Isu Agama Merupakan Faktor Yang Menyebabkan Meletusnya Perang Jawa 1825 1830 Di Indonesia Bincangkan

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/25/2019 Isu Agama Merupakan Faktor Yang Menyebabkan Meletusnya Perang Jawa 1825 1830 Di Indonesia Bincangkan

    1/2

    "Isu agama merupakan faktor yang menyebabkan meletusnya Perang Jawa (1825-1830) di

    Indonesia". Bincangkan.

    A. PENGENALAN

    1.Perang Jawa yang dipimpin oleh Diponegoro merupakan satu kebangkitan rakyat menentang

    Belanda yang paling besar pernah berlaku di wilayah Jawa.

    2.Diponegoro yang dikenali sebagai Putera Pembebas(Raja Adil) bertanggungjawab mengetuaigerakan mengusir orang kafir dan seterusnya mengembalikan keadilan di Pulau Jawa.

    B. ISI

    1) Agama

    a. Ketokohan Diponegoro sebagai pemimpin agama Islam tidak diakui oleh Belanda walaupundisanjung tinggi oleh masyarakat tempatan.

    b. Orang Jawa melalui kepercayaan tradisional mereka percaya bahawa akan lahir Ratu Adil

    yang akan membela dan menyelamatkan mereka daripada penindasan penjajah.

    c. Berdasarkan kepercayaan itu, penduduk beranggapan Diponegoro adalah orang yang dinanti-

    nantikan.d. Belanda juga berhasrat membina jalan melalu tanah Diponegoro. Beliau terasa terhina

    kerana pembinaan akan menyebabkan perkuburan moyangnya yang keramat dibongkar.Tindakan Belanda dianggap penghinaan kepada keluarganya dan mencabul kesucian

    Islam.

    2) Sistem Kontrak Sewa Tanah

    a. Sistem ini telah lama diamalkan antara tuan-tuan tanah Indonesia dengan saudagar Eropah dan Cina.

    b. Penyewa akan membayar wang pendahuluan kepada tuan tanah dan mereka berhak menggunakantanah dan juga berhak ke atas petani.

    c.

    Apabila Van Der Capellan menjadi Gabenor, beliau membatalkan Kontrak tersebut kerana Belandaberpendapat ianya satu bentuk penindasan terhadap golongan petani.

    d. Timbul perasaan tidak puas hati dalam kalangan bangsawan kerana mereka hilang punca

    pendapatan.

    e. Pembatalan menyebabkan pengusaha Eropah dan Cina memulangkan tanah kepada tuan tanah dan

    meminta supaya wang pendahuluan dipulangkan.f. Tuan tanah tidak mampu memuangkan kembali wang tersebut.

    g. Mereka mengerah para petani bekerja keras untuk mendapatkan hasil yang lebih bagi menjelaskan

    hutang.

    h. Para petani menjadi tertekan kerana tiada masa mengusahakan tanaman sendiri dan mereka tidakberpuas hati dengan dasar Capellan itu.

    3) Persoalan takhta kerajaan

    a. Diponegoro yang merupakan putera sulung Sultan Hamengkubuwono III sepatutnya mewarisi

    takhta selepas kemangkatan ayahandanya pada 1814.

    b. -Haknya dinafikan oleh Stamford Raffles atas alasan ibunya orang kebanyakan.

    c. -Adik tirinya iaitu Djarot ditabalkan sebagai pemerintah bergelar Sultan Hamengkubuwono IV.d. -Raffles berjanji dengan Diponegoro beliau akan dilantik selepas kemangkatan Djarot.

    e. -Selepas Djarot mangkat pada 1822 dan Belanda menguasai kembali Pulau Jawa, Diponegoro

    diketepikan sekali lagi.f. -Diponegoro hanya dijadikan pemangku sultan namun kurang dilibatkan dalam pemerintahan.

  • 7/25/2019 Isu Agama Merupakan Faktor Yang Menyebabkan Meletusnya Perang Jawa 1825 1830 Di Indonesia Bincangkan

    2/2

    C. KESIMPULAN

    1. Sememangnya ketiga-tiga faktor inilah yang menjadi kekuatan untuk Diponegoro dan

    masyarakat Pulau Jawa bangkit dan berjuang menentang Belanda.Perang Jawa tamat

    dengan penangkapan Diponegoro oleh Jeneral de Kock dan beliau dibuang ke Utara

    Sulawesi.