya lebih 10 tahun umurnya, terutama kenderaan ini masih digunakan di luar-luar bandar untuk pengangkutan terutama sekali pada kanak-kanak sekolah. Kadangkala tempat minyak itu pun tutupnya sudah loose. Dia ikat dengan kain, dia balut dengan plastik, dia tutup macam itu sahaja, inipun masih berjalan. Tetapi yang menghairankan tidak ada siapa yang bertanggungjawab mengambil tindakan perkara ini, walaupun bas­bas sekolah atau kenderaan­kenderaan itu lalu-Ialang di atas jalan. Masing-masing tengok sahaja. Bila sudah berlaku perkara yang tidak diingini maka baharulah ambil tindakan. Ini kita boleh perhatikan kalau pergi ke luar-luar ban dar, masih berlaku perkara macam itu.

Seperkara lagi, kenderaan-kenderaan, dengan izin, private sapu. Ini juga berleluasa. Di setengah­setengah negeri dalam bandar besar lebih banyak private sapu daripada teksi yang halal, tetapi tidak siapa hendak tangkap pun. Kadang-kadang

Page 58: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3517 17 JULAI 1987 3518

kita cuba menaikinya, lantai kereta itupun sudah tembok, tetapi masih digunakan. Tiada siapa ambil tindakan. Ini juga apabila undang­undang ini dijalankan maka kita mestilah perhatikan benar-benar. Saya berasa syukur dalam pindaan ini, iaitu pemandu dan kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengannya, daripada Fasal 39 hingga 55. Saya baca satu­satu, ianya sungguh memuaskan kalau dilaksanakan benar-benar.

Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang telah saya katakan tadi, pemandu-pemandu m1 memang kurang bersopan-santun di jalan raya, terutama sekali apabila membawa motokar atau motosikal-bila mereka nampak wanita yang membawa kereta itu lagilah dia kurang sopan. Kalau kita hendak melintas, dia ingat dia orang muda, dia lebih cekap lagi daripada kita, dia pergi sebelah kiri. Padahal kalau dia hendak memotong, dia pergi sebelah kanan, tetapi sebelah kanan ada orang hendak masuk, dia tidak peduli-dia jalan sebelah kiri. Begitu juga motosikal. Kalau dia nampak orang perempuan, umpamanya, membawa motokar, dia macam perli de pan kit a. Ini juga tidak ada siapa yang ambil tindakan. Biarkan. Kadang-kadang lepaskan asap lagi. Bukan di luar ban dar, di dalam ban dar berlaku perkara-perkara macam ini. Tiada juga siapa yang ambil tindakan, biar­kan sahaja. Jadi pada pandangan saya, apa salahnya Kementerian Pengang­kutan beri ataupun minta kerjasama orang ramai supaya mereka juga mengambil bahagian. Sebab kalau kita hendak harap Pegawainya sahaja, tidak cukup Pegawai itu, kenderaan dan perkara-perkara yang berlaku di atas jalan raya ini berlaku banyak.

Jadi kita buat sebagaimana pada masa dahulu, kempen anti-sorok. Kalau kita hendak pergi mengadu kepada Polis atau ~pada Jabatan itu-lambat. Jadi Jabatan Pengangkutan Jalan keluarkan

borang, kita buat macam anti-sorok, umpamanya, diadakan Peti Surat 8000. Orang-orang ini boleh mengadu, kalau dia nampak ada kenderaan yang kurang so pan, maka dia gunakan borang itu hantar terus. Dia akan catatkan nombor kereta dan masanya dia boleh hantar, maka Jabatan Pengangkutan Jalan, sebahagian daripada Pegawainya ditugaskan untuk perkara ini. Sekurang-kurangnya bagi amaran. Kalau selalu perkara macam ini berlaku maka adalah kurang sedikit kemalangan-kemalangan di jalan raya, yang mana selalu disiarkan di dalam suratkhabar tolong beritahu perkara­perkara yang telah berlaku, yang telah ada accident, di tepi jalan seorang mayat telah dijumpai, siapa yang nam­pak tolong memberitahu kepada Polis. Siapa yang hendak beritahu. Tetapi kalau kita adakan satu borang khas sebagai satu kern pen permulaan, bukan sahaja kita dapat mendidik rakyat kita bekerjasama untuk keselamatan­keselamatan di jalan raya ini, tetapi kita lebih senang lagi dan masing­masing rasa takut hendak buat perkara yang salah. Saya mencadangkan atau mengesyorkan sedemikian kerana saya berpandukan kepada sebuah negara, kebetulan sewaktu yang melawat ke negara jiran kita ini, ada satu kereta yang buat salah. Dia pergi letak kereta sebelah yang orang hendak pergi kiri. Umpamanya kalau kita pergi belah kanan, dia menyeberang daripada kanan ke kiri, dia hadapkan keretanya di sebelah tepi jalan dan berhenti. Orang yang lalulalang bertanya "apa pasal awak Ietak kereta menghala ke kiri (songsang), kereta yang hendak pergi ke sana mesti hala muka ke sana­awak ini daripada sebelah sana, awak letak kereta di tepi jalan, tetap1 menghala ke tempat orang yang hendak pergi, jadi salah". Pada masa itu saya terfikir betapa baiknya negara ini kerana rakyatnya bertanggung­jawab kepada orang yang buat salah. Walaupun dia bukan Polis,

Page 59: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3519 17 JULAI 1987 3520

walaupun dia bukan orang Kerajaan, tetapi dia orang biasa, dia sedang berjogging, dia nampak orang membuat kesalahan di atas jalan raya terus ditegur perkara salah itu. Jadi ini satu perkara yang baik djtiru.

Maka saya fikir sepatutnya kita juga buat macam itu. Jadi orang ramai pun ambil bahagian, maka orang ramai tidak berani hendak buat salah. Sebab dia tahu dia takut. Orang nampak dia akan buat pengaduan, laporan, maka merasa bersalah. Jadi dengan itu masing-masing jaga keselamatan, jaga kebaikan, bersopan santun, tidak mengharapkan daripada Pegawai Polis atau daripada Jabatan Pengangkutan Jalan sahaja. Tetapi orang ramai juga ada hak untuk menegur perkara­perkara yang tidak baik di jalan raya dengan menggunakan borang yang disediakan oleh JPJ.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa Undang-undang yang hendak dipinda ini sangat baik dan kalau kita perhatikan Undang-undang ini terlalu tebal, dan banyak sudah rakan-rakan kita bercakap, maka saya ambit sedikit bahagian sahaja. Dengan ini saya menyokong Undang-undang Pengangkutan J alan 1987 dengan berpendapat dalam negara yang kita cintai dan kasihi ini, yang mana kita hidup di dalamnya, manusia yang mati kurang daripada yang lain-lain perkara seperti jenayah atau ditembak komunis, tetapi manusia banyak mati kerana accident di atas jalan raya. Jadi sangat baiklah Undang-undang ini kita pinda dan dilaksanakan dengan cemerlangnya pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Timblan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Puan Hajjah Azizah.

5.09 ptg.

Puan Haijah Azizah binti Haji Mohd. Said: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya juga turut bangun menyokong Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan Raya 1987. Saya

juga hanya mengambil sebahagian sahaja kerana kita telah dengar dari rakan-rakan yang telah banyak memperkatakannya.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas kepada pihak Kementerian Pengangkutan yang telah mengambil daya usaha meminda undang-undang dengan mewujudkan beberapa peruntukan undang-undang yang baru selaras dengan keadaan semasa. Sekarang boleh dikatakan tiap-tiap hari kenderaan akan bertambah dengan pesatnya dan orang-orang yang tidak ber-tanggungjawab akan mengambil kesempatan melanggar undang-undang yang mempunyai kelemahan pada masa-masa yang lalu.

Sehingga hari ini perangkaan menyiarkan bilangan orang yang meninggal dunia di jalan raya semakin bertambah. lni adalah disebabkan tidak ada undang-undang yang lebih ketat dan berkesan untuk mengawal pengguna-pengguna jalan raya. Oleh itu Kementerian Pengangkutan hendaklah mewujudkan suatu peruntukan menghukum pengguna­pengguna j~an raya yang cuai dan selaras dengan kehendak zaman dan kalau boleh, pengguna yang telah melakukan lebih dari 10 kali kesalahan jalan raya hendaklah dihukum rotan. Ken a rotan ini ialah "dera" ataupun serik. Kalau wang itu kita hukum dia $100, kompaun daripada $100 hari ini dinaikkan $300, kalau pengangkutan ini salah, $1.000 kita naikkan $3.000. Maka mereka ini ada wang, mereka ini kaya, kadangkala mereka ini ada sindiket. sindiket lari laju, sindiket mengimport haram dan sebagainya, macam-macam sindiket. Mereka ini bijak dari Kerajaan. Jadi kita kenakan "dera" atau rotan satu kali, rotan dua kali, kalau besar kesnya rotan lima kali sepertimana kita kenakan hukuman kepada pengedar-pengedar dadah-rotan. Rotan ini mengikut undang-undang Islam memang teruk.

Page 60: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3521 17 JULAI 1987 3522

Kedua, lebuh-lebuhraya telah dan sedang dibuka di seluruh tanahair untuk memberi kemudahan lebih sempurna dan teratur kepada orang ramai. Yang menjadi masalah sekarang ini kepada Kerajaan ialah tabiat ataupun amalan setengah­setengah pengguna jalan raya yang lebih mementingkan diri sendiri. Tuan Yang di-Pertua, memang terdapat ada pengguna-pengguna jalan raya yang mementingkan diri. Ini saya mengakui, memang saya muda-muda dahulu, tahun 1965-1970 semasa saya baru lulus lesen, saya hendak lumba orang lelaki, saya berkejaran dan kadangkala kalau orang perempuan bawa kereta ini hambat orang lelaki. Jadi kita tidak mahu kalah, kita pun hendak laju. Jadi inilah yang dinamakan pengguna-pengguna jalan raya yang mementingkan diri sendiri, yang tidak menghiraukan kepentingan orang lain, yang mahu tiba cepat, yang mahu cantik, yang mahu lawa, hendak-hendak pula kalau keretanya kereta baru dan kereta yang luar biasa sedikit. Jadi mereka m1 tidak menghiraukan kepentingan orang lain, hanya mementingkan diri sendiri. Inilah yang dinamakan kepentingan diri sendiri ataupun pengguna­pengguna yang mementingkan diri sendiri.

Mengenai nombor-nombor daftar kenderaan, sepatutnya dipamerkan mengikut saiz-saiz kenderaan tetapi apa yang kita dapat lihat sekarang ada yang memakai nombor daftar kecil dan ada yang besar dan mengelirukan orang ramai terutama pihak berkuasa Polis seperti yang berlaku sekarang. Di negara jiran, nombor kenderaan diseragamkan kepada satu saiz yang kecil tetapi boleh dibaca nombor daftar kereta. Di Malaysia ini nombor­nombor daftar tidak sesuai lagi sebab kereta-kereta di Malaysia ini telah bertambah banyak dan nombor­nombor daftar yang ada sekarang ini tidak sesuai lagi.

Banyak penyelewengan-penye-lewengan cukai jalan sedang berlaku dan pemeriksaan yang lebih rapi dan kerapkali hendaklah juga dibuat oleh JPJ khususnya di kawasan­kawasan tol-tol lebuhraya. Pihak Kerajaan juga membenarkan orang ramai membayar cukai mereka melalui ejen-ejen insurans dan sebagainya bagi mengatasi masalah kesesakan-kesesakan Pejabat JPJ. Cukai-cukai jalan juga bolehlah dibenarkan dibayar dengan menggunakan kiriman-kiriman wang tunai di Pejabat-pejabat Pos untuk mengelakkan penyelewengan, rompakan dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, ingin saya jelaskan mengenai perkara pembayaran cukai jalan ini kerana memandangkan keadaan hari demi hari ataupun hari-hari keadaan kesesakan di Pejabat JPJ di tiap-tiap negeri, beratur beramai-ramai (line­up). Jadi kalau setuju ataupun kemungkinan dibuat, kita boleh bayar melalui kiriman wang tunai ataupun money order kerana kadangkala kita daftarkan kereta di Perak misalannya, tetapi kita bekerja di Selangor, jadi kita hendak membayar cukai ataupun membaharui cukai jalan itu terpaksalah kita balik ke negeri asal daftar. Jadi ini menyusahkan si pengguna itu. Misal kata saya di Melaka, saya duduk di Selangor, cukai jalan saya mati hari ini, saya terpaksalah hendak balik. Jadi kalau keadaan itu berlaku dan kesempitan masa, kita bolehlah menggunakan dengan cara pos, kiriman wang untuk membaharui cukai jalan tadi. Ini bagi pembaharuan untuk hendak mengelakkan kesesakan di Pejabat ataupun penyelewengan dan rompakan kerana kadangkala kita membaharui cukai jalan ini kena Iori, bas dan sebagainya, kita membawa wang tunai yang banyak, jadi selalu kadangkala kita dirompak di tengah jalan oleh perompak-perompak yang

Page 61: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3523 17 JULAI 1987 3524

menunggu. Katakan kita ada syarikat­syarikat bas, jadi kita bayar sekali banyak, membawa wang tunai yang banyak, kita dirompak di tengab jalan, jadi kita sudab dua kali rugi, Kerajaan pun bendak tunggu masa, kita kena saman Jagi, kita kena bayar Jagi. Jadi dipinda undang-undang ini membolebkan membayar cukai jalan ini dengan menggunakan kiriman wang tunai melalui Pejabat-pejabat Pos.

Pemeriksaan yang Jebib ketat bendaklah dibuat kepada kenderaan­kenderaan berat seperti Iori, bas di masa membabarui cukai jalan. Begitu juga Iori-lori trailer yang membawa kayu balak, merbabaya kepada pengguna-pengguna jalan raya. Mereka menggunakan rantai-rantai besi sabaja untuk mengikat kayu balak. Cara ini tidak sesuai lagi kerana pemandu Iori tersebut kerapkali memandu dengan Jaju Iori-lori mereka di atas Jebubraya. Pibak Kementerian bendaklah mengubabsuaikan bentuknya supaya sesuai dengan keadaan Jebubraya yang ada sekarang. Sebagai contobnya, memasang papan­papan amaran di sebelab belakang memberitahu pemandu-p~mandu itu iaitu kelajuan mestilab dibadkan untuk keselamatan semua pengguna Jebub-Jebubraya.

Di sini saya suka menyentub sedikit mengenai Jumba motosikal ataupun lumba kereta secara haram. Saya tertarik hati kerana di tempat saya pun berlaku. Kawasan saya ialab kawasan yang diminati oleb orang ramai ataupun muda-mudi. Kawasan itu agak sunyi dan terpencil sedikit iaitu di Air Kerub dan kawasan ini akan dibuka kawasan lebuhraya dan tempat ini ada tempat peranginan sedikit. Jadi bila pukull2.00 malam ke atas memang terdapat orang-orang muda berbilang bangsa berminat untuk mengadakan lumba motosikal secara baram. Masanya ialab pukul 12.00 ke atas terutamanya malam minggu. Apa yang menarik minat

mereka, saya pergi malam-malam cuba mengintai ataupun membuat tinjauan, saya menyamar sebagai seorang lelaki, pakai kot, pakai seluar, saya sorokkan rambut untuk mendapatkan maklumat apa yang menarik minat sangat sebingga mereka ini berminat sangat untuk masuk Jumba motosikal secara baram ini kerana kita tabu kalau satu pusingan malam itu memang ada yang mati, kadangkala satu motor dia naik berdua-zom, mati, kedua-dua mati.

Apa yang menarik minat mereka ialah badiab wang tunai dan perempuan cantik. Ini saya bukan omong kosong, Tuan Yang di-Pertua dan Timbalan Menteri yang berkenaan, ini memang ternyata dan saya telab selidik,-wang tunai dan dapat meniduri perempuan cantik, ini yang menarik minat. Jadi kita tidak mabulab sindiket-sindiket ini berleluasa, menggalakkan anak-anak muda kita semua yang memasuki Jumba baram ini berbagai bangsa kita di Malaysia-Melayu, kaum Tiongbua, kaum Tamil dan juga berbagai bangsa yang ada. Kita tidak mabulab kerana ada penerapan nilai­nilai Islam masalab judi ataupun lumba secara baram ini berleluasa. Dibarap JPJ menguatkan rondaannya bukan sabaja daripada 8.00 pagi sampai 4.00 petang atau 6.00 petang; daripada pukul 12.00 malam bingga pukul2.00 pagi dan pukul3.00 pagi. Di waktu inilab dia tabu pegawai-pegawai pun sudab batik, Polis pun sudab kurang mengadakan rondaan, di waktu inilab zoom, zoom, zoom di kawasan saya. Kalau bendak, datang ke rumab saya, bila-bila boleb telefon, saya tunjuk, saya bawa.

Saya sendiri menyelidiki dan menengok macam mana keadaan itu dan mengapa yang dikejar-kejar­badiab keistimewaan ini! Wanita itu dipamerkan, dia pakai cantik, separub di sini terbuka, di sana terbuka, memang cantik dan memang menggiurkan. ltulab yang dikejar-

Page 62: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3525 17 JULAI 1987 3526

kejar, bak kata orang Melaka "berhanyut dengan nyawa" untuk mengejar hadiah itu.

Jadi, kita tidak mahulah perkara ini berlaku demi keselamatan masa depan anak-anak muda kita. Jadi saya harap diambil tindakan sebab itu saya mengucapkan syabas kepada Kementerian ini yang mengambil berat mengenai lumba-lumba motor dan motosikal haram ini kerana banyak tidak baik daripada yang baik.

Kedua, mengenai lesen-lesen motor. Kita tahu yang kita adakan sekatan di jalan-jalan raya dan lebuhraya ataupun dalam bandar banyak terdapat pengguna motosikal terutama, di luar bandar, di kawasan pendalaman banyak motosikal yang dibeli sampai buruk tak ada lesen, tak ada insuran daripada beli sampai dia buruk.

Bukanlah oleh sebab masalah orang luar ban dar, kawasan pendalaman iaitu penoreh getah dan pekerja ladang semuanya bukan miskin dan bukan tak ada duit, tetapi kita tidak mahu rakyat negara ini dikecualikan cukai dan tidak mahu bertanggungjawab dan lari daripada cukai. Kerana dalam keadaan kemelesetan ekonomi negara kita ini setiap sen cukai dikira dan setiap sen malah setiap perkara, rakyat negara kita mestilah dipertanggungjawabkan ibarat kata pepatah, hati gajah sama kita lapah, hati kuman sesama kita cecah. Satu sen sesamalah kita bahagi, kalau yang banyak pun sesamalah kita rasakan.

Kalau satu sen itu perlu buat kita, satu sen kita cari. Kerana banyak di kawasan pendalaman iaitu di ladang­ladang, motosikal daripada mula beli sampai buruk digunakan, ditenggek, bawa anak, bawa isteri, kadangkala anak dara sunti, orang muda dan budak-budak sekolah dua-tiga betas tahun pun tenggek motor itu tak bercukai. Siapa hendak periksa? Polis tak ada, JPJ tak masuk.

Saya harap kata orang nama timang­timangan Timbalan Menteri kita, kita dapat Timbalan Menteri yang bijak­'" Kak Leha", besarkan sedikit Pasukan Peronda kerana JPJ itu satu badan pemungut cukai yang mendatangkan banyak basil, besarkan sedikit kuatkuasanya, ambil budak­budak muda yang tak bekerja itu, berilah gaji dua-tiga ratus, pergi pungut cukai ataupun siasat di kawasan-kawasan luar bandar iaitu motosikal yang tak bayar cukai itu banyak. Kadang-kadang dibawa laju sudah terjunam masuk parit, merbahayanya banyak, tidak bercukai dan tidak berinsuran. Ini untuk kita mengelakkan kerugian negara daripada segi cukai dan segi keselamatan.

Saya ini kalau bercakap sentuh sedikit-sedikit, tetapi biarlah Ustaz Haji Shaharom menambah dan banyak lagi boleh disentuhnya. Itulah sahaja dan saya dengan ini mengucapkan syabas sekali Iagi kepada Kementerian ini dan dengan ini juga saya menyokong Rang Undang-undang ini untuk diluluskan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Puan Noraini Beluah.

5.23 ptg.

Puan Noraini binti Beluah: Tuan Yang di-Pertua, saya memohon izin untuk mengambil bahagian dalam perbahasan ini yang membincangkan Akta Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan, 1987.

Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kementerian Pengangkutan melalui Timbalan Menterinya Yang Berhormat Datin Paduka Hajjah Zaleha Ismail kerana telah dapat mewujudkan satu Akta yang saya rasa begitu baik dan meyakinkan.

Dengan lulusnya Akta ini akan terhapuslah perkara-perkara yang kita

Page 63: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3527 17 JULAI 1987 3528

anggap sudah ketinggalan zaman yang patut diubahsuai setelah 30 tahun kita merdeka.

Usaha-usaha yang dijalankan oleh pihak Kementerian untuk mendapat maklumbalas daripada orang ramai sebelum Akta itu diwujudkan haruslah diikuti oleh Kementerian-kementerian yang lain agar apa yang kita lakukan dapat memberi kepuasan hati semua pihak.

Tuan Yang di-Pertua, rakan-rakan saya Yang Berhormat tadi telahpun menyentuh berbagai perkara yang ada hubung-kaitnya dengan Akta baru ini. Jadi saya ingin menyentuh satu-dua perkara sahaja yang saya rasa boleh mendapat pertimbangan dari pihak yang berkenaan.

Merujuk mengenai Fasal 36 iaitu memberi kuasa kepada Pengarah JPJ supaya menggantung lesen-lesen ya.ng kita anggapkan pemegang lesen 1tu adalah penagih dadah. Ingin saya menghuraikan beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan.

Memanglah saya akui dan kita semua akui bahawa dadah adalah satu musuh negara. Musuh negara yang utama yang amat diambil perhatian berat oleh pihak Kerajaan dan sekarang dadah telahpun diperbincang­kan di peringkat antarabangsa dan kita bangga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita telah dilantik sebagai Presiden Jawatankuasa Anti­Penyalahgunaan Dadah di Peringkat Antarabangsa, tetapi apa yang saya ingin utarakan ialah sebelum kita menggantung sesuatu lesen yang kita anggap seseorang itu disyaki menjadi penagih dadah, pihak berkuasa haruslah membuat kajian ataupun dengan mengadakan ujian-ujian yang tertentu kepada mereka yang berkenaan kerana kita takut besok kemungkinan ada salah terpa atau salah ditakrifkan seseorang itu maka mereka yang tidak berkenaan akan terlibat.

Kita tahu ada setengah daripada belia-belia kita khasnya kadang­kadang rupa mereka itu seakan-akan penagih dadah sedangkan mereka itu tidak penagih dadah. Jadi harus perkara ini dipertimbangkan kerana kita tak mahu besok kita salah anggap mereka yang menggunakan lesen pemandu itu sebagai sara hidup mereka untuk mencari sara hidup akan menjadi satu beban yang tak dapat dielakkan dan kalau sekiranya perkara ini tidak betul diperhatikan dengan baik, jadi pengangguran akan lebih berlaku di negara kita dan ini juga akan membebankan kepada pihak Kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, dalam Akta ini juga ada diberi kuasa kepada Menteri Kerjaraya yang ada hubung­kaitnya dengan bahagian jalan raya dalam negara ini. Apa yang ingin saya utarakan ialah kerja-kerja menggali dan mengorek lubang di jalan-jalan oleh agensi-agensi tertentu dan juga pemborong swasta hendaklah diadakan di dalam satu masa yang ditetapkan ataupun dikemaskinikan, kita tidak mahu lagi seperti masa sekarang ini. Hari ini LLN korek, besok timbus, seminggu lepas itu JKR korek, begitulah seterusnya, tidak ada apa-apa tindakan dibuat. Jika penyelarasan tidak dibuat perkara­perkara yang tidak menyenangkan ini akan berterusan menyakitkan mata memandang dan menyusahkan pengguna jalan raya.

