16

Jasamu tetap dikenang - · PDF fileJasamu tetap dikenang... P ... Majlis menandatangani MoU telah disempurnakan oleh Naib Canselor UNIMAS, Prof Dr Khairuddin Ab Hamid dan Naib Canselor

  • Upload
    ngonhu

  • View
    313

  • Download
    14

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Jasamu tetap dikenang - · PDF fileJasamu tetap dikenang... P ... Majlis menandatangani MoU telah disempurnakan oleh Naib Canselor UNIMAS, Prof Dr Khairuddin Ab Hamid dan Naib Canselor
Page 2: Jasamu tetap dikenang - · PDF fileJasamu tetap dikenang... P ... Majlis menandatangani MoU telah disempurnakan oleh Naib Canselor UNIMAS, Prof Dr Khairuddin Ab Hamid dan Naib Canselor
Page 3: Jasamu tetap dikenang - · PDF fileJasamu tetap dikenang... P ... Majlis menandatangani MoU telah disempurnakan oleh Naib Canselor UNIMAS, Prof Dr Khairuddin Ab Hamid dan Naib Canselor

Majlis Konvokesyen Ke-13 Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang diadakan pada 15 sehingga 16 Ogos lepas, menyaksikan

penyerahan anugerah berprestij iaitu Anugerah Ijazah Kehormat (Posthumous) Doktor Khidmat Sosial kepada Allahyarhamah Datuk Amar Puan Sri Hajah Laila Taib.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin kepada anak perempuan allahyarhamah iaitu Hanifah Hajar Taib.

Turut menyaksikan majlis penyerahan anugerah tersebut adalah Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS Tan Sri Datuk Amar Bujang Mohd Nor dan Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dr Khairuddin Ab Hamid.

Hanifah dalam ucapannya melahirkan rasa terharu atas penganugerahan ijazah kehormat itu kepada bonda beliau daripada UNIMAS.

Menurut Hanifah lagi , Allahyarhamah bonda beliau

banyak terlibat di dalam aktiviti kebajikan hingga ke akhir hayatnya dengan memimpin pelbagai persatuan kebajikan. Antara jawatan penting dipegang Allahyarham ketika hayatnya ialah Presiden Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-isteri (Sabati), Pengerusi Pergerakan Wanita, Majlis Dakwah Islam Wilayah Asia Tenggara dan Pasifik (Reseap), Penaung Persatuan Bulan Sabit Merah, Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri Persekutuan dan Ketua Wanita, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim).

Allahyarhamah Laila dilahirkan di Poland pada 1 Mac 1941 dan mendirikan rumah tangga dengan Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud pada 13 Januari 1959 di Masjid Adelaide, Australia dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Jamilah Hamidah, Mahmud Abu Bekir, Dato Sri Sulaiman Rahman dan Hanifah.

Allahyarhamah telah meninggal dunia pada 29 April 2009 kira-kira jam 3.45 petang di kediamannya di Jalan Demak.

AllahyarhamahDatuk Amar Puan Sri Hjh Laila Taib

3Pesada Jul - Sept 2009

Jasamu tetap dikenang...

Page 4: Jasamu tetap dikenang - · PDF fileJasamu tetap dikenang... P ... Majlis menandatangani MoU telah disempurnakan oleh Naib Canselor UNIMAS, Prof Dr Khairuddin Ab Hamid dan Naib Canselor

Perasmian Pusat Kecemerlangan ‘Semantic Technology dan Augmented Reality’ yang menyaksikan kerjasama di antara Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan

MIMOS telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, pada 6 Ogos 2009 di CTF 2, Kampus Barat UNIMAS.

Pusat kecemerlangan UNIMAS-MIMOS ini merupakan antara pusat kecemerlangan penyelidikan dan latihan pertama terbesar di negara ini di dalam bidang tersebut dan telah memperolehi geran penyelidikan dari badan bukan kerajaan dan juga agensi-agensi korporat sebanyak lebih kurang RM3 juta.Pusat itu telah ditubuhkan sejak setahun lepas dan antara peranannya adalah untuk menjalankan penyelidikan dan melatih pakar teknologi dalam bidang ‘Semantic Technology dan Augmented Reality’ sejajar dengan hasrat untuk membantu kerajaan di dalam Koridor Tenaga Yang Boleh Diperbaharui di Sarawak (SCORE).

‘Semantic Technology’ merupakan gabungan pelbagai data, kandungan mahupun proses yang mesra pengguna dan mampu meningkatkan kepintaran sistem bagi memenuhi kehendak dan permintaan pengguna.

Teknologi ‘Augmented Reality’ pula dilihat mampu menjadikan imej atau gambaran di dalam komputer, seolah-olah realiti di dalam dunia sebenar.

Gabungan kedua-dua teknologi itu kini sedang diuji supaya dapat digunakan di dalam pelbagai bidang terutama yang mempunyai

permintaan tinggi seperti seni bina, sistem penerbangan, sistem latihan pertahanan dan sebagainya.Sepanjang penubuhannya, pusat itu telah mendapat pengiktirafan dan memperolehi sepuluh pingat emas dalam ekspo sains dan teknologi di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

Turut hadir pada hari perasmian pusat itu ialah Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Alfred Jabu anak Numpang, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Tuan Haji Fadillah Haji Yusuf, Pengerusi dan Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif UNIMAS dan MIMOS.

