Isu PPR Lembah Subang REALISASI PEMBANGUNAN · PDF fileda negara perlu dihargai meman-dangkan 260,000 dari 370,000 veteran ATM tidak berpencen. ... dan berkorban mempertahan-kan kedaulatan

Embed Size (px)

Citation preview

  • Media_SelangorMediaSelangor

    selangortv.my

    www.selangorkini.my

    #SmartSelangorPERCUMA 17 - 24 Mac 2017, 18 - 25 Jamadilakhir 1438

    Isu PPRLembah Subang

    Kajian Pelan IndukPerindustrian Selangor

    14

    REALISASIPEMBANGUNAN SMART SELANGOR

    BERITA PENUH

    MUKA

    BERITA PENUH MUKA 6

    3

    10

    Hubungan dua halaSelangor-Taiwan

    Kiblat politik moden

    KOMITMEN JITU PELIHARA ALAM SEKITAR

  • Utama2 SelangorKini 17 - 24 Mac 2017

    Persempadanan semula kawasan mengundi

    SPR diarah serah maklumatOLEH HAFIZAN TAIB

    KULA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenar-kan permohonan Kerajaan Se-langor bagi mendapatkan mak-lumat daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung perubahan lokaliti membabitkan 136,272 pengundi dalam kajian persempadanan semula dilaku-kan, sebelum ini.

    Hakim Azizul Azmi Adnan membuat keputusan itu selepas meneliti keterangan kedua-dua pihak dalam kes berkenaan de-ngan memerintahkan SPR ber-buat demikian.

    Katanya, isu utama dalam perkara itu ialah membuat penentuan terhadap persem-padanan semula mengikut pe-raturan dibenarkan ekoran pe- ngundi dinyatakan tidak memi-liki alamat tetap.

    Bagaimanapun, permohonan Kerajaan Negeri bagi menyoal balas Pengerusi SPR, Datuk Seri Hashim Abdullah, ditolak mah-kamah.

    Mengulas perkara itu, Dato Menteri Besar, Dato Seri Mo-hamed Azmin Ali berkata, pi-

    haknya bersyukur dengan keputusan mahkamah kerana permohonan diluluskan adalah antara yang utama dikemukakan Kerajaan Negeri.

    Mahkamah membuat ke- putusan SPR perlu membekal-kan maklumat secara terperin-ci bagaimana latihan persem-padanan lalu dijalankan dengan berlaku perubahan lokaliti terha-dap 136,272 pengundi.

    Hujah di pihak Kerajaan Ne-geri ialah tanpa alamat penuh, bagaimana mereka boleh me-ngubah lokaliti dalam dua lati-han kajian semula persem-padanan kawasan pilihan raya, katanya kepada media, pada 9 Mac lalu.

    Beliau berkata, keputusan dibuat mahkamah itu memberi peluang kepada Kerajaan Negeri membela hak pengundi di Se-langor supaya pilihan raya akan datang terjamin sebagai bersih dan adil.

    Manakala, permohonan lain ditolak mahkamah tetapi barisan peguam mewakili Kerajaan Ne-geri akan mengemukakan rayu-an ke Mahkamah Rayuan dalam masa terdekat, katanya.

    Selangor kunci tarikh bubar ParlimenSHAH ALAM - Perdana Men-teri dijangka menjadikan Selan-gor sebagai kunci menetapkan tarikh pembubaran Parlimen sebelum membolehkan Suru-hanjaya Pilihan Raya (SPR) mene-tapkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

    Ahli Parlimen Subang yang juga pengamal undang-un-dang, R Siva-rasa berkata, hal itu ekoran persempadan-an semula yang cuba dilak-sanakan di Se-langor ketika ini tidak ber-jaya apabila Kerajaan Ne-geri mencabar langkah itu di mahkamah.

    Beliau ber-kata, persempadanan semula SPR memberi kelebihan kepa-da Barisan Nasional (BN) dan memaksa perdana menteri menunggu perbicaraan sele-sai untuk memastikan parti itu mempunyai kelebihan dalam PRU akan datang.

