33
Jenis-jenis Dadah :: Opiat Opiat | Kanabis | Depresen | Psikotrapik | Stimulan | Halusinogen | Inhalant | Prekursor | Bahan Lain Opiat Pengenalan Bahan perubatan untuk menidur/ melegakan kesakitan. Mempunyai potensi yang tinggi ketagihan. OPIAT BAHAN ASAS TEMPAT PENGELUARAN - Candu - Heroin - Morfin - Kodein Getah bunga popi Acetic, Anhydride, Acetone Acetic Acid (glacial) Calcium Oxide Potassium Carbonate Sadium Carbonate Sadium Hydroxide Sadium Hypoclorite Opium Alkaloid Opium Alkaloid Amerika Selatan Columbia Guatamala Mexico Asia Tenggara Burma Laos Thailand Asia Barat Afganistan Pakistan NAMA/BENTUK CARA PENGAMBILAN TANDA PENGAMBILAN KESAN PENGAMBILAN JANGKA PENDEK JANGKA PANJANG Asli - CANDU - Candu mentah - Candu masak Dihisap dengan paip,telan, makan Khayal- halusinasi, Euforia - kesugulan, pemikiran/ pertimbangan berkurangan Mengantuk, badan menjadi lemah, mengalami gangguan Ketagihan, kelemahan fizikal dan mental

Jenis-jenis dadah

  • Upload
    uma2206

  • View
    964

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Jenis-jenis dadah

Jenis-jenis Dadah :: Opiat Opiat | Kanabis | Depresen | Psikotrapik | Stimulan | Halusinogen | Inhalant | Prekursor | Bahan Lain

OpiatPengenalan

Bahan perubatan untuk menidur/ melegakan kesakitan.

Mempunyai potensi yang tinggi ketagihan.

OPIAT BAHAN ASAS TEMPAT PENGELUARAN

- Candu

 

- Heroin

 

 

 

 

 

 

 

- Morfin

 

- Kodein  

Getah bunga popi

 

Acetic, Anhydride, Acetone

Acetic Acid (glacial)

Calcium Oxide

Potassium Carbonate

Sadium Carbonate

Sadium Hydroxide

Sadium Hypoclorite

 

Opium Alkaloid

 

Opium Alkaloid

Amerika Selatan

Columbia

Guatamala

Mexico

Asia Tenggara

Burma

Laos

Thailand

Asia Barat

Afganistan

Pakistan

NAMA/BENTUK CARA PENGAMBILAN TANDA PENGAMBILAN

KESAN PENGAMBILAN

JANGKA PENDEK JANGKA PANJANG

Asli - CANDU- Candu  mentah- Candu    masak - Tahi candu

Dihisap dengan paip,telan, makan

Khayal- halusinasi, Euforia - kesugulan, pemikiran/ pertimbangan berkurangan

Mengantuk, badan menjadi lemah, mengalami gangguan jiwa

Ketagihan, kelemahan fizikal dan mental

MORFIN- White powder- White stuff- Morfin

Dicairkan, Disuntik kedalam pembuluh darah dengan jarum suntikan.

Pergerakan tidak seimbang, tindakbalas lambat, mata hitam mengecil, hidung berair,

Rasa resah, cirit birit, sakit perut, rasa sejuk,

HIV/AIDS, gangguan jiwa, lebih dose, mati

Page 2: Jenis-jenis dadah

   mentah- Base morfin- Pil morfin

mual/muntah, hilang selera makan

berpeluh

HEROIN NO.3HEROIN NO.4BROWN HEROINHEROIN BLACK TAR

KODEIN

Masuk dalam rokok, dihisap,chasing the dragon, disuntik, dicair

Diminum dlm ubat batuk

Muka jadi merah, mata hitam menjadi kecil, tiada pertimbangan, hilang selera makan, bersifat hyperaktif, bertambah risau dan terlalu sensitif, tekanan darah, suhu badan, diameter anak mata mengalami perubahan, keseluruhan penagih mengalami emosi yang negatif.

Tanggapan Menjadi kurang terang, tidak dapat menumpukan perhatian penuh dan pengguna akan menjadi tidak sedar, bingung/ berkela-kuan seperti orang mabuk, Ambil berlebihan kekejangan, tiada wujud muforia, menjadi ketagih, berlebihan kepada dadah pengurusan diri lebih mudah

Hepatitis, Kancing gigi, Keracunan darah, HIV / AIDS. Mati

Page 3: Jenis-jenis dadah

Tanda - tanda Penagihan Dadah

Simptom atau tanda yang perlu diberi perhatian. Setengah dari simptom ini boleh berdiri berasingan dan setengahnya pula berkombinasi dengan simptom – simptom yang lain.

Adanya perubahan/merosot kehadiran atau prestasi mutu kerja, hasil kerja dan disiplin di sekolah/tempat kerja.

Marah – marah atau meradang tak tentu sebab.

Turun berat badan, selalu menguap dan tidak bermaya.

Hilang selera makan atau selera bertambah.

Permukaan mata berkaca, cengkung, mata berair dan kuyu.

Apabila bercakap tidak bertentang mata.

Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri, tidak ceria, muka menjadi pucat.

Parut atau bekas suntikan di lengan.

Diri menjadi tidak terurus seperti malas mandi, gosok gigi.

Hujung jari dan kuku berwarna kekuningan atau kemerahan.

Selalu menggaru terutamanya dibahagian hidung dan kelakuan aneh.

Suka memencilkan diri di dalam bilik air, setor, rumah kosong, masuk di dalam semak dan tempat dimana tiada orang.

Tidak mahu makan bersama –sama keluarga dan suka makan di tengah malam berseorangan.

Hilang minat terhadap sukan, muzik dan sebagainya.

Suka menyembunyikan barang-barang persendirian, tidak suka akan pertanyaan dari orang lain, bertanyakan apa yang dilakukan, menjadi seorang pendiam dan kuat berahsia.

Menjadi rajin, agresif, tersengih-sengih atau terlalu gembira secara tiba-tiba.

Suka berkawan dengan orang lain tanpa kebenaran, kerap meminta atau meminjam wang tanpa membayar balik.

Melakukan kegiatan mencuri di sekolah, rumah, tempat kerja, rumah jiran, kawan dan saudara mara.

Suka berbohong, menipu dan berpura-pura berlagak baik atau main wayang.

