21
1.0 Pengenalan Penceraian dalam perkahwinan menjadi fenomena pada masa ini yang menjadi cabaran utama dalam menjalani urusan rumahtangga. Penceraian dalam perkahwinan menjadi satu titik ngeri dalam kehidupan terutama bagi golongan wanita. Wanita sering kali mendapat tempias atau kesan daripada penceraian dlam hubungan suami isteri. Golongan wanita seperti ini sering berhadapan dengan pelbagai masalah, terutamanya masalah emosi dan ekonomi rumahtangga. Selain itu, stigma atau anggapan buruk masyarakat terhadap golongan yang bergelar janda semakin memburukkan keadaan. Situasi ini menyebabkan sesetengah wanita hilang arah dan panduan untuk menjalani kehidupan baru setelah kehilangan atau kematian suaminya. Islam sebagai agama yang sempurna tidak pernah mengenepikan golongan ini, malah mereka merupakan golongan yang telah mendapat perhatian di sisi Allah SWT. Dalam memelihara kemaslahatan mereka, Islam telah menganjurkan beberapa penetapan hukum khusus bagi memastikan mereka dapat meneruskan kehidupan dengan sebaiknya. Dalam sistem kekeluargaan, Islam telah menggariskan satu panduan khusus kepada wanita dalam menempuh kehidupan selepas kematian suami. Setelah suami pergi buat selamanya, mereka perlu menjalani satu tempoh masa yang dikenali sebagai iddah bagi mematuhi beberapa hukum tertentu. Ia adalah satu kewajipan dan tanggungjawab bagi setiap wanita demi memenuhi perintah Ilahi. 1

Jenis Iddah, Hak dan Kewajipan wanita dalam Iddah

  • Upload
    haizoon

  • View
    69

  • Download
    10

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Jenis-jenis iddah , hak dan kewajipan wanita dalam Iddah haruslah dititikberatkan walaupun dalam tempoh penceraian itu berlaku. Hak dan kewajipan ini harus dijaga untuk mengelakkan berlakunya fitnah dan pandangan serong daripada masyarakat.

Citation preview

Page 1: Jenis Iddah, Hak dan Kewajipan wanita dalam Iddah

1.0 Pengenalan

Penceraian dalam perkahwinan menjadi fenomena pada masa ini yang menjadi cabaran utama

dalam menjalani urusan rumahtangga. Penceraian dalam perkahwinan menjadi satu titik ngeri

dalam kehidupan terutama bagi golongan wanita. Wanita sering kali mendapat tempias atau

kesan daripada penceraian dlam hubungan suami isteri. Golongan wanita seperti ini sering

berhadapan dengan pelbagai masalah, terutamanya masalah emosi dan ekonomi rumahtangga.

Selain itu, stigma atau anggapan buruk masyarakat terhadap golongan yang bergelar janda

semakin memburukkan keadaan. Situasi ini menyebabkan sesetengah wanita hilang arah dan

panduan untuk menjalani kehidupan baru setelah kehilangan atau kematian suaminya.

Islam sebagai agama yang sempurna tidak pernah mengenepikan golongan ini, malah

mereka merupakan golongan yang telah mendapat perhatian di sisi Allah SWT. Dalam

memelihara kemaslahatan mereka, Islam telah menganjurkan beberapa penetapan hukum khusus

bagi memastikan mereka dapat meneruskan kehidupan dengan sebaiknya. Dalam sistem

kekeluargaan, Islam telah menggariskan satu panduan khusus kepada wanita dalam menempuh

kehidupan selepas kematian suami. Setelah suami pergi buat selamanya, mereka perlu menjalani

satu tempoh masa yang dikenali sebagai iddah bagi mematuhi beberapa hukum tertentu. Ia

adalah satu kewajipan dan tanggungjawab bagi setiap wanita demi memenuhi perintah Ilahi.

Iddah didefinisikan sebagai satu tempoh penantian yang mesti dilalui oleh seorang isteri

setelah berakhirnya sebuah ikatan perkahwinan.1Pensyariatannya bertujuan bagi melarang

seseorang wanita yang telah ditalak atau kematian suaminya daripada dinikahi oleh mana-mana

lelaki.2 Kewajipannya telah dijelaskan oleh Allah SWT di dalam ayat berikut:

“Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka

meninggalkan isteri-isteri, hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beriddah)

selama empat bulan sepulu hari. Kemudian apabila telah habis masa iddahnya itu,

maka tidak ada salahnya bagi kamu mengenai apa yang dilakukan mereka pada

dirinya menurut cara yang baik (yang diluluskan oleh syara’). Dan (ingatlah), Allah

1 ‘Ali Ibn Muhammad Ibn ‘Ali al-Jirjani (1985), Kitab al-Ta’rifat. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Arabiyy, h. 192. 2 Muhammad Jum‘ah ‘Abd al-Allah (1983), al-Kawakib al-Duriyyah, c. 5, j. 2.Kaherah: Maktabah al-Azhariyyah,

h. 270.

