Upload
kathiravan-kamalakaran
View
80
Download
1
Embed Size (px)
DESCRIPTION
m
Citation preview
a. Cari satu artikel yang terdapat di dalam akhbar atau media masa yang memperkatakan tentang kegunaan statistik. Kenal pasti dan nyatakan :
Artikel yang telah saya cari ialah artikel yang mempunyai laporan statistik tentang Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 (Banci 2010). Artikel ini diambil dari Portal Rasmi Jabatan Perangkatan Malaysia.
I. Laporan statistik yang digunakan di dalam artikel tersebut.
Laporan statistik dalam artikel ini menunjukkan taburan penduduk dan cirri-ciri asas demograsi 2010. Laporan ini menyatakan bahawa Banci merupakan projek statistik yang besar telah dijalankan bagi menghasilkan data yang berguna untuk perancangan dan pelaksanaan dasar pembangunan negara. Dapatan laporan ini menunjukkan tentang taburan penduduk mengikut negeri, kepadatan penduduk, urbanisasi, komposisi etnik, umur, nisbah jantina, taraf perkahwinan dan agama.
II. Pemboleh ubah yang digunakan di dalam statistik tersebut.
Pembolehubah adalah cirri ahli-ahli populasi yang dikaji. Populasi yang digunakkan dalam laporan statistik ini ialah taburan penduduk. Pembolehubah yang digunakan dalam laporan ststistik ini ialah pembolehubah kualitatif yang merupakan satu pembolehubah yang tidak dinyatakan dalam bentuk nombor. Contoh pembolehubah yang mengukur ciri populasi ini adalah taburan penduduk mengikut negeri, kepadatan penduduk, urbanisasi, komposisi etnik, umur, nisbah jantina, taraf perkahwinan dan agama.
III. Sampel yang digunakan di dalam artikel tersebut
Sampel merujuk kepada satu kumpulan kecil yang dipilih daripada populasi. Sampel adalah subset populasi yang dipilih untuk mewakili populasi. Sampel yang digunakan dalam laporan statistik ini ialah kadar pertumbuhan jumlah penduduk yang tertinggi mengikut setiap negeri di Malaysia bagi tempoh 2000 2010. Negeri yang mencatatkan kadar pertumbuhan tertinggi bagi tempoh 2000-2010 ialah W. P. Putrajaya (17.8%), diikuti oleh Selangor (2.7%), Melaka (2.6%) dan Sabah (2.1%). Antara negeri yang mengalami kadar pertumbuhan yang rendah ialah Terengganu (1.4%), Perak (1.4%), W. P. Labuan (1.3%) dan Perlis (1.2%).
IV. Populasi bagi sampel yang digunakan di dalam statistik tersebut.
Populasi adalah seluruh kumpulan orang, objek atau barang yang dikaji atau diselidik. Populasi yang digunakkan bagi sampel yang digunakan dalam laporan statistik ini ialah jumlah penduduk Malaysia pada tahun 2010 iaitu 28.3 juta.
b. Anda dikehendaki mendapatkan satu artikel yang menggunakan graf (sebarang bentuk persembahan data ) sebagai perwakilan / persembahan data secara statistik. Terdapat graf yang menyalah tafsirkan (misrepresents) maklumat yang terdapat di dalamnya. Bincangkan bagaimanakah penyalahtafsiran ini boleh berlaku. Anda boleh memasukkan sebarang keratan akhbar, carta, gambar rajah bagi menyokong huraian tersebut.
Dalam statistik, graf yangmengelirukan, juga dikenali sebagai graf diputarbelitkan, adalah graf yang menyalahtafsirkan data atau maklumat yang dinyatakan , membentuk penyalahgunaan statistik dan dengan keputusan bahawa kesimpulan yang tidak betul boleh diperolehi daripadanya.
Graf boleh mengelirukan dan menjadi terlalu kompleks atau kurang difahami. Walaupun dibina untuk memaparkan dengan tepat ciri-ciri data mereka, graf boleh tertakluk kepada tafsiran yang berbeza.
Graf yang mengelirukan boleh menghalang tafsiran yang betul data atau tidak sengaja kerana ketidakbiasaan dengan perisian grafik, salah tafsiran data, atau kerana data tidak dapat disampaikan dengan tepat. Bidang visualisasi data menerangkan cara-cara untuk menyampaikan maklumat yang dapat mengelak dari mewujudkan graf mengelirukan.
Saya telah memilih satu artikel yang bertajuk Statistik Kemalangan Jalan raya Malaysia yang ditulis oleh iMoney Research Team yang bertarikh 8 Oktober 2013. Artikel ini ada menyatakan beberapa maklumat strategic yang disalah tafsirkan dalm bentuk graf yang tidak sesuai.
I. Penyalah Tafsiran Maklumat Yang Pertama.
Dalam artikel ini, penulis ini mentafsirkan satu maklumat statistik penting dalam dalam bentuk petikan seperti berikut:-
Apakah Situasi Sebenar Kemalangan Jalan Raya Di Malaysia? Menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), jumlah kemalangan jalan raya di Malaysia menunjukkan peningkatan ketara setiap tahun, iaitu dari 250,429 kes pada tahun 2000 kepada 414,421 kes pada tahun 2010. Ini merupakan satupeningkatan sejumlah 65.5%dalam hanya satu dekad.
