18
Tugasan 1 : Penulisan Esei (70%) Berdasarkan pernyataan di atas, anda dikehendaki mengumpul maklumat dari pelbagai sumber dan menulis SATU esei berkaitan dengan masalah-masalah moral di sekolah. Isi kandungan esei adalah seperti berikut : i. Pengenalan : Masalah-masalah moral di sekolah. ii. Memilih 2 masalah moral di sekolah dan mengenalpasti punca-punca masalah tersebut. iii. Memberi cadangan menangani masalah-masalah moral di sekolah dengan merujuk pada sumbangan moral dan social tokoh moral keluarga/ tokoh-tokoh tempatan terhadap pembentukan sahsiah dan pembangunan Negara. iv. Rumusan dan refleksi v. Rujukan vi. Lampiran 1 | ELM3043E

Isu2 Moral

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Isu-Isu Moral yang dibincangkan

Citation preview

Page 1: Isu2 Moral

Tugasan 1 : Penulisan Esei (70%)

Berdasarkan pernyataan di atas, anda dikehendaki mengumpul maklumat dari

pelbagai sumber dan menulis SATU esei berkaitan dengan masalah-masalah

moral di sekolah. Isi kandungan esei adalah seperti berikut :

i. Pengenalan : Masalah-masalah moral di sekolah.

ii. Memilih 2 masalah moral di sekolah dan mengenalpasti punca-punca

masalah tersebut.

iii. Memberi cadangan menangani masalah-masalah moral di sekolah dengan

merujuk pada sumbangan moral dan social tokoh moral keluarga/ tokoh-

tokoh tempatan terhadap pembentukan sahsiah dan pembangunan Negara.

iv. Rumusan dan refleksi

v. Rujukan

vi. Lampiran

1 | E L M 3 0 4 3 E

Page 2: Isu2 Moral

1 Pengenalan

Chang Lee Hoon (1992) mentakrifkan bahawa tahap kemoralan seseorang

adalah salah satu komponen yang amat penting dalam pembangunan insane yang

seimbang. Melalui perkembangan moral tersebut, seseorang akan memperolehi

keupayaan untuk membezakan antara nilai dan kepercayaan yang perlu untuk interaksi

sosial dan sivik yang bermakna. Seperti yang kita sedia maklum, setiap individu akan

melalui peringkat bermula dengan kanak-kanak sehinggalah dewasa, maka tingkahlaku

yang diamalkan secara semula jadi akan berubah kepada tindakan reflektif.

Sebagai pelajar, tingkahlaku mereka juga akan berubah dari masa ke semasa

apabila mereka mula bersosialisasi dengan masyarakat sekitar sekolah seperti rakan

kelas, guru-guru serta kakitangan di sekolah. Para pelajar mula mencari dan membina

identiti, mencari haluan dan keyakinan diri agar apa yang diingini dapat dicapai. Pada

peringkat inilah dimana para pelajar lebih terdedah kepada masalah-masalah moral

yang pelbagai.

2 Takrifan masalah moral

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2001), masalah diertikan sebagai

suatu keadaan yang menimbulkan kesukaran, manakala moral pula ditakrifkan sebagai

kesusilaan, adab dan tradisi yang menentukan piawai atau norma kelompok. Oleh

sebab itu, masalah moral dapat ditakrifkan sebagai sesuatu keadaan dimana seseorang

bertingkahlaku yang menyebabkan timbulnya suatu kesukaran seperti membuli,

merokok, berjudi, pembuangan bayi, penyalahgunaan dadah, merempit, pergaulan

bebas dan sebagainya (Abdul Rahman Mohd. Arof, 1999).

2 | E L M 3 0 4 3 E

Page 3: Isu2 Moral

3 Merokok sebagai masalah moral

Melihat kepada hasil tinjauan Jabatan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan

(National Health And Morbidity Survey) yang telah dijalankan pada tahun 1995,

prevalen perokok di kalangan remaja yang berumur di antara 12 hingga 18 tahun pada

tahun itu adalah berjumlah 16.7%. prevalen perokok telah dibuat secara berasingan

iaitu di kalangan remaja lelaki sebanyak 30%, manakala remaja perempuan ialah 5%.