Berhubung dengan kebersihan jalan raya perlulah diambilkira dengan seriusnya seperti jika terdapat kotoran binatang-binatang mati dilanggar, kayu tumbang dan sebagainya hendaklah disegerakan pembersihan oleh pihak JKR. Jangan bila ada aduan baru dibuat dan pihak pengguna terpaksa menggunakan tenaga untuk membuangnya atau dibiarkan begitu sahaja jika tidak ada aduan yang dibuat.

Page 64: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3529 17 JULAI 1987 3530

Berkenaan pokok-pokok teduhan, sekarang ini sama ada Majlis Daerah, JKR dan sebagainya sedang berusaha untuk menanam di tepi-tepi jalan. Begitu juga dengan pohon-pohon bunga. Jadi, saya berharap pihak JKR hendaklah sentiasa membersihkan dan menjaga pokok-pokok itu, biar ia hidup subur dan baik dan dapat memberi teduhan kepada rakyat jelata. Apa yang terdapat di kawasan saya, saya mewakili negeri Pahang dan saya perhatikan kebanyakan tempat­tempat dalam negeri Pahang itu teduhan memang ada dibuat.

Tetapi apa yang sedih ialah pokok­pokok itu tidak hidup subur sebagaimana yang kita harapkan. Jadi pihak tertentu khasnya JKR hendak­lah berusaha seberapa daya yang boleh supaya pokok bunga dan pokok teduhan itu hidup sebagaimana yang kita harapkan dan dapat memberikan kemudahan kepada kita. Pembersihan ini hendaklah seringkali dibuat. Ini saya perhatikan ada setengah­setengah tempat mungkin tidak semua, tetapi setengah-setengah tempat dia hanya membersihkan di sekeliling pokok itu sahaja sedangkan tempat lain dibiarkan lalang dan sebagainya tumbuh. Jadi, perkara ini juga harus diambil perhatian oleh pihak yang berkenaan.

Jika pokok ini tidak dijaga dengan baik saya rasa kita tidak mahu kata pepatah "hidup segan mati hendak sangat". Orang kata "hidup segan mati tak mahu" tetapi sekarang pokok ini hidup segan dia hendak mati tetapi tidak boleh hendak mati. Oleh itu penjagaan haruslah dibuat.

Tanda-tanda amaran hendaklah banyak dibuat dan diadakan di kawasan-kawasan kemalangan yang dikenal pasti bagi mengingatkan pengguna-pengguna jalan raya tentang keselamatan dan kesejahteraan penggunaan jalan raya adalah wajar diutamakan.

Tuan Yang di-Pertua, perlu juga di sini saya menyarankan agar pihak JPJ mengambilkira dan memeriksa sewajarnya terhadap Iori-lori yang berhenti di bahu jalan yang meletakkan tanda amaran "kereta rosak". Kita tidak tahu sama ada kereta atau Iori itu betul-betul rosak atau tidak ataupun cuma berhenti untuk mengelakkan dari kemungkinan diperiksa oleh pihak JPJ. Perkara ini kerap kali berlaku di daerah saya khasnya Lebuhraya Karak/Kuala Lumpur kerana mereka m1 ada perhubungan di antara satu sama lain. Kalau ada pihak JPJ mengadakan sekatan jalan raya, rakan-rakan mereka pemandu-pemandu Iori yang lain akan mengeluarkan isyarat-isyarat yang tertentu. Jadi, apabila mereka mengetahui barang yang mereka bawa itu lebih muatannya, jadi daripada diperiksa dan didenda oleh pihak JPJ baiklah diberhentikan dengan dibuat tanda Iori itu rosak walaupun dalam Akta yang baru ini kalau Iori berhenti di bahu jalan akan dikenakan denda. Tetapi kalau Iori berhenti di bahu jalan dan dibuat tanda kereta rosak adakah perkara ini juga diambil perhatian oleh pihak JPJ.

Jadi, untuk menyesuaikan Akta baru ini saya rasa perkara-perkara yang telah dinyatakan tadi serba sedikit akan dapat dipertimbangkan. Saya akui bahawa Akta ini adalah sebaik-baik Akta dan kita harapkan semoga segala langkah-langkah yang dibuat dan diambil oleh pihak Kementerian Pengangkutan ini akan mendatangkan faedah dan kebaikan yang berganda lagi kepada pengguna jalan raya khasnya dan rakyat negara ini amnya.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai Ahli baru yang dilantik, saya rasa cukuplah setakat ini dulu maka dengan ini saya mohon izin menyokong Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan 1987. Sekian, terima kasih.

Page 65: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3531 17 JULAI 1987 3532

Timbalan Yang di-Pertua: Dipersilakan Yang Berhormat Tuan Tiong Hiew King.

5.33 ptg.

Tuan Tiong Hiew King: Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk mengambil bahagian untuk membahas Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan 1987 yang akan menggantikan Ordinan Lalulintas Jalan 1958. Demi untuk memuaskan dan memberi perkhidmatan lebih cekap kepada orang ramai, pindaan penggantian itu adalah perlu agar supaya Kementerian Pengangkutan mempunyai kuasa melantik agensi lain bagi mengendalikan urusan mem-perbaharui lesen memandu dan cukai jalan.

Diketahui dengan adanya Akta baru itu Kementerian Pengangkutan akan diberikuasa menahan mereka yang melakukan kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan serta menyelesaikan dengan membayar denda. Langkah itu adalah perlu kerana ini akan membolehkan pesalah terbabit mengetahui kesalahannya dengan serta merta mengurangkan masalah lalulintas dan kes kemalangan jalan raya. Tetapi saya masih berasa langkah itu kurang sempurna. Lazimnya pesalah-pesalah terbabit itu bukan tidak tabu peraturan pokok dalam Akta Pengangkutan Jalan. Selain daripada kepandaian memandu mereka harus mempelajari dan memahami peraturan-peraturan itu benar-benar untuk berkelayakan mendapat lesen memandu.

Setengah-setengah pemandu motokar, Iori a tau motosikal terdapat dengan sengaja melakukan kesalahan­kesalahan melanggar isyarat lalulintas atau memandu lebih laju daripada had laju yang ditentukan itu. Ada juga yang bersalah kerana kelalaiannya. Maka memandangkan begitu banyak masalah lalulintas dan kes kemalangan jalan ra:ya terjadi maka saya

berpendapat iaitu bagi mencegah kejadian itu, Kementerian mesti diberi kuasa mengambil tindakan-tindakan yang lebih keras.

Dengan itu saya hendak mencadangkan iaitu pemandu-pemandu yang melakukan kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan harus didenda, diberi amaran dan kesalahan dicatatkan. Selain daripada jikaiau mereka itu melakukan kesalahan pada ketiga kalinya lesen memandunya ditarik dan tidak dibenarkan memandu buat tempoh 10 tahun.

Akhirnya, saya juga mengingatkan Kementerian Pengangkutan bahawa dengan penggantian Ordinan itu pegawai-pegawai dan kakitangan­kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan harus menjalankan tugas-tugas mereka dengan bersungguh-sungguh mencegah diri mereka dari membuat dengan sewenang-wenangnya atau melakukan sesuatu yang tidak diingini. Saya berharap dengan penggantian Ordinan itu masalah lalulintas dan kes kemalangan akan berkurangan kelak. Inilah harapan saya dan saya sekali lagi menyokong Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan itu.

Timbalan Yang di-Pertua: Sila Yang Berhormat Tuan Dahalan bin Haji Em bun.

5.36 ptg.

Tuan Dahalan bin Haji Embun: Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk bersama-sama membahas Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan 1987.

Tuan Yang di-Pertua, bila saya bangun di peringkat akhir-akhir ini memanglah tidak banyak lagi hendak disebutkan tetapi bagaimanapun ingin juga saya membahas secara ringkas iaitu saya akan membawa satu cadangan dua cara siasatan dan tindakan oleh Kementerian.

Page 66: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

I,.

3533 17 JULAI 1987 3534

Yang pertamanya, berkenaan dengan lesen memandu. Sebagai kita maklum lesen memandu sekarang ini untuk pembaharuan kita terpaksa pergi ke pejabat. Tetapi kalau ikut am alan dengan lesen TV, sentiasanya diberi "reminder" dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, sebelum lesen itu mati ataupun habis tempohnya.

Jadi, sebagai termaklum manusia biasa seperti kita ini selalunya terlupa atau terlalai berkenaan dengan tempoh matinya lesen kita itu. Benda ini bukan sahaja terjadi kepada saya ataupun kepada Yang Berhormat­Yang Berhormat yang lain. Memang kebiasaannya terjadi dan bila jadi masalah begini, kadang-kadang dengan tidak sengaja kita ditahan oleh Polis barulah kita ingat bahawa lesen kita itu telah mati. Jadi inilah say a mahu bawa satu cadangan supaya pihak Kementerian mengeluarkan "reminder" sebelum lesen tamat tempohnya.

Yang kedua, Tuan Yang di-Pertua, saya mahu pihak Kementerian membuat penyiasatan dan seterusnya bertindak di atas rungutan berkenaan dengan "Iori hantu". Lori hantu maknanya Iori yang tidak ada permit jalan. Memang menjadi kebiasaan di kawasan-kawasan luar bandar menggunakan Iori bantu ini terutama sekali di kawasan-kawasan balak, kawasan-kawasan pembinaan dan juga di kawasan kuari.

Memang kegiatan ini berleluasa, sebenarnya oleh kontraktor-kontraktor untuk hendak mengelakkan daripada peningkatan kos, tetapi kalau dipandang secara seriusnya kegiatan ini adalah penting daripada segi keselamatan. Jadi saya minta pihak Kementerian mengambil tindakan ataupun sebelum tindakan, menyiasat dahulu dan mengambil tindakan seterusnya terhadap rungutan ini.

Yang ketiganya, iaitu siasatan dan tindakan juga, iaitu berkenaan cukai

jalan ada rungutan daripada orang ramai berkenaan dengan satu lesen tetapi diguna 2-3 Iori ataupun 2-3 bas pada masa yang lain dan tempat yang lain. Saya terdengar ini sudah beberapa kali, inipun mungkin daripada masalah untuk hendak mendapat lesen, jadi penganjur ini menggunakan satu lesen, tetapi menggunakan 2-3 Iori ataupun 2-3 bas di tempat-tempat yang berasingan dan masa-masa yang berasingan. Makna kata, dengan satu lesen di Kuala Lumpur dia beroperasi di kawasan Kuala Lumpur dan satu lesen lagi umpama kata di Ipoh, lesen itu juga dengan secara fotostat, tetapi beroperasi di Ipoh dan seterusnya. Ini berlaku kepada Iori dan juga kepada bas-bas. Jadi inilah saya minta pihak Kementerian menyiasat dan seterusnya bertindak di atas rungutan ini.

Begitulah sahaja, Tuan Yang di­Pertua, sekali lagi saya menyokong supaya Rang Undang-undang ini diluluskan.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Puan Rokiah.

5.42 ptg.

Puan Rokiah binti Zainuddin: Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan 1987. Walaupun sudah ramai rakan-rakan saya mengambil bahagian dalam perbahasan, saya akan mengambil masa yang sedikit sahaja.

Saya rasa sudah sampainya Kementerian Pengangkutan membuat pindaan kepada undang-undang yang sedia ada. Dengan terlaksananya undang-undang ini dapatlah menaikkan imej Kementerian Pengangkutan, terutama sekali dengan memperluas tafsiran "jalan" yang mana memberi kuasa yang luas kepada JPJ untuk menjalankan

Page 67: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3535 17 JULAI 1987 3536

tanggungjawab dan dengan lebih berkesan. Kalau dahulu kit a sering meli~at dengan terang-terang b~gmmana pegawai-pegawai JPJ dm_wmokka~ oleh pemandu-pemandu lon dan menJadi bahan ketawa kepada orang ramai bila melihat Iori-lori berderet-deret di tepi-tepi jalan tetapi pegawai JPJ tidak dapat menangkap mereka.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong cadangan Kerajaan hendak menghadkan usia sesebuah k~nderaan seperti yang sedang dtamalkan. oleh Kerajaan Singapura dengan tujuan untuk mengurangkan kesesakan jalan raya serta mengelakkan kemalangan. Pandangan saya d_alam hal ini ialah supaya pegawat JPJ hendaklah berhati-hati bila mahu memansuhkan sesebuah kenderaan dari berada di atas jalan ra~a kerana ada kenderaan yang ustanya agak lama tetapi tidak pernah mengalami sebarang kemalangan dan berada dalam keadaan yang baik. Di sebaliknya ada kenderaan-kenderaan yang baru usianya tetapi mengalami ke~alangan yang teruk menyebabkan enJm dan badannya uzur. Jadi perkara-perkara sedemikian hendaklah diambil perhatian kerana keuzuran sesebuah kenderaan tidak sahaj~ terletak kepada lama usianya, tetapt kepada keadaan enjin dan bodynya, sepertimana yang lazim kita tengo~ kadang-kadang ada orang yang berusta 60 tahun tetapi masih kuat tegap dan_ ada juga orang yang nampak ustanya 40 tahun tetapi uzur kerana sakit.

Saya ingin mencadang agar kenderaan yang telah mengalami kemalangan yang teruk dikondem. Lazimnya setelah sesuatu kemalangan yang teruk, pihak insurans akan ketuk-ketuk badan kenderaan tersebut dan dicat semula, dimake-up dengan baik-baik untuk dijual kepada orang lain yang tidak tabu akan sejarah kereta tersebut. Dari itu pihak JPJ hendaklah mengawasi supaya

orang ramai tidak tertipu dengan cara sedemikian.

Tu~n Ya_ng di-Pertua, saya berharap KeraJaan JUga dapat meneliti betul­betul sebelum sesuatu bayaran cukai jalan diluluskan, terutama sekali kepada bas-bas sekolah, bas-bas pesiaran, teksi-teksi dan van-van kerana kita kerap melihat bas-bas yang senget, bas pesiaran yang tayarnya berjalan bengkang-bengkok dan kadang-kadang kita tengok keadaannya sangat menyakitkan pandangan dan ini menjadikan punca kemalangan. Kenderaan sedemikian ini hendaklah dimansuhkan.

Rang Undang-undang Peng-angkutan Jalan 1987 ini mewajibkan tuan pun~a kereta melapor kepada pthak berkuasa bila tidak mahu lagi membayar cukai jalan atau tidak mahu lagi mengguna kereta tersebut di atas jalan. Bagaimana pula dengan peminat-peminat kereta antik yang menyimpan kereta-kereta lama sehingga 4-5-6 buah sebagai hobi dan digunakan keretanya sekali-sekala, bukan tiap-tiap hari, kadang-kadang setahun itu digunakan hanya 2 kali ataupun kadang-kadang 3 kali sahaja setahun. Bagaimana dengan peminat kereta antik ini, adakah ianya kena membayar cukai sepanjang tahun ataupun diadakan undang-undang khas untuk peminat-peminat kereta antik ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin m_engucapkan tahniah kepada Ttmbalan Menteri Pengangkutan yang telah memperuntukkan 'parking space' dengan izin, untuk orang-orang cacat anggota. Ini adalah satu cadangan yang murni, yang baik kerana tidak melupai mereka cacat yang juga rakyat negara kita dan pengguna jalan raya. Mereka juga berhak_ mendapat layanan sewajarnya sebagm pembayar cukai jalan.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Akta Pengangkutan Jalan 1987 ini kerana banyak

Page 68: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3537 17 JULAI 1987 3538

mengambilkira kepentingan orang ramai, terutama sekali mereka yang tinggal di luar bandar di mana orang ramai boleh memperbaharui lesen memandu kereta, lesen motosikal di Pejabat-pejabat Pos yang berdekatan, seperti kita membayar bil air dan api sekarang. Ini boleh mengurangkan kesesakan di Pejabat-Pejabat JPJ dan menyenangkan orang ramai, terutama sekali yang tinggal di luar bandar.

Akhir kata, saya ingin mencadangkan kepada Kementerian Pengangkutan supaya mengeluarkan buku-buku panduan, iaitu ringkasan perkara-perkara yang penting yang ada dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 ini untuk dijadikan panduan kepada pemandu-pemandu. Contohnya bila kita hendak membayar lesen memandu, borang apa yang hendak kita gunakan, bila kita hendak memperbaharui cukai jalan, borang apa yang hendak kita gunakan dan seterusnya kerana selalunya orang ramai kurang mengetahui borang apa yang hendak digunakan, panduan-panduan yang sepatutnya diberi kepada pemandu jalan raya.

Dengan ini, Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong Rang Undang­undang Pengangkutan Jalan 1987.

Timbalan Yang di-Pertua: Ada lagi Ahli Yang Berhormat? Sila Yang Berhormat Tuan Haji Shaharom.

5.49 ptg.

Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom: Tuan Yang di-Pertua, saya bangun bersama-sama untuk mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pengangkutan yang telah berjaya menggubal satu Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan 1987 untuk menggantikan Undang­undang Lalulintas yang telah lama dipakai dalam negara kita sejak awal­awal kita mencapai kemerdekaan

dahulu. Oleh kerana Rang Undang­undang ini apabila diwartakan nanti akan menjadi satu undang-undang baru kepada Pengangkutan Jalan dalam negara kita, maka memerlukan kepada masa untuk meneliti kejayaan yang akan dapat dicapai daripada terlaksananya undang-undang 101.

Sebagaimana Rang Undang-undang yang lain, Kerajaan menerima fikiran­fikiran daripada pihak-pihak lain seperti mana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sewaktu membentangkan Rang Undang-undang 101, mengatakan bahawa garis kasar Rang Undang­undang ini telahpun dibincang bersama dengan berbagai-bagai badan di luar Kerajaan untuk mencari kebaikan dan faedah bersama untuk melicinkan lagi Undang-undang Pengangkutan Jalan dalam negara kita ini berjalan lebih baik, lebih lancar untuk manfaat semua, manfaat orang yang menggunakan kenderaan, menggunakan perkhidmatan pengangkutan, dan manfaat kepada Kerajaan untuk mendapat cukai dan sebagainya dan manfaat kepada masyarakat supaya tiada berlaku terus kemalangan-kemalangan di jalan raya, mengurangkan lagi penipuan­penipuan yang dilakukan oleh mereka yang ingin mencari keuntungan dan kekayaan daripada Undang-undang JPJ yang lama.

Ini kita tahu sebanyak sedikit daripada perbualan-perbualan, daripada cerita-cerita di luar Dewan ini di mana sahaja mengenai dengan kelemahan-kelemahan dan minta izin, sehingga orang berani menyebutkan bahawa salah satu daripada jabatan yang terlibat dengan sogokan duit atau disebut sebagai rasuah ialah JPJ. Sarna ada ini benar atau tidak, ini nanti akan dapat dibuktikan dengan adanya pindaan, dengan adanya penggubalan Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan 1987 untuk memperkemaskan lagi, untuk memperbaiki lagi, untuk

Page 69: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3539 17 JULAI 1987 3540

menaikkan lagi imej JPJ di pandangan masyarakat ramai.

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini heboh mengenai dengan sindiket cukai jalan palsu. Satu kumpulan manusia yang membuat cukai jalan (road tax) palsu. Yang menjadi korban ialah mereka yang ditipu oleh sindiket ini. Tetapi begitu lama JPJ atau pihak yang berkuasa yang lain untuk mengesan sindiket ini. Jadi diharapkan dengan adanya undang­undang yang baru kepada JPJ ini, insya Allah, kita harap kita tidak akan mendengar lagi tiga, empat tahun akan datang ada sindiket yang cuba menperdaya orang ramai dengan cukai jalan yang palsu. Kerajaan rugi, orang yang ditipu kena tahan, kereta ditahan, perkara tidak selesai dalam mahkamah sehingga berbulan-bulan. Ini semua menyusahkan orang ramai. Ini seolah-olah tenaga-tenaga pelaksanaan yang ada di dalam jabatan-jabatan Kerajaan kita tidak begitu cekap hendak menangkap sindiket ini sehingga Yang Berhormat Menteri sendiri terpaksa membuat kenyataan apa cara-cara hendak mengelakkan di antara pelekat road tax yang palsu dengan yang tidak palsu. Orang ramai tidak dapat membezakan itu kerana penipuan ini dibuat secara teliti dan halus sehingga tidak dapat hendak membezakan mana yang palsu dan mana yang tidak palsu. Diharap ada satu perubahan untuk mengelakkan kejadian seperti 101.

Tuan Yang di-Pertua, dalam Rang undang-undang yang begini tebal, tidak dapat hendak dibaca kesemuanya dan beberapa orang Ahli-ahli dalam Dewan m1 telah menyebutkan beberapa perkara dengan panjang Iebar, saya ada beberapa perkara lagi yang barangkali kalau sudah disebutkan oleh rakan­rakan yang lain semasa saya tidak ada dalam Dewan ini, saya minta maaf. Tidak banyak perkara yang saya hendak sebutkan ini iaitu ada

hubungan-kaitnya dengan perkara-perkara kecil yang selalu menimbulkan masalah. Kadang-kadang perkara ini menimbulkan rungutan, menimbulkan rasa tidak puas hati kepada JPJ, kadang-kadang menimbulkan marah kepada JPJ kerana orang lain yang buat sama tidak kena tahan, tetapi dia kena tahan. Kemudian ada orang yang tidak kena panggil buat perkara yang serupa, tetapi dia kena panggil. Ini semua perkara-perkara yang sepatutnya kita sama-sama renungkan, kita perbaiki di dalam kita hendak melaksanakan Undang­undang Pengangkutan Jalan 1987 yang diminta Dewan ini untuk meluluskannya.

Dengan adanya undang-undang baru ini nanti, insya Allah, dengan kerjasama semua pihak, kegiatan teksi haram, bas haram, penjaga kereta haram yang mengugut tuan punya kereta tidak akan berlaku lagi. Di Kuala Lumpur ini, kalau Tuan Yang di-Pertua, sedar bahawa sekarang ini ada di antara penjaga kereta haram ini bukan dari kalangan budak-budak kit a. Ada daripada pendatang­pendatang haram yang mereka sanggup merosakkan kereta yang tuanpunya kereta itu tidak mahu memberi duit kepadanya 50 sen atau $1. Dengan adanya Akta ini, yang saya baca sepintas lalu akan dapat menghilangkan kegiatan penjaga kereta haram ini adalah baik.

Tuan Yang di-Pertua, kegiatan jaga kereta haram ini sudah lama dan sudah berulang kali kita sebut, tetapi kadang-kadang kita dapat jawapan bahawa mereka itu juga manusia yang hendak mencari makan. Kadang­kadang dia bukan jaga kereta sahaja, dia lapkan cermin kita, dia cuci kereta kita-ada jawapan seperti itu. Kalau kita hendak melaksanakan undang­undang yang kita luluskan untuk kebaikan, kita masih ada sikap yang seperti itu, susah kita hendak melaksanakan undang-undang ini.

Page 70: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3541 17 JULAI 1987 3542

Orang akan mencemuh, ada undang­undang tetapi tidak dapat dilaksanakan. Seolah-olah kita tabu buat anak, tetapi kita tidak pandai hendak jaga anak. Kita pandai melahirkan undang-undang tetapi kita tidak tabu laksanakan undang-undang atau tidak mahu laksanakan undang­undang. Ini salah semua.

Kami yang meluluskan undang­undang dalam Dewan ini pun salah, berdosa, yang tukang laksana besok, kalau tidak dilaksanakan pun salah dan berdosa. Akan ditanya sama­sama, akan ditanya di akhirat nanti. Jangan fikir undang-undang jalan tidak ditanya. Di akhirat akan ditanya. Sebab hadith Nabi s.a.w mengatakan amal yang paling kecil ialah membuang duri ditengah jalan. Kalau kita laksanakan ini kita akan mendapat pahala daripada amal yang rendah sekali. Kalau kita tidak laksanakan, kita akan berdosa dari amal yang rendah, kalau sekali. Kalau banyak kali, kalau 20 tahun bekerja dalam JPJ tidak melaksanakan ini, kira sahajalah berapa banyak dosa­dosa kecil berkumpul selama 25 tahun, berat pikulannya itu besok. Kami meluluskan, jadi nanti apabila ditanya, "Hai! Senator, sudah luluskan undang-undang jalan?" "Sudah". "Kenapa tidak tangkap?" "Bukan saya punya kerja." Say a boleh jawab macam itu.