1

Page 2: Jenis Iddah, Hak dan Kewajipan wanita dalam Iddah

sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.” (Surah

al-Baqarah, 2 : 234)3

Ayat ini sekaligus menunjukkan amalan beriddah adalah satu suruhan wajib, kerana merujuk

kepada metodologi hukum, nas-nas yang menggunakan uslub perkhabaran yang difahami

sebagai suruhan menunjukkan satu perintah dari Allah SWT. Selain ayat di atas, kewajipan

beriddah ini turut disokong oleh ijma’ para ulama’.4

2.0 Konsep

2.1 Perkahwinan

Menurut kamus Dewan, perkataan perkahwinan bermaksud perihal pernikahan atau

penggabungan di antara dua unsur berlainan (Kamus Dewan,2007 :655). Perkahwinan ialah

hubungan terikat antara dua orang yang diiktirafkan oleh pihak berkuasa sivil dan/atau diikat

oleh kepercayaan agama peserta-peserta. Secara sejarah, takrif-takrif tepat untuk "perkahwinan"

adalah berbeza-beza mengikut budaya; pemahaman moden menekankan kesahan hubungan seks

dalam perkahwinan, walaupun sifat perkahwinan yang sejagat dan unik ialah penciptaan

persemendaan. Perkahwinan ialah akad yang menghalalkan di antara lelaki dengan perempuan

hidup bersama dan menetapkan tiap-tiap pihak daripada mereka hak-hak dan tanggungjawab.

Dalam erti kata lain, suatu akad yang menghalalkan persetubuhan dengan sebab perkataan yang

mengandungi lafaz nikah, perkahwinan dan sebagainya. Di dalam Al-Quran terdapat banyak

ayat-ayat yang menyebut mengenai pensyariatan perkahwinan dianjurkan secara langsung atau

tidak langsung kepada manusia sesuai dengan tuntutan fitrah semulajadinya. Berikut dinyatakan

beberapa ayat Al-Quran Al-Karim mengenai perkahwinan dan tujuan-tujuan disyariatkannya

Allah berfirman dalam surah An-Nisaa’ ayat 3, ertinya :

“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil (bilah menikah) anak-anak yatim,

maka nikahilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi, dua, tiga atau empat.Tetapi,

3 Ibid. QS. Al Baqarah (2) : 2344 ‘Abd al-Karim Zaydan (2009), al-Wajiz fi Usul al-Fiqh. Beirut: Muassasah al-Risalah Nasyirun, h. 231.

2

Page 3: Jenis Iddah, Hak dan Kewajipan wanita dalam Iddah

jika kamu takut tidak dapatberlaku adil, maka seorang sajalah, atau hamba sahaya yang

kamu miliki.Yang demikian itulah yang lebih memungkinkan kamu terhindar dari berlaku

sewenang-wenangnya.”

2.2 Perceraian

Menurut kamus dewan 1989, mukasurat 214, cerai bermaksud pisah, tidak seperti suami

isteri lagi, sudah putus hubungan sebagai suami isteri. Definisi talak pula mengikut kamus dewan

yang sama, mukasurat 1272, bermaksud penceraian menurut agama islam.

Cerai atau disebut juga sebagai talak mempunyai dua pengertian, dari segi

bahasabermaksud melepaskan ikatan, manakala dari segi syarak ialah melepaskan ikatan

pernikahandengan lafaz tertentu. Islam memberikan kuasa talak kepada pihak suami manakala

pihak isteri juga boleh menuntut perceraian dalam bentuk-bentuk lain sama ada secara khuluk

(tebus talak),fasakh dan taklik melalui saluran Mahkamah Syariah. Dengan kuasa yang telah

diberikan kepadasuami, beliau mestilah pandai meneliti serta menyelesaikan segala

permasalahan yang timbuldalam keluarga beliau dan tidak mempermainkan hal-hal talak ini

kerana perihal talak adalahsesuatu yang tidak boleh dipermainkan.