Dalam suatu kajian susulan yang dibuat oleh Bahagian Kawalan Penyakit,

Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2000, jelas menunjukkan peningkatan

prevalen perokok di kalangan remaja sebanyak 18%, yang mana jelas menunujukkan

peningkatan/ pertambahan perokok dikalangan remaja perempuan yang meningkat

daripada 5% (1995) kepada 8% (2000).

Satu laporan yang telah dibuat oleh Kementerian Kesihatan melalui kempen

“Katakan Tidak Kepada Rokok” dengan jelas menyenaraikan beberapa penyakit kronik

kesan daripada merokok antaranya ialah kanser paru-paru, COPD (enfisima dan

bronkitis), kanser kerongkong, kanser mulut dan tekak, kanser esophagus, strok,

Crohn’s diseases, penyakit jantung iskemia, kanser pundi kencing, artherosclerosis,

ulser pepetik, kanser pancreas dan pneumonia. Selain itu, merokok juga boleh

mempercepatkan proses penuaan dan memendekkan usia seseorang. Berdasarkan

Jadual di bawah menyatakan mengapa seseorang itu perlu berhenti merokok dari sudut

ekonomi. Dengan berhenti merokok, perbelanjaan bagi mendapatkan rawatan penyakit

akibat merokok dapat dijimatkan selain menjimatkan wang.

Jadual 1 :

Bilangan batang rokok 10 tahun 20 tahun 30 tahun 40 tahun

Kos rokok sehari RM 2.50 5.00 7.50 10.00

Kos rokok seminggu RM 17.50 35.00 52.50 70.00

Kos rokok sebulan RM 75.00 150.00 225.00 300.00

Kos rokok setahun RM 900.00 1,800.00 2,700.00 3,600.00

Kos rokok 5 tahun RM 4,500.00 9,000.00 13,500.00 18,000.00

Kos rokok 10 tahun RM 9,000.00 18,000.00 27,000.00 36,000.00

(Sumber : Kempen Cara Hidup Sihat 2003)

3 | E L M 3 0 4 3 E

Page 4: Isu2 Moral

Antara sebab-sebab seseorang perokok perlu berhenti merokok dari sudut

ekonomi

Untuk mengatasi permasalahan ini, pihak kerajaan telah mewujudkan Peraturan

8A : Akta Kawalan Hasil Tembakau (1997) yang mana menyebutkan bahawa ‘adalah

menjadi satu kesalahan bagi remaja yang berumur 18 tahun dan ke bawah untuk

merokok, membeli atau memiliki sebarang hasil tembakau.’ Bagi remaja-remaja yang

didapati bersalah dibawah peraturan ini, boleh dikenakan kompaun sehingga

RM1000.00.

Akta ini diwujudkan bertepatan dengan kehendak ajaran Islam itu sendiri di mana

ajaran Islam melarang umatnya melakukan sesuatu yang membahayakan diri dan

masyarakat seperti mana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah An-Nisa ayat

195 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, jangan anda makan harta setengah kamu

dengan jalan tidak betul (kebatilan), melainkan ada persetujuan di antara kamu, dan

jangan membunuh diri anda, sesungguhnya Allah Maha Penyayang”.

Faktor-faktor menyumbangkan pelajar terjebak dengan masalah moral : Merokok

Tidak dapat dipastikan dengan jelas bagaimana seseorang pelajar itu boleh

terpengaruh dan terjebak dengan gejala merokok, namun satu kajian yang dijalankan

melalui Borang Soal Selidik yang yang terdiri daripada 12 item diedarkan secara rawak

kepada beberapa orang responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar, ibu bapa, guru-

guru dan orang awam dengan sebulat suara bersetuju bahawa faktor rakan sebaya

adalah antara penyumbang terbesar bagi seseorang pelajar itu mula berjinak-jinak

dengan rokok. Dapatan kajian ini turut disokong oleh Jersild (1978) yang menyatakan

bahawa penerimaan rakan sebaya dalam satu-satu kumpulan akan menunjukkan

penghargaan ke atas diri pelajar tersebut, dan oleh sebab itu seseorang pelajar

sanggup untuk belajar merokok bagi membuatkan diri mereka diterima dalam satu-satu

kumpulan yang ingin disertainya.