Menjadi orang yang tidak bertanggungjawab dan selalu menyalahkan orang lain. Hilang tumpuan terhadap kerja atau tugasan dan tidak dapat menyudahkan kerja yang diberi (kerja separuh jalan atau kerja tidak pernah siap).

Keluar rumah pada masa tertentu, mungkin untuk berjumpa pengedar.

Page 4: Jenis-jenis dadah

Meminta wang berlebihan daripada Ibu Bapa.

Mengasingkan diri daripada rakan-rakan dan kegiatan masa lapang.

Berdampingan dengan mereka yang diketahui penagih.

Sekiranya anda melihat perubahan-perubahan yang tiba-tiba ini kepada perangai ahli keluarga atau teman anda yang dikasihi. Perubahan – perubahan ini selalunya mempunyai hubungan dengan penggunaan dadah. Hubungi doktor anda atau pegawai pemulihan dadah untuk mendapatkan kepastian. Jangan sesekali membuat diagnosa anda sendiri!

Akta & Undang-undang Dadah

Page 5: Jenis-jenis dadah

Bil.UNDANG-UNDANG DADAH

TUJUAN AKTA

1. AKTA DADAH BERBAHAYA 1952

Suatu akta bagi membuat peruntukan selanjutnya yang lebih baik untuk mengawal pengimportan, pengeksportan, pengilangan, penjualan dan penggunaan candu dan beberapa bahan dan dadah merbahaya tertentu. Membuat peruntukkan khas berhubung dengan bidang kuasa Mahkamah terhadap kesalahan-kesalahan yang tertakhluk dibawahnya dan perbicaraan Mahkamah.

2. AKTA PENAGIH DADAH.(RAWATAN DAN PEMULIHAN)1983 - (PINDAAN) 1998

Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983 (Pindaan) 1998 digubal bertujuan untuk memberi rawatan dan pemulihan kepada penagih-penagih dadah. Selain merupakan proses rawatan lanjutan yang menitik beratkan mengawasan keatas penagih-penagih bertujuan memastikan mereka tidak mengulangi pengagihan mereka.

3. AKTA DADAH BERBAHAYA(LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) 1985

Suatu akta bagi membuat peruntukan mengenai tahanan pencegahan orang-orang yang ada kaitan dengan apa-apa aktiviti yang berhubung dengan atau yang membuat pengedaran dadah berbahaya.

4. AKTA DADAH BERBAHAYA(PERLUCUTHAKAN HARTA) 1988

Suatu akta bagi membuat peruntukan-peruntukan mengenai kesalahan-kesalahan berhubung dengan harta dan mengenai penyitaan dan perlucuthakan harta yang berkaitan dengan aktivit yang ada hubungan dengan kesalahan-kesalahan dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

5. AKTA RACUN 1952 Suatu akta untuk mengawal pengimportan, pemilikan, pengeluaran, penjualan dan penggunaan racun. "Racun" bermaksud bahan-bahan yang dinamakan dan disenaraikan di dalam Senarai Racun dan termasuk apa-apa campuran, penyediaan, solusi atau yang asli yang mengandungi bahan-bahan tersebut apa-apa penyediaan atau bahan-bahan yang terkandung di dalam Jadual Kedua Akta ini.

PENGERTIAN DADAH

Page 6: Jenis-jenis dadah

Dadah ialah apa-apa juga bahan kimia, samada asli atau tiruan, apabila dimasukkan kedalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental.

JENIS-JENIS DADAH

Dadah boleh dibahagikan kepada lima bahagian.

1. Opait 2. Perangsang (stimulants) 3. Penekanan (Depressants) 4. Hallucinogen 5. Ganja (Cannabis)

OPAIT

Dadah yang paling merbahaya dan banyak sekali disalahgunakan. Dadah dalam golongan ini ialah:- Asli, Candu, Morfin, Heroin, Kodein, Ganja

PERGANTUNGAN PADA DADAH (DRUG DEPENDENCE)

Pergantungan pada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau psikologi atau kedua-duanya, yang ujud daripada penggunaan dadah yang berterusan atau diwaktu-waktu tertentu. Pergantungan psikologi atau jiwa ialah satu istilah biasanya dimaksudkan kepada satu idaman kuat yang berlebih-lebihan terhadap bahan-bahan tertentu tetapi tidak ada pergantungan badan. Pergantungan fizikal atau badan ialah penyesuaian badan secara jasmaniah terhadap ujudnya sejenis dadah secara berterusan. Apabila pergantungan ini telah dibina, badan bertindak dengan tanda-tanda yang boleh diteka, sekiranya dadah itu diberhentikan bekalannya serta merta. Sifat dan kekuatan tanda-tanda pengunduran itu bergantung pada dadah yang sedang digunakan dan banyak dose yang diperolehi tiap-tiap hari.

JENIS-JENIS DADAH YANG KERAP DIGUNAKAN DINEGERI INI

Walaupun penggunaan dadah yang ditentukan oleh doktor telah mendapat perhatian pihak berkuasa. Dadah-dadah yang kerap digunakan adalah Heroin, Morfin, Candu, ganja (hashish atau marijuanan atau cannabis), amphetamin, barbitured, pill mx, kokain dan lain-lain.

APAKAH FAKTOR-FAKTOR MEMBAWA KEPADA SALAHGUNA DADAH

Mengikut kajian oleh pakar-pakar perubatan dan juga pakar-pakar yang membuat penyelidikan atas penagih-penagih dadah dan juga mereka-mereka yang menyalahgunakan dadah adalah seperti berikut:-

1. Ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba oleh dirinya sendiri. 2. Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya tiap-tiap jenis dadah itu. 3. Dipengaruhi oleh kawan-kawannya dan oleh sebab hendak menyesuaikan dirinya

dengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya. 4. Mencari ketenteraman jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan. 5. Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya. 6. Untuk menghilangkan kerunsingan yang didatangkan oleh desakan ibubapa. 7. Tidak menggunakan masa lapangnya dengan perkara-perkara yang berfaedah. 8. Mengikut tekanan darah mudanya dengan sekehendak hatinya.

Page 7: Jenis-jenis dadah

9. Kerana keporak perandaan rumahtangga. 10. Kerana tidak ada kemesraan yang baik diantara ibubapa dan anak-anak. 11. Kerana ingin berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang termampu

olehnya. 12. Kerana adanya dadah dan kebijaksanaan pengedar-pengedar dadah untuk menjalankan

pengaruhnya. 13. Kurang pengetahuan Agama dan penghayatan nilai-nilai Agama.