2.3 Iddah

Iddah ialah satu jangkamasa tertentu yang wajib dilalui oleh seorang perempuan yang

baru diceraikan oleh suaminya ataupun kematian suaminya. Iddah adalah bahasa arab yang

berasal dari akar kata adda-ya’uddu – ‘idatan dan jamaknya adalah ‘idad yang secara arti kata

(etimologi) berarti : “menghitung” atau “hitungan”.kata ini digunakan untuk maksud iddah

karena dalam bahasa itu si perempuan yang ber-iddah menunggu berlalunya waktu.Maksud

Iddah pada Syara' pula ialah seseorang wanita yang telah diceraikan oleh suaminya ataupun yang

kematian suaminya, maka wanita tersebut dilarang dari berkahwin dengan lelaki lain untuk

tempoh beberapa waktu sehinggalah tempoh waktu itu berakhir. Dengan cara ini dapatlah

dipastikan kesucian wanita tersebut, sama ada ia mengandung ataupun tidak.

3

Page 4: Jenis Iddah, Hak dan Kewajipan wanita dalam Iddah

Iddah sebenarnya mempunyai hikmah yang besar kepada perempuan dan lelaki.

Walaupun dalam tempoh iddah ini, perempuan dilarang berkahwin lain dan dia juga dikenakan

beberapa peraturan lain, iddah sebenarnya memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

Bagi perempuan yang kematian suami pula, iddah merupakan satu penghormatan kepada isteri

untuk menzahirkan kesedihan dan dukacita atas pemergian suami tercinta. Tempoh tertentu yang

diberikan untuk perempuan ini pula dapat membantunya agar tidak berterusan berada dalam

kesedihan. Cukuplah tempoh yang ditentukan oleh Allah SWT. Selepas habis tempoh itu,

hendaklah dia bertawakal kepada Allah SWT dan meneruskan hidupnya dengan kesabaran.

Tujuan beriddah ialah untuk memastikan rahim perempuan itu kosong dari sebarang

kandungan. Ia juga dapat memberikan ruang masa bagi suami rujuk semula kepada bekas

isterinya. Lelaki yang ingin berkahwin dengan seorang perempuan yang baru bercerai atau

kematian suami, jika si perempuan tadi tidak beriddah, tidakkah nanti jika perempuan itu tiba-

tiba didapati hamil akan menimbulkan keraguan tentang siapakah ayah ‘hakiki’ bagi bayi yang

dikandung oleh wanita tersebut. Hikmah yang lain adalah memuliakan ikatan pernikahan yang

lalu, menghormati hak suami yang telah bercerai dan menampakkan kepada masyarakat bahawa

ia telah bercerai.

2.3.1 Jenis-jenis Iddah

Masa iddah ini terbahagi atas 4 jenis iaitu :

Pertama adalah Iddah masa mengandung, iaitu waktunya sampai masa kelahiran

kandungan yang disebabkan talak ba’in (perceraian yang mengakibatkan tidak kembali kepada

suaminya) atau talak raj’i (perceraian yang dapat kembali kepada suaminya) dalam keadaan

hidup atau mati. Firman Allah SWT maksudnya :

“Dan perempuan-perempuan yang hamil, waktu iddah mereka adalah sampai mereka

melahirkan.” (Surah Ath-Thalaq ayat 4)5

Seterusnya adalah Iddah muthlaqah (masa perceraian). Tempoh ini ialah untuk

perempuan yang masih didatangi haid dan berpisah melalui perceraian. Maksud tiga kali suci ini

5 Depag RI, op. cit., Ath Thalaaq (65) : 1

4

Page 5: Jenis Iddah, Hak dan Kewajipan wanita dalam Iddah

ialah, jika dia diceraikan, maka dia perlu beriddah sehingga tiga kali suci daripada haid. Firman

Allah s.w.t, maksudnya:

“Perempuan-perempuan yang diceraikan hendaklah menahan diri mereka (menunggu)

selama tiga kali quru’ (suci).” (Surah al-Baqarah ayat 228)

Demikian adalah cara untuk mengira iddah bagi isteri yang diceraikan iaitu jika dia diceraikan

ketika suci dari haid, maka idahnya akan tamat sebaik sahaja datang haid yang ketiga.

Contohnya seperti berikut, diceraikan dalam keadaan suci iaitu (Suci 1) > Haid 1 > Suci 2 > Haid

2 > Suci 3 > Haid 3. Justeru, iddah habis sebaik sahaja haid 3 bermula. Walau bagaimanapun,

jika dia diceraikan ketika haid, maka iddahnya akan tamat sebaik sahaja kedatangan haid yang

keempat. Contohnya jika isteri diceraikan ketika haid (Haid 1) > Suci 1 > Haid 2 > Suci 2 >

Haid 3 > Suci 3 > Haid 4. Oleh itu, iddah habis sebaik sahaja haid 4 bermula.