4 Pesada Jul - Sept 2009

Pusat Kecemerlangan‘Semantic Technology dan Augmented Reality’

Page 5: Jasamu tetap dikenang - · PDF fileJasamu tetap dikenang... P ... Majlis menandatangani MoU telah disempurnakan oleh Naib Canselor UNIMAS, Prof Dr Khairuddin Ab Hamid dan Naib Canselor

5Pesada Jul - Sept 2009

UNIMAS lakar MoU bersamaUTHM dan JKR

Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU), antara Universiti Malaysia Sarawak

(UNIMAS), Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak telah melakar sejarah tersendiri apabila MoU itu turut disaksikan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar pada 27 Julai 2009.

MoU itu ditandatangani sebagai tanda kerjasama antara pihak yang terlibat di dalam bidang sains dan teknologi dan telah disempurnakan di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 1, Rumah Universiti Kampus Barat, Universiti Malaysia SarawakMajlis menandatangani MoU telah disempurnakan oleh Naib Canselor UNIMAS, Prof Dr Khairuddin Ab Hamid dan Naib Canselor UTHM, Prof Dato’ Mohd Noh Dalimin. MoU itu bertujuan untuk menjalinkan perhubungan dalam bidang pendidikan, pembelajaran dan pemuliharaan alam sekitar yang dilihat mampu memberi kesan positif di antara dua belah pihak.

Prof Dr Khairuddin berkata, pihak UNIMAS akan memberi komitmen tinggi untuk memastikan kerjasama yang dijalinkan itu berjaya. Beliau turut mencadangkan supaya diadakan kerjasama antara UTHM dan UNIMAS yang melibatkan pengajaran, penyelidikan atau lawatan sambil belajar.

Turut hadir menyaksikan majlis itu ialah Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS, Tan Sri Datuk Amar Haji Bujang Mohd Nor, Timbalan Pengarah JKR Sarawak, Encik Safri Haji Zainuddin serta Pengurusan Tertinggi kedua-dua buah universiti berkenaan.

Page 6: Jasamu tetap dikenang - · PDF fileJasamu tetap dikenang... P ... Majlis menandatangani MoU telah disempurnakan oleh Naib Canselor UNIMAS, Prof Dr Khairuddin Ab Hamid dan Naib Canselor

Satu ceramah motivasi untuk kakitangan kumpulan sokongan UNIMAS telah dianjurkan pada 13 Julai lalu di Auditorium,

Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Kampus Barat, Universiti Malaysia Sarawak. Ceramah tersebut merupakan anjuran Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaysia Sarawak (KESAUMAS) dengan kerjasama Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).Sebelum itu, Presiden Cuepacs iaitu Tuan Hj Omar telah diraikan oleh YBhg Naib Canselor UNIMAS, Prof. Dr Khairuddin

Ceramah CUEPACS:Ketahui hak kakitangan dan majikan

Kumpulan Kenyalang 1 dari Kampung Semerah Padi (zon Kuching), muncul sebagai juara bagi pertandingan Gendang

Melayu, yang merupakan salah satu dari aktiviti yang termuat dalam Pesta Konvo UNIMAS pada 13 Ogos lepas.

Pertandingan Gendang Melayu Sempena Pesta Konvo 2009 telah dikendalikan oleh Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaysia Sarawak (KESAUMAS).

Dengan kemenangan itu, kumpulan Kenyalang 1 telah membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM400.00 berserta hamper barangan.

Kumpulan KenyalangJuara Gendang Melayu UNIMAS

Ab. Hamid dan AJK KESAUMAS di majlis makan malam bertempat di Blue Lagoon, Riverside Majestic Hotel, Kuching pada 12 Julai lepas.Objektif ceramah itu diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan harmoni di antara kakitangan dan majikan serta meluaskan pengetahuan mengenai peranan kakitangan di sektor perkhidmatan awam dalam melahirkan suasana kerja yang kondusif dan positif.

Tempat naib juara pula disandang oleh Kumpulan Pewaris dari Sadong Jaya (zon Samarahan) dengan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM300.00 dan hamper barangan.

Pertandingan Gendang Melayu telah diadakan di Pentas Utama Dataran Canselori, Kampus Timur, UNIMAS dan terbuka kepada seluruh warga Kuching dan Samarahan.

Memeriahkan suasana pertandingan itu, juga diadakan persembahan nyanyian daripada salah seorang staf dari Unit Pentadbiran Am, Encik Jai Rasdi.

6 Pesada Jul - Sept 2009

Page 7: Jasamu tetap dikenang - · PDF fileJasamu tetap dikenang... P ... Majlis menandatangani MoU telah disempurnakan oleh Naib Canselor UNIMAS, Prof Dr Khairuddin Ab Hamid dan Naib Canselor

demi kepentingan bersama.“Kerjasama yang baik semua pihak mampu menjadikan UNIMAS khasnya dan Kota Samarahan amnya menjadi mercu tanda dan role model sebuah gedung dan kota ilmu yang membanggakan”, kata beliau.

Pada majlis sama juga turut dilancarkan Lagu Rasmi MASNITA dan diserikan lagi dengan persembahan Citrawarna serta penyampaian hadiah dan cenderahati kepada para juri dan pemenang pertandingan Citrawarna antara kolej-kolej kediaman.