    Bagaimanapun, itu hanya (berlaku) jika keputusan mahka-

    mah memihak kepada SPR. Jika SPR kalah di mahkamah, maka Parlimen terpaksa dibubarkan tanpa persempadanan semula.

    Jika perdana menteri ingin bubarkan Parlimen lebih awal juga boleh sebenarnya, namun menggunakan daftar pemilih sedia ada tanpa membabitkan persempadanan semula dan ti-

    dak memberi banyak kelebi-han kepada BN.

    "Saya ber-pendapat be-liau akan tung-gu keputusan kes ini sebelum bubar Parli-men, katanya kepada Sela-ngorKini.

    Katanya, kes Kerajaan Ne-geri mencabar

    syor persempadanan semula oleh SPR di mahkamah dijangka memakan masa panjang ekoran tidak mustahil membabitkan Mahkamah Rayuan dan Mahka-mah Persekutuan.

    Turut berkongsi pendapat sama adalah peguam yang juga anggota Lawyers for Liberty, Fari-da Mohammad.

    SPR cabul Perlembagaan PersekutuanSHAH ALAM - Suruhanjaya Pili-han Raya (SPR) didakwa men-cabuli Perlembagaan Perse-kutuan apabila melakukan persempadanan semula tanpa membabitkan Selangor.

    Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming berkata, SPR di-dakwa menerbitkan notis meng-umumkan paparan pusingan kedua permulaan rasmi untuk menjalankan persempadanan semula.

    Katanya, notis itu tidak ter-masuk Selangor kerana Kerajaan Negeri mencabar proses per-sempadanan semula di Mahka-mah Tinggi.

    Perkara 113 (6) Perlembagaan

    Persekutuan menyatakan per- sempadanan semula adalah bagi negeri Tanah Melayu dan bagi setiap negeri Sabah dan Sarawak.

    Langkah itu dipersoalkan dan kemungkinan besar tidak sah daripada segi perlembagaan dan (persempadanan semula) bagi negeri di Malaya tidak bo-leh dibentangkan di Parlimen tanpa memasukkan Selangor, katanya dalam kenyataan.

    Kian Ming berkata, keputu-san itu menjejaskan keberke-cualian SPR dan menunjukkan suruhanjaya itu secara tergesa-gesa melakukan proses persem-padanan semula.

    Katanya, ia bertentangan de-ngan amalan yang menyatakan SPR perlu menunggu keputu-san Mahkamah Tinggi sebelum mengambil langkah seterusnya.

    Jika keputusan Mahkamah Tinggi memihak kepada Kera-jaan Selangor, SPR tidak boleh meneruskan inkuiri awam di Se-langor dan terpaksa merayu di Mahkamah Rayuan dan mung-kin hingga ke peringkat Mahka-mah Persekutuan.

    Ini akan melambatkan SPR daripada membentangkan per-sempadanan semula yang leng-kap bagi Semenanjung Malaysia kepada perdana menteri untuk kelulusan Parlimen, katanya.

    Tangani secara diplomasiKUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan perlu memberi taklimat khusus kepada Ahli Parlimen bagi memastikan rakyat Malaysia di Korea Utara dapat pulang dengan selamat.

    Dato Menteri Besar, Dato Seri Mohamed Azmin Ali ber-kata, hasrat itu senada dengan pendirian dinyatakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di De-wan Rakyat, baru-baru ini.

    Katanya, kenyataan bahawa

    rakyat Malaysia di sana bukan tebusan adalah pembohongan kerana hakikatnya mereka ti-dak bebas meninggalkan Korea Utara walaupun memiliki pas-port sah.

    Keselamatan warga Malay-sia yang menjadi tebusan di Korea Utara adalah persoalan penting dan perlu ditangani se-cara bijaksana.

    Saya mendukung saranan Permatang Pauh supaya kera-jaan segera memberi taklimat

    kepada Ahli Dewan Rakyat bagi menangani isu ini secara diplo-masi, katanya.