Seterusnya adalah Waktu ketiga iaitu bagi perempuan yang tidak ada haid. Siapa yang

perlu beriddah selama 3 bulan? (diulangi, 3 bulan. Ia berbeza dengan 3 kali suci). Perempuan

yang perlu beriddah selama 3 bulan ialah perempuan yang belum pernah didatangi haid atau

yang telah berhenti haidnya (menopause) . Sekiranya dia diceraikan, maka dia perlu mengira

iddah dari hari perceraian hinggalah cukup tiga bulan Qamariyyah. Perlu diingatkan, tempoh 3

bulan ini tidak semestinya 90 hari. Hal ini kerana dalam kalender Islam, ada kalanya jumlah hari

sebulan ialah 29 hari dan ada kala berjumlah 30 hari. Tetapi tiada yang berjumlah 31 hari.

Firman Allah SWT maksudnya :

“Perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus haid mereka, jika kamu ragui

tentang tempoh masa idah mereka, maka masa idah mereka ialah selama tiga bulan.

Begitulah juga idah perempuan-perempuan yang belum datang haid.” (Surah al-Talaq

ayat 4)6

Iddah dalam kategori keempat ialah iddah bagi isteri yang ditinggal suaminya kerana meninggal

dunia. Allah SWT menjelaskan masa iddahnya sebagai berikut :

a) Bagi wanita/isteri yang tidak mengandung :

6 Depag RI, op. cit., Ath Thalaaq (65) : 1

5

Page 6: Jenis Iddah, Hak dan Kewajipan wanita dalam Iddah

Tempohnya ialah 4 bulan 10 hari dari tarikh kematian. Perlu diingatkan bahawa ‘bulan’ di sini

ialah bulan dalam kalender Islam/ Hijrah bukannya kalender Masehi. Oleh itu, jumlah hari yang

dia kena beriddah ialah kira-kira 130 hari. Firman Allah SWT maksudnya :

“Orang-orang yang meninggal dunia diantaramu dengan meninggalkan isteri-isteri

(hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (beriddah) empat bulan sepuluh hari.”

(Surah Al-Baqarah ayat 234)

b) Bagi wanita/ isteri yang mengandung.

Untuk wanita seperti ini, secara ringkasnya iddahnya tamat sebaik sahaja melahirkan anak

(dan bukan 4 bulan 10 hari). Malah, jika selang masa antara kematian suami dan juga kelahiran

anak itu sangat pendek, iddahnya tetap berakhir. Firman Allah SWT maksudnya :

“Dan perempuan-perempuan yang hamil, waktu iddah mereka adalah sampai mereka

melahirkan.” (Surah Ath-Thalaq ayat 4)

Dalil daripada hadis sahih juga menjelaskan keadaan perempuan yang hamil ketika kematian

suami lalu Rasulullah SAW. membenarkannya berkahwin lain selepas bersalin (tidak perlu

menunggu hingga 4 bulan 10 hari). Hukum ini telah dijelaskan oleh baginda dalam hadis tentang

Sabi’ah al-Aslamiyah yang bersalin beberapa hari selepas kematian suaminya (Hadis riwayat

Bukhari dan Muslim).

Tempoh ‘iddah seorang isteri yang diceraikan iaitu bagi wanita yang mengandung sehingga

melahirkan anak dan bagi wanita yang masih mempunyai kitaran haid iaitu selama tiga kali

kitaran haid.

6

Page 7: Jenis Iddah, Hak dan Kewajipan wanita dalam Iddah

3.0 Hak isteri semasa dalam iddah penceraian

Sepanjang tempoh iddah, Islam telah menetapkan beberapa hukum tertentu berkaitan dengan

wanita yang tidak bersuami sama ada bercerai hidup atau bercerai mati (meningeal dunia) seperti

berikut.

3.1 Hak mendapat tempat tinggal

Bagi memelihara hak suami, hak isteri atau kedua-dua belah pihak selepas berlakunya

perceraian, Islam telah menetapkan beberapa perkara yang perlu dijaga dan dipelihara, lebih-

lebih lagi semasa seorang wanita masih di dalam tempoh ‘iddahnya. Antara hak dan kewajipan

tersebut adalah seperti berikut.