Penampilan SUPERMAN Malaysia, Faizal Tahir di malam Konsert Perdana Pesta Konvo Ke-13

UNIMAS menarik perhatian warga kampus dan penduduk tempatan. Faizal Tahir menyampaikan enam buah lagu popular beliau dan persembahan energetiknya telah memukau peminat yang memenuhi Dataran Canselori Kampus Timur, UNIMAS. Konsert Perdana merupakan salah satu aktiviti sempena pesta ini dan selain daripada itu Forum Perdana dan Kesenian Islam, Car Boot Sale, sukaneka,pertandingan gendang Melayu dan Battle of the band turut juga diadakan sepanjang pesta tersebut.

Pesta Konvo yang diadakan setiap tahun bersempena dengan Majlis Konvokesyen ini adalah bagi meraikan para graduan UNIMAS. Sebanyak 42 ruang pameran dibuka kepada orang ramai dan turut disertai oleh pelbagai badan dan agensi kerajaan mahupun swasta. Gerai menjual makanan dan minuman serta jualan pelbagai cenderahati, bunga dan pakaian turut dibuka kepada orang ramai bagi memeriahkan lagi pesta yang diadakan pada 12 hingga 16 Ogos 2009.

Terdahulu daripada itu, semasa majlis perasmian Pesta Konvo pada 12 Ogos 2009, YBhg Tan Sri Datuk Amar Hj Bujang Nor berkata penglibatan langsung pelajar dalam Pesta Konvo ini merupakan satu latihan awal mereka di dalam bidang keusahawanan dan salah satu cara untuk pelajar mendapatkan ‘nilai tambah’ untuk diri mereka.

Tambah beliau lagi, pesta konvo dan pelancaran serentak Bulan Kemerdekaan peringkat UNIMAS diharap dapat menyemarakkan lagi semangat patriotik dan cintakan negara di kalangan warga kampus tanpa mengira kaum dan agama.

Prof Dr Khairuddin Ab Hamid, Naib Canselor UNIMAS dalam ucapan aluan beliau berkata, Pesta Konvo merupakan ruang terbaik untuk warga UNIMAS, ibubapa graduan dan masyarakat setempat untuk saling mengenali dan menjalinkan hubungan baik serta menyumbang idea ke arah pembangunan kawasan setempat

Pesta Konvo UNIMAS Meriah

7Pesada Jul - Sept 2009

Page 8: Jasamu tetap dikenang - · PDF fileJasamu tetap dikenang... P ... Majlis menandatangani MoU telah disempurnakan oleh Naib Canselor UNIMAS, Prof Dr Khairuddin Ab Hamid dan Naib Canselor

Sambutan Malam Ambang Merdeka Ke-52 anjuran Majlis Perwakilan

Pelajar (MPP) dan Kolej-kolej Kediaman UNIMAS telah berlangsung dengan meriahnya di Dataran Canselori, Kampus Barat UNIMAS pada 30 Ogos 2009 lepas.

Sambutan itu turut dihadiri oleh Naib Canselor UNIMAS, Prof Dr Khairuddin Ab Hamid dengan sambutan majlis berkonsepkan Islamik Kontemporari, bersempena dengan bulan Ramadan Al-Mubarak.

Objektif sambutan Malam Ambang Merdeka Ke-52 adalah untuk menerus dan menanam semangat patriotik di kalangan warga mahasiswa yang harmoni dan berbilang kaum di UNIMAS serta merapatkan hubungan pelajar dan staf UNIMAS dengan masyarakat tempatan.

Sambutan Ambang Merdeka 2009 UNIMASMeriah

8 Pesada Jul - Sept 2009

Page 9: Jasamu tetap dikenang - · PDF fileJasamu tetap dikenang... P ... Majlis menandatangani MoU telah disempurnakan oleh Naib Canselor UNIMAS, Prof Dr Khairuddin Ab Hamid dan Naib Canselor

Bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan 2009, turut diadakan

Program Jejak Jiwa Merdeka yang telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Kolej UNIMAS pada 29 Ogos 2009.

Dalam program ini, seramai 240 orang peserta terdiri dari para pelajar dan staf setiap kolej telah menyertai sambutan itu dengan perasmiannya telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor ( Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Madya Mohd Fadzil Abdul Rahman.

Program itu menyaksikan para peserta bergerak ke dua buah kampung terpilih iaitu Kampung Belimbing, Padawan, dan Kampung Darul Iman, Tebedu bermula jam 8 pagi.

Antara aktiviti yang diselit bersama ialah penghayatan bulan kemerdekaan bersama anak-anak kampung, gotong-royong membersihkan kawasan kampung, menyediakan juadah berbuka puasa bersama penduduk kampung.

Juga diadakan ialah tayangan khas filem kenegaraan “1957: Hati Malaya” sejajar dengan sambutan bulan kemerdekaan .

Program Jejak Jiwa Merdeka

9Pesada Jul - Sept 2009

Page 10: Jasamu tetap dikenang - · PDF fileJasamu tetap dikenang... P ... Majlis menandatangani MoU telah disempurnakan oleh Naib Canselor UNIMAS, Prof Dr Khairuddin Ab Hamid dan Naib Canselor

Seramai lapan pelajar dari Fakulti Kejuruteraaan, UNIMAS, telah

berjaya memenangi Anugerah Cemerlang ZECON selepas terpilih sebagai barisan pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam pembelajaran dan aktiviti ko-kurikulum, masing-masing.