DADAH YANG TERKENAL DI SABAH

1. APA DIA SYABU

I.I. Nama panggilan dan nama saintifik

SYABU ialah nama panggilan (street name), iaitu sejenis dadah. yang berada dalam kumpulan SUMUIAN yang mana istilah saintifiknya "dMethamphetamine hydrochloride". Perkataan syabu sebenamya berasal daripada bahasa Tagalog di negara Filipina dan ianya telah menjadi satu nama yang popular digunakan di Sabah oleh kerana pengaruh pengguna -pengguna dan pengedar-pengedar 'pioneer' di Sabah yang terdiri daripada pendatang tanpa izin yang berbangsa Filipin. Penggilan-panggilan lain yang digunakan oleh pengguna-pengguna di pasaran Sabah dan luar Sabah adalah seperti berikut:-

a. ICE b. GLASS c. CRACK METH d. HIROPONG e. BATU (STONES)

Oleh kerana majalah ini adalah berpandukan kepada latar belakang bahan ini di negeri Sabah, maka panggilan SYABU akan digunakan bagi tujuan rujukan.

1.2 Rupa Syabu Di Pasaran

Syabu berbentuk hablur tawas yang halus serta berwarna cerah/putih dan bersifat lutcahaya ( colourless rock-like transparent granules) yang halus.

1.3. Bungkusan (Packaging)

Syabu dipasarkan dalam bentuk bungkusan plastik kecil yang  berukuran 2cm x 2cm dan bungkusan yang berupa demikian biasanya mengandungi berat lebih kurang 0.045 gram dan ianya hanya cukup bagi kegunaan sekali sahaja yang biasanya dinamakan 'deck' atau 'layaran' bagi kegunaan penagih syabu.

1.4. Isi Kandungan (Ingredient) dan Synthesis

Bahan-bahan syabu yang utama ialah " d-Methamphetamine" yang tersenarai di bawah Bahagian III Jadual Pertama dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (pin. 1977) sebagai satu bahan dadah. Antara bahan-bahan lain ialah ephedrine, hydrochoride acid dan synthesis kimia sepwi berikut :-

C6 H5 CH (OH) CH (CH3) NHCH3 + HI + P4 C6 H5 CH2 CH (CH3) NHCH3

Page 8: Jenis-jenis dadah

2. LATAR BELAKANG

2.1.   Syabu adalah satu jenis dadah tiruan atau pun 'DESIGNER DRUGS' yang telah wujud sejak perperangan dunia yang kedua. Pada, ketika itu, juru terbang (Fighter pilot) menggunakan syabu perlu berjaga-jaga semasa dalam penerbangan jauh dan juga askar-askar lain berperang tanpa tidur untuk tempoh masa yang panjang;

2.2.   Mereka yang paling mengemari mengguna syabu pada masa perperangan tersebut adalah askar-askar Amerika Syarikat, China dan Jepun. Oleh kerana itu, adalah sukar bagi menentukan pihak manakah yang mula bertanggungjawab atas rekaan syabu. Apa yang mereka mementingkan ialah supaya mendapatkan kesan positif daripada syabu tanpa mengirakan kesan negatithya yang kadangkala boleh mendatangkan maut;

2.3.   Dari segi sejarah Sabah, syabu mulai dikesan pada awal tahun 1992 yang dipengaruh oleh pembiakan Syabu kerana kebanyakan daripada pendatang-pendatang tanpa izin warganegara Filipina di Sabah adalah pengguna syabu dan syabu yang mereka bawa bersama-sama untuk kegunaan sendiri telah diedarkan juga kepada penduduk-penduduk tempatan. Pengaruh Syabu di Filipin pula telah ditinggalkan oleh askar-askar Amerika Syarikat yang telah lama berkhidtnat di negara tersebut.

3. KEMASUKKAN SYABU KE SABAH

3.1. Bekalan Syabu diseludup dari kepulauan Selatan Filipina yang terdiri daripada pulau Palawan, Mindanao, Tawi-Tawi, Basilan, Siasi dan Jolo yang terletak disebelah Timor Utara yang hanya dipisahkan oleh lautan SuIu dan Sulawasi. Daerah- daerah di pantai Timor Sabah seperti Sandakan, Kudat, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau adalah menjadi tempat ' Landing Point' oleh pengedar-pengedar syabu. Selain Pendatang Tanpa lzin (PTI), yang masuk secara haram, terdapat juga pengedar-pengedar Filipina yang memiliki paspot datang ke Sabah dengan membawa syabu masuk secara sah melalui pintu-pintu masuk seperti:

3. 1. 1. Barter Trader( Kapal pertukaran barang dagang);3.1.2. Feri dari Zamboanga ke Sandakan; dan3.1.3. Penerbangan antarabangsa dari Manila dan Zamboanga.

3.2. Bot-bot seperti 'speed boat' merupakan pengangkutan utama, masuk ke Sabah secara haram dengan membawa bersama-sama mereka (PTI) sedikit-sebanyak Syabu semasa mendarat di daerah Sabah yang mana sukar dikesan oleh pihak berkuasa. Syabu yang berjaya diseludup masuk dibawa ke Kota Kinablu, ke Brunei dan lawas, Sarawak dengan menggunakan kenderaan. Manakala ke W.P. Labuan dengan menggunakan Feri dari Kota Kinabalu. Dan dari W.P. Labuan Syabu diseludup pula masuk ke Brunei dengan menggunakan bot-bot yang berulang-alik. Syabu juga diseludup ke Brunei melalui daerah Sipitang.

4.3. Mengikut statistik aktiviti menyeludup syabu telah meningkat begitu mendedak sekali. Peningkatan itu disebabkan faktor-faktor berikut:

4.3.1    Permintaan Syabu adalah lebih popular jika dibandingkan dengan ganja;4.3.2    Keuntungan yang lumayan jika dijual di Sabah dengan nilai mata, wang Malaysia berbanding dengan pesos di Filipina; dan4.3.3    Menyembunyi dan membawa syabu adalah lebih senang jika dibandingkan dengan ganja.