Seseorang perempuan yang diceraikan berhak tinggal di rumah di mana dia biasa tinggal

ketika dia dalam perkahwinan selama iddah. Suami adalah berkewajipan menyediakan tempat

tinggal yang sesuai dan munasabah untuk isterinya sama ada secara menyewa atau milik suami

itu sendiri. Isteri juga boleh membuat tuntutan di Mahkamah Syariah sekiranya suami tidak

menyediakan keperluan tersebut. Ini berdasarkan seksyen 72 (1) Enakmen Undang-Undang

Keluarga Islam Kedah 2008 yang menyatakan bahawa Seseorang perempuan yang diceraikan

adalah berhak tinggal di rumah di mana dia biasa tinggal semasa dia berkahwin selagi suami

tidak mendapatkan tempat tinggal yang sesuai untuk isteri.

Tambahan pula, menurut Seksyen 71 dalam undang-undang Syariah, Seorang isteri yang

telah diceraikan oleh suaminya adalah berhak tinggal di rumah di mana dia biasa tinggal semasa

berkahwin selagi suami tidak mendapatkan tempat tinggal lain yang sesuai untuk isterinya. Hak

tempat tinggal hanya akan terhenti atau tamat di dalam keadaan-keadaan berikut. Pertama, jika

tempoh ‘iddah telah tamat, kedua, jika tempoh penjagaan anak telah tamat, jika perempuan itu

telah berkahwin semula, atau yang terakhir jika perempuan itu telah bersalah melakukan

perbuatan yang memberahikan secara terbuka (fahisyah). Dan sesudah itu, suami boleh

memohon kepada Mahkamah supaya dikembalikan rumah itu kepadanya.

3.2 Hak mendapat Nafkah

Nafkah iddah adalah nafkah yang wajib disediakan kepada bekas isteri semasa dalam

tempoh iddah talak raji’e. Mengikut hukum syarak, seorang isteri yang taat berhak mendapat

7

Page 8: Jenis Iddah, Hak dan Kewajipan wanita dalam Iddah

nafkah daripada suaminya. Undang-undang Keluarga Islam memperuntukkan bahawa

mahkamah boleh memerintahkan seseorang lelaki sama ada suami atau lelaki lain yang tertentu

seperti anaknya yang berkemampuan membayar nafkah kepada seseorang isteri. Selain dari

nafkah diri,

‘Iddah dari sudut bahasa bermaksud pengiraan yang diambil daripada perkataan (adad)

yang memberi makna bilangan kerana ia mengandungi tempoh suci ataupun bilangan bulan7.

Dari sudut istilah Fuqaha pula ialah satu masa yang ditentukan untuk menamatkan apa-apa kesan

daripada perkahwinan. Apabila berlaku perpisahan di antara seorang lelaki dengan isterinya

maka hubungan perkahwinan antara isteri dengan suaminya tidak akan terputus kesemuanya

hanya dengan berlakunya perpisahan, bahkan isterinya wajib menahan dirinya dan tidak

mengahwini orang lain sehinggalah tamat tempoh yang telah ditetapkan oleh syarak tadi.

Pensyariatan ‘Iddah ini adalah bagi perkahwinan yang telah berlalu. Oleh itu, tidak sah

seorang perempuan yang bebas lagi mulia untuk berkahwin sebaik sahaja berlaku perceraian

kerana ia dikira menghina perkahwinan yang pertama dan juga hubungan yang telah dijalin

bersama yang wajib ditunaikan. Ia juga adalah satu waktu yang ditetapkan untuk memastikan

kekosongan rahim dari mengandungkan anak. Maka ia boleh berkahwin selepas dari memastikan

bahawa rahimnya tadi adalah kosong. Bagitu juga ‘iddah disyariatkan kerana asalnya dalam

perceraian adalah talak raj’ie maka semestinya wujud peluang bagi pihak lelaki untuk rujuk

kembali kepada isterinya. Maka ‘iddah adalah selama lebih kurang tiga bulan untuk meneliti

kembali keadaan dirinya semoga Allah akan menyedarkannya akan sesuatu.

Islam bukan sahaja memelihara hak dan kepentingan wanita semasa perkahwinan,

malahan juga selepas berlakunya perceraian, selepas perceraian bekas isteri masih berhak

menuntut kewangan daripada bekas suaminya iaitu nafkah ‘iddah. Ini berdasarkan seksyen 60

(1) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kedah 2008 yang memperuntukan bahawa

tertakluk kepada Hukum Syarak, Mahkamah boleh memerintah seseorang lelaki membayar

nafkah kepada isteri atau bekas isterinya. Seksyen 60 (2) menyatakan tertakluk kepada Hukum

Syarak dan pengesahan Mahkamah, seseorang isteri tidaklah berhak mendapat nafkah apabila dia

nusyuz atau enggan dengan tidak berpatutan menurut kemahuan atau perintah sah suaminya,

iaitu antara lainnya:-

7 Al Zuhaily, Wahbah, Al Fiqh Al Islam wa Adillatuh,jil 7,hlm 624.

8

Page 9: Jenis Iddah, Hak dan Kewajipan wanita dalam Iddah

a) apabila dia menjauhkan dirinya daripada suaminya;

b) apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan

suaminya; atau

c) apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke suatu rumah atau tempat

lain, tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut Hukum Syarak.