Selain itu, kajian dijalankan dengan mengambil faktor keluarga sebagai

penyebab pelajar terjebak di dalam masalah merokok. Bagi merungkai permasalahan

4 | E L M 3 0 4 3 E

Page 5: Isu2 Moral

ini, satu kajian berupa soal selidik dijalankan dengan memberikan 10 item dalam soalan

yang menyentuh mengenai hal-hal yang berkaitan dengan faktor keluarga. Melalui

kajian ini, responden tidak bersetuju bahawa ibu atau bapa antara punca pelajar-pelajar

merokok. Mereka berpendapat bahawa, walaupun seseorang ibu atau bapa yang

merokok, tidak semestinya seseorang anak (pelajar) itu terpengaruh dan merokok.

Namun dapatan ini bertentangan dengan pandangan Carwin (1988) yang menyatakan

bahawa masa yang diluangkan oleh ibu bapa bersama dengan anak-anak mereka

adalah sangat penting. Beliau menyatakan dalam kajiannya di Amerika Syarikat

bahawa ibu bapa tidak mempunyai masa untuk memberikan tunjuk ajar yang betul

kepada anak-anak mereka menyumbangkan kepada masalah disiplin seperti ponteng

sekolah, merokok, memeras ugut, memukul guru dan sebagainya. Beliau berpendapat

bahawa anak-anak memerlukan perhatian yang khusus daripada ibu bapa bagi

mengelakkan mereka daripada terjebak dengan permasalahan moral seperti merokok.

Sebuah hadis Rasullullah (s.a.w.) yang bermaksud,

“ Tiap-tiap anak dilahirkan di atas fitrahnya dan sesungguhnya ibu dan bapanya

yang akan menjadikan sama ada Yahudi, Majusi atau Nasrani ”.

Melalui hadis ini menyatakan betapa pentingnya peranan ibu bapa dalam

mencorakkan dan memberi pendidikan kepada anak-anak supaya mereka membesar

dan menjadi manusia yang berguna kepada bangsa, agama dan negara.

Faktor yang terakhir ialah faktor persekitaran. Faktor persekitaran menjadi

persoalan kajian penting bagi mengetahui sama ada ia turut mempengaruhi tingkah

laku responden untuk merokok. Dalam soal selidik yang dibina oleh 11 item jelas

menunjukkan bahawa rokok memang mudah dibeli dimana-mana sahaja kedai runcit

mahupun di gedung-gedung terbesar dan dicampur dengan peniaga yang hanya tahu

mengambil keuntungan, hal pengawalan penjualan rokok kepada pelajar sekolah atau

remaja 18 tahun dan ke bawah tidak dititik beratkan. Pernyataan ini selari dengan

Majalah Dewan Budaya (September 1999) yang menyatakan bahawa pertumbuhan

pusat-pusat hiburan yang banyak hanya mementingkan keuntungan turut menyumbang

kepada keruntuhan akhlak remaja. Pada masa sekarang terdapat banyak kedai-kedai

runcit yang berhampiran dengan kediaman kita. Keadaan ini amatlah baik kerana

memudahkan orang ramai dalam mendapatkan barangan. Tetapi agak malang apabila

5 | E L M 3 0 4 3 E

Page 6: Isu2 Moral

terdapatnya pekedai juga turut menjualkan rokok kepada orang ramai termasuklah

pelajar tanpa larangan

Langkah-langkah membendung dan seterusnya menangani masalah moral: Merokok di

kalangan pelajar

Walaupun pelbagai penyakit atau bahaya rokok itu telah didedahkan melalui pelbagai