Tuan Yang di-Pertua, lagi perkara­perkara yang selalu menjadi cakap­cakap di luar iaitu kereta yang memakai cermin gelap. Tidak tahulah ada atau tidak undang-undang yang dikatakan pakai cermin gelap ini salah atau tidak salah. Ada orang kena tahan, kena tanya. Ada yang masih terus dengan gelap segelap-gelapnya.

Jadi, sama ada dalam undang­undang baru ini ada atau tidak, saya tidak sempat baca, saya minta maaf. Sebab itu saya tanya. Ini cermin gelap macam mana peraturannya, boleh pakaikah atau tidak boleh pakai?

Kalau boleh pakai, kami ahli Senate semua pun hendak pakai cermin gelap. Boleh, boleh, bergaya sedikit!

Kadang-kadang Ahli Senate pakai songkok putih, budak muda potong kereta macam lipas kudung. Dia ingat Pak Haji mana, ini dia. Dalam Akta ini ada dalam Fasal42 dan 43; Fasal42 memandu dengan cara melulu dan membahayakan dan Fasal 43 memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbangrasa. Mentang­mentang saya orang sudah tua, pakai serban kadang-kadang pakai songkok putih, dipotong oleh budak-budak muda macam potong timun. Kadang­kadang dia memotong dekat garis dua. Undang-undang ini kata salah, siapa yang hendak menangkap orang itu? Ini dia masalahnya.

Adakah undang-undang lain yang mengatakan orang yang dipotong tadi boleh mengadu ke mana Balai-balai Polis yang terdekat, mencatatkan nombor kereta yang memotong dengan cara membahayakan atau memandu dengan cara melulu atau memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa, tidak bersopan. Ini banyak berlaku. Ini yang kadang­kadang orang tua-tua, yang berumur macam saya 50 tahun kadang-kadang sebak di dada menengok anak muda membawa kereta dan membawa motosikal di atas jalan. Baru dua hari sudah kita bincang dalam Dewan ini mengenai dengan perlumbaan motosikal haram. Petang saya batik daripada Batu 3 J alan Kelang-Kuala Lumpur, sampai ke Shah Alam, dia berlumba lebih 60 biji. Budak-budak ini tahukah Dewan Negara baru bincang masalah lumba haram, petang itu dia tunjuk perasaan. Tidak ada siapa pun yang tahan motor itu. Tidak siapa pun menahan. Yang ronda baju putih, seluar biru pun tidak, yang meronda baju kelabu pun tidak, yang meronda pakai Volvo, pakai lampu biru pun tidak. Kalau ronda macam­macam dalam negara kita ini.

Page 71: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3543 17 JULAI 1987 3544

Saya selalu sebut, ada yang baju putih-Polis punya, yang baju kelabu-JPJ punya, ada satu lagi highway/Lebuhraya punya peronda. Tidak tahan pun, 60 biji motor, macam mana? Jadi, kalau dia mati, matilah. Hal Dialah. Tetapi kalau tidak mati, mengganggu kenderaan sehingga yang di belakang tadi berekor dekat 2 batu kerana tidak memotong tidak boleh, hendak berjalan laju tidak boleh. Semoga dengan adanya undang-undang baru ini, perlumbaan haram ini akan dapat dihapuskan. Cara macam mana terserah kepada pelaksanaan undang­undang ini.

Kalau di negara jiran, di Singapura kita tahu-tahu terima surat saman sahaja dekat cermin. Kita tidak nampak pun mata-mata, tidak nampak pun orang JPJ dia dekat tepi tiang, dekat tepi jalan, tidak nampak. Tahu­tahu kita berhenti di Geylang di Masjid Sultan, di cermin kita ada sahaja notis, surat saman. Tempat kita terpacaklah anggota Polis kita, terpacaklah orang JPJ, terpacaklah papan sekatan jalan raya lagi bergaya. Tengoklah orang mencabar undang­undang. Kenapa berlaku macam itu?

Saya pernah bertanya dalam Dewan 101 bagaimana dengan kenderaan negara asing yang berdaftar di negara asing tetapi sampai dekat negeri kita lari macam jet. Dekat negeri dia, di Singapura lari macam semut, perlahan. Sampai sahaja di batu 10 Skudai, sampai Air Hitam, Renggam, tengok dia lari. Kalab kita punya peronda highway. Rupanya dia di sana takut dengan undang-undang, orang kita di sini, anggota Polis kita terpacak, minta maaflah terpacak, berdiri tepi jalan ada, JPJ pun ada, siap dengan motor, kaki sebelah atas motor. Bila-bila nampak orang laju hendak menge jar, tidak terke jar. Fasal motor JPJ kecil (Ketawa). Motor Polis kita pun kecil. Yamaha 50 c.c.­macam mana hendak kejar. Ini patut

difikirkan supaya kita jangan ditertawakan orang.

Cerita muatan-muatan lebih, saya sudah cerita banyak kali. Lori yang bawa kayu balak, Iori yang bawa kelapa sawit, Iori yang bawa batu, Iori yang bawa pasir, Iori yang mengangkut babi, minta maaflah saya sebut babi. Sebab dia bersusun kandang-kandang itu. Lori yang bawa ayam bersusun. Sudah banyak kali saya bercakap, kalau bawa babi, kita kena rinjis kencing babi, kalau bawa ayam, kita kena tahi ayam, kalau bawa batu, cermin kereta kita pecah. Hendak claim dengan siapa? Ini berlaku, ini yang menjadi rungutan orang ramai. Katanya, inil;t-Kerajaan tidak patut, inilah Kerajaan tidak adil, inilah Kerajaan dibenarkan orang ada duit buat suka hati atas jalan raya. Yang kena tahan nanti motosikal, yang mengangkat nenas, yang angkat rumput hendak bagi makan kambing, macam mana saya selalu bercakap begitu.

Begitu juga tadi satu perkara cermin gelap. Yang kedua, sepertimana yang disebut baru sebentar tadi oleh seorang sahabat saya mengenai ukuran nombor plat kereta itu macam­macam. Kata ada ukuran khas. Tetapi saya nampak ada nombor senget ke kanan, ada yang condong ke kiri, ada yang berbentuk wau bulan, ada yang macam gasing, macam-macam bentuk. Saya punya nombor alhamdulillah

"daripada tahun 1982 saya beli kereta sampai sekarang, saya tidak pernah tukar bentuk nombor itu pun, saya kena tahan. Pada hal ada lambang Ahli Parlimen-dia ukur. Saya tengok dekat cermin, dia ukur, kata ini kurang satu sentimeter. Saya kata bolehlah saya tukar. Inilah apa yang dijual oleh kedai yang menjual nombor plat. Ini juga tolong ambil perhatian. Kalau ada begitu, tahan­tahan betul-betul.

Yang sedih kadang-kadang yang tukang kuat kuasa ini pula yang

Page 72: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

----------~----------------------

3545 17 JULAI 1987 3546

nombor lain daripada yang lain. Kereta orang JPJ sendiri yang kadang­kadang berlainan daripada orang lain. Inilab kena buat contob. Sebab saya terima aduan kereta siapa itu. ltu orang RIMY orang luar bandar ini tidak dapat sebut JPJ dia tabu RIMY. Kadang-kadang sedibnya kereta JPJ sendiri pun lari macam peleset juga. Nampak pada cat biru ada tulis JPJ nampaklab. Kalau tidak, tidak nampak, fasal tulis JPJ. Satu bari sudab accident tengab-tengab Pekan Banting. ltu yang berlaku di Banting yang saya tabu, tempat lain saya tidak tabu. Mengapa macam itu berlaku?

Yang lain masalab itu, mengecat kereta tidak boleb ikut suka-suka. Kalau dalam kad kereta itu kata cat kelabu, mesti kelabulab sampai kereta itu kondem. Kalau bendak tukar kena beritabu. Kalau tidak beritabu, kalau didapati salab kena denda. Jadi, kalau satu warna sabaja, kalau merab pergi ke putib, putib pergi ke kelabu, misalannya. Ini saya tengok ada kereta yang dicat belang, satu bas penub dengan gambar belang-belang. Petang-petang kita lalu nampak Syarikat Sri Jaya. Saya sebut syarikat besar tidak mengapa, dia tidak akan bankrap kalau disebut. Bas Sri Jaya dicat dengan gambar penub satu bas, salabkab atau tidak salab-iklan­iklan? Betullab iklan itu dapat bayar, tetapi dari segi pengangkutan ataupun dari segi undang-undang kita salabkab atau tidak. Ditarub atas teksi, dekat belakang bas, dekat Iori, Iori bawa iklan dengan gendang sepanjang jalan, ada permitkab atau tidak ada permit, salabkab atau tidak salab? Lori jual ais cream dengan lagu-lagu dengan kaset round kampung, itu salabkab atau tidak salab? Ini semua saya bendak tabu.

Kalau ada permit kbas, bagus. Tetapi kalau tidak ada permit kbas, ini menganggu ketenteraman awam. ltu dia cat kereta berwarna-warni yang kita nampak.

Lagi, menambab badan kereta daripada bentuk yang asal dengan tambaban-tambaban yang kadang­kadang orang pun terperanjat menengoknya. Jadi macam bentuk kapalterbang Concord. Lebib ke badapan, lebib ke belakang, lebib ke bawab, lebib ke kanan, lebib ke kiri, kereta yang kecil tetapi dipasang rim besar. Tayarnya keluar daripada garis badan. Salabkab atau tidak salab itu? Saya bendak tanya jugalab. Kalau tidak salab tidak apalab, kita pasang rim besar-besar. Pasang rim bulldozer-lagi bagus. Kalau salab taban kereta itu. Sebab kereta kecil roda besar, tayar Iebar, dia kaut batu, melenting, kena cermin orang belakang, cermin pecab, sekarang cermin mabal. Itu masalabnya. Sebab kalau roda itu terlebib daripada body (badan kereta), batu akan keluar. Kalau di dalam badan dia akan masuk di bawab mudguard. Ini juga kena fikirkan baik-baik untuk menambab badan kereta.

Lagi satu kadang-kadang dia tambab lampu. Bukannya 3-4, 6 ditambabnya lampu. Lampu apa? Lampu kuning itulab. Di negara kita ini apakab perlunya memakai lampu sport kuning itu. Apakab cuaca negara kita ini macam negara Belandakab, macam Eropabkab, macam negara yang ada salji, ada embun, ada kabuskab? Kadang-kadang pukul 7.00 petang dia sudab pasang lampu. Sampai mata kita yang tua berkemamar tengok mapa tengab­tengab jalan-tidak jumpa kerana disorot oleb cabaya lampu yang begitu terang. Ada pula yang pasang lampu sport kuning di belakang kereta. Dia sulub muka belakang. Kalau bendak memotong, dia "pam" kena mata, tidakkab tertonjol kereta orang? Ini juga cuba tolong perbatikan.

Lampu brek merab yang wajibnya di belakang bonet, ini ditarub ke atas tempat duduk belakang, memanjang, itu salab atau tidak salab? Kalau tidak salab kita kempen selurub orang

Page 73: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3547 17 JULAI 1987 3548

pasang lampu macam itu banyak­banyak. Biar pembekallampu untung. Mungkin bukan satu kaum sahaja yang boleh buat lampu sekarang, orang Melayu pun boleh buat lampu. Kita kempen supaya orang yang buat lampu itu untung. Tetapi kalau salah kita kena berhentikan.

Kemudian masalah dalam Akta ini disebut kereta tua. Tentang kereta tua ini, saya hendak cakap sedikit. Kereta tua, berapa tuanya. Bapa saya pakai kereta sudah 25 tahun. Tidak apa-apa, tidak pernah masuk worksyop-­Morris Minor. Sekarang orang tidak jumpa Morris Minor. 25 tahun! Apakah ini masuk istilah yang tidak boleh diperbaharui lesen jalan? Tadi disebut kereta antik. Cikgu-cikgu pencen, tok-tok penghulu pencen, pak

,imam tua, dia pakai kereta ini setakat boleh pergi masjid, pergi mesyuarat ke balairaya, mesyuarat UMNO, tidak kena hujan, tidak payah tunggu bas­dia bawalah kereta dia, Ford Prefect. Sekadar laju 40 kilometer satu jam. Apakah ini termasuk kereta yang diistilahkan tidak boleh dibaharui lesen jalannya. Ini nanti orang marah. Jadi kalau dibuat dalam Undang­undang ini kereta yang digunakan persendirian, di luar bandar walaupun berumur 30 tahun, kalau tidak membahayakan tuan-punya dan orang ramai masih dibolehkan. Saya terima kasih. Tetapi kalau main borong, semua sahaja tidak boleh, jawabnya tidak patut.

Orang yang kerja Kerajaan, yang ada loan kereta, swasta bolehlah. Ini Proton Saga hendak keluar bentuk baharu tukarlah. Tambah sahaja loan itu sedikit lagi, fasal bayar bulanan. Ini orang yang beli kereta 20 tahun dahulu, daripada duit bonos bersara dia, duit pencen dia, dapat beli satu Ford Perfect, Morris Minor untuk pakai buat pergi sebahyang, buat pergi jemputan kahwin, buat pergi ziarah orang mati, pergi Mesyuarat Agung UMNO-dia hendak pergi ke Kuala Lumpur, ke UKM, ke UM, anak dia

ambil ijazah pun sewa kereta lain, dia sewa van. Sekarang ini banyak van digunakan sebagai kenderaan awam. Saya hendak sebut masalah van ini. Bukan boleh begitu sahaja.

Sekarang kereta berlangsir, bertirai-salahkah atau tidak salah itu? Kereta pakai langsir, pakai tirai, tidak nampak dalam dan kalau dia pasang tirai di belakang itu dia tidak nampak siapa ada dibelakang. Ini salah atau tidak salah? Sedangkan kereta ambulans tidak pakai tirai. Ini kereta awam, pakai tirai berwarna­warni. Memang cantik. Kalau kita hendak biarkan kereta-kereta kita macam di Golok, itu cantik­berumbai-umbai, berbendera­bendera. Kalau kita hendak biarkan kereta kita macam itu Manila sana­memang cantik. Kalau kereta kita hendak dibiarkan macam kereta­kereta di Jakarta-berlawan-lawan bunyi hon-memang bagus, riang, ramai-tetapi yang akan bergelimpangan di atas jalan raya akan makin banyak, kemalangan akan makin banyak. Jadi, ini semua kalau kita hendak mengajar rakyat kita berdisiplin, itu semua kita kena betulkanlah. Saya dengar pasang bidai yang boleh dibuka/ditutup dicermin belakang kereta itu salah tetapi saya tengok banyak juga orang pakai. Waktu panas bolehlah dipasang bidai itu untuk mengelakkan supaya kereta itu jangan kepanasan, kusyennya itu rosak. Tetapi waktu berjalan itu salah atau tidak, itu saya ingin tahu sebab saya tidak sempat hendak baca Akta ini semua sekali.

Sekarang ini J abatan Pengangkutan Jalan di dalam Akta ini meminta supaya dibolehkan mengadakan sekatan jalan raya persendirian, tidak bersama-sama dengan pihak Polis, seperti mana dulu-dulu. Bagus! Buat sekatan persendirian. Di dalam sekatan jalan raya ini, saya hendak bercakap sedikit. Sekalipun Jabatan Pengangkutan Jalan belum membuat, sekarang ini Polis. Mengapa cara

Page 74: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3549 17 JULAI 1987 3550

mengadakan sekatan jalan raya 101

tidak sama di Selangor Darul-Ehsan dengan Kedah, misalannya. Di Kedah sana saya tengok, di Gurun, di Merbok, di Kota Sarang Semut, saya berjalan. Saya kata sebelum saya datang ke Dewan ini saya berjalan dahulu dan menengok. Di sana sekatan jalan raya selain daripada papan, dia pasang lampu panjang yang menggunakan bateri. Jadi daripada jauh, 112 batu kita sudah nampak, apa terang-terang di tengah jalan. Oh! itu sekatan jalan, baguslah, bersiap. Yang belum pasang tali pun pasang tali, dan macam-macamlah. Kalau yang bawa tadi tidak ada lesen, cepat-cepat tukar dengan kawan sebelah. Jadi, dari segi orang yang buat kesalahan itu dia cepat-cepat betulkan. Ada bagusnya cara sekatan yang dibuat cara macam itu.

Saya ucapkan terima kasihlah kepada Ketua Polis Negari Kedah yang menganjurkan cara buat sekatan jalan raya macam itu. Tetapi di tempat lain pula tidak ada apa-apa. Lebih kurang 2 rantai nampak lampu bergoyang-lampu suluh itulah. Kalau terang lampu itu tidak apa, ini budak­budak main bunga apikah, budak­budak hendak bakar mercunkah, bergoyang sahaja. Jadi apabila kadang-kadang tengah malam kita balik-pukul 2 pagi, kadang-kadang laju sedikit daripada had nasional, had nasional 100 kita larilah 120. Lagi 3 rantai brek. Brek itu berbunyilah sedikit, dia pun kata "Hai, tidak nampakkah road ada block ini? Dia pun sudah berjaga daripada pukul 12.00 sampai pukul 4.00 pagi--4 jam berdiri, macam-macamlah masalahnya, nyamuk, hujan gerimislah, dan kita pukul 3.00 pagi belum sampai ke rumah, perut lapar­jadi jawapannya lain macam juga, "Lampu awak tidak terang, kena beret ke tepi". Jadi ini patut diseragamkan. Itu sahaja.

Saya minta cara mengadakan sekatan jalan raya ini diseragamkan.

Kalau di Kedah boleh dipasang lampu macam itu, patutnya di negeri lain juga boleh buat. Bagus cara macam itu. Tidak ditaruh dekat tepi papan tadi lampu merah 2 macam lampu ayam. Kadang-kadang orang ingat ini ada lubang LLN galikah, atau lubang Telekom belum timbuskah, atau lubang JKR memang tidak mahu tutupkah? Sampai situ tengok muncung rifle-awak tidak nampakkah di situ ada sekatan jalan. Ini kena betulkanlah, kalau boleh diseragamkan. Yang sedapnya ada satu sekatan jalan tiada siapa-siapa­papan sahaja "BERHENTI­PEMERIKSAAN POLIS". Ini saya kena, saya balik daripada kempen di Bukit Tuku, Kelantan, tengah malam dekat Kampung Guntung Luar. Tiada siapa-siapa, papan sahaja-berhenti. Siapa yang jaga ini? Kalau jalan nanti, tahu-tahu di depan ada pula orang tahan "Awak tidak berhenti di tempat yang di suruh berhenti"-nanti susah pula kita, habis macam mana? Satu orang pun tidak ada.

Di Guntung Luar dan di beberapa tempat di Terengganu, apabila saya berhenti di Kampung Buluh, saya tanya: "Mengapa keadaan macam ini? "Oh! itu bukan Polis, Encik. ltu UPP hendak menjaga beras seludup", kata dia. Kemudian saya nampaklah beras itu berkampit-kampit, orang sana kata 'wakaf', de kat tepi 'wakaf' itu ada beras. Ini tidak patutlah, Tuan Yang di-Pertua, kalau ada sekatan jalan raya sepatutnya ada satu orang yang berdiri di tepi itu, hendak suruh jalankah, hendak suruh berhentikah, hendak suruh buka bonnetkah. lni tidak patut macam itu. Hendak katakan malam tidak malam, saya balik dari kempen pukul 3.00 pagi, bukannya malam sangat, pukul 3.00 pagi sekarang ini orang kata: "Mata bela lang belum pecah". Mengapa ini berlaku? Kalau yang itu sekatan UPP, nanti UPPlah ambil tindakan, kalau sekatan itu Polis, Polislah nanti ambil tindakan. Berlaku macam itu kenapa?

Page 75: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3551 17 JULAI 1987 3552

Jadi yang awak ini ingat patuh sangat, tidak hendak bergerak, tengok sahaja, jadi agak-agak tidak apa-apa, ja1anlah.

Kemudian, had umur yang dibolehkan memandu, yang muda ada dalam Akta ini. Setua-tua orang yang boleh memandu ini umur berapa? Kalau sudah umur 80 tahun masih sihat, masih dibolehkan lagi. Kalau tidak ada penyakit janganlah suruh pula nanti orang yang sudah tua hendak kena periksa doktor dahulu, disahkan tidak ada sakit apa-apa, begitu begini. Kalau dia menggunakan kenderaannya untuk kegunaan peribadinya di sekitar tempat kediaman, tidak ada apa-apa, kecuali kalau had umurnya kepada pemandu bas, pemandu teksi, pemandu Iori, kenderaan-kenderaan yang me­libatkan orang ramai.

Kereta-kereta yang sampai had masanya diperlukan untuk diperiksa untuk diluluskan cukai jalannya dan Kerajaan akan membolehkan syarikat atau orang perseorangan menjadi ejen memeriksa kereta. Ini saya rasa bahaya dan saya baca suratkhabar sebelum Akta ini kita bahaskan, suratkhabar 2-3 minggu sudah mengatakan Persatuan Pembekal­pembekalan Alatganti Kereta mendesak Kerajaan supaya kereta­kereta ini apabila kenderaannya hendak diperbaharui cukai jalannya hendaklah diperiksa, saya terlupa sama ada 5 tahunkah, 8 tahunkah, 10 tahunkah. Di sini pula Kerajaan membolehkan orang perseorangan atau syarikat menjadi ejen tukang periksa. Sekarang ini kalau kereta Kerajaan hendak dikondemkan mesti dihantar ke JKR Workshop di Cheras, 6 bulan pun tidak kondem, sampai kondem sendiri! Fasal banyak sangat kereta yang hendak dikondemkan itu, sampai kondem sendiri kereta itu, sudah kondemlah, tidak boleh pakai. J adi kalau kereta yang baru berumur sekian tahun sudah dikondemkan, saya khuatir takut banyak ambulan

yang kondem, ambulan iaitu kereta yang membawa orang sakit. Kenalah hospital Kuala Langat itu, nanti dia punya 2-3 biji ambulan itu dikondem. Ini melibatkan duit Kerajaan nanti ini. Jangan kereta orang awam sahaja, kereta Kerajaan juga kita kena fikir. Banyak kereta Kerajaan yang memakai nombor plate lama, kereta yang sudah lama begitu masih digunakan. Sungguhpun kita kempen jimat-cermat, ini kita kena fikirlah. Untuk hendak mengkondemkan, untuk hendak memeriksa, jangan kerana tekanan daripada pembekal alatganti, workshops ini, Kerajaan pun ia sahaja. Barangkali kerana kelembapan ekonomi ini alatganti rugi tidak begitu laku, atau sudah banyak sangat budak-budak sekarang ini yang keluar daripada IKM, dia sudah boleh membaiki kereta di bawah-bawah pokok ceri, di bawah-bawah pokok buluh, di bengkel-bengkel di kampung. Banyak budak-budak sekarang boleh membaiki kereta, dia sudah tidak beli melalui pembekal­pembekal alatganti yang besar-besar, jadi mereka kegelisahan . Ini kita kena fikir baik-baik.