Lapan pelajar FK terimaanugerah cemerlang ZECON

Penyampaian anugerah tersebut telah disampaikan oleh Pengarah Eksekutif Zecon Bhd, Abang Azahari Abang Osman pada 10 Ogos lepas bertempat di bilik mesyuarat Fakulti Kejuruteraan, UNIMAS.Antara pelajar yang terpilih memenangi anugerah itu ialah Ting Sie Chun dan Timmy Jupiter dari Program K e j u r u t e r a a n S i v i l , Ricky Stu ak Anding dan

Norlelawaty Bt. Osman dari Program Kejuruteraan Mekanikal, Azfar Satari Abdullah, Edward ak David Miieng, Kee Mee Lee dan Lee Kim Khoon, keempat-empatnya dari Program Kejuruteraan Elektonik.Anugerah Zecon merupakan salah satu

dari tanggungjawab sosial yang dilakukan oleh syarikat berkenaan kepada UNIMAS bagi mengalakkan pencapaian cemerlang di kalangan pelajar terutama dari Fakulti Kejuruteraan.Selain pengiktirafan dalam bentuk anugerah, ZECON juga menyediakan biasiswa kepada pelajar UNIMAS serta menjalinkan kerjasama di dalam kerja pembinaan bangunan, menyedia kemudahan lain seperti kerja-kerja mekanikal, elektrik dan kerja paip di Kampus Barat UNIMAS.

Turut hadir menyaksikan majlis tersebut ialah Naib Canselor UNIMAS, Prof Dr Khairuddin Ab Hamid dan Dekan Fakulti Kejuruteraan Prof Dr Wan Hashim bin Wan Ibrahim.

Pelajar UNIMAS, Cik Elianamary a/p Lawrence telah memenangi Peraduan

Menulis Esei bertemakan “Dadah Musuh No. 1 Negara” bagi IPTA dan IPTS Peringkat Negeri Sarawak.Pertandingan tersebut merupakan anjuran Agensi Akta Dadah Kebangsaan (AADK) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Unit Pengurusan Masjid UNIMAS.

Pelajar UNIMAS menang eseiAADK peringkat negeri Sarawak

Elianamary membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM800, piala dan sijil penyertaan selepas diumumkan pemenang pada perasmian majlis tersebut pada 26 Ogos 2009 di CTF 1, Kampus Barat, Kota Samarahan.Tempat kedua dimenangi oleh Encik Daniel Bin Daipir dari Kolej Bersatu Sibu dan tempat ketiga disandang oleh Dayangku Ashikin Binti Abang Bidari dari Universiti Terbuka Malaysia.Tujuan peraduan itu adalah untuk

meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahaya penyalahgunaan dadah selain mencungkil bakat baru dalam bidang penulisan di kalangan pelajar IPTA dan IPTS.Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah AADK Negeri Sarawak,Encik Jasni Haji Jubli, Timbalan Naib Canselor (HEPA), Prof Madya Mohd Fadzil

Abdul Rahman, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr Peter Songan, Pegawai-Pegawai dan kakitangan Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Sarawak dan Sabah, PUSPEN Kuching dan PUSPEN Papar serta para pelajar. Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Menteri Muda Hal Ehwal Belia, Haji Hamden Haji Ahmad. Bersempena dengan majlis penutupan tersebut juga, telah diadakan satu forum perdana yang bertajuk“Dadah Pemusnah, Musnahkan Dadah” pada hari yang sama.Antara ahli panel yang telah di jemput bagi menjayakan forum tersebut ialah Penolong Pengarah Pencegahan AADK Negeri Sarawak, Encik Yap Chung Hong, wakil dari UNIMAS, Prof Dr Mohd Syafiq Abdullah dan wakil dari UiTM Samarahan, Prof Madya Dr Abang Riduan Abang Awit.

10 Pesada Jul - Sept 2009

Page 11: Jasamu tetap dikenang - · PDF fileJasamu tetap dikenang... P ... Majlis menandatangani MoU telah disempurnakan oleh Naib Canselor UNIMAS, Prof Dr Khairuddin Ab Hamid dan Naib Canselor