kempen anti merokok masih tidak cukup untuk menakutkan seseorang perokok untuk

mengurangkan jauh sekali meninggalkan tabiat berbahaya tersebut. Mereka tidak

pernah takut dengan ancaman itu, malah langsung tidak menghiraukan sebarang risiko

yang akan mereka hadapi untuk jangka masa panjang. Oleh yang demikian, pelbagai

pihak perlu berganding bahu dengan berusaha lebih gigih untuk mewar-warkan kempen

anti merokok. Selain itu, terdapat juga beberapa langkah yang boleh dilaksanakan

seperti:

a. Kempen Anti Merokok

Pelbagai kempen dijalankan untuk mengatasi masalah merokok baik oleh

kerajaan mahupun pihak persendirian. Misalnya, kerajaan telah mengadakan

Kempen Anti Merokok melalui pelbagai cara seperti iklan-iklan yang ditayangkan

di dalam televisyen, radio, poster-poster mahupun ceramah yang sering

diadakan di sekolah mahupun di pejabat dan sebagainya.

b. Ceramah kesihatan

Dalam ceramah kesihatan mahupun iklan kesihatan itu hendaklah dinyatakan

tentang

i) Bahaya merokok

ii) Kesan-kesan buruk merokok

6 | E L M 3 0 4 3 E

Page 7: Isu2 Moral

iii) Faedah-faedah bagi orang-orang yang tidak merokok atau seseorang

yang berhenti merokok seperti : 1.

Dapat hidup lebih lama

Dapat menghindari racun (toksik) yang terkandung dalam rokok,

Dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya

merokok

Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak

Dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat

Dapat meningkatkan deria rasa dan bau, gigi lebih putih dan nafas

lebih segar dan

Dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan

wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan

bermanfaat.

c. Berpuasa

Amalan berpuasa dari pandangan Islam ialah untuk mengawal nafsu dari

melakukan kejahatan. Apabila seseorang itu berpuasa, mereka akan menahan

diri daripada merokok sekurang-kurangnya 13 jam iaitu dari subuh hingga ke

waktu maghrib. Walaupun masih berpeluang untuk merokok pada waktu malam

jika selalu berpuasa, seseorang itu tidak hanya dapat menghentikan tabiat

merokok tetapi kita juga dapat beribadah ke jalan Allah.

d. Bersukan dan beriadah

Selain itu, individu yang aktif bersukan selalunya menitik beratkan kesihatan

tubuh badan dan menghindari tabiat yang boleh merosakkan diri mereka seperti

merokok. Pilih aktiviti sukan yang sihat dan lakukan dengan berkumpulan untuk

menambah keseronokan dan motivasi diri. Oleh itu, perokok hendaklah

7 | E L M 3 0 4 3 E

Page 8: Isu2 Moral

melakukan aktiviti sukan ini kerana ia dapat menghindarkan dirinya dari tabiat

merokok.

e. Pelajar yang merokok akan dikenakan denda/ kompaun

Manakala, bagi pelajar di sekolah pula hendaklah dikenakan dendaan yang

setimpal kepada mereka yang didapati merokok seperti pelajar yang merokok itu

akan diadukan kepada pihak polis dan pihak polis akan mendenda mereka.

Pihak polis perlu memberi bekerjasama kepada pihak sekolah bagi menangani

masalah disiplin pelajar. Ibu bapa juga akan dipanggil untuk memberitahu perihal

anak mereka yang merokok. Pelajar yang merokok itu juga akan dirujuk kepada

guru kaunseling bagi membantu para pelajar yang terlibat untuk memahami

sebab-sebab dan larangan merokok.

f. Penguatkuasaan undang-undang

Di negara Brunei Darussalam, kerajaan telah pun menetapkan satu undang-

undang iaitu tidak membenarkan sesiapa saja untuk merokok di kawasan-

kawasan tertentu seperti dalam panggung wayang, rumah sakit, sekolah, pejabat

dan di kawasan awam yang tertentu. Denda atau kompaun akan dikenakan

kepada sesiapa saja yang melanggar undang-undang tersebut. Penjual rokok di

kedai juga tidak menjual rokok kepada remaja yang berumur di bawah lapan

belas tahun. Sesiapa yang didapati berumur di bawah lapan belas tahun akan

dikenakan denda yang setimpal. Pihak-pihak yang berkenaan juga diharap akan

dapat bekerjasama dalam membanteras tabiat merokok ini, dengan tidak

menjual kepada pembeli yang di bawah umur dan jangan hanya memikirkan

keuntungan saja. Praktik ini juga telah diamalkan di Malaysia, namun akibat

daripada kurang pemantauan daripada pihak tertentu, ia tidak dapat dijalankan

dengan jayanya.