Kemudian tadi saya sudah sebut di dalam Akta ini masalah Fasal 42 dan Fasal 43 ini. Saya minta penjelasan siapa yang hendak menangkap pemandu-pemandu yang memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbangrasa ini, siapa yang hendak menangkap? Dia tahu dia buat kerja yang macam itu di tempat yang tidak ada perangkap had laju, dia tabu dia buat macam itu di tempat yang jauh daripada Balai Polis, jauh sekali daripada Pejabat JPJ. Jadi siapa yang hendak menangkapnya? Kita dahulu ada sistem KEJARA, kemudian ada pula sistem memberi kuasa kepada pegawai-pegawai Kerajaan Bahagian A untuk menahan. Ini saya hendak tahu sejak adanya sistem ini berapa banyak orang-orang yang ben:naharajalela di atas jalan raya ini yang memandu tidak cermat, yang

Page 76: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3553 17 JULAI 1987 3554

potong begitu begini, yang sudah dapat ditangkap, diberi mata (point) yang banyak sehingga lesennya boleh ditahan. Kita hendak tabu basil itu, sebab kalau itu belum berhasil jadi kita hendak membuat satu undang­undang baru sedangkan itu juga dimasukkan di dalamnya untuk meneruskan khidmat kita kepada masyarakat. Kita mahu tabu basil daripada apa yang telah kita luluskan dahulu.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali say a ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Pengangkutan kerana satu soalan saya sewaktu saya membahaskan Jabatan Penerbangan Awam tempoh hari belum dijawab mengenai sistem membina jalan raya. Ini ada hubungannya dengan JPJ-jalan. Jalan raya kita ini penuh dengan tiang lampu, dengan tiang elektrik, dengan tiang telefon dan berbagai-bagai, dengan jambatan, dengan viaduct, dengan terowong, dengan itu semua sekali. Kalau kita punya lapanganterbang kena bom-minta Allah taala jauhkan­Lapanganterbang Subang dibom, kapalterbang tidak boleh mendarat di situ. Lapangan Tentera Udara di Sungai Besi kena born, kapalterbang tidak boleh mendarat di situ, di mana kapalterbang kita hendak mendarat? Takkan semua hendak pergi ke Kuantan, Kuantan pun kena born, takkan hendak pergi ke Lapanganterbang Telaga Batin di Terengganu pun kena born, takkan hendak pergi ke Senai, hancurlah kita sudah begitu jauh. Jadi adakah sistem pembinaan jalan raya kita ini satu kawasan yang dikhaskan kalau berlaku darurat, pesawat udara kita boleh mendarat di kawasan itu, tidak di sepanjang-panjang jalan penuh dengan tiang lampu, dengan tiang telefon, dengan jambatan, dengan pintu gerbang sahaja. Saya tabu kalau itu barangkali rahsia Kerajaan dan

tidak mahu jawab ini, tidak apalah, tetapi saya ingin tabu adakah sedar atau tidak sebab kita sekarang di dalam keadaan yang tidak semesti.

Kalau Yang Berhormat Menteri jawab, saya ucapkan terima kasih, kalau itu merupakan rahsia Kerajaan dari segi pertahanan, barangkali ada tiang telefon kita yang tekan butang dia masuk semua ke tanah, lapang jadi landasan, mana tabu! (Ketawa). Manalah tabu, itu rahsia Kerajaan. Bukit Aman sana tekan sahaja butang, semua tiang-tiang lampu yang ada di sepanjang jalan daripada Sungei Way sampai ke Shah Alam itu semua masuk ke dalam, jadi kapal terbang boleh buat landing di situ, saya salute dia, tetapi kalau tidak ada tolong fikir di mana hendak mendarat. Takkan hendak mendarat dekat Kampung Melayu Subang, dekat Bukit Kuang, dekat Sungai Pelong, tersangkut di pokok getahlah!

Tuan Yang di-Pertua, orang ramai keliru di antara dua hal. Perkara ini sama tetapi kerana dua nama, orang ramai keliru, orang kampung menjadi mangsa. Ini mengenai JPJ, kalau itu ada hubungan dengan LPPJ pun lebih kuranglah adik beradik JPJ. Ini fasal banyak sangat kita ini, ada LPPJ, ada JPJ, jadi mana kuasa LPPJ, entah mana kuasa JPJ, saya sendiri pun tidak begitu faham. Apabila kita soalkan ini, JPJ kata itu LPPJ; apabila kita soalkan LPPJ, dia kata itu JPJ; apabila soalkan kedua-dua, dia kata itu Lebuhraya Malaysia punya. Tidak apalah, mana-mana pun semua kita punya, Malaysia kita punya. Jadi apa yang saya hendak tanya kerana orang kampung, orang luar bandar ini selalu pergi ke bandar keliru.

Jadi saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri memberi jawapan:

Tak bernyawa disebut mati,

Disebut mati bila tak bernyawa;

Saya ingin jawapan Timbalan Menteri,

Page 77: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

-------------------- ---

3555 17 JULAI 1987 3556

Apa beza teksi dengan kereta sewa? (Ketawa)

Saya ulang lagi:

Tak bernyawa disebut mati;

Disebut mati bila tak bernyawa;

Saya minta jawapan Timbalan Menteri,

Apa beza teksi dengan kereta sewa?

Orang kampung keliru jadi mangsa, orang estet keliru jadi mangsa, orang lombong keliru jadi mangsa, nelayan dari Pulau Ketam menjadi mangsa, apa lagi orang kampung yang macam di kampung-kampung pendalaman di Benut, di Seri Medan, di Parit Morijo sana langsung tidak tabu, main gasak sahaja, dia kata $40 pun bayar $40, balik ke kampung cerita: "Melampau teksi di Kuala Lumpur $40." "Itu wak salah, naik kereta sewa, bukan naik teksi. Teksi pakai meter, kereta sewa tak ada apa-apa".

Sekian, Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya mengalu-alukan Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan, 1987 semoga dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya untuk faedah negara, masyarakat, orang ramai amnya, keuntungan kepada negara khasnya semoga berjalan dengan baik dan lancar dan saya menyokong Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan, 1987 untuk diluluskan.

Timbalan Yang di-Pertua: Ada lagi Ahli Yang Berhormat hendak berucap? Sebelum saya menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab, terlebih dahulu saya membuat suatu pengumuman: menurut Peraturan Mesyuarat 6 (3), sekarang saya jemput Yang Berhormat Tuan Abdul Hamid bin Ibrahim untuk mempengerusikan mesyuarat Dewan yang mulia ini.

Dipersilakan Yang Berhormat untuk mengambil tempat.

Lt. Kol. (B) Tuan Abdul Hamid bin Ibrahim: Dipersilakan Yang Ber­hormat Timbalan Menteri men­jawab.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Datin Paduka Haijah Zaleha binti Ismail): Tuan Yang di-Pertua, saya terlebih dahulu mengucapkan setinggi­tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan yang dibentangkan di Dewan yang mulia ini untuk diluluskan.

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Senator Ainon Ariffin yang telah menyentuh beberapa seksyen, khususnya mengaitkan masalah-masalah yang dianggap penting dan sudah sewajarnya dilaksanakan oleh Kerajaan dalam beliau menyokong Akta Pengangkutan Jalan, 1987. Kementerian Pengangkutan akan melaksanakan kuasa-kuasa yang diberikan kepada Ketua Pengarah dan juga Pengarah-pengarah serta pegawai-pegawai dengan adil dan saksama kerana mereka ini semuanya adalah orang-orang yang ber­tanggungjawab. Kita harap dengan sokongan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat itu mereka akan merasakan bahawa mereka dipertanggungjawab dengan satu tanggungjawab yang berat dan akan melaksanakan tugas-tugas masing-masing dengan dedikasi dan juga lebih positif daripada yang ada sekarang.

Mengenai Seksyen 44 (3) di mana orang yang mabuk dan memandu serta membahayakan pengguna-pengguna jalan raya, juga mencadangkan supaya digantung lesen memandu mereka. Yang sebenarnya, seksyen ini mem­bolehkan lesen memandu seseorang yang disabit memandu semasa berada di bawah pengaruh minuman yang memabukkan boleh dihilangkan kelayakan mereka memandu bagi tempoh tidak kurang daripada satu

Page 78: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

- -------------------- -------

3557 17 JULAI 1987 3558

tahun. Bererti bahawa lesen mereka boleh digantung sehingga satu tahun atau penjara tidak kurang daripada satu tahun, bahkan untuk pengetahuan Ahli-ahli Yang Berhormat, bahawa orang yang mabuk yang berada dalam keretanya tidak bergerak pun boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 45 iaitu yang sabit kesalahannya boleh didenda sehingga $500 ataupun sebulan penjara bagi kesalahan yang pertama dan sehingga $1,000 atau 3 bulan penjara bagi kesalahan kedua dan seterusnya.

Ini bererti bahawa Kerajaan sendiri mengambil berat sangat-sangat atas ketidak-bertanggungjawabnya seseorang yang menggunakan kenderaan.

Bagi Seksyen 88 (2) yang dikatakan begitu bagus sekali membolehkan tindakan diambil untuk mengawal keadaan yang sangat kotor di perhentian-perhentian bas 1a1tu peruntukan di bawah Seksyen 88 (2) sekarang hanya meliputi kebersihan di jalan-jalan Persekutuan sahaja.

Saya bersetuju bahawa keadaan kebersihan di perhentian-perhentian bas itu hendaklah juga dikawal dan Kementerian Pengangkutan akan berunding dengan Pihak berkuasa Tempatan terlebih dahulu sebelum memasukkan perkara 1m bagi melarang orang-orang menjejaskan perhentian bas dan teksi dalam Akta ini kelak dan kemungkinan kuasa­kuasa tambahan yang ada peruntukan yang boleh diberikan kepada Pihakberkuasa Tempatan ini juga boleh dilaksanakan.

Beberapa perkara lain yang telah disentuhkan oleh Ahli Yang Berhormat itu, saya mengucapkan berbanyak terima kasih. Saya ingin juga memberikan sedikit ulasan iaitu mengenai pemandu-pemandu muda yang ego, yang rakus dan sebagainya. Memanglah dalam Akta sekarang ini sesiapa juga yang berumur 18 tahun boleh mendapat lesen memandu tetapi

untuk mengelakkan keadaan bahaya di jalan raya, untuk mengurangkan kemalangan di jalan raya maka itulah sebabnya Jabatan Pengangkutan Jalan mengadakan kurikulum memandu yang baru bagi sekolah memandu iaitu untuk membolehkan latihan pemandu itu dijalankan dengan cermat, menghasilkan pemandu-pemandu yang bertimbangrasa, berhemat dan boleh mengelakkan kemalangan untuk kepentingan mereka dan juga untuk kepentingan awam kerana, dengan izin, defensive driving, dapat dijadikan sebagai satu keperluan.

Di samping itu, mengenai lesen untuk memandu kenderaan perdagangan tidak dibenarkan sesiapa yang di bawah umur 21 tahun boleh mendapat lesen tersebut kerana kita merasakan bahawa kalau di bawah 21 tahun mungkin pemandu itu tidak bertanggungjawab dan tidak begitu cermat dan sebagainya. Oleh kerana itu sesiapa juga untuk mendapatkan lesen kenderaan perdagangan, lesen teksi misalnya mestilah sudah berumur 21 tahun dan ini pun telah mendapat teguran dari pihak Pembangkang semasa dibahaskan di dalam Dewan Rakyat kerana pihak Pembangkang menghendaki supaya umur 18 tahun itu dibolehkan membawa kenderaan perdagangan.

Saya sukalah menyatakan di Dewan ini bahawa ada negara jiran kita yang tidak membenarkan sesiapa juga mendapat lesen kenderaan perdagangan seperti pemandu teksi sekiranya ia berumur kurang daripada 30 tahun.

Jadi 1m menunjukkan bahawa perbuatan kita ini adalah munasabah, iaitu menghadkan kepada umur 21 tahun. Mungkin agaknya pacta masa depan besok, Ahli-ahli Yang Berhormat sendiri akan mencadangkan ditingkatkan lagi umur itu, kita tunggulah masanya.

Mengenai kecurigaan i'a'if~ .· I

Pengarah-pengarah atau Ketua

Page 79: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

------~-- ~~~~~~~~~~~~~~~~~-

3559 17 JULAI 1987 3560

Pengarah dan pegawai-pegawai tidak menjalankan atau melaksanakan tugasnya dengan baik dan menyalahgunakan kuasa, saya sukalah memberikan jaminan bahawa sekiranya rakyat dan kita semua memberikan kepercayaan kepada mereka sudah tentulah mereka akan merasakan bahawa mereka sangat­sangat bertanggungjawab dalam kerja­kerja mereka itu. Memanglah kita hendak menghapuskan imej-imej yang ada pada hari ini yang menyatakan ataupun masyarakat menganggap bahawa Pegawai-pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan itu adalah orang­orang yang paling rasuah. Saya berharap sangat-sangatlah bahawa tuduhan-tuduhan seperti itu akan, dengan izin, demoralise, Tuan Yang di­Pertua, dan kita berharap perkara seperti itu tidak akan dilakukan kerana dengan itu kita akan merosakkan perasaan pegawai-pegawai kita.

Mengenai pembaharuan lesen-lesen memandu. Sebenarnya dalam Akta baru ini sesiapa yang tidak membaharui lesen memandunya sehingga 3 tahun, selepas 3 tahun itu dia terpaksa diuji semula. Yang Berhormat meminta supaya 5 tahun itu dikekalkan. Tetapi mengikut pandangan-pandangan yang kami dapat dari pertubuhan-p~rtubuhan yang berkaitan dengan pengangkutan jalan ini adalah munasabah, dan oleh kerana itulah kita turunkan itu kepada 3 tahun. Apabila seseorang itu tidak membaharui lesennya kita menganggap bahawa dia tidak memandu selama 3 tahun itu. Jadi kalau sudah 3 tahun tidak memandu, apatah lagi kalau tinggal di bandar­bandar jauh daripada Wilayah Persekutuan, kalau datang ke Wilayah Persekutuan rasa saya sukar dia hendak memandu. Oleh kerana itulah dikehendaki atau diwajibkan seseorang itu diuji semula. Ini adalah juga untuk kepentingan keselamatan jalan raya kerana pada hari ini kalau Ahli-ahli Yang Berhormat sendiri

melihat, kod jalan raya sudah begitu banyak berubah, sudah bermacam­macam tanda-tanda baru yang kita apabila mengambil lesen 30-40 tahun dulu tidak pernah tengok, tetapi tanda­tanda ini sekarang sudah ada. Jadi ini adalah satu perkara yang memerlukan kalau seseorang itu yang sudah lama tidak memandu, mengambil satu refresher course dan untuk menentukan keselamatan di jalan raya kita mengadakan ujian semula.

Mengenai menggantung Iesen memandu bagi penagih-penagih dadah, ternyatalah nampaknya semua Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan Rakyat menyokong penuh akan peruntukan ini kerana kita benar­benar merasakan keperluannya sebagai suatu usaha mencegah atau menghalang penagihan dadah ini kerana kita berharap usaha-usaha ini dapat membaiki lagi keadaan.

Mengenai pemandu yang mabuk tadi, ingin juga saya menyebut bahawa sesiapa juga yang didapati salah mabuk waktu membawa atau memandu kenderaan, sebenarnya dalam sistem KEJARA dia terus-terus diberi 20 markah. Bererti itu menyebabkan lesennya boleh digantung. Jadi bukanlah bererti bahawa kita hendak membiarkan tetapi memang ada peruntukan-peruntukan yang ketat­ketat yang kita letakkan di dalam Akta ini supaya dapat memperkemaskan lagi keadaan dan menjalankan tugas-tugas kita dengan lebih baik, dengan sempurna.

Yang Berhormat Tuan Hassan Alban telah menyentuh mengenai perkara cukai jalan, mengenai denda yang tinggi yang dikenakan kepada Iori-lori dan juga kuasa menjalankan siasatan kepada pegawai-pegawai JPJ. Tiga perkara itu serta juga mengenai pemeriksaan kenderaan bagi menentukan keadaan kenderaan­kenderaan adalah sentiasa baik. Ini kata beliau akan menimbulkan rasuah.

Page 80: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3561 17 JULAI 1987 3562

Saya kurang pasti dengan dakwaan Yang Berhormat itu kerana pada kebiasaannya kesalahan membawa lebih muatan adalah dihadapkan dan diputuskan dalam mahkamah. Maka terpulanglah kepada budibicara mahkamah menentukan bagaimana ataupun banyak mana jumlah denda yang hendak dikenakan. Walau bagaimanapun, saya sudah mengambil catatan dan saya akan menyiasat perkara ini.

Bagi kuasa menjalankan. siasatan kepada pegawai-pegawm JPJ, pegawai-pegawai JPJ memerlukan kuasa 1tu supaya mereka dapat mengesan kesalahan-kesalahan yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat sendiri itu.

Mengenai kekurangan kenderaan pengangkutan awam di Sabah, Kementerian Pengangkutan akan berhubung dengan Lembaga Pelesenan Pengangkutan Jalan Sabah untuk mengatasi perkara ini.

Yang Berhormat tadi menyebut juga mengenai kadar cukai jalan yang dikenakan oleh JPJ Sabah adalah terlalu tinggi terutamanya bagi kenderaan "Land Cruiser" yang dikenakan bayaran di antara $5,000 hingga $7,000 setahun. Kadar yang tinggi tersebut minta dikurangkan. Sejak bulan April 1984 iaitu tarikh Road Traffic Ordinance 1958 diluaskan ke negeri Sabah dan Sarawak, walaupun cukai jalan di Semenanjung Malaysia telah dinaikkan tetapi kadar tersebut tidak diperluaskan ke Sabah. Bererti Sabah dan Sarawak tidak terlibat dengan kenaikan kadar yang baru yang ada di Semenanjung kerana Kerajaan sedar bahawa keadaan jalan­jalan di Sabah dan Sarawak tidak setanding dengan jalan-jalan yang ada di Semenanjung dan permintaan Yang Berhormat supaya kadar cukai jalan bagi Land Cruiser untuk kegunaan persendirian dikurangkan itu kita akan pertimbangkan.

Mengenai pemeriksaan kenderaan bagi menentukan keadaan kenderaan adalah sentiasa baik yang dikatakan akan menimbulkan masalah, saya inginlah mengesahkan di sini bahawa tugas-tugas menjalankan pemeriksaan kenderaan akan dijalankan dengan adil dan saksama. Jika ada pegawai­pegawai JPJ terlibat dalam perbuatan rasuah, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka apabila telah dapat aduan dan akan siasat sama ada perkara itu benar.

Yang Berhormat Tuan Ng Peng Hay mencadangkan supaya Kementerian Pengangkutan mengecualikan bayaran $20 apabila pemandu datang ke JPJ untuk menggantikan lesen memandu berlapis atau, dengan 1zm, "laminated" oleh kerana Iesen terse but bengkok, pecah akibat daripada panas dan sebagainya disebabkan katanya mutunya tidak baik.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, JPJ tidak mengenakan apa-apa bayaran ke atas pemandu yang datang untuk menggantikan lesen memandu berlapis itu jika lesen terse but memang mutunya kurang baik dan ·lesen tersebut diganti dengan percuma. Saya tidak taholah kes yang disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat itu. Mungkin agaknya sambil dia membaharui lesennya tidak taholah, kalau dia membaharuinya dia memanglah kena bayar $20 untuk satu tahun. Jadi kalau ada kes yang sebenarnya, saya minta Yang Berhormat menulis kepada saya memberitahu kes tersebut supaya dapat kita siasat dan supaya perkara ini tidak melarat dan tidak pula ramai orang mengambil kesempatan.

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di­Pertua, izin saya memberi penjelasan.

Datin Paduka Ha.ijah Zaleha binti Ismail: Yang Berhormat, saya tidak dengar. Apa tadi?

Page 81: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

------------------ ·-- ·-·---

3563 17 JULAI 1987 3564

Tuan Ng Peng Hay: Saya ingin membuat penjelasan, Tuan Yang di­Pertua.

Lt. Kol (B) Tuan Abdul Hamid bin Ibrahim: Silakan.

Tuan Ng Peng Hay: Sebenarnya kes ini berlaku di Melaka. Ada pemegang lesen itu bila tempohnya sudah mati, dia pun kena denda · dan lesennya pecah. Apabila dia memohon untuk mendapat "liminated licence" itu, dengan izin, maka pihak JPJ suruhnya membayar $20 untuk mendapatkan salinan dan $20 untuk membaharui lesen.

Jadi apabila saya menemui Tnan Pengarah JPJ dia kata ini adalah peraturan daripada Kementerian di mana tiap-tiap satu salinan "laminated licence" itu mesti dikenakan $20. Oleh itu saya suka kemukakan kepada Kementerian untuk memberi pertimbangan percuma kepada pemohon tersebut.

Datin Paduka Haijah Zaleha binti Ismail: Apa yang ada peraturan di Kementerian seperti yang saya cakap tadi itulah, Walau bagaimanapun, saya akan menyiasat perkara yang berlaku itu.

Satu lagi ialah masalah korek­mengorek jalan yang perlu diadakan penyelarasan bagi mengelakkan berlakunya kemalangan, kesusahan dan kesukaran kepada pengguna­pengguna jalan raya. Sebenarnya perkara ini sudah begitu lama disuarakan, bahkan pada tahun 1980 dulu semasa semua Pengerusi­pengerusi Jawatankuasa-jawatankuasa Tetap JKR dan · Kemudahan­kemudahan Awam di negeri-negeri mengadakan mesyuarat, perkara ini telah ditimbulkan dengan Kementerian Kerjaraya pada masa itu kerana semua pihak merasakan kesukarannya. Begitu juga bukan sahaja di peringkat Pusat bahkan di peringkat negeri dan di peringkat daerah. Tetapi untuk melaksanakan ini

dengan cara kita bercakap dalam mesyuarat, buat keputusan mesyuarat dan minta Jabatan masing-masing dan bertanya antara satu sama lain, agaknya susah dan sukar.

Jadi, oleh kerana itu kita buatkan satu undang-undang, adakan peruntukan supaya ada satu badan a tau satu Jabatan, JKRlah dalam hal ini, diberi tanggungjawab untuk menyelaras, jadi tak ada siapa yang boleh mengelak. Kalau dahulu itu masing-masing hendak cepat kerja dia, masing-masing ada peruntukan dia sendiri dan sebagainya, jadi tidak ada penyelarasan. Sebenarnya pada masa itu pun sebelum undang-undang ini kita adakan memang Kerajaan atau tiap-tiap Jabatan mengadakan syarat kepada kontraktor-kontraktor, iaitu apabila dia sudah korek satu-satu jalan atau satu-satu tempat, dia hendaklah menimbus dan memperbaiki jalan itu seperti sediakala, tetapi seperti yang kita tabu penguatkuasaannya itu dari Jabatan-jabatan yang berkenaan, yang berkaitan adalah agak lemah. Jadi, oleh kerana itu elok benarlah kita sudah mengadakan peruntukan ini di mana Jabatan Kerjaraya diberikan kuasa untuk menyelaras. Jadi kita harap ianya akan dapat berjalan dengan baik dan undang-undang ini terlaksana kerana seperti kata Yang Berhormat Tuan Haji Shaharom tadi, besok kita semua kena tanya, saya pun sama-samalah kena tanya sebab saya yang membentangkan Rang Undang­undang ini dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara, kita sama-sama bertanggungjawab. Jadi, oleh kerana itu sama-samalah kita mengawasi pelaksanaan undang-undang ini.

Mengenai pembayaran lesen kereta motor dan juga membaharui Iesen memandu di Pejabat Pos, ini memanglah disambut baik oleh banyak orang kerana kita tidak mahu menyusahkan rakyat. Tindakan menyelaraskan ini akan diambil oleh Kementerian Pengangkutan dengan Kementerian yang berkenaan, iaitu

Page 82: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3565 17 JULAI 1987 3566

Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos. Pelaksanaannya akan dijalankan apabila Akta ini diluluskan dan diwartakan kelak.