4.4. Peningkatan permintaan syabu juga ada kaitan dengan kesan-kesan positif kepada pengguna seperti berikut:

Page 9: Jenis-jenis dadah

4.4.1. Hilang mengantuk dan beijaga-jaga lebih daripada 24jam;4.4.2. Kekuatan mental dan fisikal.;4.4.3. Keseronokan dan khayalan;4.4.4. Bertambah kesoronokan seks dan tahan daya; dan4.4.5.. Hilang selera makan.

Syabu akan berkesan diantara 15 hingga 60 minit selepas dihisap kesannya boleh berlanjutan sehingga beberapa jam kemudian.

5. PENGEDAR/PENYELUDUP (MODUS OPERANDI) SYABU

Kebanyakan pengedar-pengedar syabu yang terdapat di Sabah adalah secara kecil-kecilan yang dilakukan secara individu. Mengikut risikan mereka menggunakan berbagai-bagai tektik untuk menyeludup syabu dan diantaranya adalah seperti berikut:

5.1.1. Menyembunyi didalam barang-barang persendirian seperti kain/baju dan lain-lain;5.1.2. Dalam motor starter;5.1.3. Lampu Kalimantang;5.1.4 Bekas stater kalimantang5.1.5. Bekas tin bedak;5.1.6. Bekas bateri tetefon bimbit; dan5.1.3. Tumit selipar/kasut.

5.2. Selain Filipina, negara Hong Kong juga mengeluarkan bekalan Syabu dan pembekal-pembekalnya dipercayai mendapat bekalan-bahan asli dari negara China ( mainland ) dan memproses Syabu di "underground laboratories" untuk dibekalkan ke Jepun, Taiwan dan juga sebahagian kecil kepada Sabah. Adalah dipercayai bahawa Syabu yang dibuat di Hong Kong adalah yang bermutu lebih tinggi jika dibandingkan syabu yang datang dari negara Filipina.

5.3. Syabu yang datangnya dari negara Filipina adalah terdiri daripada 90% yang peratus yang dibekalkan ke pasaran Sabah. lanya diseludup masuk dalam bentuk I kilogram, 1/2 kilogram atau dalam bentuk 'bar' yang berat 50 gram. Oleh kerana syabu merupakan bentuk halus dibanding dengan dadah lain seperti ganja, sejumlah besar dan berat boleh disembunyi melalui kumpit kumpit atau diseludup di atas badan dan ianya sukar dikesan. Syabu yang berjaya diseludup masuk akan dijual kepada pengedar tempatan yang akan membuat bungkusan semula dalam bentuk bungkusan plastik 5 gram, 1 gram dan tiub plastik kecil 0.045 gram untuk diedar kepada pasaran di Kota Kinabalu dan lain-lain daerah.

6. NAMA BRAND DAN GRED SYABU

6.1. Syabu yang terdapat di pasaran adalah terdiri daripada beberapa jenis nama mengikut rupa bentuk dan mutunya. Diantara nama-nama yang di panggil adalah seperti:

i) China Whiteii) Cristal Stones

6.2. Pada umumnya, Syabu yang dipasarkan adalah dibahagikan kepada tiga gred iaitu

Gred I - Cristal StonesGred II - China WhiteGred III - Syabu biasa yang kebanyakanya telah dicampur dengan tawas.

Syabu yang terdapat di pasaran Sabah kebanyakannya terdiri daripada syabu jenis Gred II

Page 10: Jenis-jenis dadah

7. KESAN-KESAN ATAU AKIBAT PENYALAHGUNAAN SYABU [METHAMPHETAMINE]

7.1. Kesan-kesan negatif syabu dibahagikan kepada dua jenis iaitu jangka masa pendek dan masa panjang. Kesan negatif jangka masa pendek adalah seperti berikut:

a. Khayalan atau halusianasi pada penghilatan dan pendengaran; b. Perangai cepat marah, resah dan perasaan tidak tenang; c. Kenaikan suhu badan dan tekanan darah tinggi; dan d. Bersifat agresif.

Akibat jangka masa panjang adalah seperti berikut:

a. Kerosakan pada saraf otak dan mengalami angin ahmar (strok); b. Kurang siuman dan mengalami gangguan mental; c. Keracunan pada sistem saraf tunjang; d. Pergantungan psikologikal keatas Syabu dan rasa tidak boleh hidup tanpanya; e. Mendatangkan kerosakan pada tisu yang teruk dan boleh membawa maut; dan f. Boleh mengakibatkan sejenis penyakit neurologi seakan-akan Parkinson's Disease' yang sukar

diubati.

8. KESALAHAN DlBAWAH ADB, 1952

METAMPHETAMINE adalah tersenarai di bawah Akta DadahBerbahaya 1952 (pindaan 1998) dan berkuatkuasa pada 15.9.98 mengikut Akta A 1025.

JENIS KESALAHAN DAN HUKUMAN

JENIS DADAH SEKSYEN KESALAHAN BERAT DADAH HUKUMAN/DENDA

Ganja 6 Memiliki Ke bawah 20gmRM 20,000/-atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya

  39A (1) Memiliki20gm keatas tetapi kurang daripada 50gm

Tidak kurang 2 tahun penjara berat tidak kurang 3 kali dan tidak melebihi 10 kali.

  39A(2) Memiliki50gm ke atas tetapi kurang dari 200gm

Penjara seumur hidup atau tidak kurang 6 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.

  6BMenanam pokok ganja

Tidak kira berapa pokok

Penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang 6 kali

  39B Mengedar 200gm ke atas MATI

Candu 9 Memiliki Ke bawah 100gmRM20,000/- atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya

  39A(1) Memiliki100gm ke atas tetapi kurang dari 250gm

Tidak kurang 2 tahun penjara dan sebatan tidak kurang 3 kali tetapi tidak lebih 9 kali.

  39A(2) Memiliki 250gm ke atas tetapi kurang dari 1000gm

Penjara seumur hidup atau tidak kurang 5 tahun dan

Page 11: Jenis-jenis dadah

sebatan tidak kurang 10 kali.

  39B Mengedar 1000gm MATI

Heroin/ Morfin/ Monoacetyl Morphine

12(2) Memiliki Ke bawah 2gmRM20,000/- atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya

  39A(1) Memiliki2gm ke atas tetapi kurang dari 5gm

Tidak kurang 2 tahun penjara dan sebatan tidak kurang 3 kali tetapi tidak lebih 9 kali.

  39A(2) Memiliki5gm ke atas tetapi kurang dari 15gm

Penjara seumur hidup atau tidak kurang 5 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.

