2
Jeneral Yamashita Tomoyuki Yamashita, 1945 Jeneral Tomoyuki Yamashita (山下 奉文 Yamashita Tomoyuki) (8 November 1885 23 Februari 1946) adalah seorang Jeneral Tentera Imperial Jepun semasa Perang Dunia II. Dia paling dikenali kerana berjaya memimpin Ketumbukan Ke-25 Tentera Jepun semasa kempen penaklukan Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura. Kerana kejayaan ini, Yamashita menerima jolokan “Harimau Malaya”.Yamashita dilahirkan di sebuah perkampungan kecil bernama Osugi Mura di Pulau Shikoku pada 8 November 1885. Selepas lulus dari Akademi Kadet dalam tahun 1905, Yamashita menghadiri Maktab Peperangan Tentera Darat (Army War College (Japan)) dalam tahun 1913 hingga tahun 1916. Dalam tahun-tahun 1919 hingga 1922, Yamashita ditugaskan sebagai Atase Pertahanan di Berlin, Jerman dan di Bern, Switzerland. Yamashita berkahwin dengan anak perempuan Jeneral Nagayama dalam tahun 1916. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Yamashita gemarkan memancing, muzik dan tidak pernah belajar memandu kereta. Sebaliknya, beliau lebih gemar menunggang kuda. Lt Jen Yamashita (duduk, tengah) menumbuk meja dengan tangannya untuk memaksa Panglima British Lt Jen Percival untuk menyerah kalah. (Foto Imperial War Museum). Walaupun dia berkebolehan, Yamashita tidak disenangi oleh pucuk pimpinan Tentera kerana penglibatan beliau dalam kumpulan pendesak dalam tahun 1920-an dan 1930-an. Yamashita berselisihan faham dengan Menteri Perang (Menteri Pertahanan) Hideki Tojo yang memimpin kumpulan "Control Faction" yang menjadi saingan utama kepada kumpulan "Imperial Way" yang menjadi ikutan Yamashita. Yamashita juga tidak disukai oleh Maharaja Showa kerana telah membuat rayuan belas kasihan daripada Maharaja ke atas kumpulan pegawai yang memberontak dalam Kejadian 26 Februari 1936 (Pemberontakan Pegawai-Pegawai Muda). Yamashita juga mendesak supaya Jepun meninggalkan wilayah China dan untuk mengadakan perhubungan baik dengan Amerika Syarikat dan Britain. Ini menyebabkan Yamashita tidak diambil peduli dan ditugaskan ke jawatan tidak penting dalam Tentera Kwangtung . Dari tahun 1938 hingga 1940, Yamashita menjadi panglima Divisyen Ke-4 Infantri dan terlibat dalam operasi pembasmian pemberontakan di China yang menentang penjajahan Jepun. Dalam bulan Disember 1940,

jeneral Yamashita

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sejarah

Citation preview

Page 1: jeneral Yamashita

Jeneral Yamashita

Tomoyuki Yamashita, 1945

Jeneral Tomoyuki Yamashita (山下 奉文 Yamashita Tomoyuki) (8 November 1885 – 23 Februari 1946)

adalah seorang Jeneral Tentera Imperial Jepun semasa Perang Dunia II. Dia paling dikenali kerana berjaya

memimpin Ketumbukan Ke-25 Tentera Jepun semasa kempen penaklukan Semenanjung Tanah Melayu dan

Singapura. Kerana kejayaan ini, Yamashita menerima jolokan “Harimau Malaya”.Yamashita dilahirkan di

sebuah perkampungan kecil bernama Osugi Mura di Pulau Shikoku pada 8 November 1885. Selepas lulus dari

Akademi Kadet dalam tahun 1905, Yamashita menghadiri Maktab Peperangan Tentera Darat (Army War

College (Japan)) dalam tahun 1913 hingga tahun 1916. Dalam tahun-tahun 1919 hingga 1922, Yamashita

ditugaskan sebagai Atase Pertahanan di Berlin, Jerman dan di Bern, Switzerland. Yamashita berkahwin dengan

anak perempuan Jeneral Nagayama dalam tahun 1916. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Yamashita

gemarkan memancing, muzik dan tidak pernah belajar memandu kereta. Sebaliknya, beliau lebih gemar

menunggang kuda.