Yang Berhormat Tuan Ng Peng Hay juga telah membawa perkara mengenai bangunan JPJ Negeri Melaka. Saya mengucapkan terima kasih atas perhatian Yang Berhormat mengenai Pejabat JPJ Negeri Melaka. Sebenarnya keadaan di Melaka kalau dibandingkan dengan beberapa Pejabat JPJ Negeri adalah lebih baik­ini dibandingkan antara yang tak baik, semuanya kata tak baik, tak cukup besar dan sebagainya-tetapi antara yang itu dialah paling elok, paling lapang dan luas kalau dibandingkan dengan yang lain. Walau bagaimanapun, Kementerian sedang berusaha untuk mendapatkan peruntukan bagi membina pejabat­pejabat baru ini tetapi kerana keadaan Kerajaan disebabkan kemelesetan ekonomi ini, peruntukan yang kita pohon itu banyak dipotong, dipotong, dipotong sana-sini, tinggal sedikit­sedikit sahaja, jadi sukarlah kita hendak melaksanakannya. Walau bagaimanapun, memang program ini masih dalam program yang diusahakan oleh Kerajaan, insya Allah kita akan dapat melaksanakannya apabila keadaan sudah pulih nanti.

Yang Berhormat Puan Hajjah Salbiah telah membawa beberapa perkara. Pertamanya, beliau mengatakan Kementerian Pengangkutan tidak patut membenarkan kenderaan-kenderaan yang lama digunakan sebagai bas-bas sekolah. Saya sangat-sangat bersetuju atas perkara ini kerana saya sendiri apabila di mana-mana dalam perjalanan, terutama di Kuala Lumpur, ini bila ada traffic jam, baru­baru ini saya juga dalam traffic jam, satu bas sekolah sudah senget sebelah, ramainya budak-budak dalamnya memanglah seperi yang kita semua sedia maklum, bukan sahaja yang duduk, yang berdiri sampai penuh

sesak, yang bergantung-gantung di pintu bas pun ramai juga dan bila bas ini berhenti lama sedikit menunggukan "jam" ini tadi, budak-budak ini turun berjalan-jalan, bersiar-siar, lepas itu mereka naik balik. Jadi memang saya sendiri mengambil perhatian yang sangat berat atas perkara ini kerana saya nampak keadaan menjaga keselamatan budak-budak ini dengan bas sekolah ini begitu longgar sekali. Kalau bas-bas yang ada konduktornya itu tak apa juga, sebab konduktor itu duduk di tepi pintu bas itu dan menjaga budak-budak ini tak boleh turun, tetapi kalau hanya seorang pemandunya sahaja yang ada dan tak ada konduktor, memanglah itu keadaannya. Keadaan kebanyakan bas-bas sekolah ini memang begitu buruklah nampaknya. Jadi saya pun memang sebelum ini pun sudah merasa begitu runsing, begitu risau melihatkan keadaan ini dan saya memang sudah pun membuat catatan.

Sebenarnya dalam perkara ini kalau bersabit dengan bas-bas berhenti-henti ataupun bas ekspres, bas pesiaran, oleh kerana dia ini berjalan jarak jauh memang dalam peraturan kita, kita tak benarkan bas-bas yang berumur lebih 12 tahun berjalan-untuk bas berhenti­henti, untuk bas ekspres, bas pesiaran-tetapi bas sekolah m1 nampaknya agaknya kita ini terlalai sedikit, tak apalah, ini saya ambil ingatan dan kita akan mengambil tindakan dalam perkara ini. Sebenarnya semua kenderaan­kenderaan m1, 1a1tu kenderaan perdagangan, kenderaan kegunaan awam, bas ekspres, bas pesiaran dan sebagainya serta juga Iori-lori memang diwajibkan 6 bulan sekali diperiksa. Jadi dalam perkara ini kita berharap kerja-kerja ini akan dapat kita laksanakan dengan beres.

Mengenai kegiatan teksi sapu, Yang Berhormat Hajjah Salbiah juga yang menyentuh mengenai teksi sapu atau teksi haram ini. Sebenarnya, Jabatan Pengangkutan Jalan sentiasa

Page 83: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3567 17 JULAI 1987 3568

mengambil tindakan dari semasa ke semasa ke atas kegiatan m1, tetapi agaknya mungkinlah nasib mereka ini baik, masa dia lalu itu tak ada pula mana-mana penguatkuasa Jabatan yang ada di situ yang hendak menangkap mereka, sama ada pihak Polis ataupun JPJ, lagi pun mengikut Ordinan Lalulintas 1958 itu bukan senang hendak tangkap mereka itu. Kalau hendak dituduh mereka itu menjadi teksi haram pun, satu minggu pihak Polis atau sesiapa juga hendak kena duduk di satu tempat, tengok kegiatannya dan catat untuk satu minggu itu butir-butir mengenai pukul berapa dia ambil, berapa ramai passengers, pukul berapa dia pergi ke mana, ke sana, ke sini-begitu punya susah hendak mengambil tindakan kepada satu-satu teksi haram itu, iaitu hendak menentukan bahawa ianya betul menjalankan kegiatan teksi haram. Jadi dengan adanya peruntukan ini bila telah diluluskan di mana denda lebih berat akan dikenakan, kita yakin kegiatan teksi haram ini akan berkurangan di masa depan dan keselamatan orang juga terjamin, sebab Yang Berhormat kata tadi teksi itu lantainya sudah berlubang-lubang dan sebagainya, mungkin agaknya pintu pun kena ikat dan sebagainya.

Mengenai cadangan cara-cara membuat aduan kesalahan lalulintas ini, saya mengambil ingatanlah atas syor Yang Berhormat supaya diadakan peti surat khas bagi membuat aduan dan Kementerian sendiri akan mempertingkatkan dan melaksana-kannya sekiranya ia dapat mengatasi masalah-masalah yang dibangkitkan. Sebenarnya mengenai perkara mengadukan kesalahan lalulintas Im, sistem Pegawai Kumpulan A Kerajaan yang boleh melaporkan kesalahan itu pun satu cara di mana pegawai-pegawai yang sepanjang masa menggunakan jalan raya-jalan raya, apabila melihat satu kesalahan lalulintas dilakukan, mereka

boleh membuat laporan dan laporan itu akan diambil tindakan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan. Kalau semua orang melaksanakan tugas itu, kita akan dapat satu keadaan seperti kata Yang Berhormat Tuan Haji Shaharom, di Singapura tahu-tahu terima sahaja saman katanya, kalau semualah melaksanakan. Tetapi dalam tempoh setahun yang lalu cuma 1,109 orang sahaja pegawai Kerajaan Kumpulan A yang telah membuat aduan mengenai kesalahan lalulintas. Ini sebenarnya pegawai itu tak perlu menangkap orang itu di situ. Apabila berlaku kesalahan seperti kesalahan lalulintas macam memotong "double lines" seperti kata Yang Berhormat Tuan Haji Shaharom tadi itu pegawai berkenaan boleh mengisi borang yang dikhaskan untuk mereka dan borang itu dihantarkan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan, tindakan menyamankah ataupun apa kita akan ambit selepas ini. Jadi orang yang buat salah itu akan terima saman kemudian, tahu-tahu terima saman sungguhpun Polis tak tahan dia atau JPJ tak tahan dia di tengah jalan semasa dia membuat kesalahan itu. Cuma ini kita minta kerjasama dari pihak pegawai Kumpulan A dalam perkara ini.

Yang Berhormat tadi ada menyebut juga fasal orang perempuan membawa kereta, orang suka potong. Dia kata orang perempuan ini takut, kalau ada orang potong, dia takut, nervous. Mereka seronok melihat orang panik di tengah-tengah jalan. Tetapi sebenarnya, kalau saya memandu, sekarang sudah tua tidaklah lagi, kalau masa muda dahulu, kalau saya memandu, saya macam Hajjah Azizah jugalah rasanya, bila ada orang hendak potong kita, kita pun hendak tunjuk yang kita pun boleh juga. Tetapi ini tidak patut dilaksanakan, kerana ianya bukan dapat menyelesaikan masalah. Ini bererti bahawa, two wrongs cannot make one right, dengan izin. Kita berharap bahawa sesiapa juga kalau dalam keadaan seperti ini, kita sabar,

Page 84: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3569 17 JULAI 1987 3570

kita terus memandu dengan cermat dan jika semua orang berfikir begitu, insya Allah, kita akan menjadikan jalan raya itu tempat yang selamat bagi kita.

Yang Berhormat Puan Hajjah Azizah telah menyentuh mengenai saiz nombor plet kereta yang besar dan tidak sesuai. Sebenarnya, JPJ sedang mengkaji perkara 1m untuk mengurangkan saiznya dan butir-butir saiz plet dan ukuran abjad serta angka nombor pendaftaran kenderaan motor adalah termaktub dalam kaedah­kaedah di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987. Apabila kajian ini selesai, pindaannya akan dibuat kepada kaedah-kaedah berkenaan dan terus boleh dikuatkuasakan.

Yang Berhormat Tuan Haji Shaharom, kalau tidak silap saya ada juga menyebut mengenai perkara ini tadi, maka dengan itu terjawablah soalan Yang Berhormat itu dalam perkara nombor plet pendaftaran kereta.

Yang Berhormat Puan Hajjah Azizah juga telah menyentuh mengenai peruntukan undang-undang hendaklah dipinda untuk mem­benarkan bayaran cukai dibuat melalui wang kiriman pas. Sebenarnya, bagi kemudahan orang ramai, bayaran cukai jalan boleh dibuat dengan wang tunai, dengan cheque dan wang kiriman pas. Pembayaran tersebut boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPJ bagi semua jenis kenderaan persendirian. Bagi kenderaan-kenderaan perdagangan sahaja ianya dikenakan sekatan iaitu kenderaan perdagangan diperlukan membayar cukainya di Pejabat JPJ Negeri. Ini adalah kerana sebelum cukai itu dibayar, kenderaan tersebut mesti diperiksa dahulu. Jadi masalah hendak membayar dengan kiriman pas itu tidak terlibat.

Mengenai menggantung lesen memandu penagih dadah, Yang Berhormat Puan Norani tadi telah

menyentuh perkara ini mengingatkan supaya kita tidak tersalahguna kuasa. Sebenarnya hanya penagih dadah yang telah disahkan sebagai penagih dadah mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Penagih Dadah Rawatan dan Pemulihan 1983, apabila telah disahkan mengikut kedua-dua Akta itu, barulah penggantungan lesen itu boleh dibuat secara rasminya. Kita tidak boleh menggantung lesen sesiapa pun secara syak-syak sahaja, kerana itu bersalahan dan ianya akan melanggar hak-hak seseorang.

Yang Berhormat Senator Norani juga telah menyebut mengenai tanaman pokok-pokok di kawasan­kawasan jalan raya, memanglah Jabatan Kerjaraya ditugaskan dalam penyelenggaraannya menanam pokok­pokok bahkan Jabatan Kerjaraya ada pegawai yang khas yang telah diperuntukkan bagi perkara ini dan kita akan melihatkan perkara ini dilaksanakan dan dapat memberikan teduhan dan juga mengindahkan kawasan.

Yang Berhormat Tuan Dahlan telah meminta supaya JPJ mengeluarkan peringatan sebelum lesen memandu tamat untuk membantu orang ramai yang mungkin lupa Iesen mereka telah tamat tempoh. Sebenarnya, kalau mengikut peruntukan, kalau sudah 3 tahun tidak dibaharui, jika hendak membaharuinya dikenakan ujian semula. Dalam tempoh 3 tahun itu, sehari sebelum sampai tempoh 3 tahun itu pun dia boleh membaharuinya, tidak ada masalah. Itu memberi peluang kepada orang yang pelupa ini. Kita beri 3 tahun, cukup lama masanya. Tetapi masalahnya ialah kesukaran kepada orang yang memandu, yang mempunyai lesen yang sudah mati kerana kalau terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Walau bagaimanapun, JPJ sedang melaksanakan program kompu-terisenya yang telah pun di-mulakan di Selangor dan Wilayah

Page 85: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3571 17 JULAI 1987 3572

Persekuttian. Satu daripadanya sebabnya ialah supaya sistem komputerise JPJ ini dapat menghantar peringatan untuk membaharui lesen memandu dan juga cukai jalan kepada semua yang terlibat iaitu apabila sampai tempoh sah lakunya tamat. Cadangan Yang Berhormat itu akan dilaksanakan pada masa hadapan apabila telah dapat kita komputerise semuanya di Jabatan Pengangkutan Jalan.

Yang Berhormat itu juga telah menyebut mengenai Iori-lori hantu yang digunakan di kawasan-kawasan tapak binaan ataupun di kuari dan dalam perusahaan kayu balak. Sebenarnya, Iori-lori hantu 1m hendaklah didaftarkan tetapi ianya tidak perlu dilesenkan oleh kerana Iori itu tidak digunakan di jalan raya. Tetapi kalau Iori itu hendak digunakan di jalan raya, ia mesti dilesenkan. Kalau dia tidak mempunyai lesen, dia mesti kena saman, kena denda dan sebagainya. Kalau dalam kawasan itu sahaja, tidak perlu sebab dia tidak keluar menggunakan jalan raya dan membahayakan sesiapa. Walau bagaimanapun, saya sudah mengambil catatan mengenai perkara ini dan kita akan mengkaji ·pro dan kontranya supaya dapat diperbaiki lagi dan tidak hilang hasil kepada Kerajaan.

Yang Berhormat Tuan Tiong Hiew King minta tindakan diambil ke atas pemandu-pemandu yang melakukan kesalahan lalulintas. Pemandu­pemandu yang melakukan kesalahan lalulintas ini memang dikenakan saman dan didenda dan sekiranya melakukan kesalahan itu bertalu-talu, pesalah itu akan dimasukkan ke bawah Sistem KEJARA dan dihukum supaya lesen memandu mereka digantung sehingga tiga bulan.

Yang Berhormat Senator Rokiah telah mencadangkan supaya JPJ mengawasi aktiviti-aktiviti syarikat insurans yang memperbaiki semula kenderaan yang telah terlibat dalam

kemalangan yang teruk dan menjual pula kepada orang ramai. Sebenarnya, Kementerian Pengangkutan telah mengambil kira cadangan Ahli Yang Berhormat tersebut dengan memasukkan peruntukan baru iaitu Seksyen 66 ( 1) ( nn) dalam Akta yang kita bincangkan ini untuk membolehkan Menteri Pengangkutan membuat kaedah-kaedah bagi mengawalselia pemeriksaan pendaftaran kenderaan motor yang tidak sesuai dibaiki oleh kerana kemalangan dahsyat, oleh kerana usia tua ataupun sebab-sebab lain.

Yang Berhormat Tuan Haji Shaharom telah menimbulkan begitu banyak perkara iaitu kata beliau, sungguhpun beliau menyokong tindakan penguatkuasaan tetapi seperti yang telah disebutnya, tindakan penguatkuasaan ini mestilah diambil dan dilaksanakan, kalau tidak nanti kita kena soal di akhirat. Sebenarnya, sukacita saya menjelaskan kepada Ahli Yang Berhormat dan juga kepada Dewan ini bahawa Seksyen 53 bukan sahaja melarang penjaga-penjaga kereta itu beroperasi tetapi juga melarang mereka itu mendesak pemandu-pemandu ataupun tuan-tuan punya kereta dengan penjagaan atau pencucian kenderaan motor dan sebagainya. Sekiranya perkara ini dilakukan dan ianya boleh dianggap perbuatan salah dan pihak polis boleh mengambil tindakan. Ertinya, kalau sesiapa yang kena ganggu mengadu kepada polis, polis bolehlah menangkap yang menjaga kereta itu.

Banyak lagi perkara-perkara yang telah disentuh oleh Yang Berhormat ini, saya terpaksa susun betul-betul jawapannya. Mengenai saiz nombor plet, tadi saya sudah jawab. Tetapi perkara-perkara lain yang Yang Berhormat sentuh banyak iaitu mengenai warna bas, ada bas pasang iklan, kereta sudah tua, cara membuat sekatan jalan, pakai tayar saiz besar, pasang spot light, fog light dan sebagainya.

Page 86: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3573 17 JULAI 1987 3574

Bagi menjawabnya, saya sukalah menyatakan bahawa mengikut kaedah-kaedah pendaftaran yang ada sekarang, saiz plate itu ditetapkan supaya mudah dikenal dan boleh dibaca dengan jelasnya. Kalau kita ternampak lain pula, kita pergi report pula lain nombor dan orang lain pula yang kena. Yang menjadi kesalahan ialah apabila plate nombor itu terlalu kecil ataupun macam kata tadi, serong sana, bengkok sini, "fancy" sampai tidak boleh dibaca. Tindakan hanya boleh diambil kepada mereka yang apabila didapati perkara itu berlaku.

Mengenai mengecat iklan pada bas, tidak menjadi kesalahan. JPJ akan mengawal cara-cara mempamerkan iklan-iklan pada badan bas itu, kerana yang perlu yang ditulis pada badan bas tulisan mengenai nama syarikat dan tulisan teknikal pada benda yang perlu hendak diiklankan.

Mengenai kereta tua, itu tidak bermakna bahawa kesemua kereta ini dalam keadaan tidak baik. Tetapi yang perlu ialah kita hendak check tengok dari segi mechanicalnya kalau pun umurnya, macam kata Yang Berhormat itu sudah 25 tahun tidak pernah pergi ke workshop, boleh berjalan baik, mungkinlah mechanically elok, baik. Yang dikehendaki diperiksa ialah untuk menentukan bahawa kereta itu selamat digunakan di jalan raya. Tua umur tidak menjadi sebab seperti Yang Berhormat Senatir Rokiah kata tadi. Yang baru sudah banyak accident begitu teruk mungkin tidak boleh dipakai.

Cara membuat sekatan jalan, cara­cara yang ada sekarang akan diseragamkan di seluruh negara. Perkara ini memang sudah dalam tindakan dan perhatian semua pihak yang terlibat dalam sekatan jalan.

Mengenai memasang tayar kereta yang saiz besar, tidak menjadi kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan. Memasang sport

light juga tidak menjadi kesalahan. Bahkan kalau sport light ini dipasang, ia memang berguna dalam cuaca yang tidak baik, dalam kabus, dalam hujan lebat dan sebagainya. ltulah keadaannya.

Yang Berhormat juga ada membawakan perkara cermin gelap dan sebagainya tadi dan membuat aduan pemandu membuat kesalahan lalulintas. Mengenai cermin gelap, tindakan sedang diambil untuk melaksanakannya dengan tegas iaitu sebaik sahaja pindaan yang dibuat dalam kaedah yang ada sekarang diwartakan tidak lama lagi. Pindaan itu ialah untuk memudahkan lagi tindakan diambil dengan menggunakan alat pengesan yang ditentukan oleh Ketua Pengarah JP J.

Mengenai kesalahan lalulintas, sebenarnya sesiapa sahaja boleh membuat aduan kepada JPJ atau Polis dan tindakan akan diambil sebagaimana program aduan kesalahan lalulintas oleh pegawai Kerajaan Kumpulan A. Bererti Yang Berhormat sendiri pun bolehlah melaporkan kepada pihak Polis ataupun kepada JPJ sekiranya semasa Yang Berhormat memandu di jalan raya, ada pemandu-pemandu yang melakukan kesalahan lalulintas. Bersabit dengan kesalahan itu juga, Yang Berhormat ada menyebut mengenai siapa hendak tangkap pemandu yang tidak berhemat dan juga mengenai sistem KEJARA dan borang laporan kesalahan lalulintas, saya sudah jawab. Sistem KEJARA sebenarnya berjalan dengan baik di mana sebanyak 292,517 kes telah dimasukkan dalam senarai KEJ ARA. Ini bererti bahawa sistem ini berjalan dengan baik dan sebanyak 15,360 telah dikeluarkan notis amaran kerana telah mendapat markah 10 hingga 19 iaitu mata kesalahannya. Sebanyak 434 kes telah dikeluarkan notis penggantungan lesen kerana mata kesalahan melebihi 20. mata. Mengenai borang laporan kesalahan

Page 87: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3575 17 JULAI 1987 3576

lalulintas pegawai A tadi saya ada sebut, sudah saya ulaskannya tadi, saya berharap perkara ini Yang Berhormat juga tolong sebarkanlah supaya pegawai-pegawai 1m dapat melaksanakan tugas ini bersama-sama untuk kepentingan ramai.

Mengenai LPPJ dengan JPJ yang menjadi kekeliruan kepada ramai orang, kuasa LPP J ialah mengeluarkan lesen permit kenderaan perdagangan seperti teksi, kereta sewa, bas, Iori dan lemosin. Dia mengeluarkan lesen. Kuasa JPJ mendaftar kereta motor termasuklah motosikal, kereta perdagangan serta mengutip cukai jalan. Jadi, adalah berbeza, ada juga orang keliru datang jumpa saya minta permit teksi. Saya kata saya tidak bagi permit teksi, saya tangkap orang sahaja-secara bergurau. Tetapi itulah sebenarnya beza tugas kedua-dua LPPJ dan JPJ­jadi, banyak P dan J. Mengenai beza teksi-teksi dan kereta sewa mengenakan kadar satu tambang bagi sebuah kereta bagi satu-satu perjalanan iaitu tanda-tanda fizikalnnya ialah tulisan teksi yang ada di luar. Kereta sewa mengenakan kadar tambang berasingan kepada setiap penumpang bagi sesuatu perjalanan dan juga denda fizikalnya ialah tulisan kereta sewa. Itulah bezanya.

Saya minta maaf kepada Yang Berhormat kerana semasa menggulung perbahasan mengenai Jabatan Penerbangan Awam, saya terlupa menjawab soalan Yang Berhormat yang satu itu ataupun cadangan. Saya rasa cadangan Yang Berhormat itu adalah satu cadangan yang baik bahkan Jabatan Penerbangan Awam pun memang dalam ingatannya, dalam usaha­usahanya ada mengambil perhatian. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat atas cadangan itu kerana membawanya dalam Dewan ini iaitu Kementerian Kerjaraya dan Kementerian Pertahanan sebenarnya

telah pun mencapai persetujuan menggunakan jalan raya sebagai tempat mendarat semasa darurat. Tetapi di mana tempatnya itu tidak boleh diberitahu kerana itu seperti kata Yang Berhormat tadi Rahsia Rasmi. Kalau kita beritahu di mana tempatnya nanti orang tahu, dia born pula tempat itu, susah kita. Sebenarnya dalam jalan-jalan Kuala Lumpur memang tidak boleh mendarat. Macam mana hendak mendarat sebab tiang-tiang lampu tidak ada switchnya yang hendak ditekan turun ke bawah. Dan begitu juga lalulintas, saya tengok sampai pukul 4 pagi pun masih ada kereta-kereta lalulintas di jalan raya. Jadi, sukarlah bagi kita hendak menggunakan jalan-jalan di Kuala Lumpur tetapi mungkin di lebuh­lebuhraya bolehlah. Saya pun sendiri tidak tahu di mana sebenarnya kerana itu rahsia kepada Kementerian Pertahanan, kepada Kementerian­kementerian yang berkaitan.

Jadi, rasa saya itulah beberapa perkara yang telah dibawa oleh Ahli­ahli Yang Berhormat yang telah menunjukkan rasa tanggungjawabnya membahaskan Rang Undang-undang ini dan saya minta maaf sekiranya kalau ada di mana-mana lagi butir­butir yang tidak sempat saya menjawab dan saya sekali lagi bagi pihak Kerajaan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih atas sokongan Ahli-ahli Yang Berhormat bagi meluluskan Rang Undang-undang ini dan saya berharap kita dapat melaksanakan tugas ini dengan baik dan sempurna demi kepentingan negara kita.

Lt. Kol. (B) Abdul Hamid bin Ibrahim: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Page 88: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3577 17 JULAI 1987 3578

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.

(Lt. Kol. (B) Abdul Hamid bin Ibrahim mempengerusikan

Jawatankuasa

Fasal 1 hingga 129 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang U ndang-undang.

Rang Undang-undang dilaporkan. dengan tidak ada pindaan: dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

Lt. Kol. (B) Abdul Hamid bin Ibrahim: Mesyuarat ditempohkan selama 30 minit.

Persidangan ditempohkan pada pukul 7.20 malam.

Persidangan disambung semula pada puku/8.00 malam.