  39B MENGEDAR 15gm ke atas MATI

Ubat Batuk 9(1)Memiliki / menjual / menyimpan / mengedar

-RM3,000/- atau penjara tidak lebih dari 1 tahun atau kedua-duanya

Pil 30(3)Memiliki / menjual / menyimpan / mengedar

-RM10,000/- atau penjara tidak kurang 4 tahun atau kedua-duanya

Syabu 12(2) Memiliki Kebawah 5gmRM20,000/- atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya

  39A(1) Memiliki5gm ke atas tetapi kurang dari 30gm

Tidak kurang 2 tahun penjara dan sebatan tidak kurang 3 kali tetapi tidak lebih 9 kali.

  39A(2) Memiliki30gm ke atas tetapi kurang dari 50gm

Penjara seumur hidup atau tidak kurang 5 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.

  39B MENGEDAR50gm ke atas atau lebih

MATI

Page 12: Jenis-jenis dadah

Dadah ialah bahan yang digunakan untuk merawat penyakit, mengurangkan simptom atau mengubasuai proses kimia di dalam badan untuk tujuan-tujuan tertentu. Walau bagaimanapun, bukan semua bahan yang dimakan dianggap dadah/drug. Misalnya, makanan yang dimakan secara normal tidak dianggap sebagai dadah melainkan makanan tersebut diambil khas untuk tujuan tertentu (contohnya kafeina sebagai perangsang).

Oleh sebab perkataan 'drug' dipinjam daripada bahasa Inggeris, perkataan ini membawa banyak maksud. Perkataan 'drug' lebih banyak digunakan dalam bidang farmasi dan perubatan (iaitu ubat), manakala perkataan 'dadah' membawa imej yang lebih negatif iaitu ketagihan.

Pengenalan

Visi

Masyarakat Malaysia Bebas Dari Dadah

Misi

Agensi Utama Memerangi Dadah

Objektif

Memberi Rawatan dan Pemuliahan Kepada Setiap Individu Yang Dikenalpasti Sebagai Penagih Dadah Untuk Membebaskan Mereka daripada Pergantungan Dadah Secara Fizikal dan Psikologikal dan Seterusnya Menjadikan Mereka Insan Yang Insaf, Berguna dan Produktif

Page 13: Jenis-jenis dadah

TUMBUHAN NARKOTIK DAN DADAH YANG TERHASIL DARIPADANYA

PENDAHULUAN

Tumbuhan narkotik adalah tumbuh-tumbuhan yang dapat menghasilkan dadah daripada bahagian-bahagian tumbuhan tersebut.Manakala dadah pula adalah sebarang bahan kimia, selain daripada makanan yang menyerap ke dalam tubuh seseorang yang mengakibatkan mereka hilang pertimbangan, membuatkan mereka khayal, memberikan ketenangan dan lain-lain simptom.Tumbuh-tumbuhan narkotik yang menghasilkan dadah adalah tumbuhan seperti opium, cannabis, dan koka. Malah dadah sintetik juga mengambil rantaian kimia dari dadah yang diperolehi daripada tumbuh-tumbuhan narkotik. Dadah yang pada mulanya digunakan sebagai ubat untuk mengubati penyakit tetapi akhirnya disalahgunakan oleh masyarakat dunia. Namun begitu kepentingan tumbuhan-tumbuhan narkotik dalam penghasilan dadah tidak dapat dipertikaikan. Walaupun terdapat banyak dadah sintetik dihasilkan tetapi dadah asli masih dihasilkan melalui tumbuh-tumbuhan narkotik.

TUMBUHAN NARKOTIK PERTAMA YANG DIKAJI:

( A ) OPIUM

Opium merupakan salah satu tumbuhan narkotik, opium merupakan contoh terbaik, dimana dadah dapat dihasilkan daripada semua bahagian tumbuhan itu. Dan pelbagai jenis dadah dapat dihasilkan melalui tumbuhan opium. Opium adalah dari famili Papaveraceace dan nama saintifiknya ialah Papaveraceace somniferum, rujuk gambarajah 1. Kegunaan tumbuhan narkotik ini telah pun diketahui oleh orang Sumeria purba yang hidup sekitar 4000 tahun SM dahulu. Opium digunakan sebagai bahan yang menimbulkan kegembiraan pada masa dahulu. Dalam dokumen Papyrus Ebers juga terdapat catatan mengenai opium. Opium dikenali sebagai sari buah pada zaman Yunani.

Opium tumbuh dikawasan cuaca panas dan membesar dalam jangka masa yang panjang. Kawasan penanaman opium tertumpu dikawasan Asia Tenggara-Segi Tiga Emas dan di Timur Tengah. Selain itu penanaman opium juga terdapat di India, Pakistan, Afghanistan dan Turki untuk kegunaan sendiri dan untuk penyeludupan serta untuk perubatan.

Pada masa dahulu cara penuaian opium untuk dijadikan dadah ialah dengan mengoreskan kulit biji opium yang telah masak, susu getah yang mengalir dari pengurisan itu dibiarkan untuk menjadi gam opium. Dalam keadaan ini opium dikenali sebagai opium mentah. Dadah daripada tumbuhan narkotik ini boleh dijadikan sebagai rokok, dimakan atau dihidu.

Page 14: Jenis-jenis dadah

Pada masa kini dadah opium dijadikan sebagai satu industri. Cara pemprosesan moden ialah dengan mengolahkan jeraminya secara besar-besaran. Setelah jerami opium yang matang dikeringkan, alkaloid diambil dan dijadikan samada cecair, serbuk atau pepejal. Opium boleh didapati dipasaran dalam bentuk serbuk berwarna perang dengan bau yang berlainan.

Terdapat 25 jenis alkaloid yang dapat diperolehi daripada opium mentah. Akan tetapi hanya ada 2 golongan alkaloid iaitu yang pertama amat kuat mempengaruhi pusat saraf pengguna, ia dapat menghilangkan rasa ngeri dan berfungsi sebagai ubat batuk. Dan kedua pula tidaklah sekuat seperti yang pertama.