4 Gejala buli sebagai masalah moral

8 | E L M 3 0 4 3 E

Page 9: Isu2 Moral

Menurut Wikipedia Bahasa Melayu, ‘buli’ bermaksud perbuatan mengasari orang

yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing.

Terdapat 2 bentuk buli yang utama iaitu:

a) Buli fizikal

Pukul-memukul, memeras ugut, menampar, menendang, menarik rambut,

menolak, mencubit atau sepak terajang hingga menyebabkan kecederaan

ataupun kematian.

b) Buli mental

Ia adalah lebih kepada ejek-mengejek.

Antara penyebab kepada gejala buli ialah:

(a) Faktor rakan sebaya mempunyai pengaruh paling kuat untuk mengubah dan

mempengaruhi tingkah laku seseorang pelajar.

(b) Gangguan personaliti seperti antisosial.

(c) Si Pembuli adalah seseorang individu yang gagal mengendalikan emosi dengan

baik.

(d) Cepat berasa bosan dengan pembelajaran di sekolah.

Antara saiz atau ukuran suatu masalah buli merupakan satu masalah kebangsaan

tanpa mengira status sosioekonomi seseorang individu yang membuli atau pun individu

yang di buli. Menurut Adair (1998), mendapati bahawa seramai 20% pelajar yang telah

menjadi mangsa tidak berani dalam meluahkan atau melapor kepada guru-guru mereka

kerana takut dicederakan oleh si pembuli.

Berikut merupakan jadual suatu kajian yang dijalankan di beberapa buah Negara

berkaitan dengan gejalah buli di kalangan pelajar :

Negara Sekolah Rendah Sekolah MenengahKekerapan Kerap dibuli Seminggu

sekali dibuliKerap dibuli Seminggu

sekali dibuliNew Zealand Tidak terdapat

kes buliTidak terdapat kes buli

15% 9%

England 27% 10% 10% 6%

9 | E L M 3 0 4 3 E

Page 10: Isu2 Moral

Antarabangsa 23% 15% 10% 6%(Kajian Auckland – Adair, 1998)

Jadual diatas menunjukkan peratusan yang dibuli di New Zealand adalah lebih tinggi

daripada England dan Antarabangsa. Ini berkemungkinan berkaitan dengan cara dan

budaya hidup masyarakat di New Zealand lebih bermuafakat berbanding cara hidup

masyarakat di England dan Antarabangsa. Ini juga disebabkan oleh status kemajuan

yang dicapai oleh negara itu sendiri. Sebagai contoh Negara England sebagai sebuah

negara yang maju, mereka tidak suka ‘menjaga kain tepi’ orang lain dan kesedaran

tentang tanggungjawab bersama itu kurang.

Melalui kajian yang dijalankan juga jelas menunjukkan peratusan kes dibuli

adalah lebih rendah di sekolah rendah jika berbanding dengan sekolah menengah. Hal

ini mungkin disebabkan oleh perbezaan individu dalam persembahan kendiri. Ini juga

menunjukkan bahawa pemikiran dan kelakuan murid sekolah rendah lebih telus

berbanding kelakuan pelajar sekolah menengah. Murid-murid sekolah rendah lebih

cenderung melaporkan hal-hal tertentu kepada guru-guru sekiranya menghadapi

walaupun cuma perkara yang remeh-temeh. Kajian ini juga menunjukkan bahawa

kebanyakan murid sekolah rendah masih lemah dalam pergaulan dengan rakan-rakan.