(Lt. Kol. (B) Abdul Hamid bin Ibrahim mempengerusikan

Mesyuarat)

RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA PELESENAN

KENDERAAN PERDAGANGAN

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

8.00 mlm.

Timbalan Menteri Perusahaan Awam (Tuan Haji Daud bin Dato' Haji Taha): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bernama Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 yang berdasarkan Bahagian V, Ordinan Lalulintas Jalan 1958 dibaca kali kedua.

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang ini bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi

pelesenan dan pengawalan kenderaan perdagangan. Buat masa ini undang­undang yang mengawal pelesenan dan pengawalan kenderaan perdagangan adalah terkandung dalam Bahagian V, Ordinan Lalulintas Jalan 1958 yang telah diluaskan ke Sabah dan Sarawak melalui Perintah Pengubahsuaian Undang-undang Ordinan Lalulintas Jalan (Perluasan dan Pengubahsuaian) 1984.

Kementerian berpendapat bahawa oleh kerana pelesenan dan pengawalan kenderaan perdagangan adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Perusahaan Awam, maka adalah sesuai ianya dikawal oleh satu Akta yang berasingan. Ini juga bermakna apa-apa pindaan terkemudian yang akan dibuat akan diuruskan oleh Kementerian yang bertanggungjawab mengenainya tanpa melibatkan Kementerian Peng­angkutan dan pihak-pihak lain yang berkaitan seperti yang berlaku di masa yang lalu.

Rang Undang-undang ini dengan ini bertujuan memansuhkan Bahagian V, Ordinan Lalulintas Jalan 1958. Pada amnya peruntukan-peruntukan undang-undang yang sedia ada dikekalkan, tetapi beberapa peruntukan telah dipinda untuk memenuhi keperluan-keperluan industri kenderaan perdagangan yang bertambah.

Di bawah Bahagian I, Fasal 1 memperuntukkan bahawa Rang Undang-undang m1 terpakai ke seluruh Malaysia, manakala Fasal 2 pula mentakrifkan berbagai ungkapan yang digunakan dalam Rang Undang­undang ini. Kebanyakan takrif ini adalah diambil daripada undang­undang yang sedia ada. Walau bagaimanapun, perwujudan kelas­kelas baru kenderaan perkhidmatan awam memerlukan diadakan takrif­takrif baru yang tertentu. Contohnya, "kenderaan pekerja" adalah konsep baru dan telah ditakrif sebagai satu

Page 89: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3579 17 JULAI 1987 3580

kenderaan yang dipunyai oleh mana­mana syarikat dan digunakan secara eksklusif bagi membawa pekerja­pekerjanya dan dari tempat kerja mereka tanpa tambang. Begitu juga bas kilang dan ini bererti satu bas yang digunakan secara eksklusif bagi membawa pekerja-pekerja kilang ke dan dari tempat kerja mereka. "Kereta sew a dan pandu" bererti sesuatu kenderaan motor yang disewakan bagi maksud dipandu oleh penyewa atau penamanya dan "teksi mewah" ertinya satu kenderaan moto·r yang mempunyai muatan duduk tidak melebihi 6 orang termasuk pemandu yang digunakan untuk mengangkut penumpang sebagai balasan kepada satu bayaran dan yang dikendalikan dari satu pengkalan tetap dan tidak berulang­alik untuk disewa atas mana-mana jalan.

Saya suka juga mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Haji Shaharom mengenai perbezaan di antara "kereta sewa" dan "teksi". Takrif "kereta sewa" ialah kenderaan motor yang muatan duduknya tidak melebihi 6 orang atau dalam kawasan yang dibenarkan oleh Lembaga 12 orang dalam semua keadaan termasuk pemandunya yang digunakan untuk membawa penumpang pada satu perjalanan sebagai balasan kepada pembayaran berasingan yang dibuat oleh mereka. Takrif "teksi" pula ertinya kenderaan motor yang muatan duduknya tidak melebihi 6 orang, termasuk pemandu yang digunakan untuk membawa orang pada mana perjalanan sebagai balasan kepada satu-satu tambang dan biasanya teksi ini ianya menggunakan meter.

Rang Undang-undang mt juga bertujuan untuk menggunakan perkataan-perkataan "kenderaan perdagangan" dan bukan peng-angkutan perdagangan untuk merujuk : kepada kenderaan

perkhidmatan awam dan kenderaan barang-barang.

Di samping itu juga, Rang Undang­undang ini mencadangkan supaya nama "Lembaga Pelesenan Pengangkutan Jalan", ringkasnya LPP J yang ada sekarang mt ditukarkan kepada "Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan" ataupun LPKP. Nama baru adalah lebih sesuai dan tepat memandangkan tugas-tugas LPPJ sekarang, iaitu mengeluarkan Jesen-lesen bagi kenderaan perdagangan. Ini juga akan mengelakkan kekeliruan dengan tugas-tugas Kementerian Peng-angkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan yang bertanggungjawab kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan pengangkutan jalan keseluruhannya.

Bahagian II Rang Undang-undang tm juga membuat peruntukan mengenai penubuhan Lembaga-lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan bagi Malaysia Barat, Sabah dan Sarawak. Gleh kerana sebab-sebab geografi dan untuk menyenangkan pentadbiran, Lembaga Sabah adalah mempunyai bidang kuasa ke atas Wilayah Persekutuan Labuan.

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang ini memberi kuasa tertentu kepada Menteri, antaranya ialah di bawah Fasal 7 yang mana memberi kuasa kepada Menteri untuk melantik mana-mana anggota Lembaga atau mana-mana orang lain yang patut untuk menjalankan fungsi Pengerusi jika oleh kerana apa-apa sebab dia tidak boleh menjalankannya atau selama tempoh kekosongan dalam jawatan Pengerusi.

Adalah menjadi perkara biasa sesuatu permohonan untuk mendapat lesen terpaksa ditolak atau permohonan-permohonan tidak dapat dipertimbangkan oleh Lembaga dengan sepenuhnya. Oleh yan_g_ demikian, pihak yang tidak berpuas

Page 90: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3581 17 JULAI 1987 3582

hati adalah diberi peluang untuk merayu. Ini telah diperuntukkan di bawah Bahagian V Rang Undang­undang ini.

Fasal 27 membolehkan seseorang yang memohon untuk mendapatkan atau membaharui lesen atau pemegang lesen untuk merayu kepada Menteri terhadap keputusan Lembaga. Di Malaysia Barat tempoh dalam mana rayuan itu boleh dibuat adalah 30 hari dan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan 90 hari. Menteri boleh juga melantik suatu Jawatankuasa yang menimbang apa-apa rayuan seperti di bawah Fasal 28.

Fasal 32 pula melarang mana-mana orang yang rayuannya masih belum diputuskan dari membuat permohonan terkemudian berkenaan dengan kelas dan jenis kenderaan yang sama. Jika disebabkan rayuan atau permohonan terkemudian itu lesen telah diberi, lesen itu adalah batal.

Tuan Yang di-Pertua, memandang­kan industri pengangkutan yang berkembang dengan pesat bagi menjaga kepentingan pengusaha­pengusaha pengangkutan perdagangan yang benar-benar menjalankan perusahaan atau perniagaan mereka dan bagi kepentingan orang a warn yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan, adalah perlu hukuman­hukuman dan penalti yang lebih berat dikenakan kepada mereka yang melakukan kesalahan-kesalahan.

Di bawah peruntukan sekarang kesalahan yang dikenakan denda sebanyak $1,000 atau 3 bulan penjara atau kedua-duanya sekali telah ditambah kepada $2,000 atau 6 bulan penjara atau kedua-duanya sekali, seperti yang dicadangkan oleh Rang Undang-undang ini. Manakala bagi kesalahan-kesalahan tertentu yang dikenakan denda sebanyak $2,000 atau 6 bulan penjara atau kedua­duanya sekali ditambah kepada $5,000

atau satu tahun penjara atau kedua­duanya sekali.

Rang Undang-undang m1 juga memperuntukkan kuasa-kuasa tertentu kepada pihak-pihak tertentu bagi mendakwa mereka yang dikatakan melakukan kesalahan­kesalahan. Peraturan atau prosiding bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta hendaklah dimulakan atau dilakukan oleh atau bagi pihak Pendakwa Raya oleh seorang pegawai Polis atau oleh seorang pegawai Pengangkutan Jalan, seperti di bawah Fasal 45.

Supaya tidak menimbulkan masalah dan kekeliruan, dengan wujudnya Akta baru ini yang mana akan memansuhkan Bahagian V Ordinan Lalulintas, Fasal 57 telah memperuntukkan perkara-perkara yang berkaitan dengan pemansuhan dan peralihan.

Tuan Yang di-Pertua, pengwujudan Rang Undang-undang baru ini adalah bertujuan untuk memperkemaskan lagi peruntukan Rang Undang-undang bagi membolehkan Kementerian, khasnya Lembaga-lembaga Pelesenan Pengangkutan berfungsi dengan lebih berkesan di dalam menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawabnya.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Timbalan Menteri Buruh (Dato' Wan Abu Bakar bin Wan Mohamed): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Lt. Kol. (B) Abdul Hamid bin Ibrahim: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah Rang Undang-undang bernama suatu Akta bagi mengadakan peruntukan mengenai pelesenan dan pengawalseliaan kenderaan perdagangan dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Silakan Yang Berhormat, Tuan Ng.

Page 91: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3583 17 JULAI 1987 3584

8.11 mlm.

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di­Pertua, saya bangun untuk memohon izin untuk mengambil bahagian dalam perbahasan dan terus menyokong Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987. Walaupun waktu sudah malam, tetapi saya rasa ada dua, tiga perkara yang penting yang perlu saya kemukakan dalam perbahasan saya.

Tuan Yang di-Pertua, dalam pindaan Undang-undang ini, saya rasa ini adalah satu pindaan yang tepat di mana Kementerian Perusahaan Awam akan mengambil alih dengan kuasa mengeluarkan lesen kenderaan perdagangan selepas undang-undang ini diluluskan. Mengikut ucapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi berkenaan dengan pindaan ini, bahawa denda (penalty) itu ditingkatkan dua kali ganda. Di sini saya suka membawa satu perkara berkenaan dengan pengeluaran lesen kepada kenderaan perdagangan iaitu berkenaan dengan bas sekolah.

Bas-bas sekolah ini telah dikeluarkan dengan lesen bagi mengangkut kanak-kanak ke sekolah. Di sini saya suka mengingatkan kepada Kementerian yang berkenaan supaya memberi nasihat kepada tuan-tuan punya bas sekolah yang mana ada setengah tuan-tuan punya bas sekolah a tau pemandu bas sekolah yang kurang bertanggungjawab kerana hendak mencari keuntungan yang banyak sehingga mengangkut bilangan kanak­kanak sekolah dengan tidak mengikut peraturan yang dikeluarkan oleh Kementerian. Juga ada setengah­setengah pemandu atau tuan-tuan punya bas sekolah yang mana kerana hendak mencari lebih keuntungan, berani berjanji mengambil kanak­kanak sekolah pada tiap-tiap hari dengan bilangan yang begitu besar sehingga mereka terpaksa membuat dua tiga "trip" yang mana kanak­kanak yang hendak pergi ke sekolah ini

ada setengah-setengahnya terpaksa menunggu pukul empat setengah pagi atau pukul lima pagi bas-bas sekolah mengangkut mereka ke sekolah.

Tuan Yang di-Pertua, saya ada satu pengalaman di mana lebih kurang sebulan yang lalu, di satu pagi. apabila saya menghantar anak saya ke sekolah, saya terjumpa dengan seorang kanak-kanak sekolah bangsa Melayu belajar dalam darjah dua sedang menangis di depan sekolah di mana anak · saya bela jar. Saya pun menghentikan kereta dan bertanya kepada budak itu kenapa dia menangis. Dia kata dia sedang menunggu bas sekolah. Oleh kerana dia dihantar dari rumahnya oleh sebuah bas sekolah dan dia disuruh menunggu di depan berhampiran dengan sekolahnya sebuah bas lagi untuk mengambilnya. Saya tidak tabu sama ada tm kekurangan tanggungjawab pemandu bas sekolah berkenaan.

Saya selalu mendapat aduan daripada ibubapa di mana tuan-tuan punya bas sekolah cuma hendak mencari keuntungan sehingga mengabaikan keselamatan anak-anak kita. Sepatutnya Kementerian memberi nasihat kepada tuan-tuan punya bas sekolah, bukan sahaja semata-mata mencari keuntungan tetapi keselamatan anak-anak murid adalah lebih penting. Oleh itu saya suka meminta Kementerian berkenaan mengambil perhatian. Kalau sekiranya ada pemandu­pemandu atau tuan-tuan punya bas sekolah yang bersikap tidak bertanggungjawab menjamin keselamatan anak-anak kita, sepatutnya mereka dikenakan denda ataupun menarik balik permit mereka.

Tuan Yang di-Pertua, di sini suka juga saya mengemukakan masalah permit bas berhenti-henti. Kami semua bersetuju dan menyokong Dasar Ekonomi Baru iaitu penyusunan semula masyarakat kita.

Page 92: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3585 17 JULAI 1987 3586

Saya menimbulkan perkara ini ialah berkenaan dengan satu permit baru yang dikeluarkan ~epa~a . sebua~ syarikat bas berhentt-hentJ d1 negen Melaka baru-baru ini di mana jalan daripada Bandar Melaka ke Malim, ke Alor Gajah telah dikeluarkan permit untuk bas berhenti-henti kepada sebuah syarikat yang bernama Tai Lai. Syarikat ini telah menjalankan perkhidmatan bas berhenti-henti daripada bandar Melaka ke Alor Gajah selama lebih kurang 20-30 tahun. Tetapi baru-baru ini sebuah syarikat yang baru yang dipunyai ole~ bumiputera telah mendapat permit jalan yang baru bagi mengambil penumpang-penumpang di jalan yang sama dengan syarikat yang saya sebutkan tadi. Adakah ini satu kesilapan yang dibuat oleh piha~ Lembaga yang mengeluarkan permit ataupun kerana pihak Lembaga hendak membantu syarikat bumiputera dengan mengeluarkan satu lesen permit yang bercanggah dengan permit yang dikeluarkan 20-30 tahun yang lalu.

Saya bukan hendak menentang pihak syarikat bumiputera yang menjalankan perniagaan. Sebenarnya saya pun selalu menggalak dan membantu bumiputera yang menjalankan perniagaan dan permohonan lesen sehingga kadangkala memberi mereka surat sokongan. Saya berharap sekiranya pihak Lembaga hendak mengeluarkan permit ataupun lesen kepada m~~a­mana pihak, patutlah membu~t kaJian dengan lebih teliti. Apabiia saya mengemukakan masalah yang saya mendapat aduan daripada syarikat yang telah menjalankan perkhidmatan bas selama 20-30 ta~un ini kepada pihak yang terte~t~, pthak yang tertentu itu memben Jawapan kepada saya iaitu terpulang kepada kuasa Lembaga yang mengeluarkan lesen. Oleh itu dalam Dewan yang mulia ini, saya suka meminta Kementerian berkenaan supaya pada

masa-masa akan datang sebelum sesuatu lesen atau permit dikeluarkan, mesti membuat kajian dengan lebih teliti.

Tuan Yang di-Pertua, di sini saya suka mengemukakan satu masalah berkenaan dengan permit teksi. Kami telah banyak mendapat aduan daripada pemandu-pemandu teksi. Contohnya pemandu-pemandu teksi di dalam Bandaraya Kuala Lumpur dan juga setengah-setengah pemandu teksi di bandar-bandar lain, di mana pemandu-pemandu teksi yang telah memandu teksi lebih daripada 10-15 tahun mereka pun telah berkali-kali memohon lesen atau permit untuk teksi tetapi tidak diberi pertimbangan. Yang mendapat permit atau lesen teksi adalah segelintir taukeh-taukeh yang dengan permit teksi-teksi ini mereka sewakan. Saya mendapat makluman bahawa di Bandaraya Kuala Lumpur kebanyakan pemandu-pemandu teksi bandar itu, mereka terpaksa me!lyew~ $35 sehari untuk mendapat permit teks1 itu untuk mencari sara hidup mereka. Saya pernah menjadi W~kil Rakyat, boleh dikatakan ramal pemandu­pemandu teksi datang berjumpa dengan saya meminta Sur~t. Sokongan, tetapi Surat Sokongan 1m selalunya tidak mendapat pertimbangan daripada pihak Lembaga. Sehi~gga pada masa sekarang, kalau ada sestapa hendak mendapatkan Surat Sokongan, saya khuatir sangat hendak mengeluarkan. Saya tidak tahu apakah kriteria-kriteria ataupun syarat-syarat yang telah ditentukan oleh pihak Lembaga Pelesenan untuk mempertimbangkan pemandu-pemandu yang benar-benar berkehendakkan lesen untuk menyara hidup mereka.

Tuan Yang di-Pertua, di sini j~ga saya suka meminta pihak Kementenan yang berkenaan dan juga merayu kepada pihak Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan supaya memberi pertimbangan kepada pemohon-pemohon yang bukan

Page 93: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3587 17 JULAI 1987 3588

bumiputera dalam lesen-lesen kenderaan perdagangan kerana sudah banyak aduan daripada pemohon­pemohon yang bukan bumiputera bahawa permohonan-permohonan mereka sangat susah mendapat pertimbangan. Saya suka merayu kepada pihak Kementerian dan juga Lembaga Pelesenan supaya memberi pertimbangan mengikut pecahan kaum dan lesen dikeluarkan mestilah membayangkan berbilang kaum di negara kita ini. Kepada pemohon­pemohon yang bukan bumiputera memberikan mereka peluang untuk mendapatkan lesen untuk mata pencarian hidup mereka.

Di s1m juga saya suka mengemukakan berkenaan dengan di bawah Fasal 39 iaitu pemindahmilik lesen dilarang, di mana pihak Kementerian tidak membenarkan sesuatu lesen kenderaan perdagangan dibenarkan. Sebenarnya, saya ada bawa dua, tiga kes yang mana seorang bapa itu yang pemegang lesen kenderaan perdagangan tetapi apabila bapa itu meninggal, anaknya memohon kepada Kementerian untuk mendapatkan kebenaran untuk memindahmilik, tetapi permohonan tidak dapat ditimbangkan oleh pihak Lembaga. Saya suka merayu kepada Kementerian berkenaan ataupun pihak Lembaga Lesen memberi pertimbangan kepada pemohon seperti yang saya sebut tadi iaitu sekiranya seorang pemegang lesen itu meninggal, sepatutnya Lembaga dapat menyiasat dan sekiranya benar patut memberi pertimbangan supaya lesen ini dapat dipindahmilik kepada isteri atau anak­anak mereka.

Tuan Yang di-Pertua, di bawah Fasal 4 di mana Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan selain daripada seorang Pengerusi terdiri daripada Ahli-ahli Jawatankuasa di mana Menteri mempunyai kuasa untuk melantik tiga orang duduk dalam Lembaga sebagai Ahli

Jawatankuasa, saya berharap Kementerian apabila hendak membuat perlantikan akan memberi pertimbangan kepada ketiga-tiga orang Ahli Jawatankuasa ini dengan melantik wakil daripada kaum-kaum yang lain selain daripada kaum bumiputera kerana kita hendak adakan satu Jawatankuasa yang dapat membayangkan berbilang kaum di dalam negara kita.

Dengan ini, Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya sokong Rang Undang­undang ini dan berharap Kementerian yang berkenaan dapat mengambil perhatian, pandangan-pandangan yang saya buat tadi. Sekian, terima kasih.

8.24 mlm.

Tuan Azman Atar bin Othman: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama turut berbahas dan bercakap masalah satu Rang Undang-undang Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan 1987.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga turut menyokong di atas Rang Undang-undang ini dan sepatutnya Rang Undang-undang ini dahulu lagi diubahsuai kerana saya bercakap begitu ketika itu masih ada kaitan di an tara Lembaga Perlesenan ini dengan Jabatan Pengangkutan Jalan sehingga membuat orang ramai keliru. Dengan adanya satu Rang Undang-undang yang dibentangkan pada petang ini yang hendak diluluskan, maka saya mengucap syabas dan tahniah kepada Kementerian yang berkenaan yang telah dapat menyediakan satu cetakan yang begitu tersusun dengan baik, dengan begitu terkawal jika sekiranya undang-undang ini dapat diluluskan dan insya Allah akan diluluskan pada petang ini. Cuma apa yang saya ingin memberi pandangan ataupun nasihat apabila undang-undang ini dapat diluluskan nanti dengan harapan supaya pegawai di bawah

Page 94: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

----- ~~ -- -~---

3589 17 JULAI 1987 3590

Kementerian Perusahaan Awam akan dapat menjalankan tugas dengan jujur dan ikhlas, bersih, cekap dan amanah semacam mana yang dikehendaki oleh Kerajaan kita. Jika sekiranya semua pegawai-pegawai mahupun di Kementerian yang berkenaan atau juga Kementerian-kementerian yang lain dapat menjalankan tugas segala Rang Undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Negara setelah dibahas oleh Dewan Rakyat, maka saya percaya seluruh rakyat akan dapat menikmati kebahagiaan dan akan mematuhi semua Rang Undang­undang yang dibuat oleh Kerajaan yang tidak pernah menindas ataupun menyekat mana-mana pihak.

Dalam Rang Undang-undang ini tercatat kuasa-kuasa Menteri untuk melantik Ahli-ahli Lembaga duduk di dalam Lembaga Pelesenan. Diharapkan supaya Menteri yang berkenaan dapat melantik orang yang benar-benar bertanggungjawab, orang yang benar-benar dapat sama­sama membantu Kerajaan di dalam memutuskan sesuatu permohonan yang dimajukan di Kementerian yang berkenaan. Maka dengan itu, saya rasa setelah saya semak Rang Undang­undang ini maka saya amat berpuas hati dan patutlah kita luluskan sama­sama agar Rang Undang-undang ini dijadikan satu Rang Undang-undang untuk kepentingan negara, kepentingan rakyat kita bersama.

Dengan itu, saya mengucapkan terima kasih kepada Kementerian yang dapat menyediakan satu Rang Undang-undang yang baik dan saya menyokong penuh.

Lt. Kol (B) Abdul Hamid bin Ibrahim: Yang Berhormat Tuan Haji Shaharom bin Maasom.

8.25 mlm.

Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom: Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk sama-sama mengambil

bahagian di dalam membahaskan Rang Undang-undang Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan 1987 yang baru sebentar dibentangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi.

~aya m~ngucapkan setinggi-tinggi tenma kas1h kepada Kementerian ini kerana menggubal satu Rang Undang­undang yang baru untuk menggantikan Rang Undang-undang yang lama yang telah digunakan sekian lama dalam negara kita sepertimana yang diterangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sewaktu membentangkan tadi.

Tujuan Rang Undang-undang ini dikemukakan untuk diluluskan ialah untuk mengemaskinikan lagi Undang-undang Lembaga Pendaftaran Kenderaan Perdagangan yang dahulunya LPPJ yang menyebabkan banyak orang keliru antara LPPJ dengan JPJ. Dan ini pun nanti apabila timbul huruf potong LPKP, Kementerian "Lekap". Apa-apa borang yang dihantar, lekap dalam fail tidak ada jawab ( Ketawa). Melekap sahaja di situ. Tetapi namun demikian, saya mengucapkan tahniah kepada Kementerian ini yang di dalam masa-masa kebelakangan ini sudi membetulkan borang-borang permohonan yang salah itu, bawa balik dahulu, encik betulkan, kemudian hantar batik. Terima kasih betul. Inilah diplomasi yang paling baik.