DADAH YANG TERHASIL DARIPADA TUMBUHAN NARKOTIK: OPIUM

( a ) CANDU

Candu merupakan salahsatu dadah yang diperbuat daripada tumbuhan narkotik opium. Opium mentah merupakan bahan utama untuk membuat dadah candu.Candu mempunyai sejarahnya yang tersendiri, ia digunakan untuk mengeksploitasikan kekayaan China oleh pihak British pada masa dahulu sehingga ia membawa kepada Perang Candu. Bukan setakat itu sahaja akibat kedatangan candu,candu mula menjadi satu bahan ketagihan di China dan ia mula dibudayakan oleh orang-orang Asia pula.

Candu dihasilkan daripada bunga tumbuhan narkotik opium, apabila petal bunga opium jatuh pada bulan Jun atau Julai biji opium yang tidak matang mula muncul, ia disebut kapsul, kapsul ini dikeringkan dan dijadikan candu. Candu mempunyai campuran 20 alkaloid, air, gula, gam dan susu. Candu yang dikeringkan mempunyai 30% kandungan alkaloid. Candu yang dikeringkan itu dikumpulkan dan ditekan sehingga menjadi kek atau bebola. Daripada 10kg candu yang dikumpulkan dan dikering itu boleh diperoleh satu gumpalan getah yang berwarna kuning atau coklat.

Penghasilan candu dilakukan secara manual dan memerlukan tenaga pekerja yang banyak. Dalam seekar tanah sekurang-kurangnya 20 ribu batang pokok opium dapat ditanam dan 10kg candu dapat dikumpulkan.

Candu terdapat di India dan Pakistan, dalam setahun negara-negara ini dapat menghasilkan 100 metrik tan bagi kegunaan mereka.Manakala di Afghanistan, 100 metrik tan dihasilkan dalam setahun, candu-candu ini diseludup ke Timur Tenggah. Selain itu candu juga dihasilkan di Turki. Turki menjadi pembekal utama candu yang sah disisi undang-undang Turki mengeksport ke negara-negara barat terutamanya ke Amerika Syarikat, di candu digunakan bagi tujuan perubatan. Turki menghasilkan 60-100 metrik tan setahun.Mexico juga menghasilkan candu iaitu sebanyak 10 metrik tan

Page 15: Jenis-jenis dadah

setahun. Akan tetapi pengeluran terbesar candu adalah di Segi Tiga Emas iaitu Burma,Laos dan Kambodia. Jumlah pengeluaran dan tempat penghasilan utama tidak ketahui. Dianggarkan 250-500 metrik tan setahun dihasilkan di negera-negera tersebut.Dan candu-candu ini diseludup keluar ke seluruh dunia negara melalui Malaysia dan Singapura.

Dianggarkan penghasilan candu di dunia adalah 1000 metrik tan setahun, dimana 250 metrik tan adalah untuk kegunaan perubatan.

( b ) MORFIN

Morfin juga salah sejenis dadah yang terhasil daripada tumbuhan narkotik opium. Opium yang dijadikan gam ditapis untuk dijadikan morfin dengan menggunakan asid hidroklorik. Morfin adalah alkaloid utama opium dengan rumus kimia C17 H19 NO3 , ia mempunyai kadar alkaloid sebanyak 10%. Morfin merupakan ubat penghilang rasa takut, ia digunakan dalam ubat batuk, ia boleh menyebabkan euforia dan menghilangkan rasa kecemasan. Penjualannya dalam bentuk pil berwarna putih atau cairan untuk disuntikkan dan juga dalam bentuk serbuk untuk dihisap. Rasanya pahit, tidak berbau dan warnanya akan semakin lama semakin kurang putih.

Dos morfin sebanyak 5-15mg boleh menghilangkan rasa takut atau cemas, dos sekitar 15-45mg boleh menyebabkan khayalan manakala dos sebanyak 5mg sehari boleh menyebabkan ketagihan kepada morfin. Sebanyak 4-21% morfin dihasilkan daripada tumbuhan opium.

( c ) KODEIN

Kodein adalah juga dadah alkaloid daripada tumbuhan narkotik opium. Ia diperoleh daripada 0.7-2.5% dari opium mentah. Formula kimianya ialah C12 H21 O3 NH2 O. Dewasa ini, kodein dibuat dari morfin. Ia digunakan untuk menghilangkan rasa takut. Kodein dijual dalam bentuk pil atau dicampurkan dengan aspirin.Ada juga kodein yang dibuat dalam bentuk cecair untuk disuntik bagi menghilangkan rasa takut.

( d ) TEBAIN

Tebain juga adalah dadah daripada tumbuhan narkotik opium. Tebain adalah dadah jenis narkotik alami yang mempunyai alkaloid sebanyak 1%. Walaupun susunan kimianya sama dengan morfin dan kodein yang berasal dari tumbuhan opium dan berasal dari famili yang sama iaitu Papaver tetapi tebain adalah daripada spesies yang berlainan iaitu Papaver bratratum. Zatnya lebih berpengaruh sebagai stimulan daripada depressan. Biasanya, tebain menjadi bahan campuran dalam membuat ubat lain seperti kodien hidrokarbon, oksikodan dan nalokson.

Page 16: Jenis-jenis dadah

TUMBUHAN NARKOTIK YANG KEDUA YANG DIKAJI:

( B ) CANNABIS

Cannabis juga merupakan salah satu tumbuhan narkotik yang berasal dari negara China.Cannabis banyak ditulis dalam buku-buku perubatan China pada tahun 2737 SM. Cannabis digunakan mula digunakan sebagai ubat untuk penyakit malaria dan ubat bius bagi penyakit histeria dan penyakit-penyakit lain seperti beri-beri, sembelih, penyakit lupa dan mengubati pelbagai penyakit fisik mahupun psikis pada masa dahulu.

Tumbuhan Cannabis sativa ini tumbuh liar di kawasan berhawa sederhana atau temperat, terutama di kawasan tropika dan kawasan-kawasan pedalaman yang menjadi kawasan penanaman sayuran, rujuk gambarajah 2. Cannabis mencapai ketinggian 4m dan merupakan tumbuhan tahunan. Ia dikenali kerana serat-serat batangnya yang kuat, bijinya enak jika dicampurkan ke makanan, sup dan kanji dan boleh dijadikan sebagai makanan haiwan, daunnya pula boleh dibuat sebagai ubat- ubatan, minyaknya berguna untuk membuat cat, varnis dan sabun. Tambahan pula pakaian dan kertas bolah dibuat daripada bahagian serat batangnya kerana ia amat kuat. Daunnya mengandungi zat peransang, demikian juga damarnya yang terdapat di bunga bahagian atas.