Mereka lebih mudah untuk menimbulkan keadaan salah faham atau kemarahan rakan-

rakan.

Manakala, pelajar sekolah menengah pula mempunyai nilai harga diri yang

tinggi. Jika sesuatu kes buli berlaku ke atas mereka, mereka akan mempertimbangkan

keperluan untuk membuat laporan. Ada kalanya mereka lebih memilih untuk

memendamkannya sekiranya perkara itu tidak begitu ketara. Hal ini mungkin disebab

mereka akan rasa malu dan jatuh air muka sekiranya perkara yang remeh-temeh

diketahui oleh rakan-rakan mereka. Selain itu, mereka juga lebih mahir untuk

berkomunikasi dengan rakan-rakan dan kadang-kala dapat mengatasi masalah buli

walaupun tanpa bantuan guru.

Langkah-langkah mengatasi gejala buli di kalangan pelajar adalah seperti:

(i) Penyelesaian Terbuka

Program “Quiet Room”

Satu bilik khas diwujudkan untuk mangsa buli.

10 | E L M 3 0 4 3 E

Page 11: Isu2 Moral

Persekitaran selamat diwujudkan bagi membantu masalah mangsa buli

untuk merasa aman dan tidak merasa takut sepanjang berada di sekolah.

Meningkatkan kemahiran komunikasi dengan rakan sebaya menyelaras

program-program motivasi dan sosialisasi dikalangan pelajar.

(ii) Program Rakan Sebaya

Mewujudkan Program Rakan Sebaya di sekolah mendapat sambutan bagi

membantu mangsa buli mendapat nasihat dan bimbingan rakan sebaya yang

berkepimpinan (Program Anti-Buli). Selain dari itu, si pembuli juga perlu diberi

kesedaran tentang kebinasaan dan kecederaan yang disebabkannya serta

bimbingan tentang langkah untuk membetulkan permasalahan yang

dilakukannya.

Rumusan

Kesimpulannya, walaupun pelbagai langkah telah diambil dan dilaksanakan oleh pihak-

pihak berwajib, menurut hasil kajian menunjukkan bahawa bimbingan dan pengawasan

daripada ibu bapa memainkan peranan dalam mengatasi masalah keruntuhan akhlak di

kalangan remaja pada masa kini. Dalam erti kata lain, walau apapun langkah yang

diambil oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa, nescaya gejala ini

sukar diatasi.

11 | E L M 3 0 4 3 E

Page 12: Isu2 Moral

Refleksi

Melalui esei ini, saya sebagai warga pendidik mendapati bahawa permasalahan moral

yang dihadapi remaja pada masa kini bertitik tolak daripada pengaruh ibu bapa pelajar

yang terlibat. Walau bagaimanapun, sebagai seorang warga pendidik, adalah amat

penting untuk menerapkan unsur-unsur moral dan teladan-teladan yang baik kepada

para pelajar sewaktu mereka berada di sekolah. Walaupun mata pelajaran Pendidikan

Moral bukanlah mata pelajaran teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains

dan Matematik, ia adalah suatu mata pelajaran yang amat penting dan perlu diajar di

sekolah bermula dari awal usia. Jika bimbingan diberikan kepada kanak-kanak sedari

awal usia, dengan kerjasama dan perhatian yang jitu yang diberikan oleh ibu bapa,

nescaya masalah-masalah moral dapat ditangani dengan jayanya.

RUJUKAN

Dakwah (Mac 1997). Masalah Sosial Remaja Semakin meruncing. m.s. 6 – 9.

Majalah Massa (Mei 2003). Masalah Sosial Remaja: Salah Siapa? . m.s 46-47.

Rusli Hashim (2005). Cara Mudah Berhenti Merokok. Kuala Lumpur : Utusan

12 | E L M 3 0 4 3 E

Page 13: Isu2 Moral

Publications & Distriburators Sdn Bhd.

Zurina (1998). Krisis Disiplin Di kalangan Penuntut Sekolah: Isu Pendidikan Di

Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

13 | E L M 3 0 4 3 E