3.3 Hak Dan Kewajipan Wanita Dalam ‘Iddah

Wanita yang menjalani tempoh iddah tidak boleh dipinang oleh lelaki lain sama ada

secara terang-terangan mahu pun secara sindiran. Melainkan bagi wanita yang menjalani tempoh

‘iddah kerana kematian suami, pinangan boleh dilakukan, tetapi dengan cara sindiran sahaja dan

hanya boleh menikahi perempuan tersebut apabila selesai tempoh ‘iddahnya. Ini berpandukan

firman Allah Subhanahu wa Ta’ala :

Tafsirnya: “Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan

secara sindiran untuk meminang perempuan-perempuan yang kematian suami dan masih

dalam ‘iddah atau tentang kamu menyimpan dalam hati keinginan berkahwin dengan

mereka, Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-yebut mereka, yang demikian itu

tidaklah salah, akan tetapi janganlah membuat janji dengan mereka dalam sulit selain

dari menyebutkan kata-kata secara sindiran yang sopan. Dan janganlah kamu

bersungguh-sungguh hendak melakukan akad nikah sebelum habis ‘iddah yang

ditetapkan itu.”

(Surah al-Baqarah : 235)

Ayat tadi menjelaskan, perempuan yang kematian suami boleh dipinang tetapi hanya

secara sindiran dan tidak boleh dinikahi sehinggalah habis ‘iddahnya. Manakala perempuan yang

menjalani ‘iddah talak tidak boleh dipinang sama ada secara terus terang atau sindiran, dan tidak

boleh dikahwini sehinggalah selesai ‘iddahnya.

9

Page 10: Jenis Iddah, Hak dan Kewajipan wanita dalam Iddah

Selain itu, larangan melangsungkan perkahwinan di sepanjang tempoh iddah. Wanita

dilarang keras dari melangsungkan perkahwinan dengan mana-mana lelaki. Perkara ini telah

diijma’kan oleh ulama’8 dan disebut dengan jelas dalam al-Quran.

“Dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan)

akad nikah sebelum habis iddah yang ditetapkan itu …”

(Surah al-Baqarah, 2 : 235)

Seterusnya, wanita yang dicerai suaminya sama ada cerai hidup mahupun mati adalah

dilarang keluar rumah. Ulama’ dari mazhab empat bersepakat bahawa wanita yang sedang

beriddah,diwajibkan menetap di rumah suaminya sepanjang tempoh empat bulan sepuluh hari

dan dilarang dari meninggalkan rumah tersebut.9 Ini berdasarkan firman Allah Subhanahu wa

Ta’ala :

Tafsirnya: “Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah tempat

kediamannya sehingga selesai ‘iddahnya dan janganlah pula dibenarkan mereka keluar

dari situ kecuali jika mereka melakukan perbuatan keji yang nyata.”

(Surah at-Thalaq : 1)

Ayat tadi menerangkan kewajipan tinggal di rumah suami bagi wanita yang sedang menunggu

habis masa ‘iddahnya. Dia tidak dibenarkan keluar rumah dan suaminya tidak boleh menghalau

dari rumah tersebut melainkan disebabkan adanya keperluan darurat, sama ada takut terhadap

dirinya dan hartanya. Walau bagaimanapun, jika bekas isteri itu melakukan perbuatan yang keji

pada pandangan syara‘, suami boleh menghalau wanita itu dari rumahnya.

Bagi wanita yang ber‘iddah talak raj‘i tidak dibolehkan keluar rumah kecuali dengan izin

suami. Jika wanita itu ber‘iddah talak ba`in atau kerana kematian suami, maka wanita itu

dibolehkan keluar dari rumahnya pada siang hari untuk memenuhi keperluannya dan untuk

melaksanakan kewajipan dan tanggungjawabnya, kerana nafkahnya tidak lagi ditanggung oleh

suami . Bagi wanita yang menjalani ‘iddah talak raj‘i atau dalam keadaan hamil, suami wajiblah

8 Al-Zuhayli (1997), op.cit., j. 9, h. 7198.9 Abu Muhammad ‘Abd Allah Ibn Ahmad Ibn Muhammad Ibn Qudamah (1999),al-Mughni li Ibn Qudamah, j. 11, c. 4

10

Page 11: Jenis Iddah, Hak dan Kewajipan wanita dalam Iddah

menyediakan seluruh nafkah yang diperlukan oleh wanita itu seperti tempat tinggal, pakaian dan

sebagainya.