Tumbuhan narkotik ini yang diberi nama oleh Linnaeus sebagai Cannabis sativa mempunyai 2 verietas iaitu var. americana dan var. indica. Penanaman cannabis utama adalah di Segi Tiga Emas iaitu di Thailand, Kambodia dan Myanmar, dan di Iran, Pakistan, Syria, Morocco, Peru, Colombia, Bolivia, Jamaica, Mexico dan lain-lain negara lagi.

Pada tahun 1980, daripada satu kajian didapati tumbuhan narkotik ini mempunyai 421 campuran sebatian. Dimana sekurang-kurangnya 61 adalah struktur kimia kanabinoid. Terdapat bahan-bahan yang aktif terkandung dalam kanabinoida (canabinoid) atau resin. Kanabinoda yang terpenting ialah tetrahidrokanabinol (THC), terutama delta 9 tetrahidrokanabinol. Disamping itu masih ada zat-zat lain seperti kanabinol, kanabidiol, kanabigerol, kanabisiklol. THC dianggap sebagai zat yang dapat menimbulkan kesan psikis. THC mempunyai khasiat menghilangkan rasa mual dan muntah-muntah kepada orang yang menderita akibat kancer dan yang sedang menjalani perubatan secara kemoterapis. Sifat THC yang mempengaruhi mental manusia merupakan tarikan utama bagi cannabis. Menurut kajian, dari 20% daripada satu masyarakat yang telah cuba menggunakan menggunakan cannabis sekurang-kurangnya sekali dalam 12 bulan yang pertama, 5% daripada mereka akan menggunakan cannabis dua kali seminggu atau lebih.

Page 17: Jenis-jenis dadah

Hasilan dadah daripada cannabis seperti marijuana mempunyai 1-8% THC, ganja dan cheres yang diperbuat daripada resin dan damar ("flowering tops") mempunyai lebih THC iaitu 15%, dan Hashish oil, honey oil atau weed oil pula mempunyai THC lebih daripada 60%. Kandungan THC semasa pembakaran adalah amat tinggi iaitu 50% lebih daripada keadaan biasa sebagai contoh semasa pembakaran rokok batang dan daun kering cannabis.

DADAH YANG TERHASIL DARIPADA TUMBUHAN NARKOTIK : CANNABIS

( a ) MARIJUANA

Dadah utama yang terhasil daripada tumbuhan narkotik, Cannabis sativa ialah marijuana atau bhang. Dalam bahasa Portugis "maringuango" bermaksud zat pemabuk. Di Afrika ia disebut dagga atau kif, dan di Eropah ia disebut ganja.Marihuana atau mariyuana adalah dalam sebutan Amerika.. Marijuana diperolehi daripada daun atau batang yang kering cannabis, ia mempunyai 1-8% THC. Tanaman cannabis yang mempunyai tepung sari bunga betinanya belum dibuahi dapat menghasilkan 20% THC, ia dikenali sebagai sisemille dalam bahasa Spanyol, sin semilla yang bererti tanpa berbiji juga turut mempunyai kandungan THC yang tinggi. Disebabkan marijuana terhasil melalui pengeringan batang, daun dan bunga cannabis terdapat undang-undang yang melarang penggunaan dan penanaman marijuana. Walau bagaimanapun kandungan alkaloidnya adalah rendah jika marijuana diambil dengan dos yang rendah, jadi ada usaha-usaha untuk menghalalkan marijuana. Ini kerana marijuana dianggap halusinogen ringan sahaja, bukan narkotik, tidak membawa pada penagihan dadah seperti heroin, menghilangkan ketegangan dan lebih selamat daripada arak. Marijuana tidaklah sekuat hashisa dalam menimbulkan pengaruh.

Menurut kajian yang dijalankan di San Mateo, California 55% pelajar yang menggunakan marijuana sekurang-kurangnya sekali., 20% daripada pelajara-pelajar tersebut akan menggunakan marijuana dua kali seminggu atau lebih dalam seminggu. Menurutnya lagi 8% daripada pra universiti juga mula menggunakan marijuana. Pada masa yang sama 53% masyarakat biasa juga merokok menggunakan marijuana.

Jika marijuana digunakan tanpa kawalan ia boleh membawa pelbagai penyakit kerana marijuana akan bertukar menjadi toksid. Contoh-contoh penyakit akibat fenomena ini ialah marijuana bertukar menjadi toksid dalam pernafasan bronkatis, penyekatan darah ke paru-paru, sakit jantung, tekanan jiwa dan penyakit-penyakit gastrik yang lain.

Produk-produk marijuana mempunyai separuh hayat iaitu selama 7 hari. Ini bermaksud selepas seminggu menggunakannya hanya 50% daripada bahan-

Page 18: Jenis-jenis dadah

bahan marijuana dapat dihapuskan. Sesiapa yang menggunakan marijuana lebih daripada sekali dalam seminggu tidak boleh menggelakkan dadah lagi. Mereka akan menjadi ketagih dan dadah akan berkumpul di tisu-tisu.

Dalam jangka masa yang pendek, bahan kimia yang terdapat dalam marijuana iaitu kanabioids akan mengganggu sel-sel metabolisem, rantaian DNA yang sebenar, RNA dan protein-protein. Menurut kajian para ahli sains mendapati kanabinoids menurunkan penggabungan leucine kepada protein, uridine kepada RNA dan thymidine kepada DNA seterusnya choline kepada phospholipis, di otak dan sel-sel.Kajian ini menunjukkan betapa bahayanya penggunaan marijuana. Oleh yang demikian marijuana yang terhasil daripada tumbuhan narkotik ini boleh memberikan kebaikan mahupun keburukkan jika disalahgunakan.

( b ) HASHIS

Hashis juga adalah salah satu jenis dadah daripada tumbuhan narkotik cannabis. Hashis terhasil daripada bunga-bunga betina yang ada gumpalan-gumpalan damar, gumpulan damar ini dikumpulkan dan disebut sebagai cheras di India atau hashish di timur tengah. 700 tan marijuana dapat menghasilkan 450 kilo hashis dan minyak hashis.Kebanyakkan hashis adalah dadah yang dibuat di timur tengah dari bahan cairan ganja yang mengandungi banyak damar. Setelah damar dan bunga dikeringkan, hashis mempunyai THC sebanyak 15%, hashis mempunyai THC yang paling tinggi berbanding dengan dadah-dadah lain yang terhasil daripada tumbuhan narkotik ini. Warna hashis adalah coklat tua dan sesudah ia dicetak bentuknya boleh dibentuk kepada pelbagai bentuk. Reputasinya yang buruk bermula apabila ia digunakan oleh kelompok-kelompok pembunuh ngeri sebelum mereka membunuh ramai orang di Amerika pada akhir kurun ke-18.