Dahulu dijawab: permohonan Tuan diterima dan dalam pertimbangan. Sepuluh tahun dalam pertimbangan, tidak ada jawab, tidak panggil temuduga. Tetapi akhir-akhir ini dengan cara yang semacam itu memang kesannya cukup baik kerana kami sungguhpun Senator bukan Wakil Rakyat, sebagai Senator orang datang minta surat sokongan, saya kata bolehkah saya menyokong? Bolehlah Yang Berhormat, tenyeh sahajalah. Tidak laku sokongan saya

Page 95: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3591 17 JULAI 1987 3592

101. Orang nanti kata sokongan Senator ini menyampah sahaja. Ini pun perlu difikirkan. Sebab kadang­kadang manusia pun tidak sama. Dia tengok sain Senator ketepikan. Kalau Wakil Rakyat punya sain kelas satu, Senator kelas dua. Kalau ada rekomen Timbalan Menteri lagi first class AI.

Tuan Yang di-Pertua, saya minta maaf saya bercakap selain daripada JPJ, masyarakat luar bercakap mengatakan LPPJ inilah satu-satu jabatan yang paling kuat .... kata orang di luar. Ini kita hendak betulkan. Kita minta Yang Berhormat Timbalan Menteri nafikan ini tidak akan berlaku selepas Akta ini kita luluskan. Inilah kita hendak bersihkan. Kami bercakap dalam ini hendak menolong membersihkan Kerajaan, membetulkan Kerajaan supaya jangan tohmah-tohmah yang seperti itu berterusan.

Saya puji LPPJ, sekarang ini LPKP yang telah membuat usaha menolong isi borang yang salah. Kalau-kalau salah itu banyak sangat suruh bawa balik-bagi borang kuning atau borang cokelat, suruh isi balik di rumah. Ini satu diplomasi yang baik. Kalau ini diteruskan dengan muka yang manis memang LPKP akan dapat kepujian, walaupun dia mohon permit teksi 10 tahun tidak dapat, dia kata Jabatan ini boleh tolak ansur, tidak dapat tidak apa asal muka mahu manis, hati mahu baik. Namun demikian, Tuan Yang di­Pertua, permohonan-permohonan yang telah memakan masa lama dan orang itu yang telah berulang kali memohon dan ada sokongan-sokongan yang tertentu, yang munasabah di dalam kawasan-kawasan yang tertentu-kerana sekarang 1m banyak kawasan-kawasan, taman-taman perumahan, kampung tersusun, Rancangan FELDA--orang memerlukan perkhidmatan kenderaan awam seperti ini. Ini sepatutnya boleh disegerakan permohonan­permohonan yang seperti ini untuk

menyelesaikan masalah orang ramai, masalah pengguna-pengguna dan masalah rakyat kita.

Tadi saya terdengar sepintas lalu Yang Berhormat Timbalan Menteri menyebutkan salah satu daripada kenderaan-kenderaan awam yang disebutkan dalam kategori kenderaan perdagangan ini ialah kenderaan yang boleh mengisi 12 orang untuk dilesenkan. Ertinya sekarang 101

memang bersepah dalam negara kita ini van-van. Saya bukan hendak kempen-ini kereta kompeni macam Datsun C20, Liteace dan semuanya itu banyak mengangkut orang tanpa insurans. Jadi kalau 101 cepat dilesenkan sebagai kereta sewa atau teksi, cepat-cepat keluarkan supaya penumpang-penumpang dilindungi oleh insurans. Sekarang berapa banyak orang yang menyewa van seperti itu, apabila berlaku kemalangan susah untuk buat tuntutan kepada insurans. Jadi ini kalau dapat dipertimbangkan dengan seberapa cepat. Ini bukan saya hendak minta lesen, tidak perlu bagi saya, tetapi orang awam kalau ini diberi, barangkali mereka yang memiliki van itu, kereta-kereta itu dia dapat diatur supaya kenderaan dapat disusun mengikut peraturan yang LPKP akan buat peraturannya dari segi warnanya, catnya, tidak ada langsir, tidak ada tabir, tidak ada aerial yang bercawang­cawang macam pokok buluh mati. Ini semua kita kena fikirkan untuk kebaikan kita bersama.

Tuan Yang di-Pertua, beberapa perkara mengenai dengan kereta sewa dan teksi ini-ini pun saya minta maaf, sama ada ini tanggungjawab JPJkah, tanggungjawab LPKPkah atau tanggungjawab siapa, tidak tahu. Tetapi kerana kita sekarang membahaskan yang ada hubung kaitnya dengan teksi dan kereta sewa, saya minta supaya Jabatan ini mengatur benar-benar. Kalau satu tempat itu pihak Majlis Tempatan, Majlis Bandaran atau Majlis Daerah

Page 96: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3593 17 JULAI 1987 3594

telah mengadakan pondok atau pengkalan teksi hendaklah diarahkan semua teksi-teksi/kereta sewa masuk ke situ dan menunggu penumpang di situ dengan menggunakan trip, menggunakan nombor giliran. lni tidak, yang menunggu di situ tidak dapat penumpang, tetapi yang berkeliaran di tengah-tengah pekan, masuk celah Iorang sini, sana, dia pasang kaki pula lagi, dia yang dapat penumpang. Jadi, ini juga menimbulkan krisis dalam masyarakat pemandu-pemandu teksi dan kereta sewa. Ini kalau kita teliti benar-benar, kita akan dapati bahawa-kerana peraturan yang ada selama ini barangkali tidak diikut-siapa yang masuk ke pengkalan atau ke pondok itu boleh masuk, yang tidak masuk pun tidak apa.

Kita tengok sahaja kalau kita jalan daripada Seremban-Kuala Lumpur. Teksi yang hendak mengambil orang ke lpoh, dia tunggu di Senawang­Simpang Sen a wang di Jejambat Taman Tuanku Jaafar. Sedangkan teksi daripada Melaka atau Johor belum sampai lagi masuk ke kawasan Majlis Bandaran Seremban, tetapi sudah ada teksi yang tunggu di bawah pokok. Begitu juga dengan orang yang pergi ke Kuala Lumpur-lpoh. Teksi sudah tunggu di Pudu-sebelum Pudu Raya. Ini juga kita kena betulkan supaya keadaan ini tidak menimbulkan krisis sesama masyarakat pemandu­pemandu kereta sewa dan pemandu­pemandu teksi. Kerana bilangan mereka ini tidak sedikit dalam negara kita ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh-tadi di dalam perbahasan mengenai dengan Rang Undang­undang JPJ, kita minta kecualikan kereta-kereta tua yang sudah dipakai 20 tahun sebagai hak persendirian untuk kegunaan sendiri. Pagi-pagi pergi cari sayur, beli suratkhabar, tengahari hari Jumaat pergi masjid, ziarah orang mati. Tetapi ini kereta

tua yang ada hubungannya dengan orang awam, iaitu kenderaan awam yang dilesenkan di dalam Akta ini, iaitu teksi-teksi tua yang ada di luar­luar bandar dan di ladang-ladang. Ini kalau boleh supaya diperbaiki supaya kita tidak mahu teksi-teksi tua di luar­luar bandar, di kampung-kampung, di ladang-ladang yang sudah barangkali tidak sesuai. Saya sebut satu kereta lsuzu yang keluar pada tahun 1958, sampai sekarang pun masih digunakan. Isuzu ini bukan Isuzu yang baru, Isuzu yang 4 segi. Masa baru­baru hendak menyambut kemerdekaan dulu kereta itu keluar, sekarang masih jadi teksi, jadi kereta sewa lagi. Jadi, berlaku macam-macam hal.

Kemudian masalah yang lain ialah kerana di sini dimasukkan dalam istilahnya kenderaan pekerja, yakni kenderaan yang mengangkut khas untuk membawa pekerja. Tuan Yang di-Pertua harus faham bahasa di setengah-setengah ladang menggunakan kenderaan untuk mengangkut pekerjanya tanpa bayaran. Bukan dia lalu dalam ladang dia sahaja. Kalau dia lalu dalam ladang dia, itu jalan dia, dia punya pasal, tetapi tidak keluar juga ke jalan raya, sama ada jalan Persekutuan atau jalan negeri. Dulu kita sudah bahaskan satu pindaan mengenai dengan jalan-jalan dalam kuasa Kementerian Kerjaraya. Mereka membawa pekerja-pekerja di dalam kenderaan yang dikatakan mengangkut pekerja itu tanpa apa-apa tulisan, sebab tidak ada tulisan, jadi trailer. Yang isi dalam trailer tadi sampai 30-40 orang-berlaku kemalangan dan telah meragut nyawa. Ini juga perlu kita ambil perhatian sama-sama supaya kemalangan­kemalangan yang disebabkan oleh tuan-tuan punya ladang yang tidak mengambil berat masalah kepentin­gan pekerja-pekerjanya dari segi pengangkutan.

Page 97: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3595 17 JULAI 1987 3596

Tuan Yang di-Pertua, kemudiannya mengenai dengan tuan-tuan punya teksi haram. Tadi dalam Akta JPJ hendak menghapuskan teksi-teksi haram. Di dalam hal ini saya meminta supaya orang-orang yang hidupnya memang semata-mata bergantung kepada membawa kereta/teksi haram atau prebet sapu ini kalau di dalam kajian, di dalam siasatan LPKP didapati orang itu memang menyara hidup anak-bininya, menyekolabkan anak-anaknya, sumber pendapatan mereka semata-mata daripada membawa prebet sapu, kerana dia barangkali mata-mata bersara yang tidak punya harta atau askar yang bersara yang tidak punya barta, sepatutnya mereka ini diutamakan dan dicepatkan di dalam permobonannya jika sekiranya meminta permit kereta sewa a tau teksi. Juga dengan pemandu­pemandu yang hidupnya selama berbelas-belas tahun memandu kereta teksi/kereta sewa orang lain ini patut diutamakan. Siasatan dibuat dan didapati memang benar orang-orang itu menyewa selama 7, 8, 10 tahun.

Kemudian perkara yang sepatutnya diambil tindakan ialab tuan-tuan punya permit teksi yang menyewakan permitnya selama-lamanya, makna selama-lamanya, daripada mula-mula dapat tidak pernab dia memegangnya, atau memang adakab di dalam Akta ini permit teksi ini dibolebkan untuk menyewa, itu saya tidak tabu. Kalau ada pula yang mengatakan sesiapa dapat permit boleh disewakan, itu saya angkat tangan, saya tidak mahu sebut. Tetapi kalau di dalam kelulusan permit itu ada mengatakan tidak boleh disewakan, ini bendaklab LPKP mengambil tindakan. Kerana m1 menimbulkan rungutan kepada orang ramai yang memohon permit teksi/ kereta sewa yang tidak pernab dapat, tetapi dia tabu ada orang-orang yang punyai permit teksi ini disewakan-dia goyang kaki, tiap-tiap minggu dia terima sewanya.

Juga ada company-company atau syarikat-syarikat bas yang diberi permit teksi-dia sudah ada syarikat bas, tetapi dia diberi permit teksi lagi. Ini patut diberhentikan. Diberikan permit teksi m1 kepada orang perseorangan. Kalau hendak digalakkan berkongsi berdua, berdualab. Tetapi sekarang barangkali orang sudah boleb mendapat pinjaman daripada bank atau MARA. Dia mampu kalau dapat permit, dia boleb beli kereta persendirian. Syarikat bas yang diberi permit teksi ini sepatutnya dikaji, kalau perlu diberbentikan dan ditiadakan. ltu yang sudab ada, itu barangkali kalau kita bendak mengambil batik itu adalab susab sedikit. Jadi, jangan ditambab lagi supaya permit teksi/ kereta sewa ini dapat kita berikan kepada orang perseorangan yang memerlukan dan bidup menyara keluarganya daripada khidmat perdagangan memandu kereta sewa/ teksi.

Tuan Yang di-Pertua, saya percaya kerana ini undang-undang baru yang disesuaikan dengan undang-undang lama dan kita akan libat nanti apabila telah dikuatkuasakan dalam masa 6 bulan, setabun yang akan datang, barulah kita dapat membuat komen­komen yang lain untuk kebajikan kita bersama, untuk faedab kita. Namun di dalam hal ini juga saya terbaca pula, kereta-kereta perdagangan yang diberi lesen "A" dan "B" ini jenis-jenis kontenanya, tankernya, yang roda 12, yang roda 18, yang roda 20 ini tidak nampak pula. Yang ada bas-bas, bas sekolah, kereta sewa, teksi mewab, teksi, kemudian kenderaan barangan.

Jadi saya ingin tabu bagaimana cara pelesenan perdagangan diberikan kepada kenderaan-kenderaan berat. Kenderaan-kenderaan berat ini, Ifiasalab saya begini, kenderaan­kenderaan berat ini sepatutnya ada pengkalannya yang tertentu kerana Kerajaan membuat rancangan pembangunan luar ban dar, buat jalan

Page 98: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3597 17 JULAI 1987 3598

ke kampung-kampung yang jalan itu tidak boleh dilalui oleh muatan yang lebih daripada 5-6-7-8 tan, tetapi kerana ada kenderaan-kenderaan besar ini, tanker, pemandu kontena itu tadi duduk di kampung, dia bawa balik kontenanya, dia bawa balik tankernya, dia bawa balik trailernya, merosakkan jalan yang baru dibuat yang hendak dinikmati oleh orang kampung tadi kerana muatan yang berat. Kita tidak menyalahkan pemandu bawa balik kerana itulah kenderaannya, sebab itu sumber hidupnya, tetapi ini patut kita kaji supaya kontena atau trailer atau tanker yang besar-besar ini dikhaskan pengkalannya iaitu pusat tempat dia berdaftar. Kalau alamatnya di bandar atau di pekan ini, dia mesti disimpan di situ, tidak boleh dibawa balik ke kampung, di celah-celah pokok getah, di celah-celah pokok rambutan dia letak.

Kalau berlaku kebakaran, kalau budak-budak marah nanti jalan rosak kerana tanker, kalau tanker itu dibakar, meletup, apa sudah jadi, susahlah dan jadi masalah macam­macam. Jadi ini sepatutnya diambil perhatian kerana kalau di kawasan perumahan misalnya, di satu kawasan perumahan, tanker tersergam dekat tepi jalan, trailer ada di tepi jalan, Iori sayur yang tayar 12, esok pagi­pagi pukul 3.00 dia hendak bertolak pergi ke Singapura, sebelum itu dia tidur dahulu. Ini semua jadi masalah, menyempitkan lalu-lalang, orang marahlah, orang marah jawabnya. J adi macam mana hendak mengatasi masalah itu supaya tuanpunya tanker, trailer, Iori yang besar tidak rugi, pemandunya tidak dibenci orang, orang ramai tidak marah. Ini cara yang saya minta. Jadi kalau perlu disimpan di Balai Polis, simpan di balai, kalau tepi balai, tepi balailah atau Majlis Tempatan mengadakan padang letak kereta khas untuk kenderaan berat supaya jalan yang baru dibuat itu tidak rosak, supaya tidak sempit. Selepas itu

malam-malam bas kilang pula masuk lalu ambil budak-budak hendak kerja kilang, macam-macam cerita. Apabila yang hendak kerja tadi terlewat sedikit, dia punya horn setengah batu boleh den gar, sedangkan rumah yang 20 kaki daripada jalan raya, anak bayi terkejut, boleh jadi demam esok, kalau orang yang hamil bel urn keluar, dia terkeluar, terperanjat. ( Ketawa) Ini berlaku, lainlah tuan-tuan yang duduk di rumah-rumah yang istimewa. Saya duduk di perumahan rumah teres, pintu saya dengan jalan hanya 12 kaki. Bas kilang lalu, bunyi horn trailer lalu, macam-macam. Takkan dia balik di situ, dia sama-sama masyarakat saya di situ. ltu sudah tentu di tempat saya, di tempat-tempat lain pun macam itu. Banyak yang berlaku keadaan yang macam ini, timbul masalah sosial, masalah masyarakat. Jadi macam mana LPKP atau "LEKAP" yang saya istilahkan 101 hendak selesaikan berkenaan dengan jalan. Ini saya minta jasa baik Yang Berhormat Timbalan Menteri, pegawai-pegawai, sama-sama kita selesaikan dengan sebaik-baiknya supaya tidak ada yang marah, semua senyum sahaja.

Sekian, Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya menyokong Akta ini untuk diluluskan dan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya, macam mana tadi dalam Akta JPJ kita sama-sama bertanggungjawab, sama-sama akan ditanya di akhirat besok, sudah lulus apa fasal tidak buat, ini semua besok kita akan kena kira masing-masing. Sekian, saya menyokong Akta ini untuk diluluskan.

Lt. Kol. (B) Abdul Hamid bin Ibrahim: Sila Yang Berhormat.

Tuan Chan Choong Tak: Tuan Yang di-Pertua, saya fikir tidak ada kuorum.

(Ahli-ahli dikira: 10 Ahli hadir).

Lt. Kol. (B) Abdul Hamid bin Ibrahim: Kuorum cukup. Ada lagi

Page 99: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

---------··-··---------------------

3599 17 JULAI 1987 3600

Yang Berhormat yang in gin hendak mengambil bahagian di dalam perbahasan ini? Kalau tidak ada, saya mempersilakan Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab.

8.45 mlm.

Tuan Haji Daud bin Dato' Haji Taha: Terima kasih, Tuan Yang di­Pertua. Sebelum itu izinkan saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Ng Peng Hay, Yang Berhormat Senator Azman Atar dan Yang Berhormat Senator Tuan Haji Shaharom Maasom kerana telah bersama-sama membincang dan membahaskan Rang Undang-undang yang kita bentangkan pada masa ini.

Sebenarnya memang menjadi hasrat Kementerian Perusahaan Awam untuk sentiasa mempertingkatkan kemampuannya untuk memberi perkhidmatan yang baik kepada masyarakat khususnya dalam keadaan negara kita yang membangun ini kita perlukan kepada peningkatan mutu perkhidmatan supaya produktiviti kita bertambah dan supaya peningkatan ekonomi kita dapat dilaksanakan dengan secepat yang mungkin.

Tuan Yang di-Pertua, memang menjadi tanggungjawab Kementerian juga untuk menentukan perkhidmatan Kementerian Perusahaan Awam sentiasa bersih, cekap dan amanah. Walau bagaimanapun, di dalam mana­mana masyarakat pun pastilah ada perkara-perkara yang sumbang berlaku. Walau bagaimanapun, ini bukanlah menjadi satu perkara yang lumrah ataupun yang berleluasa dan sekiranya ada perkara-perkara yang berlawanan daripada perkara-perkara yang diutamakan ataupun dilaksanakan oleh Kementerian, pihak Kementerian bersedia untuk menerima aduan-aduan, laporan-Japoran daripada pihak Ahli-ahli Yang Berhormat serta orang ramai dan sesiapa juga supaya dapatlah pihak

Kementerian mengambil tindakan, menyiasat dan sebagainya dan kalau perlu mengambil tindakan supaya Kementerian ini sentiasa mendapat kepercayaan daripada orang ramai.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyentuh perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, yang pertama Yang Berhormat Senator Ng Peng Hay. Sebenarnya setiap kenderaan yang diluluskan khususnya bas sekolah, ianya ditentukan supaya mematuhi jumlah murid yang dibenarkan dibawa oleh setiap bas sekolah itu. Jika sekiranya pemandu itu membawa lebih daripada murid yang ditentukan, ianya telah melanggar undang-undang dan telah tidak mematuhi araban Lembaga Pelesenan ataupun kehendak dalam permit tersebut. Maka sekiranya ada aduan yang diterima dan sabit kesalahamiya setelah disiasat, maka kita sentiasa tidak akan takut-takut untuk mengambil tindakan, merampas ataupun menggantung permit yang diberikan itu.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat sekalian, pihak Kementerian sentiasa menambahkan jumlah bas-bas sekolah sekiranya ianya diperlukan kerana kita tidak mahu melihat di mana anak-anak kita atau murid-murid sekolah terpaksa menunggu berjam-jam ataupun mengambil masa yang lama untuk mendapatkan bas sekolah ataupun dalam perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat tadi, sampai menggunakan dua bas sekolah.

Sekiranya ada permohonan daripada pengusaha-pengusaha dalam hal ini, pihak Kementerian bo1eh mempertimbangkan untuk mem-berikan ataupun menambahkan lesen permit yang baru sebagai tambahan.

Walau bagaimanapun, kita sentiasa di dalam usaha meningkatkan fahaman pemandu-pemandu supaya

Page 100: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3601 17 JULAI 1987 3602

lebih, dengan tzm, civic-minded, ataupun lebih memahami kehendak­kehendak masyarakat dan keselamatan pada masa interview ataupun temuduga, kita menekankan supaya driver-driver ataupun pemegang-pemegang permit ini mempertingkatkan keselamatan dan mutu perkhidmatan mereka dan menentukan bas-bas ataupun kenderaan-kenderaan mereka itu sentiasa ada dalam keadaan yang sempurna dan sesuai untuk memberikan khidmat yang cemerlang kepada orang ramai. Bagi pihak Kementerian kita sentiasa akan mengambil tindakan yang sewajarnya dan yang diperlukan, sekiranya kita ada menerima apa-apa aduan dari pihak orang ramai iaitu mana-mana pihak sekalipun dalam perkara ini.

Mengenai perkara yang di-bangkitkan iaitu bas berhenti-henti, sebenarnya permohonan bas berhenti­henti sekarang ini sangat-sangat dikaji sebelum diluluskan kerana kita dapati memang terlalu banyak bas-bas berhenti-henti. Bahkan untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, permit bas ekspres, bas mini telah pun dibekukan. Bahkan juga permit teksi untuk beberapa tempat di negara kita ini telah pun dibekukan. Misalnya di Kuala Lumpur, di Melaka, di Johor Bahru dan di Perlis telah pun dibekukan permohonan permit teksi itu.

Maka oleh yang demikian, sekiranya Ahli Yang Berhormat, sama ada Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri ataupun Ahli-ahli Senate membuat sokongan, walau macam mana kuat pun sokongan Ahli Yang Berhormat itu, walau macam mana pun sokongan itu, tetapi kalau kawasan itu telah dibekukan, kita tidak akan memberikan permit baru untuk pemohon di kawasan tersebut.

Jadi 1m bukanlah bermakna sokongan daripada Ahli Yang

Berhormat Senator Tuan Haji Shaharom tidak dipedulikan ataupun tidak dihormati bahkan sebenarnya kalau mengikut di Amerika, Senator ini lebih tinggi lagi tarafnya daripada Ahli Dewan Rakyat.

Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom: Wah, wah, wah.

Tuan Haji Daud bin Dato' Haji Taha: Sebab itu kalau kita pergi ke seminar di luar negeri, Senator mendapat tempat yang utama, lebih tinggi daripada Ahli Dewan Rakyat. Saya pernah mengalami keadaan ini dan Ahli Yang Berhormat juga telah pun maklum iaitu Senator dapat tempat yang lebih baik daripada Ahli Dewan Rakyat, sungguhpun tidak dipilih oleh rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, saya juga suka menyatakan iaitu permit yang diberikan kepada syarikat bumiputera di Melaka ini sebenarnya adalah mengikut permintaan penduduk yang telah bertambah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebagai Ahli Yang Berhormat menyatakan permit bas yang telah lama wujud· itu sejak 20-30 tahun yang lalu, telah tidak mempunyai persaingan dan kemungkinan oleh sebab tidak ada persaingan, mutu perkhidmatan telah menurun dan disebabkan permintaan bertambah dari penduduk dan setelah dikaji dengan teliti melalui proses interview kita dapati ianya boleh dan perlu ditambah. Dan oleh sebab yang demikian kita telah meluluskan permit itu dan untuk makluman Ahli Yang Berhorrriat, tidak ada pilih kasih, sama ada ia syarikat bumiputera atau sebaliknya, bahkan di dalam memberikan kelulusan permit-permit tm, adalah dimaklumkan bahawa permit-permit bukan bumiputera melebihi daripada permit-permit bumiputera.