Sementara wanita yang menjalani ‘iddah talak ba`in atau kerana kematian suami, wajib ke atas

mereka tinggal di rumah di mana mereka diceraikan sehingga habis tempoh ‘iddah.

Ini berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala :

Tafsirnya: “Tempatkanlah isteri-isteri yang menjalani ‘iddahnya itu di tempat kediaman

kamu sesuai dengan kemampuan kamu.”

(Surah at-Thalaq : 6)

Bagi isteri yang menjalani ‘iddah talak ba`in yang tidak hamil dan isteri yang kematian suami,

tidak diwajibkan ke atas bekas suami untuk menanggung perbelanjaan bekas isteri termasuk

nafkah dan pakaian, kerana ikatan suami-isteri di antara mereka telah terputus disebabkan

dengan perceraian tersebut. Melainkan jika sekiranya wanita yang menjalani ‘iddah talak ba`in

itu hamil, maka wajib bagi bekas suami menanggung nafkah bekas isteri tersebut sehinggalah ia

melahirkan.

Wanita yang menjalani ‘iddah kerana kematian suami wajib berihdad (berkabung) iaitu

tidak berhias dengan berlebih-lebihan selama empat bulan sepuluh hari. Hal ini berdasarkan

kepada hadis Rasulullah Shallallahu ‘alahi wasallam yang diriwayatkan oleh Imam Muslim :

Maksudnya: “Tidak dihalalkan bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari kiamat

melakukan ihdad (berkabung) lebih dari tiga hari kecuali ke atas suaminya . (Hadis riwayat

Muslim )

Wanita dalam masa ‘iddah talak raj‘i berhak mendapatkan harta warisan suaminya yang

meninggal dunia, manakala wanita yang menjalani ‘iddah talak ba’ìn pula tidak berhak

mendapatkan harta warisan dari suaminya yang meninggal dunia.

11

Page 12: Jenis Iddah, Hak dan Kewajipan wanita dalam Iddah

4.0 Hukum Nafkah ‘Iddah

Hukum Nafkah adalah wajib berdasarkan al Quran dan juga Sunnah. Di dalam Al Quran telah

dijelaskan mengenai nafkah ‘iddah berdasarkan firman Allah Taala dalam surah al-Talak 65:6

Bermaksud: “Tempatkanlah isteri-isteri yang menjalani ‘iddahnya itu ditempat kediaman

kamu sesuai dengan kemampuan kamu, dan janganlah kamu adakan sesuatu yang

menyakiti mereka ditempat tinggal itu dan tujuan menyusahkan kedudukan mereka

supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu”.

4.1 Hikmah Nafkah ‘Iddah

Setengah fuqaha menafikan adanya hikmah di sebalik pensyariatan ‘iddah kerana ia adalah

perkara yang berbentuk ibadah dan tidak boleh difikirkan dengan akal mana dinyatakan oleh Ibn

Hazm al Zahiry. (Muhammad Mustafa al Shalabi, 1977, Jil 2, hlm 630) walau bagaimanapun

menurut pendapat fuqaha yang lain hikmah pensyariatan ‘iddah boleh simpulkan seperti berikut:-

a) Untuk memastikan kekosongan rahim supaya tidak bercampur benih kerana pada

kebiasaannya perceraian hanya berlaku selepas daripada persetubuhan di mana ia

adalah merupakan fitrah manusia. Oleh sebab itulah ‘Iddah sememangnya dikenali

semasa zaman jahiliah kemudian Islam datang menetapkan dan menegaskannya selepas

daripada menghapuskan segala kemudharatan yang berlaku ke atas kaum wanita.

b) Menunjukkan kepentingan perkahwinan dan memberitahu manusia bahawa ia adalah

suatu perkara yang mempunyai risiko yang mampu merubah kesemua bentuk akad

kerana ia merupakan akad perkongsian hidup. Oleh kerana akad itu tidak sah melainkan

dengan kehadiran dua orang saksi begitu jugalah halnya ia tidak semestinya berakhir

semata-mata dengan perpisahan. Bahkan perempuan yang telah dicampuri itu mesti

menunggu satu tempoh yang cukup kepada pasangan suami isteri untuk mengkaji balik

segala keputusan sebelum berpisah.