Minyak hashish pula dihasilkan daripada pemprosesan bahan ganja yang berulang-ulang sehingga ia menjadi cairan hitam yang mengandungi THC sebanyak 20%. Oleh kerana itu kesannya lebih kuat daripada ganja. Dengan satu atau dua dos minyak hashis adalah bersamaan dengan menghabiskan satu linting rokok ganja.

TUMBUHAN NARKOTIK YANG KETIGA YANG DIKAJI:

( C ) KOKA

Tumbuhan narkotik koka atau Erythroxylom coca banyak tumbuh di pergunungan Andes di Amerika Selatan, rujuk gambarajah 3. Sejak zaman pra sejarah masyarakat indigeneous atau native iaitu penduduk asal yang menghuni dipergunungan Andes selalunya mengunyah daun koka. Kesan akibat mengunyah daun koka bergantung kepada dos yang terkandung dalam daun koka itu. Dan ia dimanifestokan oleh sedikit pembelekkan anak

Page 19: Jenis-jenis dadah

mata, peningkatan dalam tekanan darah dan meningkatkan denyutan jantung. Dengan mengunyah daun koka mereka dapat menahan rasa lapar dengan daya tahan tubuh yang tetap stabil, ini kerana daun koka mempunyai nutrien. Selain itu daun koka juga diminum sebagai teh. Akibat penggunaan daun koka dalam kehidupan seharian masyarakat Andes dapat mengelakkan sakit gigi dan sakit Osteoporosis, kerana daun koka mempunyai kandungan kalsium yang tinggi.Tanaman koka ini banyak terdapat di Colombia, Peru dan Bolivia.

DADAH YANG TERHASIL DARIPADA TUMBUHAN NARKOTIK : KOKA

( a ) KOKAIN

Kokain ialah sejenis dadah yang diperolehi daripada tumbuhan narkotik koka. Kokain terkandung dalam daun koka. Menurut peradaban Inca "daun anugerah dewa" itu adalah stimulant, kerana mereka dapat menghilangkan kepenatan, sakit gigi dan tidak menghadapi penyakit osteoporosis. Daun koka adalah daun yang belum atau yang sudah dikeringkan atau dalam bentuk serbuk dari semua tanaman genus Erythoxylon dari keluarga Erythoxylaceace yang menghasilkan kokain secara langsung atau melalui perubahan kimia. Kokain adalah metil ester 1 bensoil ekgonin dengan rumus kimia C17 H21 NO4. Kokain diperolehi daripada daun koka melalui tiga langkah. Iaitu daun koka diproses sehingga menjadi pelekat, pelekat kepada dasar dan daripada itu kokain hidroklorik dihasilkan. Kokain dasar mempunyai kokain sulfat, ecgonine, alkaloid koka yang lain, asid benzoic, methanol kerosin, asid sulfurid dan alkali besos. Ia juga mempunyai 40% - 91% kandungan kokain yang asal.

Kebanyakkan kokain adalah dari Colombia. Daun-daun koka diproses oleh kumpulan-kumpulan tertentu di makmal-makmal haram di Colombia dan dieksport ke negara-negara lain. Di Peru dianggarkan 500 kg hingga 1000 kg kokain dapat dihasilkan dalam tiga atau empat hari sahaja secara haram.

Kokain digunakan dalam arak, gula-gula dan dalam minuman ringan seperti Coca Cola. Melalui pengekstrakkan daun-daun koka perasa semulajadi dapat dihasilkan.Selain itu, ubat bius atau anestetik juga dapat dihasilkan daripada daun-daun koka ini. Ubat bius ini dapat digunakan dalam pembedahan dan di klinik pergigian.

Penyalahgunaan kokain akan menyebabkan gangguan sistem saraf dan euforia yang selalu. Disebabkan itu, banyak negara telah mengharamkan penghasilan kokain kecuali untuk penggunaan ubatan. Oleh itu dadah sintetik mula dihasilkan seperti novokain dan xilokain.

( b ) KOKAIN MURNI

Page 20: Jenis-jenis dadah

Kokain Murni yang juga diperbut daripada tumbuhan narkotik koka. Kokain murni ini digunakan sebagai ubat bius tempatan untuk pembedahan mata, hidung dan tengkorak.Ia juga merupakan salah satu jenis kokain Disebabkan ia menimbulkan kesan psikologis yang nikmat, akhirnya ia juga disalahgunakan.

( c ) KOKAIN HIDROKLORIK

Kokain hidroklorik adalah kokain yang diperolehi melalui perdagangan gelap yang dijual dalam bentuk tepung kristal keputihan. Ia diperolehi semasa mengubah tepung kokain menjadi bahan kokain dasar. Ia lebih murah daripada kokain lain tetapi lebih berbahaya. Ia juga dirokok bersama tembakau atau kanabis.

KESIMPULAN

Secara kesimpulan tumbuhan adalah anugerah tuhan yang memberikan kebaikkan amat luas kepada manusia dan haiwan. Tumbuhan narkotik yang mempunyai dadah merupakan satu nikmat yang diberikan untuk membantu manusia mengubati penyakit-penyakit dalam menghadapi kehidupan harian. Akan tetapi dadah daripada tumbuhan narkotik yang pada mulanya merupakan nilai yang tinggi dalam membantu manusia, kini menjadi pembunuh utama apabila ia disalahgunakan.

Namun begitu peranan tumbuhan narkotik dan dadah yang terhasil daripadanya tidak dapat diabaikan. Malah ia juga diperlukan dalam penghasilan dadah-dadah sintetik. Walaupun wujud dadah tiruan, dadah daripada tumbuh-tumbuhan narkotik masih digunakan secara meluas dan diperlukan lagi.

Page 22: Jenis-jenis dadah
Page 23: Jenis-jenis dadah
Page 24: Jenis-jenis dadah
Page 25: Jenis-jenis dadah
Page 26: Jenis-jenis dadah
Page 27: Jenis-jenis dadah