    Beliau yang juga Ahli Parli-men Gombak berkata demikian ketika menyertai sesi perba-hasan Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat.

    Katanya, penyelesaian se-cara diplomasi itu penting se-lain menjangkakan reaksi balas ketika berurusan dengan nega-ra seperti Korea Utara.

  • Utama3SelangorKini 17 - 24 Mac 2017

    PPR Lembah Subang

    Tiada persetujuan ambil alihOLEH ERMIZI MUHAMAD

    KUALA LUMPUR - Rundingan pengambilalihan pengurusan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang antara Kerajaan Negeri dan Kementerian Kese-jahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) masih berjalan, kata Dato' Men-teri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali.

    Menafikan dakwaan konon-nya persetujuan sudah dibuat, Mohamed Azmin menegaskan, beberapa isu berbangkit perlu diputuskan secara bersama demi kepentingan penduduk di ka-wasan itu.

    "Memang sudah ada cada-ngan dalam mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan Jabatan Pe-rumahan Negara yang meng-hantar wakil mereka untuk ber-bincang tetapi ia masih berjalan kerana wujud beberapa perkara perlu diselesaikan dan dipersetu-jui bersama.

    "Antaranya kita sudah nya-takan bahawa Kerajaan Negeri berbelanja hampir RM70 juta un-tuk penyelenggaraan kos itu.

    "Jadi, siapa akan tanggung kos yang sudah dibiayai Kerajaan Negeri jika pengambilalihan itu dibuat? Perkara itu belum dipu-tuskan," katanya di lobi Parlimen, pada 14 Mac lalu.

    Beliau berkata demikian me-ngulas dakwaan Menteri KPKT,

    Persekutuan perlu segerakan peruntukanKUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan digesa menyalurkan segera peruntukan RM300 juta kepada Jabatan Pengairan Sali-ran (JPS) Selangor bagi membaiki ban rosak di pesisir pantai ekoran fenomena air pasang besar, ta-hun lalu.

    Dato Menteri Besar, Dato Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Ke-rajaan Negeri sebelum ini sudah meluluskan peruntukan sege- ra RM4.3 juta bagi kerja pem-baikan.

    Katanya, kesan kemusnahan ban persisir pantai itu mengaki-batkan beberapa kampung me-ngalami banjir kilat.

    Keseluruhan pesisir pantai yang terkesan sejauh 70 kilo-meter (km) daripada kseluruhan 291km dengan kos RM300 juta.

    Saya berharap Kerajaan Per-sekutuan dapat segera melulus-kan peruntukan diperlukan JPS Selangor bagi menyegerakan kerja membaik pulih dan menaik taraf ban di persisiran pantai ne-geri ini, katanya.

    Beliau berkata demikian ketika

    menyertai sesi perbahasan Men-junjung Kasih Titah Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, pada 9 Mac lalu.

    Pada masa sama, Mohamed Azmin turut menggesa Kerajaan Persekutuan menyuburkan se-mangat federalisme bersama Kerajaan Negeri supaya setiap pembangunan yang ingin dilaku-kan dapat dibincangkan secara profesional.

    Beliau berkata, Seksyen 20A Akta 172 Akta Perancangan Pem-bangunan Desa 1972 menyebut kewajipan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri berunding bagi setiap cadangan pemba-ngunan, namun perkara tu tidak berlaku, sejak 2008.

    Sebagai contoh, katanya, Pem-bangunan Bandar Pelabuhan dan Perindustrian di Pulau Ca-rey yang dikatakan bernilai lebih RM200 bilion hanya diketahui menerusi laporan media.

    Putrajaya bertanggungjawab memastikan pengagihan ini di-lakukan secara adil dan saksama kepada Selangor, katanya.

    Jangan lupa kebajikan veteran ATMKUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan perlu memperke-nalkan lebih banyak program latihan bagi membantu kebaji-kan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya yang tidak berpencen.

    Dato Menteri Besar, Dato Seri Mohamed Azmin Ali berkata,