Persidangan Antarabangsa IT ke-6 Asia 2009 (CITA 09) telah dianjurkan

dengan jayanya oleh Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat, UNIMAS pada 6 hingga 9 Julai 2009 yang lalu bertempat di Hotel Hilton, Kuching. Dengan tema persidangan kali ini yang bertajuk ‘Towards Human Centred Computing’ telah berjaya menarik ramai peserta bukan saja dari dalam negeri tetapi juga dari luar negeri.Majlis perasmian persidangan telah disempurnakan oleh YBhg Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam mewakili Ketua Menteri Ybhg Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.Dalam teks ucapan Ketua Menteri yang disampaikan oleh Dr George Chan, beliau mahu maklumat atau ilmu pengetahuan tradisional yang ada dan disimpan oleh hampir 30 kumpulan etnik di negeri ini, dipelihara melalui kemahiran dalam bidang teknologi maklumat. Oleh itu, Pehin Sri Abdul Taib menggesa UNIMAS khususnya, dan juga institusi penyelidikan yang lain mengenal pasti kaedah yang bersesuaian dalam kepakaran ini bagi memelihara maklumat tersebut. Ini adalah kerana, kebanyakan ilmu pengetahuan tradisional yang dimiliki oleh kumpulan-kumpulan etnik di negeri Sarawak ini hanya diturunkan secara lisan dari satu generasi ke satu generasi yang seterusnya.Dalam kesempatan itu juga, YBhg Pehin Sri Abdul Taib turut mengucapkan syabas kepada UNIMAS atas kejayaan dalam beberapa projek teknologi maklumat yang dilaksanakan, misalnya projek e-Bario yang telah membolehkan para pelajar dan penduduk di kalangan masyarakat Kelabit di sebelah kawasan tanah tinggi utara Sarawak berkomunikassi dengan luar melalui perlaksanaan program pusat khidmat teknologi maklumat setempat di kawasan tersebut. 11Pesada Jul - Sept 2009

CITA 09:Serlah sumbangan UNIMAS dalam bidang ICT

Masnita rai golongankurang berkemampuan

Persatuan Wanita UNIMAS (MASNITA) telah meraikan golongan kurang

berkemampuan sekitar kawasan Kota Samarahan dan Kuching dalam satu majlis berbuka puasa pada 5 September 2009.

Dalam majlis itu, turut diadakan pe- nyerahan sumbangan kepada empat buah pertubuhan amal iaitu pelatih dari Pusat Pemulihan Samarahan, Kota Samarahan, penghuni di Rumah Kanak-Kanak Kuch-ing, Batu 12, Rumah Orang-Orang Tua Sri Kenangan dan penghuni dari Hospital Sentosa, Kota Sentosa.

Selain itu, sepuluh pelajar UNIMAS turut menerima sumbangan bagi meringankan beban ditanggung menjelang sambutan Hari Raya. Sumbangan wang telah disediakan oleh Bank Kerjasama Rakyat dan UNIMAS, manakala tajaan jamuan telah diberikan oleh kafeteria yang beroperasi di sini.

Berucap pada majlis tersebut, Yang DiPertua MASNITA, Dayang Mariani Abang Zain berkata, majlis itu merupakan aktiviti tahunan persatuan berkenaan dan telah dimulakan sejak tahun 2006 lagi. Tujuan majlis itu diadakan ialah untuk mengeratkan silaturahim di kalangan ahli MASNITA dan warga UNIMAS serta membantu meringankan beban golongan kurang berkemampuan di hari lebaran.

Majlis itu turut dihadiri oleh Naib Canselor UNIMAS, Prof Dr Khairuddin Ab Hamid, wakil dari Bank Kerjasama Rakyat Kuching, Timbalan Naib Canselor, dekan-dekan Fakulti dan Bendahari UNIMAS. Para hadirin turut menyempurnakan sembahyang Maghrib, Isya’ serta Tarawih berjemaah dan akhirnya, dihiburkan dengan persembahan nasyid dari pelatih Pusat Pemulihan Samarahan, Kota Samarahan.

UNIMAS bukan sahaja berperanan sebagai institusi pengajian untuk melahirkan bakal graduan yang berjaya, tetapi juga mahu dilihat sebagai institusi yang turut peka dengan situasi semasa masyarakat di sekeliling.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Madya Mohd Fadzil Abdul Rahman menjelaskan, adalah menjadi fokus penting kepada UNIMAS untuk memastikan warga kerjanya turut memainkan peranan dalam membantu golongan yang susah.

“Kita tidak mahu dilihat sebagai sebuah universiti yang melahirkan para bijak pandai sahaja tetapi kita mahu menyeluruh iaitu turut terlibat dalam perkara kebajikan seperti bersedekah kepada golongan yang memerlukan,” katanya semasa berucap pada majlis penyerahan sumbangan kepada fakir miskin pada 10 September lepas.

Dalam majlis itu, Prof Madya Mohd Fadzil mewakili UNIMAS menyerahkan 121 bungkusan beras dan 48 bungkusan biskut kepada Daie Zakat, sekitar kawasan Kota Samarahan termasuk Serian, Simunjan, Sebuyau, Sadong Jaya dan Asajaya. Program yang julung kali diadakan itu turut mendapat kerjasama dari Baitulmal Cawangan Kota Samarahan.

UNIMAS hulur sumbangan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri

Page 12: Jasamu tetap dikenang - · PDF fileJasamu tetap dikenang... P ... Majlis menandatangani MoU telah disempurnakan oleh Naib Canselor UNIMAS, Prof Dr Khairuddin Ab Hamid dan Naib Canselor

Penerapan nilai insaniah di dalam diri pelajar UNIMAS perlu dipupuk dan tidak hanya tertumpu kepada kecemerlangan

akademik semata-mata.

Ketua Penolong Pengarah Kanan (Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni) Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Haji Habib Zam-Zam Haji Ab Latiff berkata, pembangunan seseorang pelajar bukan dilihat dari sudut akademik sahaja tetapi juga nilai insaniah.