Dalam petikan ini, penulis menyatakan tentang jumlah kemalangan jalan raya di Malaysia dalam bentuk petikan yang amat sukar untuk dibaca dan difahami. Penulis artikel harus menggunakan persembahan data grafik yang betul bagi mentafsir maklumat statistik di atas untuk pembaca memahami keseriusannya. Contohnya, penulis harus mentafsir maklumat statistiK ini dalam bentuk carta pie seperti berikut:-
JADUAL PENINGKATAN KETARA JUMLAH KEMALANGAN JALAN RAYA DI MALAYSIA
TAHUN
JUMLAH
2000
250,429
2010
414,421
(414,421) (250,429)
Dengan meneliti data melalui carta pie yang disediakan, seorang pembaca dapat memahami maklumat yang ingin disampaikan dengan cepat, mudah dan tepat. Ini kerana maklumat yang ditunjukkan dalam bentuk visual lebih cepat diadaptasikan oleh para pembaca dan ia tidak mudah mengelirukan atau mebosankan pembaca yang membacanya. Carta pie ini dengan mudah dapat membantu pembaca mengenali dan memahami maklumat yang hendak disampaikan oleh penulis.
II. Penyalah Tafsiran Maklumat Yang Kedua.
Penulis artikel ini juga telah menyalahtafsirkan maklumat Statistik Kemalangan jalan Raya di Malaysia dalam bentuk jadual biasa. Ini kerana jadual tersebut mempunyai maklumat tentang tahun, jumlah penduduk, kenderaan berdaftar, jumlah kemalangan, jumlah kematian dalam satu jadual sekaligus bagi tahun 1995 hingga 2010. Maklumat statistiK ini merupakan maklumat yang terlalu banyak yang dimuat turunkan dala satu jadual sahaja seperti berikut:-
Statistik Kemalangan Jalan Raya Di Malaysia
Tahun
Jumlah Penduduk
Kenderaan Berdaftar
Jumlah Kemalangan
Mangsa Kemalangan
Jumlah Kematian
1995
20,096,700
6,802,375
162,491
52,152
5,712
1996
21,169,000
7,686,684
189,109
53,475
6,304
1997
21,665,600
8,550,469
215,632
56,574
6,302
1998
22,179,500
9,141,357
211,037
55,704
5,740
1999
22,711,900
9,929,951
223,166
52,937
5,794
2000
23,263,600
10,598,804
250,429
50,200
6,035
2001
23,795,300
11,302,545
265,175
50,473
5,849
2002
24,526,500
12,068,144
279,711
49,552
5,891
2003
25,048,300
12,819,248
298,653
52,741
6,286
2004
25,580,000
13,828,889
326,815
54,091
6,228
2005
26,130,000
15,026,660
328,264
47,012
6,200
2006
26,640,000
15,790,732
341,252
35,425
6,287
2007
27,170,000
16,813,943
363,319
33,999
6,282
2008
27,730,000
17,971,901
373,071
32,274
6,527
2009
28,310,000
19,016,782
397,330
31,417
6,745
2010
28,910,000
20,188,565
414,421
28,269
6,872
Penulis harus menitik beratkan kefahaman yang diperlukan oleh pembaca dalam memahami dan menganalisis maklumat yang diberikan. Ini kerana, jadual tersebut penuh dengan pelbagai angka nombor yang besar dan ia tidah mudah untuk ditafsirkan atau dianalisiskan.
Untuk memperbetulkan penyalah tafsiran maklumat yang diterterakan dalam bentuk jadual ini, penulis tersebut boleh menggunakan carta palang atau histogram yang lebih sesuia untuk mentafsirkan maklumat Statistik Kemalangan Jalan Raya di Malaysia seperti yang ditunjukkan seperti berikut:-
(Statistik Kemalangan Jalan Raya Di MalaysiaDari tahun 1995 - 2010)
Dengan mentafsirkan maklumat statistik kemalangan jalan raya di malaysia dalam persembahan data jenis histogram, para pembaca dapat mendapat tahu dan memahami dengan mudah, cepat dan tepat bahawa semakin meningkat jumlah penduduk bagi setiap tahun, maka meningkatlah jumlah kenderaan berdaftar, jumlah kemalangan, mangsa kemalangan dan jumlah kematian dengan hanya meneliti visual palang dalam histogram tanpa mengelirukan minda mereka dengan meneliti angka nombor yang terlalu banyak.
c. Nyatakan sekurang-kurangnya 5 rujukan yang anda gunakan dalam tugasan ini.
1. https://www.imoney.my/articles/statistik-kemalangan-jalan-raya-malaysia-yang-membimbangkan-memperkukuh-keperluan-polisi-insurans-kereta-komprehensif-untuk-semua/
2. id.wikipedia.org/wiki/Sampel_(statistika)
3. id.wikipedia.org/wiki/Populasi_(statistika)
4. Portal Rasmi Jabatan Perangkatan Malaysia http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?option=com_content&id=1215&Itemid=89&lang=bm
5. statistikcba103.blogspot.com/.../bab-1-pengenalan
6. www.Misleading graph - Wikipedia, the free encyclopedia.html
7. www.slideshare.net/.../statistik-ppg-bab-1han
PENINGKATAN KETARA JUMLAH KEMALANGAN JALAN RAYA DI MALAYSIA
JUMLAH20002010250429414421Jumlah Penduduk199519961997199819992000200120022003200420052006200720082009201020096700211690002166560022179500227119002326360023795300245265002504830025580000261300002664000027170000277300002831000028910000Kenderaan Berdaftar1995199619971998199920002001200220032004200520062007200820092010680237576866848550469914135799299511059880411302545120681441281924813828889150266601579073216813943179719011901678220188565Jumlah Kemalangan1995199619971998199920002001200220032004200520062007200820092010162491189109215632211037223166250429265175279711298653326815328264341252363319373071397330414421Mangsa Kemalangan199519961997199819992000200120022003200420052006200720082009201052152534755657455704529375020050473495525274154091470123542533999322743141728269Jumlah Kematian19951996199719981999200020012002200320042005200620072008200920105712630463025740579460355849589162866228620062876282652767456872