Bahkan mengikut Dasar Ekonomi Baru, peruntukan bumiputera setakat 30% itu menunjukkan jumlah yang

Page 101: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

------------------~ ------------

3603 17 JULAI 1987 3604

lebih besar diberikan kepada bukan bumiputera dan untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kemungkinan kerana permohonan-permohonan yang begitu banyak daripada bukan bumiputera, maka tentulah kita tidak dapat meluluskan semua permohonan daripada bukan bumiputera. Misalnya, kalau 10,000 permohonan dari bukan bumiputera dan hanya 2,000 daripada bumiputera, tentulah kemungkinan 8,000 akan ditolak daripada bukan bumiputera dan mungkin hanya 200 ditolak daripada bumiputera. Jadi sebab itulah, Ahli Yang Berhormat mungkin telah mendengar banyak permohonan bukan bumiputera telah ditolak, tetapi sebenarnya banyak juga permohonan mereka yang telah diluluskan.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai perkara pindah milik, walaupun Fasal 39 diwujudkan, tetapi melalui Fasal39 ( 4) kita telah pun membenarkan ataupun akan menimbangkan untuk menukar hakmilik kepada mereka di atas dasar-dasar, dengan izin, compassionate grounds. Misalnya kalau disebabkan oleh kematian suami ataupun kerana kecederaan ataupun ketidakupayaan, dan disebabkan kalau kita mengambil balik permit itu, maka tidak akan memberikan keadilan kepada pemegang permit itu, maka pihak Lembaga akan menimbangkan untuk menukarkan hakmilik itu kepada orang-orang yang lain daripada pemegang permit itu, misalnya anak, isteri dan sebagainya. Ini diperuntukkan dalam Fasal 39 (4) Rang Undang-undang ini.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat-saya suka menyentuh keseluruhan dari segi pandangan Yang Berhormat Senator Ng Peng Hay dan juga Tuan Haji Shaharom-bukanlah semestinya orang-orang yang memandu sahaja diberikan lesen tetapi kadangkala di atas, dengan izin, compassionate grounds, kita nampak lesen itu di atas nama wanita, tetapi pemandunya seorang lelaki. Ini adalah

disebabkan sebagaimana saya katakan tadi, kemungkinan isteri itu kematian suami dan disebabkan oleh kerana kemiskinan ataupun disebabkan oleh kerana tidak ada mata pencarian yang lain untuk wanita-janda itu, maka pihak Kementerian, khususnya Lembaga Perlesenan bersedia menimbangkan untuk diberikan sambungan kepada permit berkenaan kepada balu ataupun janda itu.

Dengan sebab itu adalah tidak benar bahawa kita tidak memberikan keutamaan kepada pemandu-pemandu ataupun pemegang-pemegang lesen yang telah berpuluh­puluh tahun memandu teksi tetapi tidak mendapat permit.

Sebenarnya, barangkali Ahli Yang Berhormat itu mungkin ternaik teksi yang kebetulan pemandu itu menyewa permit tetapi kalau di Melaka ataupun di Kuala Lumpur, sebagaimana yang saya katakan tadi, lesen-lesen telah dibekukan beberapa tahun yang lalu dan oleh sebab yang demikian permohonan-permohonan permit baru tidak dapat kita pertimbangkan. Walau bagaimanapun, menjadi dasar Kementerian sekarang ini iaitu setiap pemohon permit teksi mestilah ianya memandu sendiri dan ianya mestilah mempunyai Public Service Vehicle Licence (PSVL) dengan masa yang panjang dan oleh sebab yang demikian, kalaulah mereka ini telah memandu 20 atau 15 tahun ke atas, sudah tentu mereka diberikan keutamaan. Tetapi kenalah mereka ini memohon di tempat-tempat yang tidak dibekukan. Kalau mereka memohon di Kuala Lumpur atau di Petaling Jaya ataupun untuk Subang Airport ataupun di Melaka, di Perlis atau di Johor Baharu, maka permohonan permit mereka tidak akan dipertimbangkan.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai perlantikan ahli Lembaga Pengarah, perkara ini telah pun mendapat perhatian daripada Kementerian dan

Page 102: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3605 17 JULAI 1987 3606

pihak Kementerian telah pun melantik beberapa orang bukan bumiputera untuk menjadi ahli Lembaga Pengarah, Lembaga Temuduga dan sebagainya ahli dalam Lembaga Pelesenan. Jadi tidaklah benar kalau dikatakan kita tidak melantik bukan bumiputera menjadi ahli Lembaga.

Mengenai dengan perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Azman Atar, saya terlebih dahulu sukalah menyatakan iaitu sekiranya pihak Yang Berhormat ada mengetahui perkara-perkara yang hendak diadukan kepada Ke­menterian untuk diambil tindakan seperti pegawai-pegawai yang tidak bersih atau tidak cekap ataupun ada yang mengamalkan rasuah dan sebagainya, bolehlah diberitahu kepada pihak Lembaga ataupun kepada Menteri ataupun kepada saya sendiri dan, insya Allah, saya akan mengambil tindakan.

Sebenarnya, untuk makluman Ahli­ahli Yang Berhormat sekalian, saya sukalah menyatakan kadangkala kita tidak dapat mengelakkan daripada tohmahan. Misalnya, saya suka menyatakan satu cerita di satu tempat. Disebabkan kerana mereka telah menggunakan permit melebihi daripada jumlah permit yang diluluskan, misalnya kita luluskannya 30 permit, tetapi dia menggunakan sampai 60-70 permit tetapi disebabkan kerana kurang tindakan yang diambil-untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini juga-tindakan pengawasan ini dibuat bukan oleh Lembaga tetapi oleh Jabatan Pengangkutan Jalan ataupun pihak Polis.

Maka disebabkan kurang pengawasan dan kurang tindakan diambil kepada pemegang permit yang telah melebihi permit yang diluluskan ini, mereka telah memikirkan mereka tidak akan diambil tindakan. Pihak Lembaga disebabkan tidak ada aduan, dan tidak ada kuasa untuk membuat

pengawasan maka pihak Lembaga tidak mengambil tindakan apa-apa. Oleh sebab demikian, mereka mungkin boleh mengatakan yang mereka mendapat sokongan daripada pihak Menteri ataupun Timbalan Menteri ataupun pihak Pengerusi LPPJ. Ini juga perkara yang boleh dibangkitkan seolah-olah kita merestui apa yang mereka buat. Sebenarnya kadangkala kita tidak tahu langsung. Pihak Menteri, Timbalan Menteri dan Pengerusi LPPJ langsung tidak tahu-menahu tentang perkara ini. Walau bagaimanapun sekiranya ada aduan dan sekiranya pihak-pihak yang tertentu membuat aduan kepada kita, kita akan menyiasat dan mengambil tindakan walaupun telah ada tindakan daripada pihak JPJ ataupun pihak Polis.

Ahli Lembaga terdiri, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, daripada wakil-wakil Kementerian dan juga pihak-pihak profesional yang difikirkan layak untuk menjadi atau menasihati Lembaga di dalam menentukan mereka yang layak meluluskan permit dan sebagainya dan tidak ada pilih kasih kerana kita mempunyai kriteria-kriteria yang tertentu untuk meluluskan sesuatu permit. Misalnya dalam meluluskan permit-permit teksi ianya mesti mempunyai "Public Service Vehicle Licence", dengan izin yang telah lama dipegang oleh mereka ataupun ditentukan yang kawasan-kawasan itu mestilah berkehendakkan teksi.

Saya bagi pihak Kementerian telah pun meminta kepada Pegawai Daerah untuk menubuhkan satu Jawatankuasa di peringkat Daerah untuk mencadangkan jumlah-jumlah teksi yang perlu ditambah ataupun diperuntukkan di kawasan-kawasan yang tertentu. Dan saya juga telah mencadangkan supaya Wakil-wakil Rakyat ataupun Ahli-ahli Senate dilantik ke dalam Jawatankuasa itu untuk mencadangkan ataupun memberikan pandangan-pandangan

Page 103: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3607 17 JULAI 1987 3608

mengenai jumlah-jumlah permit teksi yang patut ditambah ataupun diberi ataupun yang diperlukan di kawasan­kawasan yang ditentukan. Dengan ini dapatlah pihak Lembaga dan pihak Kementerian memberikan jumlah­jumlah permit teksi yang sesuai dan sepatutnya supaya perkhidmatan teksi ini dapat diselaraskan dengan baik serta dapat dipertingkatkan mutunya dengan baik.

Mengenai teksi-teksi yang buruk, yang telah lama, sepatutnya tidak timbul, kerana kita hanya memperbaharui permit-permit teksi sekiranya teksi-teksi itu telah mendapat kelulusan daripada pihak JPJ. Sekiranya pihak JPJ meluluskan motokar-motokar, teksi-teksi yang melebihi umur 5 tahun itu maka pihak LPPJ terpaksalah memberikan pembaharuan permit itu. Tetapi sekiranya mereka tidak berjaya mendapat kelulusan daripada pihak JPJ maka pihak Lembaga akan mengambil balik permit' yang diberikan itu.

Saya juga suka menyentuh mengenai kereta sewa yang boleh memuatkan 12 orang termasuk pemandu. Perkara ini bukanlah menjadi dasar Lembaga untuk memberikan permit dengan sewenang-wenangnya. Kerana ianya memungkinkan menjadi satu competition, dengan izin, kepada bas­bas mini, kepada teksi-teksi dan juga kepada bas-bas berhenti-henti dan bas ekspres. Kita memikirkan keputusan untuk memberikan lesen atau permit kepada kereta sewa ini hanyalah untuk tempat-tempat yang tertentu seperti misalnya di Sabah ataupun di Sarawak yang mana keadaannya sangat berbeza dengan keadaan di Semenanjung Malaysia Barat ini. Misalnya jalan­jalan di Sarawak dan di Sabah kemungkinan tidak boleh sesuai untuk teksi-teksi biasa ataupun bas dan oleh sebab demikian kemungkinan dia lebih sesuai jika kereta-kereta yang boleh memuat 12 orang ini masuk ke

kawasan-kawasan pendalaman, rumah panjang dan sebagainya. Perkara ini sebelum kita meluluskan permit­permit ini, diberikan perhatian yang sangat mendalam kerana kita tidak mahu menjadikannya masalah kepada mereka yang memegang permit­permit bas, bas mini dan sebagainya.

Selain daripada itu, saya juga menyentuh satu perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Shaharom mengenai kenderaan yang membawa pekerja­pekerja. Sebenarnya bukan menjadi hasrat kita untuk memberikan kelulusan dengan sewenang­wenangnya kepada pihak majikan ataupun pihak estet dan sebagainya untuk membawa pekerja-pekerja dengan kenderaan-kenderaan yang tidak tentu hala. Bahkan dalam Rang Undang-undang ini kita menentukan supaya ianya dilesenkan dan apabila dilesenkan ianya memerlukan kehendak-kehendak yang tertentu yang boleh memberikan selesa kepada pekerja-pekerja yang dibawa itu.

Oleh sebab yang demikian, adalah tidak benar bagi pihak Kementerian membenarkan pekerja-pekerja dibawa ke dalam trailer. Ini akan menjadi satu kesalahan dan kalau diadukan sebenarnya pihak JPJ dan pihak Polis boleh mengambil tindakan dalam perkara ini. Sekiranya perkara ini diberikan aduan kepada pihak LPPJ, sekiranya pihak yang berkenaan mempunyai lesen perdagangan, pihak LPPJ boleh menariknya balik. Tetapi kalau ianya "Lesen Perkhidmatan Awam" maka tentulah ianya di bawah Kementerian yang lain.

Mengenai teksi-teksi haram ini, Tuan Yang di-Pertua, saya percaya ianya satu perkara yang sangat-sangat berleluasa diperbincangkan, tetapi adalah menjadi satu tanggungjawab pihak JPJ dan pihak Polis untuk mengambil tindakan ke atas teksi-teksi haram ini. Bagi pihak kami, saya hanya boleh menasihati supaya orang

Page 104: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3609 17 JULAI 1987 3610

ramai janganlah menaiki teksi haram ini dan kalau perlu orang ramai boleh membuat permohonan supaya ditambah teksi di tempat mereka kerana menaiki teksi haram ini sangat merbahaya. Selain daripada tidak mendapat perlindungan daripada pihak insuran serta menjadi kesalahan di bawah undang-undang, ianya juga menyebabkan mereka tidak selesa kerana teksi-teksi haram ini sebagaimana kata seorang Yang Berhormat Senator dalam perbahasan Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan tadi menyatakan kebanyakan teksi yang mereka naiki ini sangatlah buruk dan kadangkala lantai-lantainya telah bubus dan kemungkinan ianya boleh melibatkan nyawa-nyawa mereka terancam.

Adalah tidak sesuai juga bagi pihak LPPJ untuk menimbangkan supaya diberikan permit kepada teksi-teksi haram ini kerana kalau kita luluskan pun, mereka tidak hendak mendapatkan permit kerana teksi haram ini lebih senang, dia tidak bayar sewa dengan tinggi dan juga teksi-teksi haram yang digunakan ini pun bukanlah standard yang boleh diluluskan oleh pihak LPPJ untuk mendapat permit. Oleh sebab yang demikian, saya percaya untuk mengatasinya ialah supaya orang ramai jangan menggunakan teksi-teksi haram ini.

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya mengucapkan terima kasih kepada ketiga-tiga Ahli Yang Berhormat dan sekiranya ada perkara-perkara yang telah dibangkitkan tidak saya sentuh dalam ulasan saya ini, saya mohon maaf. Tetapi saya akan mengambil perhatian untuk mengambil tindakan yang sewajarnya sekiranya ianya boleh dilaksanakan. Dengan ini, saya mengucapkan banyak terima kasih.

Lt. Kol. (B) Abdul Hamid bin Ibrahim: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.

Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Dewan bersidang sebagai Jawatan­kuasa.

(Lt. Kol. (B) Tuan Abdul Hamid bin Ibrahim mempengerusikan J awatankuasa).

Fasa/1 hingga 58 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang­undang.

Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan: dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

USUL

PENANGGUHAN MESYUARAT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tuan Kasitah bin Gaddam): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

Bahawa mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 15 (3), Majlis Mesyuarat ini ditangguhkan sekarang.

Timbalan Menteri Perusahaan Awam (Tuan Haji Daud bin Dato' Haji Taha): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

UCAPANPENANGGUHAN MASALAH PEKERJA LADANG

LEMBAH KELANG

9.11 mlm.

Tuan K. Sivalingam: Tuan Yang di­Pertua, sebagai seorang anak pekerja ladang, saya percaya bahawa saya berlayak untuk bercakap dan memberi pandangan-pand~gan terhadap

Page 105: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3611 17 JULAI 1987 3612

masa1ah-masalah yang menghadapi pekerja-pekerja ladang di Lembah Kelang, Selangor. Oleh yang demikian, saya suka merakamkan sumbangan-sumbangan dan korbanan­korbanan yang telah diberi oleh kaum pekerja-pekerja ladang untuk membangunkan Lembah Kelang dan ekonomi negara kita dalam 80 tahun yang lalu.

Pada masa sekarang Lembah Kelang adalah seperti tulang belakang untuk negara kita. Kawasan Lembah Kelang mengandungi Bandar Shah Alam, Subang Jaya, HICOM, Lapangan Terbang Antarabangsa Subang dan lain-lain kawasan yang telah maju. Dalam seluruh negara, kawasan ini adalah kawasan penting dan maju dengan pesat dan kawasan ini terletak di satu tempat yang paling strategik. Tetapi, 80 tahun dahulu Lembah Kelang adalah kawasan hutan seperti Hutan Bukit Ceraka, berhampiran dengan Lembah Kelang. Pada tahun 1906, Kerajaan Selangor telah mengeluarkan satu kawasan hutan kepada Highlands Lowlands Para Rubber Company untuk menanam pokok getah secara besar­besaran dan Midlands Estate ialah ladang yang pertama, yang mula menanam pokok getah secara besar­besaran dalam negara ini.

Highlands Lowlands Para Rubber Company yang diketuai oleh Sir Frank Swettenham selepas be1iau bersara, membawa pekerja-pekerja dari negara India dan Jawa untuk bekerja di ladang-ladang di Lembah Kelang oleh kerana pekerja-pekerja Melayu langsung tidak ada dalam kawasan Lembah Kelang pada masa itu. Orang Asli sahaja yang berada di dalam hutan dan mereka masih tinggal di Kampung Air Kuning yang berhampiran dengan Ladang Midlands. Pekerja-pekerja dari Jawa menubuhkan satu kampungan yang bernama Kampungan Padang Jawa dan Kampung ini berhampiran dengan

Bandar Shah Alam adalah pada masa sekarang paling besar dalam Lembah Kelang.

Pada tahun 1906, tidak ada jambatan menyeberang Sungai Kelang dan keadaan kesihatan sangat men­dahsyatkan dan menakutkan. 23% dari semua pekerja-pekerja telah me­ninggal dunia pada tahun 1910, 11% pada tahun 1911 dan 10% pada tahun 1912. Oleh demikian, lebih kurang 50% dari pekerja-pekerja yang telah bekerja di Midlands Estate pada masa itu telah meninggal dunia dalam masa 3 tahun sahaja. Tiap-tiap pekerja mesti makan 10 biji "quinine" tiap­tiap hari. Tidak ada seorang bayi pun yang hidup lebih dari 7 tahun. Gaji untuk tiap-tiap pekerja ialah 27 sen sahaja dan ladang Bukit Jelutong berhampiran dengan Ladang Midlands tidak ada pekerja-pekerja yang mahu bekerja di ladang tersebut.

Pengangkutan hebat pada masa itu ialah kereta lembu yang jalan dua batu sejam. Oleh kerana 1angsung tidak ada jalan-jalan pada masa itu, pekerja­pekerja diminta membina jalan-jalan yang perlu dan mereka menggunakan kereta lembu untuk membawa batu­batu dan lain-lain barang. Tetapi, ada juga banyak tempat yang penuh dengan lumpur dan lembu-lembu tidak dapat menarik kereta itu dan manusia terpaksa menarik kereta itu. Saya mempunyai gambar-gambar yang menunjukkan keadaan ini.

Ini menunjukkan bahawa pekerja­pekerja ladang, khasnya pekerja­pekerja India telah memberi sumbangan-sumbangan yang tidak boleh dinilai untuk membangunkan Lembah Kelang. Mereka telah membersihkan Lembah Kelang dan telah membina jalan-jalan dan membuka kawasan Lembah Kelang untuk ladang-ladang. Kebanyakan mereka telah meninggal dunia dalam ladang-ladang dan hanya sedikit orang sahaja balik ke negara India.

Page 106: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

3613 17 JULAI 1987 3614

Tetapi keadaan ini telah diubah dan pada masa sekarang semua pekerja­pekerja Jadang-Jadang dalam Lembah Kelang telah menjadi mangsa kerana pembangunan jenis yang Jain telah datang ke Lembah Kelang. Semua Jadang-ladang dalam Lembah Kelang telah pun diambil oleh Kerajaan untuk membangunkan Bandar Shah Alam, HICOM, Lapangan Terbang Antarabangsa Subang, Projek TUDM dan Jain-Jain projek. Saya mengaku bahawa kita tidak boleh menahankan pembangunan yang membawa faedah kepada orang ramai. Tetapi pada hemat saya, pekerja-pekerja yang terlibat oleh kerana pengambilan ladang-Jadang untuk pembangunan mesti diberi pertimbangan yang sewajar dan munasabah. Seb'elum Kerajaan atau pihak swasta membangunkan satu kawasan pekerja-pekerja yang terlibat kerana pengambilan ladang-Jadang mesti dimenempatkan di satu kawasan yang sesuai dan semua kemudahan­kemudahan mereka menikmati sebelum pengambil Jadang mesti digantikan. Dalam masa ini saya rasa dukacita bahawa Kerajaan dan pihak­pihak pemaju tidak memenuhi syarat­syarat yang dikenakan pada masa pengambilan dan belum memenuhi janji-janji yang dibuat kepada pekerja-pekerja Jadang.

Saya suka menarik perhatian pihak Kementerian Buruh bahawa keadaan di Jadang-ladang diambilalih oleh Kerajaan adalah sangat teruk dan kemudahan-kemudahan yang terdapat di Jadang-ladang tersebut tidak memuaskan. Oleh hal yang demikian, saya merayu kepada Kementerian Buruh untuk melawat Jadang-Jadang itu dan lihat keadaan yang ada dengan sendirinya.

Oleh kerana masa tidak mencukupi, saya mengakhiri ucapan saya. Sekian, terima kasih.

9.18 mlm.

Timbalan Menteri Burub (Dato' Wan Abu Dakar bin Wan Mohamed): Tuan Yang di-Pertua, sebahagian besar daripada ucapan Yang Berhormat telah ucapkan sebentar tadi adalah merupakan sejarah pembangunan bagi kawasan Lembah Kelang. Walau bagaimanapun, beberapa bahagian itu menyentuh sedikit berkenaan dengan Kementerian Buruh, maka saya cuba menjawab seberapa yang dapat.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan sedar dan menghargai sumbangan­sumbangan kaum pekerja Jadang dalam pembangunan Lembah Kelang yang pada asalnya diliputi oleh ladang­Jadang getah, tetapi kini telah wujud sebagai salah satu kawasan perindustrian dan perumahan yang pesat dan maju. Dalam proses pembangunan ini, sebelum sesuatu ladang diambilalih oleh Kerajaan atau pemaju, soal kepentingan pekerja­pekerja Jadang yang terlibat lazimnya diselesaikan dahulu oleh Kerajaan atau Pemaju dengan pihak pekerja­pekerja melalui kesatuan sekerja mereka dan Kementerian Buruh akan mempastikan segala bayaran yang sepatutnya dibayar kepada pekerja­pekerja berkenaan di bawah undang­undang diselesaikan oleh pihak majikan.

Kementerian Buruh tidak sedar bahawa masih ada majikan-majikan yang gagal mematuhi undang-undang berkaitan dengan pemberhentian pekerja-pekerja akibat Jadang-Jadang diambilalih, sama ada oleh Kerajaan mahupun majikan bagi tujuan pembangunan di Lembah Kelang. Walau bagaimanapun, jika ada apa­apa syarat yang telah dipersetujui tetapi masih belum dipenuhi, tindakan yang sewajarnya akan diambil terhadap pihak majikan yang berkenaan.

Page 107: Jilid 1 Bil. 17hb Julai, 1987 MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid 1 Bil. 25 MALAYSIA Hari Jumaat 17hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate

--------- -~------------------------- ---

3615 17 JULAI 1987 3616

Berkenaan dengan perkara yang dibangkitkan mengenai kedudukan kemudahan asas di ladang-ladang ini, sebenarnya untuk pengetahuan Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, pihak Jabatan Buruh sentiasa mengadakan lawatan ke ladang-ladang yang berkenaan. Walaupun Yang Berhormat tidak menamakan ladang yang dimaksudkan itu, secara umumnya kita mengambil tahu oleh kerana ada undang-undang yang menjaga dalam urusan ini. Kita melihat dari segi kemudahan asas standard perumahan sama ada mengikut piawaian yang ditetapkan berkenaan dengan bekalan elektrik, air, penjagaan kanak-kanak dan sebagainya. Oleh yang demikian, jika Yang Berhormat mempunyai yang khusus berkenaan dengan perkara ini untuk dibangkitkan, silalah memberitahu kepada Kementerian, ladang-ladang yang masih mempunyai

L-16712.

keadaan yang tidak memuaskan supaya dapat kita mengambil tindakan yang sesuai. Seperti Yang Berhormat maklum, ada undang-undang yang berkaitan dengan perkara ini dan kita boleh mengambil tindakan kepada ladang-ladang yang berkenaan. Saya bersedia untuk melawat bersama-sama dengan Yang Berhormat ke ladang­ladang yang berkenaan. Sekian, terima kasih.

Lt. Kol. (B) Abdul Hamid bin Ibrahim: Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat ditangguhkan sekarang kepada suatu tarikh yang tidak ditetapkan. Wabillahi Taufik Walhidayah Assalammu Alaikum Warahmatullahi W abarakatuh.

Dewan ditangguhkan pada pukul 9.22 malam.