“ Ia adalah untuk persiapan para penuntut UNIMAS sebelum mereka menjejak kaki ke alam pekerjaan,” katanya semasa berucap pada Malam Anugerah Pelajar (MAPU) 7 Ogos lepas.

Pada majlis sama, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2008/2009, Mohamad Norhayatudin Mohamad Yaacob berkata, penghayatan sebenar mengenai tema ‘1 Malaysia, 1 UNIMAS, 1 Kegemilangan’, perlu dilakukan bersama-sama. Jelas beliau, kelab-kelab dan persatuan yang bernaung di bawah Persatuan Mahasiswa UNIMAS (PERMAS) serta diterajui sendiri oleh MPP adalah bertujuan untuk menyelaras tugas dan menyampaikan informasi terkini kepada penuntut UNIMAS dengan lebih mudah lagi.

MAPU wujudkan 1 Malaysia

MAPU merupakan acara tahunan bagi meraikan siswa dan siswi UNIMAS yang telah berbakti dan mengharumkan nama UNIMAS di peringkat tempatan, kebangsaan mahupun antarabangsa.

Sebanyak 18 anugerah telah dicalonkan dengan lapan daripadanya merupakan kategori individu manakala selebihnya adalah anugerah berkumpulan.

Turut hadir pada majlis itu ialah Naib Canselor UNIMAS, Prof Dr Khairuddin Ab Hamid, Timbalan-Timbalan Naib Canselor UNIMAS, Dekan Pusat Pemajuan Pelajar, Majlis Perwakilan Pelajar serta para siswa dan siswi UNIMAS.

Majlis malam itu turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan oleh Badan Budaya UNIMAS (BAYU), persembahan nasyid serta pertunjukan silat oleh Persatuan Seni Silat Gayung Malaysia.

Pada malam tersebut, turut diadakan majlis penyampaian sijil kepada mantan MPP UNIMAS sesi 2007/2008 yang telah disampaikan oleh Puan Zuraidah Abas.

12 Pesada Jul - Sept 2009

Page 13: Jasamu tetap dikenang - · PDF fileJasamu tetap dikenang... P ... Majlis menandatangani MoU telah disempurnakan oleh Naib Canselor UNIMAS, Prof Dr Khairuddin Ab Hamid dan Naib Canselor

TAHNIAH kepada pemenang…Senarai pemenang anugerah individu

Dalam usaha untuk meningkatkan kemahiran di kalangan kakitangan, Jabatan Sains Akuatik (JSA), Fakulti Sains

dan Teknologi Sumber, UNIMAS, telah menganjurkan bengkel Teknik Asas Pensampelan Kualiti Air selama dua hari bermula 2 Ogos lepas. Seramai 23 orang peserta terdiri dari pembantu makmal dan Penolong Pegawai Sains telah menyertai bengkel tersebut yang telah dirasmikan oleh Dekan, Fakulti Sains dan Teknologi Sumber, Prof Dr Haji Shabdin Bin Mohd Long di Makmal Luar FSTS.

UNIMAS anjur bengkeltingkat kemahiran kakitangan

Manakala majlis penutupannya disempurnakan oleh Ketua Jabatan Sains Akuatik di Makmal Luar, Fakulti Sains dan Teknologi Sumber, Dr Samsur Mohamad.Sepanjang bengkel itu dianjurkan, peserta telah didedahkan dengan teori teknik asas berkaitan kualiti air, teknik pensampelan air di lapangan dan analisa sampel di makmal oleh Dr Siti Akmar Khadijah Bt Ab. Rahim dan dibantu oleh pelajar peringkat Sarjana di fakulti berkenaan.

Senarai Pemenang Anugerah Kumpulan

Anugerah Kategori Lelaki Kategori Perempuan Nilai Cek(RM) Setiap Seorang

Anugerah Naib Canselor Ahmad Syazwan Saidin 300

Anugerah Jasa Bakti Larry Ak Asu - 100 Anugerah Taming Sari Mohd Hafizan Hashim Nurul Aina Rosnan 100

Anugerah Laksamana Muhammad Akbar Busman Ling Su Nee 100

Anugerah Walinongsari - Eliane Choo Yuan Syn 100

Anugerah Pelajar Terbaik Fakulti Ricky Stu Anding Program Kejuruteraan Mekanikal & Pembuatan

Norliza Binti Aslan Joe @ Joshua Program Kejuruteraan Sivil

Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat Nageshwaran Nunusamy Ng Ee Lee

Fakulti Sains dan Teknologi Sumber Fathurrahman bin Lananan Nadiana Binti Ibrahim Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Mohd Hafriz Bin Osman Hanriatta ak Amis

Fakulti Sains Sosial Rzuan Bin Samsudin Khairunnabihah Bt. Zainal Abidin

Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Sheikh Afzal Raza Bin Ali Raza Emmy Binti Polly

Anugerah Mahasiswa Harapan Stevie Astly Anak Robbart 100

Pengarah Projek Terbaik Azizol Sa’don 100

Anugerah Pemenang Nilai Cek(RM) Setiap Satu Anugerah Kelab Harapan Kelab Rowing 200 Anugerah Persatuan Kesenian dan Kebudayaan Terbaik

Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia 200

Anugerah Latihan dan Ketrampilan Diri Pembimbing Rakan Siswa 200

Anugerah Jawatankuasa Perwakilan Kolej Terbaik

JPK Bunga Raya 200

Anugerah Persatuan Fakulti Terbaik PERFEB 200

Anugerah Kelab Sukan dan Rekreasi Terbaik

Bowling 200

Lejer Terbaik UNIMED 200 Perfailan Terbaik Kolej Bunga Raya 200 Projek Terbaik Minggu Seni Budaya dan Warisan 200

Anugerah Kenyalang Badan Budaya UNIMAS 200

13Pesada Jul - Sept 2009

Page 14: Jasamu tetap dikenang - · PDF fileJasamu tetap dikenang... P ... Majlis menandatangani MoU telah disempurnakan oleh Naib Canselor UNIMAS, Prof Dr Khairuddin Ab Hamid dan Naib Canselor

UNIMAS juara kejohanan Sukan Kakitangan Universiti Borneo Ke-2

Tujuh pasukan lain yang menyertai Kejohanan Sukan Kakitangan

Universiti-Universiti Borneo Ke-2, ‘berputih mata’ apabila Universiti Malaysia Sarawak muncul juara dalam kejohanan itu yang telah diadakan pada 29 Jun 2009 hingga 5 Julai 2009 di Universiti Brunei Darussalam, Negara Brunei Darussalam.UNIMAS yang diwakili oleh 54 orang ahli pasukan telah membawa pulang lima pingat emas dan satu gangsa dalam beberapa acara yang dipertandingkan; antaranya acara sukan futsal, boling, tenis, ping pong, ‘dart’ dan badminton.Tujuh universiti lain yang menyertai kejohanan itu ialah Universiti Brunei Darussalam, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Institut Teknologi Brunei, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Teknologi Mara, Sabah (UiTM), Universiti Teknologi Mara, Sarawak (UiTM) dan Universiti Putra Malaysia, Kampus Bintulu. Antara objektif kejohanan adalah untuk meningkat dan mengukuhkan jalinan kerjasama dan silaturahim di antara peserta kejohanan sama ada dalam bidang sosial, budaya mahupun pendidikan. Dalam majlis penutupan yang diadakan pada 5 Julai 2009 di Dewan Canselor UBD, Universiti Brunei Darussalam telah menyerahkan bendera kejohanan kepada UNIMAS yang bakal menjadi tuan rumah kepada Kejohanan Sukan Kakitangan Universiti-Universiti Borneo Kali Ke-3 pada tahun 2011 kelak.

Piala pusingan TNC 2009 milik kolej Allamanda

Piala Pusingan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa 2009

menjadi milik Kolej Allamanda tahun ini apabila muncul juara keseluruhan karnival sukan air antara kolej-kolej kediaman yang diadakan pada 18 Julai lepas.Dengan kemenangan itu, Kolej Allamanda telah mengenepikan tujuh pesaing hebat dari kolej kediaman yang lain. Kolej Cempaka turut menyerlah tahun ini, apabila pasukan wanitanya diangkat menjadi johan bagi pasukan wanita.Beberapa acara telah dipertandingkan antaranya pertandingan Kayak TK1 300 meter, Kayak TK2 300 meter, Kayak C1 dan Bot Getah. Selain itu, turut diadakan juga pertandingan pasukan sorak terbaik yang dimenangi oleh Kolej Perubatan serta Khemah tercantik yang disandang oleh Kolej Seroja.Karnival anjuran Unit Sukan dan Pengurusan Kolej-Kolej Kediaman UNIMAS dengan kerjasama Kelab Kayak & Kelab Mendayung bertujuan bagi mengeratkan hubungan silatulrahim di kalangan pelajar serta menerapkan unsur ‘sense of belonging’ terhadap kolej masing-masing.Majlis penyampian hadiah dan penutupan telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Fatimah Abang.

Kejohanan 1 Malaysia Kosmo! Varsiti Futsal 2009

Pasukan dari Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

(FSKPM-HRD) UNIMAS, merangkul gelaran juara bagi kategori lelaki terbuka manakala BORNEO 09 ‘B’ juara bagi kategori wanita terbuka dalam kejohanan Satu Malaysia Kosmo! Varsiti Futsal 2009 yang telah diadakan pada 8 hingga 9 Ogos 2009 di Stadium Tertutup, Kota Samarahan. Kemenangan FSKPM-HRD itu sekaligus menewaskan 28 buah pasukan lain dalam kategori lelaki terbuka manakala BORNEO 09 ‘B’ menewaskan lima pasukan yang berentap dalam kategori wanita terbuka.

Kedua-dua pasukan juara (lelaki dan wanita) akan mewakili UNIMAS ke peringkat akhir Kejohanan Futsal yang akan diadakan pada pada 9 hingga 11 Oktober 2009 di Universiti Kebangsaan Malaysia. Sementara itu, gelaran naib juara bagi kategori lelaki terbuka disandang oleh pasukan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan dan tempat ketiga dimenangi bersama pasukan SAKURA FC & Pasukan UCF ‘A’. Bagi kategori wanita terbuka, naib juara dimenangi oleh pasukan No EL SHAROJA FC dan tempat ketiga dimenangi bersama oleh pasukan TAZ RETRO & Pasukan BORNEO ‘A’.