c) Membolehkan perempuan yang kematian suami menzahirkan kesedihan yang

dialaminya kerana kehilangan suami dengan meninggalkan segala perhiasan diri. Ini

adalah satu cara untuk menunaikan tanggungjawabnya, kerana bukanlah menjadi satu

perkara yang bermaruah seorang isteri bersegera berkahwin sebaik sahaja kematian

12

Page 13: Jenis Iddah, Hak dan Kewajipan wanita dalam Iddah

suaminya sekalipun suami belum mengaulinya. Begitu juga, perbuatannya itu akan

menimbulkan kesan buruk kepada keluarga mentuanya itu kerana dapatkah

dibayangkan bagaimana seorang isteri boleh menikmati kehidupan yang baru saat

keluarga suaminya masih di dalam keadaan yang hiba

5.0 Penutup

Allah Subhanahu wa Ta’ala telah mensyariatkan ‘iddah kerana dalam ‘iddah terkandung

beberapa hikmah . Adapun hikmah disyariatkan ‘iddah itu antara lain ialah untuk memberikan

kesempatan kepada suami-isteri untuk kembali kepada kehidupan berumahtangga, apabila

keduanya masih melihat adanya kebaikan di dalam hal itu. Di samping itu, untuk mengetahui

adanya kehamilan atau sebaliknya pada isteri yang diceraikan bagi memastikan keturunan benih

tidak bercampur dengan keturunan yang lain. Dengan tujuan bagi memelihara nasab atau

keturunan daripada si ayah.

Kewajipan beriddah bagi wanita adalah lambang pengabdian diri kepada Ilahi dan tanda

penghormatan kepada bekas suami serta ahli keluarganya. Ia turut dapat menjamin kesucian

nasab sekiranya wanita tersebut hamil dalam tempoh beriddah. Pensyariatan ihdad sepanjang

tempoh iddah pula bukan merupakan satu kongkongan hidup terhadap wanita, malah ia

merupakan satu tempoh peralihan emosi dan pemeliharaan kemuliaan seorang wanita.

Di samping itu, isteri yang diceraikan kerana kematian suami dapat menghormati hak

suami bagi menzahirkan rasa kesedihan yang dialami di atas kematian suaminya itu. Dengan

kehilangan suami, isteri akan kehilangan nikmat pernikahan. Ini kerana nikah merupakan satu

nikmat yang besar pada isteri kerana suamilah yang menjaga kesejahteraannya, nafkahnya,

pakaiannya dan tempat tinggalnya.

Oleh yang demikian, suami haruslah pandai membimbing isteri dan menjaga maruah

danaib diri masing-masing supaya perkahwinan itu dapat berkekalan. Suasana ceria dan bahagia

dalam sesebuah keluarga itu dapat mengelakkan daripada terjadinya perbalahan atau perkelahian antara

suami isteri.

13

Page 14: Jenis Iddah, Hak dan Kewajipan wanita dalam Iddah

RUJUKAN

1. Abu Muhammad Izzudin. 1996. ,Beberapa Permasalahan Hukum Dalam

Islam,Perniagaan Jahabersa, Johor Malaysia.

2. Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Juz VII, Damaskus: Dar al-Fikr,. 1996, hlm. 624.

3. Ali Ibn Muhammad Ibn ‘Ali al-Jirjani (1985), Kitab al-Ta’rifat. Beirut: Dar al-Kutub

al-‘Arabiyy, h. 192.

4. Muhammad Jum‘ah ‘Abd al-Allah (1983), al-Kawakib al-Duriyyah, c. 5, j. 2. Kaherah:

Maktabah al-Azhariyyah, h. 270.

5. Abd al-Karim Zaydan (2009), al-Wajiz fi Usul al-Fiqh. Beirut: Muassasah al-Risalah

Nasyirun, h. 231

6. Ibid.

7. Khurul Aini, Kewajiban Nafkah Iddah Suami Kepada Istri Yang Telah Dicerai, (Studi

Terhadap Putusan Pengadilan Agama Salatiga No. 394/pdt.G/2005/PA.SAL)

8. Syh Noorul Madihah Syed Husin & Raihanah Azahari, Pendekatan Islam Dalam

Memelihara Maslahah Wanita Selepas Kematian Suami, Jurnal Syariah, Jil. 18, Bil. 3

(2010) 479-506.

9. Al-Zuhayli (1997), op.cit., j. 9, h. 7198.

http://drhasanah.com/2009/apa-yang-tidak-boleh-dilakukan-oleh-wanita-yang-berada-dalam-iddah-kematian-suami/

http://www.brunet.bn/gov/mufti/

14