Lt Jen Yamashita (duduk, tengah) menumbuk meja dengan tangannya untuk memaksa Panglima British Lt Jen

Percival untuk menyerah kalah. (Foto Imperial War Museum).

Walaupun dia berkebolehan, Yamashita tidak disenangi oleh pucuk pimpinan Tentera kerana penglibatan

beliau dalam kumpulan pendesak dalam tahun 1920-an dan 1930-an. Yamashita berselisihan faham dengan

Menteri Perang (Menteri Pertahanan) Hideki Tojo yang memimpin kumpulan "Control Faction" yang menjadi

saingan utama kepada kumpulan "Imperial Way" yang menjadi ikutan Yamashita.

Yamashita juga tidak disukai oleh Maharaja Showa kerana telah membuat rayuan belas kasihan daripada

Maharaja ke atas kumpulan pegawai yang memberontak dalam Kejadian 26 Februari 1936 (Pemberontakan

Pegawai-Pegawai Muda). Yamashita juga mendesak supaya Jepun meninggalkan wilayah China dan untuk

mengadakan perhubungan baik dengan Amerika Syarikat dan Britain. Ini menyebabkan Yamashita tidak

diambil peduli dan ditugaskan ke jawatan tidak penting dalam Tentera Kwangtung .

Dari tahun 1938 hingga 1940, Yamashita menjadi panglima Divisyen Ke-4 Infantri dan terlibat dalam operasi

pembasmian pemberontakan di China yang menentang penjajahan Jepun. Dalam bulan Disember 1940,

Page 2: jeneral Yamashita

Yamashita dihantar menjalankan tugasan sulit ke Jerman dan Itali di mana dia berjumpa dengan Hitler dan

Mussolini

Pada 6 November 1941, Yamashita dilantik menjadi Panglima Ketumbukan ke-25 Tentera Jepun. Pada

8 Disember 1941, Yamashita melancarkan kempen untuk menakluk Semenanjung Tanah Melayu dan

Singapura daripada pangkalan-pangkalan di Indochina. Dalam kempen yang berkesudahan dengan

kekalahan Tentera British seramai lebih 130,000 orang oleh 30,000 orang askar Jepun menaikkan

nama Yamashita. Gambar Lt Jen A. E. Percival berjalan dengan bendera putih dipaparkan di seluruh

dunia dan disifatkan oleh Winston Churchill sebagai kekalahan paling teruk dalam sejarah ketenteraan

British. Kejayaan Yamashita membuatkannya diberikan gelaran “Harimau Malaya”.

Kempen penaklukan Semenanjung Tanah Melayu dan penaklukan Singapura diiringi oleh banyak

kejadian kekejaman yang dilakukan oleh askar-askar Jepun seperti Pembunuhan beramai-ramai di

Parit Sulong melibatkan ratusan askar Australia dan India yang cedera dibunuh oleh askar-askar dari

Divisyen Pengawal Imperial Jepun, pembunuhan kakitangan dan pesakit di Hospital Tentera

Alexandra, Pembunuhan beramai-ramai Sook Ching di mana lebih 5,000 orang awam berbangsa Cina

dibunuh secara sistematik sebagai pembersihan elemen-elemen yang memusuhi Jepun di kalangan

masyarakat tersebut. Penglibatan Yamashita di dalam perlaksanaan kekejaman ini masih menjadi

bahan perbahasan.

Pad 17 Julai 1942, Yamashita dihantar dari Singapura ke Manchuria sebagai Panglima Tentera Darat

Pertama Jepun, dan dengan ini terasing daripada sebahagian besar Perang Pasifik. Pengasingan

Yamashita sekali lagi disebabkan oleh permusuhan Perdana Menteri Hideki Tojo, yang menggunakan

kesilapan Yamashita semasa berucap di Singapura sebagai alasan pengasingannya. Yamashita tersilap

cakap apabila memanggil rakyat di Singapura sebagai “rakyat empayar Jepun” sedangkan Kerajaan

Jepun tidak menganggap rakyat jajahan takluknya sebagai rakyat Jepun dan tidak diberikan hak dan

keistimewaan yang diberikan kepada rakyat Jepun..Kempen Di Malaya berkesudahan dengan

kekalahan Tentera British seramai lebih 130,000 orang oleh 30,000 orang askar Jepun dan menaikkan

nama Yamashita