Kejohanan futsal Piala Pusingan Naib Canselor UNIMAS 2009

Canselori-PP 1 telah dinobatkan sebagai juara Kejohanan Futsal

Piala Pusingan Naib Canselor 2009 yang diadakan pada 9 Ogos 2009 di Sport Arena, Jalan Simpang Tiga, sekaligus memusnahkan impian sembilan buah pasukan yang bertanding bagi merebut piala sama. Kedudukan naib juara disandang oleh Fakulti Kejuruteraan dan tempat ketiga oleh Fakulti Sains Sosial. Pertandingan tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran YBhg Naib Canselor yang turut menunjukkan bakat tersendiri untuk bermain dalam dua perlawanan bersama-sama dengan para Dekan dari Fakulti yang mengambil bahagian.Kejohanan anjuran Persatuan Pegawai Akademik UNIMAS (PPAU) dengan kerjasama Fakulti Sains Sosial itu bertujuan bagi memberi peluang dan ruang kepada kakitangan akademik dan bukan akademik untuk berinteraksi dalam suasana yang lebih harmoni. Tujuan lainnya adalah untuk mengalakkan kakitangan mengamalkan cara hidup sihat melalui sukan meskipun sibuk dengan tugasan kerja seperti penyelidikan dan pengajaran.14 Pesada Jul - Sept 2009

Page 15: Jasamu tetap dikenang - · PDF fileJasamu tetap dikenang... P ... Majlis menandatangani MoU telah disempurnakan oleh Naib Canselor UNIMAS, Prof Dr Khairuddin Ab Hamid dan Naib Canselor

1 Julai 2009Satu bengkel telah diadakan bersempena dengan Persidangan Antarabangsa IT Asia (CITA 09) di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat UNIMAS. 15 Julai 2009Taklimat IBEC telah diadakan dengan menjemput Profesor Kejuruteraan Alam Sekitar, Pusat Penyelidikan Air, Universiti Western Australia, Prof Jorg Imberger bagi memberi taklimat mengenai topik ‘ Pengurusan Bersesuaian Masa Sebenar Untuk Lembaga Sungai’ di Bilik Kuliah, Tingkat Bawah, Fakulti Sains dan Tekmologi Sumber, UNIMAS.

28 Julai 2009Taklimat IBEC turut menjemput Saintis Konsultan, Dr Michael Tetkhi Wan, untuk memberi taklimat mengenai ‘Green Pesticides & Glyph sates Analyses’ bertempat di Bilik Kuliah 8, Tingkat Bawah, Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat.

3 Ogos 2009Seminar CLS Ke-60 telah diadakan dengan tajuk ‘ Eksistensi Jati Diri Bangsa Melayu melalui Puisi Raja Ali Haji’ oleh Siti Marina dan Hamidah Abdul Wahab bertempat di Bilik Mesyuarat Program, Tingkat 3 CLS.

13 Ogos 2009Seminar CLS Ke-61 diadakan dengan tajuk ‘Abad Industri kreatif Negara Dalam Dunia Glokal’ oleh Awang Azman Awang Pawi bertempat di di Bilik Mesyuarat Program, Tingkat 3 CLS.

19 Ogos 2009Bahagian Jaminan Kualiti mengadakan Majlis Pelancaran Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) bertempat di Staff Restaurant & Lounge, Tingkat LG Rumah Universiti Bangunan CAUH. KIK merupakan konsep yang melibatkan warga organisasi untuk menyumbang ke arah pembangunan organisasi melalui aktiviti penambahbaikan di tempat kerja.

27 Ogos 2009Fakulti Sains dan Teknologi Sumber telah diumumkan sebagai johan bagi Pertandingan Keceriaan Sempena Bulan Kemerdekaan ke-52 peringkat UNIMAS bagi kategori Fakulti/Pusat Pengajian Bahasa/Institut. Manakala Pusat Khidmat Pelajar menjadi johan bagi kategori Bahagian/Pusat dan PTJ lain, bagi pertandingan sama.

3 September 2009Seminar CLS ke-62 telah diadakan dengan tajuk ‘pls 4giv me:SMS Apologies in English by Malay and Native’ bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 3.

8 September 2009Jabatan Kejuruteraan Sivil telah menerbitkan e-jurnal berkaitan kejuruteraan sivil yang dianggap sebagai landasan kepada kakitangan akademik dan pelajar UNIMAS untuk lebih berminat dalam menghasilkan kajian dan penyelidikan masing-masing.

29 September 2009Seminar CLS ke-63 telah diadakan dengan tajuk ‘ The Language Errors of Malay Learners in Malaysia: A Matter of Loosing the Wood for the Trees ‘ yang telah dilakukan oleh Dr Shanthi Nadarajan bertempat di Bilik Mesyuarat Program CLS.

30 September 2009Siri seminar @ Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat telah diadakandi BMU, Tingkat 3, Bangunan FCSIT oleh Prof Dr Thomas Ottmann dari Fakulti Sains Gunaan, Universiti Freiburg, Jerman.

ANEKA PERISTIWA

15Pesada Jul - Sept 2009

Page 16: Jasamu tetap dikenang - · PDF fileJasamu tetap dikenang... P ... Majlis menandatangani MoU telah disempurnakan oleh Naib Canselor UNIMAS, Prof Dr Khairuddin Ab Hamid dan Naib Canselor